Anda di halaman 1dari 15

IPGM KAMPUS TEMENGGONG

IBRAHIM
JALAN DATIN HALIMAH, 80350,
JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL
TAKZIM

KERJA KURSUS

PENULISAN ILMIAH
(LAPORAN E-MAJALAH)
PENDIDIKAN LESTARI ALAM
SEKITAR (LASS3013)

NAMA : MUHAMAD SYAHMI RIFQI BIN SHARIMAN


NO IC 990613065487
ANGKA GILIRAN 20018122340078
PROGRAM/OPSYEN : PISMP SAINS 2
KURSUS : PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR
KOD KURSUS : LASS3013
1.0. PENGENALAN

Persekitaran adalah ruang yang penting kepada kehidupan komuniti kerana, secara
normatifnya, persekitaran yang bersih boleh menjamin keselesaan dan kesejahteraan hidup
penghuni. Keadaan persekitaran yang bersih adalah hasil daripada usaha menjaga dan
memelihara kebersihan ruang peribadi, sepunya dan awam oleh pelbagai peringkat komuniti
dan pihak berkuasa. Usaha menjaga dan memelihara ruang persekitaran ini berkait dengan
soal kesedaran dan sikap komuniti untuk memastikan persekitaran itu sentiasa bersih dan
sihat untuk didiami.

Kemerosotan alam sekitar adalah kemerosotan (menyebabkan kerosakan degeneratif) alam


sekitar melalui keletihan aset semulajadi seperti air, tanah, dan udara termasuk ekosistem,
pencerobohan habitat, pemusnahan hidupan liar, dan pencemaran alam sekitar. Ia adalah
perubahan yang jelas dalam persekitaran yang dianggap tidak diingini atau merosakkan.
Degradasi alam sekitar telah menangkap perhatian dunia dan tindakan dan dasar yang
diperlukan telah ditubuhkan untuk mengawal keadaan. Peningkatan penduduk sejak
bertahun-tahun telah menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang pesat menerusi
penggunaan sumber-sumber pengurangan sumber dan teknologi pencemaran. Usaha am
yang digunakan untuk mengatasi ancaman ini adalah pengurusan dan perlindungan alam
sekitar.

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa persekitaran yang bersih boleh menjamin
keselesaan dan kesejahteraan hidup penghuninya. Walau bagaimanapun, keadaan
persekitaran yang bersih adalah alam sekitar yang bebas dari sebarang bentuk pencemaran
yang memerlukan usaha pemeliharan berterusan dilakukan. Walaupun pelbagai usaha telah
dan sedang dilaksanakan, namun alam sekitar masih menghadapi masalah yang semakin
serius. Antara masalah berkaitan alam sekitar adalah pencemaran udara, pencemaran air di
sungai, kekurangan bekalan air, pencemaran laut dan penggondolan hutan (Mohammad Zin
Nordin et al., 2003).

Banyak kajian merumuskan bahawa isu pencemaran alam sekitar ini berpunca daripada
perlakuan aktiviti manusia sendiri. Alam sekitar tercemar kerana aktiviti manusia yang lebih
mementingkan keuntungan tanpa memikirkan kesan ke atas persekitaran dan kehidupan
pada masa hadapan (Mohd. Najib Abdul Ghafar, 1999). Ia juga berkaitan nilai dan cara
hidup yang tidak mesra kepada penjagaan persekitaran (Ong Choon Nam, 2010). Harus
diakui bahawa pencemaran adalah disebabkan oleh perbuatan manusia sendiri, misalnya,
pencemaran udara adalah hasil daripada perlepasan asap kenderaan.

Jerebu pula adalah oleh aktiviti pembakaran secara terbuka oleh manusia, bukannya secara
semula jadi. Pencemaran air berlaku disebabkan pembuangan sampah dan kumbahan air
ke sungai dan laut. Pencemaran tanah pula berlaku disebabkan penggondolan hutan,
pembuangan sisa pepejal dan kimia dan sebagainya. Menurut Norian (2005), lanskap alam
sekitar di Malaysia telah banyak berubah akibat daripada aktiviti manusia seperti pertanian,
perlombongan, pembukaan tanah, aktiviti pembalakan, pertanian pindah dan perbandaran
dan aktiviti ini telah menyumbang kepada masalah pencemaran alam sekitar. Kesan-kesan
pencemaran ini memang banyak. Alam sekitar yang tercemar boleh mengancam kesihatan
manusia. Banyak penyakit adalah berpunca daripada alam sekitar yang tercemar.
Menyedari hal- hal ini, satu inisiatif telah dilakukan oleh kami dimana satu bentuk majalah
digital telah dirangka, dirancang dan diterbitkan. Langkah ini merupakan satu usaha
menyampaikan pengetahuan sekaligus memberikan kesedaran kepada masyarakat tanpa
mengira bangsa terhadap alam sekitar dalam aspek degradasi biodiversiti.

