Anda di halaman 1dari 49

1.

0 PERKEMBANGAN PERSONALITI
2.0.i DEFINISI PERSONALITI
Pada umumnya personaliti dapat didefinisikan sebagai sahsiah, keperibadian atau perwatakan. Hal
ini yang demikian, perkataan personaliti merupakan terjemahan daripada perkataan Bahasa Inggeris yang
diambil daripada perkataan Latin iaitu Persona. Personamembawa maksud topeng muka yang dipakai oleh
pelakon Yunani pada zaman dahulu untuk mewakili sesuatu perwatakan di pentas. Seterusnya, dalam
konteks psikologi pendidikan , konsep personaliti dapat ditafsirkan dengan pelbagai definisi yang berbeza.
Menurut Alder 1948 Personaliti merupakan gaya hidup seseorang individu manakala Gordon Allport,
1961. Personaliti sebagai organisasi sistem psikologi yang dinamik di dalam jiwa individu. Sistem ini akan
menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaiannya dengan alam persekitaran. Mischel, (1981) pula
menyatakan personaliti sebagai susunan pola-pola tingkah laku manusia yang diaplikasikan dalam situasi
kehidupannya. Di samping itu menurut Crow dan Crow (1983) (Mak Soon Sang, 2008) personaliti
seseorang adalah perwatakan fizikal, corak pertuturan, dan daya penarik yang dimiliki. Seterusnya,
dapat disimpulkan di sini bahawa personaliti ialah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada
seseorang individu, tetapi ianya berlainan dengan orang lain. Hal ini kerana perwatakan seseorang individu
dapat diperhatikan dan dilihat melalui tingkah lakunya dalam situasi pada sesuatu ketika.
2.0.ii PERKEMBANGAN PERSONALITI
2.0.ii.a PERSONALITI
Secara umumnya, manusia dapat dibezakan menerusi dua aspek iaitu kemampuan dan personaliti.
Hal ini yang demikian, aspek kemampuan meliputi pencapaian dalam pembelajaran, kecerdasan dan bakat.
Berlainan pula dengan aspek personaliti yang meliputi watak, sifat, penyesuaian diri, minat, emosi, sikap
dan motivasi. Oleh sebab itu, dapat kita dapat melihat perkaitan antara personaliti seseorang itu dengan
konsep kendiri. Hal ini kerana, personaliti merupakan sifat-sifat atau ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang
individu, seperti cara berfikir, dan beremosi yang membolehkan dirinya dibezakan dengan individu lain.
Seterusnya, kita dapat perhatikan jika konsep kendiri seseorang itu positif, maka individu tersebut dapat
menilai dan memberi pendapat mengenai dirinya secara sedar tentang kebaikan dan kekurangannya, serta
dapat menerima maklum balas daripada orang lain. Hal ini jelas, menunjukkan bahawa saling perkaitan
antara personaliti dan konsep kendiri amat ketara dalam diri setiap individu. Jika tidak mustahil untuk
seseorang individu itu untuk berinteraksi dengan persekitarannya. Konklusinya, personaliti merupakan
gabungan daripada berbagai sifat dan konsep kendiri seseorang. Hal ini yang demikian individu yang
mempunyai konsep kendiri positif akan menghasilkan personaliti yang bersesuaian dengan keperluan
persekitarannya. Dengan gaya percakapan, cara bertindak, tingkah laku yang ditunjukkan dan cara
seseorang itu berinteraksi dengan persekitarannya dapat membantu kita untuk mengenali personaliti
seseorang itu dengan lebih mendalam.
2.0.iii KLASIFIKASI PERSONALITI DAN CIRI-CIRINYA
Secara umumnya, personaliti seseorang individu biasanya dapat dipersepsikan dalam satu kontium
di antara dua kategori yang ekstrem iaitu introvert dan ekstrovert. (Mak Soon Sang , 2008). Introvert ialah
seseorang yang sentiasa menyimpan perasaan, dan emosinya dalam keadaan yang nyata. Dalam kata lain,
individu tersebut merupakan seorang yang pasif, sensatif dan tidak sukakan cabaran. Oleh itu dalam
interaksi sosial individu tersebut banyak menumpukan masanya kepada mendengar sahaja berbanding
mengeluarkan pendapat mereka sendiri.

Tetapi berbeza pula dengan mereka yang mempunyai jenis personaliti ekstrovert yang lebih suka dunia luar
daripada dunia dalam. Individu yang tergolong dalam jenis ini biasanya mempunyai semangat yang aktif
dan suka bergaul dengan semua orang, sentiasa suka melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti social dan
sering cepat membongkar perasaanya tetapi juga cepat pula mengubahnya.
Walaubagaimanapun, di dalam dunia yang fana ini kita tidak dapat menentukan secara khusus
samada seseorang itu bersifat introvert ataupun ekstrovert. Hal ini kerana setiap individu mempunyai ciriciri personaliti yang terletak pada satu titik dalam kontinum di antara kedua-dua kategori tersebut.
Sebagai contohnya, jika seseorang itu menunjukkan sifat pendiam di rumah, tetapi menjadi
seseorang yang sangat peramah apabila berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa orang itu mempunyai kedua-dua ciri introvert dan ekstrovert dan gabungan keduadua personaliti ini dinamakan ambivert. Selalunya mereka yang mempunyai ciri ambivert ini merupakan
seseorang yang suka berkawan tetapi lebih suka memilih bekerja secara individu, bertutur lancar tetapi
berfikir sebelum memberi pendapat dan aktif tetapi sensitif.
Konklusinya, manusia dijadikan dalam pelbagai ciri dan klasifikasinya kerana tanpa kedua-duanya
dunia ini tidak mungkin akan terdapat pelbagai jenis sifat manusia dan ciri-ciri dan klasifikasi inilah yang
mewarnai kehidupan seharian manusia.
2.0.iv TEORI-TEORI PERSONALITI
Seterusnya kita mengkaji dan menganalisis pula teori-teori perkembangan personaliti seseorang
manusia. Teori Psikoanalisis di mana secara umumnya pengasas Teori Psikoanalisis ini ialah Sigmund
Freud. Beliau percaya personaliti manusia dibentuk semenjak manusia dilahirkan sehinggalah ke umur
lima tahun (Mahmood Nazar, 2005). Menerusi pengalaman Freud yang mengendalikan pesakit-pesakit
yang mempunyai masalah jiwa, beliau telah mengasaskan konsep alam sedar dan alam tidak sedar. Alam
sedar diibaratkan sebagai seketul air batu yang terapung, hanya sebahagian kecil sahaja yang boleh dilihat.
Manakala sebahagian besar air batu yang tenggelam merupakan alam tidak sedar. Menerusi pendekatan ini,
motif tidak sedar yang terdapat dalam alam tidak sedar manusia, yang memotivasikan manusia untuk
bertingkah laku. Seterusnya menurut beliau, lagi terdapat tiga komponen personaliti iaitu id, ego dan super
ego yang sering mempengaruhi antara satu sama lain yangmengawal perlakuan manusia.
Id merupakan bahagian personaliti tidak sedar yang berfungsi sebagai stor penyimpanan untuk
keinginan manusia dan didorong oleh tenaga libido yang memotivasikan tingkah lakunya.
Manakala ego pula muncul apabila bayi berusia enam bulan merupakan suatu bahagian personaliti yang
mengandungi pemikiran realistik dan tersusun. Ego berfungsi untuk mengawal id supaya keinginannya
tidak melanggar nilai dan norma masyarakat hari ini. Seterusnya, superego pula merupakan bahagian
personaliti yang bermoral dan berkembang daripada didikan moral dan agama. Oleh itu, mengikut
Frued, superego berfungsi sebagai pengantar maklumat nilai moral kepada ego untuk bertindak dan
mengawal id.
Dalam hal ini, Freud percaya jika sesuatu konflik dibiarkan dalam diri individu itu maka ia akan
menghasilkan suatu perasaan ketegangan dan menghasilkan tingkah laku bermasalah kerana fikiran
terganggu dan menyebabkan seseorang individu itu melakukan tindakan yang tidak bermoral kerana tidak
dapat mengawal dirinya. Bagaimanapun, Freud menyatakan juga untuk menyelesaikan konflik ini
seseorang akan menggunakan mekanisme helah bina diri seperti rasionalis, sublimasi, projeksi, introjeksi
dan kompensasi. Kedua, Teori Trait iaitu menurut Atkinson Trait bermaksud apa-apa bentuk sifat yang
membezakan seseorang itu dengan individu lain dengan kadar yang kekal dan konsisten. Hal ini
bermaksud, Teori Trait memperihalkan personaliti seseorang berdasarkan kepada sifat dan tingkah laku
seseorang berdasarkan petikan, (Mahmood Nazar, 2005).

Seterusnya, William Sheldon dalam (Mahmood Wazar, 2005) mengklasifikasikan tiga bentuk tubuh
atau somatotip dengan tiga set personaliti, iaitu endomorf, mesomorf dan ektomoft. Teori ini menunjukkan
hubungan antara resam tubuh dengan personaliti. Hal ini yang demikian, bentuk badan endomorf adalah
bentuk badan yang gemuk dan bulat. Individu ini dikatakan sebagai seorang yang periang, suka bergaul,
kuat makan, ekstrovet dan tenang. Manakala mesomorf pula merupakan individu yang mempunyai susuk
tubuh yang tegap, keras, dan kuat. Individu ini mempunyai personaliti yang tegas, bertenaga, agresif dan
berani. Seterusnya, ektomorf pula ialah individu yang kurus, tinggi dan lembut. Individu ini dikaitkan
dengan personaliti yang pendiam, tidak suka bergaul, beremosi, pemalu tetapi cerdik.
Manakala Teori Behaviourisme pula dikaji oleh pakar Behaviorisme yang mengkaji tentang
perkembangan personaliti manusia. Beliau menyatakan bahawa tingkah laku manusia dipelajari melalui
proses perkaitan, manusia pada asasnya akan cenderung ke arah sesuatu yang membawa kepada
keseronokan serta tingkah laku manusia pada asasnya ditentukan oleh persekitaran.
Dalam hal ini, jelas menunjukkan bahawa pendekatan ini mengandaikan semua tingkah laku adalah
hasil daripada proses pembelajaran yang melibatkan pelaziman yang diasaskan oleh Pavlov. Personaliti
dilihat sebagai hasil daripada latihan, ganjaran, dendaan dan pelaziman daripada budaya dan
masyarakat. Dalam teori ini pengalaman dikatakan penting namun begitu dalam pembentukkan personaliti
kesan latihan, ganjaran, dan dendaan yang pernah diterima lebih member kesan kepada pembentukan
manusia. Kebanyakkan pakar-pakar dalam bidang ini mempercayai bahawa tingkah laku manusia berpunca
daripada interaksi manusia dengan persekitaran serta pengalaman lalu dan kini.
Selain itu juga Skinner berpendapat bahawa untuk memperkukuhkan sesuatu perlakuan atau
gerakbalas seseorang manusia itu memerlukan peneguhan yang positif mahupun negatif dalam diri individu
tersebut. Konklusinya, berdasarkan Teori Behaviorisme ini personaliti merupakan tingkah laku yang
ditunjukkan oleh individu ketika berinteraksi dengan persekitaran dan prinsip peneguhan merupakan punca
yang menyebabkan sesuatu personaliti itu kekal atau lenyap dalam diri individu.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN PERSONALITI
Pelbagai faktor yang dapat mempengaruhi perkembangan personaliti individu. Antaranya faktor
kebakaan yang dihubungkaitkan dengan kecerdasan dan juga bentuk tubuh. Pola genetik yang wujud pada
masa persenyawaan mempengaruhi perkembangan personaliti individu. Contohnya, kerosakan otak yang
diwarisi, kecacatan atau penyakit semasa lahir sangat mempengaruhi tingkah laku individu. Ini termasuklah
faktor-faktor yang berhubung dengan bentuk tubuh badan seperti ketinggian, berat badan, warna kulit dan
fungsi-fungsi kederiaan. Kajian untuk membuktikan kesan perwarisan ke atas personaliti ialah melalui
kajian kembar seiras, di mana kembar seiras dibesarkan di dalam persekitaran yang berbeza, tetapi masih
mempunyai banyak kesamaan yang nyata pada kembar seiras. Dengan kajian ini menunjukkan bahawa
sesetengah ciri pesonaliti adalah diwarisi melalui genetik atau biologikal.
Perkembangan personaliti juga dipengaruhi oleh pengalaman awal individu. Setiap individu akan
bertindak secara tersendiri terhadap tekanan sosial yang dihadapinya. Ini disebabkan oleh perbezaan
kekuatan fizikal, kepekaan dan ketahanan diri individu. Ini disokong oleh Freud yang menekankan
kepentingan pengalaman awal (zaman kanak-kanak) dalam perkembangan personaliti. Trauma kelahiran,
perpisahan dari ibu (Separation) adalah pengalaman yang sukar dihadapi oleh kanak-kanak. Persekitaran
individu seperti budaya, adat resam, nilai dan cara hidup masyarakat juga mempengaruhi perkembangan
personaliti individu.
Personaliti juga dipengaruhi oleh kesan daripada pandangan dengan ibu bapa, kawan sepermainan,
saudara mara dan orang lain. Perhubungan emosi awal di mana kebanyakan ahli psikologi percaya dengan
perhubungan emosi awal kerana ibu-ibu menghabiskan banyak masa dengan anak-anak mereka, maka

mereka mempunyai peluang yang besar untuk mempengaruhi emosi anak-anak dan tingkah laku. Ibu juga
merupakan model kepada anak-anak mereka. Di samping itu, penyusuan botol dan penyusuan ibu menjadi
masalah terhadap sebilangan kaum ibu yang bekerjaya. Masih terdapat debat tentang mana yang lebih baik
penyusuan botol atau penyusuan ibu. Kebanyakan ibu masih memilih penyusuan ibu kerana mereka
percaya ia boleh mewujudkan perhubungan yang lebih hangat, mesra dan kasih sayang dengan anaknya.
Namun ahli psikologi lebih menekankan cara penyusuan anak, di mana samaada susu yang
diberikan susu botol atau susu ibu, jika semasa penyusuan itu ibu tidak menunjukkan kemesraan, kasih
sayang kepada anak, maka ini akan menghasilkan anak-anak yang mempunyai personaliti yang kurang
sihat. Bukan itu sahaja, rutin amalan pemeliharaan anak turut mempengaruhi pengalaman awal individu.
Cara ibu menceraikan susu anak, latihan membuang air besar dan kecil dan amalan lain yang rutin turut
mempengaruhi pembentukan personaliti bayi. Sekiranya ibu bapa adalah bertanggungjawab, konsisten, dan
memahami, anak-anak mereka akan mampu membentuk sikap dan keyakinan diri yang positif, serta
pembentukan personaliti yang seimbang dan mudah penyesuaian.
Manakala, ibu bapa yang berkeadaan kucar-kacir dalam mendidik anak-anak mereka serta
mewujudkan rumahtangga yang tidak selamat, begitu juga sekiranya menunjukkan tingkah laku yang tidak
konsisten kepada anak- -anak, saling membenci, maka anak-anak akan membentuk kebimbangan.
Rumahtangga yang kucar-kacir lebih cenderung menghasilkan anak-anak yang tidak gembira serta rendah
diri dalam kalangan rakan-rakan. Sesetengah ahli psikologi percaya bahawa cara pemeliharaan anak,
samaada secara autokratik atau demokratik adalah mempengaruhi perkembangan personaliti anak anak.
Seterusnya, latar belakang sekolah dalam mewujudkan suasana sekolah yang kondusif dari segi
fizikal, emosi dan sosial menyumbang kepada perkembangan personaliti yang positif dalam kalangan
kanak-kanak. Sekolah merupakan tempat bimbingan dan pembentukan personaliti. Ini termasuklah peranan
pihak pentadbiran sekolah seperti guru besar, guru disiplin, guru agama, kaunselor dan guru biasa. Amalan
sekolah yang menyebabkan kanak-kanak merasakan diri mereka tidak selamat, terancam dan takut turut
menyumbang kepada perkembangan personaliti individu yang tidak stabil. Pelbagai aktiviti seperti kelas,
bimbingan, latihan dan aktiviti kokurikulum membantu membentuk perkembangan personaliti individu.
Bukan itu sahaja, pengaruh keluarga turut mempengaruhi personaliti kanak-kanak kerana masa
kanak-kanak banyak diluangkan bersama keluarga. Keluarga yang dapat mewujudkan suasana kemesraan,
kasih sayang, bertimbang rasa dan sopan-santun mempengaruhi perkembangan personaliti kanakkanak. Ibu bapa seharusnya memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk bermain, bercakap dan
memilih sesuatu yang diminati. Ini dapat membantu kanak-kanak membina keyakinan diri seterusnya dapat
membantu ke arah perkembangan personaliti yang positif. Latar belakang keluarga yang porak-peranda
akibat penceraian, kematian dan perpisahan akan memberi kesan buruk kepada emosi kanak-kanak.
Peranan media dan elektronik juga memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti
individu pada hari ini. Ini kerana menerusi media, pelbagai maklumat disampaikan secara terus kepada
kanak-kanak. Maklumat tersebut akan mempengaruhi minda kanak-kanak yang menyebabkan mereka
mudah terikut-ikut dan cuba mengadaptasi idea tersebut ke dalam diri mereka. Oleh itu, ibu bapa haruslah
menerangkan implikasi dan motif serta apa sebab yang betul berkenaan maklumat yang disampaikan
menerusi media tersebut.
Pemakanan yang seimbang juga penting dalam proses perkembangan personaliti kanakkanak. Individu digalakkan makan makanan yang berzat, bersih dan halal. Elakkan makanan atau minuman
yang boleh mengancam dan menjejaskan kesihatan mental, emosi dan fizikal. Ini kerana makanan yang
kotor boleh menjejaskan personaliti seseorang.

Aspek lain yang mempengaruhi perkembangan personaliti secara langsung mahupun tidak
adalah pengaruh sosiobudaya. Tanpa asas pendidikan dan agama yang kukuh, individu mudah terdedah
dengan budaya masyarakat yang negatif. Ini akan memberi kesan kepada sikap dan personaliti
individu. Gaya hidup bebas menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh yang tidak sihat dan
menjejaskan kehidupan individu. Tingkah laku boleh disalurkan daripada ibu bapa, komuniti, masyarakat
kepada ahli-ahlinya yang baru. Anak-anak adalah cenderung meniru tingkah laku yang terdekat dengan
mereka. Faktor-faktor persekitaran baik fizikal, budaya mahupun sosial boleh membentuk personaliti ahliahlinya. Kelompok agama, etnik, komuniti dan sosial seperti kelab dan organisasi adalah di antara contoh
faktor persekitaran yang berperanan penting dalam mempengaruhi pembentukan personaliti.
Kesimpulannya, daripada analisis kajian yang dijalankan daripada pelbagai sumber, dapat
disimpulkan bahawa perkembangan personaliti individu bukanlah terletak pada bahu kedua ibu bapa
mahupun ahli keluarga sahaja, malah terdapat pelbagai faktor yang akan mempengaruhi personaliti
individu. Tanggungjawab yang terpenting akan terletak pada diri sendiri apabila seseorang kanak-kanak
sudah mampu berfikir serta membuat keputusan sendiri.
3.0 PENGARUH PERSONALITI TERHADAP PEMBELAJARAN DAN PERANAN GURU
Murnford (1986) (Mok Soon Sang, 2008) mengemukakan empat gaya pembelajaran yang
dipengaruhi oleh personaliti individu iaitu aktivis, reflektor, teoris dan pragmatis. Aktivis menunjukkan
bahawa individu gemar mencari pengalaman baru serta aktif melibatkan diri dengan mengemukakan
pelbagai soalan. Reflektor pula lebih kepada individu tersebut cenderung mengumpul dan menganalisis
data untuk membuat kesimpulan. Manakala teoris tertumpu kepada kaedah rumusan berdasarkan bukti,
analisis dan logik. Gaya pembelajaran pragmatis lebih menekankan kepada pencarian fakta untuk
memastikannya sama ada berguna dalam situasi yang sebenar atau tidak.
Murid yang mempunyai ciri introvert tidak suka melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran.
Manakala murid yang mempunyai ciri ekstrovert lebih suka belajar secara berkumpulan dan sering
mengemukakan soalan dalam kelas. Murid yang bersifat berdikari suka belajar dengan cara inkuiri dan
penemuan. Bahkan murid yang suka bergantung kepada orang lain, lebih gemar belajar melalui cara
penerangan dan syarahan.
Sekolah diberi tugas untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan
dan berakhlak mulia. Guru yang bersifat penyayang dan membimbing murid-murid dengan penuh dedikasi
akan menjadi role model murid untuk membentuk personaliti mereka yang positif. Persepsi rakan sebaya
dan individu yang diterima dalam kumpulannya akan menggalakkan membentuk ciri personaliti yang
berkeyakinan. Iklim sekolah yang kondusif serta ada peluang penglibatan secara aktif dalam aktiviti
kokurikulum pula mempengaruhi perkembangan personaliti yang positif.
Cara-cara menguruskan personaliti individu adalah berbeza. Terdapat dua personaliti iaitu personaliti
introvert dan ekstrovert. Personaliti introvert melibatkan murid-murid yang bergerak secara aktif dalam
aktiviti kumpulan. Murid yang mempunyai ciri introvert diberi motivasi untuk melibatkan diri dalam
aktiviti pembelajaran. Ciri ini menggunakan murid-murid yang mempunyai sahsiah positif sebagai role
model serta memberi peneguhan yang positif dan pujian. Manakala ciri ekstrovert lebih menggalakkan
mengemukakan soalan. Kebiasaannya, guru akan melantik mereka yang mempunyai ciri ekstrovert untuk
membimbing murid sedarjah yang mempunyai ciri introvert dalam aktiviti kumpulan serta memberi
mereka aktiviti pengayaan semasa pembelajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan kaedah inkuiri
iaitu
penemuan
dalam
aktviti
pengajaran
dan
pembelajaran.
Oleh
yang
demikian, boleh disimpulkan bahawa tugas seorang guru bukan sekadar sebagai tenaga pengajar malah
lebih kepada seorang pembimbing. Guru yang bersifat pembimbing pasti dapat melahirkan para pelajar
yang mempunyai personaliti yang penuh dengan nilai-nilai murni dan seterusnya menjadi insan yang

berguna kepada agama, keluarga, masyarakat, nusa dan bangsa. Dalam bidang pendidikan bukan sahaja
memerlukan guru yang hanya memiliki minat yang mendalam dalam kerjaya perguruan tetapi juga komited
untuk memberikan yang terbaik kepada pelajar mereka untuk membentuk personaliti yang unggul.

