Anda di halaman 1dari 28

GAYA HIDUP

SIHAT
PENGENALAN
 Setiap orang yang hidup di dunia ini mempunyai gaya hidup yang tersendiri
kerana manusia dibesarkan dan dididik dalam keadaan berlainan oleh orang
yang berbeza. Ada yang hidup dalam keadaan selesa dan sempurna dan ada
pula di sebaliknya. Jika diperhatikan manusia di sekeliling kita, kita akan
nampak pelbagai gaya hidup. Ada yang sihat dan ada yang kurang sihat..
 Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan.
Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan yang aktif terhadap
pembangunan agama , bangsa dan negara. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (
WHO , 1948 ) mendefinasikan gaya hidup sihat sebagai suatu keadaan
fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas serta bebas dari sebarang
penyakit. Berlandaskan keadaan sosial masyarakat , definisi ini menegaskan
bahawa status gaya hidup yang sihat ditunjangi faktor fizikal dan mental
yang sihat, berfungsi serta cergas dan tidak diancam oleh sebarang penyakit
yang boleh memudaratkan insan.
 Konsep gaya hidup sihat menjadi sumber aspirasi kerajaan mahupun pihak
swasta bagi melahirkan masyarakat yang sihat, cergas , sejahtera dan bebas
dari penyakit disebabkan gaya hidup seharian . Antara contoh kempen yang
telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalan Kempen
Amalan Gaya Hidup Sihat. Kempen ini menekankan kepada amalan ‘
mencegah lebih baik daripada mengubati
Gaya hidup sihat melibatkan enam komponen seperti
yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
MAKANAN SEIMBANG

 Cara pemakanan yang sihat adalah penting untuk membekalkan nutrien dan
mengurangkan risiko penyakit kepada badan. Tabiat makan yang seimbang memberikan
tenaga dan nutrient yang diperlukan oleh badan dan mengelakkan Anemia atau masalah
kurang darah. ‘ Garis panduan Pemakanan Malaysia 1999, mencadangkan tiga
pertimbangan yang penting apabila merancang pemakanan yang sihat iaitu , makan
makanan yang seimbang, makan pelbagai jenis makanan dan makan secara sederhana ‘ , (
Majalah Generasi Pengguna , edisi November 2011 : pg 9 ).

 Ia adalah amat penting untuk memastikan individu mendapat makanan yang sesuai
dan menggabungkan prinsip pemakanan yang baik seperti kepelbagaian, pengambilan
nutrien yang seimbang dan sederhana . Cara terbaik untuk memenuhi keperluan harian
ialah makan makanan berbeza-beza yang menggabungkan bijirin, buah-buahan dan sayur-
sayuran , daging, ikan , ayam, kekacang dan hasil tenusu. Pemakanan yang seimbang
mampu menyediakan tubuh badan dengan pelbagai vitamin , protin dan mineral. Untuk
memenuhi keperluan tubuh kita serta mengekalkan kesihatan yang optimum, tubuh kita
memerlukan 46 nutrien setiap hari untuk pertumbuhan , pembangunan, pemulihan dan
fungsi-fungsi tubuh kita seharian.
Selain itu , sewajarnya kurangkan pengambilan gula dan garam, serta
mengurangkan pengambilan makanan bergoreng , membanyakkan pengambilan sayur-
sayuran dan buah-buahan. Elakkan juga dari makan berlebihan samada dari segi makanan
atau kekerapan. Amalan pemakanan yang berlebihan atau kandungan yang tidak seimbang
sering menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit
jantung, darah tinggi, penyakit buah pinggang, kanser dan sebagainya.

