Anda di halaman 1dari 17

1.

0 PENGENALAN
Remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi negara kita pada masa akan
datang. Pelbagai harapan diletakkan agar mereka berupaya menjadi individu yang berguna
serta mampu menyumbang ke arah kesejahteraan negara secara keseluruhannya. Namun
pada realitinya, sejak akhir-akhir ini pelbagai pihak mula menaruh kebimbangan tentang
berbagai gejala sosial yang melanda remaja dan seterusnya meruntuhkan akhlak anak-anak
remaja masa kini. Sama ada disedari atau tidak, perkembangan gejala-gejala sosial ini
semakin meningkat dari hari ke hari.
Setiap hari dipaparkan berbagai cerita tentang pelbagai salah laku yang dilakukan
oleh remaja baik salah laku yang kecil mahu pun besar. Ini turut menggambarkan betapa
seriusnya

fenomena

ini

dan

langkah-langkah

sewajarnya

perlu

diambil

bagi

membendungnya dari terus menjadi barah dalam masyarakat Malaysia. Media-media massa
seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih
bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang membabitkan mereka. Masalah ini turut
membimbangkan pelbagai pihak, khususnya pemerintah, masyarakat, guru dan ibu bapa
sendiri.
Dalam menangani masalah gejalah sosial ini, Pendidikan Moral adalah sangat
penting bagi pelajar-pelajar. Pendidikan Moral ialah salah sebuah program Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau
berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan
moral dan tingkah laku moral.

Pendidikan moral di sekolah rendah memberi

tumpuan

kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan memoralan murid melalui penghayatan
dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam pelbagai agama,
tradisi dan adat resam kaum. Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup yang
membolehkan

mereka

hidup

dalam

satu

rumpun

dan

menjadi

individu

yang

bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang
dilakukan.
Bagi mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja, guru Pendidikan Moral
memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan murid-murid yang bakal menjadi
rakyat Malaysia mempunyai moral yang tinggi dan sekaligus dapat menyatupadukan rakyat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tanggungjawab guru Pendidikan Moral
merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing pelajar kearah usaha yang
berterusan bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
1

1.1 FAKTOR-FAKTOR BERLAKU MASALAH SOSIAL


Zaman remaja merupakan zaman yang sangat menyeronokkan bagi setiap individu.
Pada zaman remaja, seseorang individu sudah semestinya ingin mencuba pelbagai benda
dalam kehidupan mereka. Kehidupan zaman remaja seolah-olah memberikan kebebasan
yang sepenuhnya untuk melakukan pelbagai perkara. Oleh sebab itu, tidak mustahil
seseorang remaja boleh terjebak ke dalam gejala sosial. Jika kita teliti dengan mendalam
terdapat banyak punca kenapa golongan remaja mudah terjebak dalam kancah gejala
sosial.
Pengaruh rakan sebaya adalah salah satu perkara yang menjadi punca berlakunya
gejala sosial. Perkara ini sering berlaku di kalangan remaja-remaja sekarang yang hidup di
dalam alam penuh dengan kemajuan. Ini adalah kerana remaja pada masa sekarang lebih
mesra dengan rakan mereka kerana ibubapa sibuk dengan urusan kerja dan lain-lain. Ada
sesetengah remaja meluangkan masa hampir penuh bersama rakan-rakannya. Di sebabkan
itu, remaja sekarang lebih mengenali rakan mereka berbanding dengan ibubapa sendiri dan
lebih mempercayai rakan mereka daripada keluarga atau ibubapa. Kejadia seperti ini adalah
amat bahaya dan boleh mengakibatkan remaja tersebut terjerumus dalam gejala sosial yang
tidak sihat.
Selain itu, sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus dengan gejala
sosial. Terdapat ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kasih sayang
terhadap anak-anak. Anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Ada
segelintir ibu bapa begitu sibuk dengan kerjaya bagi menambahkan pendapatan sehingga
anak-anak terabai dan tidak mendapat kasihsayang yang secukupnya. Sikap ibu bapa ini
menyebabkan anak-anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya lalu mereka melakukan
perkara-perkara tidak berfaedah untuk mehilangkan kebosanan. Selain itu, tidak kurang
juga ada yang melakukan gejala sosial ini semata-mata untuk mendapat perhatian daripada
ibu bapa mereka.
Tambahan pula, pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa
membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup.
Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya
menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi
keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video
dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.
Punca-punca sedemikian perlu di tangani bersama bagi mengurangkan masalah gejala
yang tidak sihat. Kerana gejala sosial ini bukan sahaja berpunca dari ibupapa atau keluarga
2

