Anda di halaman 1dari 2

Apakah itu ideologi?

Serangan pemikiran atau ideologi juga dikenali sebagai al-ghazwu al fikr di dalam bahasa Arab. Ia
adalah satu istilah kontemporari yang amat popular di kalangan umat Islam. Sebagai serangan yang
bukan berbentuk fizikal, ia mempunyai karakteristik yang hampir sama dengan brain washing atau
dengan istilah lain thought control atau ideological reform. Setiap ideology atau ajaran akan
mendakwa mempunyai autoriti kebenaran dan berusaha meyakinkan pihak luar dengan pelbagai
cara. Penerimaan kebenaran pada pemikiran seseorang memerlukan pembersihan terhadap
kepercayaan lama orang tersebut tentang makna kebenaran. Ideologi yang menyesatkan (Ghazwah
al-fikr) yang melanda fikiran Muslim di kebanyakan negara Islam selepas fasa kolonialisme Barat.
Hasil dari pelbagai kepercayaan yang dinyatakan terbuka kepada nilai-nilai Islam yang tinggi dan
murni sebagai sekularisme, liberalisme, materialisme dan feminisme yang menafikan kewujudan
sistem Islam memerintah ummah.

Mengapa ianya berlaku?

Akar masalah bagi radikalisme masih lagi bergantung kepada tafsiran yang cetek dan menyimpang
mengenai konsep-konsep tertentu dalam agama. Kejahilan dan kesamaraan dalam memahami
konsep syariat seperti ‘khilafah’, ‘hudud’, ‘amal maaruf dan nahi mungkar’, serta ‘jihad’ jelasnya
mendorong golongan tersebut untuk mempercayai bahawa tafsiran yang didokong ISIS merupakan
satu interpretasi yang benar. Walhal sekiranya konsep-konsep ini difahami dengan teliti, ia jauh
daripada mengajak penganut Islam untuk menyakiti, apatah lagi mengorbankan nyawa manusia.
Sebaliknya, konsep-konsep tersebut sangat berteraskan kepada keamanan yang turut boleh
digunakan sebagai satu mekanisme untuk memelihara nyawa manusia.

Selain itu, ideologi dan pemikiran baru yang datang dari Barat dibawa masuk ke dunia Islam
termasuk fahaman liberalisme agama. Ia ditambah pula dengan proses globalisasi yang sedang
berlaku di seluruh dunia, maka ia telah menghasilkan suatu perubahan yang agak drastik terhadap
pegangan akidah dan pemikiran umat Islam. Dalam konteks kajian ini, serangan pemikiran
liberalisme agama akan dinilai menerusi perspektif Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ) sebagai satu-
satunya aliran yang benar, kukuh dan berpengalaman dalam mendepani cabaran pemikiran
menyeleweng.

Implikasi beramal dengan Ideologi

Antara implikasi terbesar pemikiran liberalisme agama ialah meniadakan sama sekali hukum-hakam
yang boleh menggelincirkan iman seseorang. Ia adalah berdasarkan fahaman sesiapa yang
membenarkan dalam hati dan mengaku dengan lidah, maka ia dianggap kekal beriman dengan
sempurna walaupun orang tersebut tidak melakukan sebarang amal perbuatan seorang muslim
seperti solat, zakat, puasa dan haji. Malah sekiranya dia melakukan apa jua kemungkaran yang boleh
mengkafirkan seperti menyembah berhala dan sujud kepada matahari, dia tetap dianggap mukmin
selagimana masih tidak mengiktikadkan perbuatan tersebut di hati.

Antara kebatilan liberalisme agama ialah menafikan hukum syarak berkenaan kaedah menentukan
hukum ke atas manusia secara zahir iaitu:

‫نحن نحكم بالظواهر وهللا يتولى بالسرائر‬


Maksudnya: “Kita berhukum secara zahir, manakala bagi diserahkan perkara-perkara tersembunyi”.
Lihat Talkhis al-Habir fi Ahadith al-Rafi‘i al-Kabir, 4/192.

Pemikiran liberalisme agama boleh menjadi punca kandungan agama Islam yang meliputi pelbagai
aspek kehidupan manusia dihapuskan. Hasilnya, Islam akan menjadi agama kepercayaan semata-
mata. Hanya dengan beriman di dalam hati dan melafazkan dua kalimah syahadah, maka ia dianggap
sebagai mukmin yang sempurna. Fahaman ini menyebabkan hakikat agama yang dibawa oleh para
rasul a.s., perutusan kitab-kitab suci dan pertembungan yang berlaku antara golongan beriman dan
golongan kuffar tidak mempunyai apa-apa makna. Ini kerana ia tidak memperjuangkan konsep
“penyerahan diri” seperti yang terkandung dalam makna Islam itu sendiri sebaliknya hanya
menerima ucapan lafaz syahadah sebagai penilai terhadap kesempurnaan iman seseorang.

Konsep ibadah juga tidak akan mempunyai apa-apa erti. Ini kerana ia hanya mementingkan
pengakuan hati dan lidah sedangkan ibadah meliputi pelbagai amalan zahir yang menjadi lambang
ketundukan, kehinaan dan ketaatan manusia sebagai hamba Allah SWT. Ibadah solat, zakat, puasa
dan haji, kesemuanya adalah ibadah zahir yang wajib dilakukan oleh setiap hamba bagi
membuktikan keimanan mereka kepada Allah SWT. Ia adalah matlamat dan tujuan mereka
diutuskan di muka bumi ini

Cara Mengatasi Ideologi ini

Kefahaman Islam yang jelas menurut kehendak Al Quran, Sunnah dan kefahaman para Muslimin
yang awal yang telah disaksikan oleh Rasulullah SAW. di atas keimanan mereka, serta berasaskan
fiqh dan ilmu yang bersifat meliputi sebagaimana yang telah disusun oleh para ulamak Islam yang
muktabar, mestilah menjadi antara tugas asasi setiap muslim di zaman ini, yang dipenuhi oleh
berbagai seruan kepada berbagai-bagai ajaran dan fahaman yang meragukan ketinggian agama dan
petunjuk Islam. Mereka hendaklah mendalami semula ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh
agar mereka dapat memahami kembali seluruh kewajipankewajipan mereka sebagai hamba Allah
SWT. dan mengetahui kewajipan mereka sebagai seorang muslim terhadap jihad menegakkan Islam
di zaman ini. Hanya dengan ilmu pengetahuan yang memelihara dari kesesatan, menimbulkan
perasaan takut kepada Allah, menggerakkan ketaatan dan menunjukkan kepada jalan beramal yang
betul sahajalah kesedaran dan kebangkitan umat Islam hari ini akan dapat benar-benar
menghancurkan pengaruh ideologi sesat di dalam masyarakat umat Islam di zaman ini.

Anda mungkin juga menyukai