Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN (alin)

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua. Kami dari kumpulan 4 yang terdiri
daripada 7 orang ahli termasuk saya sendiri. Pada hari ini kumpulan kami ingin
membentangkan tentang topik kami yang berkaitan dengan Pendidikan.

Pendidikan adalah salah satu agenda besar yang boleh mempengaruhi kualiti dan
ketamadunan sesebuah bangsa di dunia. Manusia akan dianggap mundur sekiranya tiada
pendidikan. Individu dan keluarga yang berilmu dan meletakkan ilmu sebagai cara hidup
akan lebih mudah membuat satu keputusan yang tepat (Wan Hassan 2007). Ikatan silaturahim
dalam keluarga dan masyarakat juga akan menjadi lebih kukuh.

Pendidikan dalam sesebuah masyarakat memerlukan sistem nilai yang mampu


dikembangkan dan disuburkan supaya warganya memiliki etika yang tinggi dalam
kehidupan. Pendidikan juga merupakan satu proses menimba ilmu terpenting dalam
kehidupan manusia. Proses pendidikan akan berlaku di sepanjang hayat manusia. Bermula di
dalam kandungan ibu sehingga akhir hayat. Fasa pendidikan tersebut akan berlangsung dalam
kehidupan manusia sama ada secara formal ataupun tidak formal.

Di dalam proses pendidikan ini manusia membangunkan semua potensi yang ada
merangkumi potensi akal (cognitive), jasmani/tingkah laku (psikomotor/behaviour), rohani
dan rohani (spiritual). Kesemua potensi ini berkembang dalam kehidupan manusia bermula
sejak dilahirkan. Perkembangan kesemua potensi tersebut dapat meningkatkan kapastiti daya
intelektual, kemahiran dan kepekaan kepada persekitaran sosial terutamanya melalui tunjuk
ajar.

Pendidikan bermaksud satu proses menyampai dan menimba pengetahuan untuk


membangunkan daya intelek dan keyakinan diri manusia. Oleh hal yang demikian, akan
meningkatkan kematangan untuk memberikan pendapat dan berhujah semasa menjalani
kehidupan sebenar. Secara ringkasnya pendidikan memberi maksud segala pengalaman yang
diperoleh melalui pancaindera memberi kesan kepada pemikiran manusia. Maklumat yang
diterima secara berstruktur akan membentuk fizikal dan tingkah laku manusia. Pengetahuan,
kemahiran dan nilai murni akan diwarisi dari generasi ke generasi dalam proses
membangunkan ketamadunan negara bangsa secara berterusan.

Oleh itu, kami telah menyediakan poster yang berkaitan dengan topik kami. Di dalam
poster ini kami telah memasukkan hal-hal berkaitan isu dalam Pendidikan. Antaranya ialah
halangan yang membantutkan perkembangan Pendidikan dan kejayaan system Pendidikan
masa kini. Hal-hal ini akan dibentangkan oleh ahli kumpulan yang lain dan saya serahkan
pembentangan ini pada ahli yang seterusnya.
Isu Pendidikan 1 (visali)

# setiap etnik memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing

Pertama sekali, isu yang boleh dikaitkan dengan Pendidikan ialah setiap etnik
memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing. Sekolah dan institusi pengajian
merupakan tempat yang paling sesuai dan signifikan untuk menyemai semangat perpaduan
murid dan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum. Apa yang dapat saya kaitkan dengan
Pendidikan ialah masih ada segelintir pelajar di sekolah-sekolah menengah ataupun institute
pengajian tinggi khususnya yang masih lemah dalam memahami erti kesepaduan.

Sebagai contoh, pertikaian tentang mengapa Bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa
pengantar di Malaysia. Selain itu, baru-baru ini muncul isu dimana sebuah sekolah yang
meletakkan syarat kaum bagi pendaftaran kokurikulum pelajar tingkatan satu. Sekolah
tersebut telah mengeluarkan surat yang meletakkan syarat kaum bagi pendaftaran aktiviti
kokurikulum pelajar Tingkatan 1 yang antaranya menyebut kelab bahasa Cina hanya terbuka
untuk pelajar kaum Cina, bola sepak, bola jarring, sepak takraw kaum (Melayu), bola
keranjang dan ping pong hanya kaum cina sumber ini dipetik daripada kenyataan Ahli
Parlimen Kota Tinggi, Puan Halimah Mohd Sadique dari Utusan Malaysia).

