Anda di halaman 1dari 41

BAB VII

MANUSIA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN SAINS


OBJEKTIF
Membincangkan konsep manusia dan teori kejadiannya.
Menghuraikan proses penciptaan manusia menurut perspektif
Islam dan sains.
Membincangkan peringkat-peringkat kehidupan dan alam yang
ditempuhi oleh manusia.
PENDAHULUAN
Sesungguhnya

rahsia

pengetahuan Allah S.W.T.

penciptaan

manusia

berada

dalam

Allah S.W.T mengetahui asal kejadian,

segala kelemahan dan kelebihan yang ada pada manusia, tugas dan
matlamat

kewujudannya

serta

mengetahui

arah

tuju

abadi

kehidupan manusia seterusnya. Adam a.s adalah manusia pertama


yang diciptakan oleh Allah S.W.T dan diikuti oleh pasangannya
Hawa.
syurga.

Adam dan Hawa buat pertama kalinya menetap di dalam


Namun, selepas itu kedua-duanya diturunkan ke bumi 1.

Islam mengajarkan konsep bahawa manusia bebas daripada palitan


dosa kesalahan Nabi Adam a.s. Kesilapan Nabi Adam a.s. bersifat
peribadi dan bukannya kesalahan umat manusia 2 bahkan telah
diampunkan

oleh

Allah

S.W.T

sebagaimana

firmanNya

yang

bermaksud:
Kemudian Adam menerima beberapa kalimat daripada
Tuhannya,
maka
Allah
menerima
taubatnya.
Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha
Penyayang.
(al-Baqarah 2:37)
Islam mengajarkan konsep manusia sebagai

constituent

ummatik, iaitu kemuliaan universal manusia sebagai individu atau


makhluk daripada keturunan Adam dan Hawa yang tidak mengenal
ras, keturunan, kaum, mahupun warna kulit. Justeru, dalam apa jua
tindakan hendaklah mengutamakan nilai keadilan sejagat kerana ia

2
merupakan nilai yang paling tinggi dalam segala urusan 3. Maksud
firman Allah S.W.T:
Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.
Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(al-Maidah 5:8)
Hakikatnya manusia hanyalah hamba Allah S.W.T yang tidak
mempunyai apa-apa hak ke atas dirinya sendiri.

Kehidupan,

kematian, harta, keluarga mahupun segala yang menjadi miliknya


adalah hak Allah S.W.T yang bila-bila masa sahaja boleh diambil
kembali.

Justeru, segala tindakan hendaklah selaras dengan

kepatuhan kepada undang-undang ciptaan-Nya.


KEPENTINGAN MEMAHAMI ASAL KEJADIAN MANUSIA
Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah S.W.T. yang unggul dan
unik.

Keunikan penciptaan manusia tidak mampu ditandingi oleh

mana-mana ilmu, walau secanggih mana ilmu tersebut. Allah S.W.T.


menyuruh manusia untuk memikirkan tentang kejadian yang ada di
alam

ini,

sebagaimana

terkandung

dalam

firman-Nya

yang

bermaksud:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, pada
pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan,
kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orangorang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut
dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan
semasa mereka berbaring mengiring, serta mereka pula
memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil
berkata), Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan
benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami daripada azab neraka.
(Ali Imran 3:190-191)
Maksud sabda Nabi s.a.w.:
Berfikirlah kamu tentang kejadian ciptaan Allah S.W.T. dan
janganlah kamu berfikir tentang zat Allah S.W.T.
Hadis direkod oleh Ibnu Majah

3
Ketika merenung dan bertafakur memikirkan tentang alam
ciptaan Allah S.W.T. maka akan terzahirlah dalam diri manusia rasa
kesedaran tentang keagungan dan kebesaran Allah S.W.T.

Begitu

juga dengan mengetahui tentang asal-usul manusia yang unik


penciptaannya sehingga mendapat penghormatan daripada Allah
S.W.T. sebagai makhluk yang terbaik. Maksud firman Allah S.W.T.:
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam
bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai
dengan keadaannya).
(al-Tin 95:4)
Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak
Adam.
(Surah al-Isra 17:70)
Tujuan memahami asal kejadian manusia ialah memberi
kesedaran tentang keagungan Allah S.W.T. Ini bertepatan dengan
maksud firman Allah S.W.T.:
Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran
Allah (dan kekuasaanNya). Padahal sesungguhnya Dia
telah
menciptakan
kamu
dengan
kejadian
yang
berperingkat-peringkat.
(Nuh 71:13-14)
(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah
manusia memikirkan: daripada apa dia diciptakan.
(al-Tariq, 86: 5)
Allah

S.W.T

menyuruh

manusia

berfikir

dan

merenung

daripada mana asal kejadiannya. Ini tidak lain dan tidak bukan ialah
untuk melahirkan kesedaran kepada manusia betapa lemah dan
kerdilnya manusia dan betapa agungnya Allah S.W.T. Kesedaran ini
penting kerana ia berkaitan dengan keyakinan seseorang itu kepada
Allah S.W.T. Antara ciri yakin kepada Allah S.W.T. ialah mengharap
hanya kepada Allah S.W.T.

Bagaimana seseorang itu mampu

mengharap hanya kepada Allah S.W.T. jika seseorang itu tidak

4
merasakan kekerdilannya di hadapan Allah S.W.T. Masakan mampu
seorang manusia yang sombong dan takabbur, yang lupakan asal
kejadiannya mampu untuk menghalakan sepenuh pengharapannya
kepada Allah S.W.T. Oleh itu, untuk mendapatkan kesedaran
kebergantungan mutlak kepada Allah S.W.T., maka manusia perlu
tahu asal kejadiannya.
Jika manusia sudah mengetahui dan meyakini tentang asalusulnya, iaitu daripada tanah dan bermula daripada tiada yang
kemudiannya dicipta oleh Allah S.W.T., maka dengan mudah
manusia itu boleh meyakini kebenaran hari akhirat. Allah S.W.T.
yang mencipta manusia daripada tiada kepada ada, Allah juga yang
berkuasa untuk menghidupkan semula manusia daripada matinya
pada hari akhirat. Oleh itu, kesedaran manusia tentang asal usulnya
akan

menambahkan

lagi

keyakinannya

bahawa

setelah

kematiannya dia akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T. Setiap manusia


akan

dipersoalkan

tentang

amanah

kehidupan

yang

telah

diamanahkan oleh Allah S.W.T. kepadanya ketika hidupnya di atas


muka bumi ini.

TEORI KEJADIAN MANUSIA


Terdapat berbagai teori berkaitan kejadian manusia. Kepelbagaian
teori tersebut adalah kesan daripada perbezaan epistemologi
(falsafah ilmu) yang mendasari teori tersebut. Ahli falsafah klasik
Yunani dan Barat mengemukakan teori kejadian manusia dengan
merujuk kepada dua sumber ilmu, iaitu akal dan pancaindera.
Manakala teori kejadian manusia menurut Islam adalah merujuk
kepada sumber tertinggi ilmu menurut epistemologi Islam, iaitu
wahyu; al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad.
ASAL KEJADIAN MANUSIA MENURUT AHLI FALSAFAH BARAT

5
Pandangan ahli falsafah sama ada klasik mahupun moden yang
cuba mengupas persoalan asal kejadian manusia pada asasnya
merujuk kepada dua kaedah penalaran, iaitu sama ada dengan akal
rasional atau melalui pengalaman, pengamatan pancaindera atau
kedua-duanya sekali.

Berikut adalah beberapa contoh pandangan

ahli falsafah terkenal tentang asal kewujudan manusia:i.

Plato (427- 347 SM)

Menurut Plato, hakikat segala yang wujud sebenarnya adalah alam


idea (intelectual world), dan lawannya adalah alam indera (sensual
world). Di alam idea terdapat semua duplikat benda-benda di alam
nyata termasuk sifat-sifatnya, hubungannya antara satu sama lain,
nilai-nilai dan sebagainya. Apa yang ada di alam dunia idea ialah
contoh idea, sifatnya satu dalam jenisnya yang tetap, kekal tidak
berubah-rubah, universal dan merupakan yang benar-benar wujud.
Dalam dunia idea ada tingkatan-tingkatan antara idea. Idea yang
tinggi ialah idea kebaikan tetapi sebaliknya, dunia pengalaman
atau alam indera adalah berubah-ubah, tidak tetap dan merupakan
bayang-bayang daripada dunia idea.

Plato masih mengakui

wujudnya kepelbagaian alam dunia - tetapi tidak menganggapnya


sebagai realiti sebenar4.
Demikian pula halnya tentang asal kewujudan manusia yang
menurut Plato mempunyai dua wujud; wujudnya di alam idea dan
wujudnya di alam nyata.

Manusia sebenarnya berasal daripada

dunia idea. Oleh itu, tujuan hidupnya di dunia tidak terus-menerus


ada di dunia bayang-bayang saja, melainkan harus kembali kepada
asal mula untuk selama-lamanya bersama dengan idea tertinggi. Di
sanalah manusia memperoleh kepuasan dan kebahagiaan yang
sempurna.

Namun, manusia harus terlebih dahulu membebaskan

jiwanya daripada kongkongan jasad dan pengaruh-pengaruh dunia


yang pelbagai.

Orang yang berjaya semasa hidupnya adalah

manusia yang mampu sampai ke alam asalnya, iaitu alam idea.

6
Mereka itulah orang yang bijaksana dan layak menjadi pemimpin
negara.5
ii)Aristotle (384 322 SM)
Berlawanan dengan Plato, menurut Aristotle apa yang wujud
sebenarnya adalah alam indera ini, iaitu dunia nyata.

Aristotle

menentang teori dunia idea dan tidak menerimanya sebagai realiti


kerana ia tidak mampu dibuktikan secara empirikal.

Realiti

seseorang manusia adalah manusia yang sedang berada di alam


nyata ini6.
Menurut Aristotle lagi, manusia merupakan makhluk yang istimewa.
Pada diri manusia itu terangkum sifat benda wujud. Benda wujud
ada yang bersifat benda semata-mata, iaitu benda keras (jamadat),
ada yang bersifat hidup vegetatif (tumbuh-tumbuhan), ada yang
bersifat hidup vegetatif-sensitif (haiwan).

Manakala manusia

terangkum dalam wujudnya itu semua sifat tersebut, iaitu vegetatif,


sensitif dan rasional. Semua benda yang wujud akan mati kecuali
yang rasional, ia tidak akan mati kerana merupakan roh. Bahagian
roh dan penyokong budi ini akan terus ada setelah manusia
meninggal dunia.

