Anda di halaman 1dari 9

Isi Kandungan

Muka surat
Borang Maklum Balas

Soalan Kerja Kursus

Tugasan 2 : Penulisan Ilmiah

1.0 Pengenalan 2
2.0 Cabaran Integrasi
2.1 Dari segi Dasar Pendidikan Kebangsaan 3
2.2 Dari segi Keluarga dan Institusi Pendidikan Perkauman 4
2.3 Dari segi Keagamaan dan Kebudayaan 5
3.0 Usaha untuk menangani Cabaran 6
4.0 Kesimpulan 7
5.0 Rujukan 9

1
Tugasan 2 : Penulisan Ilmiah

Huraikan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dalam hubungan entik di Malaysia dan
cadangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi menangani cabaran-cabaran ini bagi
memastikan matlamat integrase nasional tercapai.

1.0 Pengenalan

Kewujudan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah daripada segi
budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik merupakan satu proses integrasi. Selain
etnik Melayu, Cina dan India, terdapat etnik-etnik lain seperti Orang Asli, Kadazandusun, Bajau,
Iban, Bidayuh dan lain-lain lagi. Hal ini telah menuntut satu pendekatan yang membolehkan ke
semua etnik ini dapat hidup bersama dan berusaha memajukan negara tanpa perasaan syak
wasangka dan tidak selamat. Menurut Shamsul Amri, 2007, perpaduan boleh diertikan sebagai
satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan
banggakan tanah air.

Menurut Ting Chew Peh (1987), proses mencapai sebuah masyarakat integrasi
bukanlah sesuatu yang mudah. Tidak dapat dinafikan kata-kata pengkaji Ting Chew Peh adalah
benar. Kita dapat lihat setiap kaum membawa hal masing-masing daripada pelbagai sudut
seperti sejarah, pendidikan, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya yang boleh dikatakan
bersifat perkauman. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ditubuhkan
bagi menjayakan program yang dapat memupuk perpaduan dan muhibah dalam masyarakat.

2
2.0 Cabaran Integrasi

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Keluarga dan Institusi Pendidkan Perkauman

Keagamaan dan Kebudayaan

Rajah 1 : Cabaran Integrasi

2.1 Dari Aspek Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dari aspek Pendidikan, cabarannya adalah aspek perbezaan dalam bahasa, budaya,
kepercayaan dan keturunan. Masyarakat sukar untuk menerima perubahan yang akan
dilaksanakan oleh kerajaan dalam dasar pendidikan, kerana masyarakat fikir ia adalah
penerimaan dan pengorbanan yang terpaksa menerima unsur-unsur kaum lain. Keadaan
tersebut sudah pasti akan mendapat tentangan dari pelbagai kaum sebagai satu elemen
bangsa, kepercayaan, budaya dan bahasa yang menebal dalam masyarakat masing-masing.

Cabaran yang seterusnya adalah menyediakan guru-guru bawah agen kerajaan untuk ,

menyampaikan dan melaksanakan dasar-dasar pendidikan kepada pelajar dan masyarakat

yang juga merupakan satu cabaran dalam mencapai perpaduan dan integrasi kaum. Guru perlu

sentiasa bersedia dengan pengalaman atau pengetahuan dalam menghadapi pelbagai situasi

di sekolah dan masyarakat serta memahami misi, matlamat dan objektif akhir dasar yang niat

3
pelaksanaan polisi yang dilaksanakan. Tambahan pula, kewujudan sekolah yang berbilang

kaum dan membawa bersama pelbagai komuniti melalui aktiviti ko-kurikulum sebab keputusan

integrasi dan perpaduan dalam pendidikan di Malaysia boleh dinilai dalam beberapa aspek

seperti matlamat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Kerajaan juga

membuat Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan tetapi

mereka masih belum mencapai matlamat yang diingini. Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996

memberi fleksibiliti kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis

Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk membuat bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar

dan mengurangkan penggunaan bahasa Inggeris membuat. Oleh itu, sehingga kini kerajaan

melalui perubahan dasar pendidikan masih belum mencapai matlamat menjadikan bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar utama pengantar di semua sekolah di negara ini. Hal Ini

kerana, semua orang cuba untuk menjustifikasikan bahasa mereka sendiri dan kepada integrasi

yang mendalam antara kumpulan etnik di negara ini. (Riduan Tee, 2010: 69) Oleh itu, dasar

kerajaan melalui Prasekolah Kebangsaan Kurikulum Standard (KSPK) dan Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) adalah sangat tepat yang menggabungkan nilai-nilai sebagai muda

lagi.

