Anda di halaman 1dari 10

MODUL KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP DALAM SISTEM PENTAKSIRAN STPM

GURU TINGKATAN ENAM TAHUN 2014

PEMANTAPAN PEDAGOGI PENGAJARAN ;


ALAT BERFIKIR i-THINK ( 4 JAM )

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

MODUL KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP DALAM SISTEM PENTAKSIRAN STPM


GURU TINGKATAN ENAM TAHUN 2014

KANDUNGAN
PERKARA

Kandungan
Panel Pengubal
Tajuk
Pengenalan
Objektif
Isi Kandungan
Pelaksanaan Modul
Lampiran
Lampiran 1 Slaid Pengenalan
Lampiran 2 Slaid Alat Fikir HOM
Lampiran 3 Slaid Alat Fikir Peta Pemikiran
Lampiran 4 Nota tambahan HOM
Lampiran
AKTIVITI 1 HOM
AKTIVITI 1 Peta Pemikiran

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

MODUL KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP DALAM SISTEM PENTAKSIRAN STPM


GURU TINGKATAN ENAM TAHUN 2014

PEMANTAPAN PEDAGOGI PENGAJARAN : ALAT BERFIKIR i-THINK


( 4 Jam )
1. TAJUK

1.1 Pengenalan KBAT dan i-Think


1.2 Pendedahan alat berfikir i-Think 2 : Habits of Mind ( HOM )
1.3 Pendedahan alat berfikir i-Think 1 : Peta Pemikiran

2. PENGENALAN

Kursus ini adalah berkaitan dengan pengenalan tentang konsep kemahiran


berfikir aras tinggi ( KBAT ) dan juga program i-Think. Pendedahan secara
mendalam diberikan berkenaan alat-alat berfikir iaitu lapan peta pemikiran dan
Habits of Mind ( HOM ).
3. OBJEKTIF

3.1 Menimbulkan perubahan baru dari segi amalan pembelajaran dan


pengajaran
3.2 Memahami dan menguasai alat berfikir i-Think iaitu peta pemikiran dan
Habits of Mind
3.3 Berkeyakinan untuk mengaplikasi alat berfikir peta pemikiran dan Habits of
Mind ( HOM ) dalam Pembelajaran dan Pengajaran
3.4 Menyumbang ke arah peningkatan produktiviti dan kualiti kerja yang
cemerlang

4. ISI KANDUNGAN

4.1 Pengenalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) dan i-Think ( 30 minit )
4.1.1 Keperluan Anjakan Paradigma
4.1.2 Keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
4.1.3 Keperluan Kemahiran Insaniah

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

MODUL KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP DALAM SISTEM PENTAKSIRAN STPM


GURU TINGKATAN ENAM TAHUN 2014

4.1.4 Konsep KBAT


4.1.5 Elemen-elemen KBAT
4.1.6 Konsep i-Think
4.1.7 Alat-alat i-Think
4.1.8 Rumusan
4.2 Pendedahan alat berfikir i-Think 2 : Habits of Mind ( HOM ) ( 90 minit )
4.2.1 Penerangan tentang konsep Habits of Mind (HOM)
4.2.2 Huraian tentang 16 elemen Habits of Mind (HOM) yang perlu dikuasai
dan diaplikasi dalam pembelajaran dan pengajaran tingkatan 6.
1) Tekun
2) Mengurus Gerak Hati
3) Mendengar dengan pemahaman dan empati
4) Berfikir secara Fleksible
5) Berfikir tentang pemikiran anda (metakognitif)
6) Berusaha ke arah ketepatan
7) Menyoal dan mengenal pasti masalah
8) Mengaplikasi pengetahuan masa lalu untuk situasi baru
9) Berfikir dan berkomunikasi dengan jelas dan tepat
10) Mengumpul data menggunakan semua deria
11) Mencipta, imaginasi dan inovasi
12) Bertindakbalas dengan penghayatan dan kekaguman
13) Kebertanggungjawaban dalam mengambil risiko
14) Mencari unsur kecindan
15) Saling kebergantungan
16) Pembelajaran berterusan

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

MODUL KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP DALAM SISTEM PENTAKSIRAN STPM


GURU TINGKATAN ENAM TAHUN 2014

4.2.3 Huraian tentang 6 Dimensi Habits of Mind

Nilai - memilih untuk bertindak secara bijak

Kecenderungan - keputusan untuk menggunakan HOM yang tertentu.


Kenapa kita menggunakan?

Kepekaan - mengetahui bila untuk menggunakan HOM yang berkenaan.


Bila kita sepatutnya menggunakannya?

Keupayaan - mempunyai kemahiran dan keupayaan untuk


menggunakannya

Komitmen membuat reflektif dan penambahbaikan berterusan

Dasar - mempromosikan serta menjadikan amalan harian

4.2.4 Rumusan

4.3 Pendedahan alat berfikir i-Think 1 : Peta Pemikiran ( 120 minit )

Pengenalan

i-Think atau dikenali sebagai peta pemikiran merupakan alat berfikir yang telah
dibangunkan dan diterjemahkan berdasar Kestrel Education, United Kingdom. Program ini

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

MODUL KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP DALAM SISTEM PENTAKSIRAN STPM


GURU TINGKATAN ENAM TAHUN 2014

bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan


pelajar bagi menghasilkan pelajar berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif.

i-THINK membawa maksud i=inovatif

THINK=Pemikiran

Ia memebawa maksud Pemikiran Inovatif

Kemahiran berfikir adalah merupakan kecekapan menggunakan akal menjalankan


proses berfikir. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam
menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau
keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah. Ia boleh dibahagikan kepada kepada
kemahiran kritis dan kemahiran kreatif. Ia juga merupakan proses berfikir pada aras yang
lebih tinggi membuat penaakulan , membantu dalam membuat pertimbangan secara logik,
rasional, adil dan saksama semasa menggunakan kemahiran kreatif dan kritis (PPK, 1999) .

