Anda di halaman 1dari 4

KEPENTINGAN ILMU MANTIK DALAM MENANGANI CABARAN PEMIKIRAN

MASA KINI

Manusia adalah makhluk istimewa diberikan akal fikiran oleh Allah SWT. Dengan akal
fikiran tersebut terserlah perbezaan antara mereka dengan makhluk yang lain. Berfikir
juga mempunyai kaedah-kaedah tersendiri yang menjaga manusia daripada terjebak ke
dalam kesalahan dalam berfikir. Kaedah-kaedah ini yang dinamakan sebagai ilmu Mantik.
Mantik didefinisikan oleh Ibn Khaldun sebagai suatu ilmu berkaitan penyusunan kaedah-
kaedah pemikiran logik bagi menghindari kesalahan berfikir iaitu sehingga manusia
berjaya menghasilkan sesuatu keputusan yang meyakinkan. Sejarah membuktikan
bahawa penggunaan ilmu mantik telah dipraktikkan semenjak zaman silam oleh
sebilangan ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, khususnya ketika mempertahankan
akidah Islam daripada serangan aliran bidaah seperti Mutazilah, Shiah, Atheis dan lain-
lain. Maka itu sumbangan ilmu mantik terhadap keutuhan Islam dilihat sebagai salah satu
faktor terpenting dalam catatan perkembangan pesat peradaban Islam di seluruh dunia.
Peranan ini terus dimainkan oleh ulama zaman terkemudian dengan memanfaatkan
penggunaan ilmu mantik untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan umat Islam.
Kelangsungan ini berlarutan sehinggalah sampai kepada generasi masa kini dengan
kemunculan isu-isu akidah kontemporari yang memerlukan sentuhan ilmu mantik
tersebut.

Akal merupakan asas penting kepada manusia dan dengannya dapat membezakan
darjat manusia dengan makhluk lain. Akal merupakan asas akal dan konsep utama yang
menyebabkan manusia dipertanggungjawabkan dengan taklif serta syarat seseorang itu
sempurna. Oleh itu, anugerah akal merupakan sesuatu nikmat dan rahmat yang besar.
Sabda Rasullullah s.a.w:


.
Maksudnya: diangkat pena (tidak dikira dosa) terhadap 3 jenis manusia: orang kurang
siuman sehingga dia waras, orang yang tidur sehingga dia sedar dan orang kurang siuman
sehingga dia waras.

(Riwayat Al-Nasai)

Dapat dilihat disini keadaan yang menunjukkan keadaan yang akal tidak berfungsi
dengan baik. Oleh itu, di dalam Islam arak dan yang berkaitan dengannya diharamkan
kerana merosakkan akal. Mantik yang kita kenali terbahagi kepada mantik klasik dan
mantik moden. Apa yang membezakan di antara dua mantik ini? Mantik klasik terkenal
melalui kaedah al-Qiyas. Namun mantik moden pula membawa kepada percubaan dan
hasil.

Kebanyakan orang masih lagi samar-smaar serta meragui tentang kepentingan


ilmu mantik dan mereka tidak jelas apa sebenarnya tujuan mempelajari ilmu mantik ini.
Antara lain ada yang mengatakan faedah yang diperolehi daripada ilmu ini tidak seberapa
dan tidaklah membawa krpada banyak kepentingan. Ada pula yang mengatakan ilmu
mantik hanyalah teori dan tidak boleh dipraktikkan. Oleh itu, beberapa kajian telah
dilaksanakan untuk membetulkan tanggapan ini. Di sini, beberapa kepentingan ilmu
mantik akan disyarahkan dalam menghadapi cabaran-cabaran pemikiran masa kini.