Dari mana dan bagaimana roh berada dalam

badan serta bagaimana keadaannya setelah meninggalkan badan,


tidak jelas dibincangkan dalam falsafah Aristotle7.
Menurut Aristotle lagi, manusia hidup mencari kebahagiaan.
Kekayaan, kesenangan material, kemuliaan dan lain-lain bukanlah
kebahagiaan sejati.

Hal ini demikian kerana manusia sering

dipengaruhi oleh kecenderungan-kecenderungan material. Manusia


yang bijaksana ialah yang selalu bertindak mengikut akal budi bagi
mengendalikan kehendak jasadnya8.
iii)La Mettrie (1709 1751M)
La Mettrie merupakan seorang ahli falsafah Barat dan materialis
berbangsa Perancis.
mesin9.

Menurut beliau manusia hanyalah ibarat

Begitu juga halnya dengan binatang sehingga tidak ada

bezanya antara manusia dan binatang.

Bahan tanpa jiwa boleh

7
bergerak tetapi jiwa tanpa bahan tidak mungkin bergerak. Manusia
hanyalah bahan benda atau material semata-mata10.
iv)Feuerbach (1804 1812M)
Feuerbach merupakan seorang

materialis

berbangsa

Menurut beliau yang wujud hanyalah alam.


benda

alami,

iaitu

yang

berasal

German.

Manusia merupakan

daripada

alam

semulajadi.

Pengetahuan manusia adalah berdasarkan pengalaman.

Arah

tujuan hidupnya ialah mengikut kecenderungan alam. Oleh itu,


terimalah dunia ini manakala agama dan metafizik mesti ditolak.
Aliran falsafah ini dinamakan naturalisme dan ia boleh bertukar
menjadi materialisme11.
v)Karl Marx (1818-1883M)
Karl Marx juga merupakan seorang materialis berbangsa German.
Menurut Marx, manusia tidak bererti tanpa masyarakat manakala
yang sebenarnya bererti adalah masyarakat.

Kekuatan-kekuatan

material adalah faktor yang mendorong dan menentukan sejarah


masyarakat

manusia.

Kekuatan

itu

ialah

kekuatan

untuk

menghasilkan produktiviti yang didorong oleh kecenderungan untuk


hidup.

Manusia hidup ditentukan oleh keadaan ekonomi.

Segala

hasil tindakannya; ilmu, seni, agama, kesusilaan, hukum, politik


semuanya

itu

hanya

merupakan

endapan

daripada

keadaan

tersebut12.
Dalam

artikelnya

Rechtsphilosophie
Philosophy

of

(Towards

Right)

ketika

Zur
The

Kritik
Critique

mencanangkan

der
of

Hegelschen
The

Hegelian

uprising

of

the

proletariat, Marx didapati sering mengulang-ulang pandangannya


bahawa agama adalah candu masyarakat dengan katanya: Religion
is

the

opium

of

the

people. 13

Kata-kata

ini

sangat

besar

pengaruhnya terhadap gerakan dan sentimen anti agama dan non


agama di Eropah pada abad pertengahan sehingga menjadi antara
faktor lahirnya fahaman komunisme dan sekularisme.
vi) Sigmund Freud (1856-1939 M)

8
Sigmund Freud adalah seorang Austria yang berbangsa Yahudi dan
merupakan pengasas aliran psikoanalisis dalam psikologi.

Teori

Freud yang paling terkenal adalah mengenai adanya alam bawah


sedar

yang

mengendalikan

sebahagian

besar

perilaku.

Dia

berpandangan bahawa tingkah laku manusia didorong oleh hasrat


seksualiti yang permulaannya dialami manusia semenjak kecil
ketika disusui ibunya. Menurut Freud, jiwa memiliki tiga peringkat
kesedaran; sedar (conscious), prasedar (preconscious), dan tidak
sedar (unconscious)14.
Dalam Ilmu Jiwa Dalam Freud mengatakan satu-satunya
kecenderungan manusia adalah asmara (seks).

Asmara menjadi

pendorong kepada segala perkembangan manusia dan tingkah


lakunya. Ia boleh meningkat ke arah keagamaan. Menurutnya lagi,
manusia

tidak

berbeza

daripada

kumpulan

cenderung

yang

semuanya diarahkan kepada asmara atau kekuasaan15.


ASAL KEJADIAN MANUSIA MENURUT ISLAM
Manusia pada asal kejadiannya terdiri daripada dua unsur utama;
jasad dan roh. Kedua-dua unsur ini mempunyai keunikan dan
keistimewaan yang tersendiri yang akhirnya akan membentuk
personaliti seseorang manusia itu sendiri. Di samping dua unsur ini,
manusia juga dibekalkan oleh Allah S.W.T. dengan beberapa elemen
lain seperti hati, akal, dan nafsu.

Oleh itu, dalam membicarakan

tentang asal kejadian manusia, adalah penting bagi kita untuk


mengetahui dan memahami kelima-lima unsur yang terdapat pada
diri seorang manusia.
PROSES PENCIPTAAN MANUSIA
Allah S.W.T. menjadikan jasad manusia melalui dua proses; pertama:
proses penciptaan daripada tanah dan kemudian diarahkan kun
fayakun (jadilah, maka jadilah ia) dan kedua: proses biologi. Allah
S.W.T menjadikan Nabi Adam a.s. dan daripada tanah dan kemudian

9
mengeluarkan

arahan

kun

fayakun;

jadilah

maka

terjadilah

sesuatu. Manakala manusia lain selain Adam a.s dicipta oleh Allah
S.W.T melalui sistem biologi iaitu melalui perkahwinan.

Justeru,

terdapat tiga sub topik dalam membicarakan tentang penciptaan


jasad manusia, iaitu penciptaan Adam a.s, penciptaan Hawwa, dan
penciptaan anak cucu Adam a.s.
i) Penciptaan Adam
Adam a.s merupakan manusia pertama dicipta oleh Allah S.W.T. di
atas muka bumi. Adam a.s dicipta oleh Allah S.W.T. daripada tanah
dan kemudian diarahkan dengan kalimah-Nya kun fayakun.

Ini

dijelaskan oleh Allah S.W.T. dalam dua firman-Nya yang bermaksud:


Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi
Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah
telah menciptakan Adam daripada tanah lalu berfirman
kepadanya: Jadilah engkau! Maka jadilah ia.
(Surah Ali Imran 3:59)
Daripada bumi Kami cipta kamu dan ke dalamnya Kami
akan mengembalikan kamu dan daripadanya pula Kami
akan mengeluarkan kamu sekali lagi.
(Surah Taha 20:55)
Proses penciptaan jasad Adam a.s adalah melalui enam peringkat,
iaitu:
1) Peringkat turab (tanah)
Perkataan turab terdapat 17 kali dalam Al-Quran; antaranya 6 kali
menggambarkan proses awal kejadian manusia, iaitu berasal
daripada tanah16 dan 8 kali menggambarkan proses akhir kehidupan
manusia setelah dimatikan oleh Allah S.W.T., iaitu manusia akan
kembali menjadi tanah dalam kubur; sebelum dibangkitkan pada
hari

Akhirat

kelak17.

Dalam

hal

ini

Allah

S.W.T.

berfirman

menjelaskan tentang peringkat pertama penciptaan jasad Adam a.s:


Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi
Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah

10
telah menciptakan Adam daripada tanah lalu berfirman
kepadanya: Jadilah engkau! Maka jadilah ia.
(Surah Ali Imran 3:59)
Berkatalah rakannya kepadanya, semasa dia berbincang
dengannya: Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah
yang menciptakan engkau daripada tanah, kemudian
daripada air benih, kemudian Dia membentukmu dengan
sempurna sebagai seorang lelaki?
(Surah al-Kahfi 18:37)
Proses awal penciptaan jasad Adam a.s. daripada tanah (turab)
sebagaimana dalam ayat-ayat tersebut; dijelaskan oleh Nabi
Muhammad.
Abu Musa al-Ashari melaporkan: Nabi Muhammad
berkata: Allah S.W.T. telah menjadikan Adam daripada
segenggam tanah yang telah dikumpul daripada sekalian
bumi, maka datang anak cucu Adam mengikut jenis dan
sifat tanah. Ada dalam kalangan mereka itu berwarna
merah, putih, hitam dan ada dalam kalangan mereka yang
bersifat lembut, kasar, jahat, dan baik18.
Hadis direkod oleh al-Tirmidhi, Abu Daud dan Ibn Hibban
dalam sahihnya. Imam al-Tirmidhi mengatakan hadis ini
hasan sahih.
Ketika Allah S.W.T. hendak menjadikan Adam a.s, Allah S.W.T.
mewahyukan kepada bumi, firman-Nya, Aku mahu jadikan daripada
kamu satu kejadian, iaitu manusia, sebahagian daripada mereka itu
orang yang taatkan Aku dan sebahagiannya derhakakan Aku. Yang
taatkan Aku, nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga dan yang
derhakakan Aku akan masukkannya ke dalam neraka19. Dinyatakan
oleh al-Suddi bahawa ramai daripada kalangan sahabat Nabi s.a.w.
antaranya Ibn Abbas, Murrah, Ibn Masud r.a. telah meriwayatkan,
Kemudian Allah S.W.T. menyuruh malaikat Jibril pergi kepada bumi
dan ambil seraup tanah. Ketika Jibril berjumpa dengan bumi, bumi
berkata kepadanya, Hai Jibril, aku berlindung dengan kemuliaan
Tuhan yang mengutuskan engkau, jangan engkau ambil suatu
apapun daripada aku yang akhirnya nanti akan dimasukkan ke
dalam neraka. Maka Jibril kembali kepada Allah S.W.T. serta tidak

