Anda di halaman 1dari 4

4.

5 Perbezaan antara Muktazilah dan Ahli Sunnah



1. Pelaku Dosa Besar
Aliran muktazilah
Pada aliran mutazilah tidak menentukan status yang pasti pada bagi pelaku dosa besar, apakah ia
tetap mukmin atau kafir, kecuali dengan sebutan al-manzilah bain al-manzilatun . Setiap pelaku
pelaku dosa besar, menurut mutazilah,berada diposisi tengah antara posisi mukmin dan kafir. Jika
pelakunya belum sempat bertaubat, ia akan dimasukkan dalam neeraka selama-lamanya. Namun
siksanya lebih ringan daripada seksa orang kafir. Jadi, menurut muktazilah yang dimaksud dengan
dosa besar adalah segala perbuatan yang ancamannya disebutkan secara tegas dalam nas,
sedangakan dosa kecil adalah sebaliknya.
Aliran asyriyah (ahlu sunnah wal jamaah)
Dosa besar menurut aliran asyariyah adalah pelaku dosa besar masih tetap sebagai beriman, akan
tetapi apabila ia beranggapan bahawa dosa ini dibolehkan (halal) dan tidak diharamkan maka ia
dipandang kafir. Adapun balasan di akhirat kelak apabila ia meninggal tidak sempat bertaubat maka,
hal itu diserahkan kepada kehendak Allah dan mendapatkan syfaat Nabi SAW, sehingga bebas dari
seksaan neraka atau kebalikannya. Meskipun begitu, ia tidak akan kekal di neraka seperti orang kafir
lainnya. Dan boleh masuk syurga.

2. Iman dan kufur
Aliran muktazilah
Aliran mutazilah sepakat bahawa amal perbuatan merupakan salah satu unsur terpenting dalam
konsep iman. Kerana itu merupakan salah satu dari prinsip muktazilah (alwaad wa al waid) dan
marifah (pengetahuan dan akal) dalam masalah iman, yang merupakan persoalan teologi iaitu iman
seseorang dapat berkurang dan bertambah tergantung pada amal ibadahnya.
Aliran asyariyah (ahlu sunnah wal jamaah)
Aliran asyariyah mendefinisikan iman dalam berbagai macam. Iman adalah qawl dan amal dan
dapat bertambah dan berkurang.Dalam al-luma iman maksudnya sebagai tashdiq bi Alloh.Jadi, bagi
asyariyah dan juga al-asari sendiri iman hanyalah tashdiq yang juga diluahkan dalam bentuk
syahadatain.

3. Perbuatan Tuhan
Aliran muktazilah
Aliran muktazilah, sebagai aliran kalam yang bercorak rasional, berpendapat bahawa perbuatan
tuhan hanya sebatas pada hal-hal yang baik. Namun , ini tidak berarti bahwa tuhan tidak mampu
melakukan perbuatan buruk kerana Tuhan mengetahui keburukannya. didalam al-quran pun
dijelaskan bahwa tuhan tidaklah berbuat zalim. Tentang keadilan tuhan, muktazilah berpendapat
bahwa tuhan mempunyai kewajipan-kewajipan terhadap manusia. iaitu berbuat baik terhadap
manusia. Macam-macam faham kewajipan Allah:
a. kewajiban tidak memberikan beban diluar kemampuan
b. kewajiban diutuskan rasul
c. kewajiban menepati janji (al-waad) dan ancaman (al-waid)
Aliran asyariyah (ahlu sunnah wal jamaah)
Ulama al-ghazali mengatakan bahawa Allah tidak berkewajipan berbuat baik dan terbaik kepada
manusia. Perbuatan-perbuatan Allah bersifat (jaiz) dan tidak satupun darinya yang mempunyai sifat
wajib. Dengan demikian Allah maha berkehendak terhadap makhukNya. Kerana percaya pada
kekuasaan mutlak Tuhan. Maka, al-asyari mengatakan dalam al-luma, bahwasannya tuhan dapat
meletakkan beban yang tidak dapat dipikul oleh manusia. Al-ghazali pun mengatakan hal ini dalam
kitab al-istisad.
Aliran asyariah memaklumi bahawa diutuskan rasul-rasul mempunyai erti penting, kerana mereka
banyak bergantung pada wahyu untuk mengetahui tuhan dan alam ghaib. Bahkan juga untuk
mengetahui hal-hal yang bersangkutan dengan hidup di dunia. Namun, semuanya dikembalikan
pada kekuasaan dan kehendak mutlak Allah. Apabila Allah menghendaki manusia hidup dalam
kekacauan. Tuhan dalam hal ini tidak berbuat untuk kepentingan manusia.
Tentang kewajiban menepati janji dan menjalankan ancaman yang tersebut dalam al-quran dan al-
hadis, alasyariah berpendapat bahwa, semua lafaz yang bererti siapa diertikan sebagai sebagian
orang bukan keseluruhan. Dengan kata lain yang diancam itu bukanlah semua orang tetapi
sebahagian orang . adapun sebahagiannya akan terlepas dari ancaman atas dasar kekuasaan dan
kehendak Allah.

