Anda di halaman 1dari 6

Tugasan 1

Kepentingan makanan sihat dan kesejahteraan

1.0 PENGENALAN KEPADA AMALAN PEMAKANAN SIHAT

Amalan pemakanan sihat bermaksud setiap hari makan makanan yang berkhasiat dan
seimbang serta memastikan tubuh badan seorang berfungsi secara normal. Selain itu,
pemakanan sihat juga dapat memberi tenaga makanan yang mencukupi kepada tubuh badan
dan dapat menjauhi kita daripada penyakit. Menurut Shariff, kita akan jadi tidak sihat jika kita
mempunyai tabiat makan yang tidak sihat. (Zalilah Shariff, PhD , 1 Siti Sabariah Bukhari, & 2
Norlijah Othman, 2008) Jadi, makanan seimbang ialah satu tabiat pemakanan yang
merangkumi semua jenis kelas makanan dari sumber-sumber seperti bijirin, buah-buahan,
sayur-sayuran, daging, ikan dan sebagainya. (Nurafika, 2015) Mengikut piramid makanan,
seseorang manusia haruslah mengambil setiap jenis kelas makanan mengikut kuantiti yang
ditetapkan. Kita wajarlah mematuhi cara pemakanan piramid makanan untuk mengekalkan
kesihatan. Di samping itu, kita harus memantapkan rutin waktu makan yang baik sejak dari
kecil lagi. Pemakanan yang kita pilih untuk makanan secara betul iaitu makan secara tepat
masa dan betul untuk sarapan, makan tengah hari dan minum petang serta makan malam.

2.0 KEPENTINGAN PEMAKANAN SIHAT

Menurut Metro, kajian berkenaan turut mendedahkan 48 peratus rakyat Malaysia


dewasa mempunyai paras kolesterol tinggi atau hiperkolesterolemia manakala 18 peratus
orang dewasa di negara ini menghidap diabetes. (Tamudi, 2017 ) Oleh itu, kta harus makan
makanan yang seimbang dalam kehidupan seharian agar dapat mencegah daripada dijangkiti
penyakit. Selain itu, memakan buah – buahan dan sayur-sayuran juga dapat mengurangkan
risiko penyakit kronik seperti sakit jantung dan sebahagian kanser.

Seterusnya, pemakanan seimbang juga dapat mengawal kadar obesiti. Seseorang


harus mengambil makanan dalam kuantiti yang sesuai dan kecil tetapi cukup khasiat yang
diperlukan oleh tubuh badan kita. Kita haruslah mengawal makanan agar tubuh badan tidak
terlalu gemuk atau terlalu kurus serta memastikan badan kita sihat.

Selain itu, tubuh badan kita menerima nutrient dan keperluan zat yang diperlukan sejak
dari kecil lagi. Keperluan zat yang mencukupi dan nutrient dapat membantu kita membina
tubuh badan yang kuat dan memastikan pembesaran berlaku dengan sempurna. (Sanosi,
2015 ) Hal ini disebabkan kekurangan zat dan nutrient akan merencatkan pertumbuhan badan.
Contohnya, fizikal seseorang tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna akibat
kekurangan zat dan nutrisi. Ini akan menjadikan kita tidak dapat melakukan aktiviti seharian
dengan semangat.

1
3.0 HURAIKAN BAGAIMANA PENGAMBILAN PEMAKANAN SIHAT DAPAT
MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN OPTIMUN

Amalan atau tabiat pengambilan makanan mempunyai pengaruh besar terhadap taraf
pemakanan dan seterusnya kesihatan seseorang. Dengan itu, cara pengambilan makanan
adalah penting. Cara pengambilan pemakanan sihat ialah meningkatkan pengambilan
makanan sihat bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan. Peningkatan pengambilan
makanan bukanlah bermakna memilih makanan yang mahal dan sukar didapati. Pada masa
kini, terdapat pelbagai resipi tentang penyediaan makanan sihat secara mudah dan
menggunakan bahan yang murah di internet seperti Facebook, Twitter. (Rahim, 2012) Di
samping itu, kita harus memilih makanan yang kurang gula, minyak dan garam dan
melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Menurut Dr Zubaidi dalam Metro, masyarakat terkini selalu makan di luar supaya
dapat berjimat masa dan malas memasak. (Hafidzin, 2014) Tetapi, jika kerap makan di luar
telah menjadi kebiasaan, kesihatan tubuh badan kita akan dijejaskan. Hal ini disebabkan
makanan di luar mengandungi banyak lemak, gula, garam, penyedap rasa buatan dan
sebagainya. Pengambilan semua jenis makanan yang melebihkan gula, lemak dan garam
akan dikaitkan dengan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan sebahagian kanser. Jangan
makan makanan yang akan menjejaskan kesihatan tubuh badan kita.

