Anda di halaman 1dari 25

3.

5 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik
sebagai alat untuk mengumpul maklumat tentang amalan analisa data ujian penilaian
formatif di kalangan guru di SMT Negeri Melaka. Menurut Tuckman (1975), soal
selidik merupakan instrumen yang berkesan bagi memperolehi maklumat daripada
responden selain membuat pemerhatian. Melalui penggunaan soal selidik, penyelidik
akan memperolehi data kuantitatif yang dipercayai oleh ramai ahli akademik sebagai
sumber utama dan terbaik. Chua (2006), menjelaskan dalam penyelidikan sains
sosial, instrumen kajian biasanya merupakan soal selidik yang direka khas untuk
mengumpulkan data kajian. Beliau menyarankan agar item-item yang dibina dalam
soal selidik haruslah mudah difahami, dan responden dapat menjawabnya tanpa
keraguan walaupun dengan hanya membacanya sekali sahaja.

Dalam kajian tinjauan, lazimnya instrumen yang digunakan untuk


mendapatkan data adalah melalui soal selidik. Tuckman (1999) berpendapat bahawa
penggunaan soal selidik merupakan satu cara yang efektif bagi mendapatkan
maklumat dan data daripada responden kajian. Mohamad Najib (1999) menyatakan
bahawa soal selidik selalu digunakan untuk mengukur konsep yang berkaitan dengan
sikap, persepsi dan pandangan selain daripada keterangan latar belakang. Penggunaan
soal selidik adalah cara yang mudah dan murah. Cohen dan Marion (1994)
menjelaskan kajian tinjauan lazimnya mengambil data dalam satu masa tertentu
sahaja, selalunya menggunakan soal selidik. Penyelidik hanya meninjau situasi pada
satu masa dan ini seolah satu foto snapshot sesuatu peristiwa. Ia tidak dapat
menerangkan kaitan lanjutan kecuali pola pada satu-satu peringkat masa sahaja.
Kerlinger (1986), menyifatkan penggunaan soal selidik sebagai satu cara
mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan penyelidikan serta mampu memberikan
maklumat yang lebih tepat.

Oleh itu, penyelidik memilih mengunakan kaedah soal selidik kerana kajian
ini adalah kajian tinjauan yang melibatkan saiz populasi dan sampel yang besar dan
bertabur. Selain dari itu, faktor penganalisaan data yang melibatkan statistik deskriptif
49

dan inferensi untuk menjawab persoalan dan menguji hipotesis serta membuat
inferensi dan generalisasi kepada populasi juga diambilkira. Disamping itu,
penyelidik juga mengambilkira faktor kekangan masa, tenaga dan kewangan dalam
membuat keputusan memilih kaedah ini berbanding kaedah kuantitatif yang lain.

3.5.1 Soal Selidik

Item-item instrumen soal selidik dibina sendiri oleh penyelidik berdasarkan definasi
operasional bagi setiap konstruk yang digunakan. Terdapat juga item-item yang
diadaptasi daripada beberapa soal selidik yang telah digunakan oleh penyelidik lain
seperti Ismail (1993), Alias (1997), Siti Rahayah (2003) dan Modul Pengukuran Dan
Penilaian PTV OUM (2004). Item-item instrumen yang dibina telah dibincangkan
bersama dengan penyelia penyelidik iaitu Encik Zolkepeli Bin Haron bagi
memastikan setiap item yang dibina adalah mengukur setiap pembolehubah yang
dikaji. Rumusan instrumen kajian ditunjukkan seperti Jadual 3.4.