4.0 PENGERTIAN KONSEP KENDIRI


Konsep kendiri adalah suatu konsep dalam menentukan personaliti seseorang itu. Konsep kendiri
bermula apabila seseorang kanak-kanak mula untuk membesar. Kebiasaannya mereka sudah mula bertanya
pada dirinya seperti soalan siapakah saya? dan sukakah saya pada diri saya. Kebanyakkan soalan dan
persoalan yang timbul adalah berkaitan dengan diri sendiri. Konsep kendiri adalah sesuatu yang kompleks.
Antara fungsi-fungsi konsep kendiri ialah untuk penilaian kendiri. Sebagai contoh, seseorang individu itu
akan berfikir adakah saya lakukan dengan betul?. Selain daripada itu, ia juga berfungsi untuk penentuan
dalaman serta luaran seseorang itu.
Definisi konsep kendiri adalah penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia
menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri
seseorang itu juga menerima penilaian daripada orang lain. Ia meliputi persepsi tentang diri dan alam
sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga
dirinya.
Menurut David Shaffer, konsep kendiri adalah kombinasi antara fizikal dan psikologikal yang dianggap
sebagai sesuatu yang unik pada setiap individu. Beliau menggunakan istilah looking glass self untuk
menegaskan bahawa seseorang itu memahami dirinya seperti pantulan. Pantulan di sini bermaksud
bagaimana orang lain bergerak balas dan memberi respon terhadap diri mereka.
Carl Rogers (1950), beliau mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi
seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain
dan persekitarannya.
Dari segi psikologi, Hall dan Landsay yang dipetik oleh Staats (1963), mereka berpendapat konsep
kendiri boleh dilihat dalam dua cara iaitu, tanggapan diri seseorang individu dan proses yang menentukan
tingkah laku seseorang individu.
Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang
individu yang unik dan dinamik yang lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut
seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran.
Konsep kendiri dibentuk daripada kepercayaan dan sikap yang dipegang berkaitan diri sendiri.Konsep
kendiri juga menentukan siapakah diri kita sendiri seperti apa yang kita fikirkan, apa yang kita lakukan dan
apa yang terjadi pada diri kita di masa hadapan.
Konsep kendiri adalah sebagai pemboleh ubah dalam memahami tingkah laku manusia. Individu
yang mempunyai konsep kendiri yang positif dan tinggi dapat mengharungi kehidupan dengan penuh
keyakinan dan berjaya. Konsep kendiri terbahagi kepada tiga iaitu:
i.
Pengetahuan kendiri (self-knowledge) : Apakah yang kanak-kanak tahu tentang dirinya.
ii.
Penilaian kendiri (self-evaluation) : Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pandangan kanakkanak terhadap dirinya.
iii.
Pengaturan kendiri (self-regulation) : Bagaimana dan bila kanak-kanak memperoleh kawalan diri.

Kesimpulannya, konsep kendiri merupakan suatu proses dinamik yang berlaku terhadap sistem
psikofizik manusia sehingga membentuk pola penyesuaian diri yang unik pada setiap individu dalam
lingkungan persekitarannya.
4.0.i JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI
Terdapat dua jenis konsep kendiri iaitu konsep kendiri positif dan negatif. Konsep kendiri positif
bermaksud seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai minat yang
baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi pandangan jika
wujud keadaan yang tidak baik dan stabil di mana ia boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.
Sekiranya konsep kendiri dalam diri seseorang itu positif, maka individu itu dapat menilai dan memberi
pendapat mengenai dirinya secara sedar tentang kebaikan dan kekurangannya, individu tersebut juga dapat
menerima maklum balas daripada orang lain tentang dirinya. Ciri-ciri yang boleh dilihat dalam diri
seseorang individu yang memiliki konsep kendiri positif adalah menghargai, memuji orang lain, berpuas
hati dengan pencapaian, murah hati, mudah berkawan, berpuas hati dengan apa yang ada pada dirinya,
berpuas hati dengan barang-barang kepunyaannya, peramah, berfikiran terbuka dan optimistik, mudah
menyesuaikan diri dengan persekitaran, mempunyai emosi yang stabil, tenang dalam menghadapi cabaran
dan dugaan serta berkeyakinan tinggi dalam setiap bidang yang diceburi.
Konsep kendiri negatif bermaksud seseorang individu itu sering merasa rendah diri akibat
mempunyai sahsiah yang tidak seimbang di mana individu seperti ini bersifat pasif dengan tidak suka
bergaul atau bekerjasama dengan orang lain. Individu ini juga kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri
dan tidak berani untuk mencuba. Individu yang mempunyai konsep kendiri negatif mempunyai ciri-ciri
yang cenderung untuk merasa salah, takut kepada kegagalan, dan sering merasa bimbang.
4.1 TEORI KONSEP KENDIRI
Terdapat dua teori dalam konsep kendiri iaitu, yang pertama Pendekatan Kognitif. Perkembangan
yang diperkenalkan oleh Robert Selman, di mana beliau telah menjalankan kajian terhadap ramai kanakkanak dengan memberi watak utamanya berhadapan dengan masalah dilema. Kanak-kanak berkenaan
kemudiannya diarahkan supaya memberitahu apakah perasaan dan fikiran watak utama dalam cerita itu.
Kanak-kanak tersebut ada diajukan soalan, bagaimana agaknya dilema tersebut dapat diselesaikan. Beliau
lebih berminat dengan cara penaakulan kanak-kanak tersebut berbanding dengan jawapan untuk soalan
yang diberikan. Daripada kajian itu, beliau telah membina satu model pengetahuan kendiri yang
mempunyai lima tahap iaitu bermula dari peringkat bayi hingga peringkat remaja. Kanak-kanak
pertengahan sudah dapat memahami tingkah laku dan mungkin berbeza daripada perasaan serta motif.
Sebagai contoh, seseorang mungkin tersenyum tetapi tidak bermakna dia sedang gembira. Kanak-kanak
pada peringkat akhir pula sudah mula mengalami kendiri yang stabil.
Teori yang kedua adalah Teori Pembelajaran Persekitaran. Ahli-ahli psikologi yang berpegang kepada teori
ini menyifatkan bahawa konsep efektif kendiri sebagai kebolehan kendiri yang dinilai oleh individu itu
sendiri untuk melihat kejayaan sesuatu perkara yang dilakukan. Bandura, menjelaskan bahawa kanakkanak pada mulanya tidak memahami proses yang berlaku pada dunia sosial mereka. Pada masa ini, ibu
bapalah yang memainkan peranan untuk menjelaskan kepada kanak-kanak tersebut yang bertujuan untuk
membantu kanak-kanak belajar tentang tahap keupayaan atau efektif kendiri.
Kesimpulannya, dalam membina konsep kendiri minda dan diri kanak-kanak perlu diperluaskan dari
pelbagai sudut serta biarkan mereka bebas dalam melakukan apa yang disukainya dengan kawalan ibu bapa
atau orang dewasa dan bukan hanya mencakupi sesuatu bidang atau perkara sahaja. Pada waktu inilah
kanak-kanak boleh membina konsep kendirinya sendiri dan memilih apa yang sepatutnya yang perlu untuk

dirinya suatu masa dan dewasa kelak. Konsep kendiri pada zaman kanak-kanak akan mencerminkan
dirinya pada dewasa nanti dalam mengurus diri sendiri dan orang sekeliling dengan sewajarnya serta dapat
membina keyakinan diri walaupun berhadapan dengan pelbagai situasi.

4.2 FAKTOR PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI POSITIF DAN NEGATIF


Konsep kendiri merupakan satu aspek yang penting kepada kewujudan dan tingkah laku seseorang
individu. Konsep ini juga merupakan keseluruhan perkembangan personaliti seseorang individu. Terdapat
dua jenis konsep individu iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif. Hal ini disebabkan oleh
beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan konsep kendiri seseorang individu sama ada positif
atau negatif.
Faktor sifat semulajadi seseorang individu merupakan faktor perkembangan konsep kendiri iaitu
dari segi aspek baka dan persepsi terhadap diri sendiri. Baka yang baik sama ada dari segi keadaan mental
akan memberi kesan kepada perkembangan konsep kendiri yang positif. Hal ini adalah kerana tubuh badan
dan minda yang sihat sangat mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Sebaliknya jika seseorang itu
mengalami perkembangan konsep kendiri yang negatif sekiranya mempunyai masalah kecacatan yang
diwarisi semasa lahir iaitu seperti kerosakan otak.
Persepsi terhadap diri sendiri juga mempengaruhi perkembangan konsep kendiri seseorang
individu. Individu yang mempunyai persepsi positif terhadap diri sendiri dapat menerima semua perkara
tentang dirinya dengan baik. Hal ini yang demikian persekitaran di sekeliling individu juga merangkumi
pengalaman awal ketika memasuki alam persekolahan, media massa, budaya serta adat resam dan persepsi
masyarakat sekitar.
Media massa atau pengaruh sebaran am seperti rancangan televisyen memainkan peranan yang
penting dalam perkembangan konsep kendiri yang positif dan negatif kepada penonton. Maklumat yang
berunsurkan ilmu pengetahuan seperti program Al-Khuliyyah dapat membentuk perkembangan konsep
kendiri yang positif daripada segi moral. Media massa juga turut memberi pengaruh kepada perkembangan
konsep kendiri yang negatif kepada remaja.Terdapat rancangan televisyen seperti filem barat yang
memaparkan unsur-unsur negatif seperti budaya kuning yang merupakan budaya masyarakat barat yang
mengamalkan gaya hidup bebas. Akibatnya, golongan remaja terdedah dengan pengaruh negatif daripada
luar dan mempunyai konsep kendiri yang negatif. Bukan sahaja pengaruh daripada filem barat malahan
terdapat iklan yang dipaparkan di media massa menunjukkan unsur-unsur negatif .
Seterusnya, Role Model juga menjadi salah satu faktor perkembangan konsep kendiri. Ibu bapa
adalah Role Model yang paling penting dalam kehidupan seseorang individu. Ibu bapa hendaklah mendidik
anak-anak mereka dengan menerapkan nilai-nilai murni serta menunjukkan peribadi yang baik agar
menjadi contoh kepada anak-anak mereka. Secara tidak langsung kanak-kanak tersebut mempunyai
perkembangan konsep kendiri yang positif sejak dari kecil lagi melalui ibu bapa mereka. Manakala jika
sebaliknya berlaku iaitu ibu bapa tidak menunjukkan contoh teladan yang baik maka anak-anak mereka
akan mengalami perkembangan konsep kendiri yang negatif.
Rakan sebaya memberi pengaruh yang sangat besar. Ramai para remaja yang terlibat dengan gelaja
yang tidak sihat disebabkan terpengaruh dengan rakan sebaya yang tidak bermoral. Individu yang mudah
terpengaruh dengan orang lain adalah individu yang tidak mempunyai jati diri atau konsep kendiri positif
yang kukuh. Selain itu, orang dewasa juga boleh mempengaruhi perkembangan konsep kendiri positif
kepada kanak-kanak. Mereka bertanggungjawab dalam mendidik kanak-kanak tersebut dengan membantu
mereka membina konsep kendiri yang positif dan melarang mereka daripada melakukan hal yang tidak
sepatutnya.

Selain itu, faktor kepercayaan nilai keperluan juga membantu perkembangan kendiri yang
positif. Aspek keselamatan diri adalah aspek yang tidak boleh dipandang enteng. Kanak- kanak akan
menjalani hidup mereka secara sihat tanpa rasa terancam jika sentiasa dilindungi oleh orang di
sekelilingnya. Namun, jika kanak-kanak tersebut hidup dalam keadaan bimbang dan takut akibat tekanan
persekitaran mereka mungkin akan mengalami masalah dalam diri yang serius suatu hari nanti.
Kasih sayang adalah aspek yang penting dalam kehidupan manusia, khususnya kepada kanak-kanak
yang masih kecil. Dengan kasih sayang yang diberikan oleh keluarga dan orang sekeliling, mereka akan
sentiasa gembira dan membina konsep kendiri yang positif. Contohnya, sifat penyayang, saling sayangmenyayangi dan sebagainya. Selain itu, penghormatan diri hendaklah diperlihara oleh setiap
individu. Khususnya, golongan remaja. Jika mereka sentiasa menjaga kehormatan diri, mereka dapat
mencegah diri daripada terlibat dengan perkara yang tidak bermoral. Sifat malu melakukan perkara yang
tidak bermoral adalah konsep kendiri yang positif yang harus ada dalam diri seseorang individu. Hal ini
adalah kerana sifat malu dapat membuatkan seseorang individu menjaga maruah dirinya daripada tercalar
dan tercemar.
5.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN
Terdapat beberapa implikasi perkembangan konsep kendiri kepada seseorang individu, kanakkanak, guru, ibu bapa dan masyarakat. Individu yang mempunyai perkembangan konsep kendiri yang
positif boleh mempengaruhi orang lain. Hal ini kerana, individu sebegini mempunyai ciri-ciri konsep
kendiri yang positif iaitu bertanggungjawab, bangga dengan kejayaan, selalu gembira, menghadapi cabaran
dengan bersemangat agar dapat mempengaruhi orang lain.
Manakala, implikasi perkembangan kendiri kepada kanak-kanak ialah dapat melahirkan kanakkanak yang sihat daripada segi aspek jasmani, mental, rohani, dan sosial.
Perkembangan konsep kendiri juga memberi impak kepada guru. Guru yang mempunyai ciri
konsep kendiri yang positif seperti bertanggungjawab dapat menjalankan tugasnya dengan efektif.
Seterusnya, implikasi perkembagnan konsep kendiri adalah akan dapat membentuk masyarakat
yang bermoral dan hidup dalam harmonis. Perpaduan sesebuah masyarakat semakin kukuh kerana saling
bertoleransi antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan adat resam.
Sebagai kesimpulan, perkembangan konsep kendiri memberi kesan atau implikasi kepada setiap
lapisan mayarakat. Jika kita mempunyai konsep kendiri yang positif, maka kita dapat menyesuaikan diri
dengan persekitaran. Malahan, masyarakat turut dapat menerima kita dengan sikap positif yang
dipamerkan. Khususnya, guru yang sentiasa perlu berinteraksi dengan masyarakat sekeliling.
Pentaakulan Moral Lawrence Kohlberg
Kohlberg mengatakan bahawa perkembangan moral pada asasnya berdasarkan pentaakulan moral dan
dinyatakan mengikut peringkat. Sebelum umur 9 tahun kebanyakan kanak-kanak mentaakul tentang dilema
moral pada peringkat pra konvensional dimana, peringkat perkembangan moral ini adalah paling rendah.
Kanak-kanak tidak menunjukkan berlakunya penghayatan nilai moral. Pentaakulan moral dikawal oleh
ganjaran dan dendaan luaran.
Tahap 1 Orientasi Dendaan dan Ketaatan Pemikiran moral kanak-kanak berasaskan dendaan. Mereka
taat kerana orang dewasa menyuruh mereka berbuat demikian.
Tahap 2 Individualisme dan Tujuan Pemikiran moral berasaskan ganjaran dan kepentingan diri. Kanakkanak mengikut kata apabila mereka hendak mengikut kata dan jikalau mengikut kata itu memenuhi

kepentingan mereka.
Kohlberg lebih cenderung untuk mengetahui bagaimana kanak-kanak mentaakul tentang situasi dilema itu
dan bukan jawapan yang diberi.
Perkembangan moral memfokus kepada peraturan dan adat resam masyarakat. Bagi memahami
perkembangan moral kanak-kanak perkara-perkara yang kita perlu tahu ialah:
a. Bagaimana kanak-kanak berfikir atau mentaakul.
b. Bagaimana kanak-kanak bertingkah laku dari segi moral
c. Apakah perasaan mereka tentang situasi moral itu
Perkembangan Pentaakulan Moral Jean Piaget
Peringkat perkembangan kanak-kanak awal merupakan peringkat pertama perkembangan
pentaakulan yang dinamakan heteronomous morality. Pentaakulan ini berlaku apabila kanak-kanak
berumur antara 4 hingga 7 tahun. Kanak-kanak menilai tingkah laku betul atau salah dengan menimbang
akibat langsung ( consequence ) tingkah laku itu dan bukan tujuan individu itu. Contohnya, tingkah laku
memecah 12 biji cawan dengan tidak sengaja adalah lebih jahat daripada memecah sebiji cawan dengan
sengaja kerana bertujuan mencuri coklat kegemaran yang berada di dalam cawan itu.
Piaget berpendapat bahawa kanak-kanak berfikir bahawa keadilan dan peraturan sememangnya wujud dan
tidak boleh diubahdan dikenakan oleh autoriti. Mereka berfikir bahawa keadilan berada di mana-mana
(immanent justice), iaiitu aapabila melanggar peraturan, seseorang itu akan didenda serta merta. Mereka
percaya melanggar peraturan berkait secara automatik dengan dendaan. Oleh itu kanak-kanak akan berasa
risau apabila melakukan kesalahan kerana mereka tahu akan didenda.
Perkembangan Moral
Perkembangan Moral memfokus kepada peraturan dan adat resam masyarakat tentang apa yang harus
atau pun tidak harus dilakukan apabila berinteraksi dengan orang lain.
Apabila mengkaji peraturan dan adat resam ini ahli kajian perkembangan manusia meneliti tiga domain
yang berbeza.
i) Bagaimana kanak-kanak berfikir atau mentaakul tentang peraturan dalam menentukan etika tingkah laku.
Contohnya, menipu. Kanak-kanak diminta menentukan keadaan konflik yang wujud dalam tingkah laku
untuk meniru atau tidak dalam peperiksaan. Fokus di sini ialah pentaakulan yang dipraktik oleh kanakkanak untuk menjustifikasikan keputusan moral.
ii) Bagaimana kanak-kanak bertingkah laku dalam sesuatu suasana moral. Contohnya, memerhatikan
kanak-kanak menipu dalam suasana persekitaran (peperiksaan) yang menimbulkan tingkah laku menipu
itu.
iii) Apakah perasaan kanak-kanak tentang perkara berkaitan dengan moral? Contohnya, adakah kanakkanak mempunyai rasa bersalah untuk mengelak daripada menipu.
Lev Vygotsky? Siapa???
Mengikut Vygotsky perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak tidak berlaku dalam vakum sosial.
Zone of proximal development merupakan tugas yang sukar untuk dikuasai oleh kanak-kanak
bersendirian. Mereka perlu bimbingan dan bantuan orang dewasa atau kanak-kanak yang berkemahiran
untuk menguasai tugas itu.
Bahasa dan pemikiran berkembang secara bebas pada awalnya tetapi kemudian bercantum. Percantuman
ini berlaku pada umur antara 3 hingga 7 tahun dan melibatkan percakapan dalaman (inner speech)
Budaya dan masyarakat. Teori Vygotsky menekankan bagaimana minda kanak-kanak berkembang dalam
konteks sosiobudaya. Kemahiran kogntif meningkat melalui interaksi sosial yang terdapat dalam budaya.

Kenapa Kita Perlu Tahu Tentang Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Awal?


Pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak membolehkan ibu bapa dan guru merancang aktiviti yang
sesuai mengikut tahap perkembangan mereka serta mengenal pasti keunikan mereka.
Teori Peringkat Perkembangan Kognitif
Jean Piaget merupakan ahli psikologi yang menyatakan kanak-kanak berfikir berbeza daripada orang
dewasa. Beliau melihat pemikiran sebagai proses sedar dan memberi penekanan kepada peringkat
perkembangan yang berkait rapat dengan pematangan. Isu yang diberi perhatian ialah perubahan kognitif.
Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Alam kognitif kanak-kanak awal atau kanak-kanak pra sekolah adalah kreatif, bebas dan imaginatif.
Contohnya dalam lukisan, mereka mungkin mewarnakan matahari hijau dan langit kuning, kereta terapung
di awam, burung bermian dengan buaya dan manusia menyerupai orang-orangan( scarerow). Kanak-kanak
peringkat ini juga terlalu egosentrik dari segi pemikiran. Mereka melihat pemiiran dari perspektif diri
sendiri dan belm berupaya melihatnya dari perspektif orang lain. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa
pemikiran juga meningkat mengikut siri peringkat yang bertambah kompleks.
Minat tentang perkembangan kognitif kian meningkat apabila kesedaran wujud di kalangan penteori
bahawa kanak kanak berfikir berbeza dari segi kualitatif dan kuantitatif berbanding orang dewasa. Kanakkanak mentafsir pengalaman mengikut peringkat perkembangan mental mereka. Bukan sahaja mereka
kurang berpengetahuan secara kuantitatif tetapi pengetahuan mereka berbeza dari segi kualitatif.
Perkembangan kognitif kanak-kanak merangkumi zaman awal dan pertengahan kanak-kanak.
Perkembangan Kognisi Sosial Kanak-kanak
Menurut Selman(1981) pada peringkat P.O- Pandangan Egosentrik iaitu (0-6 tahun), kanak-kanak tidak
sedar tentang kewujudan perspektif dna peranan orang lain. Mereka menjelaskan perasaan orang lain
berdasarkan pengalaman diri mereka. Misalnya, jika dia suka kucing, dia akan menganggap orang lain juga
suka kucing.
Dari segi persahabatan, Selman (1981), konsep persahabatan bagi kanak-kanak awal adalah berbeza
berbanding kanak-kanak pertengahan dan kanak-kanak akhir. Pada tahap 1(5-7 tahun) dalam hubungan
persahabatan, kawan adalah teman sepermainan semata-mata. Sahabat adalah mereka yang tinggal
berdekatan dan mempunyai banyak alat permainan serta berminat kepada aktiviti yang sama. Persahabatan
boleh dieratkan melalui pemberian dan perkongsian alat permainan dan persahabatan mudah dimulakan
tetapi mudah pula terputus.
Perkembangan Peranan Jantina dalam Permainan
Kemahiran interaksi kanak-kanak
Aktiviti bermain boleh dikatakan aktiviti yang digemari oleh semua kanak-kanak. Bermain walaupun tidak
mempunyai tujuan atau matlamat yang nyata, tidak bermakna bermain itu tidak mempunyai kepentingan
dan faedah. Menurut Santrock(1998), bermain meningkatkan peluang kognitif dengan rakan sebaya,
meleraikan ketegangan, meningkatkan perkembangan kognitif (Piaget, 1962) dan penerokaan terhadap
dunia luar.
Bermain juga meningkatkan peluang bercakap dan berinteraksi di antara kanak-kanak dengan kanak-kanak
lain. Ketika interaksi dalam permainan inilah, kanak-kanak mempraktiskan pelbagai peranan yang
dimainkan olehnya pada masa akan datang.
Bermain mempunyai pelbagai fungsi. Bermain melibatkan aktiviti fizikal dan motor adalah berguna untuk
memperkembangkan dan mempertingkatkan kemahiran fizikal dan juga menyumbang kepada adaptasi
sosial. Menurut Piaget, manipulasi objek secara fizikal yang sebenar berkait rapat dengan perkembangan
idea tentang objek atau benda. Sumbangan aktiviti bermain yang melibatkan daya imaginasi adalah