2.0. NAMA PROJEK

Nama projek yang dihasilkan adalah E-Majalah Isu Degradasi Biodiversiti Alam Sekitar Di
Malaysia. Projek ini dilakukan sebagai satu inisiatif pelajar untuk menerapkan kesedaran
kepada para warga kampus mengenai degradasi biodiversiti dan kesannya. Pada hari ini,
negara telah sedang sedaya upaya memerangi Covid-19 dan ini sedikit sebanyak telah
merencatkan aktiviti bebas masyarakat termasuk warga kampus. Namun demikian, ini tidak
bermakna kita boleh melupakan tugas kita dalam menjaga alam ini. Hal ini kerana
sebagaimana yang telah diwarta di dalam Islam dan turut dijelaskan di dalam Al-Quran
dimana manusia ini dijadikan hanya untuk beribadat kepada Allah dan mereka juga adalah
khalifah yang mana memakmurkan bumi Allah. Oleh itu, menjaga kesejahteraan alam ini
merupakan tugas kita sebagai manusia yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T . Oleh itu
langkah memelihara dan memulihara ini tdak boleh terhenti hanya disebabkan oleh
pandemik yang melanda kita. Oleh itu kami telah menyediakan satu alternatif lain dalam
menyampaikan imput mengenai alam sekitar dimana para warga kampus tidak perlu
bergerak dan hanya perlu mengakses untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan ini secara
atas talian.
Sebagaimana yang telah sedia maklum, majalah ini diterbitkan secara digital dan boleh
diakses secara online. Langkah dan pendekatan ini diambil bagi tujuan mengekalkan
amalan kelestarian dalam kalangan warga kampus IPGKTI. IPGKTI merupakan saah satu
IPG yang telah berjaya mengamalkan konsep kelestarian dengan baik. Konsep
mengekalkan kehijauan kampus terus dilaksanakan dengan baik dan dirancang dengan
sangat baik. Hal ini terbukti apabila IPGKTI berjaya dilabelkan sebagai IPG Lestari dan
mempunyai hubungan baik dengan pelbagai NGO Alam Sekitar sekitar seperti WHO dan
sebagainya. Oleh itu dengan aternatif yang dilakukan ini, secara tidak langsung, kita dapat
meneruskan amalan kelestarian di dalam kampus iaitu mengurangkan penggunaan kertas.

3.0. TARIKH PELAKSANAAN PROJEK

Gerak kerja bagi menghasilkan E-Majalah Isu Degradasi biodiversiti di malaysia ini telah
bermula sejak 17 November 2021 dan berakhir pada 15 Disember 2021. Tempoh bagi
menghasilkan majalah ini adalah selama 6 minggu.

4.0. TEMPAT PELAKSANAAN PROJEK

Pelaksanaan projek ini dilakukan secara atas talian iaitu menggunakan beberapa aplikasi
digital. Tiada sesi turun padang dan melakukan tinjauan secara nyata dilakukan sepanjang
menjalankan projek ini. Hal ini kerana terbatas dengan pergerakan pelajar dan segala isu
diambil berdasarkan kajian yang dilakukan secara atas talian. Selain itu juga, sesi
perbincangan bercara ahli kumpulan dan pensyarah juga dilakukan secara atas talian iaitu
dengan menggunakan aplikasi Whatsapps.

