Anda di halaman 1dari 6

Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan

(PEKERTI) yang telah dilaksanakan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga


dan Masyarakat (KPWKM) merupakan usaha kerajaan untuk memberi pendidikan kesihatan
reproduktif dan sosial yang terpakai kepada semua lapisan masyarakat. Dasar ini melibatkan
proses pembelajaran sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan yang menyeluruh
dalam aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah
laku yang sihat dalam kehidupan selari dengan konsep kesihatan menyeluruh (Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 2016). Dengan wujudnya dasar ini, ia
menunjukkan betapa pentingnya pendidikan seksual kepada rakyat Malaysia bagi
mengelakkan isu-isu gejala sosial yang berkaitan dengan kesihatan reproduktif bagi lelaki dan
perempuan tanpa mengira peringkat umur. Penulisan ini akan membincangkan isu-isu
kesihatan dan sosial berkaitan kesihatan reproduktif.

Isu utama yang berkait rapat dengan kesihatan reproduktif adalah seks bebas yang
mana seseorang itu melakukan seks rambang bersama beberapa orang pasangan. Hal ini
juga selalunya berlaku dalam kalangan lelaki dan perempuan yang belum mempunyai ikatan
perkahwinan yang sah. Kesan buruk yang akan dihadapi adalah penyakit jangkitan seks yang
disebabkan oleh bakteria dan virus. Misalnya, infeksi Klamidia dan Gonorea yang berpunca
daripada bakteria Chlamydia Trachomatis dan Neisseria Gonorrhoeae akan menyebabkan
simptom seperti keluar cecair atau lendiran daripada kemaluan serta berasa gatal dan pedih
semasa membuang air kecil (Fuad, 2012). Manakala Human Immunodeficiency Virus (HIV)
adalah virus bawaan akibat seks bebas yang akan menyebabkan penyakit Acquired Immune
Deficiency Syndrome (AIDS). Penyakit ini amat berbahaya dan boleh mengancam nyawa
pesakit kerana virus tersebut akan merosakkan sistem pertahanan badan. Virus ini boleh
dipindahkan melalui cecair badan seperti air mani, air mazi atau cecair faraj melalui seks dan
kemungkinan untuk dijangkiti penyakit ini bertambah apabila bilangan pasangan seks
bertambah (Mohd Ismail, 1995). Bagi sesetengah pihak, seks bebas bukannya satu perkara
yang salah khususnya apabila seseorang itu bukan penganut agama Islam. Hal ini kerana,
agama Islam menetapkan bahawa amalan seks luar nikah atau zina ini adalah haram (Nik,
1991). Namun begitu, kita tidak dapat menghalang perkara ini daripada terus berlaku tetapi
sekurang-kurangnya kita boleh mencegah penyakit ini dengan mengamalkan seks selamat.
Hal ini boleh dilakukan dengan menggunakan alat perlindungan seperti kondom yang mudah
didapati di farmasi atau kedai serbaneka bagi mengelakkan cecair badan pembawa bakteria
atau virus itu berpindah kepada pasangannya. Selain itu, sebagai seorang guru kita juga boleh
mendidik murid-murid tentang bahaya seks dengan mengggunakan modul interaktif ACE
Reproductive and Sexual Education yang terdiri daripada nota, video serta aktiviti di dalam
laman web yang disediakan oleh KPWKM. Hal ini supaya mereka faham dan sedar tentang

1
keburukan amalan ini kemudian menjauhkan diri daripada melakukannya apabila meningkat
dewasa. Tuntasnya, isu seks bebas lebih membawa kemudaratan berbanding kebaikan
kepada si pelaku yang mana ianya perlu dihentikan atau boleh dicegah dengan menggunakan
alat perlindungan sewaktu melakukan hubungan seks serta melalui didikan secara berkala
oleh guru.

