Anda di halaman 1dari 22

1.

0
Pendahuluan
Kepercayaan sesuatu agama merupakan pokok dasarnya atau asas
tunjang kepada tahap keyakinan beragama. Islam sebagai agama yang
benar di sisi Allah merasa perlu untuk menjelaskan pokok dasar ajarannya
dan aspek-aspek dakwah yang menjadi tujuannya. Al-Quran dan hadishadis Nabi Muhammad saw sendiri banyak membicarakan tentang
wujudnya Allah, keagungan dan keesaanNya. Al-Quran terutamanya
banyak menyebutkan tentang sifat-sifat Allah. Sebahagian dari itu juga
ada menyatakan hubungan dengan makhluknya seperti Maha Mendengar,
Maha Melihat, Maha adil, Maha Menciptakan, Maha Pemurah, Yang
Menghidupkan, Yang Mematikan dan sebagainya.
Ilmu tauhid tidak dikenali pada zaman Nabi Muhammad saw dan
sahabat-sahabatnya,

melainkan

baru

timbul

dan

wujudnya

selepas

kewafatan Nabi Muhammad saw. Ianya wujud setelah ilmu-ilmu Islaman


satu persatu muncul dan setelah banyak timbul persoalan berkaitan
ketauhidan dan masyarakat pula suka membicarakan alam ghaib atau
metafizik1.

2.0

Tajuk Kajian

1 Metafizik merupakan gabungan dua suku kata iaitu meta dan fizik.Meta
merupakan perkataaan yunani yang membawa maksud di sebalik dan fizik pula
adalah alam zahir. Oleh itu, metafizik boleh di tafsirkan sebagai satu ilmu yang
membicarakan mengenai perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata
kasar. Contohnya mereka mengutarakan soalan yang berupa adakah wujud alam
lain selain alam bumi. Oleh yang demikian, Mereka ingin mencari kebenaran
hanya dengan berpandukan kepada akal minda mereka. Mereka berpendapat
bahawa dengan akal yang sihat serta waras, kebenaran itu dapat di capai.
1

Konsep tauhid menurut pemikiran ulama melayu tempatan : kajian


terhadap kitab jawi Faridatul Faraid.

3.0

Permasalahan Kajian

Ilmu tauhid merupakan ilmu yang tidak asing lagi bagi umat Islam. Ia
adalah merupakan salah
muslim

wajib

satu ilmu fardhu ain di mana setiap individu

mempelajarinya.

Namun

begitu,

jarang-jarang

sekali

terdapat penulis atau pengkaji yang berminat mengkaji ilmu ini secara
mendalam kerana kebanyakan mereka hanya menerima sahaja akidah
tauhid samada melalui pembelajarannya di sekolah atau hasil didikan ibu
bapa di rumah, iaitu tanpa membicara dan membahaskannya secara lebih
mendalam dan terperinci.
Walaupun penyampaian ilmu tauhid ini sering dibahaskan di kuliah-kuliah
ataupun ceramah-ceramah, namun tidak dinafikan bahawa masih terdapat
segelintir masyarakat Islam yang masih keliru dalam beberapa hal yang
berkaitan dengan pegangan akidah yang mereka anuti. Antara yang selalu
menjadi persoalan di benak fikiran umat Islam

tidak lain tidak bukan

adalah berkaitan sifat-sifat ketuhanan Allah, sifat-sifat kerasulan Nabi


Muhammad saw dan perkara-perkara yang terkandung di dalam rukun
Iman.

Seringkali perkara-perkara tersebut menjadi perbahasan di kalangan


para ulama. Apa yang dibimbangi dan dikhuatiri adalah keadaan
pegangan akidah masyarakat awam yang sentiasa bersikap tidak ambil
peduli

dengan

isu

akidah

yang

berlaku.

Ini

seterusnya

memberi

kesempatan kepada musuh-musuh Islam yang sentiasa cuba dan tidak


berputus asa untuk memesongkan pegangan akidah masyarakat Islam.
Terutamanya kepada golongan yang hanya pada nama sahaja Islam, akan
tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam yang

dibawa oleh Nabi

Muhammad saw.
Pada pandangan penulis, ilmu tauhid adalah satu komponen ilmu
yang utama di dalam Islam di mana ia merupakan akar umbi kepada ilmuilmu lain termasuk ilmu fiqh, tasawuf 2, hadis dan lain-lain lagi. Ilmu ini
tidak boleh dipelajari hanya melalui pembacaan semata-mata, tetapi perlu
kepada kaedah talaqqi ataupun dengan kata lain pembelajaran secara
berdepan dengan guru supaya murid tidak salah faham terhadap
kandungan

pelajaran.