5.0. MATLAMAT

Maklamat dan objektif projek dijalankan adalah untuk:

1. Menjelaskan maksud biodiversiti dan isu kemerosotan biodiversiti yang berlaku di


Malaysia.
2. Menjelaskan punca bagaimana terjadinya kemerosotan biodiversiti.
3. Menjelaskan kesan jika isu kemerosotan biodiversiti di Malaysia tidak dibendung.
4. Memberikan cadangan penyelesaian untuk memelihara dan memulihara biodiversiti
yang wujud di Malaysia.
6.0. SASARAN

E- Majalah digital ini dihasilkan pada peringkat awal ini disasarkan kepada warga kampus
IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor (IPGKTI). Sebagaimana yang sedia maklum,
IPGKTI merupakan salah sebuah kampus yang mengamalkan amalan hijau dan kelestarian.
Berdasarkan satu sesi soal selidik yang telah dijalankan, didapati warga kampus IPGKTI
mempunya pengetahuan asas mengenai amalan kelestarian namun masih kurang dari
aspek kesedaran. Buktinya, usaha untuk mengekalkan kelestarian maktab terus bergerak
dengan sangat baik dan usaha ini telah berjaya menarik minat pelajar dan akhirnya berjaya
menubuhkan sebuah persatuan alam sekitar yang lebih dikenali sebagai Evoliti. Melalaui
penubuhan persatuan ini, pelbagai langkah yang lebih drastik telah berjaya dilakukan
dengan bantuan dan hubungan baik antara WHO. Evoliti merupakan sebuah persatuan
alam sekitar IPGKTI yang dikawal selia sepenuhnya oleh Jabatan Sains dan Jabatan Sains
Sosial. Melalui langkh ini, objek utama IPGKTI adalah untuk melahirkan bakal guru yang
mampu meneruskan usaha melestarikan alam sekitar di luar melalui pendidikan alam
sekitar. Namun pada akhir-akhir ini, gerakan dan usaha bagi mengekalkan alam sekitar
serta kesedaran dalam kalangan warga IPGKTI makin berkurangan. IPG Kampus
Temenggong Ibrahim Johor merupakan sebuah institut pengajian tinggi yang terletak di
tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru dimana berfungsi dalam menghasilkan bakal-bakal
pendidik. Guru merupakan agen perubahan kepada masyarakat melalui pendidikan (Norian,
2005). Dengan pendedahan dan pengetahuan yang baik dalam aspek alam sekitar dan
biodiversiti ini, para siswa siswi bakal guru dalam mengimplimentasikan konsep ini ketika
mengajar sebagai salah satu elemen merentas kurikulum dengan baik. Dengan cara ini para
siswa siswi bakal guru dapat memupuk semangat cinta alam sekitar yang jitu dalam diri
pelajar dan sekaligus dapat mengubah perspektif masyarakat untuk lebih menghargai alam.

7.0. PELAKSANAAN

Projek E-Majalah merupakan salah satu aplikasi atau bahan ilmiah yang direka bentuk
secara digital. Mereka bentuk projek ini dilakukan sepenuhnya secara digital dan turut
diterbitkan secara atas talian. Oleh itu model gerak kerja yang dipilih dan diguna pakai
sepanjang proses membina E-Majalah ini adalah menggunakan Model ADDIE.

7.1. Model ADDIE

Selari dengan kehendak semasa pendidikan di Malaysia, saya telah menggunapakai


model reka bentuk ADDIE sebagai panduan dalam membina bahan inovasi
pembelajaran yang menggunakan media dan teknologi. Model ADDIE adalah
berlandaskan behaviorisme, cetusan idea yang dikembangkan oleh Dick dan Carry
(1996) untuk merancang sistem pembelajaran yang baik. Istilah ADDIE adalah
singkatan kepada akronim bagi Analyze (Analisis), Design (Reka Bentuk), Develop
(Perkembangan), Impliment (Pelaksanaan), dan Evaluate (Penilaian). Lima akronim
ini menggambarkan bahawa model ini menekankan kepada lima fasa yang berkait
antara satu sama lain bagi memandu ke arah pembelajaran dan pengajaran yang
berkesan (Abdul Ghani Abdullah, 2010).

Satu kajian telah dijalankan oleh Youngmin Lee di Emporio State University Korea
Selatan ke atas pelajar kejuruteraan mekanikal di sekolah tinggi Korea Selatan di
mana sekolah tersebut telah melengkapkan kemudaham kelas multimedia dan
proses pengajaran dan pembelajaran telah berlangsung menggunakan “PowerPoint”.
Namun, pelajar masih tidak menunjukkan minat untuk belajar dengan tidur di dalam
kelas, melayari internet atau bersembang semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Bagi mengatasi masalah berkenaan, pengkaji telah menggunapakai
model ADDIE di dalam proses pembelajaran dan pengajarannya terhadap mereka.
Hasilnya, pelajar menjadi bermotivasi untuk belajar dan tidak lagi tidur di dalam kelas
serta dapat meningkatkan kualiti pembelajaran (Abdul Ghani Abdullah, 2010).