namun boleh dikaitkan dengan kemajuan yang kita capai pada masa sekarang. Oleh itu
sebagai guru, kita perlu untuk mendidik anak-anak murid

dan memberi mereka kasih

sayang serta panduan yang berguna agar mereka menjadi orang yang berguna di mata
masyarakat.

2.0 TEORI PEMBELAJARAN MORAL SOSIAL


2. 1 LATAR BELAKANG TEORI
Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial, salah satu konsep
dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari fikiran,
pemahaman dan evaluasi. Ia seorang psikologi yang terkenal dengan teori belajar sosial
atau kognitif sosial serta efikasi diri. Eksperimennya yang sangat terkenal adalah eksperimen
Bobo Doll yang menunjukkan kanak-kanak meniru seperti perilaku agresif dari orang dewasa
di sekitarnya.
Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah memberi
penekanan tentang bagaimana perilaku manusia dipengaruhi oleh persekitaran melalui
peneguhan dan pembelajaran peniruan dan cara berfikir yang kita miliki terhadap sesuatu
maklumat dan juga sebaliknya, iaitu bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi
persekitaran dan menghasilkan peneguhan dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain.
Menurut Bandura proses mengamati dan meniru perilaku dan sikap orang lain sebagai
model merupakan tindakan belajar.
Dari perspektif sarjana Barat, Berne (1964) menyatakan tingkah laku, pemikiran dan
perasaan manusia pada asasnya tidak terlepas daripada pengaruh-pengaruh persekitaran,
terutama sekali oleh harapan dan desakan yang dibuat oleh orang yang rapat dengan diri
mereka seperti rakan sebaya, keluarga dan masyarakat dewasa. Pengaruh persekitaran ini
mempengaruhi seseorang dalam membuat keputusan. Walau bagaimanapun, manusia tidak
semestinya terkongkong dengan keputusan itu. Manusia mempunyai keupayaan memahami
keputusan yang telah mereka buat dan menggantikan dengan keputusan yang baru yang
lebih sesuai dengan diri mereka dan persekitaran mereka pada masa itu. Tetapi dalam
banyak keadaan, manusia selalunya tidak mempunyai keupayaan memilih dan hanya
segelintir sahaja yang mempunyai kesedaran membuat pilihan sendiri.

2.2 CARA-CARA GURU MENGAPLIKASIKAN TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL DALAM


MENANGANI MASALAH SOSIAL
TIRUAN SECARA LANGSUNG
Peniruan secara langsung terjadi apabila seseorang melihat orang lain melakukan
sesuatu dan meniru kelakuan itu. Di dalam sekolah guru adalah seorang role model kepada
murid. Seorang kanak-kanak berhadapan dengan guru bermula sejak umur mereka 6 tahun
iaitu di peringkat prasekolah sehingga peringkat remaja.
Guru dan sekolah merupakan ejen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan
insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Sehubungan dengan itu juga, guru Pendidikan
Moral merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan pelajar daripada segi
fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan cekap menguruskan
aktiviti pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu,
berketrampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan

mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran


negara. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan
pengajaran pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif, efektif dan psikomotor
pelajar.
Guru-guru yang mempunyai idealisme yang tinggi terhadap pengajaran, pelajar dan
masyarakat akan menampilkan ciri-ciri personal, interpersonal, profesional, intelektual dan
kemahiran dalam pengajaran, pembelajaran dan urusan sehariannya dengan baik. Kesemua
ciri-ciri di atas menggambarkan betapa layak dan berkesannya seseorang guru tersebut.
Dalam konteks seorang Guru Pendidikan Moral ciri-ciri tersebut melayakkan beliau menjadi
guru yang berkesan, berwibawa dan berketerampilan. Dengan kata lain, akan menjadi
teladan (role model) yang baik bagi seluruh warga sekolah dan masyarakat keseluruhannya.
Role Model bagi seseorang guru dapat diperlihatkan melalui prestasi cemerlang
guru berkenaan. Abdul Rahim (2005) menyatakan bahawa seseorang guru yang cemerlang
adalah guru yang mencapai tahap tinggi dalam penglibatan dalam perancangan, dasar
aktiviti pendidikan, pengalaman mengajar, pengekalan prestasi tinggi dalam pengajaran
mata pelajaran, kepimpinan di peringkat sekolah, masyarakat dan negara. Di samping itu
juga, tahap personaliti yang baik atas pembentukan nilai-nilai keperibadian yang tinggi. Oleh
kerana itu, insan guru ini akan menjadi contoh (role model) kepada orang lain, khususnya
pelajar dan pekerja lain di sekolah.
5

Guru Pendidikan Moral merupakan orang yang penting dalam pembentukan diri
seseorang murid kerana mereka yang mengajar tentang kelakuan yang baik kepada muridmurid. Seorang kanak-kanak berhadapan dengan guru bermula sejak umur mereka 6 tahun
iaitu di peringkat prasekolah sehingga peringkat remaja. Guru akan memuji, menegur,
menguji dan menengking mereka semasa menjalankan tugas. Segala gerak laku dan
perbuatan guru yang disenangi atau sebaliknya akan diperhatikan dan ditiru oleh pelajar.
Oleh itu, segala tingkah laku dan perbuatan guru akan mempengaruhi sikap dan
pembelajaran pelajar. Contohnya cara guru berpakaian, gaya berjalan, cara pertuturan dan
lain-lain penampilan diri guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar terutama guru yang
menjadi idola kepada pelajarnya. Oleh itu, guru Pendidikan Moral yang mempunyai
personaliti baik serta perwatakan bersih akan dapat menangani masalah sosial yang berlaku
di kalangan remaja pada masa kini.
Seseorang guru yang memiliki sifat-sifat yang mulia dalam diri mereka seperti
peramah, mesra, penyayang, bertimbang rasa, kemas dan suka buat lawak dapat
mengurangkan masalah sosial dalam kalangan murid. Sifat-sifat tersebut akan lebih suka
didampingi oleh pelajar. Sebagai seorang guru Pendidikan Moral, guru tersebut perlu
menepati masa menghadiri kelas, ikhlas dan sabar semasa menyampaikan pengajaran,
tertib dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas, yakin pada diri akan diminati dan
disukai oleh murid. Sifat-sifat mulia guru tersebut akan dicontohi oleh murid-murid. Hal ini
dapat mengurangkan masalah sosial seperti pergaduhan, pembunuhan dan sebagainya.
Guru Pendidikan Moral yang mengamalkan tingkah laku yang beradab akan
dicontohohi oleh murid-muid. Cara hidup yang beragama, bermoral dan berdisiplin dapat
membimbing muridmenjadi seorang insan yang baik secara tidak langsung. Menurut Esah
(1998), reformasi pendidikan mementingkan agama, pendidikan moral dan penerapan nilainilai murni dalam kurikulum. Oleh itu, guru Pendidikan Moral harus menunjukkan ciri-ciri
teladan kepada para murid. Guru yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang baik dan terpuji
setiap waktu dapat mengatasi masalah tingkah laku murid dengan mudah. Oleh sebab itu,
guru Pendidikan Moral yang akan suka bergaul mesra dengan pelajar, cuba memahami
perasaan dan kehendak mereka serta bimbing mereka menjadi orang yang baik dan ia dapat
mengurangkan masalah sosial di kalangan masyarakat Malaysia.
Guru Pendidikan Moral juga perlu berpakaian mengikut kesesuaian masa, tujuan dan
tempat. Cara pemakaian guru sering menjadi tumpuan murid