 Menurut Profesor Dr. Faridah Haji Abdul Rashid , seorang pensyarah Bio Kilia di
Pusat Pengajian Sains Perubatan USM dalam bukunya yang bertajuk “ Makanan Seimbang
Untuk Remaja “ menyatakan pemakanan yang perlu mengikut diet yang sihat ialah 55 %
karbohidrat, 155% protin dan 30% lemak. Oleh itu kita disarankan agar membuat pilihan
makanan yang tepat dan sentiasa memberi perhatian terhadap jumlah nutrien yang
diperlukan oleh tubuh setiap hari. Elakkan dari menahan makan untuk kelihatan langsing
kerana ia menyebabkan indeks jisim badan menjadi kurang dari 17 kg/m2. Ia boleh
menyebabkan badan akan kekurangan air seterusnya menyebabkan kekurangan kalium
dalam darah serta mendatangkan penyakit-penyakit lain seperti pembengkakan kelenjar
air liur.
Justeru itu , mengambil makanan piramid makanan adalah penting. Piramid Makanan
Malaysia bertindak sebagai panduan untuk mengenalpasti jenis dan jumlah makanan yang
boleh dalam kombinasi untuk menyediakan pemakanan yang sihat. Seseorang individu perlu
melebihkan pengambilan kumpulan makanan yang disenaraikan di dasar piramid dan
mengurangkan pengambilan makanan yang disenaraikan di bahagian atas piramid.
Piramid makanan : Aras 1 yang paling bawah merangkumi makanan yang terdiri
daripada bijirin, produk bijirin dan ubi dan perlu dimakan dalam kuantiti yang paling banyak.
Seterusnya Aras 2 pula meliputi makanan yang terdiri daripada buah-buahan dan sayuran yang
perlu diambil dalam kuantiti yang banyak manakala Aras 3 pula merangkumi makanan seperti
susu, dadih dan keju, ikan, ayam, daging dan kekacang. Akhirnya Aras 4 makanan yang
seharusnya diambil dalam kuantiti yang paling sedikit merupakan makanan dari jenis
berlemak,berminyak , garam dan gula.
 Menurut Nurazizan & Wan Norsaedah dalam buku mereka , “ Makanan Yang Sihat ,
Fakta dan Cerita “, pg 7 , menyatakan sumber makanan seimbang ,yang diambil membekalkan
keperluan zat makanan mengikut kelas-kelas makanan seperti karbohidrat, protein , lemak,
vitamin, garam mineral dan pelawas :

Karbohidrat
 makanan yang memberi tenaga .
 Sumber-sumbernya seperti beras, mee, roti, biskut, gula, ubi kayu , keledek dan lain-lain.
 Protein
 Diperlukan untuk pertumbuhan serta menggantikan tisu-tisu yang mati atau rosak.
 Sumber-sumbernya seperti susu , keju , ikan, ayam , telur, jagung , tauhu dan lain-lain

 Lemak
 Makanan pemberi tenaga
 Lemak yang tersimpan di dalam kulit juga membantu mencegah kehilangan haba yang berlebihan daripada
badan.
 Sumber-sumbernya seperti marjerin, kacang tanah, minyak masak, keju dan lain-lain.
 Vitamin
 Mengekalkan kesihatan tubuh
 Kuantiti yang diperlukan sedikit tetapi masih sangat penting mengambilnya setiap hari.
 Sumber-sumbernya seperti buah-buahan , sayur-sayuran hijau, susu, telur dan mentega.

 Garam mineral
 Membentuk gigi dan tulang yang kuat di samping dapat membentuk sel darah merah.
 Sumber-sumbernya seperti hati, susu, kuning telur dan makanan laut
 Pelawas
 Membantu otot menolak makanan menerusi salur pencernaan.
 Sumber-sumbernya seperti bijirin, roti mil penuh, kacang hijau, kacang tanah dan sayur-sayuran hijau.
 Bilangan hidangan yang disarankan adalah berbeza untuk individu pada peringkat-peringkat
umur dan jantina yang berbeza. Berikut adalah contoh saranan bilangan hidangan harian
mengikut kumpulan makanan .
Kumpulan Makanan Bilangan Hidangan Harian
Bijirin,produk bijirin dan ubi 8- 12 *
Buah-buahan dan sayur-sayuran 5
Daging, ayam, ikan, kekacang 2-3
Susu dan produk tenusu 1- 2

