Anda di halaman 1dari 10

Akomodasi

adalah

proses

penyesuaian

untuk

mewujudkan

perasaan

saling

menghormati antara etnik yang berlainan budaya. Huraikan bagaimanakah proses ini
berlaku dan implikasinya terhadap masyarakat berbilang kaum di Malaysia
Menurut Roucek & Warren (1979), Masyarakat didefinisikan sebagai satu kumpulan
manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara
koleftif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Satu kumpulan atau
kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, berkerjasama dalam
mengatur kerja secara koleftif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga
terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan
kebudayaan.

Menurut Kamus Dewan (2006), masyarakat adalah sekumpulan manusia

yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara hidup tertentu. Menurut
Musa Abu Hassan (2000), masyarakat adalah sekelompok manusia yang mempunyai cara
gaya hidup, norma, nilai, budaya, bahasa, sistem komunikasi dan struktur tertentu. Setiap
ahli dalam masyarakat mempunyai peranan serta fungsi tertentu untuk meneruskan
kewujudan kelompok tersebut dan ciri-ciri ini berbeza dari kelompok ke kelompok lain.
Negara kita merupakan sebuah negara yang unit lantaran rakyatnya terdiri daripada
pelbagai kaum. Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara Malaysia hidup dalam
keadaan aman dan harmoni. Keamanan dan keharmonian ini dapat dikekalkan kerana
toleransi antara kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina dan India. Justeru itu, kita
seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang membolehkan kita duduk
bersama.
Konsep Akomodasi merupakan proses penyesuaian yang menyebabkan setiap
kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang lain dan
tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Menurut Ting Chew Peh (1987)
dengan menggunakan perwakilan A,B dan C bagi budaya, konsep akomodasi dapat
diringkaskan melalui rumus A + B + C = A + B + C. Ini bermaksud pelbagai kumpulan etnik
hidup bebas mengamalkan malah mempertahankan budaya masing-masing meskipun hidup
bercampur dengan etnik lain. Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk
menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik. Kejayaan atau berkesannya penyesuaian
sebagai satu dasar amat bergantung kepada sikap golongan pemerintah dan kelompokkelompok etnik berkenaan.
Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik
bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni dengan penggunaan pelbagai
bahasa, pengamalan pelbagai agama dan kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap

kelompok etnik. Proses akomodasi adalah sangat penting dalam perpaduan dan integrasi
kelompok etnik di Malaysia. Sebagai proses yang paling utama lagi kritikal yang sudah
diterima dan hayati oleh semua kelompok etnik di Malaysia, sama ada secara peribadi atau
kolektif. Hal ini terjadi kerana sikap positif saling hormat-menghormati antara kelompok etnik
terhadap nilai dan norma masing-masing, yang kita boleh ungkapkan sama tetapi tidak
serupa. Maksudnya, setiap kelompok etnik ada sistem kepercayaan masing-masing, ada
perayaan masing-masing dan ada pantang larang masing-masing. Dari segi ini semua
kelompok etnik mempunyai persamaan. Namun cara masing-masing, misalnya, merayakan
hari kebesaran agama masing-masing ternyata berbeza. Atas asas persamaan ini setiap
kelompok etnik menghormati perayaan masing-masing dan juga perayaan etnik yang yang
lain. Melalui proses akamodasi ini juga berlaku pula lanjutan pinjam-meminjam unsur-unsur
budaya masing-masing. Sebagai contohnya, pada masa yang lalu hanya kaum Cina sahaja
mengamalkan istilahangpau. Tetapi, hari ini, istilah dan konsep angpau sudah dihayati dan
diamalkan dalam adat resam etnik Melayu dan India. Malah setiap bank dan syarikat swasta
menyediakan sampul surat untuk memberi angpau pada Hari Raya Puasa sudah diamalkan
lebih dari satu dekad di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa proses akomodasi berlaku
antara pelbagai etnik masyarakat di Malaysia.
Integrasi sosial dalam kalangan penduduk pelbagai etnik dapat dipupuk melalui dasar
pendidikan kebangsaan yang berorientasikan perpaduan dalam kalangan masyarakat
pelbagai etnik. Sistem pendidikan ialah salah satu bidang dimana proses akomodasi ini
berlaku. Sekolah merupakan tempat kanak-kanak berpeluang belajar secara bersama,
bermain, mencari kawan baharu, membina persefahaman serta perasaan persaudaraan
dengan pelajar-pelajar lain, sama ada dengan rakan sebangsa mahupun bangsa berlainan.
Sistem pendidikan di Malaysia pada peringkat rendah diperlihatkan murid diasingkan
mengikut sekolah-sekolah etnik, iaitu pelajar Melayu kebanyakannya belajar di Sekolah
Kebangsaan, pelajar Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan pelajar India di Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil. Untuk meyeleraskan pendidikan di semua sekolah, Laporan
Jawatankuasa Kabinet yang dibentangkan 1979 menyatakan bahawa semua institusi
kerajaan dan swasta harus menggunakan sukatan pelajaran yang sama dan menduduki
peperiksaan awam yang sama dan bahasa Melayu diwajibkan dalam semua peperiksaan.
Hasil Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 ialah Kurikulam Baru Sekolah Rendah (KBSR)
dan Kurikulam Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Semua sekolah yang di Malaysia
diwajibkan untuk melaksanakan KBSR di peringkat sekolah rendah dan KBSM di peringkat
sekolah menengah. Dengan ini, pelaksanaan kurikulam menjadi sama di semua jenis
sekolah. Tujuan utama KBSR dan KBSM adalah untuk mencapai matlamat pendidikan
kebangsaan dan menyatupadukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang

bangsa. Seterusnya, Seterusnya, peluang pendidikan terbuka kepada semua anggota


masyarakat yang layak. Kerajaan memilih pelajar daripada pelbagai etnik untuk meneruskan
pengajian mereka di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Pelajar-pelajar disitu dapat
berinteraksi antara satu sama lain dan dapat bersatu padu.
Walaupun proses akomodasi memberi kesan yang baik melalui bidang pendidikan
tetapi masyarakat disini tetap berusaha supaya identiti mereka tidak merosot. Sebagai
contoh, kaum Cina merupakan kaum yang paling kuat menentang matlamat menjadikan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah rendah. Ini kerana mereka
bimbang bahasa ibunda mereka akan hilang penggunaanya pada masa akan datang.
Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 memberi kelonggaran kepada Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk menjadikan
bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar dan menjadikan mengurangkan
penggunaan Bahasa Melayu. Oleh itu, sehingga sekarang kerajaan melalui perubahanperubahan dasar pendidikan yang masih belum mencapai matlamat menjadikan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama disemua sekolah di negara ini. Kegagalan
kerajaan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah
merumitkan lagi usaha untuk mencapai integrasi dan perpaduan kaum di Malaysia.
Sebabnya ialah, semua kaum berusaha mempertahankan bahasa ibunda masing-masing
dan sehingga wujudnya jurang integrasi antara etnik-etnik di negara ini. (Riduan Tee, 2010:
69) Apabila semua etnik di Negara kita menghormati antara etnik berlainan budaya,
kerajaan juga berhasrat untuk mewujudkan sekolah integrasi iaitu pelbagai kaum di dalam
sebuah sekolah dalam satu kawasan. Sebagai contoh, kerajaan telah mencadangkan untuk
mewujudkan Sekolah Wawasan namun mendapat tentangan hebat dari masyarakat Cina
kerana menganggap Sekolah Wawasan akan menghilangkan identiti dan bahasa ibunda
mereka
Implikasi sistem sistem akomodasi dalam sistem pendidikan ialah, melalui pelaksanaan
KBSR dan KBSM secara seragam di semua sekolah di Malaysia dapat mencapai matlamat
pendidikan kebangsaan dan menyatupadukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada
berbilang bangsa. Dengan adanya KBSR dan KBSM, kita boleh menyeragamkan kurikulam
di semua jenis sekolah di negara ini. Pelaksanaan kurikulam yang sama di semua sekolah
memberi keyakinan kepada segolongan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke
sekolah bangsa lain. Contohnya,terdapat segolongan ibu bapa berbangsa Melayu lebih
cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah jenis kebangsaan
seperti kaum Cina dan India. Ini kerana mereka begitu yakin dengan pengurusan sekolah
lain dan juga mereka ingin anak-anak mereka perlu menguasai bahasa dan mengenali