Jadual 3.4 Instrumen Kajian


Bahagian Aspek/ Konstruk Item Bil. Sumber
Yang Diukur Item
A Maklumat Demografi A1 - A7 7 Penyelidik

B Persepsi kepentingan B1 B11 11 Ismail (1993) &


menganalisa data. Siti Rahayah
(2003)
C Pelaksanaan analisa data C1 C14 14 Penyelidik

D Penggunaan analisa data ujian. D1 D14 11 Ismail (1993) &


Abd. Rashid &
Siti Rahayah
(2001)
50

E Pengetahuan statistik E1 - E17 17


pengukuran dan penilaian
pendidikan. - Item 13 Penyelidik &
- Pengenalan statistik. Objektif OUM (2004)
- Proses meringkaskan Aneka
markah. Pilihan ; E1-
- Ukuran kecenderungan E13
memusat. - Padanan:E14 1 Penyelidik.
- Ukuran serakan - Susunan 1 Penyelidik
- Lengkungan normal Proses; E15
- Struktur; 2 Alias (1999) &
E16 & E17 OUM (2004)

Instrumen ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu Bahagian A (Demografi),


Bahagian B (Kepentingan menganalisa data), Bahagian C (Pelaksanaan analisis data),
Bahagian D (Penggunaan data analisis) dan Bahagian E (Pengetahuan analisis
statistik). Instrumen soal selidik yang digunakan adalah seperti Lampiran A. Pada
bahagian A, terdapat 7 item demografi yang diminta iaitu jantina, bangsa, mata
pelajaran yang diajar, pengalaman mengajar, kelayakan akademik, kelayakan ikhtisas
dan gred kumpulan guru. Item-item ini dihasilkan oleh penyelidik sendiri.

Bahagian B digunakan untuk mendapatkan maklum balas persepsi


kepentingan analisis data ujian formatif dalam kalangan guru-guru SMT. Sebanyak
11 item digunakan untuk mengukur persepsi kepentingan analisis data ujian penilaian
formatif. Item-item ini adalah hasil adaptasi daripada Ismail (1993) dan Siti Rahayah
(2003). Item yang digunakan berbentuk pernyataan dengan menggunakan aras ukuran
skala likert lima aras. Nilai yang digunakan penyelidik untuk maklum balas
persetujuan daripada responden seperti berikut nilai 1 ialah sangat tidak penting
(STP), nilai 2 ialah tidak penting (TP), nilai 3 ialah kurang penting (KP), nilai 4 ialah
penting (P) dan nilai 5 ialah sangat penting (SP).

Bahagian C pula digunakan untuk mendapatkan maklum balas pelaksanaan


analisis data ujian penilaian formatif dalam kalangan guru-guru SMT. Terdapat 14
item pengukuran yang digunakan didalam bahagian ini untuk menilai tahap
pelaksanaan analisis data dalam kalangan guru SMT. Item-item ini telah dibina oleh
penyelidik dengan bentuk pernyataan yang menggunakan skala likert 5 aras. Nilai
51

yang digunakan seperti berikut nilai 1 ialah tidak berkenaan (TB), nilai 2 ialah tidak
pernah (TP), nilai 3 ialah kadang kala (KK), nilai 4 ialah selalu (S) dan nilai 5 ialah
sangat selalu (SS).

Bahagian D digunakan untuk mendapatkan maklum balas penggunaan analisis


data ujian formatif dalam kalangan guru-guru SMT dalam merancang pengajaran dan
pembelajaran. Sebanyak 11 item digunakan untuk mengukur penggunaan analisa data
UPF yang diadaptasi daripada Ismail (1993) dan Abd.Rashid dan Siti Rahayah
(2001). Item yang digunakan berbentuk pernyataan dengan menggunakan aras ukuran
skala likert 5 aras . Nilai yang digunakan seperti berikut nilai 1 ialah sangat tidak
setuju (STS), nilai 2 ialah tidak setuju (TS), nilai 3 ialah kurang setuju (KS), nilai 4
ialah setuju (S) dan nilai 5 ialah sangat Setuju (SS).

Jadual 3.5 Isi Kandungan Analisis Statistik Deskriptif.