 Selain makanan , air juga penting kerana ia mempunyai banyak fungsi dalam badan,
misalnya mengawal suhu badan dan penghadaman. Mengurangkan kadar pengambilan air yang
manis dengan menggantikan dengan air masak putih adalah langkah yang baik bagi memastikan
tubuh badan mendapat bekalan air yang mencukupi. Ini kerana makanan ruji yang biasa kita
makan seperti nasi dan roti telah megandungi kadar gula yang mencukupi untuk keperluan
tubuh badan kita. Mengambil gula tambahan secara berlebihan akan mudah mengundang
penyakit kencing manis.
 Berdasarkan kajian “ Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002 /
2003 “ , oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan pengambilan gula yang ditambah
dalam minuman ialah sebanyak tujuh sudu teh sehari ( 51g ) iaitu empat sudu teh ( 21 g ) gula
pasir dan tiga sudu the ) 30 g ) susu pekat manis. Pengambilan gula yang berlebihan boleh
mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan . Ini boleh mengundang peningkatan
berat badan dan menyebabkan obesiti. Oleh yang demikian, untuk mengawal keseimbangan
keperluan air di dalam badan digalakkan minum air masak sekurang-kurangnya enam hingga
lapan gelas sehari. Amalan minum air masak yang banyak bukan sahaja apabila melakukan
aktiviti fizikal bahkan jika berada dalam keadaan bekerja di dalam bilik berhawa dingin sekalipun
digalakan minum air yang banyak walaupun tidak terasa dahaga.
Kebersihan Diri
 Kebersihan diri penting kerana kebersihan diri merupakah langkah awal mewujudkan kesihatan diri.
Dengan tubuh yang bersih dapat meminimumkan risiko seseorang terhadap kemungkinan terjangkitnya
sesuatu penyakit terutamanya penyakit yang berhubungan dengan kebersihan diri. Dalam hal pengurusan
kebersihan diri, fokus utama adalah merujuk kepada penjagaan anggota badan sendiri dan alatan peribadi
seperti berus gigi, sikat, pakaian dan sebagainya. Anggota badan yang dimaksudkan termasuklah keseluruhan
tubuh badan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki seperti rambut, kulit kepala , mata , telinga , hidung,
gigi, mulut , badan serta kuku tangan dan kaki.

 Tanda-tanda seseorang kurang menjaga kebersihan diri seperti penampilan yang kurang kemas dan
tidak rapi, badan berbau kurang menyenangkan, rambut kusut-masai tidak disikat, kotor dan berkutu, kuku
panjang, kotor dan bardaki dan badan dipenuhi dengan penyakit kulit yang merengsakan. Selain dari individu
itu kurang disenagi rakan-rakan dan keluarga , mereka juga berkemungkinan untuk dijangkiti oleh penyakit-
penyakit yang berkaitan seperti kudis, kurap, sakit perut, sakit gigi dan lain-lain lagi.

 Dewasa ini terdapat pelabagai jenama dan alatan penjagaan dijual di pasaran. Untuk memastikan
kebersihan diri di tahap memuaskan tidak dinafikan segala keperluan ini telahpun diatasi. Individu yang
sentiasa menjaga kebersihan diri akan lebih berkeyakinan, mudah mesra dan bergaul dengan masyarakat
sekitar dan mudah diterima oleh umum. Ketrampilan diri juga agak menyerlah.

 Sebenarnya setiap komponen dalam gaya hidup sihat ini saling berkait dan diperlukan antara satu
sama lain. Contohnya dalam hal menjaga kebersihan diri ini juga, pemakanan yang diambil oleh seseorang
juga memberi kesan terhadap penampilan seseorang. Jika seseorang itu gemar makan makanan ringan dan
‘fast food ‘ seperti magi, mereka boleh menghadapi masalah rambut gugur ,rosak dan agak rapuh.
Tidak menyalahgunakan bahan (
dadah, alkohol , rokok )
 Gaya hidup yang sihat juga termasuklah cara pergaulan dengan manusia di sekeliling
kita. Seseorang yang mengamalkan gaya hidup sihat sentiasa berfikiran positif dan bercampur
dengan masyarakat setempat. Setiap manusia memerlukan kawan , namun untuk berkawan kita
seharusnya pandai memilih kawan. Hal ini dapat mengelakkan kita daripada terpengaruh dan
terjerumus dalam perkara yang tidak sihat seperti terlibat dalam jenayah atau penyalahgunaan
dadah atau ketagih alkohol dan menghisap rokok. Kawan yang bersikap baik pula dapat dijadikan
tempat untuk meluahkan perasaaan dan berbincang tentang perancangan masa depan.

 Cara berfikir dan menyelesaikan masalah juga menentukan amalan gaya hidup kita
samada sihat atau tidak.. Seharusnya seseorang individu sentiasa bersikap optimis dan terbuka
tentang diri dan masa depan . Apabila usaha yang dibuat bertemu kegagalan, seringkali
seseorang individu itu cepat mengaku kalah dan hilang akal dengan memilih cara penyelesaian
yang mudah tetapi memudaratkan diri sendiri, keluarga , masyarakat dan Negara.