budaya bangsa lain. Seterusnya, peluang pendidikan terbuka kepada semua anggota
masyarakat yang layak. Kerajaan memilih pelajar daripada pelbagai etnik untuk meneruskan
pengajian mereka di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Pelajar-pelajar disitu dapat
berinteraksi antara satu sama lain dan dapat bersatu padu. Sekiranya, menjalankan
ko-kurikulam seperti aktiviti kebudayaan, kesenian dan sukan di Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA), pelajar-pelajar dari pelbgai etnik dapat bergaul dan berinteraksi antara satu
sama lain. Aktiviti sebegini dapat merapatkkan hubungan pelbagai etnik dan membangkitkan
semangat bertolak-ansur, tolong-menolong, semangat setiakawan di antara pelajar-pelajar
pelbagai kaum yang terlibat.
Agama dan kebudayaan juga salah satunya dimana proses akomodasi berlaku. Dalam
konteks Malaysia, agama merupakan satu elemen yang penting kepada identifikasi etnik.
Sesuatu kelompok etnik boleh dikenali berasaskan agama yang dianutinya, contohnya kaum
Melayu dikenali sebagai kerana mempraktikkan agama Islam dalam kehidupan harian.
Begitu juga majority kaum India yang mengamalkan agama Hindu. Menurut Perlembagaan
Malaysia (Perkara 3), Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan. Dalam masa yang sama,
agama-agama lain bebas diamalkan oleh rakyat Malaysia seperti yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan Malaysia. Oleh itu, kita dapat melihat institusi masjid, gereja, wat dan kuil
dibina bersebelahan antara satu sama lain di beberapa tempat dan penganut dapat
berkunjung ke rumah ibadat masing-masing dengan harmoni. Penyebaran agama lain selain
agama Islam dibenarkan dalam kalangan rakyat Malaysia kecuali kepada penganut Islam.
Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang mengamalkan budaya atau adat resam
mereka yang tersendiri. Budaya atau adat resam ini telah menjadi satu identiti kepada kaum
tersebut. Setiap kaum yang terdapat di Malaysia ini mempunyai budaya masing-masing
yang telah diamalkan sejak zaman dahulu sehingga sekarang. Budaya yang diamalkan dan
diwarisi sama ada dari aspek kesenian, bahasa, adat resam, muzik, agama, kepercayaan
mahupun undang-undang mempunyai keunikannya yang tersendiri bagi setiap kaum.
Terdapat pelbagai kebudayaan dan tradisi orang Melayu yang telah menerap ke dalam
budaya Negara kita. Ini bermakna tradisi dan budaya yang dulunya hanya diamalkan oleh
golongan Melayu, kini telah menjadi sebahagian daripada budaya hidup penduduk Malaysia
tidak kira bangsa dan agama. Contohnya, makanan nasi lemak yang merupakan makanan
orang melayu sebelum ini telah menjadi makanan umum yang dinikmati oleh pelbagai etnik
dan kaum. Makanan-makanan yang lain seperti Roti Canai, Tosai dan Capati hanya
menjadi makanan kegemaran kepada kaum india sahaja pada masa dahulu tetapi kini, Roti
Canai, Tosai dan Capati juga turut menjadi kegemaran ramai orang di nagara ini. Pernah
terlihat satu keratan akhbar Inggers yang memaparkan The World Greatest Roti Canai di