11
diambil suatu apapun daripada bumi. Lalu dikhabarkannya kepada
Allah S.W.T. tentang apa yang dikatakan oleh bumi. Maka Allah
S.W.T. menitahkan malaikat Mikail pergi bertemu bumi dan
mengambil seraup tanah. Apabila Mikail bertemu dengan bumi,
maka berkatalah bumi sebagaimana yang dikatakan kepada Jibril.
Lalu Mikail kembali bertemu Allah S.W.T. dan dikhabarkan kepada
Allah S.W.T. apa yang dikatakan oleh bumi. Maka Allah S.W.T.
menitahkan Izrail pergi bertemu bumi dan mengambil seraup tanah
daripadanya. Apabila Izrail bertemu dengan bumi, maka bumipun
berkata, Wahai Izrail, aku berlindung kepada Tuhan yang
menyuruh engkau mengambil seraup tanah daripada aku. Janganlah
engkau ambil suatu apapun daripada aku yang akhirnya nanti akan
dimasukkan ke dalam neraka. Maka berkata Izrail, Aku berlindung
dengan Tuhan yang maha mulia daripada aku derhaka kepadanya
pada apa yang dititahkanNya. Maka Izrail pun meraup tanah
daripada bumi dari segenap sudut muka bumi (utara, selatan, timur,
barat, tengah dan lainnya), daripada tanah yang hodoh, cantik,
merah, hitam, putih, halus, kasar, lembut, dan keras. Maka kerana
itulah anak cucu Adam ada yang baik perangainya, ada yang jahat,
ada yang suka berbuat taat, ada yang suka buat maksiat. Ada yang
cantik rupa parasnya, ada yang hodoh, ada yang hitam, ada yang
putih dan ada yang merah. Lalu Izrail membawa segenggam tanah
tadi kepada Allah S.W.T20.
Ini merupakan kebenaran yang dijelaskan oleh wahyu bahawa jasad
Adam a.s. adalah daripada tanah bumi. Kebenaran wahyu ini tidak
mampu dipertikaikan oleh sesiapapun kerana ia bersumber
daripada Allah S.W.T.; Tuhan Pencipta manusia dan seisi alam
semesta. Namun, untuk memperkukuhkan keyakinan manusia
tentang kebenaran wahyu ini, maka sains dengan metodologi
saintifiknya menjadi saksi bagi mempercayai kebenaran tersebut.
Ini terbukti dengan penemuan kajian saintifik bahawa unsur kimia
yang terdapat dalam badan manusia, sebahagian besarnya

12
terdapat juga pada bumi21. Antara unsur kimia yang terdapat dalam
jasad manusia ialah22: Oksigen (45000g), Karbon (12600g),
Hydrogen (7000g), Nitrogen (2100g), Kalsium (1050g), Fosforus
(700g), Sulfur (175g), Potassium (140g), Sodium (105g), Klorin
(105g), Magnesium (35g), Besi (4g), Tembaga (0.1g), Magnet
(0.02g) dan Iodine (0.03g). Dengan gabungan dua metodologi ini,
iaitu tafsir wahyu dan saintifik, adakah mampu seseorang manusia
itu mengingkari kebenaran bahawa jasad manusia adalah
diciptakan oleh Allah S.W.T. daripada segumpal tanah?
Hikmah manusia dijadikan daripada tanah
Aspek spiritual yang terkandung dalam fakta; tanah adalah tempat
asal manusia ialah untuk memberikan kesedaran kepada manusia
bahawa dia akan dikembalikan kepada tanah setelah kematiannya
dan kemudian akan dibangkitkan semula pada hari akhirat kelak 23.
Maksud firman Allah S.W.T.:
Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup daripada
benda-benda yang berasal) daripada bumi, dengan
pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna.
(Surah Nuh 71:17)
Daripada bumilah Kami ciptakan kamu dan ke dalamnya
Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya pula
Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi.
(Surah Taha 20:55)
Allah S.W.T. menjelaskan dalam firmanNya bahawa orang-orang
kafir itu percaya bahawa Allah S.W.T. adalah Pencipta mereka:
Dan demi sesungguhnya! Jika kamu (wahai Muhammad)
bertanya kepada mereka, Siapakah yang menciptakan
mereka? Sudah tentu mereka akan menjawab, Allah!
(Surah al-Zukhruf 43:87)
Mereka juga percaya bahawa Allah S.W.T. menjadikan mereka
daripada tanah dan akan dikembalikan menjadi tanah (setelah
kematian mereka). Namun, mereka enggan percaya kepada hari
kebangkitan (Kiamat). Mereka anggap bahawa tidak logik setelah

13
menjadi tanah (setelah mati), mereka akan dibangkitkan semula
oleh Allah S.W.T. Dialog ini dirakamkan oleh Allah S.W.T. dalam AlQuran sebanyak lapan kali24. Antaranya:
Dan jika kamu merasa hairan (wahai Muhammad), maka
sungguh menghairankan perkataan mereka yang kafir itu
(yang mengatakan), Adakah apabila kami telah menjadi
tanah, betulkah kami pula akan hidup semula dalam
bentuk kejadian yang baharu?
(Surah al-Rad 13:5)
Oleh itu, antara hikmah Allah S.W.T. mencipta jasad manusia
daripada tanah ialah untuk menguji keimanan dan kepercayaan
manusia kepada hari Akhirat. Firman Allah S.W.T.:
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak
(ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula
pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan
kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah
menciptakan kamu daripada tanah.
(Surah al-Haj 22:5)
Namun bagi orang yang beriman, ilmu mereka tentang asal
kejadian jasad manusia daripada tanah merupakan motivasi kepada
mereka untuk menambahkan keyakinan kepada Allah S.W.T. dan
hari Akhirat.
2) Peringkat tin (sari tanah)
Peringkat kedua kejadian jasad Adam a.s. ialah peringkat tin (sari
tanah). Perkataan tin diulang dalam al-Quran sebanyak 12 kali;
lapan

daripadanya

menyatakan

tentang

penciptaan

jasad

manusia25. Allah S.W.T. berfirman:


Dialah yang menciptakan kamu daripada tanah, kemudian
Dia tentukan ajal (kematian kamu).
(Surah al-Anam 6:2)
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia
daripada pati (yang berasal) daripada tanah.
(Surah al-Muminun 23:12)

14
Apabila Izrail membawa segenggam tanah (turab) kepada Allah
S.W.T., maka Allah S.W.T. menitahkan Izrail supaya menguli tanah
tadi supaya menjadi tanah liat; yang diistilahkan dalam al-Quran
sebagai tin (sari tanah, iaitu apabila tanah dicampurkan dengan
air).

Maka Izrail pun menguli tanah itu dengan air busuk, masin

dan tawar sehingga ia menjadi tanah liat dan kemudiannya


diperam.

Maka kerana itulah terdapat pelbagai ragam perangai

manusia26.
3) Peringkat hamaim masnun (lumpur hitam)
Apabila sari tanah yang telah dicampurkan dengan air itu tadi
diperam sehingga ia bercampur aduk, maka akan terbentuklah
lumpur hitam. Al-Quran menggunakan perkataan hamaim masnun
untuk menggambarkan proses ini.

Perkataan hamaim masnun

diulang sebayak tiga kali27 dalam al-Quran. Allah S.W.T. berfirman:


Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia
(Adam) daripada tanah liat yang kering, yang berasal
daripada tanah kental yang berubah warna dan baunya.
(Surah al-Hijr 15:26)
4) Peringkat salsal (tanah liat kering)
Setelah lumpur hitam (hamaim masnun) dibiarkan kering, maka
akan terbentuklah salsal (tanah liat kering) seperti tembikar.
Perkataan salsal disebut dalam al-Quran sebanyak empat kali 28
untuk menggambarkan proses kejadian jasad Adam. Firman Allah
S.W.T.:
Dia mencipta manusia (lembaga Adam) daripada tanah liat
kering seperti tembikar.
(Surah al-Rahman 55:14)
5) Peringkat pembentukan jasad
Setelah tanah liat itu menjadi kering seperti tembikar, maka Allah
S.W.T. membentuk jasad Adam a.s. Firman Allah .S.W.T. dalam alQuran:

15
Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta
Aku tiupkan padanya roh daripada (ciptaan)Ku, maka
hendaklah kamu sujud kepadanya.
(Surah al-Hijr 15:29)
Tanah liat yang sudah kering itu, kemudiannya ditempa oleh
Allah S.W.T. menjadi jasad seperti jasad manusia dan ditinggalkan
selama empat puluh tahun mengikut kiraan hari Jumaat sehingga ia
menjadi kering seperti tembikar. Kemudian jasad Adam diletakkan
di hadapan pintu syurga selama empat puluh tahun.

Ketika itu

jasad Adam diletakkan di hadapan pintu syurga, malaikat yang lalu


lalang di situ merasa takjub dengan kecantikan bentuk jasad Adam.
Apabila iblis lalu di hadapan jasad itu dia merasa hairan lalu
berkata, Kenapa makhluk ini dijadikan? Kemudian iblis menepuk
jasad Adam dengan tangannya, tiba-tiba dia mendapati jasad itu
berongga. Lalu iblis masuk ke dalam jasad itu melalui mulut dan
keluar daripada dubur.

Iblis berkata kepada kawan-kawannya,

Makhluk ini berongga, maka dia tidak akan tetap pendirian dan
tidak akan sabar. Dalam masa empat puluh tahun itu, setahun
jasad Adam ditimpakan dengan hujan dukacita dan setahun
ditimpakan dengan hujan sukacita. Oleh sebab itu banyak perkara
sukacita dan dukacita melanda ke atas anak cucu Adam29.
6) Peringkat ditiupkan roh
Apabila

sampai

waktunya

Allah

S.W.T.

menghendaki

untuk

meniupkan roh ke dalam jasad Adam, maka Allah S.W.T. berfirman


kepada para malaikat:
Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta
Aku tiupkan padanya roh daripada (ciptaan)Ku, maka
hendaklah kamu sujud kepadanya.
(Surah al-Hijr 15:29)
Apabila ditiupkan roh ke dalam jasad itu, maka masuklah roh
melalui kepalanya lalu dia bersin. Malaikat berkata kepada roh,
Katakanlah alhamdulillah (segala puji hanya untuk Allah). Lalu

16
Allah S.W.T. berkata kepada roh, Mudah-mudahan Tuhanmu akan
merahmatimu (rahimaka rabbuka). Apabila roh sampai di mata
jasad itu, maka dia melihat buah-buahan syurga. Apabila sampai roh
ke dalam perutnya, maka dia terus merasa hendak makan.
Kemudian dia melompat untuk mendapatkan buah-buahan syurga
dengan tergesa-gesa sebelum roh sampai di kakinya 30. Sebab itulah
Allah S.W.T. berfirman:
Telah diciptakan insan itu bersama-sama dengan sifat
tergesa-gesa.
(Surah al-Anbiya 21:37)
Maka apabila telah sempurna jasad dan roh itu, malaikat pun
semuanya sujud kecuali iblis. Allah S.W.T. berfirman:
(Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian
malaikat, semuanya sekali. Melainkan iblis, dia enggan
turut bersama mereka yang sujud.
(Surah al-Hijr :30-31)
Keenam-enam proses kejadian jasad Adam a.s. ini boleh dibuktikan
secara saintifik.

Dalam Al-Quran menyebut Adam diciptakan

daripada tanah dengan istilah seperti turab yang berupa zat-zat asli
yang terdapat dalam tanah atau dikenali sebagai zat organik. Zat ini
baru terjadi setelah melalui proses pensebatian antara fakhkhar,
iaitu carbonium (zat arang), dengan salsal, iaitu oksigen (zat
pembakar) dan hamain, iaitu zat nitrogen dan tin iaitu hidrogen (zat
air).

Kemudian ia bersebati dengan zat besi (ferum), sodium,

kalium, silicum dan mangan yang disebut sebagai lazib (zat-zat


anorganik). Dalam proses persebatian tersebut terbentuklah zat
yang

dinamakan

protein.