Budaya i think ini sangat penting kepada pelajar bagi menjana dan melahirkan modal
insan masa hadapan yang mempunyai pemikiran yang kreatif, kritis dan inovatif .
Pembudayaan ini juga dapat memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dan mampu
berdaya saing di peringkat global.

Dapatan pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA menunjukan pelajar


Malaysia di tahap yang rendah . Oleh yang demikian , Kementerian Pendidikan Malaysia
telah mengambil langkah-langkah untuk memperkenalkan i-Think dan KBAT dalam
menangani isu global. Ini berdasarkan kedudukan Malaysia :

TIMSS 2007 #26/56 (M) #28/56 (S)

PISA 2009 #57/74 (M), #52/74 (S), # 55/74 (R)

Ramai pelajar kita sebenarnya berpengetahuan tetapi tidak dapat mengaplikasikan


pengetahuan mereka dalam menuju pendidikan abad ke 21. Dapatan UNESCO (2011)
menunjukkan guru mengajar untuk peperiksaan dan bukan untuk menyediakan pelajar
mendepani kehidupan abad ke 21. Dapatan kajian keperluan (2011) menunjukkan
kemahiran berfikir aras tinggi / KBAT (Higher Order Thinking Skills / HOTS) dalam kalangan
guru dan pelajar di Malaysia amat rendah. Oleh yang demikian Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah berkerjasama dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) memperkenalkan
program i-THINK. Pihak AIM telah melantik perunding dari Kestrel Education (UK) untuk

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

MODUL KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP DALAM SISTEM PENTAKSIRAN STPM


GURU TINGKATAN ENAM TAHUN 2014

mengendalikan kursus kemahiran berfikir kepada

guru sekolah rintis dan Jurulatih

Kebangsaan .

Lapan alat berfikir (peta pemikiran) telah diperkenalkan :


a. Peta bulatan
b. Peta pokok
c. Peta buih
d. Peta buih berganda
e. Peta alir
f.

Peta alir berganda

g. Peta dakap
h. Peta titi

Terdapat perbezaan dan kekeliruan yang terdapat pada peta pemikiran . Pertamanya
antara peta buih dengan peta minda. Peta buih menggunakan kata adjektif manakala peta
minda merupakan sumbangsaran idea. Ke duanya antara peta pokok dengan peta dakap.
Peta pokok membuat pengkelasan manakala peta dakap hubungan keseluruhan bahagian.

Akhirnya apa yang diharap dari penggunaan alat berfikir ini adalah :

Pelajar akan belajar dengan aktif

Pelajar seronok belajar

Prestasi meningkat
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

MODUL KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP DALAM SISTEM PENTAKSIRAN STPM


GURU TINGKATAN ENAM TAHUN 2014

Pelajar akan belajar secara berfokus

Pelajar belajar dengan yakin

Hubungan pelajar dengan guru menjadi rapat

5.0 PELAKSANAAN MODUL

5.1. Pengenalan KBAT dan i-Think ( 30 minit )


LANGKAH 1(30 minit)
Fasilitator menghuraikan

Keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malysia

keperluan Kemahiran Insaniah

Konsep KBAT

Elemen-elemen KBAT

Konsep i-Think

Alat-alat i-Think

Rumusan

5.2. Pendedahan alat berfikir i-Think 2 : Habits of Mind ( HOM ) ( 90 minit )


LANGKAH 1(30 minit)
Fasilitator :

menerangkan konsep Habits of Mind

menghuraikan 4 elemen Habits of Mind

menerangkan tentang aktiviti 1


( Lampiran AKTIVITI 1 HOM )

Peserta

berbincang

melukis peta bulatan di atas kertas

memberi ulasan tentang aktiviti

LANGKAH 2 ( 30 minit )
Fasilitator:

menghuraikan 12 elemen Habits of Mind

menerangkan tentang aktiviti 2

Peserta

bergerak mencari rakan-rakan baru


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

MODUL KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP DALAM SISTEM PENTAKSIRAN STPM


GURU TINGKATAN ENAM TAHUN 2014

bercerita dan bertanya pandangan rakan-rakan

LANGKAH 3 ( 25 minit )
Fasilitator:

menghuraikan 6 dimensi Habits of Mind

menerangkan tentang aktiviti 3

Peserta

berbincang dalam kumpulan

membentang hasil perbincangan

LANGKAH 4(5 minit)


Fasilitator:

Rumusan & Kesimpulan

5.3 Pendedahan alat berfikir i-Think 1 : Peta Pemikiran ( 120 minit )


LANGKAH 1(90 minit)
Fasilitator:
Pengenalan i-Think
Perbincangan 6 fokus i-Think
Pendedahan 5 jenis peta pemikiran
-

Peta bulatan

Peta buih

Peta buih berganda

Peta pokok

Peta dakap

LANGKAH 2(30 minit)


Pendedahan 3 jenis peta pemikiran
-

Peta alir

Peta pelbagai alir

Peta titi

Perbincangan kekeliruan yang tedapat apabila mengaplikasi i-Think dalam PdP

Aktiviti perbengkelan ( Lampiran Aktiviti 1 Peta Pemikiran )

membahagikan kumpulan (6-7 orang satu kumpulan)


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

MODUL KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP DALAM SISTEM PENTAKSIRAN STPM


GURU TINGKATAN ENAM TAHUN 2014

Peserta:

merumus penilaian & pembentangan ringkas wakil setiap kumpulan.

Fasilitator:

membuat kesimpulan

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

10

Anda mungkin juga menyukai