ternyata bersifat intelektual kerana melakukan imaginasi melibatkan keupayaan kognitif yang penting
berhubung dengan simbolisasi, peniruan dan membuat pertimbangan dan penyelesaian masalah.
Perkembangan sosial
Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti
proses peniruan dan identifikasi, aktiviti bermain, perkembangan kognisi sosial, persahabatan dan
hubungan rakan sebaya. Menurut Erikson(1968) peniruan merupakan cara yang penting bagi kanak-kanak
untuk belajar bersosialisasi. Pembelajaran melalui peniruan merupakan asas kepada Teori Pembelajaran
Sosial yang dikemukakan oleh Albert Bandura. Peniruan dalam perkembangan sosial merujuk kepada cara
kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial dan kecenderungan sosial seperti kerjasama dan saingan.
Kadang-kadang, kanak-kanak juga meniru tingkah laku negatif seperti keganasan dan tingkah laku anti
sosial yang lain. Oleh itu, orang dewasa harus memastikan model yang ditiru adalah model yang baik dan
dalam konteks perkembangan sosial, model yang baik ialah model yang menunjukkna tingkah laku
prososial.Proses yang berlaku selepas peniruan ialah identifikasi. Dalam proses identifikasi, kanak-kanak
bukan sahaja meniru model, tetapi juga menganut nilai dan kepercayaan model. Kanak-kanak akan menjadi
seperti model yang dipilih.
TEORI EMOSI KANAK-KANAK ERIK ERIKSON.
Berdasarkan Teori Perkembangan Erik Erikson, manusia berpotensi mengalami perkembangan psikologi
yang sihat dan mampu mengatasi kesulitan mengikut masa dan pringkat perkembangan tertentu. Terdapat
lapan peringkat perkembangan emosi manusia yang dikaji oleh Erik Erikson. Setiap peringkat akan timbul
tingkah laku positif dan negatif yang membawa masalah penyelesaian psikologikal kerana konflik
emosinya.
Peringkat pertama ialah fasa kepercayaan lawan kecurigaan, iaitu pada peringkat umur 0 hingga 18 bulan.
Pada peringkat ini bayi mula menjalinkan hubungan kasih sayang dan kepercayaan dengan ibu bapa atau
membentuk perasaan tidak percaya. Sebagai contoh, dapat dilihat pada kebanyakan bayi yang baru lahir.
Bayi akan berasa selamat dan percaya pada ibu bapanya serta dapat merasai kasih sayang yang dicurahkan
sepenuh hati. Sebaliknya, bayi akan menangis jika tidak melihat ibu bapa atau orang yang tidak dikenali
berhampiran dengannya.
Peringkat kedua ialah fasa autonomi lawan keraguan yang berlaku pada kanak-kanak berumur 18 bulan
hingga 3 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan cuba berdikari untuk melakukan aktiviti fizikal tanpa
memerlukan bantuan orang dewasa. Sebagai contoh, kanak-kanak yang ingin cuba makan dan minum
sendiri, membuang air, memakai kasut dan sebagainya. Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk
meneroka perlakuan fizikal ini akan mempunyai keyakinan diri atau autonomi manakala yang tidak diberi
peluang akan merasa ragu-ragu terhadap kebolehan dirinya.
Peringkat ketiga ialah fasa ikhtiar lawan rasa bersalah pula akan ditempuhi oleh kanak-kanak yang berumur
3 hingga 6 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan terus bersikap berdikari dengan meneroka
persekitaran dan kemahiran baru yang digemarinya. Mereka suka dan kerap kali bertanyakan soalan dan
mahukan penjelasan untuk setiap situasi yang berlaku. Sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif
dalam diri kanak-kanak tersebut. Manakala, kanak-kanak yang tidak diberi peluang atau dihukum akan rasa
bersalah dan tidak yakin terhadap dirinya sendiri.
Secara teori, peringkat keempat ialah fasa berdaya usaha lawan rendah diri yang wujud pada kanak-kanak
yang berumur 6 hingga 12 tahun. Setiap kanak-kanak akan menghadapi peringkat pembelajaran kemahiran
baru atau menghadapai risiko perasaan rendah diri jika menemui kegagalan atau tidak cekap terhadap

sesuatu perkara. Contohnya dapat dilihat pada kanak-kanak yang telah memasuki alam persekolahan.
Mereka akan berusaha sadaya upaya untuk mendapat kedudukan terbaik di dalam kelas. Mereka sering
bersaing dengan rakan dalam apa jua aktiviti yang dilakukan. Kanak-kanak ini akan berasa rendah diri
apabila gagal mencapai apa yang diinginkan.
Peringkat kelima ialah fasa identiti lawan ego rendah yang berlaku pada kanak-kanak yang sudah
meningkat remaja. Mereka mula dan sentiasa mencari identiti diri sama ada dalam personaliti, bidang
pekerjaan, perasaan jantina, politik dan agama. Pada peringkat ini, mereka keliru terhadap identiti diri
seterusnya mudah terikut dan terpengaruh terutamanya persekitaran sosial mereka. Memasuki fasa intim
lawan bersendirian, individu yang dalam lingkungan umur 20-an mula membina hubungan rapat sama ada
sebagai kawan atau kekasih. Individu ini mula mengenali diri sendiri.
Pada peringkat keenam ini, krisis utama ialah membentuk hubungan intim melalui perkahwinan serta
membina kehidupan berkeluarga. Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi
individu lain (suami atau isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri. Mereka yang tidak dapat membina
keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang lain.
Peringkat ketujuh ialah fasa generatif lawan stagnasi akan dilalui oleh individu dalam lingkungan umur 20an hingga 50-an. Generatif merujuk kepada usaha seseorang untuk memberi sumbangan untuk generasi
akan datang. Seorang dewasa akan berpuas hati sekiranya dapat mambantu masyarakat dan Negara. di
samping itu, mereka juga akan menjalani kehidupan berkeluarga dan berkerjaya yang baik. Kegagalan akan
membawa kepada perasaan kecewa dan tidak berpuas hati serta mementingkan diri sendiri.
Akhir sekali, dalam peringkat kelapan ialah fasa integriti lawan rasa kecewa berlaku pada individu yang
menjangkau umur lebih 50 tahun. Individu yang telah sampai ke peringkat ini telah melalui pelbagai
pengalaman dan cabaran dalam hidupnya. Individu yang berjaya melalui segala krisis perkembangan akan
membawa kepada kedudukan dan kekecewaan di hari tua. Erik Homburger Erikson dilahirkan di Frankurt,
Jerman pada 15 juni 1902. Buku pertamanya adalah Childhood dan Society (1950) yang menjadi salah satu
buku klasik dalam bidang psikologi. Erik Erikson merupakan seorang tokoh psikologi yang membentuk
satu teori yang komprehensif tentang perkembangan manusia berdasarkan jangka masa kehidupan mereka.
Beliau membentuk teori berdasarkan kepada pengalaman kehidupannya sendiri. Teori beliau digelar
psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu faktor
kendiri, emosi dan faktor sosial.
KONSEP KENDIRI KANAK-KANAK PERTENGAHAN & AKHIR
PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI
Konsep kendiri adalah apabila seseorang kanak-kanak mula membesar, mereka akan mula bertanya pada
dirinya Siapakah saya ? Sukakah saya pada diri saya ? semuanya persoalan yang ditimbulkan adalah
berkaitan dengan diri sendiri. Konsep diri adalah sesuatu yang kompleks. Antara fungsi konsep kendiri
ialah untuk penilaian kendiri contohnya ialah Adakah saya lakukan dengan betul ? Selain itu ia juga
berperanan sebagai pengukuhan kendiri dan juga berfungsi untuk penentuan dalaman dan luaran. Menurut
David Shaffer, konsep kendiri merupakan kombinasi antara fizikal dan psikologikal yang dianggap sebagai
sesuatu yang unik pada setiap individu. Beliau menggunakan istilah looking glass self untuk
menegaskan bahawa seseorang itu memahami dirinya seperti pantulan bagaimana orang lain bergerak balas
terhadap diri mereka.

Sistem kendiri terbahagi kepada 3 iaitu :Pengetahuan kendiri ( self-knowledge ) : Apakah yang kanak-kanak tahu tentang dirinya
Penilaian kendiri ( self-evaluation ) : Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pandangan kanak-kanak
terhadap dirinya
Pengaturan kendiri ( self-regulation ) : Bagaimana dan bila kanak-kanak memperoleh kawalan kendiri.
Dalam membincangkan mengenai konsep diri kanak-kanak ini, kajian yang dilakukan oleh Hazel J.Markus
dan Paula S.Nurius mendapati bahawa kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur 6 hingga 12
tahun perlulah dibentuk konsep dirinya kerana pada masa ini mereka mempunyai hubungan yang luas
dengan masyarakat. Konsep diri bukanlah berbentuk statik tetapi ia dinamik dan ia mempunyai hubung kait
antara individu dengan pengaruh luar.
Ibubapa memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk harga diri ( self-esteem ) kanak-kanak.
Self-esteem adalah kunci yang sangat penting untuk mereka berjaya dalam kehidupan pada masa akan
datang. Self esteem adalah bagaimana kita memahami diri kita yang sebenarnya. Kanak-kanak yang
mempunyai self-esteem yang tinggi merupakan kanak-kanak yang mampu melakukan / berkebolehan
memperlihatkan tanggungjawab, boleh mengurus emosi yang positif & negatif dan juga boleh menawakan
bantuan kepada orang lain. Kanak-kanak yang mempunyai self-esteeem yang rendah pula akan bertingkah
laku contohnya kanak-kanak merasakan diri tidak disayangi dan tidak diingini, merendah diri terhadap
kebolehan dan bakat yang dimiliki dan juga kanak-kanak tersebut akan mengelak untuk melakukan sesuatu
yang baru.
TEORI-TEORI KENDIRI
PENDEKATAN KOGNITIF-PERKEMBANGAN yang diperkenalkan oleh Robert Selman. Beliau telah
menjalankan kajian terrhadap ramai kanak-kanak dan beliau telah memberi watak utamanya berhadapan
dengan dilema. Kanak-kanak kemudiannya diarahkan supaya memberitahu apakah perasaan dan fikiran
watak utama dalam cerita itu. Kanak-kanak juga ditanya bagaimana agaknya dilema tersebut boleh
diselesaikan. Selman lebih berminat dengan cara penaakulan kanak-kanak tersebut berbanding dengan
jawapan soalan yang diberikan. Daripada kajian itu, beliau telah membina satu model pengetahuan kendiri
yang mempunyai 5 tahap ( Bayi hingga remaja ). Kanak-kanak pertengahan sudah dapat memahami
tingkah laku mungkin berbeza daripada perasaan dan motif contohnya ialah seseorang mungkin tersenyum
tetapi tidak bermakna dia sedang gembira. Kanak-kanak akhir pula mengalami kendiri yang stabil.
Teori yang kedua ialah TEORI PEMBELAJARAN PERSEKITARAN. Ahli-ahli psikologi yang berpegang
kepada teori ini menyifatkan bahawa konsep efektif-kendiri sebagai kebolehan kendiri yang dinilai oleh
individu itu sendiri untuk melihat kejayaan sesuatu perkara yang dilakukan. Bandura menjelaskan bahawa
kanak-kanak pada mulanya tidak memahami proses yang berlaku pada dunia sosial mereka. Pada masa
inilah, ibubapa memainkan peranan untuk menjelaskan kepada kanak-kanak tersebut. Ia adalah bertujuan
untuk membnatu kanak-kanak belajar tentang tahap keupayaan atau efektif-kendiri.
Terdapat dua jenis mekanisme yang boleh menggalakkan perkembangan penilaian efektif-kendiri. Yang
pertamanya ialah melalui modelling iaitu kanak-kanak memerhati model tertentu untuk melakukan sesuatu
perkara. Mekanisme yang kedua pula ialah melalui reaksi dalaman badannya seperti rasa tertekan, sakit
perut dan lain-lain lagi perkara yang melibatkan reaksi emosi. Penggunaan tanda-tanda rangsangan ini
hanya boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang sudah memperoleh keupayaan kognitif yang tinggi. Menurut
Bandura, penilaian efektif-kendiri yang tinggi akan akan meningkatkan usaha dalam sesuatu perkara yang
dilakukan oleh kanak-kanak tersebut.

SISTEM MORAL KANAK-KANAK PERTENGAHAN & AKHIR


PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK MORAL
Sistem Moral ( Akhlak ) merupakan satu bentuk prinsip yang sesuai di mana ia bertujuan untuk membantu
individu membezakan antara benar dan salah. Terdapat 3 komponen moral iaitu :AFEKTIF @ EMOSI yang merangkumi komponen yang mengandungi unsur-unsur perasaan yang
memberikan kefahaman terhadap tindakan betul atau salah yang akhirnya mendorong untuk sesuatu
tindakan moral.
KOGNITIF ialah komponen yang menumpukan tindakan benar atau salah dan membuat keputusan untuk
melakukannya
KOMPONEN TINGKAH LAKU
Antara teori-teori perkembangan moral ialah TEORI PIAGET yang diperkenalkan oleh Jean Piaget
berdasarkan pemerhatian semulajadi terhadap kanak-kanak dan beliau telah membahagikan perkembangan
moral kepada dua tahap iaitu Tahap Pertama : Moaraliti Heteronomus ( 6-10 tahun ) yang mana kanakkanak mempercayai peraturan datang dari ibubapa atau orang-orang yang mempunyai autoriti lain.
Peraturan juga dianggap sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah dan pada tahap ini kanak-kanak hanya
dapat melihat sesuatu peraturan dengan satu pandangan sahaja.
Tahap Kedua : Moraliti Autonomus @ Kerjasama ( 10-11 ke atas ). Tahap ini dicirikan dengan fleksibiliti
moral. Kanak-kanak sudah mula kurang egosentik dan peraturan tidak dilihat sebagai sesuatu yang tidak
boleh diubah. Menurut Piaget lagi, pergerakan dari satu tahap ke tahap lain bergantung kepada kematangan
kognitif dab pengalaman sosial terutama sekali pengalaman menyelesaikan konflik yang berlaku sesama
kawan-kawan.
Selain dari teori Piaget, TEORI KOHLBERG juga mempunyai pendapatnya yang tersendiri. Kohlberg
berpendapat bahawa moraliti berkembang mengikut satu siri. Ia berkembang secara universal dalam tiga
tahap dan dalam satu tahap terbahagi kepada dua peringkat. Beliau membina teorinya berdasarkan gerak
balas kanak-kanak terhadap sesuatu dilema yang dialaminya. Dalam peringkat kanak-kanak pertengahan
dan akhir, tahap tersebut dikenali sebagai
Moraliti Prakonvensional (0 hingga 9 tahun )
Ia adalah berdasarkan kepada betul atau salah tingkah laku bergantung kepada tekanan luaran. Kanakkanak akan mematuhi peraturan demi mengelak daripada dikenakan dendaan atau memperoleh ganjaran
atau untuk kepentingan diri kanak-kanak tersebut. Tahap ini mempunyai 2 peringkat iaitu Peringkat 1 :
Orientasi Dendaan dan Taat di mana motif utama tingkah laku untuk mengelak dendaan dan Peringkat 2 :
Orientasi Egoistik yang membolehkan seseorang kanak-kanak mematuhi peraturan demi untuk menerima
ganjaran untuk memuaskan kehendak diri mereka.
Moraliti Konvensional ( 9 hingga 15 tahun )
Mesti akur pada norma yang dipegang oleh majoriti dan perlu dikekalkan oleh sosial menjadi cara utama
penaakulan moral pada tahap ini. Kanak-kanak sudah boleh menerima pendapat dan motif orang ain.
Mereka juga sudah bertanggungjawab untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Tahap ini
mempunyai 2 peringkat iaitu Peringkat 3 : Moraliti Budak baik yang mana apa yang betul ialah apa yang
dipersetujui oleh autoriti. Peringkat 4 : Moraliti Mengekalkan Susunan Sosial dan Autoriti pula ialah apa
yang betul sekarang ialah apa yang akur atau selaras dengan peraturan yang dilaksanakan oleh autoriti.

Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura pula menekankan aspek komponen tingkah laku dalam
menjelaskan aspek moral. Beliau menfokuskan kepada tingkah laku luaran kanak-kanak yang boleh dilihat
dan bukannya penaakulan moral dan penilaian moral. Tingkah laku moral dipelajari sama seperti tingkah
laku-tingkah laku lain yang dipelajari melalui proses-proses peneguhan dan dendaan dan pemerhatian.
Contohnya dalam Islam, menurut Imam Al-Ghazali pula menghuraikan bahawa akhlak adalah suatu
keadaan yang tetap dalam diri atau jiwa yang melahirkan tindakan, perlakuan, atau perilaku amalan dengan
mudah tanpa memerlukan pemikiran. Ia merupakan suatu keadaan atau sifat yang ada di dalam diri atau
jiwa manusia yang telah tetap, sehingga dengan mudah melahirkan perlakuan atau perilaku yang baik atau
buruk tanpa difikir atau dirancang terlebih dahulu. Anak-anak harus disediakan dengan aspek pengawasan,
prinsip muraqabah bahawa Allah Maha Besar dan sedang memerhatikan segala amal baik atau buruk yang
mereka lakukan.
Firman Allah:
Luqman menasihati anaknya dengan berkata , Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu
perkara (yang baik atau yang buruk) seberat biji sawi sekalipun, serta ia tersembunyi di dalam batu besar
ataupun di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dibicarakan dan dibalas-Nya)
kerana sesungguhya Allah amat luas pengetahuan-Nya, lagi amat meliputi segala yang tersembunyi.
(surah Luqman ayat 16)
PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK SOSIAL
Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak
berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya.
Pendek kata perkembangan social melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak
mempelajari tingkah laku social atau melakukan penyesuaian social dalam sesuatu persekitaran atau
lingkungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang
penting seperti proses peniruan dan identifikasi,aktiviti bermain,perkembangan kongnisi
sosial,persahabatan,dan perhubungan dengan rakan sebaya.
Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai, dan adat yang dianut
oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan -peraturan sosial yang diamalkan oleh
sesuatu kumpulan sosial. Misalnya,mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai,dan cara
mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat.Proses sosialisasi ini pula ditentukan
pula oleh konteks budaya.Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak
sesuai bagi budaya lain.Namun demikian,terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan
merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.
Perbincangan tentang perkembangan sosial tidak akan lengkap tanpa menyentuh teori perkembangan
sosial. Salah satu teori perkembangan social yang penting telah dikemukakan oleh Erik Erikson. Oleh
kerana teori ini menekankan perkembangan sosial, aka teori ini dinamakan Teori Perkembangan
Psikososial Erikson. Erikson menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan
yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan
yang berkonflik.Individu dakatakan perlu menguasai kecekapan tertentu dalam menghadapi setiap
peringkat perkembangan ini.Di antara lapan peringkat perkembangan sosial ini,empat peringkat yang
pertama menerangkan perkembangan social di kalangan bayi dan kanak-kanak. Huraian ringkas tentang
keempat-empat peringkat ini adalah seperti yang dikemukakan bawah.

PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK MENGIKUT


TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON
PERINGKAT/USIA PERKEMBANGAN
PENGARUH PENTING
Berdaya Tindak lwn Rasa Bersalah
( 2 atau 3 tahun-6 tahun)
-Pembentukan kesedaran kendiri melalui identifikasi dengan ibu bapa dan kesedaran tentang
tanggungjawab atas tindakan sendiri.
-Kecekapan yang diperlukan ialah pembentukan kesedaran tentang daya usaha dan daya tinda.Namun
demikian,masih wujud keinginan untuk mengekalkan keselesaan dan keselamatan yang diperoleh dengan
menerima kawalan dan tanggungjawab daripada orang dewasa.
-Ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan
-Identifikasi
4. Rajin lwn Rendah Diri (6-11 tahun)
-Pembentukan nilai kendiri yang kuat melalui interaksi dengan rakan sebaya.
Sekolah dan guru
-Pendidikan dan pembelajaran
-Galakan
Perkembangan yang dinyatakan di sini hanya merangkumi kanak-kanak pertengahan & kanak-kanak akhir.

KONSEP TEORI PERSAHABATAN


Robert Selman mengemukakan bahawa dalam perhubungan persahabatan kanak-kanak terdapat 3 tahap
iaitu
Tahap Pertama berlaku semasa kanak-kanak pra sekolah di mana sahabat dianggap sebagai kawan
sepermainan sahaja. Biasanya sahabat yang menjadi teman adalah kawan yang tinggal berdekatan dengan
rumah kanak-kanak tersebut. Pada tahap ini, persahabatn dieratkan lagi dengan perkongsian alat permainan
dan kanak-kanak pada tahap ini tidak mementingkan nilai persahabatan.
Tahap Kedua pula karakteristik pada permulaan persekolahan. Selman mengelarkan tahap ini sebagai one
way assistance. Tahap ini berlaku kepada kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 8 hingga 10
tahun. Kawan adalah sahabat setia yang boleh dipercayai dan diharap untuk membantu mereka pada bilabila masa.
Tahap Ketiga merupakan tahap yang membolehkan kanak-kanak akhir dan remaja awal mempunyai
persahabatan yang dikenali oleh Selman sebagai intimate and mutually shared relationship. Pada tahap
ini, kanak-kanak sudah meningkat remaja dan persahabatan yang dijalinkan lebih mendalam dan nilai
persahabatan sudah mula difahami.
Kepentingan persahabatan dalam perkembangan psikologi kanak-kanak dapat dilihat melalui 2
fungsi persahabatan iaitu
Fungsi 1 ialah : PENEGUH KEPADA TINGKAH LAKU KANAK-KANAK.
Sahabat dapat memberikan sokongan dan juga sahabat boleh menerima segala kebaikan dan keburukan diri

kita.
Fungsi yang ke 2 ialah MODEL SOSIAL KEPADA KANAK-KANAK.
Kanak-kanak juga akan bertindak untuk melakukan tingkah laku yang juga dilakukan oleh sahabat mereka.
Tingkah laku meniru model ini adalah boleh mendatangkan kesan yang positif dan juga negative kepada
kanak-kanak. Disebabkan itulah, ibubapa berperanan untuk memastikan kanak-kanak berada dalam
perkembangan sosial yang sihat.
Menurut Sullivan, kanak-kanak juga akan mempunyai kawan rapat (chumship ) yang mana perhubungan
ini membantu kanak-kanak daripada perasaan egosentrik. Sullivan berpandangan, mempunyai kawan rapat
membolehkan kanak-kanak belajar untuk melihat sesuatu perkara daripada pandangan yang lain untuk
memberikan kesan kepada kanak-kanak tersebut di mana kanak-kanak akan menanamkan sikap
menitiberatkan perasaan orang lain.
Banyak pendapat yang menyatakan bahawa persahabatan kanak-kanak sangat penting. Kawan-kawan
membuktikan hubungan yang dijalinkan sesama mereka ( kalangan kanak-kanak ) di mana kawan yang
bersedia untuk bermain dan sama-sama melibatkan diri dalam apa jua aktiviti.
Antara cara membantu kanak-kanak rasa hebat tentang dirinya ialah memperlihatkan kasih sayang dengan
cara memuji atas usaha yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut. Selain itu, keluarga boleh meluangkan
masa bersama dengan cara melakukannya bersama-sama contohnya membaca buku atau pergi berjalan.
Selain itu, menggalakkan anak-anak membincangkan apa yang dilakukannya di sekolah. Selain itu, kanakkanak juga boleh diberikan tanggungjawab mengikut kemampuan kanak-kanak. Dalam pada itu, ibubapa
juga perlulah memperihalkan tingkah laku yang baik dan sebaliknya.
Islam sangat menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita. Kanak-kanak harus didedahkan lebih awal
mengenai hal ini sejak di peringkat tamyiz (peringkat sebelum baligh) lagi. Antara aspek yang sering
ditekankan dalam ajaran Islam ialah adab memandang muhrim dan bukan muhrim. Aspek kedua yang
harus dijelaskan kepada kanak-kanak ialah aspek penjagaan aurat. Batas-batas aurat lelaki dan perempuan
mestilah diajari sejak awal lagi supaya apabila tiba usia baligh mudah untuk melenturkan anak-anak ini.
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK KOGNITIF
PERKEMBANGAN KOGNITIF
Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan menunjukkan koordinasi yang
lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada peringkat awal kanak-kanak seperti berlari,
memanjat, melompat, dan sebagainya sudah mencapai tahap yang lebih mantap di samping beberapa jenis
kemahiran yang baru telahpun dikuasai. Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti lompat tali atau skipping,
berenang ,menunggang basikal dan meluncur (skating). Misalnya,kanak-kanak yang berusia 6 tahun sudah
boleh melakukan aktiviti seperti mengetuk, mengikat tali kasut, memakai pakaian, melukis dengan
menggunakan pensel untuk menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi semakin kecil. Kanak-kanak
antara 8 hingga 10 tahun pula boleh menggergaji, mengendalikan alatan untuk berkebun dan menjahit.
Bagi mereka yang sudah berusia antara 10 hingga 12 tahun, tulisan mereka semakin kecil dan kemas, dan
mereka telahpun menunjukkan kemahiran manipulatif yang hampir sama dengan orang dewasa seperti
bermain alat muzik.
Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan memindahkan pengetahuan
berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri.

