Anda di halaman 1dari 3

Perguruan adalah profesion yang popular di Finland.

Jumlah pemohon adalah berkali ganda


lebih tinggi daripada jumlah pengambilan untuk program pendidikan guru. Hasilnya, kualiti graduan
institut perguruan adalah sangat baik. Terdapat banyak sebab di sebalik populariti ini. Profesion
pengajaran mempunyai status yang tinggi di Finland. Guru juga mempunyai kuasa autonomi dalam kerja
mereka, kerana sistem pengajaran adalah berdasarkan kepercayaan dan bukannya kawalan semata-
mata.

Guru ialah ahli professional yang berautonomi

Guru Finland mempunyai banyak kebebasan profesional dan peluang untuk mempengaruhi
kerja dan pembangunan sekolah mereka. Mereka membuat keputusan mengenai kaedah pengajaran,
bahan pengajaran yang digunakan mahupun kaedah penilaian murid-murid. Kebanyakan guru juga
terlibat dalam membuat keputusan bersama dan merangka kurikulum tempatan. Guru di Finland juga
boleh mempengaruhi pembangunan pendidikan di peringkat kebangsaan. Mereka juga mewakili
kumpulan yang pakar dalam melaksanakan reformasi pendidikan dan inisiatif baharu. Teachers’ Trade
Union, yang mewakili hampir 95 peratus guru-guru Finland, memainkan peranan yang besar dalam
pembangunan pendidikan.

Guru tidak dinilai secara formal atau luaran semata-mata. Para pengetua yang bertindak sebagai
ketua pedagogi, juga bertanggungjawab menjaga kualiti pengajaran di sekolah. Di kebanyakan sekolah,
para guru dan pengetua akan melakukan mesyuarat post mortem tahunan. Dalam mesyuarat itu,
mereka akan membincangkan prestasi keseluruhan tahun itu dan merangka objektif dan halatuju
baharu untuk tahun depan.

Siapakah Guru ?

Sebahagian besar daripada guru Finland adalah perempuan terutama dalam pra-pendidikan
pertama, di mana lebih 90 peratus daripada guru-guru adalah perempuan. Dalam pendidikan
menengah, peratusan guru lelaki dan perempuan adalah hampir sama. Jika dibandingkan pada peringkat
antarabangsa pula, peratusan kaum perempuan dalam profesion perguruan di Finland adalah lebih
tinggi berbanding negara-negara lain.

Profesion perguruan semakin bertapak di Finland. Peratusan guru-guru bawah 40 tahun adalah
33 peratus, iaitu lagi rendah daripada purata negara-negara OECD (Pertubuhan Kerjasama dan
Pembangunan Ekonomi). Namun begitu, peratusan guru yang berumur di antara 40 hingga 65 tahun
adalah lebih tinggi daripada purata OECD.

Guru dipilih dari proses yang terbuka

Di Finland, sekolah atau pihak majikan bertanggungjawab dalam melantik guru-guru. Mereka
juga menetapkan bidang pengajaran yang diperlukan dan jumlah kekosongan yang ada. Proses
pengambilan merupakan proses yang terbuka dan iklan-iklan kekosongan itu akan diiklankan dalam
surat khabar, majalah, mahupun di internet.
Setiap sekolah akan menentukan siapa yang berhak melantik guru-guru baharu, sama ada ahli-
ahli jawatankuasa pendidikan, dewan perbandaran, atau lembaga sekolah. Jika pihak sekolah ingin
melantik guru sementara atau guru ganti, pengetua juga mempunyai kuasa untuk melantik guru baharu.

Untuk menjadi seorang guru di Finland, seseorang itu harus mempunyai Ijazah Sarjana dan
menerima latihan mengajar. Seterusnya, pihak sekolah akan menetapkan kriteria-kriteria lain
diperlukan. Matlamatnya adalah untuk memilih bakal guru yang layak dan sesuai dengan skop kerja dan
komuniti sekolah.

Kebanyakan guru bekerja sepenuh masa dan memegang jawatan sebagai penjawat awam.
Sebahagian kecil guru bekerja sambilan. Apabila jumlah masa mengajar kurang daripada 16 jam
seminggu, seorang guru itu diangap bekerja sambilan.

Selain itu, guru hanya boleh dipecat jika ada sebab-sebab yang munasabah sahaja. Antara
sebab-sebab berikut adalah faktor ekonomi atau produktiviti. Namun begitu, guru hanya boleh
diberhentikan perkhidmatannya jika pihak sekolah gagal untuk menawarkan perkerjaan lain atau
melatih mereka untuk posisi baharu. Guru juga boleh dipecat jika mereka secara jelas tidak dapat
melaksanakan tugas mereka dengan secukupnya.

Syarat perkhidmatan dirunding secara kolektif

Syarat perkhidmatan untuk para guru dirunding bersama antara pihak berwajib tempatan dan
Trade Union of Education in Finland secara berkala bagi setiap beberapa tahun. Hasil daripada rundingan
tersebut memberi impak yang positif buat mereka. Perkembangan gaji guru secara amnya adalah selaras
dengan profesion-profesion yang lain.

Gaji para guru dinilai berdasarkan tugas dan keperluan, hasil kerja dan pengalaman bekerja
mereka. Jumlah keseluruhan waktu dan tugas mengajar guru, kerja-kerja tambahan dan kerja lebih masa
boleh memberi elaun lebih buat mereka. Pihak majikan juga berhak memberi bonus peribadi atas hasil
kerja individu seorang guru.

Masa bekerja berpandukan skop kerja guru

Kebanyakan waktu bekerja guru adalah berdasarkan tugas mengajar mereka. Tugas-tugas
mengajar adalah berbeza bagi setiap guru. Tugas mengajar seorang guru adalah antara 16 hingga 24 sesi
seminggu, selama 45 minit bagi setiap sesi, mengikut jenis institusi mengajar dan subjek yang diajar.
Dalam institusi vokasional pula, guru secara amnya mempunyai tugasan mengajar secara tahunan.
Namun begitu, terdapat sebahagian guru dalam institusi vokasional yang mempunyai waktu bekerja
tersendiri. Jika dibandingkan di peringkat antarabangsa, jumlah waktu mengajar guru di Finland adalah
rendah berbanding purata negara-negara OECD.

Dalam setahun, terdapat 185-195 hari sekolah di Finland. Para guru tidak diwajibkan untuk
berada di sekolah jika mereka tiada tugas mengajar pada hari tersebut.
Di samping mengajar, guru juga bertanggungjawab dalam merancang tugasan-tugasan sebelum
dan selepas waktu kelas bagi pelajar. Tambahan pula, tugasan pembangunan dalaman sekolah dan
kerjasama antara rakan guru-guru, rumah-rumah, dan pihak-pihak berkenaan yang lain, seperti
kakitangan kebajikan pelajar, klinik tempatan, pihak polis dan pihak perniagaan yang berkait
membentuk satu jaringan yang penting dalam kerja mengajar bagi guru. Lanjutan daripada itu, hasil
daripada persetujuan pihak-pihak yang terlibat, sebanyak 3 jam telah diperuntukkan untuk usaha ini
bagi guru di peringkat rendah. Bagi peringkat menegah pula, sebanyak 3 jam bagi setiap 2 minggu telah
diperuntukkan untuk usaha yang sama.

Kerjaya seorang guru

Secara umumnya, para guru di Finland mempunyai peluang yang luas untuk mengasah skil
profesional mereka. Namun begitu, dalam konteks jawatan, kerjaya perguruan tidak dapat menawarkan
kenaikan pangkat yang menarik buat guru. Jawatan yang lebih tinggi yang boleh dicapai oleh seorang
guru hanyalah sebagai pengetua. Di sebahagian tempat pula, sesetengah guru boleh dilantik sebagai
penyelaras atau guru pakar dalam subjek mereka.

Pendidikan yang berterusan adalah wajib bagi semua guru. Guru-guru pendidikan umum
diwajibkan untuk mengikuti latihan mengajar sekurang-kurangnya 3 hari setahun. Para guru diberikan
hak untuk mengikuti latihan pendidikan mengajar dengan faedah gaji penuh. Meskipun demikian, tiada
hubungan langsung antara pendidikan berterusan dengan kenaikan pangkat seseorang guru.

Pihak sekolah atau majikan bertanggungjawab untuk memberikan para guru latihan pendidikan
berterusan. Namun begitu, para guru sendiri juga perlu lebih bertanggungjawab dalam membangunkan
skil profesional dan kemahiran mereka. Dewasa kini, banyak perhatian telah diberikan kepada
pendidikan berterusan yang memfokuskan kepada motivasi diri. Usaha ini disokong kuat oleh pihak
sekolah atau majikan mengikut kemampuan kewangan setiap institusi pendidikan dan sokongan
kewangan daripada Kerajaan.

Pihak Kerajaan memainkan peranan yang utama dalam usaha pendidikan berterusan yang bakal
menjadi asas bagi polisi atau dasar pendidikan dan mempromosikan matlamatnya. Usaha pihak sekolah
dan guru-guru dalam melaksanakan pembaharuan pendidikan yang penting kepada polisi pendidikan
negara dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan.

Akhir sekali, umur persaraan berubah-ubah antara 60 hingga 65 tahun. Kadar pencen pula
berubah antara 60 hingga 66 peratus bagi guru.

Anda mungkin juga menyukai