Hal-hal yang boleh memulakan bibit-bibit perpecahan kaum ini tidak sepatutnya
berlaku. Integrasi kaum di Malaysia agak kompleks disebabkan kerana, sosio politik setiap
kaum bersifat perkauman. Masyarakat pelbagai etnik di Malaysia perlu mempunyai sikap
prihatin terhadap masa depan negara dan bersedia menjadi jambatan etnik bukannya hero
kumpulan etnik masing-masing. sepatutnya, kesedaran dan pemahaman tentang kesepaduan
ini harus bermula dari sekolah lagi kerana pelajar lebih memahami serta menerima hakikat
bahawa Malaysia adalah sebuah negara unik yang boleh hidup bersama selain menghormati
antara satu sama lain. Pada masa akan datang, penting bagi semua rakyat Malaysia untuk
belajar mengenai kepentingan memelihara perpaduan kerana negara kita boleh musnah jika
tidak mengekalkan keharmonian antara kaum.
Isu Pendidikan 2 (nurin)

# hal berkaitan dengan Bahasa Pendidikan dan kebudayaan

Isu yang kedua yang selalu berbangkit ialah hal yang berkaitan dengan bahasa
pendidikan dan kebudayaan. Ini kerana bahasa ialah persoalan yang merumitkan dan boleh
menjadi penghalang kepada integrasi jika sesebuah kumpulan ras dan etnik yang berlainan
mahukan pengekalan bahasa mereka sebagai alat untuk menyampaikan kebudayaan dan nilai-
nilai sosial masing-masing. Oleh itu, pemahaman kebudayaan dan penggunaan bahasa yang
selaras perlulah dipraktikkan ke dalam sistem pendidikan supaya dapat mengelakkan masalah
yang mungkin timbul akibat perbezaan budaya dan fahaman diantara mereka.

Isu Pendidikan 3 (nurin)

# perbezaan sikap dan persepsi antara pelajar Melayu, Cina, India dan etnik-etnik lain

Isu terakhir yang sering terjadi adalah berlakunya perbezaan sikap dan persepsi antara
pelajar Melayu, Cina dan etnik-etnik lain. Ini disebabkan mereka menunjukkan kecenderungan
merasa selesa dalam berinteraksi antara kaum sendiri sahaja kerana tidak berlakunya perbezaan
dan percanggahan pendapat. Sistem pendidikan yang memisahkan perbezaan etnik juga
memberi kesan dalam memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Ini kerana
mereka sentiasa menganggap adalah tidak penting untuk mereka menghormati sesama bangsa
yang lain.
Halangan Pendidikan (1) (sri vani)

# dalam mewujudkan perpaduan kaum adalah terhad

Halangan pertama kerajaan dalam mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional


adalah pergaulan antara kaum-kaum yang berlainan adalah terhad. Masyarakat Malaysia
lebih suka bergaul dengan kaum mereka sendiri dan jarang bergaul dengan kaum lain.
Sebagai contoh, pelajar-pelajar di sekolah lebih suka berkawan dengan kawan yang sama
kaum dengannya. Mereka telah mewujudkan rasa perkauman yang secara langsung
menghalang perpaduan dan intergrasi national. Mereka hanya bergaul apabila difikirkan perlu
sahaja. Keadaan ini telah menunjukkan satu jurang yang jauh wujud dalam interaksi kaum-
kaum di Malaysia.
Untuk mengatasi masalah pergaulan antara kaum-kaum yang terhad, kerajaan telah
mewujudkan Sekolah Wawasan untuk memupuk konsep perpaduan di kalangan pelajar.
Sekolah Wawasan merupakan gabungan tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan,
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) di bawah suatu kawasan
yang sama di mana ketiga-tiga jenis sekolah ini berkongsi segala kemudahan yang
disediakan. Sekolah Wawasan ini diadakan untuk menggalakkan pergaulan serta
persefahaman di antara tiga kaum ini. Dengan wujudnya ketiga-tiga kaum dalam satu
sekolah sudah tentu masalah pergaulan antara kaum-kaum yang terhad dapat diatasi kerana
pelajar-pelajar yang berlainan kaum akan berkongsi menggunakan kemudahan yang
disediakan dan secara tidak langsung akan bergaul dan memahami diantara satu sama lain.
Wujudnya suasana seperti ini dapat memupuk perpaduan dalam kalangan semua.