Menurut Piaget pula, pada peringkat pertengahan & akhir kanak-kanak, Pemikiran Olahan Konkrit meliputi
olahan mental yang membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti mental yang terdahulu dilakukan secara
fizikal. Olahan ini membolehkan kanak-kanak melakukan pemikiran pembalikan dan juga menunjukkan
kemahiran klasifikasi. Daripada segi ingatan pula Ingatan Jangka Panjang ( IJP ) meningkat dan strategi
seperti latihan akan memberikan kesan kepada IJP kanak-kanak. Cara kanak-kanak berfikir dan
menyelesaikan masalah. Kanak-kanak pada peringkat pra-sekolah banyak menggunakan simbol dalam
perbualan untuk menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak
menunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang
berada di sekeliling. Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas.
Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa depan. Perkembangan
kognitif kanak-kanak pada peringkat ini, menggunakan simbol bagi menunjukkan sesuatu objek dan
membuat perbandingan antara satu sama lain. Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan
melalui bermain, mengingat dan kemahiran menggunakan bahasa. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak
dapat meniru perbuatan rakannya yang menari ballet walaupun mereka melihat beberapa hari yang lepas.
Ini kerana keupayaan mereka menunjukkan sesuatu objek agak terhad dalam bahasa dan mereka cuba
menyampaikan maksud dengan meng-gunakan simbol.
Terdapat perbezaan yang konsisten antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan dalam
pergerakan, ketangkasan, koordinasi, dan kekuatan fizikal. Misalnya kanak-kanak lelaki mengatasi kanakkanak perempuan dari segi kekuatan kuasa kaki dan koordinasi tangan dan kaki. Lelaki didapati lebih
mahir dalam pergerakan seperti menendang,melontar,menangkap,berlari,melompat jauh,memukul dan
sebagainya manakala perempuan pula mempunyai kelebihan dalam kemahiran motor yang memerlukan
kelenturan,keseimbangan,dan pergerakan berirama dan gimnastik.
Ketua Bidang Dasar, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Dr. Sharifah Nor Puteh
berkata, pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan perkembangan menyeluruh
seorang kanak-kanak. Menurut beliau , Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan enam komponen
utama yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Ia merangkumi bahasa dan komunikasi,
perkembangan kognitif, kerohanian moral, perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta kreativiti dan
estetika. Manakala perkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi,
ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan satu
konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran,'' jelasnya.
Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan aktiviti yang berbentuk
menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan objek yang sama berdasarkan kriterianya. Kanakkanak ini juga sudah mula menggunakan bahasa untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan
warna sudah mula difahami.
Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa yang tidak difahaminya
sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikan kanak-kanak berkeadaan baik dalam
segala aspek. Peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah dan ibubapa sangat penting untuk memastikan
perkembangan kognitif tidak tersekat atau terganggu.
Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik dan mampu untuk
menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak. Pada tahap ini juga, kemampuan pemikiran
yang baru juga akan didapati contohnya ialah memikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam
pemikirannya dan juga mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada tahap
ini juga, kanak-kanak sudah mula menggunakan memparktikkan kemampuan baru melalui lawak dan
pergaduhan dengan ibubapa dan dengan yang lain.
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK EMOSI
Secara amnya, emosi adalah perasaan atau kompenen efek dalam tingkah laku seseorang manusia
(Lefrancois,2001) Santock ( 1998 ), seorang ahli psikologi perkembangan mendefinasikan emosi sebagai

perasaan atau efek yang melibatkan satu gabungan rangsangan fisiologi ( physiological arousal ) seperti
degupan jantung yang laju dengan tingkah laku yang nyata seperti senyum. Emosi boleh diklasifikasikan
kepada dua kategori iaitu emosi yang positif dan emosi yang negatif.
Emosi yang tergolong dalam kategori emosi yang positif adalah seperti rasa gembira, seronok, ghairah, dan
bersemangat. Emosi yang negatif pula adalah terdiri daripada emosi yang mempunyai nada yang negatif
seperti cemas,marah,sedih,rasa bersalah,dan sebagainya.Kanak-kanak dikatakan boleh mengalami keduadua jenis emosi ini serentak.
Pensyarah Psikologi Perkembangan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mastura Badriz, berkata ilustrasi emosi yang terlihat dalam kehidupan
harian kanak-kanak berfungsi sebagai satu cara bagi komunikasi untuk memberitahu dan menyatakan
keperluan mereka.
Jenis Emosi atau Perasaan dan implikasi pada kanak-kanak:
Gembira - Membantu kanak-kanak atau remaja berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan
menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai.
Marah - Membantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang dicitakan
dan mengenal erti kesabaran, belajar melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian dan
mencari jalan penyelesaian.
Takut - Rasa terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi.
Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya, mencari jaminan mendapat
ketenangan dan ketenteraman.
Sedih - Kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih
mendapat apa yang dicita, mencurah perasaan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.
Geli - Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang semula jadi menjadikan
seseorang kanak-kanak berhati-hati agar tidak terkena apa yang yang beliau geli. Perasaan ini perlu
dihormati dan bantu mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu.
Cemas - Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah
mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk
menunjukkan sesuatu yang terbaik.
Malu - Menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak daripada
melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini membantu mereka mengawal tingkah laku mereka
sendiri.
Rasa bersalah - Wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap keluar dari standard tingkah
laku yang baik. Si kecil akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin
dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak meluahkan
perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain.
Rasa bangga - Tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati/dihargai oleh orang lain atau bila ia
mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka
merasa bangga dan memberi peluang berkongsi rasa bangga, puas dan gembira.
Perkembangan emosi kanak-kanak usia pertengahan
Sudah pandai menyembunyikan emosi yang negatif dengan berpura-pura menunjukkan keseronokan.
Sudah mula memahami dan menghurai emosi yang kompleks : perasaan malu, rasa bersalah, rasa bangga
dan cemburu.
Perasaan takut mula berkembang kepada yang lebih realistik - takut sekolah, takut berkomunikasi, takut
kejadian jenayah.
Mahu disayangi tetapi bukan ditonjolkan depan ramai.
Amat memerlukan bantuan mengenalpasti emosi marah agar tidak out of control; belajar mengawal

perasan.
Perlu perhatian dan dorongan mengatasi rasa takut.
Mula memahami keperluan kumpulan.
PERBEZAAN INDIVIDU
DEFINISI
Ketidaksamaan dlm aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial di kalangan individu.
Temperamen
Tret personaliti, emosionaliti dan pola tingkah laku yg sebahagiannya diwarisi dpr ibu bapa.
Tahap Tenaga
Keadaan fizikal seseorang dari segi bertenaga dan bertamina semasa terlibat dlm sesuatu aktiviti. Pola
Persahabatan
Merujuk kpd aktiviti persahabatan dlm kumpulan rakannya.
Ada hubungan perapatan ikatan kasih sayang dgn ibu bapa dan amat istimewa dlm hidupnya. (vertikal).
Ada hubungan dgn kawan-kawan dikenali sbg hubungan mendatar. (horizontal) Selain itu, dapat
diperhatikan ciri-ciri tertentu seperti:
1.Temperamen
2.Tahap tenaga
3.Pola persahabatan
4.Hubungan ibu bapa dgn anak-anak.
ASPEK-ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU
Papalia (2001), manusia berbaza dari segi jantina, berat, bentuk badan, kesihatan tahap tenagapersonaliti
dan emosi. Faktor persekitaran pula, seperti gaya hidup keluarga, sosio-ekonomi keluarga, sekitar sekolah
dan dirumah, komuniti masyarakat. Slavin (1997), mengaitkan perbezaan individu dgn konteks pengajaran
dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dlm tahap prestasi, kadar belajar, gaya
kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat.
Aspek-aspek Perbezaan Individu
Fizikal
Emosi
Personaliti/sahsiah
Bangsa/Bahasa
Kesihatan/penyakit
Lokasi tempat tinggal
Kecerdasan
Aspirasi/motivasi
Status sosio-ekonomi
Sistem nilai/norma
Gaya kognitif atau gaya belajar
Sosial
Budaya dan world view
a)Jantina Masyarakat Asia menganggap kanak-kanak lelaki mesti berani, dianggap ketua keluarga, harapan
yg tinggi. Di sekolah murid lelaki lebih nakal dan kurang berdisiplin, manakala murid perempuan lebih
rajin dan berdisiplin serta berjaya dlm pelajaran. Aktiviti pengajaran harus disesuaikan dgn perkembangan
jantina. Tahap perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak lelaki lambat 2 tahun drp
perempuan sblm akil baligh. Selepas akil baligh perkembangan mereka hampir sama. Maccoby dan Jacklin
(1974) kecergasan lisan murid perempuan lebih baik drp lelaki, manakala murid lelaki lebih dari
kecerdasan ruang.
b) Fizikal Sheldon (1942) mengkategori temperamen kpd 3 kategori. i)Endomorf (bertubuh bulat) Suka
bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri tetapi mudah diserang tekanan perasaan. ii) Mesomorf
(tubuh badan otot yg kuat) Bersifat asertif, agresif, bertenaga, kuat bersukan tetapi ada tanda boleh terlibat
akt delinkuen. iii) Ektomorf (kurus dan tinggi) Bersifat bimbang, suka bersendirian, pendiam dan mudah
diserang penyakit skizofrenia.

c) Kognisi Individu adalah berbeza dr segi kebolehan kognisi (menaakul, berfikir logis, berbahasa,
mengira dan berimaginasi). Alfred Binet & Theodore Simon menghasilkan ujian kecerdasan bernama
Stanford-Binet Intelligece Test. Lewis Terman (1916) mengubahsuai alat ujian Binet dan memperkenalkan
ujian IQ (Intelligence Quotient) . Ahli-ahli psikologi tidak bersetuju pendapat menyatakan bahawa
kecerdasan adalah sama dgn kreativiti.
d) Personaliti Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang (gaya bercakap, tingkahlaku, gaya
berfikir, gaya bertindak dan gaya bekerja). Carl Jung membahagikan personaliti kepada ekstrovert,
introvert dan ambivert.
e) Gaya Kognisi dan Gaya Belajar Gaya kognisi adalah cara individu mempersepsi maklumat. Gaya belajar
adalah persekitaran pembelajaran yg digemari oleh pelajar. Witkin (1940) membahagikan gaya kognisi kpd
2 jenis, iaitu gaya kognisi belajar bebas medan dan gaya belajar bersandar medan. Kagan (1965)
membahagikan gaya kognisi kpd 2 jenis iaitu gaya kognitif reflektif dan gaya kognitif impulsif. Parry
(1984) dan Shipman (1985) membahagikan gaya belajar kpd 24 dimensi tentang kajian literatur gaya
belajar iaitu inventori Myer-Briggs Type Indicator (MBTI). Ekstrovert lawan introvert,
Deria lawan gerak hati
Pemikiran lawan perasaan
Mengadili lawan mengamati. Grasha & Reichmann membahagikan 6 dimensi gaya belajar, iaitu:
Bergantung
Bebas
Mengelak
Bekerjasama bersaing melibat diri. Kolb (1984) dlm teori pembelajaran pengalaman membahagikan kpd
4 peringkat pengalaman:
Pengalaman konkrit
Pemerhatian reflektif
Perkonsepan abstrak
Percubaan aktif
f) Kesihatan Sebahagian besar murid dlm kelas terdiri dpd murid yg sihat, riang, cerdas dan normal. Murid
yg tidak sihat adalah murid yg lemah dlm aktiviti p & p dan aktiviti luar bilik darjah. Ada juga murid yg
kurang siaht dan berpenyakit. Kanak-kanak cacat g) Biasanya kanak-kanak suka bermain dan bersosial.
Dalam bilik darjah guru boleh menggunakan soalan sosiometri untuk mengetahui pola persahabatan
mereka dengan menggunakan simbol-simbol berikut:
Bintang murid popular menerima undian 10 dpd murid yg menyukkainya.
Dyad bentuk persahabatan 2 orang murid saling bersahabat/saling mengundi.
klik bentuk persahabatan 2 atau lebih murid memilih antara satu sama lain.
Rantai persahabatan yg memilih kawan secara tersusun A,B,C danseterusnya.
Pencilan Murid tidak mengundi sesiapa dan orang lain tidak memilihnya.
Singkiran Murid mengundi orang lain dan orang lain tidak memilihnya. pendengaran, penglihatan, bisu,
sengau, gagap dan dyslekxia boleh diperbetulkan dgn penggunaan alat teknologi dan rawatan h)
Bahasa/Bangsa Dlm sesebuah negara berlaku percampuran pelbagai etnik dan bangsa akibat drp migrasi.
Ramai ahli psikologi Amerika berpendapat tiba masanya diperkenalkan kurikulum berbilang budaya dan
bahasa dlm subjek silang budaya.
5.3 FAKTOR-FAKTOR PERBEZAAN INDIVIDU
Ada 2 faktor besar mempengaruhi perbezaan individu:
a)Faktor baka
b)Faktor persekitaran.
a)Faktor Baka Setiap manusia mewaris sifat ibu atau bapa melalui gen ibu dan bapanya. Baka terjadi hasil
drp percantuman sel sperma 23 kromosom(lelaki) dan sel ovum 23 kromosom.
b) Faktor Persekitaran Persekitaran termasuklah perapatan antara anak dan ibu bapa,pengaruh adik
beradik/rakan, ahli keluarga lain, guru, bahan media cetak/elektronik, komputer, sekitar lokasi, masyarakat
dan rumah ibadat. Baumrind membahagikan 4 bentuk asuhan keluarga.
a)Autoritarian (peraturan & hukuman)

Mengenakan peraturan dan hukuman kpd anak-anak mereka,


Mahukan anak-anak patuh dan hormati merreka
Peraturan lisan antara ibu bapa dgn anak adalah terhad dan tidak digalakkan.
Anak yg dibesarkan sebegini biasanya tidak dapat bersosial dgn baik, bimbang tentang pertandingan,
kurang inisiatif dan kurang mahir dlm komunikasi. Apabila seorang lelaki (x-o) (bermata coklat dan
berkromosom coklat-biru) berkahwin pula dgn wanita bermata biru (berkromosom coklat-biru) 3 dpd anak
mereka akan bermata coklat dan 1 bermata biru).
b) Authoritatif (kebebasan terbatas)
Menggalakkan anak-anak berdikari dan sedikit kawalan
Anak-anak bebas berkomunikasi secara lisan dgn ibu bapa yg menyokong perkembangan mereka.
Anak yg dibesarkan begini menunjukkan tingkahlaku bersosial yg baik, berdikari, bersosial dgn baik,
bersabar dan harga diri yg tinggi.
c)Abaikan (tiada penglibatan)
Bertindak permisif tidak terlibat dlm kehidupan anak mereka.
Sibuk dlm hal lain tidak sedar tingkah laku anaknya.
Anak-anak begini tidak dpt bersosial dgn baik, tidak dpt mengawal diri dan tidak bermotivasi.
d) Indulgent (Penglibatan tanpa disiplin)
Ibu bapa terlibat dlm menjaga anak tetapi kurang mendisiplinkan anak.
Mereka percaya, anak mereka akan kreatif dan berkeyakinan tinggi.
Anak-anak sebegini akan gagal mengawal diri dlm masyarakat.
Teori Berkaitan Perbezaan Individu
Mula dikaji oleh Sir Francis Galton, beliau mengukur kebolehan deria motor (pendengaran, melihat).
Beliau mendapati kebolehan deria setiap individu berbeza.
1 Teori Ekologi Bronfenbrenner Beliau mengkaji dari segi konteks sosial seseorang kanak-kanak yg
mempengaruhi kehidupan dan perkembangan.
a) Sistem Mikro
Hubungan sosial kanak-kanak dgn alam sekitarnya (keluarganya, guru, rakan dan jiran). Kanak-kanak akan
berinteraksi secara timbal balik(bertolak ansur) dgn org lain.
b) Sistem Meso
Ada kaitan dgn sistem mikro. Dlm hubungan pengalaman dgn alam sekitar boleh mempengaruhi
pengalaman sistem mikro yg lain. Contoh: Kanak-kanak dipinggir oleh keluarga boleh mempengaruhi
hubungannya dgn guru.
c) Sistem Ekso Pengalaman kanak-kanak dan guru (pasif) dlm sesuatu tempat akan dipengaruhi oleh
pengalaman dari tempat lain. JPN .PPD .SEKOLAH.
d) Sistem Makro Melibatkan budaya yg lebih luas (nilai, adab resam) boleh mempengaruhi setiap
individu.
e) Sistem Krono Merujuk kpd keadaan sosio-sejarah perkembangan seseorang kanak-kanak. Contoh:
Kanak-kanak sekarang dibesarkan dlm teknologi elektronik.
2. Teori Perkembangan Pergerakan (motor) Arnold Gesel
Arnold Gesel mempercayai baka/genetik sebagai pembentukan perkembangan kanak-kanak yg berbezabeza.
Kanak-kanak mencapai tahap kematangan fizikal tidak sama dan boleh mempengaruhi proses
pembelajaran.
Perkembangan kanak-kanak mengikut pola dan urutan tertentu dan kita boleh meramalkan perkembangan
tingkah laku kanak-kanak.
Peringkat perkembangan motor kanak-kanak:
a) Peringkat pertama (lahir 1 tahun).

b) Peringkat kedua ( 1 tahun 2 tahun).


c) Peringkat ketiga (2 tahun 3 tahun).
d) Peringkat keempat (3 tahun 4 tahun).
e) Peringkat kelima (4 tahun 5 tahun).
3. Teori Tugas Perkembangan Havighurst
Atan Long (1980) berpendapat `tugas perkembangan` adalah jangkaan dan harapan ibu bapa serta
masyarakat tentang pencapaian sesuatu tingkah laku pada peringkat umur tertentu.
Newman dan Newman (1999) menyatakan satu set kemahiran/kebolehan yg perlu dikuasai oleh individu
untuk meramal penguasaan terhadap persekitaran.
4. Teori Perkembangan Psikososial Erikson
Seseorang kanak-kanak akan melalui 8 tahap perkembangan sepanjang hayatnya dan mereka mesti berjaya
melepasi tahap dan krisis tersebut.
Kanak-kanak yg gagal melepasi tahap tersebut akan gagal sehingga akhir hayat. Pertama 0 18 bln
Percaya lwn tidak percaya Kedua 18bln-3 thn Autonomi lwn malu/sangsi Ketiga 3thn-6 thn Inisiatif lwn
bersalah Keempat 6thn-12 thn Industri lwn rendah diri Kelima 12 th -20th Identiti lwn keliru Keenam 20
th-40 th Mesra lwn asing diri Ketujuh 40 th-60 th Generativiti lwn kendiri Kelapan 60 th atas
a) Kesediaan belajar Implikasi Kesediaan belajar murid adalah berbeza-beza kerana perbezaan
kecerdasan. Murid lemah sekiranya tidak dibimbing akan ketinggalan pada tajuk-tajuk seterusnya.
b) Objektif P &P Guru perlu merangka objektif p & p sesuai dgn kebolehan yg pelbagai murid di dlm
kelas.
c) Tingkah laku Mengganggu Pembelajaran Pelajar bermasalah (disruptif dan destruptif) dlm p & p sering
mengganggu perhatian murid lain semasa pembelajaran. Ada juga murid tingkah laku bermasalah positif.
d)Perbezaan Gaya Kognitif dan Gaya Belajar Setiap murid mempunyai gaya belajar yg berbeza spt
audio, visual, proses maklumat secara global dan analitikal.
e) Perbezaan Personaliti Perbezaan personaliti murid spt pintar tetapi pendiam, bersendirian pendiam,
pintar ramai kawan, peramah dan ramai kawan dan berfikiran terbuka dan riang.
5.6 PERANAN GURU DALAM MENGHADAPI PERBEZAAN INDIVIDU
a) Kaedah Kumpulan Aktiviti ini dijalankan kerana murid berbeza dari segi keupayaan dan memudahkan
guru menyediakan latihan serta bahan sumber pembelajaran.
b) Program Pengayaan dan Pemulihan Aktiviti ini dijalankan selepas P &P.
c) Pengajaran Terancang/Modul/Bahan Multimedia Perisian e-learning dlm komputer bersesuai dgn
kebolehan murid.
d)Pengajaran Koperatif Dlm sesuatu kumpulan terdiri drp murid heterogenius supaya mereka bantu
membantu.
e) Peneguhan Positif dan Negatif Semasa p & p guru harus memberi peneguhan untuk membentu
tingkahlaku murid.
f) Pengagihan Tugas Mengikut Minat dan Keupayaan Tugasan ini diberi sesuai dgn tahap keupayaan
murid.
g) Pengajaran dan Pembelajaran Individu Bimbingan individu kpd pelajar yg lemah.
h) Mempelbagai Bentuk Penilaian Guru boleh menilai murid semasa aktiviti p&p.
i)Mempelbagai Strategi P & P Strategi p & p haruslah menarik.
j) Mempelbagai Bahan Bantu Balajar Bahan bantu mengajar yg menarik boleh meransang minda pelajar
untuk berfikir.