Mengikut piramid makanan juga salah satu cara pengambilan makanan sihat untuk
meningkatkan kesejahteraan optimum.Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita
untuk merancang pengambilan makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap
hari. (ihealth2u, 2016) Dengan piramid makanan , kita perlu ambil 4 hingga 8 hidangan bijirin
seperti nasi, gandum dan jagung manakala juga ambil sekurang-kurangnya lima hidangan
sayur-sayuran dan buah buahan agar badan dapat menerima keperluan zat. (Kalonas, 2011 )
Pengambilan makan daging, makanan laut dan ikan secara sederhana dan hasil tenusu
adalah 1 hingga 2 hidangan sehari. Seterusnya, lemak, minyak, garam dan gula perlu
dihadkan kerana pengambilan berlebihan akan meningkatkan risiko penyakit kronik dan
mengurangkan makanan yang tidak sihat. (Siong, 2011)

2
4.0 FUNGSI SETIAP NUTRISI MAKANAN UNTUK MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN
OPTIMUN

Makanan yang kita makan sebenarnya terdapat tujuh kompenen penting dalam
makanan yang merupakan asas pemakanan. Setiap kelas makanan menpunyai kebaikan dan
fungsi yang tertentu kepada tubuh badan kita. (Hailmi, 2013) Ada 6 kelas makanan iaiatu
karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan air. Karbohidrat memainkan peranan penting
sebagai pemberi sumber tenaga utama bagi kegiatan seharian tubuh manusia. Fungsi lain
juga dapat membolehkan protein disimpan untuk pembangunan dan pembaikan dan memberi
kuantiti kepada diet. Sumber karbohidrat seperti nasi, roti, mi dan kentang. Selain ltu, protein
juga salah satu unsur terpenting bagi tumbesaran manusia dan fungsi tubuh yang baik.
(Spiration, 2015) Protein juga diperlukan dalam membina dan membaiki tisu-tisu badan dan
menolong menghasilkan hormon, enzim dan antibodi melawan infeksi. Bahan makanan yang
mengandungi protein ialah daging tanpa lemak, ikan, telur, susu dan keju. Di samping itu,
Lemak diperlukan untuk membesar dan melindungi anggota tubuh badan daripada kejutan.
Lemak juga berfungsi untuk membekal asid lemak dan membolehkan vitamin larut-lemak
masuk ke dalam tubuh badan. (Zaki, 2015) Lemak juga membantu menjadikan makanan
lebih lembut dan sumber lemak iaitu mentega dan minyak masak.

Seterusnya, vitamin ialah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan
jumlah kecil. Vitamin dapat membantu keseimbangan nutrient dan membantu enzim dalam
menggerakkan metabolisme badan manakala vitamin dibahagikan menjadi dua iaitu vitamin
larut air dan vitamin larut lemak A, D, E, K. (Mukhari & Yasin, 2014) Mineral merupakan
pengatur proses metabolisme dalam tubuh dan hanya diperlukan sedikit dalam tubuh
manakala dibahagikan kepada dua iaitu makromineral (kalsium, klorida, magnesium) dan
mikromineral (iodin, kromium, perak, selenium). Sementara itu, kebanyakan proses dalam
badan kita memerlukan kehadiran untuk melancarkan penghadaman, mengawal suhu dan
memindahkan nutrient. Jika kurang, badan kita akan diganggu fungsi dan penyerapan nutrient.

5.0 CADANGAN AKTIVTI FIZIKAL YANG MENGURANGKAN PENYAKIT-PENYAKIT


KRONIK

Aktiviti fizikal memberi banyak faedah dari segi kesihatan tubuh badan, sosial dan
emosi serta boleh mengurangkan penyakit-penyakit kronik. Selain itu, aktiviti fizikal yang
boleh mengurangkan penyakit kronik ialah berjogging. Berjogging adalah jalan cepat atau lari
kecil untuk menyerap oksigen yang dihantar kepada fungsi jantung agar bekerja lebih cepat
dari kebiasaannya. Menurut Nazaruddin, berjogging ialah salah satu cara yang efektif untuk
menggalakkan otot jantung anda bekerja. (Nazaruddin, 2012) Semasa berjogging, aliran
darah di dalam badan akan menjadi lebih baik dan secara tidak langsung. Ini akan

3
mengurangkan risiko serangan jantung, darh tinggi dan strok. (Kalonas, Senaman
mengurangkan risiko sakit jantung, tetapi mengapa?, 2011) Seterusnya, berjogging juga
dapat meningkatkan kepadatan lipo[rotein (HDL) dan menurunkan trigliserida. Ini dapat
membuatkan darah kita mengalir dengan lebih lancar serta mengurangkan pertambahan plak-
plak dalam arteri. (Korporat, 2011). Dengan itu, berjogging juga dapat mengurangkan berat
badan, merendahkan tahap kolestrol dan tekanan darah dan mengelakkan kerosakan otot
dan jantung.