Halangan Pendidikan (2) (sri vani)

# dari segi perbezaan agama, budaya dan adat resam

Seterusnya adalah halangan dari segi agama,budaya dan adat resam masyarakat
Malaysia yang pelbagai. Setiap kaum di Malaysia mempunyai agama, budaya, adat resam
serta kepercayaan yang tersendiri. Maka, ini telah mewujudkan perbezaan pendapat di antara
kaum-kaum. Keadaan ini berlaku kerana terdapat percanggahan pendapat di antara kaum-
kaum tertentu seperti penganut agama Hindu tidak memakan lembu kerana di anggap sebagai
haiwan suci tetapi penganut agama Kristian dan Islam memakan lembu. Begitu juga dengan
penganut agama Islam yang tidak memakan babi tetapi penganut agama Hindu dan Kristian
boleh memakan babi. Maka timbullah perbezaan pendapat di antara mereka yang mungkin
akan membawa kepada perbalahan antara kaum. Keadaan ini sememangnya telah
menghalang perpaduan dan intergrasi national.
Untuk mengatasi masalah halangan dari segi perbezaan agama, budaya dan adat
resam, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan perkongsian budaya di kalangan
masyarakatnya. Melalui perkongsian budaya, setiap golongan masyarakat akan lebih
memahami adat resam dan kepercayaan kaum-kaum lain. Mereka juga akan lebih
menghormati serta bertoleransi antara satu sama lain agar tidak menyinggung perasaan
individu yang lain. Contohnya, perkongsian budaya yang telah dilaksanakan adalah melalui
Rumah Terbuka semasa musim perayaan bagi setiap kaum. Contohnya, rumah terbuka
semasa Tahun Baru Cina dimana kaum-kaum lain seperti India dan Melayu akan di jemput
untuk meraikan bersama kaum Cina dengan mengziarahi rumah orang Cina. Keadaan ini
akan memperkenalkan budaya kaum Cina kepada kaum-kaum lain dan mereka akan lebih
memahami budaya kaum Cina. Perkara ini akan menyebabkan kaum-kaum mencapai
perpaduan dan intergrasi national.
Halangan Pendidikan (3) (Priya)
# hak kebebasan bersuara terhad

Halangan yang ketiga ialah hak kebebasan bersuara adalah terhad dalam kalangan
etnik. Kebebasan bersuara adalah satu hak mutlak setiap insan. Hak kebebasan bersuara
diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia
Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dalam Perjanjian
Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politikal (ICCPR). ICCPR mengiktiraf hak
kebebasan bersuara sebagai “hak mendapatkan pendapat tanpa gangguan. Kesemua manusia
akan mempunyai hak untuk menyatakan pendapat”. Ciri-ciri penduduk Malaysia yang
pelbagai kaum telah menyebabkan sukarnya kebebasan bersuara diamalkan kerana adanya
kecenderungan berlaku perselisihan antara kaum itu sekiranya hak kebebasan telah
disalahgunakan dengan mengugut atau menghina kaum-kaum yang lain secara terbuka.
Sebagai contoh di pusat-pusat pengajian, akan berlakunya perselisihan faham apabila sesuatu
kaum itu cuba berkongsi pendapat atau pandangan mereka terhadap kaum lain.
Kejayaan Pendidikan (1) (maira)

# kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Antara kejayaan sistem pendidikan pada masa kini adalah Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi yang lebih dikenali sebagai KBAT. Bermula pada tahun 2013 sehingga ke hari ini,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi penekanan terhadap KBAT dalam
sistem persekolahan bagi menghadapi persaingan global yang semakin sengit dalam
persekitaran ekonomi yang dipacu oleh inovasi. Seterusnya, KBAT diterapkan dalam sistem
persekolahan supaya murid tidak hanya menghafal tetapi juga faham dan tahu apa yang
mereka pelajari dan menggunakan akal fikiran pada tahap yang tinggi dengan kemahiran
menilai, mengaplikasi, menganalisis dan mencipta. Ianya adalah untuk menghasilkan modal
insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21. Justeru itu, dalam
usaha mampu bersaing sebaris dengan negara termaju, sistem pendidikan negara perlu
berupaya melahirkan generasi muda berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan
kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global.