Psikologi & Perkembangan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran


Pengenalan
Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua perkara yang mesti dilalui atau ditempuhi oleh semua
individu. Namun pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat berbeza makna dan konsepnya. Menurut
Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006), pertumbuhan didefinisikan sebagai perubahan-perubahan fizikal
yang berlaku pada manusia dan juga merupakan perubahan-perubahan kuantitatif yang berlaku dalam diri
manusia.
Atan Long dalam Kasnani Ab Karim (2006) menyatakan bahawa pertumbuhan manusia bermaksud
perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantitatif dari satu peringkat ke satu peringkat
perkembangan yang lain.
Daripada dua definisi yang dinyatakan dapatlah dirumuskan bahawa pertumbuhan adalah merupakan
perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan kuantiti seperti perubahan dari segi berat badan, tinggi dan
pertambahan saiz badan. Pertumbuhan berlaku secara berperingkat sehingga mencapai had yang tertinggi
atau maksima bila individu mencapai kematangan. Misalnya had ketinggian seseorang lelaki akan terhenti
bila individu tersebut berusia sekitar 20 tahun.
Perkembangan pula dijelaskan oleh Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006) sebagai perubahan-perubahan
sistematik yang bertererusan dalam diri seseorang individu daripada mula lahir hinggalah ke saat
kematiannya. Perubahan-perubahan tersebut bersifat kualitatif dan berlaku secara progresif dalam diri
seseorang individu.
Paul Eggan dan Don Kauchak dalam Kasnani Ab Karim (2006), juga dalam Ramlan Hamzah dan Liliy
Mastura Harun (2006) pula menjelaskan perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam
diri seseorang hasil daripada kematangan, pembelajaran dan pengalaman.
Daripada pendapat dan penjelasan tersebut dapatlah dibuat kesimpulan bahawa perkembangan ialah
perubahan yang berlaku dalam diri seseorang individu yang bersifat kualitatif, iaitu perubahan yang tidak
dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui kajian dan peredaran masa. Perkembangan berlaku
daripada peringkat permulaan percambahan dan pertumbuhan sel sehingga akhir hayat organisma atau
seseorang individu itu.
2.0 Teori-teori dan konsep pertumbuhan dan perkembangan
Dalam membicarakan tentang teori-teori pertumbuhan dan perkembangan manusia terdapat beberapa teori
yang penting dan popular. Antara teori-teori tersebut ialah seperti Teori Psiko Analisis, Teori Perkembangan
Kognitif Piaget, Teori Tugas Perkembangan, Teori Perkembangan Psikososial Erikson dan sebagainya.
2.1 Teori Psiko Analisis
Teori Psiko Analisis telah diasaskan oleh Sigmund Freud iaitu seorang doktor pakar dalam bidang kaji saraf
atau neurologi. Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006) menyebutkan bahawa selama hidupnya ia
melakukan berbagai penelitian mengenai masalah kejiwaan manusia, kemudiannya dari hasil penelitiannya
itu ia mencetuskan sebuah teori mengenai psikologi.
Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2005) menyatakan bahawa Freud
berpendapat manusia tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dan
kemusnahan diri individu itu sendiri. Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006) pula menghuraikan
Freud membahagikan fikiran insan kepada tiga elemen, iaitu alam sedar, alam pra sedar dan alam tidak
sedar.
Sementara itu Ee Ah Meng (2005) pula menyebutkan bahawa Freud amat menekankan kewujudan ingatan
tidak sedar yang berfungsi untuk melindungi kesedaran kita ketika menghadapi konflik emosi dan
ketegangan.
Seterusnya Freud percaya bahawa perkembangan personaliti manusia terdiri daripada tiga elemen iaiti Id,

Ego dan Superego. Ee Ah Meng (2005), menyatakan bahawa id merupakan personaliti tidak sedar yang
menekankan kepuasan serta merta dan hendakkan keseronokan yang maksimum. Ego merupakan bahagian
personaliti yang logik dan tersusun serta bertindak mengawal keinginan id agar tidak melanggar nilai-nilai
atau norma masyarakat. Manakala superego merupakan bahagian personaliti yang bermoral dan idealistik.
Superego bertanggungjawab menentukan sesuatu tingkahlaku itu baik atau buruk berdasarkan pendidikan
yang telah diterima sejak awal daripada ibu bapa atau gurunya. Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun
(2006) menambahkan bahawa ego terpaksa menanggung beban dan tanggungjawab kerana terpaksa
menjadi orang tengah di antara id dan superego.
Menurut Ee Ah Meng (2005), Freud berpendapat perkembangan seseorang individu terdiri daripada
peringkat-peringkat tertentu,iaitu peringkat oral sejak dari lahir hingga berumur 18 bulan. Peringkat yang
kedua iaitu peringkat anal ketika kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun. Seterusnya peringkat falik iaitu
peringkat yang ketiga ketika kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun. Peringkat yang keempat iaitu peringkat
pendaman 6 hingga 12 tahun. Peringkat yang terakhir iaitu peringkat kejantinaan ketika kanak-kanak
mencapai umur 12 tahun ke atas.
Tidak kurang penting juga, menurut Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali dan Ramlah Jantan
(2005), Freud menyebutkan peristiwa yang dilalui pada zaman kanak-kanak akan mempengaruhi
perkembangan pada peringkat berikutnya sepanjang hayat individu itu.
2.2 Teori Kognitif Piaget
Teori Kognitif dipelopori oleh Jean Piaget seorang ahli psikologi kanak-kanak yang digelar sebagai bapa
psikologi kanak-kanak. Jean Piaget dilahirkan di Switzerland pada tahun 1896 dan meninggal dunia pada
September 1980. Menurut Ee Ah Meng (2005), Piaget berpendapat perkembangan kognitif seseorang
kanak-kanak mengikut satu siri urutan yang berperingkatperingkat. Piaget membahagikan perkembangan
tersebut kepada empat peringkat, iaitu peringkat deria motor daripada mula lahir sehingga berumur 2 tahun.
Peringkat yang kedua ialah peringkat praoperasi ketika kanak-kanak berumur 2 hingga 7 tahun, peringkat
yang ketiga ialah peringkat operasi konkrit iaitu ketika kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun dan
peringkat yang keempat iaitu peringkat operasi formal bagi kanak-kanak yang berumur 11 tahun ke atas.
Piaget dalam Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2005), menyatakan
bahawa kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat tahap
perkembangan kognitif yang dibahagikan kepada dua proses utama. Dua proses yang dimaksudkan tersebut
ialah organisasi dan adaptasi. Organisasi membawaa maksud individu mengorganisasi segala pemerhatian
dan pengalamannya, manakala adaptasi pula ialah individu mengadaptasi pemikirannya dengan
memasukkan idea-idea baru bagi menambahkan lagi kefahaman tentang sesuatu perkara. Proses adaptasi
ini dilakukan melalui dua cara iaitu asimilasi yang bermaksud menambahkan maklumat baru dan
akomodasi bermaksud mengubahsuai maklumat sedia ada untuk memahami maklumat baru.
2.3 Teori Perkembangan Psikososial Erikson
Teori Perkembangan Psikososial ini dipelopori oleh Erik Homburger Erikson yang dilahirkan di Frankfurt,
Jerman pada tahun 1902. Teori tersebut digelar psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang
mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial. Menurut Ragbir Kaur A/P
Joginder Singh (2006), perkembangan kendiri dan sosial manusia berlaku dalam satu siri perkembangan
yang berperingkat dan setiap peringkat ada matlamat, kebimbangan, perkembangan, pencapaian dan
bahayanya yang tersendiri.
Menurut Ee Ah Meng (2005) pula, Erikson percaya manusia berpotensi untuk mengalami perkembangan
psikologi yang sihat dan berupaya mengatasi kesulitan yang timbul dari semasa ke semasa pada peringkatperingkat perkembangan yang tertentu. Selanjutnya Ee Ah Meng (2005) menyenaraikan lapan peringkat
perkembangan manusia yang telah dikenalpasti oleh Erikson.
Peringkat yang pertama kepercayaan lawan tidakpercayaan, semenjak dari lahir sehingga berumur 18
bulan. Peringkat kedua, autonomi lawan perasaan malu dan keraguan ketika kanak-kanak berumur 18
bulan hingga 3 tahun. Seterusnya peringkat inisiatif lawan perasaan bersalah ketika kanak-kanak berusia 3
hingga 6 tahun. Peringkat keempat ketekunan lawan rasa rendah diri, ketika kanak-kanak berumur 6 hingga
12 tahun. Peringkat kelima identiti lawan kekeliruan identiti ketika berusia 12 hingga 18 tahun, seterusnya
kerapatan lawan pengasingan ketika berumur 18 hingga 35 tahun. Peringkat yang ketujuh generaviti lawan

pemusatan kendiri ketika berumur 35 hingga 60 tahun dan akhir sekali peringkat kesepaduan lawan putus
asa, iaitu ketika berumur 60 tahun hingga akhir hayat.

2.4 Teori Tugas Perkembangan


Teori ini telah diperkenalkan oleh Robert J Havighurst yang telah dilahirkan pada 05 Jun 1900. Menurut
Atan Long dalam Kasnani Ab Karim et. al (2006), tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan
masyarakat tentang tingkahlaku yang sepatutnya dikuasai oleh individu pada peringkat umur tertentu.
Seterusnya Havighurst menekankan bahawa perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh
alam sekitarnya. Ini juga bermakna perkembangan personaliti juga dipengaruhi oleh nilai, norma serta
budaya masyarakatnya. Menurut Ee Ah Meng (2005), selain budaya, faktor-faktor biologi, sosial dan
psikologi juga mempengaruhi perkembangan seseorang individu.
Jika seseorang individu berjaya mencapai tugas perkembangan maka individu akan menikmati kebahagian
dan akan mencapai tugas perkembangan kemudiannya dan begitulah jika sebaliknya.
Menurut Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006), Havighurst membahagikan tugas-tugas perkembangan
kepada tiga peringkat. Peringkat pertama ialah semenjak lahir hingga zaman kanak-kanak iaitu 0 hingga 6
tahun. Peringkat kedua zaman kanak-kanak ketika berumur 6 hingga 12 tahun dan akhir sekali peringkat
zaman pra remaja dan remaja ketika berusia 12 hingga 18 tahun.
3.0 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Seseorang Individu
Secara umumnya terdapat dua faktor yang mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Dua faktor
tersebut ialah faktor eksogen dan faktor endogen. Menurut Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun
(2006), Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2005) serta Zaharah Abu Bakar
(2007), mereka telah menyebutkan perkembangan manusia dipengaruhi oleh kedua-dua faktor tersebut dan
meletakkan faktor baka sebagai salah satu daripada faktor endogen
Namun Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006), Ee Ah Meng (2005), dan Kasnani Ab Karim et. al (2006),
membincangkan faktor pertama sebagai faktor baka dan faktor kedua persekitaran, faktor persekitaran pula
dibahagikan kepada faktor pralahir (endogen) dan selepas lahir (eksogen).
Saya lebih bersetuju untuk membawa perbincangan mengikut pendapat kumpulan pertama.
3.1 Faktor Endogen
Menurut Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006) faktor endogen ialah sifat yang dibawa individu
sejak dalam kandungan hingga kelahiran. Faktor endogen juga dikenali sebagai faktor keturunan atau
pembawaan.
Faktor endogen yang pertama ialah baka. Pengaruh baka ke atas perkembangan kanak-kanak jelas dilihat
daripada ciri-ciri fizikal, ciri fisiologi, kecacatan mental, sahsiah dan kecerdasan.
Faktor yang kedua ialah pemakanan, pemakanan yang seimbang penting demi pertumbuhan dan
perkembangan bayi yang sihat dan kuat. Seterusnya faktor kesihatan ibu, ibu yang sihat akan melahirkan
bayi yang sihat dan begitulah sebaliknya. Faktor keempat penyalahgunaan dadah dan alkohol, ini akan
membahayakan perkembangan biasa seorang bayi. Kelima faktor Rh darah, suami isteri dengan faktor Rh
yang bercanggah akan mengalami masalah keguguran dan kematian bayi pada peringkat sebelum atau
selepas lahir.
Selain itu kesan X-Ray yang berlebihan akan menyebabkan bayi yang dilahirkan cacat samada jasmani
atau mental. Faktor emosi ibu, ibu yang sentiasa takut, bimbang atau tertekan kemungkinan akan
melahirkan bayi yang kurang sihat.
3.2 Faktor eksogen
Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006), berpendapat faktor eksogen merupakan faktor yang datang dari
luar individu, seperti keluarga, rakan sebaya, budaya, tekonologi, guru dan sekolah, media massa serta
masyarakat.
Faktor pemakanan seseorang bayi perlu dijaga sejak peringkat awal kelahiran lagi. Pemakanan yang
seimbang dan berkhasiat menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat. Faktor keluarga sangat
mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Cara asuhan yang efektif ialah memberi kebebasan
kepada anak untuk berkembang tetapi meletakkan batasan yang perlu diikuti.

Faktor rakan sebaya sangat mempengaruhi individu sejak seseorang mula bersosial di luar rumah selain
daripada adik beradiknya. Individu belajar menyesuaikan diri dengan masyarakat seperti menghormati,
bekerjasama, bertanggungjawab, mematuhi peraturan dan sebagainya. Selain itu sekolah juga
mempengaruhi perkembangan individu. Melalui sekolah individu belajar tentang norma kumpulan dan
peraturan kumpulan dan cuba menyesuaikan diri.
Persekitaran tempat tinggal juga mempengaruhi perkembangan individu. Secara am terdapat tiga kawasan
tempat tinggal, iaitu kawan bandar, luar bandar dan pinggir bandar. Biasanya masyarakat di bandar lebih
berfikiran terbuka, optimistik dan bercita-cita tinggi. Masyarakat luar bandar pula suka
bekerjasama,pertalian hubungan yang rapat serta mementingkan nilai-nilai murni.
Seterusnya faktor media elektronik dan sebaran am. Pada masa ini perhubungan manusia adalah tidak
terbatas, manusia lebih maju dalam perhubungan dan maklumat. Seseorang individu boleh dan mudah
terpengaruh dengan media elektronik dari segi pergaulan, berpakaian, pemakanan dan sebagainya.
Seterusnya pusat ibadat seperti masjid, surau, gereja, dan kuil juga akan membentuk individu yang
menghayati nilai-nilai murni seperti belas kasihan, kesyukuran, amanah, bertimbang rasa dan bertoleransi.
Faktor persekitaran dunia seperti ahli-ahli politik dan pemimpin ekonomi, sosial dan bidang-bidang lain
seluruh dunia boleh mempengaruhi penduduk di satu-satu tempat .
4.0 Personaliti Di Kalangan Murid-Murid
Menurut Kagan,J.dan Segal,J. dalam Ee Ah Meng (2005) personaliti ditakrifkan sebagai corak keseluruhan
seseorang individu yang merangkumi cara berfikir, bertingkah laku dan hubungannya dengan alam sekitar.
Eysenck juga adalam Ee Ah Meng (2005), menyatakan personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek,
bentuk badan yang agak stabil dan menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya.
Menurut Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006), personaliti terdiri daripada dua aspek yang utama iaitu
watak dan tret. Watak ialah sebahagian daripada personaliti yang merangkumi sifat-sifat seperti jujur,
amanah, kebersihan, toleransi dan belas kasihan. Manakala tret pula merujuk kepada ciri-ciri personaliti
yang agak kekal seperti personaliti introvert dan personaliti ekstrovert.
Dapatlah difahamkan bahawa setiap individu mempunyai personaliti yang tersendiri. Di samping itu
personaliti boleh melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang individu.
Personaliti pula dapat diklasifikasikan kepada tiga jenis, iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert. Ragbir
Kaur A/P Joginder Singh (2006), menjelaskan individu yang mempunyai personaliti ekstrovert akan
menunjukkan ciri-ciri seperti gemar aktiviti luar, aktif, mesra dan peramah, inovatif, cepat bertindak balas
dan bersikap terbuka. Manakala individu berpesonaliti introvert biasanya menunjukkan ciri-ciri seperti
pasif, suka berseorangan, pemalu, sensitif, boleh diperecayai, tenang, cermat dan kurang percaya diri
sendiri. Sementara personaliti ambivert pula ialah individu yang memiliki kedua-dua ciri personaliti
ekstrovert dan introvert.
Sebagai seorang guru, memang saya sentiasa berhadapan dengan pelbagai personaliti di kalangan muridmurid saya. Biasanya murid-murid lelaki mempunyai personaliti jenis ekstrovert berbanding murid
perempuan. Murid perempuan yang lemah dalam pelajaran sangat ketara ciri-ciri personaliti introvertnya.
Sebagai contoh, Wan Khautsar bt Wan Osman pelajar 3 Diplomat di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk
Kumbar, Alor Star adalah seorang pelajar yang pendiam, pemalu, suka bersendirian, kurang percaya
kepada diri sendiri. Saya yakin Wan Khautsar mempunyai personaliti demikian kerana dia adalah
merupakan di antara pelajar yang paling lemah dalam pelajaran di dalam kelas tersebut.
Mohamad Izzudin b Ramli dari kelas yang sama memiliki personaliti ambivert. Ciri-ciri personaliti ini
dapat dikesan kerana semasa belajar di dalam kelas Mohamad Izzudin kelihatan pasif, kurang keyakinan
diri tidak berani mencuba, enggan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan kerana Mohamad
Izzudin seoraang murid yang tidak dapat membaca. Sebaliknya semasa pelajaran Pendidikan Jasmani,
Mohamad Izzudin mempamerkan sikapnya yang sukakan aktiviti yang dijalankan, aktif, mesra, kreatif dan
sebagainya.
Kebanyakan murid lelaki seperti Mohamad Safwan, Nur Alif, Mohamad Loqman dan beberapa orang lagi
yang maju dalam pelajaran sentiasa menunjukkan ciri-ciri ekstrovert.

5.0 Perbezaan Individu.


Allah swt yang maha bijaksana lagi berkuasa telah menciptakan manusia ini berbeza antara seorang
individu dengan individu yang lain, malahan kembar sekalipun. Menurut Kasnani Ab Karim et. al (2006),
perbezaan ini wujud walaupun di antara dua kembar seuri. Terdapat perbezaan yang sangat ketara seperti
saiz badan, jantina, bangsa, budaya, dan sebagainya. Di samping itu Kasnani Ab Karim et. al (2006),
menyatakan terdapat juga perbezaan yang tidak ketara seperti ciri-ciri personaliti dan reaksi emosi, latar
belakang keluarga, gaya hidup dan sebagainya.
Menurut Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006), perbezaan individu boleh ditakrifkan sebagai variasi atau
ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan samada daripada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal,
moral, tingkah laku sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu.
Borich dan Tombari dalam Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006), berpendapat perbezaan
individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli-ahli satu kumpulan dari segi ciri-ciri
tertentu seperti temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak.
Menurut Kasnani Ab Karim et. al (2006), perbezaan individu ialah kelainan-kelainan yang terdapat pada
seseorang individu yang disebabkan warisan dan persekitaran.
Perbezaan individu boleh dirumuskan sebagai, perbezaan yang boleh dilihat pada seseorang individu atau
kumpulan tertentu dari berbagai-bagai aspek, samada dari segi fizikal, mental, sosial, emosi dan sebagainya
lagi.
5.1 Aspek Perbezaan Individu
Seseorang individu berbeza dari aspek fizikal, kognitif, sosial, emosi dan rohani. Bagaimana individu
berbeza dari aspek-aspek tersebut ?
5.1.1 Perbezaan Kognitif atau mental
Seseorang individu mempunyai perbezaan dari segi kecerdasan mental, keupayaan berfikir, mengingat,
menaakul, kebolehan berbahasa, mengira, berfikiran logis, dan berimaginasi. Seseorang individu juga
berbeza dari segi memproses rangsangan-rangsangan yang diterima daripada persekitaran dengan cara
yang berlainan.
5.1.2 Perbezaan sosial
Kebolehan untuk berinteraksi juga bergantung kepada sifat seseorang individu, sekiranya seseorang itu
bersifat ekstrovert maka individu tersebut lebih mahir bersosialisasi atau bercampur gaul berbanding
dengan seseorang introvert.
5.1.3 Perbezaan Fizikal
Seseorang individu itu adalah berbeza dari segi tinggi, berat badan, jantina, warna kulit, paras rupa, dan
sebagainya. Pada amnya seorang lelaki lebih kekuatan fizikalnya berbanding perempuan.
5.1.4 Perbezaan Emosi
Seseorang individu mempunyai tahap emosi yang berlainan seperti mudah mesra, kawalan perasaan,
ketabahan dan toleransi, rasa marah, dan sebagainya. Keadaan ini berlaku kerana seseorang itu berasal dari
keluarga yang mempunyai tahap sosio emosi yang berlainan.
5.1.5 Perbezaan Rohani
Biasanya seseorang individu akan mengikut agama ibu bapa mereka dan sesuatu bangsa mengamalkan
kepercayaan beragama yang sama.
Sebenarnya aspek perbezaan individu bukanya terbatas kepada lima aspek yang telah disenaraikan di atas.
Masih terdapat berbagai-bagai aspek yang lain seperti, bangsa, bahasa, lokasi tempat tinggal, fahaman
politik, status ekonomi, aspirasi dan motivasi, kesihatan dan seumpamanya.
5.2 Faktor Yang Mempengaruhi Perbezaan Individu
Terdapat pelbagai faktor yang memainkan peranan dalam menimbulkan perbezaan individu. Bagaimanapun
faktor-faktor tersebut boleh digolongkan kepada dua kumpulan, iaitu faktor baka dan faktor persekitaran.
5.2.1 Faktor Baka
Menurut Ee Ah Meng (2005), baka memainkan peranan yang penting dalam menentukan ciri-ciri fizikal
seperti warna mata, warna rambut, tinggi atau rendah seseorang itu. Dari segi mental pula, ibu bapa yang

cerdas biasanya akan mendapat anak-anak yang cerdas juga. Perangai seorang kanak-kanak juga
dipengaruhi oleh faktor baka. Ibu bapa yang cepat hilang akal, akan melahirkan anak yang tidak stabil
emosinya.
Kasnani Ab Karim et. al (2006), pula berpendapat setiap orang akan mewarisi sebahagian besar paras rupa,
tahap kecerdasan, temperamen, tahap aktiviti, tret personaliti, gaya bahasa, gaya hidup, sikap dan minat.
Baka diperturunkan oleh ibu bapa melalui percantuman 23 kromosom ibu dan 23 kromosom bapa.
5.2.2 Faktor Persekitaran
Kasnani Ab Karim et. al (2006), berpendapat faktor persekitaran yang mempengaruhi perbezaan antara
individu ialah seperti, kebudayaan, masyarakat, pengalaman, rakan sebaya, media massa, suasana keluarga,
taraf ekonomi keluarga, dan pemakanan.
Ee Ah Meng (2005), pula berpendapat keadaan kelahiran, sosioekonomi keluarga, asuhan ibu bapa, rakan
sebaya, kebudayaan dan norma, kemudahan-kemudahan pembelajaran, serta jantina adalah faktor-faktor
persekitaran yang mempengaruhi perbezaan individu.
Ringkasnya faktor persekitaran adalah perkara-perkara yang bukan genetik yang mempengaruhi perbezaan
individu.
5.3 Pengalaman Menangani Masalah Perbezaan Individu
Sebagai seorang guru yang sentiasa berhadapan dengan puluhan murid-murid yang mempunyai pelbagai
perbezaan , saya selalu :5.3.1 Meminta pelajar yang cerdas membantu rakan mereka yang agak lemah. Dalam aktiviti berkumpulan
saya pastikan sesuatu kumpulan terdiri daripada pelajar yang berbeza tahap pencapaiannya. Selain itu saya
juga mempelbagaikan isi pelajaran agar pelajar yang berbeza dari segi kognitifnya dapat faedah dari
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
5.3.2 Dari segi penggunaan alat bantu belajar saya mempelbagaikan, agar pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan atau minat mendapat faedah daripadanya. Di samping itu saya tidak terikat dengan satu strategi
pengajaran sahaja.
5.3.3 Saya akan merujukkan pelajar yang menghadapi masalah emosi, masalah disiplin dan sebagainya
kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah saya.
5.3.4 Mencadang dan mencalonkan para pelajar yang miskin untuk diberi bantuan yang disediakan oleh
pihak kerajaan.
5.3.5 Berbincang dengan waris pelajar semasa hari bersama pelanggan tentang perkembangan anak-anak
mereka.
Apa itu jantina?
Ia merupakan perkataan yang berkaitan dengan ciri-ciri seks yang berkembang melampaui masa dan
mengikut perubahan dalam masyarakat.