6.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa kecergasan diri amatlah penting
bagi setiap insan di dunia ini untuk terus hidup dengan sihat. Amalan pemakanan yang
seimbang dan bersenam menjamin kualiti hidup dengan mengelakkan kita daripada ditimpa
pelbagai penyakit dan membazirkan wang titik peluh semata-mata ingin mengubati penyakit
yang dihadapi. Elemen ini juga penting bagi membina tubuh badan yang kuat dan menghindari
diri kita daripada penyakit kronik. Oleh yang demikian, kita seharuslah mengamalkan aktiviti
fizikal yang mencukupi dengan mengikut panduan yang disediakan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia.

4
RUJUKAN

Daud, S. a. (2013 , Mei 16). Pentingnya Sarapan Pagi . Retrieved from Nona :
http://www.nona.my/cantik/nota-cantik/pentingnya-sarapan-pagi-1.160934
Hafidzin, S. N. (2014). Risiko makan di luar . Selangor, Malaysia: Metro .
Hailmi, C. (2013, Januari 13). Kelas Makanan dan Khasiatnya. Retrieved from Cikgu Hailmi:
http://www.cikguhailmi.com/2013/01/sains-kelas-makanan-dan-khasiatnya.html
ihealth2u. (2016, July 24). ihealth2u. Retrieved from Piramid Makanan Malaysia – Cara
makan dengan sihat: http://www.ihealth2u.com/?p=820
Kalonas, J. (2011 , May 10 ). Susu Sejat . Retrieved from Menterjemahkan piramid makanan
kepada nombor: http://sususejat.com/menterjemahkan-piramid-makanan-kepada-
nombor/
Kalonas, J. (2011, October 10). Senaman mengurangkan risiko sakit jantung, tetapi
mengapa? Retrieved from Susu Sejat : http://sususejat.com/senaman-
mengurangkan-risiko-sakit-jantung-tetapi-mengapa/
Korporat, S. H. (2011). Enam Faedah Senaman dan Aktiviti Fizikal yang teratur. Idfr, 45.
Retrieved from IDFR .
Mukhari, A. W., & Yasin, I. (2014). Amalan Pemakanan Di Kalangan Remaja Di Kawasan
Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor. Eprints Utm , 24-36.
Nazaruddin, M. (2012). Berjogging budaya hidup. Eprints Ums , 33-41.
Nurafika. (2015, August 12). 10 Amalan Pemakanan sihat yang akan mengubah hidup anda.
Retrieved from Laman Web Raasmi Institut Sukan Negara : http://isn.gov.my/10-
amalan-pemakanan-sihat-yang-akan-mengubah-hidup-anda/
Rahim, N. E. (2012, March 24 ). Emaze. Retrieved from Amalan Pemakanan Sihat:
https://www.emaze.com/@AWCRFFQW/AMALAN-PEMAKANAN
Sanosi, A. (2015 , April 25). SlideShare . Retrieved from Kepentingan Amalan Pemakanan
Yang Sihat : https://www.slideshare.net/atasya_sanosi/kepentingan-amalan-
pemakanan-yang-sihat-
Siong, D. T. (2011). Panduan Diet Piramid Makanan Malaysia untuk Anak Anda. Doc , 23-
33.
Spiration, M. (2015, September 22). 6 Kelas Nutrisi Terpenting yang Anda perlu tahu .
Retrieved from All about Adaa's Inspiration: https://adaa-
inspiration.com/2015/09/22/6-kelas-nutrisi-terpenting-yang-anda-perlu-tahu/
Tamudi, H. (2017 ). Banyak makan buah, sayur. Selangor, Malaysia : Metro .
Tasya, E. A. (2014, October 14). Amalan Pemakanan yang sihat. Retrieved from Prezi :
https://prezi.com/t7za4hu6omqq/amalan-pemakanan-yang-sihat/
Zaki, U. K. (2015). Kepentingan Pemakanan Seimbang . In S. Ibrahim, Pelan Pemakanan
Seimbang (pp. 12-20). Selangor, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka .

5
Zalilah Shariff, PhD , 1 Siti Sabariah Bukhari, M., & 2 Norlijah Othman. (2008). Nutrition
Education Intervention Improves Nutrition Knowledge,. International Electronic
Journal of Health Education, 119-132.

Anda mungkin juga menyukai