Pertama, ilmu mantik merupakan peraturan yang bertujuan untuk menilai segala
tanggapan akal manusia supaya melahirkan teori dan praktikal yang rasional serta
mencapai matlamat yang dikehendaki. Oleh itu, ilmu mantik amat penting dalam
memandu akal manusia agar seiring dengan konsep mantik. Menurut Al Farabi, ilmu
mantik merupakan ilmu yang membentuk landasanlandasan yang membentuk pemikiran
manusia, sekaligus ia memandu kearah kebenaran dalam semua lapangan yang difikirkan
oleh akal.

Ilmu mantik dan penggunaan logik akal sering digunakan dalam majlis perdebatan
dan perbahasan, khususnya dalam perdebatan antara ahli kitab dan Atheis. Contohnya,
perdebatan antara imam al-Ghazali bersama golongan atheis apabila berhujah. Sepertima
yang berlaku sekarang perdebatan antara ahli sunnah wa jamaah dengan kumpulan syiah
tentang keimanan mereka yang berbahas berkenaan soal akidah daripada sudut imam,
kenabian, juga soal amalan ibadah mereka. Ilmu mantik wajar malah harus dipelajari bagi
kita mempunyai cara serta adab dalam mematahkan penghujahan pihak lawan.
Penyusunan premis-premis di dalam penghujahan penting dalam mendapatkan sesuatu
hujah yang deduktif atau induktif. Contoh lain, ilmu al jadal kita gunakan dalam
menangkis hujah pihak yang tidak percaya akan kewujudan tuhan ini boleh diaplikasikan
apabila kita berhadapan dengan golongan Atheisme.

Dalam menghadapi cabaran pemikiran masa kini ilmu mantik penting dalam
memahami hadis dan Al-Quran dengan mendalam bukan dengan sewenang-wenangnya
mentafsirkan ilmu-ilmu tersebut lagi-lagi berkenaan dengan kewujudan tuhan, perkara
kenabian, perkara samiyyat dan sebagainya. Di mana ilmu mantik ini mengajar kita untuk
berkomunikasi serta berhujah dengan sebaik-baiknya.

Mantik adala asas segala ilmu. Di mana semua ilmu-ilmu lain memerlukan mantik
untuk dijadikan panduan untuk berfikir dengan betul atau sempurna sebelum
melaksanakan sesuatu kerangka teori. Ilmu mantik dapat menghapuskan pemikiran-
pemikiran yang karut yang tidak dapat diterima akal. Contohnya, isu LGBT yang
kononnya mengangkat hak asasi manusia. Jika kita tenung dan lihat secara teliti isu ii
tidak bersesuaian dengan fitrah manusia yang Allah jadikan berpasang-pasangan antara
lelaki dan perempuan. Dan hukum Allah dan kita haruslah menerima dengan semua
kejadian Allah. Ilmu mantik dapat mendidik kekuatan akal serta dapat membentuk akal
agar biasa dengan pendebatan dan melatih akal dalam pantas melawan hujah akal.

Kesimpulannya ilmu mantik menjelaskan kepada kita kaedah dan cirri-ciri berfikir
yang benar, melalui logik atau mantik dapat membentuk akal kita agar tidak terpengaruh
malah fanatik serta ekstrem dengan mengagungkan aliran-aliran pemikiran yang saban
hari semakin banyak yang kita sendiri tidak tahu sejauh mana benar atau salah isme ini.
Melalui cara pemikiran daripada penghujahan yang dikatakan tadi kita boleh lihat melalui
kesalahan berfikir wujud individu-individu yang boleh dikatakan sesat dengan
mengeluarkan fakta-fakta dan kerangka teori sendiri seperti kumpulan G25, Siti Kassim,
pengaruh Atheism dan berbagai-bagai lagi. Juga kita boleh lihat dalam isu takrifan
kalimah Allah yang diperdebatkan pada hari ini. Oleh itu, ditekankan sekali lagi ilmu
mantik adalah relevan untuk dipelajari bagi menangkis pemikiran-pemikiran yang sesat
ini.

NUKILAN:
NUR SYAZWANI BINTI SHAABAN
A154266
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM | JABATAN USULUDDIN DAN FALSAFAH

Anda mungkin juga menyukai