Selain

itu,

dengan

kaedah

ini

juga

dapat

menghasilkan keberkatan atau barakah antara guru dan murid.


Memandangkan tauhid adalah ilmu yang utama dan penting dalam Islam,
maka para ulama sepanjang zaman telah memberi pemerhatian yang jitu
dan mendalam supaya tidak timbul isu-isu kekeliruan dalam kalangan
2 Tasawuf adalah ilmu yang menjelaskan tatacara pengembangan rohani
manusia dalam rangka usaha mencari dan mendekatkan diri kepada Allah.
Dengan pengembangan rohani , kaum sufi ingin menyelami makna syariah
secara lebih mendalam dalam usaha menemukan hakikat agama dan ajaran
agama Islam. Bagi kaum sufi yang mementingkan syariat dan hakikat sekaligus,
solat atau zikir misalnya, tidak hanya sekadar pngucapan di mulut, bahkan ianya
adalah seumpama sedang berdialog dengan Allah.
3

umat Islam dalam usaha untuk memahami, menghayati dan seterusnya


mengamalkannya. Antara usaha-usaha yang dapat dilihat adalah melalui
penulisan-penulisan berkaitan ilmu tauhid yang dikarang atau dihasilkan
oleh ulama melayu tempatan dalam kitab jawi.
Pemikiran akidah di kalangan ulama melayu dapat diteliti menerusi
kitab-kitab jawi. Hal yang demikian adalah kerana kitab-kitab jawi adalah
satu khazanah peninggalan yang sangat berharga. Melalui pemikiran yang
halus lantas dinukilkan melalui penulisan bertujuan untuk menyedarkan
kepada masyarakat betapa pentingnya ilmu tauhid pegangan akidah ke
atas individu muslim itu. Oleh yang demikian, pengkaji berasa terpanggil
untuk mengkaji salah satu karya ulama melayu berkaitan ilmu tauhid.

4.0

Persoalan Kajian

1.

Apakah kaedah dan metod yang digunakan oleh penulis iaitu Syeikh
Wan Ahmad bin Syeikh Wan Muhamad Zain bin Wan Mustapha
dalam usaha menanamkan pendidikan akidah melalui penulisannya?

2.

Apakah aspek-aspek penting ilmu tauhid yang diketengahkan oleh


Syeikh

Wan Ahmad bin Syeikh Wan Muhamad Zain bin Wan

Mustapha dalam kitabnya Faridatul Faraid?


3.

Adakah terdapat perbezaan dari segi pendapat dan buah fikiran


antara Syeikh Wan Ahmad bin Syeikh Wan Muhamad Zain bin Wan

Mustapha dengan ulama-ulama yang lain dari aspek pemikiran ilmu


tauhid?

5.0

Kepentingan Kajian

Antara kepentingan kajian ini ialah dapat menambahkan pengetahuan


penulis tentang konsep ilmu tauhid yang benar yang digariskan oleh Islam.
Hal ini kerana penulis akan memperincikan dan mendalami konsep ilmu
tauhid melalui pembahasan ulama-ulama terdahulu dengan karya Syeikh
Wan Ahmad bin Syeikh Wan Muhamad Zain bin Wan Mustapha iaitu
Faridatul Faraid. Dalam pada itu, penulis juga akan menggunakan banyak
kaedah dan sumber dalam menjalankan kajian ini. Oleh itu, pelbagai
maklumat dan ilmu akan diperolehi hasil daripada kajian tersebut dengan
harapan kualiti pengkajian dapat ditingkatkan.
Selain

itu,

kajian

ini

juga

dapat

dijadikan

panduan

dalam

menanamkan pendidikan akidah terhadap diri serta masyarakat. Hal ini


kerana, usaha untuk menanamkan pegangan akidah yang jitu ke dalam
diri bukanlah merupakan satu kerja yang mudah. Lebih-lebih lagi jika
dilihat pada masa kini telah banyak timbulnya isu yang memungkinkan
terpesongnya akidah umat Islam. Apa yang menjadi kebimbangan adalah
sikap segelintir masyarakat awam yang bersifat tidak ambil kisah tentang
isu-isu yang timbul. Pada mereka cukup sekadar ilmu ini dipelajari pada
zaman sekolah sahaja. Perlu diketahui bahawa ilmu tauhid adalah satu
ilmu yang memerlukan kepada kaedah berfikir secara analitikal.

Seterusnya kajian ini turut membantu penulis untuk berkongsi


kepada masyarakat Islam berkaitan konsep tauhid dan pendidikan akidah
yang sebenar menurut Islam. Hal ini kerana, dalam usaha untuk
menyiapkan

penulisan

ilmiah

ini,

penulis

akan

membahaskan

isi

kandungan Faridatul Faraid dengan pendapat-pendapat ulama yang lain.


Oleh yang demikian, penulis sendiri akan menerokai alam pembacaan
dalam usaha untuk membahaskan intipati kandungan kitab tersebut.
Tambahan lagi, kajian ini juga akan memberi pengalaman kepada
penulis

sendiri

tentang

cara-cara

menjalankan

kajian

ilmiah

yang

melibatkan persoalan yang rumit dalam pendidikan akidah. Dalam


menjalankan kajian ini, penulis akan melakukan beberapa pemerhatian,
pembacaan demi pembacaan dan analisis dokumen. Dengan itu, penulis
akan mendapat pengalaman baru yang akan membantu penulis untuk
memulakan langkah awal dalam usaha untuk menyebarkan dakwah Islam
melalui penulisan.

6.0

Matlamat Kajian

Kajian ini bertujuan mengkaji konsep tauhid menurut pemikiran ulama


melayu tempatan : kajian terhadap kitab jawi Faridatul Faraid.

7.0

Objektif Kajian

1. Mengkaji kaedah dan metod yang digunakan oleh penulis iaitu Syeikh
Wan Ahmad bin Syeikh Wan Muhamad Zain bin Wan Mustapha dalam
usaha menanamkan pendidikan akidah melalui penulisan.
2. Mengetahui dengan lebih terperinci aspek-aspek penting ilmu tauhid
yang diketengahkan oleh Syeikh

Wan Ahmad bin Syeikh Wan

Muhamad Zain bin Wan Mustapha dalam kitabnya Faridatul Faraid.


3. Membuat perbandingan dari aspek pandangan dan buah fikiran
antara Syeikh Wan Ahmad bin Syeikh Wan Muhamad Zain bin Wan
Mustapha dengan ulama yang lain berdasarkan aliran pemikiran
masing-masing.
4. Menunjukkan serta menonjolkan ketokohan Syeikh Wan Ahmad bin
Syeikh Wan Muhamad Zain bin Wan Mustapha dan mengenengahkan
sumbangannya dalam pelbagai aspek keilmuan Islam di nusantara.

8.0 Definisi Operasi Kajian


Konsep
Menurut Kamus Pelajar konsep ialah pendapat yg terbentuk dalam fikiran
mengenai

sesuatu, gagasan atau tanggapan.

Konsep juga boleh

dikatakan sebagai satu elemen pemikiran atau pendapat mengenai


sesuatu.

Ia

membentuk

suatu

pernyataan

yang

bermakna

dan

berkemungkinan sinonim dengan pernyataan yang lain. Perkaitan juga


wujud antara satu konsep dengan satu konsep yang lain. Konsep juga
adalah kategori mental yang digunakan untuk mengumpulkan objek,
peristiwa dan ciri-cirinya.
Penggunaan

konsep

merupakan

suatu

keupayaan

untuk

mewujudkan kategori bagi mewujudkan informasi yang lebih bermakna.


7

Menurut King (2008), terdapat empat sebab konsep adalah penting, iaitu
untuk mengeneralisasikan objek dan peristiwa. Kedua, konsep dapat
mengaitkan pengalaman dan objek. Ketiga, konsep membantu memori
berfungsi dengan efisien untuk memberikan makna kepada informasi
baharu yang diterima. Keempat, konsep membantu dalam memberikan
respon kepada suatu objek atau pengalaman3.
Tauhid
Tauhid adalah satu cabang ilmu yang membahaskan perkara yang
membuktikan kebenaran pegangan dan akidah Islam. Perbahasan tersebut
bersumberkan dalil-dalil aqli (akal) dan naqli (al-Quran dan hadis) yang
diyakini dan dapat menghilangkan segala was-was dan keraguan. Ia juga
adalah ilmu yang mendedahkan segala kebatilan orang kafir, keraguan
dan pendustaan yang mereka lakukan. Dengan ilmu ini, jiwa seseorang
akan menjadi tetap dan hatinya akan menjadi lapang serta tenang
dipancari dengan cahaya iman. Ia dinamakan ilmu tauhid kerana
perbahasan dalam ilmu ini ialah untuk mentauhidkan Allah4.
Menurut kitab faridatul al-faraid fil ilmu tauhid karangan Syeikh Wan
Ahmad bin Syeikh Wan Muhamad Zain bin Wan Mustapha, akidah berasal
dari kata dasar bahasa arab iaitu aqoda yang bermaksud ikatan atau
3 Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd Aziz Abd Shukor, Ramlah
Jantan, Roslinda Mustapha dan Hazalizah Hamzah et.al. (2009), Pembelajaran dan
Perkembangan Pelajar. Shah Alam, Selangor.Oxford Fajar Sdn.Bhd. Halaman 201
4 Abdul Majid Aziz Az-Zindani (2004), Kitab Tauhid Diperakui Oleh Fakta Sains.
Kuala Lumpur. Pustaka Salam Sdn.Bhd. Halaman 19.
8

simpulan, yang menunjukkan sesuatu yang teguh, mantap dan tidak


mudah dipengaruhi. Akidah ini wajib dipelajari oleh semua orang yang
beragama islam setelah mencapai usia akil baligh.
Pemikiran
Pemikiran berasal daripada kata fikir menjadi berfikir

dan akhirnya menjadi pemikiran

dalam bahasa melayu. Perkataan berfikir kini digunakan secara meluas. Walaubagaimanapun,
ia tetap memerlukan batasan pengertian dan penjelasan yang sebenarnya agar dapat difahami
dengan jelas. Dasar perkataan fikir berkataan berasal dari perkataan arab iaitu fakkara,
yufakkiru, tafkiran. Jelasnya perkataan fikir berasal daripada perkataan al-fikr. Dalam alQuran, perkataan fikr tidak disebut dalam bentuk kata nama.
Tegasnya dalam al-Quran perkataan fikr disebut dalam bentuk fiil madhi (perbuatan
yang telah lepas) dan mudhari' (perbuatan yang sedang dilakukan), sighah mukhatab dan
ghaib (kata ganti diri kedua dan ketiga). Misalnya fakkara dan tatafakkarun. Jadi ketika alQuran menggunakan cara ini seolah-olah Allah SWT ingin mengingatkan kita bahawa usaha
berfikir adalah usaha yang sangat berkaitan dengan manusia. Ringkasnya pemikiran bolehlah
didefinisikan sebagai satu aktiviti kekuatan rasional akal yang ada dalam diri manusia,
samada ia berupa suara hati, roh dengan pengamatan dan penilitian untuk menemukan makna
yang tersembunyi dari persoalan yang dapat diketahui, atau untuk sampai kepada hukumhukum, atau hubungan antara sesuatu. Pemikiran juga boleh didefinisikan sebagai rangkaian
idea yang berhubungkait atau daya usaha penyusunan semula pengalaman dan tingkahlaku
yang dilaksanakan secara sengaja.
Mengikut John Barell (1991), pemikiran ialah proses mencari makna
serta usaha untuk mencapai keputusan yang wajar. Dengan membawa

makna pemikiran adalah satu proses membina ilmu dan kefahaman yang
melibatkan aktiviti mental dalam otak. Manakala, definisi pemikiran
menurut Islam pula ialah

sebagai gagasan atau buah fikiran pemikir-

pemikir Islam atau ulama' bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah untuk


menjawab persoalan-persoalan manusia dan masyarakat yang timbul
disebabkan berbagai-bagai faktor.
Sebagai contoh untuk mencari jalan keluar kepada persoalanpersoalan luar yang belum ada pada zaman Rasulullah SAW dan pada
zaman sahabat atau untuk memperbaiki tindakan-tindakan tertentu
berdasarkan roh Islam. Atau sebagai penyesuaian antara prinsip-prinsip
agama dan ajaran-ajarannya dengan pemikiran asing yang mempengaruhi
pemikiran umat Islam

dan sebagai pertahanan terhadap akidah Islam

dengan menolak akidah, kepercayaan lain yang bertentangan dengan


ajaran Islam dan menjelaskan akidah Islam yang sebenarnya.
Ulama Melayu
Definisi melayu dari segi etimologi adalah berasal daripada perkataan
malaya. Iaitu singkatan daripada perkataan hima laya. Menurut Van der
Tuuk pula, perkataan melayu beerti menyeberang. Ianya merujuk kepada
orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama
Hindu-Buddha kepada Islam. Istilah Melayu merujuk kepada bangsabangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan
kawasan-kawasan gugusan kepulauan Melayu. Berdasarkan The Malay
Culture Study Project (1972), menyatakan bahawa konsep Melayu

10

merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah


orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.
Merujuk kepada skop yang lebih kecil, konsep melayu yang terdapat dalam
Perlembagaan Malaysia pada perkara 13 menyatakan bahawa seseorang
itu dapat ditakrifkan sebagai Melayu lazimnya apabila memiliki ciri-ciri
seperti berbahasa Melayu, berkebudayaan Melayu dan beragama Islam.
Walaupun demikian, tafsiran Melayu juga merujuk kepada orang-orang
Melayu yang mendiami kawasan Selatan Thai, Pesisir Sumatera, Sarawak,
Sabah dan di Brunei.
Definisi ulama pula menurut Dato Dr. Harun Din (2004), dalam alQuran karim terdapat dua kali sahaja perkataan ulama itu digunakan.
Kedua-duanya merujuk kepada yang mendalami pengetahuan agama.
Golongan yang mendalami agama Islam diistilahkan dengan al-ulama. Ini
bererti bahawa ulama adalah istilah khusus yang diketahui hanya diguna
pakai untuk mereka yang mengetahui dan mendalami tentang agama
Islam sahaja. Perkataan ulama juga berasal dari perkataan jama. Jika
untuk seorang disebut alim mufrad.
Akan

tetapi

sudah

menjadi

penggunaan

yang

menyeluruh

diistilahkan ulama untuk merujuk kepada seorang seperti imam Syafie


adalah ulama terbilang. Oleh yang demikian, dibolehkan demikian kerana
hakikatnya seorang alim dalam Islam memiliki dan mendalami berbagai
bidang ilmu, ilmu bahasa Arab dengan segala cabangnya ilmu al-qawafi,
badi maani, bayan, nahu saraf, usul feqh, ulum hadis, hadis, tafsir, ulum

11

tafsir, ilmu al-adab al-arabi, arud, tarikh, mantiq, al-falsafah dan berbagai
ilmu.
Menurut Syed Qutb, ulama adalah mereka yang mengkaji al-Quran
dan mereka yang mengenal Allah serta mengetahui hakikat Allah,
mengetahui kesan penciptaan Allah, mengetahui kesan kekuasaan Allah,
bertaqwa

kepada

Allah

dan

menyembah

Allah

dengan

sebenar

penyembahan. Ulama ialah orang yang mengetahui sifat Allah dan


kebesarannya. Siapa yang bertambah ilmunya maka lantas ia bertambah
takut kepada Allah. Ulama dikenali dengan ilmunya dan keteguhan
pendiriannya.
Dapat disimpulkan disini bahawa ulama adalah mereka yang
terpelihara daripada terjebak ke dalam perkara-perkara yang syubahat.
Ulama juga dikenali dengan jihad, dakwah, pengorbanan dari segi waktu,
harta benda, nyawa dan kesungguhan mereka di jalan Allah. Selain itu,
ulama juga dikenali dengan ibadah dan khusyuk mereka kepada Allah dan
melalui pengakuan oleh umat Islam dan jumhurnya dari kalangan ahli hak.
Kitab jawi
Maksud kitab jawi adalah satu kitab warisan atau kitab-kitab peninggalan
ulama-ulama silam mengikut metod penulisan ulama pada telah lama
wujud dalam tamadun melayu atau gugusan kepulauan melayu iaitu
sekitar abad ke 10 Masihi atau 3 Hijrah hingga kemaskini dan ia berasal
daripada tulisan Arab5. Penulisan jawi inilah yang membangunkan
tamadun melayu dan pernah mendukung bangsa Melayu keambang
5 http://www.scribd.com/doc/7878248/Tulisan-jawi-dan-Khat-Arab12

tamadun Melayu moden pada masa kini. Penulisan

rumi hanya wujud

dalam tamadun melayu selepas perang dunia kedua sahaja. (Kang,1993).


Teknik penulisannya tidak lari dari landasan ahlu sunnah wal jamaah.
Kitab tersebut menggunakan kaedah penulisan jawi. Tulisan Jawi yang
berasal daripada tulisan arab adalah merupakan huruf-huruf arab yang
dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Ertinya huruf yang
dipakai adalah huruf-huruf arab dengan bahasa Melayu atau dengan ejaan
Melayu. Misalnya kitab Sir at Al- Mustaqim yang disusun dan ditulis oleh Syeikh
Nuruddin al-Raniri pada tahun 1044 Hijrah (1634 Masihi). Kitab yang dikarang adalah
merupakan sebuah kitab fikah yang penting yang menghuraikan amal ibadat setiap muslim.
Faridatul Faraid.
Kitab Faridatul Faraid adalah sebuah kitab jawi karangan Syeikh

Wan

Ahmad bin Syeikh Wan Muhamad Zain bin Wan Mustapha pada tahun
1313 Hijrah iaitu bersamaan 1896 Masihi. Kitab ini ditulis menggunakan
metod penulisan jawi. Antara perkara yang terkandung dalam kitab ini
adalah penulis membahaskan berkaitan akidah pegangan ahlu sunnah wal
jamaah. Seperti membicarakan sifat-sifat Allah, sifat-sifat Rasul, rukun
Islam dan rukun Iman. Kitab ini masih terdapat sehingga kini.
Banyak usaha telah dilakukan bagi mengekalkan warisan kitab ini
antaranya kitab ini telah dicetak dan disebarkan ke merata tempat. Selain
itu juga, kaedah merumikannya juga telah dilaksanakan agar dapat
digunakan, dibaca seterusnya diamalkan oleh generasi masa kini6.
6 Ahmad Fathy al-Fatani (2002), Ulama Besar Dari Patani, Bangi.Universiti
Kebangsaan Malaysia. Halaman 256.
13

9.0 Limitasi Kajian


Kajian ini berasaskan kepada beberapa batasan seperti berikut :
1. Penyelidikan akan menumpukan perhatian terhadap komponen tauhid
utama dalam disiplin pengajian akidah ahlu sunnah wal jamaah.
2. Kajian ini hanya difokuskan melalui penelitian khusus secara analitikal
kepada zaman kemunculan ilmu Tauhid dan zaman Syeikh Wan Ahmad
bin Syeikh Wan Muhamad Zain bin Wan Mustapha

sahaja disamping

membuat perbandingan dengan kitab-kitab yang berkaitan dengan ilmu


tauhid.
10.0

Kerangka Teori

Teori dan Konsep


Kitab Faridatul
Faraid

Tauhid

Perbandingan
Pendekatan

Metod

dan Metod Penulisan

14

Karya Penulisan Ulama-Ulama


Lain

11.0

Metodologi Kajian

Metodologi adalah satu sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip


yang digunakan dalam sesuatu kegiatan. Ianya melibatkan beberapa
disiplin yang harus pengkaji patuhi bagi mencapai kualiti penyelidikan.
Dalam penyelidikan ilmiah, metodologi adalah penting untuk memahami
objek yang menjadi sasaran kajian. Lantaran itu, kajian akan menjadi lebih
berilmiah jika metodologi yang digunakan berpatutan. Metodologi yang
digunakan dalam kajian ini ialah :
1. Metodologi penentuan subjek :
- meneliti manuskrip yang dikaji iaitu kitab jawi lama, Faridatul
Faraid.
2. Metodologi mengumpul data :
- data diteliti dan dikumpul bagi menghasilkan kualiti penyelidikan
yang baik. Data diperolehi daripada latihan-latihan ilmiah yang
telah dijalankan sebelum ini. Selain itu juga, data juga diperolehi
daripada buku-buku ilmiah, kitab-kitab jawi lama, tesis dan lainlain lagi.
3. Metodologi kajian perpustakaan :
- Perpustakaan Peringatan Zaba, UM.
- Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI.
4. Metodologi Historis
- Dapatan data daripada catatan-catatan

peristiwa

yang

mempunyai nilai sejarah iaitu berkaitan dengan penyelidikan.


5. Metodologi Dokumentasi
- Membaca dan mengkaji terhadap dokumen-dokumen yang
mempunyai hubungan dengan masalah yang diteliti.

15

12.0

Sorotan Lepas

Penulis telah membuat kajian terhadap beberapa buah tesis yang


berkaitan dengan tajuk kajian penulis untuk mendapatkan gambaran awal
kajian yang akan dihasilkan nanti. Antara tajuk kajian yang telah ditinjau
oleh penulis ialah Manuskrip : Bidayah al-Hidayah: Satu Analisa dan
Transliterasi

Teks

oleh

Rafidah

binti

Suglaman.

Kajian

ini

lebih

berlatarbelakangkan kaedah transliterasi teks atau menterjemah teks jawi


kepada rumi. Kitab yang menjadi bahan sasaran kajian adalah sebuah
kitab

asli

jawi

yang

dikarang

oleh

ulama

Melayu.

Penulis

tidak

menggunakan metod dokumentasi iaitu tidak membahaskan kandungan


teks dengan pendapat ulama-ulama yang lain. Hanya mengulas atau
membahas metod penulisan yang digunapakai oleh pengarang kitab
Bidayah al-Hidayah.
Antara yang dapat disimpulkan terhadap kajian yang dilakukan adalah
berkenaan kandungan kitab tersebut iaitu berkisarkan perkara-perkara
yang berkaitan dengan ilmu Tauhid. Seperti pembahagian hukum yang
terbahagi kepada tiga bahagian. Antaranya hukum syarak, hukum adat
dan hukum akal. Antara lain adalah berkaitan dengan perkara yang
menyentuh persoalan makrifah iaitu sifat-sifat Allah, konsep syahadah,
perbezaan iman dan Islam serta peringkat-peringkat iman.
Selain itu juga, pendekatan ilmu Tauhid yang terdapat dalam kitab
ini ialah pengarang mengenengahkan konsep nubuwwah, definisi konsep
tersebut, bilangan nabi dan rasul yang diketahui. Kandungan kitab ini juga
menyentuh tentang mukjizat para Rasul dan kejadian luarbiasa yang
16

menjadi bukti kekuasaan dan kebesaran Allah. Antara lain adalah perkara
yang menyentuh tentang kewajipan beriman dengan para malaikat dan
kitab-kitab yang diturunkan Allah. Antaranya kitab Zabur, Taurat, Injil, alQuran serta mushaf-mushaf.
Kitab ini juga membahaskan tentang kelebihan-kelebihan menuntut
ilmu serta kewajipan menuntutnya. Selain itu, sifat zuhud dan perkaraperkara yang berkaitan dengan junjungan besar Nabi Muhamman saw juga
terkandung di dalam kitab ini.
Penulisan latihan ilmiah berikutnya adalah hasil penulisan Kamarul
Bakri bin Abdul Aziz yang bertajuk Konsep Ilmu Tauhid Dalam Kitab Jawi.
Pada awal penulisan, pengkaji telah telah mengenengahkan sejarah
penulisan dan perkembangan kitab jawi. Aspek utama yang difokuskan
adalah aspek ilmu Tauhid dan sejarah penulisannya. Pengkaji menyatakan
kedudukan ilmu Tauhid dalam Islam dan konsep sifat 20 yang terkandung
dalam kitab jawi. Menurut beliau lagi, ilmu Tauhid adalah satu cabang ilmu
yang sangat penting. Oleh yang demikian, bidang dan pembahagian sifat
20 telah diperincikan dengan huraian demi huraian. Skop huraian hanya
berkisarkan kepada kitab jawi. Beliau juga telah mengenengahkan
persoalan tauhid yang timbul pada zaman Rasulullah saw, sahabat dan
para tabiin.
Dalam kajian tersebut, tidak semua perkara yang berkaitan dengan
ilmu Tauhid dikaji, tetapi perkara-perkara yang sentiasa menjadi persoalan
serta khilaf para ulama. Oleh yang demikian, antara perkara-perkara
tersebut adalah seperti kedudukan akal dan wahyu, konsep perbuatan
17

Allah dan tujuannya, konsep keharusan Allah terhadap manusia, konsep


janji baik dan buruk dan konsep pengutusan rasul.
Manakala pada bab yang terakhir pula, pengkaji telah menyentuh
konsep Qada dan Qadar iaitu ketentuan manusia yang telah diatur oleh
Allah di dalam al-Quran dan hubungan perkara tersebut dengan manusia.
Justeru itu, dalam pengkajian ini pendapat para ulama kitab jawi lebih
diutamakan

serta

dititikberatkan.

Samada

berbentuk

persepakatan

ataupun persoalan tersebut menjadi khilaf para ulama kitab jawi.


Semuanya dibahaskan dalam kajian ini. Selain dapat meningkatkan lagi
mutu dan kualiti pengkajian .

Penulisan berikutnya ialah yang bertajuk Hadis-Hadis Akidah Dalam


Kitab Jawi:Tumpuan Kepada Kitab Akidatunnajihin oleh Hasbullah bin
Mohamad. Dalam penulisan ini, beliau telah mengenengahkan hadis-hadis
sebagai sumber akidah. Oleh yang demikian, penulis telah menggunakan
pendekatan akal. Hadis-hadis sebagai panduan untuk memandu akal
memperolehi

ilmu

akidah

selain

dari

al-Quran.

Hadis-hadis

yang

diperolehi berfokuskan kepada Kitab Akidatunnajihin yang dikarang oleh


karangan Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad bin Muhammad Dahhan bin
Syeikh Wan Syamsuddin bin Syeikh Jafar.

Tetapi beliau lebih terkenal

dengan gelaran Tuan Minal.


Dalam bab seterusnya, penulis membicarakan tentang pegangan
akidah ahlu sunnah wal jamaah. Penulis menghuraikan secara terperinci
dan mendalam bermula dari sifat-sifat Allah dan pecahannya, tentang
18

kerasulan para nabi dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan akidah. Pada
bab yang lain pula, penulis menerangkan hadis-hadis yang berkaitan
dengan ketuhanan dan keesaan Allah yang terdapat di dalam kitab
Akidatunnajihin. Huraian berkaitan hadis-hadis tersebut juga terdapat
dalam penulisan beliau.
Pada bab yang terakhir pula, penulis menghuraikan hadis-hadis yang
berkaitan dengan perkara-perkara kenabian dan perkara-perkara ghaib.
Kitab yang digunakan penulis adalah sebuah kitab usuluddin yang
tertinggi dalam Bahasa Melayu. Kebiasaannya kitab ini dipelajari selepas
daripada kitab Bidayah al-Hinayah, al-Dur al-Thamim dan Siraj al-Huda 7.
Oleh hal yang demikian, penulis telah mendalami banyak kitab-kitab dan
bahan-bahan rujukan yang lain sebagai penguat dan pengukuhan untuk
mendalami kitab Akidatunnajihin sebelum mengkaji intipati kandungan
kitab.
Tesis berikutnya bertajuk Sumbangan Syeikh Muhammad Abduh
Dalam Ilmu Tauhid: Satu Kajian Dalam Risalah al-Tauhid karangan Azmi bin
Md Yusof. Dalam kajian ini, penulis lebih berfokuskan kepada Syeikh
Muhammad Abduh dan kitab Risalah Tauhid. Pada bab kedua, penulis
mengkaji dan membicarakan berkaitan pertumbuhan dan perkembangan
ilmu tauhid bermula dari zaman Rasulullah saw, Khulafa ar-Rasyidin,
Umaiyyah,

Abbasiyyah

dan

sesudah

zaman

Abbasiyyah.

Penulis

membicarakan pada zaman-zaman tersebut sahaja kerana susunan


kemunculan ilmu tauhid bermula pada zaman itu.
7 Ahmad Fathy al-Fatani (2002), Ulama Besar Dari Patani, Bangi.Universiti
Kebangsaan Malaysia. Halaman 65.
19

Seterusnya penulis mengkaji tentang riwayat hidup pengarang


Syeikh Muhammad Abduh, sumbangannya dalam ilmu Tauhid, karyakaryanya dan sebagainya pada bab ketiga. Pada yang terakhir pula,
penulis mengulas dan membahas kandungan kitab Risalah Tauhid dengan
pendapat-pendapat daripada ulama-ulama yang lain. Antara tajuk dan
topik yang menjadi perbahasan ialah karamah para wali, konsep
perbuatan hamba, sifat-sifat Allah, konsep al-Risalah dan mukjizat alQuran. Dapat dilihat disini bahawa, penulis cuba untuk mengenengahkan
topik-topik yang acap kali menjadi kekeliruan umat Islam hinggakan lebih
teruk lagi menjadi perselisihan dan perbalahan di kalangan masyarakat.

13.0

Jadual Kerja

Bulan
Tindakan
Kajian
Perpustakaan
Perbincangan
Dengan
Penyelia
Menyiapkan
proposal kajian
Menghantar
proposal kajian
Menyiapkan
bab 1

Jan

Fe
b

Mac

Apri
l

Mei Jun

Julai

Ogo
s

Se
pt

Okt No
v

Dis

X
X

Menyiapkan
bab 2

Menyiapkan
bab 3

20

Menyiapkan
bab 4

Menyiapkan
bab 5

Melakukan
pembacaan
bahan
Analisis
dokumen

Final editing

Menghantar
laporan penuh

14.0
Bab 1
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8
Bab 2
Bab 3

Cadangan Laporan
Pendahuluan
Pengenalan
Penyataan Masalah
Objektif Kajian
Persoalan Kajian
Kepentingan Kajian
Limitasi Kajian
Definisi Operasi Kajian
Metodologi Kajian
Tinjauan Literatur
Riwayat Syeikh Wan Ahmad bin Syeikh Wan Muhamad
Zain bin Wan Mustapha dan Sumbangannya Dalam

3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
Bab 4
4.1

Penulisan
Latar Belakang Keluarga
Pendidikan
Sumbangannya Dalam Penulisan dan Dakwah
Keistimewaan
Kewafatan
Pertumbuhan dan Perkembangan Ilmu Tauhid
Zaman Rasulullah saw dan Para Sahabat
21

4.2
4.3
4.4
Bab 5
5.1
5.2
5.3
5.4
5.5
5.6
5.7
5.8

Zaman Tabiin
Zaman Umaiyyah
Zaman Abbasiyyah
Kitab Faridatul Faraid : Satu Perbahasan
Kewajipan Setiap Mukallaf
Hukum Taqlid Pada Ilmu Tauhid
Sifat-Sifat Allah Yang Wajib Diketahui
Sifat Harus Bagi Allah
Konsep Perbuatan Hamba
Beriman Kepada Para Nabi Dan Rasul
Sifat-Sifat Bagi Sekalian Rasul
Beriman Kepada Malaikat Dan Kitab
Penutup

Rujukan
Abdul Majid Aziz Az-Zindani (2004), Kitab Tauhid Diperakui Oleh Fakta
Sains. Kuala Lumpur. Pustaka Salam Sdn.Bhd.
Ahmad Fathy al-Fatani (2002), Ulama Besar Dari Patani, Bangi.Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd Aziz Abd Shukor,
Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha dan Hazalizah Hamzah et.al.
(2009), Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Shah Alam,
Selangor.Oxford Fajar Sdn.Bhd
http://www.scribd.com/doc/7878248/Tulisan-jawi-dan-Khat-Arab-.
Diperolehi pada 30 Mac, 2011

22

Anda mungkin juga menyukai