Inilah

yang

disebut

turab

(zat-zat

anorganik) dalam surah Ali Imran 3:58. Salah satu antara zat
organik yang penting ialah zat kalium yang banyak terdapat di
dalam jaringan tubuh, terutamanya dalam otot-otot.

Zat kalium

dianggap terpenting kerana mempunyai aktiviti dalam proses


penghayatan, iaitu dalam pembentukan bahan halus. Dengan
berlangsungnya proteinisasi, menjelma pula proses pergantian

17
yang disebut sebagai subtitusi.

Setelah selesai mengalami

subtitusi, lalu Allah menggempurkan elektron-elektron sinar kosmis


yang mewujudkan sebab pembentukan (formasi), yang dinamakan
juga

sebab

wujud.

Sinar

kosmis

adalah

satu

sinar

yang

berkemampuan merubah sifat-sifat zat yang berasal daripada


tanah. Sinar ini memproses pembentukan tubuh manusia (Adam)
berupa badan kasar (jasmani) yang terdiri daripada badan, kepala,
tangan, mata, telinga, hidung, dan seterusnya. Tubuh Adam yang
sempurna berasal daripada tanah menurut istilah biologi, secara
spontan menjadi hidup (kun fayakun) lantaran ditiup padanya roh.
Adam asalnya benda mati dihidupkan dengan adanya roh31.
ii) Penciptaan Hawwa32
Ibn Abbas melaporkan bahawa Hawwa telah dicipta oleh Allah
S.W.T. daripada satu tulang rusuk sebelah kiri Nabi Adam a.s 33.
Dilaporkan daripada beberapa orang sahabat Nabi Muhammad
antaranya Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Masud, Setelah
Iblis diusir oleh Allah S.W.T. dari syurga kerana dia telah dilaknat
oleh Allah S.W.T., ketika itu Adam sedang tinggal di syurga. Adam
bersiar-siar di dalam syurga dengan berbicara dalam hatinya
berkaitan kesunyiannya kerana beliau tiada pasangan untuk tinggal
bersama di dalam syurga. Lalu beliau tidur dan ketika beliau bangkit
dari tidur, beliau mendapati ada wanita duduk di atas kepalanya
dan wanita itu telah dicipta oleh Allah S.W.T. daripada tulang rusuk
Adam. Lalu beliau bertanya kepada wanita itu, Apakah kamu?
Jawabnya, Aku wanita. Beliau bertanya lagi, Kenapa kamu
diciptakan? Jawabnya, Untuk kamu tinggal bersamaku. Lalu
malaikat bertanya kepada Adam, Siapakah nama wanita itu?
Beliau menjawab, Hawwa. Malaikat bertanya lagi, Kenapa dia
dinamakan hawwa? Beliau menjawab, Kerana dia dijadikan
daripada sesuatu yang hidup (hay). Lalu Allah S.W.T. berfirman:
Wahai Adam! Tinggallah kamu dan isterimu di dalam
syurga dan makanlah daripada makanannya sepuaspuasnya apa sahaja yang kamu berdua sukai.

18
(Surah al-Baqarah 2:35)34
iii) Penciptaan keturunan Adam
Penciptaan keturunan Adam a.s. berbeza dengan penciptaan Adam
a.s. dan pasangannya Hawwa. Jika Adam a.s. diciptakan daripada
tanah dan Hawwa daripada tulang rusuk sebelah kiri Adam a.s.,
maka keturunan Adam a.s. dicipta oleh Allah S.W.T. daripada titisan
air mani35. Tahap perkembangan janin ini yang berlaku di dalam
rahim ibu disebut dalam al-Quran:
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia
daripada suatu saripati (berasal) daripada tanah.
Kemudian kami jadikan saripati itu air mani (yang
disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian
air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal
darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal
daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang
belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian
Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka
maha suci Allah, Pencipta yang paling baik.
(Surah al-Muminun 23:12-14)
Penciptaan keturunan Adam a.s. melalui enam peringkat, iaitu
nutfah, alaqah, mudghah, tulang, daging, dan peniupan roh.
1) Peringkat nutfah (gamet dan zigot).
Peringkat pertama penciptaan keturunan Adam a.s. ialah peringkat
persenyawaan

antara

benih

suami

dan

isteri.

Peringkat

ini

dijelaskan oleh Allah S.W.T. dalam al-Quran dengan terminologi


nutfah. Kata nutfah digunakan sebanyak 12 kali dalam al-Quran36.
Dalam al-Quran, istilah nutfah digunakan dengan membawa tiga
maksud yang berlainan tetapi saling berhubungan, iaitu:
1- Nutfah lelaki (gamet lelaki)
2- Nutfah perempuan (gamet perempuan)
3- Nutfah yang bercampur antara nutfah lelaki dan perempuan
sehingga menjadi sebati. Ini disebut dalam Al-Quran sebagai
nutfat al-amshaj (zigot)37.

19

Allah S.W.T. menjelaskan peringkat ini dengan firman-Nya:


Dia menciptakan manusia daripada air benih, (setelah
sempurna kejadiannya), tiba-tiba menjadilah dia seorang
pembantah yang terang jelas bantahannya.
(Surah al-Nahl 16:4)
Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada
tempat penetapan yang kukuh.
(Surah al-Muminun 23:13)
Nutfah adalah berasal daripada tanah. Ini berdasarkan firman Allah
S.W.T.:
Dan Allah menciptakan kamu daripada tanah, kemudian
daripada (setitis) air benih, kemudian Dia menjadikan
kamu berpasangan (lelaki dan perempuan).
(Surah Fatir 35:11)
Dialah yang menciptakan kamu daripada tanah, kemudian
daripada (setitis) air benih, kemudian daripada seketul
daging.
(Surah Ghafir 40:67)
Istilah al-ma al-mahin dan al-ma al-dafiq juga digunakan
dalam al-Quran untuk menggambarkan peringkat ini. Perkataan
ma mahin (cecair yang hina) digunakan sebanyak dua kali dalam
al-Quran. Firman Allah S.W.T.:
Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia itu daripada
sejenis pati, iaitu daripada air (benih) yang sedikit
dipandang orang.
(Surah al-Sajdah 32:8)
Bukankah Kami telah menciptakan kamu daripada air
(benih) yang sedikit dipandang orang?
(Surah al-Mursalat 77:20)
Manakala perkataan ma dafiq hanya disebutkan sekali
dalam al-Quran. Firman Allah S.W.T.:

20
Manusia diciptakan daripada air (mani) yang memancut
(ke dalam rahim).
(Surah al-Tariq 86:6)
Daripada kajian saintifik, sperma-sperma hanya berjumlah
0.5% daripada keseluruhan air mani (semen) yang dipancarkan.
Namun, setiap ejakulasi semen mengandungi secara purata 200
hingga 300 juta spermatozon. Hanya satu daripada sperma-sperma
ini yang berjaya untuk mempersenyawakan ovum.

Satu sperma

inilah

kemudiannya

yang

dinamakan

nutfah

(gamet)

yang

membentuk zigot yang bakal membesar sebagai bayi38.


Dalam peringkat ini, makhluk baru wujud apabila kromosom
daripada ovum (bahan genetik wanita) bertemu dengan kromosom
daripada sperma (bahan genetik lelaki)39. Pertemuan kromosom ini
berlaku dalam rahim seorang ibu, sebagaimana yang dijelaskan
oleh Allah S.W.T.:
Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada
tempat penetapan yang kukuh.
(Surah al-Muminun 23:13)
2) Peringkat alaqah (epigenesis)
Setelah percantuman antara kromosom lelaki dan wanita, maka
darah beku akan terbentuk. Proses ini dinamakan secara saintifik
sebagai epigenesis40.

Darah beku ini diistilahkan dalam al-Quran

sebagai al-alaqah. Secara etimologi, alaqah bermaksud41:


1) Sesuatu yang bergantung dan melekat ke dinding rahim,
iaitu suatu penjelasan terhadap tahap implantasi embrio.
2) Seekor pacat.
3) Sebuku atau ketulan darah.
Perkataan al-alaqah digunakan sebanyak lima kali dalam alQuran42. Allah S.W.T. menjelaskan peringkat ini dalam firman-Nya:
Kami telah menciptakan kamu daripada tanah, kemudian
daripada setitis air benih, kemudian daripada sebuku

21
darah beku, kemudian daripada seketul daging yang
disempurnakan
kejadiannya
dan
yang
tidak
disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian)
kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu
(kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam
kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang
Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan
lahirnya.
(Surah
al-Hajj
22:5)
Secara saintifiknya peringkat alaqah ini berlaku dari hari ke-7
hingga hari ke-21.

Tiga proses berturutan berlaku dengan

penggantungan serta perlekatan sebagai ciri utamanya43:


1) Dari hari ke-7, pembenaman blastosista berlaku. Ia menjadi
terbenam keseluruhannya menjelang hari ke-10.
2) Vilus korion wujud buat pertama kalinya menjelang hari yang
ke-13 dan 14 dan seterusnya menyelimuti seluruh blastosista
serta melekatkan struktur itu ke uterus (rahim) melalui vilusvilus pengikat.
3) Tangkai penghubung menghubungkan embrio sebenar (diska
embrionik) dan selaput-selaput sebenarnya, iaitu amnion dan
kantung yolka dengan selaput luar, iaitu korion.
3) Peringkat mudghah (somit)
Mudghah secara etimologi bermaksud seketul daging yang telah
dikunyah. Al-Quran menggambarkan tahap ini seumpama seketul
daging atau makanan yang telah dikunyah dan tanda-tanda kesan
gigit dapat dikesan dengan jelas di atas mudghah.

Mudghah ini

amat bertepatan dengan tahap somit seperti yang diterangkan oleh


sains embriologi44.

Perkataan mudghah diulang dalam al-Quran

sebanyak 3 kali45. Firman Allah S.W.T.:


Kami telah menciptakan kamu daripada tanah, kemudian
daripada setitis air benih, kemudian daripada sebuku
darah beku, kemudian daripada seketul daging yang
disempurnakan
kejadiannya
dan
yang
tidak
disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian)
kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu

22
(kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam
kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang
Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan
lahirnya.
(Surah al-Hajj 22:5)
Mudghah terbahagi kepada dua jenis, iaitu mudghah mukhallaqah
dan mudghah ghayr mukhallaqah.

Pentafsiran mukhallaqah dan

ghayr mukhallaqah membawa maksud46:


1- Pembentukan organ-organ di peringkat ini (mukhallaqah).
2- Pengguguran yang berlaku di tahap ini (ghayr mukhallaqah).
3- Pembezaan-pembezaan

yang

bermula

dengan

ghayr

mukhallaqah dan berterusan sepanjang hayat.