Kejayaan Pendidikan (2) (maira)


# pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL)

Perubahan suasana pembelajaran dalam sistem pendidikan negara akibat belakunya


penularan wabak koronavirus (COVID-19) memberikan kesan yang amat ketara dalam sistem
pembelajaran di Malaysia bagi golongan pendidik dan pelajar. Pengenalan sistem
pembelajaran secara terbuka dan jarak jauh atau lebih dikenali sebagai Open Distance
Learning (ODL) bukan lagi menjadi perkara baru sebagai kaedah pembelajaran yang
digunapakai bagi semua peringkat pengajian. Perubahan kaedah pembelajaran secara ODL
ini telah dilaksanakan disemua peringkat dalam sistem pendidikan negara melibatkan sesi
pembelajaran kanak-kanak tadika, pelajar sekolah rendah dan menengah serta mahasiswa
diperingkat universiti. Antara kelebihan proses pembelajaran menggunakan platform internet
adalah membolehkan pelajar memahami permasalahan nyata secara komunikasi maya.
Pelajar dapat merumuskan tujuan belajar dan merefleksi kembali apa yang dipelajari pada
bila-bila masa sahaja. Selain itu, para pelajar juga dapat belajar berkomunikasi diantara satu
sama lain tanpa mengira kaum dalam melakukan sesuatu kerja berkumpulan. Akhir kata,
setiap pihak perlu memainkan peranannya yang tersendiri sebagai medium perubahan kearah
menjadikan sistem pendidikan di Malaysia menjadi lebih baik dan memberi manfaat kepada
golongan pelajar dan pendidik.
Kejayaan Pendidikan (3) (fahda)

# penggunaan e-book

Malaysia pada masa kini sudah mula mengguna E-book lebih lagi dalam keadaan
pandemik ini, kita lihat bahawa E-book mudah dan senang untuk dapat maklumat dengan
mengunakan hujung jari sahaja. E-book memberi impak yang luar biasa pada kemajuan
teknologi dalam pendidikan. Sistem pembelajaraan ini dapat menarik minat pelajar untuk
meneroka pelbagai maklumat baru. Kesan kebaikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas ialah had tugasan dan sistematik kepada tenaga pengajar dalam
mencari maklumat pelbagai bahan dan untuk memulakan pembelajaran. Semua maklumat
tentang kaum,etnik dan akademik senang diperolehi pada bila-bila masa sahaja. Dengan ini
masyarakat berbilang kaum akan lebih memahami budaya kaum lain untuk saling
menghormati.

Rumusan (fahda)

Perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata mengalami banyak perubahan,


terutama sejak zaman penjajahan hinggalah zaman selepas merdeka. Perkembangan
masyarakat seiring dengan perkembangan dasar-dasar negara yang sentiasa ditambah baik bagi
memastikan keperluan rakyat terbela. Perubahan dalam sektor pendidikan menjadi intipati
penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah yang lebih baik kerana pendidikan
menjadi peneraju pembentukan masyarakat. Aspek-aspek murni amat ditekankan dalam
pendidikan kerana sebagai sebuah masyarakat majmuk, nilai-nilai murni perlu ada dalam diri
setiap masyarakat. Namun, walaupun banyak perubahan yang telah dilakukan kelemahan-
kelemahan masih lagi wujud dan perlu diambil serius oleh pihak kerajaan untuk
menyelesaikannya dengan segera. Kelemahan yang wujud umpama bara yang akan merebak
menjadi semakin besar, malah boleh menyebabkan perpecahan dalam masyarakat. Masalah-
masalah yang melibatkan isu-isu antara kaum perlu diselesaikan segera, bukan dibiarkan
senyap begitu sahaja. Oleh itu, untuk mencapai matlamat perpaduan negara yang kukuh,
seluruh masyarakat perlu berganding bahu, seiring dengan usaha murni kerajaan melalui dasar-
dasar dan rancangan baru. Mutu pendidikan yang sempurna serta hubungan masyarakat yang
harmoni menjadi tunggak kejayaan yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Anda mungkin juga menyukai