Bil Tajuk Butiran

1 Pengenalan statistik - Tujuan statistik.


- Jenis-jenis statistik.
- Kegunaan statistik dalam pengujian
bilik darjah.
- Skala pengukuran.
2 Proses meringkaskan markah - Penyusunan markah.
- Menentukan Bilangan dan sela kelas.
- Menentukan Had dan Sempadan kelas.
- Jadual Taburan Kekerapan.
- Graf histogram, Poligon kekerapan.
- Graf Kekerapan kumulatif (OGIF).
3 Ukuran Kecenderungan - Min , Mod , Median
Memusat.
4 Ukuran Serakan. - Julat , Persintil & Sisihan piawaian.
5 Lengkungan Normal - Ciri-ciri lengkungan normal.
- Taburan normal.
- Pencongan positif
- Pencongan negatif.
- Skor piawai ; Skor Z dan Skor T

Sumber : Alias (1999); Abd. Rashid & Siti Rahayah (2001); Siti Rahayah (2003);
MPT (2000); OUM (2004); Muhd.Isha (2006); Chua (2006); Aron et.al
(2006); UKM (2006)
52

Manakala Bahagian E digunakan untuk mendapatkan maklum balas


responden berhubung tahap pengetahuan analisis statistik yang digunakan dalam
menganalisa data ujian penilaian formatif pelajar. Item yang digunakan adalah untuk
mendapatkan maklumat berhubung pengetahuan guru berkaitan dengan analisis
statistik seperti pengenalan statistik, proses meringkaskan markah, ukuran
kecenderungan memusat, ukuran serakan dan lengkungan normal. Menurut Alias
(1999); Abd. Rashid & Siti Rahayah (2001); Siti Rahayah (2003); Muhd. Isha (2005);
Chua (2006a) dan Aron et.al (2006), analisis statistik deskriptif melibatkan teknik
memproses markah, proses meringkaskan markah, ukuran kecenderungan memusat,
graf histogram dan poligon kekerapan, graf Ogif, ukuran serakan dan lengkungan
normal.

Jadual 3.5 berikut menunjukkan isi kandungan analisis statistik yang


didedahkan kepada semua bakal guru sama ada program Diploma dan Ijazah pertama
di Universiti atau Maktab Perguruan serta dari penulis-penulis buku berkaitan
pengukuran dan penilaian. Silibus yang sama juga telah didedahkan kepada para
mahasiswa program prasiswazah di Fakulti Pendidikan UKM dalam subjek
pengukuran dan penilaian dalam pendidikan [GA3113] (UKM 2006). Di OUM, para
siswa pengkhususan pendidikan PTV juga diwajibkan mengambil subjek
Measurement and Evaluation in Technical and Vocational Education-EBHV3303
(OUM 2004). Di Maktab Perguruan Teknik, subjek pengukuran dan penilaian dalam
PTV [KOD JJ 2352] turut didedahkan kepada para guru-guru program Diploma
Perguruan Khas (MPT, 2000). Item-item yang dibina dalam bahagian E meliputi item
berbentuk item objektif aneka pilihan, padanan, susunatur proses dan struktur.
Sebanyak 13 item objektif aneka pilihan dengan jawapan A hingga D dibina
berdasarkan Taksonomi Bloom. Item-item nombor 1 hingga 8, 12 dan 13 adalah
dihasilkan oleh penyelidik. Manakala item 9, 10 dan 11 adalah adaptasi daripada
Modul Pengukuran dan Penilaian OUM (2004).
53

Jadual 3.6 Jadual Spesifikasi Ujian Item Aneka Pilihan

ITEM PENGUKURAN PROSES DINILAI


DAN TAJUK P K A A S P

Pengenalan analisis statistik. 1&2 8


(Item 1,2 & 8)
Proses meringkaskan markah
Ukuran Kecenderungan
Memusat.
- Min, Mod dan Median 7,12 3&4
(Item 3,4,7,12 & 13) & 13
Ukuran Serakan
- Nilai minima, Julat 5&6
( Item 5 & 6)
Lengkungan Normal 9 10 &
- Skor Z 11
(Item 9,10 &11)