 Perbuatan merokok, mengambil minuman beralkohol dan dadah mendatangkan banyak
keburukan . Antara kesan penyalahgunaan bahan ini menyebabkan kebakaran di mana perokok
sering membuang puntung rokok yang masih menyala ke merata tempat tanpa menghiraukan
nyalaan tersebut berkemungkinan menjadi punca kepada merebaknya kebakaran terutamanya di
kawasan belukar yang kering. Selain itu perbuatan perokok ini telah mencemarkan kebersihan
sekitar . Bahan kimia yang terkandung di dalam sebatang rokok, dadah dan alkohol boleh
menjejaskan kesihatan kepada diri, keluarga , masyarakat sekeliling dan Negara terlibat juga.
 Bahan yang membahayakan kesihatan
 i) Dadah
 Dadah wujud dalam bentuk pil, serbuk dan bahan mentah. Jenis-jenis dadah adalah heroin, kokain,
candu, ganja dan pil khayal, Penyalahgunaan dadah boleh mengubah cara berfikir, perasaan dan
perlakuan seseorang serta mengakibatkan kematian. Oleh itu , kita perlu mengelakkan diri kita
daripada terjebak dengan dadah supaya hidup kita bahagia.
 Kesan pengambilan dadah merujuk kepada 4 sudut iaitu pada diri penangih sendiri, keluarga ,
masyarakat dan Negara. Apa yang jelas mereka yang telah terlibat dengan penagihan dadah akan
merudum kesihatannya sehinggakan mereka tidak punyai rasa untuk hidup seperti sediakala dan
malangnya ada yang telah hilang kawalan diri sehingga kan tidak kenal talian darah sendiri seperti
anak, emak, isteri malahan apa yang lebih buruk lagi ada yang sanggup melakukan pembunuhan tanpa
belas kasihan . Mereka diibaratkan sampah masyarakat.
 Nama dan maruah keluarga juga tercemar dan masyarakat juga bakal menyisih mereka dan yang lebih
buruk lagi ada di antara ahli kelurga mereka yang terkena tempias anggapan buruk masyarakat
terhadap keluarga si penagih dan tidak kurang umpat dan keji. Negara juga turut merasai bahang kesan
daripada penagihan dadah ini kerana terdapatnya aktiviti jenayah, kurang keupayaan melaukan kerja ,
keharmonian tergugat dan kos perbelanjaan juga meningkat.
 menghisap rokok

 Amalan merokok sebenarnya menymbang pelbagai masalah kesihatan dalam kalangan
penduduk Malaysia . Merokok penyebab utama gangguan kesihatan serta kematian sebelum samai
masanya. Statistik telah menunjukkan bahawa bilangan kematian yang berpunca daripada barah paru-
paru dianggarkan sebanyak 14733 orang bagi tempoh antara tahun 1995 hingga tahun 2000.
 Hakikatnya , perokok akan diserang pelbagai penyakit penyakit berpunca daripada tembakau.
Mereka akan mengalami penyakit seperti pulmonary kronik ( COPD ) yang boleh menyebabkan pesakit
sukar bernafas, batuk berkahak dan memberi kesan pada jantung.
 Hal yang demikian kerana mereka akan menyimpan satu persepuluh partikel asap dalamn
jantung mereka dan menggandakan risiko mati. Selain memberikan kesan kepada perokok itu sendiri ,
merokok juga membawa kesan buruk kepada orang lain. Orang yang tidak merokok juga diserang
penyakit apabila terhidu asap tembakau rokok yang dihembus keluar oleh perokok. Kandungan asap
tembakau ini mengandungi bahan kimia yang beracun jua. Perokok di kalangan perempuan yang
mengandung boleh mencacatkan proses pembesaran bayi dalam rahim. Bahan kimi yang terkandung
dalam asap rokok boleh memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan yang kurang daya
tahan. Akibatnya bayi yang dikandung berkemungkinan dilahirkan cacat.
Memandangkan jika dilihat dari rajah di atas jelas menunjukan bahawa sebatang rokok itu
sendiri telah membawa pelbagai bahan kimia ke dalam badan seseorang perokok. Oleh itu jangan
menjerat diri atau cuba mati sebelum waktunya. Hargai diri dan waktu yang diberikan untuk bergelar
seorang yang sihat. Bersesuaian dengan itu amalan menjauhi rokok sangat bertepatan dengan amalan
gaya hidup sihat.
 minum arak

 Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan tetapi juga mampu memudaratkan kesihatan
diri sekiranya diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita.
Hampir setia amalan agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan para
penganutnya . Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis
alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa.

 Banyak kajian menunjukkan banyak kes-kes jenayah berpunca dari gejala arak. Meminum
arak boleh membawa akibat-akibat yang sangat buruk terhadap diri peminum, keluarga dan
mastyarakat. Kesan yang sangat jelas dan cepat adalah hilang kewarasan berfikir . Selain itu
peminum arak yang mabuk yang membawa kenderaan boleh mengakibatkan kemalanagan di
jalanraya. Kemalangan sebegini akan menyebabkan orang lain yang tidak bersalah mengalami
penderitaan .

 Selain itu , kesan-kesan yang buruk yang boleh berlaku akibat meminum arak seperti
melibatkan kestabilan ekonomi, keamanan dan berlaku huru-hara dalam sesebuah negara. Oleh
yang demikian dapat kita lihat kesan yang sangat memudaratkan bukan sahaja kepada kesihatan
tubuh badan malahan mengheret orang lain sekali dalam dilema huru-hara, ketakutan,
kebencian dan lain-lain lagi. Amalan meminum arak bukan gaya hidup sihat, oleh yang demkian
jauhi amalan meminum arak untuk kesejaheraan diri dan semua.

 Berdasarkan huraian jelas menunjukkan aktiviti penyalahgunaan bahan yang terlarang
seperti rokok, arak dan dadah boleh menyebabkan kesihatan diri menjadi kurang, masyarakat
menjadi agak huru-hara, banyak kejadian tidak diingini berlaku dan suasana persekitaran
kejiranan menjadi kurang harmoni. Jadi dengan mengelakkan daripada diri terjebak dengan
penyalahgunaan bahan-bahan tersebut kita telah menyempurnakan amalan gaya hidup sihat
yang lebih beerti untuk diri, keluarga, masyarakat dan Negara.
Rehat Yang Cukup
 Sebagai seorang manusia , rehat yang cukup adalah perkara yang sangat
diperlukan di dalam setiap perkara. Aktiviti ini dapat memulihkan semula
tenaga yang telah digunakan sewaktu bekerja atau berurusan dengan segala
perkara. Ibarat sebuah mesin yang sentiasa bekerja , mesin itu perlu juga
direhatkan untuk kerja selanjutnya, jika tidak hayat mesin itu tidak panjang.
Begitu jugalah dengan manusia , jika kita mengabaikan waktu rehat dan asyik
memikirkan kerja dan mengutamakan kerja tanpa ada istilah rehat dalam diri
maka pluang kita diserang penyakit adalah tinggi. Apa yang jelas , kebanyakan
orang yang bekerja menjadi letih , lesu, sakit kepala dan produk yang
dihasilkan akan menjadi tidak berkualiti.

 Rehat adalah faktor penting dan sering dikaitkan dengan tidur. Kita sering
menganggap tidur yang cukup perlu untuk pembelajaran yang berkesan.
Dalam hal ini terdapat banyak definasi tentang beberapa jumlah masa untuk
tidur yang baik dalam setiap hari . Sebenarnya apabila kita berbicara tentang
tidur maka kita harus faham bahawa tidur juga memerlukan tidur yang
berkualiti. Maksudnya kita tidur atau berehat apabila kita benar-benar terasa
bahawa kita perlu tidur. Kadang-kanag kita lihat ramai orang mengatakan
bahawa mereka perlu tidur petang selama 3 jam dan waktu malam selama 8
jam. Ini adalah kaedah yang tidak begitu baik. Sepatutnya kita mesti
menguruskan waktu tidur dengan berkesan.
 Seorang kanak-kanak perlu tidur lebih masa berbanding orang dewasa kerana kanak-kanak melalui
fasa sangat aktif dan perlukan rehat yang cukup untuk mengumpul semula tenaga dan melalu proses
tumbesaran yang aktif ,