Seks merujuk kepada biologi atau genetik sama ada lelaki atau perempuan

Jantina ialah perkataan teknikal merujuk kepada psikologi atau ciri-ciri tingkah laku berkaitan
dengan lelaki atau perempuan

Identiti jantina menerangkan kepercayaan seseorang atau perasaan yang dipunyai mengikut seks,
kebolehan memperbetulkan perbezaan di antara lelaki dan perempuan serta mengenal pasti status
jantina seseorang sama ada lelaki atau perempuan

Peranan jantina merujuk kepada penerimaan tingkah laku, sikap dan personaliti yang diwarisi
yang boleh membezakan lelaki (sasa) atau perempuan (lemah lembut)

Gen menentukan "seks" tetapi "jantina" ditentukan oleh faktor luaran contohnya : asuhan
keluarga dan nilai-nilai dalam masyarakat.
Bagaimanakah peranan jantina berkembang?
Peranan jantina mula berkembang sejak dilahirkan. Apakah soalan pertama yang diajukan apabila
seseorang melahirkan anak? Ya, anda akan bertanya "anak lelaki atau perempuan?" Sekiranya anda

merancang untuk membeli pakaian bayi, adakah anda akan membeli sesuatu berwarna merah
jambu? Kemungkinan anda akan memilih warna merah jambu untuk bayi perempuan bukan untuk bayi
lelaki. Sekarang anak lelaki anda semakin membesar dan anda akan membeli hadiah untuknya. Apakah
hadiah yang anda pilih? Adakah anda akan membeli anak patung untuk anak lelaki anda? Anak kian
membesar, anak ini akan memerhati ibu bapanya untuk mengenal pasti peranan jantina. Bapa menjadi
contoh untuk anak lelaki sementara ibu untuk anak perempuan.Apabila anak menjadi dewasa, masyarakat
mempunyai pengaruh yang kuat dalam menentukan perkembangan identiti jantina mereka selanjutnya.
Adakah persamaan di antara lelaki dan perempuan? Adakah mereka itu sama?
Lelaki dan perempuan, pria dan wanita mempunyai hak yang sama contohnya:

Hak yang sama untuk makanan, air dan tempat kediaman

Hak yang sama dalam pendidikan

Hak yang sama dalam membuat keputusan

Mempunyai hak yang sama tidak bermakna tiada perbezaan.

Perempuan mungkin mempunyai kelebihan dalam sesuatu perkara

Lelaki pula mempunyai kelebihan yang berlainan

Perbezaan jantina ke arah kemajuan dunia


Adalah penting untuk kesihatan kita menerima diri kita seadanya. Penting juga lelaki dan perempuan
bekerjasama untuk:

Perkembangan potensi individu

Perkembangan masyarakat

Membantu menjadikan dunia selama

SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
1.0 Pendahuluan
Konsep kendiri merupakan salah satu komponen dibawah topik persepsi kendiri seseorang individu.
Sehubungan dengan itu, konsep kendiri sangat berkait rapat dengan self-estim. Konsep kendiri
didefinisikan sebagai persepsi, tanggapan, pandangan seseorang terhadap dirinya sendiri yang akan
merangkumi aspek kebolehan, perkara yang disukai, personaliti, kemahiran dan lain-lain lagi tentang
dirinya sendiri. Contohnya, semasa menerima sesuatu maklumat yang bertentangan dengan konsep kendiri
anda, anda menjadi cemas, bimbang, demikian juga dengan orang lain yang menerima maklumat yang
berlawanan dengan konsep kendiri mereka. Dua indikator utama yang akan membincangkan konsep
kendiri ini ialah konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif. Topik ini akan membincangkan tentang
konsep kendiri dalam seseorang kanak-kanak. Dalam topik ini, beberapa pendekatan lain akan dikupas
ialah beberapa faktor yang mempengaruhi konsep kendiri seorang kanak-kanak, antara masalah popular
yang memberikan impak nyata kepada konsep kendiri, kesan-kesan konsep kendiri, cara-cara
meningkatkan dan mengekalkan konsep kendiri serta beberapa aktiviti yang boleh meningkatkan konsep
kendiri. Asas konsep kendiri ialah semasa seseorang individu itu masih kanak-kanak. Sebarang perkara
yang mereka alami semasa kanak-kanak akan memberikan dampak apabila mereka dewasa ( Lewis dan
Brooks-Gunn, 1979).
Sebagai contoh, kadangkala seorang kanak-kanak mempunyai konsep kendiri yang lemah jika ibubapanya
tidak memberikan galakan yang sewajarnya kepada mereka ataupun keterlaluan memekik kepada kanak-

kanak tersebut apabila mereka melakukan kesalahan. Selain itu, konsep kendiri kanak-kanak juga boleh
terganggu semasa berada di dalam kelas. Guru yang mengajar mugkin menyebabkan kanak-kanak tersebut
berasa tidak selesa ataupun terdapat perbuatan buliyang berlaku dalam kalangan mereka melalui perkataanperkataan yang menyakitkan hati kanak-kanak tersebut.
Bagi sesetengah kanak-kanak pula, mereka boleh cenderung menanggap kelas yang mereka hadiri di
sekolah sangat susah sehingga mereka berfikir bahawa hal ini akan menyebabkan mereka tidak mampu
mendapatkan gred yang baik dalam persekolahannya. Hal ini akan menyebabkan mereka merasa rendah
diri dan hal ini secara langsung mengganggu atau menggugat konsep kendiri mereka.
2.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri kanak-kanak.
2.1 Keluarga (Ibu bapa)
Banyak kajian tentang konsep kendiri telah dibuat dengan menggunakan zxdsxz pelbagai alat kajian.
Ramai pengkaji yang berusaha mengenal pasti faktor-faktor yang memepengaruhi konsep kendiri
seseorang . Mengikut Samuel (1982) dan Schwartz (1982), konsep kendiri kanak-kanak bagi ibu bapa yang
tinggi konsep kendirinya adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan konsep kendiri kanak-kanak bagi
ibu bapa yang rendah konsep kendirinya. Ibubapa memainkan peranan yang amat penting dalam
membentuk harga diri ( self-estim ) kanak-kanak. Self-estim adalah kunci yang sangat penting untuk
mereka berjaya dalam kehidupan pada masa akan datang. Self esteem adalah bagaimana kita memahami
diri kita yang sebenarnya. Kanak-kanak yang mempunyai self-esteem yang tinggi merupakan kanak-kanak
yang mampu melakukan / berkebolehan memperlihatkan tanggungjawab, boleh mengurus emosi yang
positif & negatif dan juga boleh menawakan bantuan kepada orang lain. Kanak-kanak yang mempunyai
self-esteem yang rendah pula akan bertingkah laku contohnya kanak-kanak merasakan diri tidak disayangi
dan tidak diingini, merendah diri terhadap kebolehan dan bakat yang dimiliki dan juga kanak-kanak
tersebut akan mengelak untuk melakukan sesuatu yang baru. Kanak-kanakyang mempunyai penghargaan
kendiri yang rendah keranamendapat sokonganyang berkurangan daripada ibu bapa mereka iaitu ibu
bapa tidak mengambil tahu dan mengambil berat tentang pelajaran mereka. Penghargaan kendiri kanakkanak berkait rapat dengan corak perhubungan dalam keluarga dan juga korelasi yang positif antara
penghargaan kendiri yang tinggi dengan gaya ibu bapa yang autoritatif.Kanak-kanak merasakan perlakuan
mereka dikawal oleh ibu bapa, semakin rendah penghargaan kendiri mereka. Manakala anak lelaki selalu
menjadikan ayah sebagai idola mereka.
2.2 Pengaruh sosio budaya
Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak
berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang diterima oleh masyarakat serta budaya. Pendek kata
perkembangan sosial melibatkan proses sosiolisasi atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu
persekitaran atau lingkungan sosial. Dapat dikaji melalui beberapa aspek sosiolisasi yang penting seperti
proses peniruan dan identifaksi,aktiviti bermain, perkembangan kongnisi sosial ,persahabatan dan
pembahagian antara rakan sebaya. Sepanjang proses sosialisasi sosial mereka. Kanak-kanak mempelajari
tradisi, kerpercayaan, nilai dan cadangan yang dianut oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga
mempelajari peraturan sosiol yang diamalkan oleh kumpulan social. Proses sosialisasi ini pula ditentukan
oleh konteks budaya.Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai
bagi budaya lain.Namun demikian banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal merentasi pelbagai
kaum etnik dan budaya.
2.3 Masyarakat sekeliling ( Persahabatan )
Kanak-kanak gemar meniru tingkah laku sahabatnya. Biasanya kanak-kanak meniru tingkah laku kanakkanak yang popular dan sesiapa sahaja yang telah membentuk hubungan yang rapat dengannya. Kanakkanak meniru orang yang sebaya dan lebih tua daripadanya. Mereka akan meniru tingkah laku yang positif
ataupun negative. Sebaliknya mendapat sahabat yang baik maka kanak-kanak akan belajar berdikari lebih
pandai berinteraksi dengan orang lain. Sebaliknya, mungkin dipelajari ialah tingkah laku agresif, tamak,
tidak menghormati orang tua dan lain-lain. Litman dan Bricker(1967)telah menjalankan kajian tentang
pengaruh sahabat terhadap tingkah laku langsung kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 5 tahun.

Mereka mendapati kanak-kanak yang sering dibuli sering memberi peneguhan contoh kepada si pembuli
itu.
2.4 Pengamatan diri sendiri
Apabila kanak-kanak membesar, mereka berupaya untuk meluahkan penerangan diri fizikal dan perasaan
mereka serta bercakap tentang diri mereka atau Kendiri-saya . (Harter,1988). Apabila konsep kendiri ini
semakin berkembang, mereka akan menumpu kepada pengetahuan tentang diri sendiri dan penilaian sifat
kendiri. Mereka akan mempunyai konsep kendiri yang terdiri daripada kebolehan, kelakuan ,sifat dan nilai
yang memaparkan dirinya sebagai seorang individu yang berlainan daripada orang lain. Selepas
memulakan persekolahan pada peringkat rendah, konsep kendiri kanak- kanak menjadi semakin abstrak.
Salah satu daripada aspek ini ialah gambaran kendiri yang menjadi lebih signifikan. Misalnya,mereka
melihat diri mereka tidak hanya sebagai seorang yang pintar atau sebaliknya, tetapi dengan
membandingkan kebolehan diri sendiri dengan orang lain. (Ruble & Dwek, 1995; Ruble & Fluet, 1988 ;
Pomerantz et al., 1955). Para penyelidikan telah membuat kajian pada kanak-kanak untuk mendapatkan 20
jawapan daripada soalan tentang Siapa saya ? di kalangan kanak-kanak yang berumur antara 9 hingga 18
tahun (Nottlelmann, 1987 ; Zimmerman et al, 1997. Kajian mereka mendapati bahawa kanak-kanak yang
termuda (9 tahun) menghuraikan diri mereka seperti contoh yang berikut : Nama saya Harun. Mata saya
berwarna coklat.Rambut saya berwarna hitam. Saya berumur 9 tahun. Saya sukan bersukan. Saya ada
sembilan orang adik beradikKenyataan mereka berbeza dengan kenyataan yang diberi oleh kanak-kanak
yang berumur 11 tahun yang menggambarkan dirinya lebih terperinci : Nama saya Suria. Saya adalah
orang biasa. Saya seorang perempuan. Saya boleh dipercayai. Saya tidak begitu cantik Saya lebih tinggi
jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang sama usia. Saya adalah perenang yang baikMereka
bukan hanya menggambarkan dirinya secara luaran sahaja tetapi juga mennghuraikan sikapnya,
kebolehannya, jantinanya, sifatnya dan lain-lain lagi.
2.5 Baka
Faktor baka berkaitan rapat dan mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.Menurut ahli sosiologi, faktor
warisan secara biologi yang merangkumi faktor biologi dan genetic merupakan faktor yang amat berkait
dengan perkembangan konsep kendiri.Kanak-kanak akan mewarisi gen dari ibu bapa.Dengan itu,pewarisan
seperti emosi,keberanian ,jujuran dan sebagainya yang berkaitan akan membentuk peribadi kanakkanak.Secara lansung,ianya mempengaruhi konsep kendiri kanak-kanak.
3.0 Beberapa kaedah dan cara-cara mengatasi masalah konsep kendiri.

3.1 Berikut merupakan beberapa saranan kepada para ibubapa dan mereka yang terlibat dengan kanakkanak contohnya guru tadika dan pengasuh dalam proses pembentukan konsep kendiri kanak-kanak.
3.2 Menjaga percakapan semasa bercakap. Kanak-kanak amat sensitif terhadap apa yang dikatakan oleh
ibubapa mereka. Sentiasa ingat bahawa sangat perlu memberi pujian bukan sahaja atas hasil kerjanya
malah dalam aspek usaha yang dilakukannya. Contohnya, kalau anak tidak berjaya dipilih dalam pasukan
bola sepak, ibubapa perlu memeberitahu anaknya bahawa kami bangga dengan usaha yang kamu lakukan
dalam pasukan bola sepak.
.3 Menjadi contoh kepada kanak-kanak. Jika anda secara melampau keras pada kanak-kanak,
pesimistik, atau tidak realistik tentang keupayaan ibubapa atau oang dewasa dan had-had, anak mungkin
akhirnya mencerminkan ibubapa khususnya. Memupuk harga diri anda sendiri, dan anak anda akan
mempunyai satu model yang baik.
3.4 Mengenal pasti dan mengalihkan kepercayaan kanak-kanak yang tidak tepat. Penting untuk
ibubapa mengenal pasti kepercayaan kanak-kanak tentang diri mereka, sama ada tentang kesempurnaan
mereka, daya tarikan, keupayaan, atau hal yang lain. Membantu kanak-kanak menyediakan piawaian yang
lebih tepat supaya mereka menjadi lebih realistik dalam menilai diri mereka selain membantu mereka
membina satu konsep diri yang sihat. Persepsi yang tidak tepat tentang diri boleh berakar dan menjadi
kenyataan bagi kanak-kanak. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang begitu baik di sekolah tetapi

bermasalah dengan subjek matematik mungkin berkata, "Saya tidak boleh melakukan subjek matematik.
Saya seorang pelajar bodoh." Hal ini bukan sahaja merupakan satu pengitlakan palsu, malah juga
merupakan satu kepercayaan yang akan menyediakan kanak-kanak itu kearah untuk kegagalan. Kanakkanak perlu diberikan galakkan dalam situasi seperti ini. Satu pujukan mungkin berguna kepada
mereka: "Anda seorang pelajar yang baik. Anda melakukan banyak perkara dengan baik di sekolah.
Matematik hanya satu perkara yang anda kena belajar lebih masa. Kita akan sama-sama melakukannya.
3.5 Membantu kanak-kanak membuat pengelibatanyang positif. Aktiviti-aktiviti yang menggalakkan
kerjasama dalam pertandingan terutamanya adalah berguna dalam memelihara harga diri. Sebagai contoh,
program-program membimbing.Program ini akan melibatkan kanak-kanakyanglebih tua membantu salah
seorang kanak-kanak yang lebih muda untuk belajar membaca. Kerjasama secara langsung akan dapat
dipupuk antara kedua-dua orang kanak-kanak tersebut.
3.6 Mewujudkan sebuah suasana rumah yang penyayang dan pengasih. Kanak-kanak yang merasa
tidak selamat ataurasa dianiayai semasa berada di rumah akan menderita lebih teruk berbanding dengan
mereka yang rendah diri. Seorang kanak-kanak yang telah berusaha untuk menarik perhatian ibu bapa dan
berusaha berulang kali untuk membolehkan dirinya disayangi mungkin menjadi sedih dan akhirnya
berputus asa. Selain itu, mereka juga akan tertunggu-tunggu bentuk atau tanda-tanda penderaan terhadap
orang lain, masalah-masalah di sekolah, bermasalah dengan rakan sebaya, dan faktor-faktor lain yang
mungkin menjejaskan harga diri kanak-kanak. Sebagai orang dewasa, adalah penting untuk sentiasa
beringat keperluan untuk menghormati kanak-kanak.
3.7 Memberi reaksi yang positif dan maklum balas yang tepat. Ungkapan-ungkapan seperti "Kamu
hanya memikirkan diri kamu sendiri apabila kamu marah kepada kepadaoang lain!" akan membuatkan
kanak-kanak rasa tidak terkawal semasa mereka sedang marah. Satu ayat atau teguran yang lebih baik
ialah "Walaupun kamu memang benar-benar marah terhadap abang kamu, . tetapi saya sangat suka jika
kamu tidak menengking atau memukulnya." Hal seperti ini akan meredakan perasaan seorang kanak-kanak,
dengan memberi pilihan tindakan kepada mereka akan menggalakkan kanak-kanak tersebut untuk
membuat pilihan tepat ataupun yang paling hampir dan sesuai.
3.8 Menjadi spontan dan penyayang. Kasih sayang ibubapa dan orang dewasa akan banyak berfungsi
untuk membentuk dan membantu meningkatkan harga diri seorang kanak-kanak. Berilah pelukan dan
beritahu kanak-kanak bahawa anda bangga mereka. Contohnya, menyertakan satu nota dalam kotak
makanan tengahari anak-anak contohnya, "Saya rasa anda hebat!" Memberi pujian sesering yang mungkin
dengan jujur, dan tidak membesar-besarkan. Hal ini keranakanak-kanak juga boleh mengetahui samada
sesuatu itu ikhlas ataupun tidak.
4.0 Kesan-kesan positif dan negatif konsep kendiri.
4.1 Setiap kanak-kanak mempunyai konsep kendiri mereka yang tersendiri. Konsep kendiri ini tidak dapat
diukur dengan seva=barang bentuk piawaian tetapi boleh dilihat dengan jelas dalam diri seseorang kanakkanak. Hal ini adalah keadaan yang disebut sebagai kesan konsep kendiri sama ada konsep positif ataupun
konsep negatif. Kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan mempunyai penghargaan
kendiri yang tinggi. Kanak-kanak golongan ini akan berminat dan bermotivasi untuk belajar serta
mempunyai matlamat kerjaya pada masa hadapan. Pelajar juga melihat diri mereka sebagai orang yang
berkebolehan dan mahukan kepuasan dalam membuat keputusan kerjaya.
4.2 Kelebihan konsep kendiri tinggi atau positif ini termasuklah dapat menilai diri mereka dengan positif
dan percaya bahawa mereka lebih cekap atau berkebolehan; bertindak dengan positif; memikul
tanggungjawab; menahan perasaan kekecewaan dengan baik; rasa dapat mempengaruhi persekitaran;
berasa bangga dengan perlakuan sendiri; pencapaian gred yang tinggi; lebih bersedia menerima risiko;
menerima diri dengan lebih positif; menghargai diri sendiri serta menyedari kekuatan & kelemahan diri.
4.3 Kesan negatif konsep kendiri ataupun penghargaan kendiri yang rendah dan negatif pula
memperlihatkan beberapa ciri seperti mereka cenderung untuk merasa bersalah, takut kepada kegagalan,
sering merasa bimbang dan cepat berkecil hati, mempunyai kaitan dengan pencapaian akademik yang
rendah,tidak gemar kerja yang mencabar, kurang keyakinan dan kebolehan untuk membuat tugasan yang

lebih mencabar, kurang berminat untuk mendapatkan maklumbalas dan melihat diri sebagai orang yang
kurang menarik dari segi personaliti.
4.4 Kesan konsep kendiri yang rendah dalam seseorang kanak dapat dilihat dengan jelas. Kanak-kanak
seperti ini akan mudah cenderung berkelakuan seperti mudah rasa kecewa, sering menyalahkan orang lain
kerana kesalahan diri, mengelak situasi yang sukar, terdapat juga kajian yang mengtakan bahawa gangguan
dalam pemakanan mempunyai signifikan dengan konsep kendiri yang rendah dan mudah mengikut orang
lain ataupun mudah terpengaruh dan dipengaruhi.
4.5 Hubungan antara konsep kendiri dan penghargaan kendiri dengan ibu bapa boleh diklasifikasikan
dalam banyak aspek. Contohnya, seorang kanak-kanak yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi
selalunya mendapat sokongan daripada ibu bapa mereka iaitu ibu bapa sentiasa mengambil tahu dan
mengambil berat tentang pelajaran mereka. Kanak-kanak yang mempunyai hubungan yang rapat dengan
ibu bapa juga akan bertumbuh sebagai sebagai seorang anak yang mempunyai penghargaan kendiri tinggi.
ain itu terdapat korelasi yang kukuh antara dimensi-dimensi tingkah laku menyokong ibu bapa (seperti
kemesraan fizikal, sikap menyokong, keakraban, hubungan yang berkekalan) dengan penghargaan kendiri
seseorang kanak-kanak. Penghargaan kendiri mereka juga berkait rapat dengan corak perhubungan dalam
keluarga dan juga korelasi yang positif antara penghargaan kendiri yang tinggi dengan gaya ibu bapa yang
autoritatif. Minat, galakan dan sokongan ibu bapa terhadap anak merupakan penentu penting bagi
penghargaan kendiri mereka. Semakin remaja merasakan perlakuan mereka dikawal oleh ibu bapa,
semakin rendah penghargaan kendiri mereka. Anak perempuan lebih bergantung kepada ibu bapa dalam
mengukuhkan penghargaan kendiri.
Apakah kawalan kendiri?

Kawalan kendiri (self-control)merupakan salah satu kemahiran yang penting serta perlu dikuasai oleh para
pelajar.mengikut definisi "self-control is the ability to make choices about ho eone behaves and acts rather
than relying on impulses". Dalam erti kata yang lain kemahiran ini membolehkan pelajar mengawal serta
membuat pilihan terhadap sebarang tindakan yang dilakukan tanpa hanya mengikut naluri secara membabi
buta. Oleh yang demikian pelajar akan mempunyai pendirian sendiri tanpa terlalu bergantung kepada
keputusan orang lain atau cuba meniru tindakan rakan-rakan.
Antara ciri-ciri yang boleh diwujudkan pada diri jika seseorang itu mampu mengawal dirinya sendiri ialah
menyedari bahawa dalam sepanjang kehidupan,sebarang perubahan yang hendak dilakukan perlulah
bermula dengan perubahan diri sendiri dahulu. Selain itu tidak mudah di pengaruhi oleh rakan sebaya,
mampu berfikir dan membezakan di antara perkara baik atau buruk.Berkemampuan menentukan hala tuju
sendiri berpandukan bimbingan nasihat dan panduan dari pihak tertentu malahan juga mampu menempuh
cabaran serta mencari jalan penyelesaian. Antara lain mereka mampu membentuk dam mengawal kehendak
dalaman (inner desive) secara bijak ciri-ciri diatas adalah perlu terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar
sekarang.
Pemilihan melanjutkan pelajaran, pemilihan kursus serta pemilihan kerjaya harus ditentukan oleh pelajar
sendiri tanpa hanya mengikut kehendak orang lain. Ini untuk mengelakkan daripada mengalami perasaan
bosan serta tidak berminat dalam bidang yang diceburi nanti. Begitu juga dengan masalah gejala samseng
di sekolah yang berpunca dengan ikutan perlakuan pelajar-pelajar tanpa dapat membezakan kesan baik atau
buruk. Perkara ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai pendirian serta mampu mengenal diri secara
rasional.
Apakah kawalan diri?
Kawalan diri bermaksud kebolehan mengawal impuls, menggunakan keseronokan sementara, melewatkan
ganjaran (untuk mengawal) reaksi dan mempunyai toleransi terhadap kekecewaan.

Kenapa kawalan diri itu perlu?


Kawalan diri perlu supaya anda dapat mengawal tingkah laku dan kelakuan bermoral di khalayak ramai.
Dengan mengawal diri, anda boleh melibatkan diri dalam perbualan sosial dan pengucapan awam.
Kawalan diri juga diperlukan apabila seseorang itu berkeseorangan. Contohnya dalam era Internet, mereka
yang mampu mengawal diri akan:

berupaya mengulasi diri sendiri tentang berapa jam yang diperlukan untuk bersosialisasi di alam
maya.
menghalang diri daripada menerokai laman terlarang
berhenti daripada menggunakan blog secara sengaja untuk menyebarkan khabar-khabar angin yang
memburukkkan rakan-rakan mereka.

Bagaimana mengetahui anda boleh mengawal diri?