terutamanya murid yang

sedang meningkat remaja. Pakaian guru perempuan tentu akan diminati oleh murid
perempuan. Maka mereka juga ingin berpakaian seperti gurunya. Jika guru Pendidikan
Moral berpakaian dengan sopan santun, maka murid-murid perempuan juga tahu bahawa
6

cara pakaian itu adalah sopan dan mereka juga akan mengikut cara tersebut. Walau
bagaimanapun pakaian yang ketat, jarang dan agak keterlaluan fesyennya pula akan
diminati oleh murid lelaki. Hal ini akan menyebabkan berlaku masalah sosial seperti rogol,
seks luar nikah dan sebagainya. Oleh sebab itu, cara pakaian guru akan menjadi tumpuan
murid-murid dan mereka akan mengikut jejak langkah gurunya.
Selain itu, Penampilan guru yang kemas dan bersih menggambarkan mereka
menitikberatkan kebersihan dan keselesaan. Ia juga menunjukkan sifat penyayang yang
sudah ada di dalam diri kerana mereka mahu menunjukkan imej baik kepada para pelajar.
Sebagai role model kepada pelajarnya, guru mempunyai niat suci mahu melihat anak didik
mereka memiliki sikap mengutamakan kebersihan dan kekemasan diri. Secara tidak
langsung, sifat penyayang diserapkan ke dalam diri para pelajar.
Tugas Guru Pendidikan Moral dalam membentuk perwatakan pelajar di dalam bilik
darjah melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilihat sebagai langkah bagi membentuk
sahsiah pelajar. Melalui mata pelajaran Pendidikan Moral, terdapat banyak nilai murni yang
boleh diserapkan kepada pelajar iaitu kasih sayang, kerjasama, hormat menghormati, patuh,
rajin, bermaruah, bersih, beradab sopan dan sebagainya. Melalui cara ini Guru Pendidikan
Moral dapat mengasah dan menyemai sahsiah pelajar secara tidak langsung melalui aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni dalam
proses pengajaran dan pembelajaran menunjukkan sikap profesional guru terhadap budaya
kerja yang bermutu tinggi. Tambahan Yahya Don (2005) guru yang berupaya melaksanakan
tugas dan tanggungjawab mereka dengan amanah serta betul seperti peraturan yang
ditetapkan menggambarkan perwatakan guru yang berdedikasi dan wajar diteladani oleh
semua murid. Apabila guru Pendidikan Moral mengajar nilai-nilai murni dan menunujukkan
teladan yang baik, murid-murid juga mematuhi nilai-nilai tersebut dan ia dapat
mengurangkan berlakunya masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa kini di
Malaysia.
Menurut Mok Soon Sang 2007, ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan
membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu
merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia. Guru Pendidikan
Moral sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir,
memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman
baru. Dalam p&p, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta
memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang
guru Pendidikan Moral, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam
diri supaya menjadi teladan bagi para murid mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru
7