 Sebagai contoh : seseorang yang berehat selama 15 minit pada waktu tengahari bertujuan
menyegarkan kembali daripada keletihan. Setelah itu kita akan lebih bertenaga dan segar. Pada
malamnya pula tidur umpamanya pada waktu 11.30 malam dan bangun pada awal pagi dan setelah itu
menunuaikan solat subuh khususnya bagi seorang muslim , maka seseorang itu mempunyai masa
sekurang 30 minit untuk membaca buku-buku pelajaran ( bagi seorang pelajar ), atau boleh juga
membuat senaman-senaman ringan sebelum bersiap-siap untuk urusan selanjutnya di waktu pagi.
Dengan itu waktu rehat yang diambil menjadi lebih berkualiti dan pengurusan diri lebih teratur dan
sempurna.
 Berdasarkan perbincangan tadi dapatlah dirumuskan bahawa rehat yang cukup bukan bermakna rehat
yang terlalu panjang dan membazirkan waktu tetapi rehat yang diambil cukulah untuk mencari
kesegaran diri, mengendurkan kembali urat-urat badan yang tegang dan stress, dan memulihkan
pening kepala akibat bebanan kerja yang dilakukan sebelumnya. Seperti yang dikatakan oleh pakar
motivasi , Dr. Fadilah Kamsah, “ Biar tidur 5 minit tetapi tidur itu benar-benar tidur dan tiada gangguan
daripada tidur seharian tetapi kepala sarat dengan masalah dan beban kerja dan menjadi igauan ketika
tidur “.
Senaman
 Menurut teks Ayuvedik, Charaka Samhita ( 600-1000 BC ), karya besar
perubatan India lama Ayurveda menyatakan senaman membantu
membersihkan saluran tubuh supaya semua tisu dibersihkan
sepenuhnya melalui perpeluhan.
 Berdasarkan kajian Universiti Washington yang diterbitkan dalam Anals
of Internal Medicine ,( dipetik dari artikel BBC News , 17.01.2006)
mendapati orang yang bersenam 3 kali seminggu dapat mengurangkan
40 % risiko mendapat penyakit Alzhemier dan dementia. Oleh itu
wajarlah senaman menjadi aktiviti fizikal yang seharusnya
menyeronokkan dan bukannya yang menyeksakan.
 Senaman bukan hanya merujuk aktiviti pergerakkan fizikal yang hanya boleh dilakukan di
tempat tertentu atau aktiviti tertentu sahaja tetapi senaman yang dimaksudkan boleh
juga menjadi satu aktiviti seharian kita yang melibatkan satu pergerakkan anggota badan
dan mengeluarkan peluh tanpa meninggalkan aktiviti rutin harian yang biasa dilakukan
seharian. Dalam kehidupan seharian, aktiviti kecergasan boleh dilakukan sendiri tanpa
perlu ke gymnasium atu tempat-tempat riadah yang jauh. Apa yang perlu kita lakukan
ialah mengubah gaya hidup kita. Contohnya apabila di tempat kerja, elakkan
menggunakan lif sebaliknya sebaliknya menggunkan tangga untuk ke satu tempat.
Begitu juga apabila hendak keluar makan bersama rakan-rakan elakkan menaiki kereta,
bahkan lebih baik dan seronok jika kita sama-sama rakan-rakan atau keluarga berjalan
kaki ke tempat tujuan tersebut. Selain daripada itu waktu rehat boleh digantikan dengan
berjalan-jalan selama 15 minit dan bukan hanya makan-makan sahaja.

 Bagi ibu bapa pula sewajarnya mendidik anak-anak untuk pergi beriadah di waktu petang
dengan membawa anak-anak ke taman permainan, berbasikal, bermain bola atau
sebagainya yang sesuai setiap hari. Apabila aktiviti ini menjadi rutin harian , lama-
kelamaan ia akan menjadi kebiasaan. Aktiviti sebegini dapat menghindari anak-anak
melakukan aktiviti yang tidak aktif seperti menonton televisyen, bermain komputer atau
‘game’. Mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif seperti menonton television atau
duduk sahaja bermain ‘game’ atau internet ( melayari facebook, twitter ,email dan lain-
lain ) adalah gaya hidup yang tidak sihat , Ekoran daripada aktiviti yang tidak aktif dari
segi fizikal ini akan membawa masalah bagi jangka panjang seperti kegemukan
hipertensi dan sakit jantung.
 Bagi individu wanita pula senaman juga wujud apabila melakukan aktiviti membersihkan rumah seperti
menyapu, mengelap lantai , membasuh lantai bilik ai, membasuh kain, menyidai kain, menyiram pokok
bunga, membersihkan longkang rumah dan apa sahaja aktiviti yang sesuai. Hatta ketika menonton
televisyen juga kita boleh melakukan aktiviti kecergasan seperti menggunakan pemberat tangan atau
mengayuh basikal setempat, melakukan regangan seperti aktiviti Rajah 4 :

 Di sekolah pula , sejak sekian lama telah diwujudkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
di sekolah- sekolah bagi memberi peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti pergerakan anggota
badan secara bebas dengan di bombing dan dipantau oleh guru. Begitu juga mulai tahun 2011 Negeri
Sembilan telah melancarkan Program 1 Murid 1 Sukan yang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah pada
waktu Ko-kurikulum. Tujuan program ini adalah untuk memastikan dan memperi peluang setiap murid
melibatkan diri sekurang-kurannya satu jenis sukan di sekolah. Program ini didapati berkesan kerana
minat murid untuk menghadiri aktiviti ko-kurikulum semakin meningkat.

 Berdasarkan tajuk senaman yang dihuraikan ini, dapatlah disimpulkan di sini bahawa dalam
melaksanakan aktiviti dan amalan gaya hidup sihat ini , pucuk pangkalnya terletak pada diri kita sendiri.
Segala panduan telah tersedia. Aktiviti senaman dipelbagaikan dan menjadi sangat mudah, santai dan
tidak membuang masa kerana adakalanya aktiviti senaman dilakukan sewaktu kita melakukan aktiviti
seharian yang telah pun menjadi rutin. Sememangnya semua perkara pada awalnya memang sukar
dilakukan tetapi jika sudah biasa ianya menjadi keseronokan bahkan kita akan menjadi gelisah dan rasa
ekurangan jika tidak melakukannya ibarat ‘alah bisa tegal biasa ‘.
Berat Badan

 Berat badan merupakan salah satu penanda aras bagi mengukur


tahap kesihatan seseorang individu. Hari ini , kebanyakan
penyakit seperti penyakit jantung , diabetis , obesiti, strok ,
tekanan, kanser dan mandul berpunca dari berat badan yang
berlebihan manakala kekurangan berat badan pula menunjukkan
individu tersebut malnutrisi.

 Merujuk kepada kesan tidak mengawal berat badan dan
mengamalkan cara pengambilan makanan yang tidak seimbang ,
seseorang akan mengalami masalah obesiti. Kes obesity telah
menjadi bualan hangat seluruh dunia dan kajian-kajian demi
kajian telah dibuat untuk melihat sejauhmana masalah ini
diperolehi dan cara mengatasinnya.
 2. 0 Obesiti

 Obesiti merupakan antara masalah lazim yang dialami oleh ramai wanita di negara ini
dan di seluruh dunia.Masalah tersebut bukan saja menggambarkan amalan
pemakanan seseorang yang tidak betul, bahkan lebih buruk ia kerap diiringi dengan
pelbagai penyakit termasuk jantung dan darah tinggi.

 Dalam pada itu, kajian terbaru mendapati bahawa wanita mempunyai ukur lilit
pinggang yang besar mempunyai risiko meninggal dunia lebih awal berbanding
dengan mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang yang lebih kecil. Kajian yang
dibuat oleh Universiti Harvard dan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Amerika
Syarikat, menunjukkan wanita yang berpinggang besar lebih cenderung untuk
menghidap penyakit yang berkaitan jantung ataupun kanser, walaupun hakikatnya
mereka mempunyai berat badan yang ideal dengan ketinggian mereka.
 Menurut para penyelidik, obesiti ditentukan menerusi indeks berat badan (BMI)
yang mengukur kesesuaian antara ketinggian seseorang dengan berat badan
mereka. BMI antara 18.5 dikategorikan berat badan yang ideal dan sihat, manakala
BMI 30 hingga 39.9 adalah obes.Saiz ukur lilit pinggang wanita yang lebar adalah
tanda pengumpulan lemak berlebihan pada bahagian depan perut, istilah ini
dipanggil ‘abdominal obesity’. Menurut kajian Panduan Klinikal Untuk
Mengenalpasti, Memerhati dan Rawatan Berat Badan Berlebihan dan Obesiti di
Kalangan Orang Dewasa, saiz had pinggang yang sihat ialah 35 inci bagi wanita dan
lelaki 40 inci. Saiz ukur lilit pinggang ini boleh diukur keliling pinggang dari paras
pusat.
 Penyelidik daripada Sistem Kesihatan Universiti Loyola, Chicago, Amerika Syarikat (AS) dan
beberapa pusat berkaitan, membandingkan wanita Afrika-Amerika di kota metropolitan
Chicago dengan wanita di pedalaman Nigeria. Secara purata, wanita Chicago mempunyai
berat kira-kira 83 kilogram (kg) dan wanita Nigeria sekitar 58kg. Masalah obesiti kian
melanda kanak-kanak di negara Malaysia. Salah satu puncanya menurut Harian Metro,
adalah iklan makanan segera.Tubuh montok atau ‘bulat’ ketika kanak-kanak memang
comel dipandang walaupun sebenarnya ia petanda kurang baik kepada bentuk fizikal yang
kurang menarik apabila menjangkau dewasa.
 Kementerian Kesihatan pada 2009 menerusi Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga
dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan akan melaksanakan pelbagai usaha untuk
mengawal aktiviti pemasaran dan promosi makanan segera bagi mendidik masyarakat
mengamalkan pemakanan sihat.Beliau berkata, antara langkah yang akan diambil ialah
memperkukuhkan pengawalan iklan makanan segera menerusi televisyen selain
menambah slot dan kekerapan penyebaran mesej pemakanan sihat menerusi radio,
televisyen, surat khabar serta majalah tempatan. Apa pun juga penyebab berlakunya
masalah obesiti di kalangan kanak-kanak negara ini, peranan utama dalam membentuk
mereka ke arah kehidupan yang sihat adalah bermula daripada amalan pemakanan
keluarga dan pemakanan harian mereka di rumah. Amalan pemakanan yang betul serta
melakukan aktiviti senaman secara berkala dengan betul dapat mengelakkan seseorang
daripada mengalami masalah obesiti yang turut menyumbang kepada punca pelbagai
penyakit berbahaya yang boleh membawa maut seperti lemah jantung, darah tinggi dan
kencing manis.
 Berdasarkan dapatan statistik pada carta pai ini menunjukkan kaum India mencatatkan
bilangan yang paling banyak iaitu 25.6 % manakala kaum Melayu 22.1 %, kaum Cina 19.5 % dan
lain-lain 32. 5 %.

 Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) menjangkakan 30 peratus atau 8.1 juta rakyat
negara ini akan mengalami masalah obesiti pada tahun ini akibat gaya hidup mereka yang tidak
sihat.Ketua Pegawai Eksekutif LPKM Dr Yahya Baba berkata angka itu menunjukkan
peningkatan ketara berbanding tahun-tahun sebelum ini, dan jika tahap kesedaran
mengenainya tidak dilakukan secara serius, peratusannya mungkin lebih daripada itu.
"Kajian oleh Kementerian Kesihatan pada 2006 menunjukkan sebanyak 14 peratus penduduk
negara ini mengalami masalah obesiti dan ia menunjukkan peningkatan pada setiap tahun.
"Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak 250
peratus dalam tempoh 10 tahun dari 1996 hingga 2006," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Karnival Sukan Pantai, Sihat Tanpa Obesiti anjuran Persatuan Rekreasi Negeri
Kelantan di Pantai Sri Tujuh di sini pada Jumaat.
Penutup
 Setelah meneliti dengan panjang lebar dan hasil daripada dapatan yang diperolehi daripada
pembacaan dan kerja-kerja menyiapkan dokumen tugasan ini , jelaslah di sini bahawa amalan gaya
hidup sihat sangat penting dalam memastikan kehidupan menjadi lebih sihat , sejahtera dan
harmoni.

 Melalui komponen-komponen yang terkandung dalam gaya hidup sihat menjadi garis
panduan kepada semua tentang amalan yang dianggap remeh seperti mengambil makanan
seimbang, mendapat rehat yang cukup , melakukan senaman ringan setiap hari, mengawal
pemakanan dan berat badan boleh menjadikan kehidupan yang kita lalui setiap hari lebih selesa
dan sempurna. Bukan itu sahaja pengetahuan tentang penyalahgunaan bahan seperti menghisap
rokok, menagih dadah dan meminum arak juga telah membangkitkan kesedaran bahawa jangan
sesekali cuba mendekatkan diri dengan bahan tersebut kerana sekali terjerumus dalam keadaan
ketagihan dadah, arak dan keasyikan menghisap rokok akan mengundang padah bukan sahaja
kepada diri sendiri bahkan keluarga, masyarakat dan Negara juga.

 Walaupun usaha untuk cuba mendapatkan data statistik yang sahih tidak diperolehi ,namun
dapatan daripada kajian dan laporan yang didapati jelas menunjukkan kadar obesiti di Malaysia
kian meningkat berbanding Negara maju yang lain contohnya seperti Amerika Syarikat khususnya
Chicago. Faktor yang diperolehi pelbagai di antaranya baka, pemakanan, kemiskinan, promosi
jualan makanan ‘fast food’ dan lain;lain lagi. Apa yang nyata amalan pemakanan dari makanan
yang seimbang , melakukan senaman , sentiasa memantau berat badan boleh mengatasi kes dan
maslah obesiti di kalangan individu di Malaysia khususnya.

Anda mungkin juga menyukai