Justeru, jelaslah bahawa penggunaan model ADDIE di dalam proses pembelajaran


dan penyampaian maklumat berkonsepkan inovasi media dan teknologi terbukti
berkesan dan sangat efektif. Bersandarkan kepada kajian itu juga membuatkan kami
memilih model reka bentuk tersebut.. Model ADDIE adalah berlandaskan
behaviorisme, cetusan idea yang dikembangkan oleh Dick dan Carry (1996) untuk
merancang sistem pembelajaran. Istilah ADDIE merupakan satu akronim bagi
Analysis (analisis), Design (reka bentuk), Development (pembangunan),
Implementation (pelaksanaan), dan Evaluation (penilaian).

7.2. Fasa Analisis (Analysis)

Fasa ini melibatkan beberapa proses penentuan serta mengenal pasti masalah atau
isu alam sekitar dari aspek degradasi biodiversiti yang ingin diketengahkan. Untuk
mengenal pasti masalah-masalah dan isu-isu yang berkaitan, beberapa analisis
dilakukan terhadap beberapa aspek, antaranya analisis terhadap isu terkini
mengenai degradasi biodiversiti sama ada dari aspek punca, kesan ataupun
langkah, dan mengenal pasti matlamat projek E-Majalah ini dihasilkan. Bagi
memastikan matlamat dan objektif yang ditetapkan tercapai, proses mengenal pasti
kumpulan sasaran dilakukan. Hal ini penting bagi menentukan bentuk dan kaedah
yang paling bersesuian untuk digunakan dalam menyampaikan imput melalui projek
ini. Secara ringkasnya, dalam konteks reka bentuk projek E-Majalah ini, proses
analisis yang perlu dilakukan adalah melibatkan tiga aspek utama iaitu:
1. analisis konsep degradasi biodiversiti
2. analisis terhadap isu degradasi biodiversiti
3. analisis terhadap latar belakang kumpulan sasaran.

Untuk pengetahuan, projek ini telah dijalankan secara berkumpulan. Pada peringkat
ini juga, aktiviti pengagihan subtajuk dijalankan. Setelah itu, satu objektif bagi setiap
subtopik dilakukan dimana objektif tersebut harus selari dengan objektif asal projek
tersebut. Setiap gerak kerja yang dijalankan setelah itu akan bergerak mengikut
subtopik masing-masing bermula dengan mengenal pasti isu sehingga
menggabungkan semua hasil kerja membentuk satu majalah digital yang lengkap
mengenai degradasi biodiversiti.

7.3. Fasa Reka Bentuk Perisian (Design)

Setelah melakukan proses analisis, segala input yang diperoleh itu digunakan untuk
mereka bentuk sebuah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian. Ianya
adalah fasa ke-2 di dalam model ADDIE. Proses reka bentuk memainkan peranan
penting bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai. Fasa kedua ini bertujuan
menentukan dan mereka kaedah instruksional yang akan digunakan. Dalam proses
mereka bentuk projek E-Majalah, fasa ini akan menjawab persoalan yang
dikemukakan dari fasa analisis. Dalam mereka bentuk perisian beberapa aspek
ditekankan iaitu menentukan objektif yang lebih berfokus dan lebih khusus dalam
penyampaian, pemilihan strategi reka bentuk dan pembinaan grafik. Objektif
penyampaian yang khusus haruslah bertepatan dengan matlamat hasil umum iaitu
untuk memberikan kesedaran dan pengetahuan mengenai alam sekitar perlu selari
strategi beserta kaedah. Dalam fasa ini juga, segala bentuk rujukan dan isi akan
dicari. Pelbagai sumber seperti jurnal, kajian, laman-laman sesawang, petikan akbar,
dan buku akan diteliti bagi memperolehi imput dalam penulisan yang hendak
dilakukan. Isi dan isu yang terkini diselidik dan dikenal pasti bagi memastikan faktar
yang diberikan adalah tepat dengan peredaran dan perkembangan masa.

7.4. Fasa Pembangunan Perisian (Development)

Fasa perkembangan berfungsi sebagai penyambung kepada fasa sebelumnya iaitu


reka bentuk pembelajaran. Kesinambungan di antara kedua-dua fasa ini penting
sebelum sesuatu proses pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan. Penerangan di
bawah merupakan sebahagian daripada fasa perkembangan yang dilakukan. Dalam
fasa ini, aplikasi untuk membangunkan aplikasi E-Majalah ini dipilih. Pemilihan
aplikasi ini dipilih mengikut konsep, tema dan pendekatan yang ingin digunakan.

1. Pembinaan Tapak Projek

Aplikasi yang dipilih untuk membina dan membangunkan projek ini adalah
Canva. Dalam langkah pembinaan tapak ini, tema design bagi projek ini
dipilih. Pemilihan tema amat penting bagi memastikan E-Majalah ini dapat
menarik minat pengguna dan pembaca. Konsep dan pendekatan yang
digunakan adalah dengan memperbanyakkan unsur grafik. Dengan cara ini
pembaca tidak bosan dan akan terus berminat untuk meneruskan
pembacaan supaya segala imput yang ingin disampaikan berjalan dengan
lancar. Tema yang diketengahkan dalam pembinaan projek ini adalah tema
alam flora dan hidupan. Konsep kehijauan digunakan bagi menarik minat
pembaca dan tema tersebut bertepatan dengan tajuk yang dipilih.

2. Pemilihan Unsur Grafik

Matlamat utama E-Majalah ini diterbitkan adalah untuk memberikan


kesedaran kepada warga kampus terhadap degradasi biodiversiti. Oleh itu
dengan pendekatan yang lebih menekankan kepada unsur grafik, maka
pemilihan unsur grafik yang tepat telah dipilih bagi memastikan imput dapat
diterima dengan jelas. Grafik yang berbentuk gambar telah diambil dari
pelbagai keratan akhbar dan bertepatan dengan isu yang ingin diutarakan.
Dengan itu selain daripada membaca, pembaca juga dapat memahami
situasi sebenar bagi sesetengah isu, kesan dan tindakan yang boleh diambil
(Abdul Ghani Abdullah, 2010)

3. Memasukkan Imput
Sebagaimana yang telah dinyatakan, projek ini telah dibina dengan
menggunakan aplikasi Canva. Setelah mendapatkan semua imput dan bahan
sebagaimana yang telah dirancang, kesemua imput tersebut akan
dimasukkan ke dalam Canva tersebut. Penyesuaian dan pemilihan tulisan
serta warna dilakukan. Warna dan tulisan memainkan peranan penting
dimana dengan penggunaan tulisan yang jelas, para pembaca akan lebih
mudah memahami konsep dan isi kandungan yang ingin disampaikan.
Dengan pemilihan jenis tulisan yang salah, berkemungkinan besar situasi
dimana salah memahami konsep boleh berlaku. Disamping itu, elemen
kreativiti turut perlu dititikberatkan semasa menjalankan sesi pemilihan jenis
tulisan. Hal ini bagi menarik minat pembaca dan menyedapkan mata mereka
semasa melakukan pembacaan. Penyusunan ayat juga merupakan hal yang
penting bagi memastikan setipa isi kandungan yang dingin disampaikan
dapat disampaikan dengan baik. Penggunaan ayat yang ringkas serta
berperenggan juga memudahkan para pembaca untuk meneruskan
pembacaan mereka.