dan murid adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan
seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup. Oleh sebab
itu, dalam menangani masalah gejalah social, guru perlu menjadi contoh teladan kepada
murid-murid dalam mengamalkan budaya berilmu sebab jika murid-murid mempunyai ilmu
yang sepatutnya, maka mereka tahu bawawa penglibatan diri dalam gejalah social
merupakan salah dan mereka tidak akan melibatkan dirinya.
Selain itu, guru Pendidikan Moral juga perlu bertindak sebagai pembentukan nilai
dalam kalangan murid untuk menangani masalah sosial. Nilai merupakan kriteria penting
bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Mok Soon Sang (2007) guru harus
membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni
yang tinggi. Ini perlu dipatuhi oleh guru Pendidikan Moral. Nilai-nilai yang perlu diterapkan
ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru Pendidikan Moral seharusnya
mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya
dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua
kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para
pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan
diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan
menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan
dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik
darjah. Maka ciri-ciri tersebut dapat membentuk seorang insan yang berakhlak mulia.
Selain iu, Guru Pendidikan Moral wajar mempamerkan perwatakan yang baik di
dalam bilik darjah. Guru yang menjadi teladan dan panduan untuk para pelajar membentuk
sahsiah diri berdasarkan landasan yang betul. Peranan dan tanggungjawab guru bukan
sahaja memberi maklumat-maklumat dan memperkayakan minda pelajar dengan pelbagai
ilmu pengetahuan tetapi meliputi segenap aspek didikan. Menurut Yahya Don (2005) guru
yang sebenar-benarnya adalah yang dapat menyediakan pelajar-pelajar dengan asas
kehidupan yang lebih baik untuk masa hadapan, tekun bekerja, melatih kemahiran,
menajamkan akal fikiran, memperelok kelakuan, memajukan naluri, merakamkan adat dan
nilai-nilai yang baik supaya mereka dapat menjadi tonggak harapan negara. Sehubungan
dengan ini, J.S. Farrant (1987) dalam Yahya Don (2005) juga menggambarkan perwatakan
guru positif semasa berada di dalam bilik darjah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran
adalah medium bagi membentuk budaya penyayang di sekolah.
Sebagai rumusan dapatlah dikatakan bahawa Guru Pendidikan Moral memainkan
peranan amat penting dalam menjadi teladan (role model) kepada pelajar di sekolah melalui
8

beberapa kriteria nilai keperibadian yang ditunjukkan. Tugas untuk menjadi guru contoh di
sekolah bukanlah mudah ianya memerlukan sokongan padu daripada pihak pentadbir, guru
lain, pelajar dan masyarakat secara keseluruhannya.

3.0 TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOGNITIF


3.1 LATAR BELAKANG TEORI
Perkembangan moral dapat pula difahami melalui pendekatan kognitif. Piaget
mempercayai bahawa struktur kognitif dan kemampuan kognitif anak adalah dasar daripada
pembangunan moralnya. Kemampuan kognitif itulah yang kemudian akan membantu kanakkanak untuk mengembangkan pemikiran yang berkaitan dengan masalah sosial. Teori
perkembangan moral Piaget adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan pertanyaan.
Menurut Richard dan Carol (2000), asas utama perkembangan moral adalah tertakluk
kepada undang-undang.
Tokoh yang banyak terpengaruh dengan idea dan teori-teori Piaget ini antaranya
adalah Kohlberg. Beliau banyak terpengaruh dan banyak menyumbangkan teori-teori
penting dalam perkembangan moral. Kohlberg (1976) mengenal pasti enam peringkat
perkembangan moral. Melalui enam pendekatan ini juga Kohlberg memperkenalkan konsep
moral dilema, dimana responden harus mematuhi pada undang-undang atau melakukan
sesuatu yang menentang undang-undang.
Tiga peringkat utama dalam perkembangan moral menurut Kohlberg (1976) adalah:
a) Peringkat Preconventional
Pada peringkat ini, Kohlberg (1976) berpendapat perkembangan moral bergantung
kepada faktor-faktor luaran. Kanak-kanak perlu patuh untuk mengelakkan dihukum atau
untuk mendapatkan hadiah.
b) Peringkat Conventional
Peringkat ini bermula seawal usia remaja 13 hingga 14 tahun. Pada peringkat ini individu
lebih berusaha untuk memenangi pujian dan pengiktirafan bila melakukan perkara baik dan
mempertahankan social order. Pada peringkat ini, wujud orientasi bersifat interpersonal
orientation, iaitu membuat dan melakukan perkara baik lebih kepada hendak menyukakan
orang lain atau individu akan lebih bermotivasi apabila orang lain melihat perkara yang
mereka buat itu cantik dan baik. Orientasi ini kemudian akan diikuti dengan sosial order
maintenance orientation, iaitu individu atau remaja mula ada kepercayaan yang undangundang perlu untuk mempertahankan social order dan sistem akan huru-hara sekiranya
orang tidak mematuhi undang-undang.

c) Peringkat Post Conventional


10

Peringkat ini berlaku apabila individu mula komited terhadap set of princip yang dikongsi
bersama piawaian moral yang ditanam dan menjadi sebahagian daripada diri individu.
Tindakan moral individu lebih kepada patuh untuk menegakkan undang-undang dan kontrak
yang melindungi hak orang ramai. Pada peringkat ini, individu sudah mula ada kesedaran
dan keinginan untuk melakukan yang terbaik bagi memenuhi kepuasan orang ramai. Bagi
Kohlberg, orientasi terakhir pada peringkat ini yang disebut universal ethical-principle, iaitu
menganggap baik dan buruk pada sesuatu perkara lebih kepada pilihan individu sendiri
berbanding dengan abstrak moral, prinsip keadilan universal dan hormat terhadap semua
individu. Jadi apabila ada undang-undang yang melanggar prinsip moral maka individu
perlulah bertindak mengikut prinsip moral berbanding dengan undang-undang yang digubal.

3.2 CARA-CARA GURU MENGAPLIKASIKAN TEORI PERKEMBANGAN MORAL


KOGNITIF DALAM MENANGANI MASALAH SOSIAL
11

Guru merupakan insan yang berkecimpung dalam arena perguruan yang dikaitkan
sebagai suatu bidang mengajar atau melaksanakan dalam konteks institusi pendidikan
dalam usaha menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat. Dalam kerengka
tugas sebagai Guru Pendidikan Moral yang berwibawa, khususnya dalam meningkatkan
perkembangan moral kognitif remaja (pelajar) ke arah melahirkan generasi yang
bertanggungjawab dan berwawasan, seseoang Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa
pelajar yang datang ke sekolah telah mempelajari serba sedikit persoalan moral di rumah
daripada keluarga dan masyarakat.
Bilik darjah merupakan tempat yang penting dalam membina seorang insan yang
bermoral. Dalam hal ini, guru Pendidikan Moral mempunyai peranan yang sangat penting.
Guru Pendidikan Moral perlu memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak
yang baik seperti ketaatan atas dasar kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang
berwenang, menjaga perasaan orang lain, menjaga standard layanan dalam berinteraksi,
berkorban untuk kepentingan ramai, bekerjasama,melakukan self-criticism, mengawal diri,
menghargai ilmu, menghormati ulama' dan sebagainya. Membaiki prestasi persekolahan
murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti, mendidik mereka dari segiagama, akhlak dan sosial
secara wajar dan sihat, mempersiapkan mereka agar dapat memikul tugas dan
tanggungjawab yang bakal mereka hadapi, di samping melatih mereka menghukum atau
menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang dan bebas.
Guru Pendidikan Moral juga perlu mewujudkan sistem perundangan di dalam bilik darjah
dan sekolah. Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa di sekolah sendiri merupakan
sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah
itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara
tidak lanagsung kepada pembelajaran moral para pelajar di sekolah. Peruntukan undangundang di dalam bilik darjah dan sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan murid
sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu
bapa dalam pengawasan disiplin.
Selain itu, guru Pendidikan Moral, dapat mengurangkan masalah sosial dengan memberi
pujian

atau

hadiah

kepada

murid-murid

yang

mematuhi

peratura-peraturan

dan

mengamalkan nilai-nilai murni di dalam bilik darjah. Murid yang mematuhi peraturan sekolah
yang akan mematuhi peraturan-peraturan yang terdapat dalam negara. Apabila murid-murid
diberikan pujian atau hadiah, maka mereka akan lebih suka dan minat untuk mengamalkan
nilai-nilai murni dan mematuhi peraturan. Selain itu, mereka juga menganggap bahawa
pengamalan nilai-nilai murni merupakan perbuatan baik, sebab itu guru memberi hadiah. Hal

12

ini mendorong kanak-kanak mengamalkan nilai-nilai murni dan mematuhi peraturan dalam
kehidupannya. Hal ini dapat menangani masalah sosial dalam kalangan remaja.
Sebaliknya, guru Pendidikan Moral perlu memberi hukuman kepada murid-murid yang
tidak mematuhi peraturan dan melakukan masalah sosial. Hal ini akan menakutkan murid
tersebut untuk mengulangi perbuatan tersebut. Di samping itu, ia juga memberi iktibar
kepada murid tersebut bahawa perbuatan tersebut adalah kelakuan yang tidak baik dan ia
memberi imej yang buruk kepada diri sendiri. Selain itu, murid-murid lain juga akan takut
untuk melakukan sesuatu perbuatan yang tidak sepatutunya. Oleh sebab itu, memberi
hukuman akan mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja.
Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa di sekolah sendiri merupakan sumber
pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu
ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara tidak
lanagsung kepada pembelajaran moral para pelajar di sekolah. T. Mariuthu (1980) dalam
Rosiadi (2008) menjelaskan bahawa remaja menghabiskan hampir seluruh masanya di
sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan keluarga.
Organisasi dan struktur belajar di sekoah seperti pengagihan pelajar mengikut pencapaian,
pihak berkuasa yang menekankan peperiksan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman,
sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin dalam kalangan
pelajar yang lemah dari segi akademik.
Pada keseluruhannya, dengan mengaplikasikan teori perkembangan moral kognitif, guru
Pendidikan Moral dapat mengurangkan masalah gejalah sosial dalam kalangan remaja pada
masa kini.

13

4.0 RUMUSAN
Menjadi guru Pendidikan Moral bukanlah perkara yang senang pada masa kini.
Cabaran tugas dan tanggungjawab yang diletakkan di bahu guru-guru kini semakin lama
semakin berat. Tanggungjawab guru Pendidikan Moral merupakan suatu perkara yang amat
penting untuk membimbing pelajar kearah usaha yang berterusan bagi memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu

pengetahuan,

berkeupayaan

mencapai

berketrampilan,
kesejahteraan

berakhlak

mulia,

diri

memberi

serta

bertanggungjawab
sumbangan

dan

terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


Remaja dan permasalahan sosial bukanlah mudah untuk ditangani apa lagi hendak
diselesaikan. Ianya memerlukan semua pihak yang signifiken terlibat secara serius memikir,
mengkaji dan memahami serta mencari jalan penyelesaian. Walau bagaiamanapun, guru
Pendidikan Moral boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam memahami dari
kerangka rujuk remaja sendiri dengan proses dan personaliti yang sesuai seperti yang
diutarakan. Apa yang lebih penting ialah kemahuan dan keinginan remaja melakukan
perubahan pada dirinya sendiri dalam mengembalikan kejatian diri bagi menghalang
kebingungan peranan dan penyerapan personaliti negatif.

14

5.0 REFLEKSI
Saya Jamunah a/p Balakrishnan sangat berbesar hati kerana tugasan yang
diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan,
pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada kami untuk
menyiapkan tugasan ini.
Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana kami tidak menyangka
bahawa kami telah melakukannya dengan baik. Saya telah berjaya menyiapkan tugasan
yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah
yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari
bahan rujukan mengenai berita tentang masalah sosial dan teori-teori berkaitan dengan
masalah sosial.
Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi
dalam kerja projek saya. Tambahan pula saya sebelum ini tidak ada asas dalam
matapelajaran ini. Nota-nota yang telah diberikan oleh pensyarah telah saya gunakan untuk
dimasukkan di dalam kerja projek kami. Kerja kursus ini mengenai masalah sosial dalam
kalangan remaja dan peranan guru Pendidikan Moral dalam menangani masalah tersebut
dengan menggunakan teori-teori perkembangan moral.
Remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi negara kita pada masa akan
datang. Pelbagai harapan diletakkan agar mereka berupaya menjadi individu yang berguna
serta mampu menyumbang ke arah kesejahteraan negara secara keseluruhannya. Namun
pada realitinya, sejak akhir-akhir ini pelbagai pihak mula menaruh kebimbangan tentang
berbagai gejala sosial yang melanda remaja dan seterusnya meruntuhkan akhlak anak-anak
remaja masa kini.
Dalam menangani masalah gejalah sosial ini, Pendidikan Moral adalah sangat
penting bagi pelajar-pelajar. Pendidikan Moral ialah salah sebuah program Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau
berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan
moral dan tingkah laku moral.
Melalui tugasan ini, saya telah menyedari bahawa