2.2 Dari segi Keluarga dan Institusi Pendidikan Perkauman

Menurut Neena Sharma (1985), pengaruh keluarga amat dominan dalam sosialisasi politik,
dengan tidak menafikan pengaruh agen-agen lain seperti sekolah, media massa, rakan sebaya,
parti politik dan sebagainya. Menurut Hyman (1959), kanak-kanak dengan mendengar
perbualan ibu bapa ketika bersarapan, makan tengah hari, ataupun makan malam, kanak-
kanak akan mula membentuk corak pemikiran mereka. Hal ini kerana ibu bapa merupakan
contoh yang baik dalam mata kanak-kanak dan mereka harus mengikuti. Tambahan pula,
pengaruh keluarga memainkan peranan dalam membentuk hubungan mereka dengan jiran,
orang lain, undang-undang tempatan dan masyarakat. Keluarga merupakan kumpulan sosial
yang pertama dalam mempengaruhi kehidupan seseorang kanak-kanak. Dalam proses
sosialisasi, ibu bapa dan saudara mara adalah antara terdekat yang mendidik dan berinteraksi
dengan mereka. Ibu bapa perlu memberikan Pendidikan formal kepada kanak-kanak kerana

4
Pendidikan formal dapat membezakan antara orang yang mempunyai ilmu dengan orang yang
tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam
dalam menanamkan kepercayaan politik secara formal melalui perancangan secara sedar dan
secara tidak formal melalui pengalaman. Sekolah boleh mensosialisasikan mereka semula
mengikut kumpulan yang sama sehingga melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
untuk pelajar yang mempunyai perbezaan latar belakang politik dan sosial.

2.3 Dari segi Keagamaan dan Kebudayaan

Perbezaan nilai dan agama setiap kumpulan etnik boleh dilihat dari segi agama, kebudayaan
dan Bahasa yang berbeza iaitu orang Melayu, Cina dan India terus dengan sistem hidup yang
berteraskan kebudayaan dan tradisi mereka. Setiap kaum mempertahankan kebudayaan dan
adat resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan
mereka sahaja yang terbaik. Tambahan pula, kewujudan akhbar yang pelbagai Bahasa dengan
mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik
masing-masing.

Cabaran ini merupakan satu faktor yang tidak dapat dielakkan kerana semua kaum
mempunyai kepercayaan, budaya dan agama mereka yang tersendiri. Mereka mempunyai
semangat yang menebal terhadap kebudayaan mereka dan Bahasa mereka dan mereka hanya
ingin menggunakan Bahasa mereka serta tidak mahu membuka dunia budaya mereka kerana
beranggapan identity bangsa mereka akan hilang dan tiada lagi keistimewaannya jika terdapat
yang lain selain bangsa mereka. Hal ini adalah bagai katak di bawah tempurung. Selain itu,
terdapat juga Batasan dan peraturan sosial yang perlu diambil kerana perbezaan budaya yang
menyebabkan masyarakat tidak saling tolong-menolong atau saling bertanya khabar kerana
mereka tidak kesah tentang hal bangsa lain.

5
3.0 Usaha untuk menangani cabaran
S
g
e
K
k
u
n
o
a
M D
d
lit
Jti
1
p
s
y
r
PE
m
T
B
A

Rajah 2 : Usaha dalam menangani cabaran integrasi

Dari segi Dasar Pendidikan, semua sekolah di Malaysia menggunakan sukatan pelajaran yang
sama, kurikulum yang sama, peperiksaan yang seragam, dan Bahasa Kebangsaan sebagai
bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara. Persamaan dan keseragaman
dalam sistem pendidikan negara dapat mempercepatkan lagi perpaduan dan integrasi nasional.

Dari segi menghilangkan jurang ekonomi antara kaum, pembahagian ‘Kek Ekonomi‘
mestilah dibuat dengan cara yang adil dan sesuai dengan keperluan kaum yang ada di
Malaysia. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada
tahap yang berbeza. Dalam masa kerajaan membantu kaum bumiputera yang layak, kaum-
kaum lain yang miskin juga turut dibantu untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini
selaras dengan konsep 1 Malaysia iaitu kerajaan mengambil tindakan –tindakan berdasarkan
kehendak semua kumpulan etnik.