7.5. Fasa Pelaksanaan Perisian (Implementation)

Perisian yang siap dibangunkan akan dipersembahkan dan dilaksanakan mengikut


keperluan kumpulan sasar (warga kampus) yang telah dirangka sebelum ini. Setelah
selesai melakukan langkah pembunganan iaitu dengan mengisi semua maklumat
yang ingin disampaikan, semua helaian muka surat majalah tersebut akan dimuat
naik ke dalam aplikasi Anyflip. AnyFlip ialah platform penerbitan digital yang boleh
digunakan oleh semua orang untuk membuat dan menerbitkan buku selak dengan
cepat. Aplikasi ini membolehkan pengguna mencari maklumat dan rujukan dalam
format buku yang tidak memerlukan aktiviti muat turun. Bagi menggunakan aplikasi
ini, kita hanya perlu memuat naik PDF dalam talian, kemudian AnyFlip menukarnya
secara automatik menjadi buku flip. Tiada kemahiran reka bentuk diperlukan,
pengguna dibenarkan menggunakan templat, tema dan adegan dinamik yang
disediakan oleh AnyFlip. Oleh sebab itu aktiviti mereka bentuk dan membina perisian
dilakukan hanya di Canva. Tujuan menggunakan anyflip adalah sebagai platform
untuk menerbitkan majalah yang telah dihasilkan. Dalam erti kata lain, para pembaca
boleh membuat bacaan melalui aplikasi Anyflip yang boleh diakses di Google atau
perkongsian pautan. Semua kekurangan dan kelemahan yang timbul akan
dikenalpasti dan seterusnya dibaiki semula dan diuji lagi sehingga ianya ternyata
berkesan sebelum dapat digunakan secara menyeluruh (Abdul Ghani Abdullah,
2010). Ini merupakan langkah terakhir yang dilakukan sebelum majalah tersebut
diterbitkan secara rasmi di atas talian. Berikut merupakan jadual gerak kerja yang
telah dirancang:
7.6. Fasa Penilaian (Evaluation)

Penilaian dijalankan untuk mengukur dan mendapatkan maklum balas pengguna


modul terhadap keseluruhan rangka kursus. Penilaian berbentuk formatif telah
dijalankan supaya ia dapat membantu pembangun dalam menghasilkan perisian
yang lebih berkualiti dan menepati kehendak pengguna sebenar apabila ianya
digunakan oleh kumpulan pengguna sasaran kelak. Selain itu, penilaian ini akan
dilakukan secara sumatif iaitu dijalankan pada hujung semester yang merangkumi
keseluruhan tajuk bagi memastikan modul tersebut efisyen dan berkesan, juga
pelajar dapat menguasai modul yang dibina dan direkabentuk.

Setelah selesai menerbitkan majalah tersebut, satu set soal selidik telah diberikan
kepada beberapa orang responden. Soal selidik ini dilakukan bertujuan untuk melihat
sejauh mana tahap keberkesanan projek ini terhadap warga kampus. Soal selidik
tersebut telah diberikan melalui aplikasi google form.

Dapatan soal selidik ini mendapati secara umumnya bahawa projek E-Majalah ini
telah disusun dan dihasilkan dengan menarik dan berkemungkinan mampu menarik
lebih ramai warga kampus untuk mendapatkan maklumat melalui hasil pembacaan
daripada majalah tersebut.

Berdasarkan hasil soal selidik yang telah dijalankan, majoriti para pembaca
berpendapat bahawa majalah yang telah dihasilkan ini sangat mudah difahami.
Antara faktor yang menyebabkan para pembaca ini mudah untuk memahami isi
kandungan majalah ini adalah penyusunan subtopik yang teratur dimana ianya
dimulai dengan pengenalan yang menerangkan maksud dan definisi degradasi
biodiversiti dan diikuti dengan isu, punca, kesan dan langkah yang boleh diambil
untuk mengawal krisis degradasi biodiversiti. Selain itu juga, kaedah penulisan yang
teratur iaitu dengan mengambil pendekatan melakukan penulisan yang ringkas
berbantukan unsur grafik yang menarik dan tidak melerek memboleh para pembaca
memahami konsep dan isi kandungan dengan baik. Ini dibuktikan dengan hasil
dapatan soal selidik di bawah:
Menerusi soal selidik ini juga, didapati bahawa majalah yang telah dihasilkan ini
mempunyai maklumat yang berguna dan padat. Hal ini dapat dilihat dimana majalah
tersebut memggunakan isu-isu terkini. Selain itu juga, isi kandungan yang dibuktiian
dengan statistik juga telah dimasukkan dengan sistematik. Selain itu juga, maklumat
dan fakta yang diberikan diperkukuhkan dengan hasil kajian yang telah dilakukan.

Sebagaimana yang sedia maklum, majalah yang diterbitkan kali ini menggunakan
pendekatakan unsur grafik yang menarik dalam menyampaikan maklumat. Hal ini
dapat dilihat dimana di awal peringkat pembinaan, kami telah memperuntukkan
tuang hanya untuk mencari unsur grafik yang menarik berdasarkan isu yang terkini.
Gambar rajah yang digunakan akan diambil daripada keratan-keratan akhbar yang
terkini mengenai berita-berita alam sekitar. Selain itu juga, pemilihan tema yang
bertepatan juga merupakan salah satu faktor yang membawa kepada keberjayaan
majalah ini mencuri hati para pembaca.

