Anda di halaman 1dari 3

Kek Batik Nestum

Resipi inovasi

Kek Batik Nestum

Bahan yang diperlukan :

 3 sudu besar milo


 2 sudu besar Nestum
 1 buku buttercup
 1 paket biskut Marie
 1 sudu besar gula
 1 cawan susu cair
 marshmelo

Cara-cara membuat Kek Batik Nestum

Masukkan Milo ke dalam periuk yang


mempunyai sedikit air yang dipanaskan
dengan api kecil. Masukkan sedikit demi
sedikit sambil digaul sehingga sebati.
Pastikan serbuk milo tidak berketul-ketul di
dalam periuk.

Kemudian, masukkan susu cair dan butter


sedikit demi sedikit sambal digaul sehingga
menjadi sebati.
Langkah seterusnya, masukkan biskut Marie
yang telah dipatahkan (tidak sampai hancur)
serta 2 sudu besar Nestum ke dalam periuk
dan gaul sehingga rata.

Masukkan adunan ke dalam loyang yang


telah disediakan. Lalu, simpan loyang ke
dalam peti sejuk selama 3 jam.

Kek Batik Nestum dipotong dan dihias


dengan marshmelo. Kek Batik Nestum siap
untuk dihidang

Jadual 4 : Cara-cara membuat Kek Batik Nestum.


Kelebihan

Kek Batik Nestum adalah sati kek yang mengandungi pelbagai nutrient. Nutrien yang
mengandungi dalam roti Marie dan Nestum dapat membekal tenaga dan vitamin kepada
pemakan terutamanya kanak-kanak. Selain itu, gula yang terkandung dalam kek ini dapat
merangsang keinginan untuk makan secara berulang-ulang. Seterusnya, kek ini dapat
dibuat dengan kos yang paling murah serta mudah untuk dibuat.

Kelemahan

Kelemahan kek ini adalah orang diabetes tidak boleh makan kerana terlalu manis.
Seterusnya, kek ini tidak dapat disejukkan dengan mudah. Ia mengambil masa yang agak
panjang untuk sejuk.

Penambahbaikan

Saya harus membuat kek yang boleh dimakan oleh semua orang. Saya juga
mengambilberat sukatan gula yang dimasukkan supaya semua orang dapat makan kek ini.

Anda mungkin juga menyukai