6
Dari segi mengamalkan toleransi budaya dan agama, kita perlu memberi ruang kepada
semua kaum untuk mengamalkan budaya dan agama masing-masing tanpa gangguan atau
campurtangan antara satu sama lain. Sebarang masalah yang wujud hendaklah diselesaikan
secra bijak dan toleransi agar perpaduan dan integrasi nasional terus terpelihara.

Dari segi kuasa politik, para pemimpin tiga kaum utam Malaysia iaitu Melayu termasuk
bumiputera Sabah dan Sarawak, Cina dan India telah menyedari bahawa tolak ansur dan
perkongsian kuasa amat perlu dijaga dan dilaksanakan dengan adil bagi mengelakkan
berlakunya perebutan kuasa dan perpecahan.Para pemimpin yang memerintah negara pula
hendaklah mewakili semua kaum dan bukan tertumpu.kepada satu kaum sahaja.

Dari segi memperkenalkan konsep 1 Malaysia, 1 Malysia bermatlamat untuk


mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini
menjadikekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara bekalan terbaik
kita untuk menghadapi sebarang cabaran.Hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai
kaum ini dapat diperkukuhkan lagi sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman
dan cabaran yang bertujuan menggugat keejateraan hidup mereka.

Dari segi kegiatan sukan sebagai alat perpaduan dan integrasi, aktiviti sukan dapat
memupuk perpaduan dan integrasi nasional. Melalui kegiatan sukan yang dijalankan, semua
kaum terlibat dalam aktiviti tersebut. Pergaulan dan perhubungan secara langsung tersebut
dapat mengeratkan lagi kerjasama serta menyemarakkan lagi semangat perpaduan kaum.
Sukan MSSM dan SUKMA adalah contoh bagaimana perpaduan dan integrasi nasional dapat
diwujudkan.

4.0 Kesimpulan

Jayum (2003) memetik kata-kata Furnival yang berbunyi: “they mixed but were not united, they
lived side by side yet devided in the same political system, each held steadfastly to their own
culture, religion and language, they met in supermarkets while doing their shopping and after
that each returned to their own places, in the field of work, there is clear division of job based in
their racial background”.

Bagi mencapai penyatuan dan integrasi negara bukan satu tugas yang mudah. Proses
untuk mencapai penyatuan dan integrasi mengambil masa yang lama dan memerlukan reka
bentuk yang teliti, sesuai dan berhemat. Pendidikan adalah bidang yang paling penting dan
sesuai untuk mencapai empayar keinginan menyatukan dan mengintegrasikan pelbagai orang.

7
Walau bagaimanapun, pelbagai pendidikan asas telah direka dan dilaksanakan di tertinggi
mengikut mood dan keadaan semasa untuk mencapai matlamat tersebut. Setiap asas yang
dipegang oleh kerajaan menghadapi cabaran yang berbeza daripada rakyat pelbagai di negara
ini. Sering faktor kepentingan sendiri mementingkan diri terhadap orang-orang di negeri ini
untuk menjadi sesuatu halangan zaman kegemilangannya asas. Malah, untuk mencapai
penyatuan mutlak semua pihak perlu meletakkan kepentingan negeri atas dirinya dan kaumnya.
Kalaulah sikap ini tidak boleh diamalkan oleh semua orang, keinginan untuk mencapai
perpaduan dan integrasi di negara ini adalah hanya angan angan yang tidak mungkin dicapai.

8
5.0 Rujukan

Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah (2016). Putrajaya: Bahagian Pembangunan

Kurikulum.

Hyman, H. H. 1959. Political Socialization, A Study in the Psychology of Political Behaviour.

New York: The Free Press.

Jayum A. Jawab, 2003. Malaysian Politics & Government. Selangor: Karisma Publications Sdn

Bhd.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2010). Program Cabaran Integrasi antara kaum di Malaysia:
Perspektif Sejarah, Keluarga dan Pendidikan. Jurnal Hadhari 2 (1). ms 61-84. ISSN 1985-6830

Neena Sharma. 1985. Political Sosialization and Its Impact on Attitudinal Change Towards

Social and Political System: A Case Study of Harijan Women of Delhi. New Delhi: M.C. Mittal.

Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Putrajaya: Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia

Ting Chew Peh. 1987. Hubungan Ras dan Etnik. Kuala Lumpur: Pustaka Dimensi.

Anda mungkin juga menyukai