Anda di halaman 1dari 3

Rumusan

Setiap kanak-kanak mempunyai tahap motivasi yang berbeza. Terdapat dua jenis
motivasi asas,

iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik serta cara untuk

merangsangkan motivasi tersebut. Selain itu, terdapat beberapa pendekatan terhadap


motivasi yang dapat mengalih pelajar ke arah kejayaan dalam pembelajaran dan tingkah
laku positif di dalam bilik darjah.
H.W.Bernard dalam bukunya Psychology Of Learning (1965), menyatakan motivasi
ialah proses membangkitkan mengekalkan dan mengawal minat. Manakala Crow dan Crow
(1981) menghuraikan motivasi sebagai sesuatu desakan yang menjadikan manusia
mengubah sikap, minat atau kegiatannya. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986)
menghuraikan motivasi sebagai perangsangan tindakan terhadap sesuatu tujuan yang
dahulunya hanya terdapat sedikit atau tiada minat terhadap tujuan tersebut. Secara
ringkasnya, motivasi merupakan perangsangan yang membangkitkan dan mengekalkan
minat seseorang individu ke arahmencapai sesuatu matlamat tertentu, termasuk mengubah
sikap, minat dan tingkah lakunya. Ia biasanya diwujudkan kerana keperluan fisiologi atau
psikologi yang timbul. Menurut Woolfolk (1990) motivasi dirujuk kepada satu kuasa dalaman
yang membangkit, mengarah dan mengawal minat serta tingkah laku manusia.
Berdasarkan artikel yang kami pilih, motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan
keinginan hendak berjaya ataupun hendak mencapai sesuatu. Motivasi boleh juga dikatakan
sebagai rangsangan untuk kejayaan seseorang ataupun rangsangan hendak mengelakkan
diri daripada kegagalan. Orang yang mempunyai motivasi bererti dia sudah memperoleh
kekuatan bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup sama ada di dunia ataupun akhirat
ataupun keduanya sekali. Artikel ini membincangkan tentang apa yang perlu ada dalam diri
untuk sentiasa bersemangat dalam mengejar cita-cita.
Dalam artikel ini, terdapat beberapa cara-cara untuk memotivasikan diri untuk berjaya
dalam kehidupan. Pertama sekali, setiap orang hendah mempunyai tujuan tertentu semasa
melakukan sesuatu kerja. Tujuan adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam
menghadapi kesulitan di kemudian hari. Apabila ingat balik tujuan melakukan sesuatu
perkara, seseorang itu tidak akan berputus asa terhadap tindakannya. Pada pendapat kami,
setiap insan haruslah mempunyai tujuan yang tertentu atas setiap tindakannya. Hal ini
kerana, apabila mempunyai tujuan yang kukuh kita akan mencetuskan daya perjuangan
yang positif. Contohnya,
Selain itu, artikel ini juga memberi penekanan kepada impian dan matlamat yang harus
diperolehi oleh setiap orang. Tujuan sahaja tidak mencukupi untuk merealisasikan apa yang

kita mahu. Malah, impian atau matlamat juga memainkan peranan yang dominan. Matlamat
atau impian yang ditetapkan mestilah cukup besar untuk menginspirasikan kita. Setiap
orang perlu mempunyai matlamat pembangunan diri untuk bersiap sedia dengan masa
depan yang lebih mencabar. Apabila mempunyai matlamat yang lebih jelas dan lebih
menarik akan timbul banyak persoalan. Matlamat ini memerlukan kita untuk berfikir dengan
lebih kreatif. Kita juga perlu bersedia untuk membuat perubahan dan sanggup berusaha
dengan lebih bersungguh-sungguh. Pada pendapat kami,
Seterusnya, artikel ini juga memberitahu bahawa setiap orang mesti mempunyai
keinginan yang kuat. Ini akan membantu kita ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan
memastikan kita berusaha untuk melakukan prestasi yang terbaik walaupun dalam apa jua
keadaan sekalipun. Pada saat kita memiliki keinginan yang sangat kuat, keadaan dan
lingkungan di sekitar kita pun akan ikut menyesuaikan dengan keinginan kita. Pada
pendapat kami, apabila seseorang mempunyai keinginan yang tinggi tetap akan mencapai
misinya. Sebagai contoh, orang-orang yang juara dalam bidangnya, misalkan olahraga, ilmu
pengetahuan dan bidang apapun, memiliki keinginan yang begitu kuat terhadap hal yang
ingin dicapai.
Dalam artikel ini, mengarahkan setiap orang untuk menetapkan haluan yang sendiri.
Membandingkan diri sendri dengan orang lain biasanya akan mengurangkan keyakinan diri.
Walaupun pada mulanya bersemangat, lama-kelamaan kita akan mula terasa kekurangan
diri jika dibandingkan dengan orang lain. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku setiap
orang harus mempunyai matlamat sendiri dan apa yang orang lain kecapi tidak perlu
dibandingkan dengan diri sendiri. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup dan keadaan
yang berbeza. Dalam artikel ini juga berkata, apabila kita membandingkan diri kita dengan
orang lain adalah seperti membandingkan prestasi seorang perenang dengan seorang
pelari menggunakan standard masa yang sama. Mereka berdua dalam situasi yang berbeza
jadi ianya adalah tidak relevan untuk membandingkan kedua-dua orang ini. Pada pendapat
kami,
Di samping itu, dalam artikel ini juga mereka mengatakan bahawa apabila kita bertemu
dengan cabaran dalam perjalanan kita untuk berjaya, kita mungkin cenderung untuk
menghentikan perjalanan itu. Kita mungkin berfikiri bahawa ia terlalu sukar untuk diteruskan.
Tetapi, ini sebenarnya adalah saat dimana kita boleh melihat perbezaan antara seorang
yang menang ataupun seorang yang kalah. Meskipun kedua-duanya menghadapi kesulitan
yang sama, tetapi satu perkara yang membezakan adalah keberanian untuk meneruskan
perjalanan itu. Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran untuk
meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan

perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus
untuk mengambil langkah yang seterusnya. Pada pendapat kami,
Justeru, salah satu pemusnah motivasi diri adalah masa silam kita sendiri. Ia boleh
memberi beban yang berat diatas bahu yang perlu kita pikul. Walaupun begitu, ia adalah
sesuatu yang boleh kita tinggalkan. Kita mungkin membuat kesalahan pada masa lalu. Kita
mungkin telah mengecewakan orang lain dengan apa yang anda lakukan. Tapi itu semua
sudah berlalu. Ia adalah sesuatu yang kita tidak dapat ubah lagi hakikatnya.Tidak kira
seteruk mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti jika anda
berani meneruskan perjalanan. Oleh itu, kita harus menggunakan peluang yang kita ada
dengan baik dan harus meneruskan kehidupan dengan penuh keyakinan. Pada pendapat
kami,

Anda mungkin juga menyukai