8.0. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Setiap hasil ciptaan pasti akan terdapat kekurang yang terselit. Salah satu kekurangan yang
terdapat dalam projek E-Majalah adalah projek ini tidak dijalankan secara kajian lapangan.
Setiap isu yang telah digunakan adalah hasil pencarian maklumat dari internet sahaja.
Dengan cara ini, kita tidak dapat mengetahui secara mendalam mengenai isu yang
dinyatakan. Tidak disangkal walaupun isu yang dikemukakan tersebut turut diselidik melalui
maklumat dan hasil kajian yang lain, namun ianya hanyalah teori dan kemungkinan yang
hanya disimpulkan berdasarkan konsep asal.

Oleh itu antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan adalag dengan
menjalankan kajian lapangan bagi mengenal pasti isu yang benar-benar berlaku di sekitar
kita. Bagi memperolehi maklumat tambahan seperti punca, faktor dan langkah-langkah,
kaedah soal selidik dan temu bual boleh dilakukan terdapat pihak-pihak yang terlibat secara
langsung ataupun tidak. Dengan cara ini kita dapat mendapatkan pendapat dari pelbagai
pihak sebelum dikaitan dengan konsep alam sekitar yang sedia ada. Selain itu dengan
menjalankan sesi kajian lapangan juga, kita dapat mengenal pasti isu yang terbaharu dan
yang sedang berlaku. Hal ini dapat membuka mata pihak berkuasa yang masih tidak
mengambil sebarang tindakan terhadap jenayah alam sekitar ini disamping dapat membuka
mata masyarakat di luar mengenai tanggungjawab yang harus dipikul oleh semua lapisan
masyarakat bagi memastikan flora dan fauna dapat dikekalkan sekaligus dapat meneruskan
keseimbangan ekosistem yang mana salah satu anggota dalam ekosistem tersebut adalah
manusia itu sendiri.

9.0. KESIMPULAN

Kesimpulannya, Projek E-Majalah Isu Degradasi Biodiversiti Di Malaysia ini sedikit sebanyak
dapat membantu memberikan kesedaran walaupun hanya di peringkat kampus. Hal ini
kerana walaupun hanya di peringkat kampus, namun sebagaimana yang sedia maklum
IPGKTI merupakan institut pendidikan guru yang akan melahirkan para pendidik. Penerapan
kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar serta flora dan fauna dalam diri siswa siswi
guru dalam memberikan gambaran kepada mereka betapa pentingnya penerapan nilai
menghargai alam sekitar sebagai elemen merentas kurikulum semasa menjalankan sesi pdp
baik di dalam kelas nahupun diluar kelas. Menerusi pendidikan terutama di peeringkat
rendah, murid-murid akan mula didedahkan mengenai isu-isu di sekeliling mereka yang di
dalam mahupun di luar negara. Dengan pengalaman amalan dan nilai menghargai alam
sejak dari kecil, para pelajar dalam mengimplimentasikan amalan kelestarian dalam
kehidupan sehari secara berterusan. Hal ini menunjukkan bahawa guru mempunyai peranan
sendiri dalam mengubah dan melahirkan generasi yang bertanggungjawab terhadap alam
dan melalui penghasilan majalah ini, usaha dapat diperkemaskan dengan memantapkan
pengetahuan dan kesedaran para bakal guru dahulu.
RUJUKAN

Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz & Abdul Rashid Mohamed (2010). Humor
dalam pengajaran. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Mohammad Zin Nordin, Shanti Balraj, Nor Azilah Ngah & Irfan Naufal Umar. 2003.
Malaysian society and environment: focusing on knowledge, attitude and practice.
Proceeding of National Conference on Society, Space and Environment in
Globalised World. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Mohd. Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
Norjan, Y., Nur Ibtisam, I., Rohana, S. & Rohayati, M. 2005. Tinjauan pengetahuan dan
kesedaran alam sekitar di kalangan pelajar orang asli. Prosiding seminar
kebangsaan Pengurusan Persekitaran 2005.
Ong Choon Nam. 2010. “Challenges in environment and health: An Asian perspective”.
Journal of Community Health, Vol. 16, Supplement (1).
San, T. P., & Azman, N. (2011). Hubungan antara komitmen terhadap alam sekitar
dengan tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar universiti.
Malaysian Journal On Student Advancement, (14).

Anda mungkin juga menyukai