4. Perbuatan Manusia
Masalah perbuatan manusia bermula pada pembahasan aliran jabariyah dan aliran qodariyah akar
dari permasalahan ini adalah keyakinan Allah adalah pencipta alam semesta termasuk didalamnya
manusia sendiri. Allah bersifat Maha kuasa dan Maha berkehendak. Timbullah pertanyaan sampai
dimana manusia bergantung pada Tuhan dalam menentukan perjalanan hidupnya.

Aliran mutazilah
Aliran mutazilah berpendapat bahwa manusia mempunyai daya yang besar dan bebas. Oleh kerana
itu, manusialah yang menciptakan perbuatan-perbuatannya. Manusia sendirilah yang berbuat baik
dan buruk. Ketaatan dan kepatuhannya adalah kehendak dan kemauannya sendiri, daya(al-
istithaah) untuk mewujudkan kehendak terdapat dalam diri manusia sebelum adanya perbuatan .
meskipun berpendapat bahwa Allah tidak menciptakan perbuatan dan tidak pula menentukannya,
kalangan muktazilah tidak memungkiri adanya ilmu azali Allah yang mengetahui segala apa yang
akan terjadi dan diperbuat manusia.

Aliran asyariyah
Dalam fahaman asyari dikenal teori alkasb (perolehan) yaitu segala sesuatu yang terjadi dengan
perantaraaan daya yang diciptakan, sehingga menjadi peolehan bagi muktasib yang memperoleh
kasab untuk melakukan perbuatan . sebagai konsekuensi nya ,manusia kehilangan daya dalam
perbuatannya .

5. Sifat-sifat Allah
Aliran muktazilah
Aliran muktazilah berpendapat bahwa Allah tidak mempunyai sifat. Alah bersifat negatif .Tuhan tidak
mempunyai pengetahuan, kekuasaan.hajat Aliran memberikan daya yang besar kepada akal bahawa
Allah tidak mempunyai sifat-sifat jasmani.oleh sebab itu mutazilah menafsirkan ayat-ayat yang
memberikan kesan bahwa Tuhan bersifat jasmani secara metaformosis.
Selanjutnya muktazilah berpendapat bahawa Allah bersifat (ghaib). Allah tidak mengambil tempat
sehingga tidak dapat dilihat. Bila Allah dapat dillihat maka Allah dapat tampil didunia ini, sedangkan
kenyataanya belum ada yang melihatnya .Mengenai hakikat al-quran, aliran muktazilah berpendapat
bahawa al-quran adalah makhluk sehimgga tidak kekal,

Aliran asyariyah
Aliran asyariyah berpendapat bahawa Allah mempunyai sifat-sifat, dan sifat-sifat Allah itu unik
kerana tidak dapat dibandingkan dengan sifat-sifat manusia. Sifat-sifat Allah berbeza dengan allah
sendiri, Alasyariyah menolak bahwa Allah itu mempunyai sifat-sifat jasmani. Namun ayat-ayat
alquran menggambarkan sifat-sifat tersebut tidak boleh ditakwilkan dan diterima secara harfiahnya
saja, namun semua itu dikatakan layukayyaf wala yuhadd( tanpa di ketahui bagaimana cara dan
batsnya) .

5.0 Kesimpulan
Daripada penjelasan diatas telah menyebutkan tentang lima asas agama yang utama ia terdiri
daripada kedudukan yang asas bagi Muktazilah darisegi pendapat Kalam, selain itu, sebagaimana
yang diperkatakan sebelum ini kepercayaan Muktazilah tidak hanya tertumpu kepada lima asas
agama yang meliputi linkungan bidang besar yang pelbagai dan ia terdiri daripada ilmu ketuhanan
atau teologi, fizik, sosiologi dan antropologi. Dalam semua bidang ini mereka memegang
kepercayaan yang khusus, dan berbincangan tentang perkara yang luar daripada bidang
penyelewengan dalam syarah ini. Ibni Taimiyyah merupakan tokoh yang terkemuka dan mendokong
fahaman salaf dan Imam Abu Zahrah adalah tokoh yang terkenal dalam perundangan Islam. Mereka
mengakui bahawa Muktazilah sebahagian orang Islam, beriman dengan akidah Quran dan berjihad
bersungguh-sungguh mempertahankannya. Penjelasan ini dengan sendirinya menolak pandangan
golongan yang mengatakan bahawa Muktazilah telah keluar dari jamaah Islam atau menyeleweng
dan kafir. Golongan ini memberikan keutamaan kepada akal dalam memahami dan menyelesaikan
masalah akidah, maka pandangan mereka merupakan pembaharuan yang menonjol dalam akidah
Islam.

Anda mungkin juga menyukai