Guru Pendidikan Moral

memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pelajarannya dengan berkesan dan
menjadi teladan (role model) kepada para pelajarnya. Guru Pendidikan Moral merupakan
orang yang penting dalam pembentukan diri seseorang murid kerana mereka yang mengajar
tentang kelakuan yang baik kepada murid-murid. Seorang kanak-kanak berhadapan dengan
guru bermula sejak umur mereka 6 tahun iaitu di peringkat prasekolah sehingga peringkat
15

remaja. Guru akan memuji, menegur, menguji dan menengking mereka semasa
menjalankan tugas. Segala gerak laku dan perbuatan guru yang disenangi atau sebaliknya
akan diperhatikan dan ditiru oleh pelajar. Oleh itu, segala tingkah laku dan perbuatan guru
akan mempengaruhi sikap dan pembelajaran pelajar.
Selain itu, saya juga tahu bahawa dalam penghidupan sosialisasi,

seseorang

individu perlu melalui berbagai proses perkembangan sehingga mencapai kematangan.


Salah satu proses yang dialami ialah proses perkembangan moral. Saya telah tahu bahawa
pengaplikasian teori-teori perkembangan moral dalam bilik darjah adalah amat penting bagi
pelajar. Hal ini kerana ia dapat memberi ilmu tentang kepentingan moral kepada pelajar.
Selain itu, pelajar-pelajar yang bermasalah juga dapat berinsaf dengan mempelajari
pendidikan Moral ini.
Saya telah pelajari bahawa, melalui teori pembelajaran moral sosial, guru telah
menjadi role model kepada pelajar. Pelajar-pelajar akan mengikut jejak langkah gurunya.
Guru Pendidikan Moral yang mengamalkan tingkah laku yang beradab akan dicontohohi
oleh murid-muid. Cara hidup yang beragama, bermoral dan berdisiplin dapat membimbing
muridmenjadi seorang insan yang baik secara tidak langsung.
Selain itu, melalui tugas ini, saya juga tahu bahawa Pendidikan Moral di sekolah amat
penting dalam pembentukan seorang murid yang berakhlak mulia. Pendidikan Moral ialah
satu program yang mendidik pelajar supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak
mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan
tingkah laku moral.
Selain itu, pengamalan nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada
setiap orang supaya segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial
yang dikehendaki dalam masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang
unggul demi merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral
telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka.
Disamping itu, saya juga tahu bahawa menjadi guru Pendidikan Moral bukanlah
perkara yang senang pada masa kini. Cabaran tugas dan tanggungjawab yang diletakkan di
bahu guru-guru kini semakin lama semakin berat. Tanggungjawab guru Pendidikan Moral
merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing pelajar kearah usaha yang
berterusan bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.
16

Selain itu, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini yang saya
laksanakan bersamarakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami
semakin rapat. Sikap toleransi, bekerjasa sama, dan disiplin antara pensyarah dan semua
rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melaui proses membuat tugasan kerja kursus pendek
ini. Saya mula lebih mengenali sikap dansahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran
pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.
Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi
melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya
berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan
membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang
diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini
membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan
mengulanginya lagi pada masa hadapan.

17

Anda mungkin juga menyukai