pekan Kapit, Sarawak. Roti canai itu dikatakan paling sedap di dunia, tetapi ianya dibuat
oleh seorang nenek Melayu yang beragama Islam. Ini menunjukkan penerapan kebudayaan
etnik India dalam Malaysia dan mampu membentuk satu kebudayaan Negara yang unik dan
istimewa.
Selain itu, Negara kita dikenali sebagai syurga perayaan kerana mempunyai banyak
perayaan yang disambut oleh masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita mempunyai Tahun
Baru Cina, Hari Raya, Krismas, Deepavali dan banyak lagi perayaan yang disambut oleh
penduduk negara ini. Perayaan ini telah memberi satu dimensi baru kepada masyarakat kita
dan luar tentang erti perayaan sebenar. Tambahan pula, melalui perkongsian perayaan,
perpaduan dan kesepakatan masyarakat di negara kita sedikit sebanyak dapat diutuhkan.
Sebagai contohnya, kini kebanyakan orang yang berbangsa Cina menyambut Hari
Thaipusam salah satu perayaan kaum India. Selain itu, permainan bunga api dan mercun
ketika Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali juga merupakan pengaruh budaya masyarakat
Cina. Seterusnya, adat berinai dalam perkahwinan Melayu seakan menjadi kewajipan.
Corak lukisan inai di atas tangan kalangan masyarakat Melayu bermula sejak beberapa
tahun sebelum ini. Gaya terbaru ini adalah pengaruh daripada budaya Hindu. Pada masa
kini, semua rakyat Malaysia mula menyambut semua perayaan bersama. Sebagai
contohnya, pesta ponggal yang dianjurkan oleh Persatuan Kebudayaan India, Universiti
Sains Malaysia (USM) menarik penyertaan pelajar daripada pelbagai etnik (Lampiran 1).
Masyarakat Baba Nyonya atau dikenali juga sebagai masyarakat Cina peranakan telah
wujud di Melaka sejak abad ke-15 lagi. Golongan ini wujud hasil daripada perkahwinan
orang-orang dari negeri China yang datang untuk berdagang dengan orang Melayu
tempata. Kebanyakan keturunan Baba Nyonya dibesarkan mengikut cara hidup dan
upacara-upacara agama cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur
tempatan yang lain. Walaubagaimanapun, arus moden pada masa kini, telah meninggalkan
sedikit demi sedikit budaya tradisional masyarakat ini tetapi terdapat juga budaya yang
masih diamalkan. Adat perkahwinan Baba dan Nyonya merupakan adat perkahwinan yang
paling unik di Malaysia kerana terdapat unsur-unsur kebudayaan Cina dan Melayu
mempengaruhi adat perkahwinan ini. Seterusnya,di Negara kita, terdapat pelbagai jenis
pakaian tradisional seperti baju kurung, sari, cheongsam, baju kebaya dan sebagainya.
Pada masa kini, semua bangsa suka untuk memakai semua jenis pakaian tradisional.
Sebagai contohnya, kaum Cina dan India gemar untuk memakai baju kurung ke sekolah,
pejabat dan sebagainya. Ini akan menimbulkan perasaan selesa antara satu sama lain.

Implikasi proses akomodasi melalui agama dan kepercayaan adalah, rakyat Malaysia
dapat mengenali agama dan kebudayaan setiap orang melalui berkongsi kebudayaan
mereka. Melalui menyambut perayaan kaum lain, kita dapat memahami tradisi budaya kaum
lain. Kita juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelbagai etnik. Apabila kita
menghormati agama dan budaya kaum lain kita, mereka juga akan menghormati kaum kita.
Politik juga salah satu bidang dimana proses akomodasi ini berlaku. Politik adalah
antara faktor penting dan perlu diberikan perhatian dalam rangka memahami bentuk dan
sifat hubungan etnik dalam sesebuah masyarakat plural seperti di Malaysia. Hal ini kerana,
politik sering dikaitkan dengan kuasa, pembentukan dan pelaksanaan dasar. Politik memberi
kuasa kepada sesuatu kelompok atau rejim untuk melaksanakan sesuatu mengikut hajat
dan landasan pemikiran atau ideologi mereka. Selepas memperolehi kemerdekan 1957,
Malaysia ialah Negara yang telah mengamalkan sistem politik dan pemerintahan dan
kerajaan yang berteraskan prinsip Raja Berperlembagaan dan Bemokrasi Berparlimen.
Dalam sistem demokrasi, kerajaan dipilih melalui pilihan raya secara berkala yang diadakan
sekali dalam tempoh lima tahun. Pilihan raya diadakan bagi memperbaharui mandat yang
diperoleh bagi sesebuah kerajaan memerintah yang mana berasaskan prinsip demokrasi.
Sistem demokrasi ini diterima oleh semua rakyat di Negara kita. Sistem demokrasi dan
amalan pilihan raya mengizinkan kewujudan dan penubuhan parti-parti politik bagi tujuan
bertanding dalam pilihan raya. Setiap parti politik yang ditubuhkan mempunyai asas-asas
serta prinsip perjuangannya yang tersendiri. Hal ini termasuklah yang berasaskan ideologi
tertentu dan parti-parti yang berteraskan kepentingan etnik dan perkauman. Sejak merdeka,
parti-parti politik yang terdapat di Malaysia ditubuhkan berasaskan kaum atau nilai
perkauman seperti UMNO, MCA, MIC. Namun begitu, sejarah menunjukkan bahawa partiparti ini walaupun ditubuhkan berasaskan kepentingan dan perjuangan kaum, tetapi telah
membentuk gabungan dalam sesuatu perikatan (dikenali sebagai Perikatan) dan
mengamalkan konsep perkongsian kuasa. Parti-parti ditubuhkan untuk kepentingan kaum
tertentu akan sentiasa bersuara dan memperjuangkan kepentingan-kepentingan yang
dirasakan perlu dalam masyarakat majmuk. Selain itu, Penubuhan Barisan Nasional (BN)
dapat membantu rakyat Malaysia untuk mewujudkan satu masyarakat yang adil dan
saksama.
Keadaan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik di Malaysia telah menyulitkan
usaha kerajaan untuk menyatukan penduduk selepas merdeka sehingga berlaku Peristiwa
13 Mei 1969. Selain kematian, kecederaan dan kemusnahan harta benda, Peristiwa 13 Mei
1969 membawa pengertian yang lebih bermakna kerana peristiwa tersebut secara tidak
langsung menggambarkan kegagalan kerajaan dalam membina satu bangsa dan Negara.