Anda tahu anda boleh mengawal diri sekiranya:
1. Anda mampu menghalang diri daripada bertindak ganas apabila dicabar. Menghalang diri dalam
konteks ini bermakna kawalan impuls.
2. Anda boleh menenteramkan diri apabila anda marah. Kemarahan yang keterlaluan, tidak terkawal
dan terurus adalah akibat daripada pemikiran yang kusut. Untuk mengawal kemarahan, anda perlu
bertanya pada diri anda sendiri tentang bukti kenapa anda perlu marah, anda perlu melihat cara-cara
lain menangani situasi dan berfikir dengan berhati-hati tentang apakah hasil yang anda dan
organisasi peroleh dengan menunjukkan kemarahan.
Bagaimana membentuk kebolehan untuk mengawal diri?

Ubahsuai kemarahan atau kekecewaan kepada pernyataan diri yang positif seperti saya boleh atasi
masalah itu serta tingkah laku positif seperti bercakap sendirian untuk mententeramkan diri.
Ingatkan diri anda supaya berhenti sejenak dan berfikir sebelum bertindak.

Alihkan impuls negatif kepada positif dan cabar diri anda untuk melakukan sesuatu di sebalik apa
yang anda percaya anda tidak dapat lakukan.

Secara kognitif, kawalan diri dapat diregulasi melalui keadaan berfikir berkonstruk rendah iaitu
memikirkan tentang kaedah daripada berfikir tentang hasil

Amalkan teknik/latihan relaksasi seperti kawalan pernafasan dan latihan relaksasi otot secara
progresif. Ini dapat membantu mengawal diri.

Apakah akibat jika anda tidak boleh mengawal diri?


Jika anda tidak boleh mengawal diri, anda akan mempunyai:

keyakinan diri yang rendah.

harga diri yang rendah.

perasaan anxieti (keresahan)

kekecewaan (pada diri sendiri)

Orang yang tidak boleh mengawal diri berisiko untuk dibuli, menjadi seorang yang tidak aktif dan gagal
mengurus kehidupannnya sendiri.
Bagaimana memperbaiki kawalan diri?

Kawalan diri boleh diperbaiki dengan melakukan pengucapan awam, mengambil bahagian dalam
perdebatan dan aktiviti sosial seperti melibatkan diri dalam sukan dan aktiviti ko-kurikulum di sekolah dan
organisasi yang memberikan pengalaman mendidik sebaik-baiknya.
Disiplin untuk murid yang babal- dari hasil pemerhatian ku
1 - DEFINISI
1.1 - DEFINISI DISIPLIN:
Kamus Dewan (2005) mentakrifkan disiplin sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya dapat
mengawal diri sendiri dan patuh tatatertib, peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya
berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan, dan hukuman atau denda kerana melanggar
sesuatu peraturan yang ditetapkan
Lindgren (1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi
tatatertib. Disiplin juga membawa maksud latihan yang bertujuan untuk membetul dan mengukuh pelakuan
seseorang.
Secara umum, disiplin melibatkan cara seseorang itu berfikir dengan teratur supaya dapat melahirkan sifat
yang rasional, mewujudkan keyakinan diri, dan ketabahan hati seseorang itu untuk mengikut peraturanperaturan yang diterima umum. Disiplin melibatkan nilai yang berhubung kait dengan tatatertib, tatatsusila,
keadaban, akhlak dan kesopanan. Tujuan disiplin adalah untuk mewujudkan tingkah laku yang baik demi
kesempurnaan dan kehormanian hidup bermasyarakat.
1.2 - DEFINISI BILIK DARJAH:
Secara amnya, bilik darjah ialah bilik-bilik disekolah dimana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti
pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Bilik darjah itu bukan semata-mata
merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar-pelajar dan guru
yang belajar dan mengajar dan berinteraksi.
1.3 - DEFINISI LAPANGAN:
Menurut kamus dewan lapangan bermaksud kawasan atau tempat yang luas. Tempat yang luas itu adalah
bermaksud diluar kawasan bilik darjah. (kamus dewan edisi ketiga, 2002). Ia juga bermaksud apa sahaja
bentuk kokurikulum yang berkaitan dengan penglibatan sekolah. Bukan sahaja itu, aktiviti yang dijalankan
di luar kelas
2 - KONSEP DISIPLIN BILIK DARJAH
Konsep disiplin mempunyai berbagai-bagai tafsiran:
Mengikut P. F. Oliva (1956), disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada
autoriti, keadaan bilik darjah yang teratur, kursus pengajian yang sistematik, cara yang menetapkan
peraturan atau hukuman.
Manakala, G. V. Sheriakov F. Redl (1956) mentafsirkan disiplin sebagai perihal ketenteraman dan
peraturan di dalam sesuatu kumpulan, termasuk cara-cara mendapatkan ketenteraman dan peraturan itu,
serta hukuman. (Mak Soon Sang:1997:110)
Tindakan dan strategi yang digunakan untuk kekalkan peraturan di bilik darjah. Guru perlu wujudkan
persekitaran yang kondusif dalam bilik darjah. Menghadapi dan menguruskan tingkah laku murid melalui
menarik perhatian murid. (Ang jit eng;2007;5)
Secara am, disiplin ialah peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu kelompok masyarakat bagi

mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat itu. Disiplin juga merujuk
kepada cara berfikir tersusun yang seterusnya membawa kepada sifat rasional dan keyakinan diri
seseorang. (Ee Ah Meng:2001:48)
Pada peringkat sekolah, disiplin adalah peraturan-peraturan yang dikenakan keatas pelajar-pelajar dengan
tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman dan ganjaran. Oleh itu, disiplin bilik darjah
merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan keatas pelajar-pelajarnya supaya mereka berkelakuan baik
dan mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. (Abdullah Sani
Yahaya;45)
Matlamat disiplin pula ialah membentuk disiplin kendiri dengan bermaksud membentuk pelajar yang dapat
mengawal dan mengarahkan diri sendiri tanpa paksaan dari luar. (Abdullah Sani Yahaya;46)
Di sekolah, disiplin adalah peraturan yang dikenakan keatas pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku
mereka melalui hukuman. Manakala disiplin bilik darjah adalah peraturan-peraturan yang dikenakan keatas
pelajar-pelajar supaya mereka berkelakuan baik dan mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan. (Abdullah Sani Yahya;2006;98)
Dari segi tradisi, disiplin selalunya dikaitkan dengan pembentukan individu-individu mengikut nilai-nilai
masyarakat, iaitu mesti tunduk dan patuh kepada nilai-nilai peraturan masyarakat.
Dari segi pemikiran moden, disiplin adalah pengawalan yang sepatutnya dibina di dalam diri seseorang
bagi mendapatkan cara hidup yang teratur dan bersistematik supaya masa dan tenaga seseorang itu dapat
digunakan dengan sebaik-baiknya.
Disiplin dapat dipelajari melalui aturan-aturan dan cara-cara hidup di dalam masyarakat, tetapi tidak semua
amalan di dalam masyarakat itu merupakan disiplin, kerana banyak amalan hidup dalam masyarakat itu
tidak bersistematik dan banyak yang menghabiskan masa dan tenaga dengan sia-sia.
Peranan pendidikan ialah memberi disiplin di dalam diri murid-murid melalui amalan-amalan di dalam
bilik darjah. Sungguhpun pada permulaannya disiplin ini didatangkan dari luar melalui aliran-aliran atau
undang-undang tetapi matlamat akhir yang hendak dicapai ialah pembentukan disiplin di dalam diri muridmurid itu sendiri supaya ini dapat mengarahkan tingkahlaku mereka dengan cara yang berkesan. (Atan
Long Phd:1980:77-79)
Dalam keadaan dunia yang cepat berubah, peranan ibubapa dan guru dalam suatu bidang kelihatan
merentasi antara satu sama lain. Sesetengah pelajar apabila sampai dikelas jelas kelihatan tidak berdisiplin
ataupun kurang didisiplinkan dirumah. Setengah ibubapa merasakan guru yang bertanggungjawab
mendisiplinkan anak-anak mereka.
Pengajaran menjadi lebih sukar tanpa disiplin. Cara penyelesaiannya hanyalah melalui penetapan rutin
harian dan tingkah laku yang mudah dikenal pasti dan diterima. Banyak yang dapat dihasilkan melalui
contoh teladan yang ditunjukkan. Namun, panduan serta batasan tertentu haruslah dimaklumkan kepada
pelajar. Selalunya, guru lebih Berjaya dengan menonjolkan standard yang diharapkan oleh dunia luar dan
dituntut dalam alam pekerjaan berbanding dengan cubaan menetapkan peraturan-peraturan yang harus
dipatuhi.

3 - PERKAITAN ANTARA PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN DISIPLIN


Di bilik darjah, guru memainkan peranan sebagai pengajar dan sebagai pengurusan. Keberkesanan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berkait rapat dengan kecekapan pengurusan bilik darjah seseorang guru.
Guru yang cekap mengurus, membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara sistematik dan
lancar. Jesteru, guru mewujudkan suasana dan keadaan yang membolehkan murid-murid mengikuti
pelajaran mereka tanpa ganguan.

Pengurusan bilik darjah yang baik biasanya menggunakan rutin. Rutin menjimatkan masa dan tenaga.
Rutin adalah cara yang sistematik bagi menjalankan aktiviti-aktiviti bilik darjah. Tambahan pula, rutin bilik
darjah yang diuruskan secara sistematik dapat mengurangkan masalah disiplin. (Abdullah Sani
Yahya;2006;99)
Pengurusan keadaan fizikal bilik darjah yang baik dapat mengurangkan masalah disiplin murid. Keadaan
fizikal bilik darjah yang baik seperti bilik darjah yang bersih, cahaya yang mencukupi dan sebagainya
membolehkan meningkat semangat murid menumpukan perhatian keatas pelajaran.
Peraturan bilik darjah perlu jelas serta mudah dipatuhi. Guru perlu bersifat tegas tetapi adil dalam
melaksanakan peraturan-peraturan. Amalan ini memelihara penghormatan murid-murid pada gurunya.
Jesteru, perasaan kurang puas hati dikalangan murid-murid dapat dielakkan dan menjauhi masalah disiplin.
Guru perlu berusaha mewujudkan perhubungan yang mesra dengan murid-murid. Perhubungan yang mesra
menggalakkan komunikasi antara murid dengan murid. Melalui cara ini, segala masalah murid dapat
diluahkan dan guru boleh cuba mendengar masalah-masalah itu secara berasa simpati dengan murid.
Amalan ini dapat menggurangkan disiplin di dalam bilik darjah. (Abdullah Sani Yahya;2006;100)
4 - KEPENTINGAN DISIPLIN
4.1 - DIDALAM BILIK DARJAH
Disiplin penting dalam bilik darjah supaya segala matlamat dan objektif sekolah dapat dicapai dengan lebih
berkesan. Sekiranya sempurna pasti menghasilkan faedah kepada guru. Disiplin yang baik didalam bilik
darjah membolehkan pengajaran dilaksanakan secara teratur dan dilangsungkan dalam suasana tenang.
Apabila peraturan bilik darjah dipatuhi oleh murid, keberkesanan pengajaran-pembelajaran dapat
ditingkatkan. Keadaan sedemikian berlaku kerana murid mematuhi peraturan yang ditetapkan. Peraturanperaturan ini turut membentuk keperabadian murid yang baik. (Abdullah Sani Yahya;2006;100)
Keselamatan murid turut dijamin. Murid-murid yang berdisiplin dapat mengurangkan kemalangan didalam
bilik darjah. Melalui disiplin, nilai-nilai murni dapat dipupuk dikalangan murid, seperti tolong menolong,
hormat menghormati, kerjasama dan sebagainya. Jesteru, ia melahirkan warganegara yang berdisiplin dan
berguna.. (Abdullah Sani Yahya;2006;101)
Disiplin bilik darjah yang baik membawa beberapa faedah kepada guru dan murid. Faedah-faedah tersebut
adalah seperti berikut:
1. Pengajaran-pembelajaran dapat dijalankan secara lancar, sistematik serta dalam suasana yang kondusif
dan berkesan.
2. Keberkesanan aktiviti pengajaran-pembelajaran dapat dilangsungkan dalam suasana yang tenang dan
teratur.
3. Keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat ditingkatkan lagi.
4. Murid-murid menjadi lebih produktif jika mereka berdisiplin.
5. Keselamatan murid-murid terjamin kerana setiap murid dapat mematuhi peraturan sekolah.
6. Kemalangan yang berlaku di makmal atau bilik darjah dapat dikurangkan dan dielakkan.
7. Segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat. Ini bermakna masa dan tenaga
murid dapat dijimatkan.
8. Murid-murid dapat dilatih dan membesar menjadi warganegara yang berdisiplin dan berguna.
9. Nilai-nilai moral dapat dipujuk dengan berkesan dalam bilik darjah yang berdisiplin.
10. Suasana bilik darjah adalah lebih tenang dan mesra. Dalam keadaan seperti ini, murid-murid bersedia
menyertai pengajaran-pembelajaran. Pembelajaran bertambah lebih bermakna dan menyeronokkan.

Memandangkan kepentingan pengurusan disiplin dalam bilik darjah, kepimpinan guru perlu bijak dalam
menangani masalah tingkah laku atau disiplin dalam bilik darjah. (Ee Ah Meng:2001:48-49)
4.2 DILAPANGAN
Murid dapat mendisiplinkan diri mereka apabila berada diluar bilik kelas. Seperti di perpustakaan, kantin
dan lain-lain. Disiplin ini bermacam-macam jenis. Jika dikelas disiplinnya lebih memfokuskan kepada
peraturan semasa didalam bilik darjah sahaja. Jika dirumah, disiplinnya berlainan. Ibubapa yang
menegakkan disiplin ketika dirumah.
Akan tetapi guru dan ibubapa harus mendidik mereka supaya mendisiplinkan diri dan menjaga tingkah laku
apabila berada dilapangan. Seperti menghormati orang yang tua, pergaulan dengan kawan-kawan semasa
diluar dan lain-lain.
Ada juga guru yang tidak mempedulikan disiplin murid ketika dilapangan. Mereka membiarkan sahaja
murid tersebut membuat kesalahan. Ini akan member kesan terhadap murid tersebut seperti timbulnya
perkelahian, mencuri dan sebagainya.
Ibubapa juga termasuk berperanan menjaga disiplin semasa anak mereka berada diluar. Kadang kala ada
setengah ibubapa yang menjadi punca murid tersebut masuk dalam masalah disiplin ketika dilapangan.
Seperti ibubapa lewat menghantar anak mereka dating kesekolah. Ini akan menyebabkan mereka
ketinggalan pelajaran dan tidak mengikuti perbarisan.

5- SEBAB BERLAKUNYA MASALAH DISIPLIN DALAM BILIK DARJAH


GURU
Pendekatan dan kaedah pengajaran yang tidak menarik / tidak sesuai. Guru gagal memilih dan
menggunakan pendekatan dan kaedah pengajaran yang menarik dan mengekalkan minat murid kepada
perkara yang disampaikan oleh murid. Murid menjadi bosan, tidak menumpukan perhatian dan
menimbulkan masalah disiplin.
Perwatakan dan sahsiah guru.
Guru yang tidak tegas semasa menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menyebabkan pelajar
ingkar arahan guru dan menimbulkan masalah disiplin dalam kelas.
Guru yang terlalu bersifat autokratik menyebabkan hubungan yang tidak mesra diantara guru dan pelajar.
Murid boleh bertindak negatif kerana sentiasa bimbang dan takut.
Guru yang mempunyai sifat pilih kasih dengan memberi layanan yang tidak sama dikalangan murid. Ada
murid yang mendapat perhatian daripada guru dan ada yang tidak. Murid yang merasakan diri mereka tidak
dilayan oleh guru akan menyisihkan diri atau cuba melakukan sesuatu untuk menarik perhatian guru.
Mereka tidak memberi perhatian dengan berbual-bual dan membuat bising. (Shahabuddin Hashim,
Shahabuddin bin Hashim, Rohizani binti Yaakub & Mohd Zohir bin Ahmad, Rohizani Yaakub, Mohd.
Zohir Ahmad;2007; 147)
Guru tidak melaksanakan pengurusan rutin seperti memastikan bilik darjah itu terang dan tidak terlalu
panas, pengudaraan yang baik serta menyediakan bahan pengajaran yang baik.

Persediaan guru juga penting bagi menjamin ketenteraman serta disiplin murid-murid. Sekiranya guru
berinisiatif serta kreatif, bahan serta alat bantu mengajar akan menarik minat kanak-kanak dan dengan itu
masalah disiplin tidak mungkin muncul. Guru yang kurang tegas serta tidak tetap pendiriannya sukar
mendapat penghormatan murid-murid. Guru seperti ini juga susah untuk mengawal anak muridnya. ( Ee Ah
Meng : 1988 : 105-108 ).
MURID
Di antara faktor yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah ialah
kurangnya rasa minat untuk belajar di bilik darjah. Dalam hal ini guru memainkan peranan yang penting ke
arah mewujudkan satu suasana yang menyeronokkan yang dapat memberi satu impak kepada pelajarpelajarnya dalam proses pembelajaran.
Sesungguhnya pembelajaran yang berkesan itu seharusnya mempunyai ciri-ciri di mana pelajar-pelajarnya
berada dalam keadaan yang ceria serta berminat terhadap apa yang dipelajarinya serta bergerak aktif
berinteraksi dengan menggabungkan aspek mental, rohani dan jasmani dalam apa jua aktiviti yang
diadakan.Penyebab utama masalah disiplin dalam bilik darjah ;
Kebosanan
Kegagalan guru dalam menyampaikan aktiviti bilik darjah yang menarik. Membuatkan murid tidak
berminat untuk belajar.
Keupayaan laksanakan tugasan yang diberi guru
Disebabkan kerana terlalu sukar, dinyatakan dalam bahasa yang tidak sesuai dan arahan yang tidak
jelas.ini juga sebagai factor timbulnya masalah disiplin kerana kerja yang diberikan guru mereka terlalu
banyak dan tidak difahami.
Kekeliruan terhadap kemahuan guru
Guru gagal memaklumkan dengan jelas mengenai perlakuan yang diinginkan.
Interaksi sosial atau rakan
Perbualan yang berlebihan sehingga dibawa ke bilik darjah.
Tahap akademik yang rendah
Kurang keyakinan terhadap diri sendiri. Ini disebabkan tekanan dari keluarga dan pengaruh dari rakanrakan.

Kesihatan murid
- Hanya murid yang sihat saja yang dapat memberikan tumpuan kepada pengajaran guru. Murid-murid
yang tidak cukup rehat rehat atau tidak mendapat tidur yang mencukupi sering akan berasa gelisah serta
rimas. Keadaan seperti ini tidak menjamin keberkesanan pengajaran-pembelajaran. Ada di antara murid
yang mungkin mengalami gangguan emosi disebabkan keadaan keluarga yang kurang harmonis. Murid
seperti ini perlu dirujuk kepada kaunselor sekolah sekiranya guru mendapati sukar untuk menolong
Pengaruh negatif dari keluarga, rakan sebaya dan alam sekitar.
- Murid-murid mudah dipengaruhi oleh tingkah laku daripada ahli keluarga atau alam sekitar. Pengaruh
negatif seperti berjudi, bergaduh, bercakap kasar, membaca buku lucah dan sebagainya adalah mudah
dicontohi oleh murid-murid mereka. Aktiviti-aktiviti yang kurang sihat ini akan dibawa oleh mereka ke
sekolah, dan menimbulkan masalah disiplin semasa mereka belajar.

Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah pula mudah menimbulkan masalah disiplin.
- Dalam keadaan bilangan murid yang ramai ini, kawalan kelas adalah rumit dan sukar bagi guru memberi
perhatian kepada setiap murid semasa melaksanakan aktiviti pengajaran-pembelajaran. Murid-murid yang
tidak dapat layanan yang wajar daripada guru ataupun tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajarkan akan
merasa bosan dan kecewa, kemudiannya menimbulkan masalah disiplin dalam bilik darjah, seperti
membuat bising, berbual-bual dengan rakan sedarjah, berkeliaran, ponteng kelas, membuli rakan sedarjah,
tidur dalam kelas dan sebagainya. Kerja kelas diberikan pun tidak dapat disempurnakan kerana tidak
sanggup mengikuti pelajaran secara sepenuhnya.( Mok Soon Long : 2003 : 77-79 )
Keadaan fizikal bilik darjah kurang selesa
- Misalnya, kerusi meja terlalu sesak, tidak teratur, cuaca terlalu panas, cahaya kurang cukup, udara dan
tempat kurang bersih dan sebagainya. Keadaan fizikal yang kurang selesa ini akan menjadikan muridmurid gelisah. Perasaan murid yang kurang selesa merupakan punca masalah disiplin yang berlaku.
Aspirasi sekolah yang terlalu tinggi
- Pihak sekolah yang amat menekankan pencapaian dan prestasi akademik akan menggalakkan muridmurid yang kurang cerdas menimbulkan masalah disiplin sekolah. Ini adalah kerana murid-murid yang
tidak berupaya mencapai aspirasi sekolah sebagaimana yang diharapkan biasanya lebih cenderung untuk
menimbulkan masalah disiplin.
6- JENIS DISIPLIN
A) Disiplin arahan guru.
Murid-murid yang baru sahaja memasuki sekolah memerlukan kawalan dan pengarahan yang lebih
daripada guru kerana mereka masih belum tahu bekerja dan bermain dalam kumpulan. Mereka tidak
berupaya mewujudkan jenis struktur kumpulan yang perlu untuk aktiviti yang tersusun. Dengan bekerja
dan bermain dalam situasi yang berstuktur, murid-murid dapat mempelajari setengah-setengah teknik dan
sikap yang perlu untuk mengekalkan struktur tersebut. Mereka juga dapat menikmati keselamatan dan
kestabilan yang timbul kerana struktur yang diwujudkan oleh guru. Cara guru mewujudkan struktur serta
mewajibkan murid-murid mematuhi peraturan merupakan jenis disiplin guru.
B) Disiplin arahan kerja.
Jenis disiplin ini merujuk kepada disiplin yang diwujudkan oleh tugasan yang perlu diselesaikan oleh
seseorang itu. Setiap tugasan mempunyai disiplin yang tersendiri, sama ada mengumpul dan mengasingkan
setem, kira-mengira, bekerja dalam sesuatu projek dan sebagainya. Semakin matang seseorang itu semakin
mudah baginya untuk mematuhi harapan sesuatu tugasan.
Individu yang kurang matang sukar memenuhi harapan satu-satu tugasan dan akan menjadi kecewa serta
putus asa. Di dalam sebuah bilik darjah, taraf kematangan antara murid-murid berbeza-beza. Ada yang
lebih matang dan ada pula yang kurang matang. Murid-murid yang lebih matang akan membantu dalam
pembentukan tingkah laku yang matang dikalangan murid-murid yang lain dengan cara menunjukkan
teladan baik seperti menyiapkan satu tugasan dengan baik dan menepati masa.
Disiplin arahan kerja adalah berlandaskan pada motivasi positif. Murid sepatutnya menganggap kerja itu
sebagai penting bagi dirinya. Sebagai kesimpulan, boleh dikatakan bahawa tugasan yang menarik,
bermakna dan mencukupi akan dengan sendirinya mewujudkan disiplin di kalangan murid-murid di dalam
kelas.
C) Disiplin arahan kumpulan/rakan sebaya.

Disiplin ini adalah hasil daripada kawalan rakan-rakan sebaya. Kawalan ini berdasarkan norma satu-satu
kumpulan dan sekiranya didapati seorang ahli tidak mematuhi norma atau nilai kumpulan itu, dia akan
disingkirkan daripada kumpulan.
oleh itu, seseorang individu terpaksalah mengamalkan nilai-nilai yang diterima oleh kumpulannya supaya
dia diterima dan dihormati oleh ahli-ahli kumpulan itu.
D) Disiplin arahan diri.
Seorang anak damit yang baru lahir memulakan hidupnya dengan bergantung kepada ibi bapanya seratus
peratus. Semasa dia bertambah matang, dia digalakkan dan dibantu memperoleh kebebasan yang lebih.
Matlamat perkembangan yang paling penting bagi seseorang kanak-kanak ialah untuk menjadi seorang
individu yang bebas. Satu kelayakan penting untuk mendapatkan kebebasan yang penuh ialah individu itu
seharusnya berupaya kompromi dengan harapan masyarakat. Ini termasuklah sifat-sifat bertimbang rasa,
bertoleransi, bertolak ansur dan juga mematuhi peraturan serta undang-undang yang disediakan oleh pihak
berkuasa. Kebolehan membuat kompromi disebut disiplin arahan diri. ( Ee Ah Meng : 1997 : 221-224 )
7- MASALAH-MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
Masalah-masalah disiplin bilik darjah berkait rapat dengan masalah disiplin diperingkat sekolah. Jenis
salah laku disiplin yang boleh berlaku didalam bilik darjah seperti:
7.1- Semasa pengajaran dan pembelajaran
Melawan / berkasar dengan guru, tidak menghormati guru.
(membuat bising, meninggikan suara kepada guru, engan mengikuti arahan guru)
Membaca bahan-bahan lain.
(membaca buku komik semasa guru mengajar dihadapan, bermain telepon bimbit)
Mengeluarkan kata-kata kesat / lucah.
(menggunakan kata lucah dengan perempuan, guru, dan dengan kawan-kawannya.)
Makan / minum.
(makan semasa guru mengajar dihadapan dan ini menunjukkan murid itu tidak sopan dengan guru
tersebut.)
Membuat bising / bergerak bebas didalam bilik darjah.
(berkeliaran dan berjalan-jalan dari tempatnya ke suatu tempat dan membuat kecoh sedangkan gurunya
ada didalam bilik darjah. Ini sering berlaku ketika guru tidak mengajar dan guru menyuruh membuat kerja
masing-masing)
Menggangu pengajaran dan pembelajaran.
(selalu keluar ke tandas, berjumpa dengan guru lain dan lain-lain hal yang menyebabkan murid itu
ketinggalan dalam pelajaran tersebut.)
Tidak membuat kerja seperti yang diarahkan.
(selalunya murid malas untuk membuat kerja sekolah apabila disuruh untuk menyiapkannya.kadangkadang mereka sengaja untuk melambat-lambatkan dan supaya dapat menyambung kerja mereka dirumah,
kerana kalau dirumah, mereka akan dapat bantuan dari keluarganya untuk menjawab soalan tersebut.)
Ponteng kelas / lewat masuk kelas.
(tidak menghadiri kuliah kerana kemungkinan malas atau takut akan guru yang mengajarnya)
7.2- Di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (semasa ketiadaan guru)
Melawan / berkasar dengan ketua tingkatan / pengawas.
(melawan apa yang disuruh oleh ketua kelas dan sebagainya)
Membuli rakan.
(memeras ugut, menganiyaya, dan lain-lain)
Berkeliaran.
(berjalan-jalan ke kelas lain dan mengacau kelas lain seperti melintas-lintas, berlari dan lain-lain.)
Makan.
(keluar makan seperti kekedai-kedai, ini selalu terjadi kepada murid sekolah menengah.)

Berbual-bual / membuat bising.


(berbual-bual sehingga membuat bising sehinggakan bilik darjah yang lain terganggu dengan kebisingan
tersebut)
Merosakkan harta benda
(kerusi, meja, papan kenyataan, menconteng serta merosakkan harta benda sekolah).
Menipu
(melibatkan wang) rakan, sekolah pengetua dan sebagainya. Iaitu tidak amanah.
Mengeluarkan kata-kata kesat / lucah.
menggunakan kata lucah dengan perempuan, guru, dan dengan kawan-kawannya serta ada yang berani
bercumbuan dan mengintai murid perempuan dan sebagainya).)
Mencuri.
(mencuri barang-barang kawannya,mencuri barang-barang makmal untuk dijadikan barang untuk
berdadah.
(Shahabuddin Hashim, Shahabuddin bin Hashim, Rohizani binti Yaakub & Mohd Zohir bin Ahmad,
Rohizani Yaakub, Mohd. Zohir Ahmad;2007;146)
7- CARA MENANGANI MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
1. Ganjaran bagi perlakuan yang baik.
Pelajar perlu diingatkan bahawa perlakuan yang positif dibilik darjah diberi ganjaran. Guru akan memberi
perhatian yang lebih kepada pelajar yang berkelakuan baik. Pujian yang sederhana dan berpatutan
merupakan satu ganjaran yang mudah dan berkesan.
Contoh ganjaran nombor, bintang, dan lain-lain. Mempamerkan kerja pelajar, pengiktirafan secara lisan,
sijil atau pelekat. Aktiviti yang menarik seperti lawatan.
2. Penggunaan bahasa isyarat
Guru tidak perlu memberhentikan ganjaran sekiranya terdapat pelajar yang tidak memberi tumpuan. Guru
boleh menggunakan bahasa isyarat, seperti merenung atau mengeleng-geleng kepala ke arah pelajar
tersebut atau menggunakan isyarat tangan agar pelajar memberi perhatian kepada guru.
3. Menyebut nama pelajar
Agar pengajaran guru tidak terhenti atau terganggu, guru boleh menyebut nama pelajar dalam konteks
penyampaian pelajarannya. Pelajar yang disebut namanya itu akan sedar bahawa perlakuannya telah
diperhati oleh guru.
4. Menghampiri pelajar
Semasa mengajar, guru sebaik-baiknya bergerak secara perlahan dan teratur dihadapan kelas. Sekiranya
terdapat pelajar yang tidak memberi tumpuan kepada guru, guru perlu menghampiri pelajar tersebut tanpa
memberhentikan penyampaian. Dengan cara ini pelajar terbabit akan sedar bahawa perlakuannya tidak
diingini oleh guru.
5. Mengingatkan peraturan kelas
Ada kalanya guru perlu memberhentikan pelajaran sekiranya terdapat perlakuan pelajar yang tidak diingini.
Guru perlu mengingatkan pelajar tersebut atau kepada keseluruhan kelas akan peraturan kelas yang telah
mereka persetujui bersama. Peringatan ini perlu dibuat agar tidak diulangi oleh pelajar lain.

6. Mempelbagaikan kaedah pengajaran.


Salah satu sebab pelajar berasa resah ketika guru mengajar adalah kerana mereka bosan dengan cara guru
menyampaikan pelajaran. Pelajar kerap merasa jemu sekiranya guru hanya menggunakan kaedah yang
sama ketika mengajar. Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran agar pelajar
tertarik untuk mengikuti pengajaran guru.
7. Jangan mengancam pelajar dengan hukuman
Guru perlu mengelak daripada mengancam pelajar dengan hukuman yang ada kalanya tidak boleh
dilaksanakan. Amaran dan ancaman kerap menjadikan pelajar lebih bersikap menentang atau bermusuhan.
Apatah lagi sekiranya ancaman atau hukuman itu tidak dilaksanakan. Pelajar tidak akan menghiraukan
ancaman guru itu.
Contoh-contoh hukuman:
Kurangkan markah jika tidak hantar atau menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
Pelajar yang telah merosakkan peralatan tidak diberi keistimewaan menggunakan alat tersebut.
Bentuk kerja yang berulang seperti menulis berkali-kali dan sebagainya.
Pelajar yang melakukan tingkahlaku yang buruk dan serius seperti terlibat dalam pergaduhan. Pihak
sekolah harus menggantung sekolah supaya memberi pengajaran terhadap kelakuannya itu.
8. Gunakan khidmat kaunseling
Ada akalanya masalah disiplin pelajar tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Guru perlu merujuk masalah
tersebut kepada guru kaunseling. Dengan latihan dan kepakaran yang ada, guru kaunseling mungkin dapat
mengatasi masalah tersebut.
9. Teguran membina
Memberi teguran sekiranya murid melakukan kesalahan, guru harus memberi dorongan kepada murid
supaya berlaku lebih baik dan tidak bersifat terlalu menghukum terhadap pelajar.
10. Pantau bilik darjah
Pantau bilik darjah dan membuat rondaan dalam bilik darjah. Adakan pertemuan dengan murid dan ajukan
soalan-soalan berkaitan pelajaran. Gunakan kaedah pendekatan dan berikan bantuan akademik. Guru harus
memerhatikan salah laku dan memerhatikan perlakuan biadap pergerakan murid didalam bilik darjah dan
diluar bilik darjah.
11. Pengurusan disiplin
Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu
dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri.
Dengan adanya pengurusan disiplin diharapkan pelajar ;
- Bekerja dengan tertib.
- Menghormati hak individu.
- Mempunyai tingkahlaku yang baik.
- Menjaga kepentingan orang lain.
- Hormat-menghormati.
- Tolong-menolong.

- Membaiki keadaan.
- Berkhidmat kepada masyarakat.
12. Peraturan
Tidak terlalu banyak ikuti arahan guru awasi tangan, kaki dan barang berbahaya, bersikap tertib dan ramah.
Setiap peraturan ditunjukkan contoh dan dinyatakan tingkahlaku tidak sesuai dan bawa berbincang dengan
pelajar. Sebab dibuat pelajaran tersebut supaya murid dapat mengamalkan Strategi Pendisiplinan Yang
Sesuai

9- PROSES PEMBENTUKAN DISIPLIN


9.1- PROSES PEMBENTUKAN DISIPLIN DI DALAM BILIK DARJAH
Sebagai seorang guru, semestinya mengharapkan pelajarnya berdisiplin dengan menghormati peraturan
sekolah, menunjukkan minat yang tinggi dalam pelajaran, mempunyai kesungguhan untuk maju dan
sebagainya. Namun, masih ramai pelajar yang mempunyai masalah disiplin terutamanya didalam bilik
darjah. Terdapat 2 jenis klasifikasi kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam bilik darjah iaitu kesalahan
berat dan kesalahan ringan.
Kesalahan berat adalah kegiatan jenayah seperti membawa senjata berbahaya ke dalam bilik darjah,
membawa bahan lucah serta mengeluarkan perkataan lucah. Manakala kesalahan yang dianggap tidak berat
pula adalah bersikap biadap dan menggangu pembelajaran dan pengajaran.
Perbuatan ponteng sekolah dan tidak mementingkan masa juga dianggap sebagai suatu kesalahan. Maka
kaedah-kaedah penyelesaian dipilih mengikut kesesuaian jenis kesalahan tersebut.
Terdapat dua pendekatan yang selalu digunakan oleh guru-guru dalam proses pembentukan disiplin pelajar
di dalam bilik darjah khususnya. (Abdullah Sani Yahya;2006;108)
Pertama : melalui kepimpinan yang tegas. Sebagai seorang guru, kita perlu bijak dalam menangani sesuatu
masalah yang tercetus di dalam bilik darjah. Penilaian yang terdiri berkaitan kesalahan yang dilakukan oleh
pelajar adalah penting, kerana nasihat atau teguran yang diberikan oleh guru tepat pada pelajaran yang
bersalah. Ketegasan dalam menangani sesuatu masalah menyebabkan pelajar mempunyai perasaan takut
pada guru mereka dan tidak berani melakukan kesalahan disiplin di dalam bilik darjah.
Kedua : melalui bimbingan dan kaunseling. Bagi memberikan kaunseling kepada seseorang pelajar,
seseorang guru itu hendaklah mempunyai kemahiran yang tertentu untuk berdepan dengan pelbagai
masalah pelajarnya. Kemahiran memmberi nasihat dan saranan, member keyakinan dan harapan dan
kemahiran menyelesaikan masalah. (Abdullah Sani Yahya;2006;109)
9.2- PROSES PEMBENTUKAN DISIPLIN DI LAPANGAN
Aktiviti kokurikulum
Aktiviti kokurikulum digunakan sebagai strategi mengawal disiplin pelajar di sekolah. Walau
bagaimanapun, aktiviti kokurikulum tidak dapat dijalankan dengan sempurna apabila setengah-setengah
pelajar enggan melibatkan diri dalam kegiatan ini. Perkara ini juga dianggap sebagai salah satu masalah
displin yang selalu dihadapi oleh pihak sekolah.
Ada juga ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam kegiatan kokurikulum kerana
dianggap tidak memberi manfaat kepada pelajar. Sebenarnya, ibu bapa dan pelajar perlu memahami fungsi
sekolah yang bukan sahaja memberi ilmu pengetahuan malahan sekolah juga berfungsi melahirkan

golongan yang mempunyai anggota badan yang sihat.


10- PERANAN GURU DALAM PEMBENTUKAN CIRI-CIRI DISIPLIN
Disiplin yang berkesan perlu dilaksanakan bersama-sama dengan pengajaran yang berkesan. Peranan guru
dalam melaksanakan disiplin sekolah boleh dirumuskan kepada dua bahagian, iaitu mengawas disiplin di
dalam bilik darjah, disekitar sekolah dan juga didalam kegiatan-kegiatan di luar sekolah. Guru perlu
memberi kerjasama sepenuhnya kepada pengetua sesama guru sendiri dalam tugas melaksanakan disiplin
sekolah.
Peranan kedua adalah menjalankan hukuman disiplin apabila diarahkan oleh pengetua, secara arahan nyata
mengikut peraturan yang ada. Ianya supaya dapat memupuk nilai-nilai murni dan perkembangan jasmani
dilakukan serentak dan menyeluruh, bukan berasingan. (Abdullah Sani Yahya;2006;105)
Pembentukan peribadi yang baik: umumnya tingkah laku kanak-kanak disebabkan oleh ciri yang ada pada
mereka dari segi pengalaman yang mereka lalui dan tekanan sosial pada diri mereka pada suatu ketika. Ini
adalah bukti yang mengatakan sesuatu tingkah laku itu mempunyai sebabnya. Prinsip ini menggambarkan
guru mempunyai peluang mengubah tingkah laku kanak-kanak dengan membantu mereka menyusun
semula persekitaran mereka dan membuat rancangan sosial yang baru. Terdapat beberapa cara menerapkan
peribadi yang baik. Antaranya ialah:
1- Gunakan pengukuhan dan ganjaran: Masalah disiplin yang teruk dapat diselesaikan dengan
menggunakan pengukuhan yang terkawal. Contohnya memberi hadiah, puji-pujian dan sebagainya.
2- Memberikan teladan yang mencukupi: Guru, rakan sebaya, orang yang lebih tua, ibubapa dan buku
adalah model atau teladan bagi tingkah laku. Bagi mengaplikasikannya disekolah, guru boleh
menggunakan murid yang lebih tua sebagai guru kepada murid yang lebih muda buat beberapa
minggu.masalah ini akanmengurangkan masalah tingkah laku murid dan sikap mereka pada sekolah lebih
baik. (Abdullah Sani Yahya;2006;106)
3- Hapuskan tingkah laku yang tidak diingini dengan tidak memberi ganjaran: Sebagai contoh; seorang
guru sentiasa diganggu oleh murid di mejanya kerana mereka tidak mempunyai tujuan untuk kehadapan.
Ada juga guru yang kurang memberi perhatian kepada murid yang bermasalah.
4- Jangan banyak menggunakan dendaan tetapi sekiranya perlu gunakannya dengan bijak: Dendaan
mempunyai banyak kesan. Ianya juga tidak berkesan dalam mengawal tingkah laku. Dendaan perlu
dilakukan dengan saluran yang betul. Jangan sesekali membuat dendaan apabila kita mengikut perasaan
marah pada murid.
5- Membaiki komunikasi dengan murid: Kelemahan komunikasi antara sekolah dengan murid sering
terjadi, ini adalah disebabkan oleh kerana guru tidak mengenali muridnya. Pelbagai cara boleh digunakan
bagi memperbaiki komunikasi antara murid dengan guru seperti mengadakan jamuan kelas, lawatan luar
sekolah atau menganjurkan aktiviti-aktiviti sekolah. (Abdullah Sani Yahya;2006;107)
11- TATACARA DISIPLIN SEKOLAH:
Guru besar merupakan orang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah. Dia mempunyai kuasa ke atas
guru dan murid. Walau bagaimanapun, guru besar boleh menurunkan kuasa disiplin dan kuasa menjalankan
hukuman kepada guru-guru lain.
Semasa menjalankan kuasa disiplin, peraturan-peraturan berikut perlu dipatuhi:
1. Keaadilan hendaklah diamalkan.
2. Seseorang tidak boleh dihukum tanpa belaan daripadanya.
3. Setiap individu yang dituduh hendaklah diberi hak untuk didengar.
Ini bermakna itu diberi peluang untuk mengemukakan segala bantahan dan alasan dalam bentuk bertulis.
Murid itu boleh disertai ibu bapa dalam sesuatu pembicaraan (makluman secara lisan).
13- PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN

Bagi mengatasi masalah disiplin dalam bilik darjah, guru-guru perlu mengambil berat berkaitan aspekaspek seperti berikut ;
1- Pengelolaan bilik darjah.
2- Aktiviti bilik darjah.
3- Salah laku.
Penglolaan bilik darjah
Guru perlu merancang supaya pelajar berminat untuk belajar dengan menggunakan berbagai aktiviti yang
bersesuaian dengan kebolehan pelajar. Guru perlu mengenal pasti pengetahuan sedia ada, keperluan dan
kecenderungan pelajarnya terlebih dahulu supaya bahan pengajaran yang diberikan kurang ataupun tidak
menimbulkan masalah disiplin.
Teknik pengajaran yang lebih ditumpukan pada pelajar perlu ditekankan. Galakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berkumpulan. Pembelajaran yang melibatkan bimbingan dan bantuan rakan sebaya menarik
minat pelajar dan memberi kepuasan pada pelajar seterusnya mengurangkan masalah disiplin.
Guru perlu memberitahu pelajar peraturan-peraturan dalam bilik darjah dan peraturan itu tidak terlampau
membebankan. Guru juga diingatkan supaya tidak menggunakan ugutan semasa mengelolakan disiplin
bilik darjah.
Aktiviti Bilik Darjah.
Guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta tugasan terlebih dahulu. Rancangan yang
ditetapkan perlu dilaksanakan seperti yang dirancangkan supaya aktiviti dalam kelas dapat memberikan
kesan yang positif.
Oleh itu, guru perlu membuat persiapan peralatan yang diperlukan dalam aktiviti semasa pengajaran
supaya dapat menghindarkan perasaan tidak yakin pada guru itu dan seterusnya menimbulkan masalah
disiplin. Semasa mengendalikan aktiviti dalam bilik darjah, guru juga perlu menunjukkan keyakinan diri
supaya pelajar-pelajar percaya pada kecekapan guru dalam mengawal mereka.
Bagi mengekalkan disiplin dalam bilik darjah, guru perlu melayan pelajar dengan penuh bermaruah dan
bertanggungjawab pada kelakuan mereka dan mempelajari perkara daripada kejayaan dan kesilapan yang
mereka lakukan.
Pelajar juga patut mematuhi disiplin tugasan yang seharusnya diselesaikan. Disiplin kerja berlandaskan
pada motivasi positif iaitu pelajar menganggap tugasan itu penting dan bermakna bagi dirinya.
Salah Laku
Murid keterlaluan dalam tingkah laku terhadap guru dan rakan. Ada murid berani bersikap kurang ajar
terhadap guru dan menganggap guru yang mengajar dihadapannya itu seperti tiada guru dan menganggap
guru itu sebagai kawan.
Maka oleh itu guru haruslah menunjukkan tingkah laku yang baik. Kerana guru itu adalah role model
kepada murid.

14- LANGKAH-LANGKAH MENGELAKKAN TIMBULNYA MASALAH DISIPLIN:


1. Pemulihan masa murid-murid:
Ramai murid yang menjadi nakal kerana mereka merasa bosan dan tidak tahu apa yang hendak dibuat.
Kalau murid-murid itu sentiasa membuat kerja yang berfaedah, kemungkinan untuk timbulnya kenakalan
adalah kurang.
2. Hapuskan keadaan yang menimbulkan gangguan fizikal:
Guru hendaklah memastikan keadaan sekeliling dalam bilik darjah sentiasa dalam keadaan selesa dan
terang bercahaya serta mengadakan masa rehat yang mencukupi bagi murid-murid.

3. Gunakan berbagai kaedah penyampaian:


Guru hendaklah kreatif dan menggunakan alat bantu mengajar yang boleh menarik minat murid semasa
menyampaikan isi pelajaran yang hendak diajarkan.
4. Beri layanan yang baik terhadap murid-murid:
Guru perlu sedar bahawa murid-murid adalah manusia biasa sebagaimana juga guru. Mereka berhak
mendapat layanan yang baik dan beradab daripada guru. Guru perlu ingat bahawa murid-murid akan
memberikan penghormatan yang setimpal dengan layanan yang diberikan oleh guru kepada mereka.
5. Libatkan bantuan murid-murid di dalam merancang sesuatu:
Guru hendaklah melibatkan murid-murid ketika membuat sesuatu peraturan atau undang-undang. Dengan
itu murid-murid tidak akan merasa marah kepada guru-guru sahaja.
6. Letakkan peringkat harapan yang berpatutan:
Guru perlu meletakkan harapan pencapaian yang tinggi sesuai dengan kebolehan murid-murid supaya
dapat menimbulkan keyakinan pada diri mereka untuk terus belajar mencapai ke peringkat yang lebih
tinggi.
7. Adakan maklumat balik segera:
Murid-murid selalunya sangat ingin mengetahui tentang prestasi mereka di dalam sesuatu tugas yang
diberikan kepada mereka. Sekiranya maklumat ini tidak diberikan dengan segera selepas sesuatu tugas itu
disempurnakan, murid-murid mungkin berfikir yang guru tidak menganggap tugas berkenaan sangat
penting dan merasakan mereka telah membuang masa menjalankan tugas itu.
8. Berikan pengukuhan positif:
Di dalam menilai kerja-kerja yang dilakukan oleh murid-muird, guru perlu menunjukkan bahagianbahagian kerja mereka yang telah dibuat dengan baik supaya dapat menggalakkan mereka memperbaiki
lagi bahagian yang kurang memuaskan.
9. Guru hendaklah bersifat tekal:
Sekiranya murid-murid mendapati reaksi guru terhadap masalah-masalah yang dihadapi di dalam bilik
darjah tidak tekal dan berubah-ubah atau mendapati guru mereka bersifat tidak adil, murid-murid akan
kurang menghormati guru.

10. Guru boleh menggunakan penyetujuan rakan sebaya murid-murid bagi membantu mengekalkan
disiplin:
Guru yang mendapat sanjungan dan penyetujuan daripada murid-muridnya boleh menggunakan perkara ini
bagi menolongnya melahirkan suasana yang menggalakkan pembelajaran dan mengawal rakan sebaya
mereka daripada berlakunya masalah disiplin.
11. Elakkan penggunaan deraan:
Kebiasaan mendera adalah satu amalan yang sangat susah hendak dihapuskan. Kebiasaan mendera ini
timbul daripada kepercayaan bahawa deraan akan menghapuskan masalah disiplin. Sebaliknya deraan akan
menanam sikap membenci guru di kalangan murid terutama kalau deraan itu dilakukan dalam suasana yang
beremosi.

Anda mungkin juga menyukai