Dalam

sains

embriologi,

tahap

ini

merupakan

tahap

organogenesis dan kemuncak pembezaan-pembezaan sel 47. Sains


embriologi menjelaskan pada tahap ini embrio membahagi kepada
2, 4, 8, 12, 16 sel marula dan blastosista dan seterusnya makhluk
manusia (janin) terbentuk48.
4) Peringkat izam (sklerotom)
Al-Quran telah menjelaskan bahawa mudghah ditukar menjadi
tulang dan tulang-belulang itu kemudiannya diselaputi oleh daging
(otot-otot)49.

Perkataan izam diulang sebanyak 13 kali dalam al-

Quran; 3 kali menerangkan tentang proses kejadian jasad anak


Adam di dalam rahim50 dan 10 kali menerangkan tentang proses
kebangkitan manusia yang telah mati dan jasadnya yang telah
kembali menjadi tulang pada hari kiamat. Firman Allah S.W.T.:
Kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa
tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan
daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia
menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka
nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik
Pencipta.
(al-Muminun 23:14)

23
Dan lihatlah pada tulang-tulang itu bagaimana Kami
menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya
dengan daging.
(al-Baqarah 2:259)
Perkataan

nunshizuha

secara

etimologi

bermaksud

menyusunnya atau menjadikannya menonjol.

Maksud lain bagi

nunshizuha ialah menghidupkannya semula.

Sarjana bernama

Langman

menghuraikan

pembentukan

tulang

seperti

berikut:

Lama-kelamaan beberapa spikul tulang seakan-akan jarum akan


terbentuk yang kemudiannya beransur-ansur berkembang dari
pusat osifikasi primer ke arah periferi.
yang

digunakan

dalam

al-Quran

kenyataan Langman tersebut51.

Perkataan nunshizuha

adalah

bertepatan

dengan

Konsep ini terdapat dengan

jelasnya dalam embriologi moden ketika somit membeza kepada:


1- Sklerotom yang menghasilkan sistem tulang-belulang.
2- Miotom yang menghasilkan sistem otot52.
5) Peringkat lahm (miotom)
Setelah proses izam, Allah S.W.T. menjelaskan peringkat yang
seterusnya, iaitu lahm. Peringkat ini diistilahkan oleh sains sebagai
miotom. Firman Allah S.W.T.:
Kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa
tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan
daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia
menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka
nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik
Pencipta.
(al-Muminun 23:14)
6) Peringkat peniupan roh
Setelah

selesai

proses-proses

tersebut,

maka

Allah

S.W.T.

meniupkan roh ke dalam jasad yang telah dicipta itu. Firman-Nya:


Kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa
tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan
daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia
menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka

24
nyatalah kelebihan
Pencipta.

dan

ketinggian

Allah

sebaik-baik

(al-Muminun 23:14)
Konsep mengenai embrio manusia yang terbentuk bertahaptahap dari tahap rendah sehingga tahap kompleks merupakan suatu
perkembangan baru dalam ilmu pengetahuan manusia, yang
pertama kalinya diutarakan oleh Wolff dalam tahun 1839. Terdahulu
al-Quran, hadis dan kitab-kitab tafsir semenjak zaman Ibn Abbas;
sepupu Nabi Muhammad, semuanya telah menggariskan konsep ini
(13 abad sebelum perkara ini diselidiki secara saintifik) 53.

Dalam

kurun pertengahan, al-Quran dan Nabi Muhammad s.a.w. (570-632


M) telah mendedahkan banyak fakta yang menakjubkan tentang
penciptaan manusia, terutamanya dalam bidang embriologi54.
ELEMEN UTAMA DALAM DIRI MANUSIA
Dalam diri seseorang manusia terdapat beberapa elemen utama
yang terdiri daripada roh, nafsu, akal, dan hati.
1) Elemen Roh
Roh merupakan elemen utama dalam diri seseorang manusia.
Tanpa roh (nyawa) seseorang manusia itu tidak akan hidup. Jasad
hanyalah umpama hardware yang jika tiada software maka ia tidak
boleh berfungsi. Roh adalah ciptaan Allah S.W.T. yang paling unik
yang tidak mampu difikirkan oleh akal manusia.

Sebab itu Allah

S.W.T. berfirman:
Tatkala mereka (orang-orang Yahudi) bertanya kepada
kamu (wahai Muhammad) tentang roh, katakan roh itu
daripada urusan Tuhanku.
(Surah al-Isra 17:85)
Jika manusia cuba membahaskan roh tanpa panduan daripada
wahyu, maka akan menjadi sia-sialah pekerjaan itu. Justeru, untuk
mendapatkan gambaran tentang makhluk Allah S.W.T. yang unik ini

25
(roh), maka metodologi tafsir wahyu perlu digunakan. Roh dalam alQuran membawa beberapa maksud:
1) Wahyu
Sebagaimana dalam firman Allah S.W.T.:
Begitulah Kami wahyukan kepada engkau ROH (wahyu)
daripada perintah Kami.
(Surah al-Syura 42:52)
Dia menurunkan ROH (wahyu) daripada perintah-Nya
kepada siapa yang disukai-Nya daripada hamba-hambaNya.
(Surah al-Mumin 40:15)
Dinamakan wahyu itu dengan nama roh disebabkan apa yang
terdapat padanya daripada kesuburan hati dan roh55. Wahyu juga
telah memberikan kehidupan yang berguna, sebab kehidupan tanpa
roh tidak akan mendatangkan manfaat kepada tuannya sama sekali,
bahkan kehidupan binatang lebih baik

dan lebih terselamat

daripadanya56.
2) Kekuatan, ketetapan, dan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T.:
Itulah orang-orang yang dituliskan Tuhan keimanan di
dalam hati mereka serta disokongnya dengan roh
(kekuatan) daripada-Nya.
(al-Mujadalah 58:22)
3) Jibril a.s.
Firman Allah S.W.T.:
Dibawanya turun oleh Roh (malaikat Jibril) yang dipercayai
kepada hatimu.
(al-Syuara 26:193-194)
Katakanlah: Roh (Jibril) yang suci yang menurunkannya
(wahyu).
(al-Nahl 16:102)

26

Pada hari Roh dan para Malaikat berdiri berbaris-baris,


mereka sekalian tiadalah berkata-kata.
(al-Naba 78:38)
Pada malam itu turun para malaikat dan Roh itu dengan
izin Tuhan mereka.
(al-Qadr 97:4)
4) Roh
Dinamakan sebagai roh kerana dengan roh itu, badan akan hidup. 57
Firman Allah S.W.T.:
Tatkala mereka (orang-orang Yahudi) bertanya kepada
kamu (wahai Muhammad) tentang roh, katakan roh itu
daripada urusan Tuhanku.
(al-Isra 17:85)
5) Nabi Isa a.s.
Firman Allah S.W.T.:
Bahawasanya al-Masih Isa bin Maryam itu adalah Rasul
Allah dan kalimat-Nya yang disampaikan kepada Maryam
beserta Roh (al-Masih Isa) daripada-Nya.
(al-Nisa 4:171)
Adapun roh-roh manusia, maka semua itu tidak pernah datang
penamaannya dalam al-Quran melainkan dengan nama jiwa (alnafs)58. Firman Allah S.W.T.:
Setiap jiwa (nafs) akan merasakan maut.
(Ali Imran 3:185)
Dinamakan jiwa (al-nafs) sebagai roh juga kerana wujudnya
kehidupan apabila roh ada padanya.

Sebab dinamakan jiwa (al-

nafs) ialah kerana kemuliaannya. Dan kemungkinan daripada nafas


yang kerap keluar daripada tubuh kita, lantaran banyak keluar
masuknya nafas daripada badan, maka ia dinamakan nafs.

Juga

dikenali sebagai nafs kerana pergerakannya, iaitu apabila seseorang


manusia tidur maka keluarlah nafs itu daripadanya, dan apabila dia

27
terjaga kembali semula nafs itu.

Demikian pula apabila dia mati,

keluarlah nafs itu daripadanya sama sekali dan tidak akan kembali
lagi, dan apabila tubuhnya dikuburkan nafs itu kembali lagi, dan
setelah dia disoal nafs itu keluar lagi, dan ketika dia dibangkitkan
pada hari kiamat nafs akan kembali lagi59.
Jadi perbezaan antara nafs (jiwa) dengan roh ialah pada
sifatnya

saja,

tidak

pada

zat.

Dinamakan

darah

itu

nafs

(jiwa/nyawa) kerana dia akan keluar bersama jiwa ketika maut


datang meregut jiwa itu, dan sesungguhnya kehidupan itu tidak
akan sempurna melainkan dengan darah, demikian pula darah tidak
akan sempurna melainkan dengan jiwa atau nyawa60.
Manakala dalam hadis, roh manusia diistilahkan sebagai alruh dan al-nafs. Demikian pula roh itu dinamakan dengan angin,
disebabkan angin itu sangat diperlukan dalam kehidupan. Daripada
kalimah roh datang perkataan rauh, raihan, dan istirahah, yang
diertikan dengan kelapangan dan istirehat61.

Menurut al-Ghazali,

terdapat dua makna roh62:


1) Roh ialah jenis yang halus yang bersumber daripada rongga
hati jasmani dengan perantaraan otot-otot dan urat-urat yang
bermacam-macam, ia tersebar ke seluruh bahagian badan.
Perjalanan roh dalam badan dan limpahan cahaya-cahaya
hidup yang berupa perasaan, penglihatan, pendengaran, dan
penciuman itu menyerupai limpahan cahaya daripada sebuah
lampu yang mengelilingi sudut-sudut rumah, sehingga tiada
satu bahagian rumahpun yang tertimpa cahaya tidak menjadi
terang.

Hidup seumpama cahaya yang terdapat pada

dinding-dinding dan roh itu semisal lampunya. Perjalanan roh


dan geraknya dalam batin, seperti geraknya lampu pada sisisisi rumah dengan digerakkan oleh penggeraknya. Roh dalam
erti kata demikianlah yang dikehendaki oleh para doktor, iaitu
wap

yang

halus

yang

terjadi

kerana

pemasakan

oleh

28
panasnya hati.

Dalam bahasa Melayu, roh ini juga dikenali

sebagai nyawa63.
2) Roh ialah suatu sifat halus pada manusia yang dapat
mengetahui

segala

sesuatu

dan

menangkap

segala

pengertian. Roh dalam erti kedua ini termasuk urusan yang


pelik dan bersifat ketuhanan (latifah rabbaniyyah), yang mana
sebahagian besar akal dan faham manusia tidak sanggup
mendapatkan hakikatnya64.
Menurut al-Bahi al-Khawli, maksud roh yang ditiup oleh Allah
S.W.T. dalam proses kejadian manusia ialah sebagaimana yang
terkandung dalam ayat 29 Surah al-Hijr, Kemudian apabila Aku
sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh daripada
(ciptaan)Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.

Bukanlah

juga bermaksud roh yang dibincangkan dalam ilmu perubatan, iaitu


sama dengan istilah nyawa. Tetapi roh yang dimaksudkan ialah roh
yang bersifat 'latifah Rabbaniyyah'65.

Ini berdasarkan beberapa

hujah66:
1) Al-Quran tidak memaksudkan perkataan roh sebagai nyawa
yang menyebabkan semua haiwan sama ada manusia atau
binatang hidup.
2) Nyawa yang diberikan kepada manusia dan binatang adalah
perkara yang sama.

Oleh itu, nyawa tersebut bukanlah

menjadi penyebab kemuliaan insan sehingga Allah S.W.T.


memerintahkan para malaikat sujud kepada Nabi Adam a.s.
3) Kemampuan manusia untuk memahami sesuatu di atas muka
bumi yang menyebabkan manusia itu mulia bukanlah kerana
nyawanya.
Kesimpulannya, tidak semua manusia bernyawa memiliki roh
sebagaimana roh yang ditiupkan kepada Adam a.s. dan anak-anak
Adam. Roh inilah yang membezakan antara manusia yang mulia di
sisi Allah S.W.T. dan yang sebaliknya.

29

2)Elemen Nafsu
Nafsu merupakan sumber kehendak yang dijadikan oleh Allah S.W.T.
pada diri seseorang manusia. Dengan adanya nafsu, maka manusia
boleh menentukan sesuatu yang dikehendakinya. Contohnya, jika
seseorang manusia itu ada nafsu dan di hadapannya ada makanan,
maka

kehendak

fikirannya.

untuk

memakan

makanan

itu

wujud

dalam

Sebaliknya jika dia tidak mempunyai nafsu, maka

kehendak untuk memakan makanan itu tidak wujud walaupun dia


sedang

melihat makanan tersebut.

keunikannya yang tersendiri.

Nafsu

juga

mempunyai

Keunikan ini dapat digambarkan

dalam penentuan maksud nafsu sebagaimana yang diutarakan oleh


al-Ghazali67:
1) Nafsu yang menjadi tempat tumpukan kekuatan sifat marah
dan syahwat pada manusia.

Nafsu dalam erti inilah yang

lazim digunakan oleh ahli tasawwuf.

Mereka mengatakan

bahawa nafsu itu ialah pusat tempat tertumpuknya sifat-sifat


yang tercela pada manusia, kerana itu kata-kata mereka,
Nafsu

itu

harus

dilawan

dan

ditundukkan.

Mereka

berpegang kepada arahan Nabi Muhammad s.a.w., Musuhmu


yang paling perlu kau lawan ialah nafsu yang ada dalam
tubuhmu.
2) Nafsu dalam erti yang halus ialah hakikat kemanusiaan. Itulah
peribadi dan zat manusia.

Apabila nafsu itu telah menjadi

tenang

dan

pada

suatu

hal

boleh

terhindar

daripada

kegoncangan dan keraguan yang disebabkan oleh tentangan


beraneka syahwat, maka nafsu yang demikian disebut nafsu
mutmainnah (nafsu yang tenang), sebagaimana firman Allah
S.W.T.:
Wahai nafsu yang tenang! Kembalilah kepada
Tuhanmu dengan gembira dan menggembirakan.
(Surah al-Fajr :27-28)

30
Nafsu dalam maksud yang pertama, tiada gambaran akan
kembali kepada Tuhan, malah ia menjauhi-Nya dan masuk ke dalam
kelompok syaitan.

Nafsu dalam maksud yang pertama boleh

dibahagikan kepada dua jenis nafsu iaitu, nafsu ammarah bi al-su


(nafsu yang mengajak tuannya melakukan perkara buruk dan jahat)
dan nafsu lawwamah (nafsu yang mencela tuannya yang melakukan
perkara buruk dan jahat).
ammarah bi al-su.

Majoriti manusia memiliki nafsu

Manusia yang memiliki nafsu ini hanya akan

menurut segala kehendak syahwatnya tanpa sebarang bangkangan.


Nafsu seperti ini bersumber daripada pengaruh syaitan. Dalam
tahap ini jika seseorang manusia melakukan dosa dan maksiat hasil
kehendak nafsunya, maka dia tidak akan rasa bersalah dalam
dirinya. Oleh sebab itu perkataan nafsu biasanya dilihat negatif
pada pandangan manusia, kerana biasanya nafsu yang dimiliki
manusia adalah nafsu yang pertama ini. Firman Allah S.W.T.:
(Nabi Yusuf berkata), Dan aku tidak akan membiarkan
nafsuku, bahawasanya nafsu itu sentiasa menyuruh
berbuat jahat.
(Yusuf 12:53)
Apabila ketenangan nafsu itu tidak dapat saksama dan
sempurna, malahan selalu menentang dan melawan nafsu syahwat,
maka nafsu yang demikian disebut nafsu lawwamah (nafsu
pencela), sebab ia selalu mencaci manusia yang punya nafsu itu,
ketika dia terlalai daripada berbakti kepada Tuhannya. Allah S.W.T.
berfirman:
Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat mencela
(kejahatan).
(al-Qiyamah 75:2)
Apabila nafsu manusia berubah kepada tahap nafsu lawwamah ini,
maka jika seseorang itu melakukan dosa dan maksiat hasil pujukan
syahwatnya, dia akan merasa bersalah setelah sedar daripada
kesalahan tersebut. Kondisi seperti akan selalu berulang dalam diri

31
seseorang manusia yang memiliki nafsu lawwamah. Namun dalam
situasi sedemikian, tidak sepatutnya seseorang itu berputus asa
kerana nafsu jahat apabila digosok dan dicuci dengan selalu ingat
kepada Allah dan diberus dengan berus tembaga mujahadah dan
ikhlas kepada Allah S.W.T., maka ia akan berubah kepada nafsu
yang baik (nafsu mutmainnah).
Nafsu mutmainnah inilah yang terangkum dalam maksud
kedua yang telah diutarakan oleh al-Ghazali. Pada saat ini, nafsu
manusia tidak lagi mengarah kepada dosa dan maksiat, namun
akan sentiasa berada dalam reda Allah S.W.T.

Nafsu inilah yang

dimiliki oleh anak Adam (Bani Adam) yang dikurniakan roh oleh
Allah S.W.T.
3)

Elemen Akal

Manusia dipertanggungjawabkan oleh Allah S.W.T. sebagai khalifah


di bumi ini. Manusia diberikan dengan semua anugerah dan lebihlebih lagi dikurniakan pula dengan akal yang diletakkan di atas
muka bumi ini bagi mentadbir semua kejadian sepertimana seorang
pemimpin mentadbir seluruh jajahannya.
Akal merupakan makhluk ciptaan Allah S.W.T. yang diberikan
kepada manusia.

Dengan akal inilah seseorang manusia itu

dibezakan

makhluk-makhluk

dengan

Allah

yang

lain.

Akal

merupakan alat untuk manusia memahami sesuatu secara benar


dan menyeluruh. Dengan pancaindera yang dibekalkan oleh Allah
S.W.T., seharusnya setiap manusia menggunakan pancainderanya
untuk

menanggapi

tanda-tanda

kebesaran

Allah

S.W.T.

dan

memikirkannya, lalu menambahkan keyakinan kepada Allah S.W.T.


Namun bagi manusia biasa, akalnya hanya terbatas dalam
tanggapan pancainderanya semata-mata.

Sebab itulah ramai

dalam kalangan manusia yang dibekalkan akal, namun tidak dapat

32
menggunakan fungsi akalnya dengan sebaik-baiknya. Malahan ada
yang diuji oleh Allah S.W.T. dengan menggunakan akal untuk
menentang Allah .S.W.T.

Akal menjadi bala tentera nafsu untuk

melahirkan ilmu-ilmu yang terpesong daripada peraturan Allah


S.W.T.
Adapun bagi anak Adam (Bani Adam) akalnya berperanan
untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah di ufuk kejadian bagi
mengembara kembali dari alam makhluk ke alam Pencipta. Hanya
dengan cara inilah sahaja manusia dapat menyedari sifat mulia dan
tujuan mengapa dia dicipta.
4)

Elemen Hati

Elemen yang seterusnya yang diciptakan oleh Allah S.W.T. pada diri
setiap manusia ialah hati.

Menurut al-Ghazali perkataan al-qalb

mengandungi dua pengertian68:


1) Al-Qalb (hati jantung) ialah segumpal daging yang berbentuk
bulat panjang dan terletak di dada sebelah kiri, iaitu segumpal
daging yang mempunyai tugas tertentu yang di dalamnya ada
rongga-rongga

yang

mengandungi

darah

hitam

sebagai

sumber roh.
2) Al-Qalb (hati) dalam erti yang halus bersifat ketuhanan dan
rohaniah yang ada hubungannya dengan hati jasmani.

Hati

dalam erti kata yang kedua ini adalah hakikat manusia yang
dapat menangkap segala pengertian, berpengetahuan dan
arif, iaitu manusia yang menjadi sasaran daripada segala
perintah dan larangan Tuhan, yang akan disiksa, dicela dan
dituntut segala amal perbuatannya.
Hati dengan makna yang kedua ialah hati batin atau hati seni
yang tak dapat dilihat dengan mata kasar, tidak dapat dijamah oleh
tangan dan tak dapat dikerat potong oleh pisau, tetapi ia dapat
dirasa oleh pengakuan batin sendiri tentang wujudnya dan suatu

33
kejadian yang latifah rabbaniyyah atau yang dapat kita bahasakan
dengan hati seni kejadian Tuhan yang rohani.

Hati ini berhubung

rapat dengan kerja-kerja hati yang kasar. Perhubungan kerja antara


kedua-duanya itu ialah suatu perkara yang tak dapat diterangkan
oleh seluruh otak doktor jenis manusia kerana hati batin umpama ini
datang daripada kejadian alam ghaib manakala hati kasar adalah
daripada benda-benda alam kasar.

Bandingannya boleh diberi

begini: hati batin itu laksana raja pemerintah dan hati kasar itu
laksana istana raja tempat ia bertakhta dan anggota-anggota lahir
umpama kaki, tangan, dan sebagainya laksana rakyat jelata.

Ia

akan patuh kepada perintah raja, hati jenis ini tidak akan busuk,
berulat, dan tidak akan hancur buat selama-lamanya. Bila tubuh
terlerai daripada nyawa, dialah yang akan menemui alam akhirat.
Dialah yang berasa bahagia dan berasa celaka di dunia atau
akhirat.69
Dengan hati yang bersifat ghaib inilah maka hati kasar
(jantung) itu dapat hidup dan berdenyut. Ia mempunyai sifat-sifat
taakkul dan juga sifat-sifat maani dari sejak ia dijadikan di alam
arwah, iaitu sebelum ia bercantum dengan alam kasar.

Ahli-ahli

falsafah dan tasawuf bersependapat dalam menamakan hati jenis


ghaib ini jauhar mujarrad, iaitu ia bukan daripada jenis benda, jirim
atau aradh bahkan ia atau zatnya dapat berdiri sendiri dan terkaya
daripada tubuh badan kasar. Hati dengan makna yang kedua inilah
hakikat kejadian manusia yang mempunyai tanggungjawab kepada
Tuhan di dunia dan akhirat70.
Dalam al-Quran dan hadis, terdapat kata al-qalb yang
dimaksudkan sebagai suatu makna yang mana manusia boleh
mengerti dan mengetahui hakikat segala sesuatu dan kadangkadang dimaksudkan juga dengan kata al-qalb itu hati yang ada
rongga dada (jantung). Oleh kerana antara hati yang halus dengan
hati jasmani ada hubungan yang khas, maka hati halus meskipun ia

34
berhubungan dengan seluruh badan dan berguna untuknya, tetapi
perhubungan itu adalah dengan perantaraan hati jasmani.

Maka

hubungan pertamanya ialah hati jasmani, dan seolah-olah hati


jasmani menjadi tempat, kerajaan, alam, dan kenderaan bagi hati
batin itu71.
PERINGKAT KEHIDUPAN MANUSIA
Al-Quran

sebagai

mengandungi

sumber

pelbagai

petunjuk

ajaran

hidup

termasuk

manusia
tentang

di

dunia

kehidupan

manusia. Melalui al-Quran, manusia mengetahui siapa dirinya, dari


mana dia berasal, di mana dia berada sekarang dan ke mana dia
akan pergi setelah tiada. Manusia jika diamati perjalanan hidupnya
di dunia, sebenarnya telah melalui beberapa tahap kehidupan
sebelum sampai ke tahap hidupnya sekarang.

Pembahagian

kehidupan manusia kepada tahap tertentu berdasarkan faham


ulama terhadap ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w berkaitan
hidup dan matinya manusia sejak sebelum dia wujud di dunia.
Antaranya ayat 11 surah Ghafir dan ayat 171 surah al-Araf yang
menyentuh perihal pengakuan zuriat Nabi Adam tentang tauhid,
serta hadis-hadis Rasulullah saw yang menjelaskan perihal siksa
kubur.72
TAHAP KEHIDUPAN YANG DILALUI OLEH MANUSIA
Berdasarkan analisis ayat al-Quran dan hadis, lima tahap kehidupan
yang dilalui oleh manusia ialah alam roh, alam rahim, alam dunia,
alam barzakh, dan alam akhirat.
i.Alam Roh
Tahap pertama yang dilalui oleh seseorang manusia adalah alam
roh. Pada tahap ini roh manusia hidup dan berada di alam ghaib.
Hanya Allah S.W.T. sahaja yang maha mengetahui tentang alam ini
dan tiada manusia yang dapat mengetahui di mana alam ghaib ini
berada. Allah S.W.T. memberitahu bahawa ketika manusia berada

35
dalam alam roh ini, mereka telah mengakui dan bersumpah bahawa
hanya

Allah

sahaja

Tuhan

yang

selayaknya

disembah.

Ini

berdasarkan firman Allah S.W.T.:


Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu
mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun)
daripada tulang belakang mereka, dan Dia jadikan mereka
saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya
dengan firmanNya), Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka
semua menjawab, Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami
menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata
pada hari kiamat kelak, Sesungguhnya Kami adalah lalai
(tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
(Surah al-Araf 7:172)
Lantaran itu fitrah asal manusia sebenarnya adalah suci dan
percaya kepada Allah.

Hanya setelah mereka memasuki alam

dunia, kesucian tersebut telah dicemari dengan kepercayaankepercayaan khurafat dan syirik.
ii.

Alam Rahim

Tahap kedua kehidupan manusia adalah di alam rahim. Pada tahap


ini, kehidupan manusia sudah dapat diketahui dengan pasti iaitu
dalam kandungan seorang wanita. Lamanya dia berada di dalam
rahim diperkirakan sekitar sembilan bulan sepuluh hari.
Abdullah bin Mas'ud melaporkan, Nabi Muhammad,
orang yang paling benar dan paling dipercayai, pernah
memberitahu kami, 'Sesungguhnya setiap orang
daripada kalian dicipta di dalam rahim ibunya selama
40 hari dalam bentuk titisan air mani, kemudian dia
menjadi segumpal darah selama 40 hari juga, lalu
menjadi seketul daging, juga selama tempoh yang
sama. Kemudian Allah menghantar malaikat supaya
meniupkan roh kepadanya. Malaikat itu diberikan 4
perintah, iaitu supaya menuliskan rezekinya, ajalnya,
amal perbuatannya dan sama ada dia akan sengsara
ataupun bahagia. Demi Allah, tiada tuhan melainkan
Dia, ada dalam kalangan saudara-saudara sekalian
seseorang yang beramal dengan amalan-amalan
penghuni syurga, sehingga jarak yang memisahkan dia
dengan syurga tidak lebih daripada sehasta sahaja,
tetapi suratan takdir mendahuluinya sehingga dia
beramal dengan amalan-amalan penghuni neraka, lalu
dia pun masuk neraka. Ada pula dalam kalangan

36
saudara-saudara sekalian seseorang yang beramal
dengan amalan-amalan penghuni neraka, sehingga
jarak yang memisahkan dia dengan neraka tidak lebih
daripada sehasta sahaja, tetapi suratan takdir
mendahuluinya sehingga dia beramal dengan amalanamalan penghuni syurga, lalu dia pun masuk syurga.'
Hadis ini direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.
iii)

Alam Dunia

Ia merupakan tahap kehidupan manusia yang sangat menentukan


masa depan kehidupan tahap berikutnya. Apa yang menarik adalah
setiap

bayi

normal

akan

menangis

apabila

keluar

daripada

kandungan ibunya, sedangkan keluarga yang menanti kehadirannya


semua tertawa. Tangisan bayi ketika baru lahir membawa makna
simbolis tentang jerih payah kehidupan yang akan dihadapinya
kelak di dunia.
Manusia yang hidup di alam dunia akan menghadapi berbagai
ujian dan cubaan.

Untuk menghadapi ujian yang diiringi dengan

tarik-menarik antara bisikan syaitan dan malaikat. Manusia diberi


oleh Allah akal untuk menimbang dan agama sebagai pedoman.
Manusia dengan akal dan kebebasannya, boleh memilih menerima
atau menolak pedoman hidup yang diberi Allah.

Bagaimanapun

manusia akan tetap dituntut pertanggungjawaban kelak dalam


tahap kehidupan yang kelima, iaitu kehidupan akhirat.
Setelah sampai ajalnya, roh yang pernah ditiupkan ke dalam
diri manusia akan dicabut keluar oleh malaikat maut (Izrail) dan
terpisahlah

roh

daripada

tubuh

manusia.

Saat

itu

terjadilah

kematian. Jasad dikembalikan ke dalam tanah sedangkan roh


ditempatkan di alam barzakh. Setelah mati, manusia berpindah ke
tahap selanjutnya iaitu tahap keempat.
iv.

Alam Barzakh

37
Tahap keempat hidup seseorang manusia adalah berada dalam
alam kubur.

Kehidupan manusia di alam keempat disebut alam

Barzakh. Alam barzakh adalah suatu alam yang ditempati manusia


setelah mati sehingga datang hari kiamat.

Di sinilah manusia

menghadapi tempoh menunggu sampai dunia kiamat.

Setelah

mati, manusia akan tinggal di alam kubur. Di dalam kubur, jiwa atau
roh yang sudah menyedari akan kebenaran janji Allah.

Bagi

manusia yang jahat atau derhaka dan gagal menjawab soalansoalan tertentu akan menerima siksa kubur.

Dan dinampakkan

neraka kepada mereka pada waktu pagi dan petang.


vi.

Alam Akhirat

Sebelum memasuki alam ini akan berlaku dahulu hari kiamat. Bila?
Tiada siapapun yang tahu. Setelah sangkakala ditiupkan, manusia
yang pernah hidup di dunia dibangkitkan daripada kubur masingmasing untuk dihitung segala amal perbuatan selama hidup pada
tahap ketiga.

Setiap kejahatan, walau sekecil atom tidak akan

terlepas daripada perhitungan.

Demikian juga amalan kebaikan

yang dilakukan. Allah S.W.T. menjelaskan peristiwa ini:


Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang
sedahsyat-dahsyatnya, serta bumi itu mengeluarkan
segala isinya (dibangkitkan semua manusia daripada
kubur masing-masing). Berkatalah manusia (dengan
perasaan gerun), Apa yang sudah terjadi kepada bumi?
Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya,
bahawa
Tuhanmu
telah
memerintahnya
(berlaku
demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak
(dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada
mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa
berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya
(dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan
seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam suratan
amalnya)!
(Surah al-Zalzalah 99:1-8)
Manusia akan dikumpulkan di padang mahsyar sebelum melalui
peristiwa-peristiwa lain yang ditentukan untuk mereka.

Maka

berdasarkan keimanan dan ketakwaan, amal baik atau amal jahat

38
yang dilakukan oleh manusia selama hidup di dunia; nasib mereka
ditentukan.

Mereka yang beriman dan bertakwa, mengikuti

pedoman yang diberi Allah dan melaksanakannya, akan dimasukkan


ke dalam syurga, iaitu alam akhirat tempat mereka yang terpilih
menikmati kebahagiaan sempurna sebagai ganjaran amal kebajikan
mereka selama di dunia.
Sebaliknya, jika manusia tidak mahu beriman dan tidak
bertakwa serta melakukan kejahatan selama hidup di dunia, akan
dimasukkan ke dalam neraka tempat penyiksaan dengan api
menyala-menyala sebagai balasan setimpal dengan perbuatan
mereka.

Dalam tahap kelima ini, manusia bersama rohnya akan

hidup kekal abadi sama ada di syurga ataupun di neraka.


Dari sini dapat dibuat kesimpulan bahawa manusia terdiri
daripada jasad dan roh.