Sebelum Peristiwa 13 Mei 1969, pihak kerajaan hanya memberi tumpuan terhadap usah
pembangunan Negara dari segi fizikal sehingga tidak menyedari kekurangan yang masih
wujud dalam kalangan masyarakat. Setiap kaum masih lagi hidup terpisah antara satu sama
lain tanpa adanya satu ideologi kebangsaan yang boleh mengikat dan menyatukan semua
kaum. Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, baharu pihak kerajaan menyedari masih wujud
kekosongan dalam kehidupan masyarakat di Malaysia, dan kerajaan mula berusaha kearah
merangka dasar-dasar pembangunan yang boleh menghapuskan jurang berbezaan antara
kaum bagi meningkatkan perpaduan dalam kalangan penduduk Malaysia.
Malaysia didiami oleh penduduk berbilang kaum, dan setiap kaum mempunyai
bahasa pertuturan yang berlainan dalam kehidupan harian. Kerajaan sedar tentang
kepentingan mempunyai satu bahasa rasmi sama yang boleh menyatupadukan semua
penduduk. Justeru, bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa rasmi kerana bahasa ini
merupakan bahasa pertuturan penduduk majoriti di Malaysia. Kedudukan bahasa melayu
telah dimaktubkan dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menekankan
bahasa melayu perlu digunakan dalam urusan-urusan rasmi, tetapi bahasa lain turut
dilindungi di bawah perkara ini dan boleh digunakan tanpa sekatan. Perkara ini telah
disetujui oleh semua kaum di Malaysia.
Seterusnya, dalam usaha membina satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dan
membangkitkan semangat cintakan tanah air, ideologi Negara yang dikenali sebagai Rukun
Negara telah diperkenalkan.
Prinsip-prinsip Rukun Negara

Kepercayaan kepada Tuhan


Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Rukun Negara menjadi rujukan penting bagi sebarang dasar dan keputusan yang hendak
dibuat oleh pihak kerajaan dan telah melahirkan sikap baharu, iaitu setiap keputusan dibuat
atas rasa sedar, rasional dan mengikut undang-undang serta peraturan supaya perpaduan
kaum dapat dicapai. Dengan adanya Rukun Negara, semua rakyat dinasihatkan supaya
menghormati agama dan kepercayaan setiap kaum. Hal ini kerana, kerajaan mempercayai
bahawa semua setiap agama menyeru manusia supaya berbuat baik dan menghindari
perbuatan jahat. Seterusnya, prinsip kesetiaan kepada Raja dan Negara ini menuntutkan

kesetiaan penduduk yang unggul dan tidak berbelah bahagi terhadap raja dan Negara
supaya dapat melahirkan penduduk yang bersedia berkorban untuk Negara. Setiap rakyat
harus menghormati dan menghargai kandungan perlembagaan.

Matlamat Rukun Negara

Mewujudkan sebuah Negara yang rakyatnya bersatu, masyarakat yang demokratik,

adil, liberal serta progresif.


Merupakan peraturan yang menentukan hak, peranan dan tanggungjawab bagi
mencapai matlamat untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang hidup

bersatu-padu, adil, liberal, demokratik dan progresif.


Menjadi landasan yang dilalui oleh setiap pihak bagi menuju kepada cita-cita Negara
Membina rakyat yang bersatu padu dan sanggup memberikan taat setia yang paling

tinggi kepada negara.