Selain itu, gaya hidup seseorang juga mempengaruhi kesihatan reproduktif seperti
tabiat merokok, penyalahgunaan dadah serta meminum minuman keras dalam kehidupan
seharian. Hal ini akan menyebabkan kemandulan kepada lelaki kerana fungsi kilang produksi
sperma iaitu testis dan vesikel seminal akan terjejas akibat kehadiran bahan asing seperti
nikotin, alkohol dan steroid (Tajul Ariffin, 2016). Kemandulan ini berlaku apabila bilangan benih
yang dihasilkan berkurangan dan kebanyakan daripada benih-benih adalah tidak normal atau
kurang aktif. Hal ini juga memberi kesan terhadap janin di dalam kandungan. Apabila
seseorang wanita hamil mengamalkan tabiat merokok misalnya, bahan kimia di dalam rokok
akan masuk ke dalam salur darah dan mencemarkan kandungan cecair darah yang akan
meresap terus kepada bayi melalui plasenta. Hal ini akan memberikan kesan negatif kepada
janin seperti kekurangan bekalan oksigen, kelahiran pramatang dan kematian dalam rahim
(Sri Wahyu, 2015). Maka, bagi mengelakkan hal ini terus berlaku kepada bakal bapa atau ibu,
mereka perlulah berhenti merokok dan mengambil bahan terlarang. Walaupun ianya sukar
kerana telah ketagihan tetapi ia masih boleh dibendung dengan menggunakan terapi gantian
nikotin seperti gum nikotin atau semburan hidung nikotin serta mengikuti program rawatan
pemulihan yang disediakan oleh badan kerajaan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan
(AADK). Sokongan padu daripada orang terdekat juga penting bagi menguatkan semangat
mereka untuk berhenti merokok, mabuk serta menagih dadah. Tuntasnya, kedua-dua
pasangan perlulah memainkan peranan yang penting bagi menjamin kelangsungan keturunan
serta kesihatan bayi dengan menghindarkan diri daripada mengambil bahan kimia yang
berbahaya.

Isu kesihatan reproduktif bukan hanya melibatkan biologi tubuh badan kita, namun ia
juga melibatkan kesihatan seksual emosi dan mental yang mana dikawal oleh hormon
androgen melalui kelenjar pituitari di dalam otak (Yusof, 1995). Jika ianya diluar kawalan, ia
boleh menyebabkan isu nafsu seks yang kuat dan kemudian ia boleh menyebabkan
berlakunya jenayah seks kerana pelaku tersebut tidak dapat mengawal diri secara rasional.
Dalam keadaan yang sedemikian pelaku tidak akan teragak-agak untuk melakukan hubungan
seksual yang tidak normal, sumbang mahram, meraba, merogol, mendera serta membunuh
dan memasukkan objek ke dalam kemaluan seseorang. Sebagai contoh, merujuk kepada kes
penculikan Nurin Jazlin Jazimin pada tahun 2007, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya
mengesahkan melalui bedah siasat bahawa sebiji timun dan sebiji terung ditemui dalam alat

2
sulit mayat kanak-kanak yang dijumpai di dalam beg sukan bewarna hitam dan biru di
hadapan sebuah kedai. Hal ini jelas dilakukan oleh seorang yang mempunyai penyakit mental
atau tekanan jiwa semata-mata untuk mendapatkan kepuasan seks. Terdapat juga keadaan
apabila seseorang itu mendedahkan alat genital kepada kanak-kanak atau perempuan di
tempat-tempat awam yang mana ia dikenali sebagai Eksibionisme (Llewellyn-Jones, 1995).
Penyakit ini perlu dicegah sebelum seseorang itu menjadi lebih ganas dan melakukan jenayah
iaitu dengan menjalani rawatan psikiatri dan kaunseling secara berkala seperti 3 bulan sekali.
Di samping itu, rawatan untuk mengurangkan tahap hormon androgen juga boleh dijalankan
seperti pengambilan ubat Cyproterone acetate (CPA) yang boleh digunakan untuk
merendahkan rangsangan kerana ia dapat mencegah penyerapan hormon androgen dalam
anggota badan lelaki (Hammerstein, Meckies, Leo-Rossberg, Moltz & Zielske, 2003).
Kesimpulannya, perubahan tahap hormon androgen bagi lelaki adalah proses semula jadi,
namun jika ia menjadi luar biasa sehingga menunjukkan tingkah laku yang negatif, seseorang
itu perlu mendapatkan konsultasi dan rawatan doktor dengan segera.