Secara keseluruhannya, manusia akan

menempuh lima tahap atau alam secara berperingkat-peringkat,


iaitu;
a. Alam ghaib (tempoh tidak diketahui)
b. Alam rahim (9 bulan 10 hari)
c. Alam dunia (mengikut tempoh umur masing-masing)
d. Alam barzakh (dari mula kematian sehingga dibangkit semula
selepas dunia kiamat)
e. Alam akhirat (kekal; sama ada di syurga ataupun neraka)
Dari kelima-lima tahap kehidupan yang ditempuhi manusia,
kehidupan dunia (tahap ketiga) merupakan tahap yang amat
menentukan. Melalui iman, takwa, amal, dan sikap; nasib manusia
pada tahap selanjutnya akan dirujuk bagi penempatan terakhir
mereka, apakah layak menjadi penghuni syurga ataupun neraka.
SOALAN ULANGKAJI

39
1) Bincangkan konsep manusia dan teori kejadiannya.
2) Huraikan proses penciptaan manusia menurut perspektif Islam
dan sains.
3) Bincangkan peringkat-peringkat kehidupan dan alam yang
ditempuhi oleh manusia.
BIBLIOGRAFI
Albar, Mohammed Ali. 1992. Perkembangan manusia menurut Al-Quran dan hadis.
Kuala Lumpur: Crescent News (K.L) Sdn. Bhd.
Al-Ghazali, Abu Hamid. 1986. Keajaiban hati. Singapura: Pustaka Nasional.
Al-Khauli. 2000. Adam alayhi al-salam. Tanta: Dar al-Bashir li Thaqafah wa
al-Ulum.
Al-Marbawi, Muhammad Idris Abd al-Rauf. 1955. Bahr al-madhi. Jil. 21. Mesir:
Matbaah Mustafa al-Babi al-Halabi.
Al-Tabari, Abi Jafar Muhammad ibn Jarir. 1979. Tarikh al-umam wa al-muluk.
Beirut: Dar al-Fikr.
Bucaille, Maurice. 1983. What is the origin of man? The answers of science and the
Holy Scriptures. Paris: Seghers.
Choiruddin Hadhiri SP. 1995. Klasifikasi Kandungan Al-Quran. Jakarta: Gema
Insani Press.
Ghazali Basri. 2008. Dinamika Tasawwur Islam. Brunei: KUPU SB.
http://id.wikipedia.org/wiki/Sigmund_Freud
Ibn Kathir. 1992. Qasas al-anbiya. Beirut: Dar al-Khayr.
Ibn al-Qayyim. 2002. Roh. Singapura: Pustaka Nasional.
I. R. Poedjwijatna. 1966. Pembimbing Ke Arah Alam Filsafat. Jakarta: Pustaka
Sarjana.
Mohd. Hamin Rajikin. 1998. Kehamilan bermulanya satu kehidupan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
MLA Style: "Marx, Karl." Encyclopdia Britannica. 2010. Chicago: Encyclopaedia
Britannica Ultimate Reference Suite.
Mustafa Mohamed al-Jiyasi. 1985. Mengenal diri dan wali Allah. Kota Bharu:
Pustaka Aman Press.
Ramli Awang. 2001. Manusia menurut Quran dan sains moden, dalam: Falsafah
sains dan teknologi dari perspektif Islam. t.tp: t.p.
Rusydi Ulyan dan Qahtani Abd al-Rahman al-Duri. 1977. Usul al-Din al-Islami.
Baghdad: Dar al-Hurriyah.

1Sebagaimana yang dikisahkan dalam Surah al-Baqarah 2: 30-39.


2 Ghazali Basri, 2008, Dinamika Tasawwur Islam, Brunei: KUPU SB, hlm. 45.
3 Ibid, h. 47-48.
4 I. R Poedjwijatna, 1966, Pembimbing Ke Arah Alam Filsafat, Jakarta: Pustaka Sarjana. hlm. 3435.
5 Ibid.
6 I.R Poedjwijatna. hlm. 40-44.
7 Ibid.
8 Ibid.
9 MLA Style: "Marx, Karl." Encyclopdia Britannica. Encyclopaedia Britannica Ultimate
Reference Suite. Chicago: Encyclopdia Britannica, 2010.
10 I.R Poedjwijatna. hlm. 135
11 Ibid.
12 Ibid. hlm. 182-183.
13 MLA Style: "Marx, Karl." Encyclopdia Britannica. Encyclopaedia Britannica Ultimate
Reference Suite. Chicago: Encyclopdia Britannica, 2010.
14 http://id.wikipedia.org/wiki/Sigmund_Freud
15 I.R Poedjwijatna. hlm. 136-138.
16 Surah Ali Imran 3:59; Surah al-Kahfi 18:37; Surah al-Haj 22:5; Surah al-Rum 30:20; Surah
Fatir 35:11; Surah Ghafir 40:67
17 Surah al-Rad 13:5; Surah al-Mu'minun 23:35, 82; Surah al-Naml 27:67; Surah al-Saffat 37:16,
53; Surah Qaf 50:3; Surah al-Waqiah 56:47.
18 Al-Marbawi, Muhammad Idris Abd al-Rauf, Bahr al-madhi, Matbaah Mustafa al-Babi alHalabi, Mesir, 1955/1374H, jil. 21, hlm. 20-21.
19 Lihat: ibid, jil. 21, hlm. 21.
20 Lihat: Ibn Kathir, Qasas al-anbiya, Dar al-Khayr, Beirut, 1992/1412H, hlm. 37; al-Marbawi,
op.cit., jil. 21, hlm. 21-22; al-Tabari, Abi Jafar Muhammad ibn Jarir, Tarikh al-umam wa al-muluk,
Dar al-Fikr, Beirut, 1979/1399H, jil. 1, hlm. 45-46.
21 Lihat: Bucaille, Maurice, What is the origin of man? The answers of science and the Holy
Scriptures, Seghers, Paris, 1983, hlm. 171.
22 Al-Khauli, Adam calayhi al-salam, Dar al-Bashir li Thaqafah wa al-Ulum, Tanta, 2000, hlm. 15.
23 Lihat: Bucaille, op. cit., hlm. 171.
24 Surah al-Rad 13:5; Surah al-Mu'minun 23:35, 82; Surah al-Naml 27:67; Surah al-Saffat 37:16,
53; Surah Qaf 50:3; Surah al-Waqiah 56:47.
25 Surah al-Anam 6:2; Surah al-Araf 7:12; Sad 38:76, 71; Surah al-Muminun 23:12; Surah alSajadah 32:7; Surah al-Saaffat 37:11; Surah al-Isra 17:61.
26 Lihat: Ibn Kathir, op.cit., hlm. 38; al-Marbawi, op.cit., jil. 21,hlm. 22.
27 Surah al-Hijr 15:26, 28, 33.
28 Surah al-Hijr 15:26, 28, 33; Surah al-Rahman 55:14.
29 Lihat: Ibn Kathir, op.cit., hlm. 38; al-Marbawi, op.cit., jil. 21,hlm. 22; al-Tabari, op. cit., jil. 1,
hlm. 47.
30 Ibn Kathir, op. cit., hlm. 38; al-Tabari, op. cit., jil. 1, hlm. 47-48.
31 Ramli Awang, Manusia menurut Quran dan sains moden, dalam: Falsafah sains dan teknologi
dari perspektif Islam, t.p., t.tp., 2001, hlm. 111.
32 Surah al-Nisa 4: 1
33 Al-Tabari, op. cit., jil. 1, hlm. 52.
34 Ibid.
35 Surah al-Qiyamah 75:37; Surah al-Sajadah 32:8; Surah al-Mursalat 77:20; Surah al-Tariq 86:5-7.
36 Surah al-Nahl 16:4; Surah al-Kahfi 18:37; Surah al-Haj 22:5; Surah al-Muminun 23:13; Surah
Fatir 35:11; Surah Yasin 36:77; Surah Ghafir 40:67; Surah al-Najm 53:46; Surah al-Qiyamah 75:37;
Surah al-Insan 76:2; Surah Abasa 80:19.

37 Lihat: Albar, Mohammed Ali, Perkembangan manusia menurut Al-Quran dan hadis, Crescent
News (K.L) Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1992, hlm. 15; 73.
38 Lihat: Ibid, hlm. 75.
39 Mohd. Hamin Rajikin, Kehamilan bermulanya satu kehidupan, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 1998, hlm. 23.
40 Lihat: Albar, op.cit., hlm. 78.
41 Ibid, hlm. 15.
42 Surah al-Hajj 22:5; Surah al-Muminun 23:14 (dua kali); Surah Ghafir 40:67; Surah al-Qiyamah
75:38.
43 Albar, op.cit., hlm. 87.
44 Ibid, hlm. 16.
45 Surah al-Hajj 22:5; Surah al-Muminun 23:14 (dua kali).
46 Albar, op.cit., hlm. 16.
47 Ibid.
48 Mohd. Hamin Rajikin, op.cit., hlm. 23.
49 Albar, op.cit., hlm. 16.
50 Surah al-Muminun 23:14 (dua kali); Surah al-Baqarah 2:259.
51 Lihat: Albar, op.cit., hlm. 105.
52 Ibid, hlm. 16-17.
53 Ibid, hlm. 17.
54 Lihat: Ibid, hlm. 67.
55 Ibnul Qayyim, Ruh, Pustaka Nasional, Singapura, 2002/1422H, hlm. 314.
56 Ibid, hlm. 429.
57 Ibid.
58 Ibid, hlm. 315 - Surah al-Fajr 89:27; Surah al-Qiyamah 75:2; Surah Yusuf 12:53; Surah
al-Anam 6:93; Surah al-Lail 92:7-8; Surah Ali Imran 3:185.
59 Ibn al-Qayyim, op.cit., hlm. 429.
60 Ibid.
61 Ibid.
62 Al-Ghazali, Abu Hamid, Keajaiban hati, Pustaka Nasional, Singapura, 1986, hlm. 2-3.
63 Lihat: Mustafa Mohamed al-Jiyasi, Mengenal diri dan wali Allah, Pustaka Aman Press, Kota
Bharu, 1985, hlm. 25.
64 Lihat: Ibid.
65 Lihat: al-Khawli, op. cit., hlm. 19.
66 Lihat: ibid, hlm. 18-19.
67 Al-Ghazali, op.cit., hlm. 3-4.
68 Al-Ghazali, op.cit., hlm. 1.
69 Mustafa Mohamaed, op.cit., hlm. 24.
70 Ibid, hlm. 24-25.
71 Al-Ghazali, op.cit., hlm. 6.
72 Choiruddin Hadhiri SP, 1995. Klasifikasi Kandungan Al-Quran. Jakarta: Gema Insani Press,
hlm. 131-144; Rusydi Ulyan dan Qahtani Abd al-Rahman al-Duri, 1977, Usul al-Din al-Islami.
Baghdad: Dar al-Hurriyah. hlm. 372.

Anda mungkin juga menyukai