Membina masyarakat yang adil bagi menjamin persamaan peluang untuk menikmati
kemakmuran negara serta pengagihan kekayaan yang adil dan saksama.
Semua kaum menghormati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam

kehidupan

seharian

mereka.

Sebagainya

contohya,

semua

rakyat

mempersetujui

menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan kaum Cina dan India tidak
mengacau hak kedudukan istimewa orang Melayu. Selain itu, Rukun Negara ini membantu
untuk membina masyarakat yang adil bagi menjamin persamaan peluang kepada semua
etnik.
Tambahan lagi, kerajaan telah mengadakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
pada 16 Februari 2004. Idea penubuhan program ini mula dicetuskan dalam Kongres
Patriotisme Negara pada 24 Oktober 2002. Program ini melibatkan golongan remaja yang
berumur 18 tahun atau lepasan SPM yang dipilih secara rawak. Program ini mendapat
sambutan yang baik daripada semua rakyat di Negara kita. Dengan melibatkan dalam PLKN
ini seseorang remaja dapat meningkatkan semangat patriotisme dan dapat bergaul dengan
rakan yang berbangsa lain. PLKN juga dapat membentuk perwatakan yang positif melalui
penerapan nilai-nilai murni.
Kerajaan juga memperkenalkan konsep 1Malaysia. Konsep 1Malaysia dengan slogan
satu Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan merupakan pendekatan
baharu bagi menempa sebuah zaman baharu demi menjelmakan sebuah kerajaan yang
mengutamakan pretasi berpaksikan keutamaan rakyat yang diperkenalkan oleh Datuk Seri
Najib Tun Razak setelah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 pada 3 April 2009.

Menurut Datuk Seri Najib, konsep 1Malaysia dan pentadbiran kerajaan baharunya bererti
bahawa kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia-One People dan
kita mengambil segala tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik di Malaysia.
Pembentukan 1Malaysia merupakan wadah bagi pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu
padu dan membantu Negara ke arah mencapai Wawasan 2020, iaitu membentuk sebuah
Negara yang bersatu dan menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Dengan
adanya konsep 1Malaysia rakyat Malaysia mula bersatu padu semasa membuat sesuatu
kerja.
Implikasinya, masyarakat Malaysia mempunyai satu bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantar yang utama. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar, masyarakat dapat berinteraksi antara satu sama lain. Selain itu, walaupun partiparti politik yang ditubuhkan berteraskan kaum, tetapi dengan semangat toleransi dan
kebersamaan yang tinggi, kaum-kaum yang ada di Negara ini bersedia memberi dan
menerima serta bertolak ansur dalam perkara-perkara yang melibatkan perbezaan. Selain
itu, pelaksanaan PLKN dapat menanam semangat kekitaan antara remaja. Semasa berada
di kem PLKN remaja daripada pelbagai etnik dapat berinteraksi dan dapat bertindak
bersama. Dengan ini, mereka akan mengenali satu sama lain dan berkongsi ilmu tentang
agama dan kepercayaan masing-masing. Konsep 1Malaysia mengalakkan rakyat Malaysia
bertindak secara bersama untuk mendapatkan kejayaan dalam sesuatu bidang. Apabila
rakyat Malaysia bersatu padu, mereka tidak akan mengkritik antara satu sama lain dan juga
mula menghormati perasaan orang lain. Ini semua akan mengelakkan daripada berlakunya
rusuhan seperti peristiwa 13 Mei.
Kesimpulanya, akomodasi iaitu proses penyesuaian amatlah penting untuk dalam
kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Proses penyesuaian ini dapat
mewujudkan

perasaan

saling menghormati

antara

etnik

yang

berlainan budaya.

kepelbagaian kaum di Malaysia mewujudkan pelbagai budaya dan seterusnya melahirkan


suasana yang harmoni dan unik. Perayaan-perayaan yang disambut oleh masyarakat
mengikut agama dan kepercayaan masing-masing mencorakkan lagi kepelbagaian budaya
di Malaysia. Melalui perayaan-perayaan seumpama ini kita boleh mengenali identiti dan
budaya sesuatu kaum yang terdapat di negara kita. Oleh itu, Rakyat Malaysia harus
berusaha untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis supaya
pengamalan 13 mei tidak berulang lagi.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai