Anda di halaman 1dari 3

Definisi Pendidikan " Pendidikan ialah "usaha sistematik yang disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan

pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia ". "process of living and leaning by which the child become an understanding adult citizan with strong concern for the development of a world in which free man can and will act together, even fight if necessary , for the common good "American Education Fellowship, "Objectives and Program of the American Education Fellowship ", Progressive Education, Vol. 22 (October 1944), p. 9. " a preparation for battling with the immediate experiences of life , a preparation by which to qualify each immediate moment with relevant ideas and appropriate actions " Alfred North Whitehead, The Aims of Education ( New York : Macmillan, 1929 ), p.58.

Falsafah Pendidikan Negara "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia. Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan.

Kesimpulan yang dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan. Mengikut Russell ( 1946 ), falsafah adalah diertikan sebagi sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi, falsfah menengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti. E.D Miller pula mengatakan falasafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu, falsafah noleh diertikan sebgai satu usah untuk berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan. Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan ( 1984 ) ialah falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian mengnai pertimbangan terhadap perkara yang penting. Baginya juga, falsafah memeprsoalkan prinsip-prinsip reality, ilmu dan nilai. Baginya juga, falsafh adalah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sisitem-sistem pemikiran. Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara saintifik, sistematik dan logical. Tujuan falsafah ialah mencari dan membukti kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkaraperkara yang penting dalam kehidupan. Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

Matlamat Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut : 1.Percaya dan patuh kepada Tuhan 2.Berilmu pengetahuanberakhlak mulia 3.Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara 4.Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu 5.Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu : 1. Melahirkan rakyat yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara 2. Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan. 3. Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsipprinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan 4. Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara 5. Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum 6. Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahankemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

Anda mungkin juga menyukai