Bukan itu sahaja, gaya pemakanan juga mempengaruhi kesihatan reproduktif yang
mana isu obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia begitu ketara. Menurut Maiza Tusimin
(2019), antara faktor yang mempengaruhi kesuburan pasangan adalah berat badan
berlebihan atau obesiti. Lebihan berat badan dan obesiti terjadi apabila pengambilan tenaga
melebihi pengeluaran untuk jangka masa yang tertentu (Salmon & Tan, 1991). Hal ini
berpunca apabila seseorang tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan
yang berlemak tinggi, berminyak, dan terlalu manis juga boleh menjadi penyumbang kepada
pengumpulan lemak dalam badan. Bagi lelaki, obesiti menyebabkan pengurangan kualiti
sperma serta perubahan struktur molekul seperti DNA dan fizikal sel di dalam testis serta
sperma yang sudah matang (Palmer, Bakos, Fullston & Lane, 2010). Bagi wanita, obesiti
boleh menyebabkan seseorang itu sukar mengandung kerana ia akan menjejaskan ovulasi
iaitu proses pengeluaran ovum, perkembangan endometrium iaitu dinding rahim dan
implantasi embrio pada dinding rahim (Brewer & Balen, 2010). Hal ini turut memberi masalah
jika wanita tersebut mengandung kerana mereka terdedah dengan komplikasi seperti
diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari, kolesterol tinggi dan juga masalah
pernafasan yang mana menyebabkan ibu mengandung mudah lelah. Penyakit ini bukan
hanya memberi kesan kepada ibu, malahan bayi di dalam kandungan turut terkesan. Menurut
Siti Nadirah (2019), risiko kelahiran pramatang serta keguguran bawah dua belas minggu juga
boleh terjadi kepada ibu yang mempunyai BMI berlebihan di samping bayi berpotensi
mengalami masalah berat berlebihan dan kencing manis selepas dilahirkan. Akibatnya
sewaktu proses kelahiran, bayi tidak dapat dilahirkan secara normal iaitu dengan
menggunakan cara pembedahan Caesarean. Langkah utama bagi menghindarkan masalah

3
ini ialah dengan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat selari dengan Piramid Makanan
Malaysia yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Seseorang perlu mengambil
bilangan kalori yang mencukupi serta nutrien lain dengan seimbang. Aplikasi pelan diet dan
khidmat bimbingan dalam talian juga boleh diikuti seperti diet Atkins dan Intermittent Fasting
di samping menggunakan aplikasi pengiraan kalori bagi mengawal jumlah pengambilan
makanan. Kesimpulannya, tubuh badan yang bebas daripada obesiti mampu memberikan
kesan yang baik terhadap kualiti hidup, kesejahteraan emosi dan sosial serta mengelakkan
berlakunya masalah ketidaksuburan.

Isu seksual bukan sahaja boleh berlaku secara fizikal, malahan melalui
penyalahgunaan teknologi. Dengan kehadiran gajet serta aplikasi seperti Facebook, WeChat
dan YouTube, semua golongan bermula daripada kanak-kanak hingga warga emas boleh
mengakses pelbagai laman web dan berhubung dengan sesiapa sahaja. Hal ini menyebabkan
berlakunya isu kerosakan akhlak dan mental berhubung dengan isu seksual seperti Sexting
dan Child Online Grooming. Sexting adalah tindakan menghantar foto, mesej, audio atau
video lucah menggunakan telefon bimbit (Kaur, 2014). Manakala Child Online Grooming
merupakan tindakan pemangsa memilih mangsa melalui maklumat diri di dalam internet
kemudian mewujudkan hubungan yang rapat bagi mengambil kesempatan dalam bentuk
seksual melalui perbualan maya atau pertemuan (Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluarga Negara [LPPKN], 2018). Kanak-kanak dan remaja khususnya akan terdedah
dengan aktiviti seksual seperti menghasilkan bahan pornografi serta merangsang diri sendiri
dengan melihat aksi lucah di telefon bimbit melalui laman web dan perbualan. Hal ini dapat
dibendung dengan memastikan ibu bapa memantau penggunaan telefon pintar oleh anak-
anak serta mengikuti tips PEKA yang disyorkan oleh LPPKN. Selain itu, pihak sekolah juga
boleh bekerjasama dengan bahagian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(MCMC) untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid mengenai keselamatan alam
siber. Kesimpulannya, isu kerosakan akhlak dan mental golongan muda boleh dicegah dari
peringkat awal dengan pemantauan daripada ibu bapa serta guru-guru bagi mendidik anak-
anak tentang jenayah seks atas talian.

Kesimpulannya, isu kesihatan reproduktif boleh terjadi melalui pelbagai aspek iaitu
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang mana ia memberikan kesan yang amat buruk
kepada seseorang. Seks bebas, tabiat merokok, pengambilan dadah dan alkohol, gaya
pemakanan yang tidak sihat, ketidakseimbangan hormon serta penyalahgunaan teknologi
mampu membawa kepada masalah kehidupan seksual kita. Maka, kita perlulah
mengamalkan gaya hidup yang sihat di samping memberi pendidikan seksual kepada orang
ramai bagi meningkatkan kualiti hidup serta tahap kesejahteraan sosial sejajar dengan
aspirasi negara.

4
RUJUKAN

Mohd Ismail Tambi. (1995). Pengenalan dan Rawatan Sakit Tuan. Selangor Darul Ehsan:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Brewer, J. C. & Balen, A. H. (2010). eview: Focus on obesity, the adverse effect of obesity on
conception & implantation. Reproduction & Fertility, 347-364.

Fuad Hashim. (26 April, 2012). Chlamydia. Retrieved from Portal Rasmi MyHEALTH
Kementerian Kesihatan Malaysia: http://www.myhealth.gov.my/chlamydia-2/

Hammerstein, J., Meckies, J., Leo-Rossberg, I., Moltz, L. & Zielske, F. (2003). Use of
cyproterone acetate (CPA) in the treatment of acne, hirsutism and virilism. Journal of
Steroid Biochemistry, Volume 6, Issue 6, 827-836.

Kaur, H. (17 April , 2014). Sexting. Retrieved from Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian
Kesihatan Malaysia: http://www.myhealth.gov.my/sexting/

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (1 November, 2016). Dasar


dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial. Retrieved from
Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat:
https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/Dokumen/Dasar/DASAR%20DAN%
20PELAN%20TINDAKAN%20PENDIDIKAN%20KESIHATAN%20REPRODUKTIF%
20DAN%20SOSIAL%20KEBANGSAAN.pdf

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. (10 August, 2018). Keselamatan
Alam Cyber. Retrieved from Portal Rasmi Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluarga Negara: http://online.fliphtml5.com/kxud/dlgf/

Llewellyn-Jones, D. (1995). Rahsia Kesihatan Wanita Dari A-Z. Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti Sdn Bhd.

Maiza Tusimin. (12 May, 2019). Realiti impak obesiti terhadap kesuburan. Retrieved from
Berita Harian Online: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/05/563049/realiti-
impak-obesiti-terhadap-kesuburan

Nik Azis Nik Pa. (1991). Islam dan Perancang Keluarga. Singapura: Pustaka Nasional Pte
Ltd.

Palmer, N. O., Bakos, H. W., Fullston, T. & Lane, M. (2010). Impact of obesity on male fertility,
sperm function and molecular composition. Spermatogenesis ; volume 2(4), 253-263.

Salmon, Y. & Tan, S. L. (1991). Kehamilan dan Kelahiran. Kuala Lumpur: Syarikat S. Abdul
Majeed.

5
Siti Nadirah Hafidzin. (1 April, 2019). Risiko obes ketika hamil. Retrieved from Harian Metro
Online: https://www.hmetro.com.my/hati/2019/01/414447/risiko-obes-ketika-hamil

Sri Wahyu Taher. (7 February, 2015). Kesan Merokok Kepada Janin. Retrieved from Portal
Rasmi TAK NAK MEROKOK MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia:
http://taknak.myhealth.gov.my/kesan-merokok-terhadap-janin/

Tajul Ariffin Isa. (4 January, 2016). Sistem Reproduktif Lelaki. Retrieved from Portal Rasmi
MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia: http://www.myhealth.gov.my/sistem-
reproduktif-lelaki-organ-organ-yang-telibat-dan-laluan-sperma-semasa-ejakulasi/

Yusof Ismail. (1995). Isu-isu Bio-Perubatan Menurut Islam. Kuala Lumpur: A.S NOORDEEN.

Anda mungkin juga menyukai