Anda di halaman 1dari 4

KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

SULTAN ISMAIL PETRA INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE


KM12, Jalan Kuala Krai, Peti Surat 68, Nilam Puri, 15730 Kota Bharu, Kelantan Darulnaim
Tel: 609 – 712 9386, 712 9387 Faks: 609 – 712 9444
DK 214 (D)-JPT/BPP (D) 1000-701/406 (12) www.Kias.edu.my

MPU 2133
FALSAFAH DAN ISU SEMASA

TAJUK : EPISTEMOLOGI

DISEDIAKAN OLEH:
NAME NO. MATRIK

MUHAMMAD ZAKWAN BIN CHE RAMLI 21111060

LECTURER NAME : SITI JAMILAH

DATE OF SUBMIT : 2/9/2021


Pendahuluan

Secara amnya, epistemologi dapat ditafsirkan sebagai asal-usul serta pemikiran yang menjadi
asas kepada kewujudan sesuatu ilmu. Epistemologi juga merupakan salah satu cabang pemikiran
utama dalam bidang falsafah di mana ia membahaskan berkenaan bagaimana sesuatu kewujudan
ilmu itu sebagai ‘theory of knowledge’ khususnya berkenaan kaedah, pengesahan dan kesahan
untuk mendapatkan ilmu daripada realiti sosial (Grix 2002). Perkataan epistemologi berasal daripada
perkataan Greek iaitu kombinasi di antara perkataan ‘episteme’ iaitu ilmu dan ‘logos’ yang
bermaksud kajian. Sebelum membicarakan dengan lebih lanjut berkenaan epistemologi, penulis
akan membincangkan berkenaan, apakah yang dimaksudkan dengan ‘ilmu’? Secara konseptualnya,
ilmu melibatkan proses kognitif kompleks menerusi persepsi, komunikasi, pengalaman dan
penghujahan tentang sesuatu perkara (Cavell 2002). Proses ini membawa kepada pemahaman
manusia tentang sesuatu perkara secara sistematik dan diinterpretasikan oleh manusia secara sedar.
Sungguhpun sehingga kini masih lagi terdapat perdebatan dan perbahasan berkenaan pendefinisian
ilmu, bagi ahli falsafah terdapat satu definisi yang dinyatakan oleh Plato iaitu “justify true belief”
(Fine 2003). Secara ringkasnya, sesuatu ilmu itu mesti boleh memberi justifikasi terhadap dakwaan
yang dibuat, ia semestinya benar berdasarkan fakta-fakta yang sahih dan ia mesti boleh dipercayai
tentang kesahihannya. Contohnya, sekiranya kita mengandaikan bahawa kita mengetahui tentang
seseorang pernah sampai dan berjalan di atas permukaan bulan. Untuk memastikan penyataan ini
sebagai ilmu yang sahih, dakwaan tersebut mestilah boleh diberi justifikasi tentang kebenarannya,
fakta yang sahih dan kepercayaan bahawa sememangnya pada tahun 1969 sekumpulan manusia
telah mendarat di permukaan bulan menerusi kapal angkasa Apollo 11 dan manusia pertama yang
menjejakkan kaki di bulan adalah Neil Armstrong.
Definisi epistemologi
Blaikie (1993) menerangkan epistemologi secara jelas sebagai the theory or science of the method
or grounds of knowledge’ di mana ketiga-tiga aspek ini digunakan sebagai kaedah atau cara untuk
memperoleh sesuatu ilmu daripada realiti sebenar yang berlaku, bagaimana apa yang berlaku itu di
ketahui, apa yang boleh diketahui dan apakah tuntutan yang perlu dipenuhi untuk menjelaskan
sesuatu ilmu tersebut. Menurut Chia (2002) pula, epistemologi merujuk kepada ‘how and what it is
possible to know’ serta keperluan untuk mencerminkan bagaimana ilmu itu dihasilkan berasaskan
kaedah dan piawai yang sahih dan dipercayai dan akhir sekali Hatch dan Cunliffe (2006) merumuskan
epistemologi sebagai ‘knowing how you can know’ dan seterusnya memperkembangkan rumusan
beliau kepada persoalan bagaimana ilmu itu dihasilkan, bagaimanakah realiti yang berlaku
diterangkan dan apakah kriteria yang membezakan antara ilmu yang baik dan ilmu yang tidak baik.
Selain daripada tiga sarjana yang telah dinyatakan sebelum ini, Bryman (2004) dan Saunders et al.
(2007) telah membincangkan epistemologi sebagai satu cabang bidang falsafah yang
membincangkan teori tentang ilmu dan menitikberatkan mengenai ilmu yang diterima umum
mengikut disiplin bidang masing-masing seperti biologi, fizik, astronomi dan sosiologi. Justeru, dapat
disimpulkan di sini bahawa elemen yang telah diutarakan ini membawa kepada satu pemahaman
tentang epistemologi iaitu apa dan bagaimana manusia mengetahui tentang sesuatu ilmu dan
mengetahui apa yang kita ketahui terutama daripada realiti sosial. Epistemologi juga boleh
digunakan untuk membahas dan menerangkan sesuatu fenomena sosial yang berlaku. Epistemologi
mempunyai beberapa pendekatan yang sering digunakan oleh penyelidik seperti positivism,
Interpretivism, empiricism, rationalism dan constructivism. Setiap pendekatan ini mempunyai fungsi
dan peranan tersendiri dan bergantung pada reka bentuk penyelidikan yang ingin digunakan oleh
penyelidik. Bagi membincangkan epistemologi dengan lebih terperinci, dua pendekatan utama iaitu
positivism dan Interpretivism akan digunakan untuk menerangkan fenomena sosial terpilih.
KESIMPULAN
Kesimpulannya esei ini telah membincangkan mengenai paradigma dalam sesuatu kaedah
penyelidikan. Sebenarnya andaian asas atau paradigma dalam sesebuah kaedah penyelidikan amat
penting dalam menentukan kaedah yang akan dipilih. Andaian paradigma ini perlu kita fahami dan
akan membantu penyelidik menyusun dan merancang strategi penyelidikan yang akan di jalankan.
Jika pertimbangan ini diambil kira, penyelidik tidak akan membuat pilihan kaedah berdasarkan salah
tanggap dan seterusnya tidak akan membuat dakwaan yang tidak munasabah berhubung dengan
dapatan atau pengetahuan hasilan kajiannya iaitu melalui dua paradigma penyelidikan iaitu Positivist
dan Interpretive. Kedua-duanya terdiri daripada tiga andaian melalui Epistemologi (pengetahuan),
Ontologi (kewujudan) dan Metodologi. Seperti yang kita tahu ada dua kaedah penyelidikan utama
iaitu kaedah kajian kuantitatif dan kaedah kajian kualitatif dan melalui pendekatan atau teori
induktif dan deduktif. Metodologi tidak terpisah daripada andaian-andaian yang penyelidik buat
tentang realiti yang hendak dikaji dan tentang pengetahuan yang akan dihasilkan tentang kajian
yang akan dijalankan penyelidik.

Anda mungkin juga menyukai