P=Pengetahuan ; K=Kefahaman ; A=Aplikasi ; A= Analisis ; S=Sintesis ;


P=Penilaian

Jadual 3.6 di atas menerangkan Jadual Spesifikasi Ujian Item Objektif Aneka
pilihan. Item 1, item 2 dan item 8 digunakan untuk mendapatkan maklum balas
responden berhubung Pengenalan Analisis Statistik pada peringkat pengetahuan dan
kefahaman. Item 3 dan item 4 digunakan untuk mendapatkan maklum balas
responden berkaitan Ukuran kecenderungan memusat pada tahap aplikasi.
Manakala item 7, item 12 dan item 13 digunakan untuk mendapatkan maklum balas
ukuran kecenderungan memusat pada tahap kefahaman. Untuk mendapatkan maklum
balas responden berkaitan Ukuran serakan, item 5 dan item 6 telah dibina pada
tahap aplikasi. Sementara item 9 dibina pada tahap aplikasi serta item 10 dan item 11
dibina pada tahap analisis bagi mendapatkan maklum balas berhubung Lengkungan
normal.
54

Jadual 3.7 Jadual Spesifikasi Ujian Item Struktur

PROSES DINILAI
ITEM PENGUKURAN P K A A S P
DAN TAJUK

Pengenalan analisis statistik 14


dan definasi istilah.
(Item 14 - padanan)
Proses meringkaskan markah. 17a, 17b,
(Item 15, 16d & 17a17d 15 16d 17c &
susunatur proses & Struktur) 17d
Ukuran Kecenderungan
Memusat. 16e
- Min, Mod dan Median &
(Item 16e & 16f- struktur) 16f
Ukuran Serakan 16a,
- Nilai minima, Julat 16b, &
( Item 16a, 16b & 16c - 16c
struktur)

Jadual 3.7 berikut menunjukkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) bagi soalan
padanan, susunatur dan struktur. Sementara satu item berbentuk padanan (Item No.
14), satu item berbentuk susun turutan (item No. 15) dan dua item berbentuk subjektif
berstruktur. Item padanan dan susun turutan proses adalah dihasilkan oleh penyelidik.
Sementara item No.16 dan item No.17 adalah adaptasi daripada Modul OUM (2004).
Item No. 14 digunakan untuk mendapatkan makluman berkaitan dengan pengenalan
analisis statistik dan definasi istilah pada tahap kefahaman. Item No.15, digunakan
untuk mendapatkan maklumat berkaitan proses meringkaskan pada peringkat
kefahaman. Manakala item No.16d mengukur pada proses meringkaskan markah
pada peringkat aplikasi. Sementara item No.17a, 17b, 17c dan 17d mengukur perkara
yang sama pada tahap sintesis. Item 16e dan 16f digunakan untuk mendapatkan
makluman pengetahuan responden terhadap ukuran kecenderungan memusat seperti
nilai min, mod dan median pada peringkat analisis. Item No.16a, 16b dan 16c pula
digunakan untuk mendapatkan makluman berkaitan ukuran serakan seperti nilai
minima dan julat pada tahap aplikasi.
55

KENAL PASTI MASALAH KAJIAN.


AMALAN ANALISA DATA UJIAN PENILAIAN FORMATIF
DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH TEKNIK.

KENAL PASTI KONSTRUK & PEMBOLEHUBAH


Rujukan melalui Buku, Jurnal, Kajian-kajian lepas & Penyelia.

PEMBINAAN ITEM INSTRUMEN


Mengikut konstruk dan definasi operasional kajian.

KESAHAN MUKA DAN KESAHAN KANDUNGAN.


[ Rujuk pada dua pakar iaitu Prof. Madya Dr. Siti Rahayah Ariffin
Dan Dr. Norasmah Othman.]

KAJIAN RINTIS
[60 guru SMT Kajang untuk menentukan
kebolehpercayaan & kesahan]

KAJIAN SEBENAR
4 buah SM Teknik Negeri Melaka.

Rajah 3.1 Carta alir pembinaan instrumen soal selidik Amalan Analisa Data Ujian
Penilaian Formatif Dalam Kalangan Guru-Guru SMT Negeri Melaka.

Rajah 3.1 menunjukkan carta alir pembinaan instrumen soal selidik amalan
analisa data ujian penilaian formatif dalam kalangan guru-guru di SMT Negeri
Melaka. Setelah beberapa proses pengubahsuaian dilakukan, instrumen soal selidik
yang dibina telah dirujuk kepada dua orang pakar yang mempunyai kepakaran dalam
bidang pengukuran dan penilaian iaitu Prof. Madya Dr. Siti Rahayah Bte Ariffin dan
Dr. Norasmah Bte Othman untuk menentukan ciri-ciri kesahan muka dan kesahan
kandungan instrumen soal selidik ini. Teguran dan komen daripada pakar-pakar ini
56

dirujuk dan diambil kira bagi memperbaiki serta memurnikan item pengukuran agar
selari dengan isi kandungan, penggunaan maksud dan kejelasan maksud setiap item
yang digunakan. Selanjutnya kajian rintis telah dijalankan untuk menentukan kesahan
dan pekali kebolehpercayaan instrumen kajian.

3.6 KAJIAN RINTIS

Penyelidik telah menjalankan kajian rintis pada awal minggu pertama April 2007,
dengan mentadbir instrumen soal selidik yang dibentuk kepada guru-guru yang
mengajar di SMT yang lain daripada populasi kajian sebenar. Tujuan kajian rintis
dijalankan adalah untuk menentukan nilai pekali kebolehpercayaan dan kesahan
konstruk bagi setiap item-item instrumen yang dibina.

Seramai 60 daripada 96 orang guru yang mengajar di SMT Kajang terlibat


dalam kajian rintis ini. Responden dipilih secara rawak dan terdiri daripada 29 orang
guru akademik, 20 orang guru teknikal dan 11 orang guru vokasional. Pemilihan ini
adalah berdasarkan ciri-ciri responden yang hampir sama iaitu mengajar mata
pelajaran yang hampir sama iaitu akademik, vokasional dan teknikal. Di samping itu,
guru-guru ini juga menghadapi para pelajar yang mempunyai kebolehan yang hampir
sama melalui syarat kelayakan kemasukan ke SMT yang telah ditetapkan oleh pihak
kementerian, khususnya Unit Pengambilan Pelajar JPT. Hasil kajian rintis
dibincangkan mengikut konstruk yang dibina pada perkara 3.6.3.1 hingga perkara
3.6.3.4

3.6.1 Kesahan Instrumen

Kesahan instrumen merujuk kepada sama ada item yang dibina mengukur apa yang
sepatutnya diukur (Tuckman, 1975). Menurut Chua (2006), kesahan merujuk kepada
keupayaan suatu pengukuran yang dilakukan untuk mengukur nilai sebenar sesuatu
konsep. Beliau menjelaskan terdapat beberapa jenis kesahan dalam penyelidikan
57

kuantitatif seperti kesahan muka, kesahan kriteria, kesahan konstruk, kesahan


kandungan, kesahan dalaman dan kesahan luaran.

Alias (1997) menjelaskan kesahan adalah aspek yang penting dalam sesuatu
ujian kerana ia dapat menunjukkan ujian itu benar-benar mengukur apa yang
sepatutnya diukur. Terdapat tiga jenis kesahan yang lazimnya ditentukan iaitu
kesahan kandungan, kesahan kriteria dan kesahan konstruk. Beliau menjelaskan,
kesahan kandungan adalah penting untuk ujian pencapaian dan tidak ada cara statistik
yang sesuai untuk menentukannya kecuali ditentukan oleh panel pemeriksa yang arif
atau pakar dalam bidang tersebut. Kesahan kriteria menunjukkan bagaimana ujian itu
dapat meramalkan pencapaian pelajar pada masa depan dan ia boleh diukur dengan
pekali korelasi. Manakala kesahan konstruk adalah untuk menentukan bahawa soalan
dalam ujian itu mencerminkan kelakuan bagi sesuatu tret psikologikal dan selalunya
indeks keseragaman seperti Cronbach Alpha digunakan untuk mengukur kesahan ini
atau pekali korelasi.

Kesahan konstruk instrumen ini diukur dengan pekali korelasi iaitu mengukur
hubungan antara jumlah skor dengan skor setiap item yang berkenaan. Analisis ini
boleh dijalankan dengan kaedah korelasi Pearson antara skor setiap item dengan
jumlah skor mengikut konstruk berkaitan. Item-item yang mempunyai hubungan pada
nilai melebihi 0.25 dianggap satu nilai yang tinggi dan diterima (Nunally 1972).
Sementara Abu Bakar (1995) menyarankan nilai koefisien korelasi antara item
dengan jumlah skor yang melebihi 0.30 adalah tinggi dan boleh diterima.

Kesahan instrumen juga boleh diukur dengan menggunakan nilai korelasi item
yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total Correlation). Di mana,
koefesien korelasi Pearson antara skor setiap item berkenaan dengan jumlah skor
tanpa item berkaitan yang kurang daripada .30 akan digugurkan (Nurosis 1977).
Penyelidik telah menggunakan kedua-dua kaedah bagi menentukan kesahan konstruk
instrumen yang digunakan.
58

3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen

Kebolehpercayaan dalam sesuatu instrumen merujuk kepada keupayaan sesuatu


pengujian untuk memperolehi nilai yang serupa apabila pengukuran yang sama
diulangi (Chua 2006). Menurut Siti Rahayah (2003), kebolehpercayaan sesuatu
instrumen adalah merujuk kepada ketekalan pengukuran. Kebolehpercayaan
merupakan ukuran keupayaan sesuatu instrumen penyelidikan dalam mengukur
permasalah (pembolehubah) kajian secara konsisten setiap kali ia digunakan pada
masa, tempat dan sampel yang berlainan (Zaidatun dan Mohd Salleh 2003). Manakala
Alias (1997) menyatakan kebolehpercayaan boleh ditakrifkan sebagai sejauh mana
skor pelajar itu tidak berubah sekiranya ia mengambil ujian yang sama beberapa kali.
Ini bermakna sekiranya skor pelajar itu tidak banyak berubah pada tiap-tiap ujian
yang sama maka alat ujian itu mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sekaran
(1992) pula menyatakan kebolehpercayaan instrumen merujuk kepada kestabilan dan
ketekalan dalaman instrumen dalam mengukur sesuatu konsep.

Kebolehpercayaan dalam penyelidikan kuatitatif boleh diukur dengan


beberapa kaedah seperti ujian uji dan uji kembali (test-retest reliability), kaedah
pemisahan separa dan kaedah konsistensi dalaman (Chua 2006a). Alias (1997)
menyatakan kebolehpercayaan boleh diukur dengan kaedah ujian sekali lagi, kaedah
ujian bentuk selari, kaedah ujian lagi bentuk selari dan ketekalan dalaman. Ujian
yang sering digunakan oleh para penyelidik ialah mengukur ketekalan dalaman
sesuatu konsep. Ketekalan dalaman boleh diukur dengan kaedah belah-tengah (Split-
Half), kaedah Kuder Richardson (KR) dan kaedah Cronbach Alpha. Item-item yang
mempunyai nilai korelasi yang tinggi dengan skor indeks ujian dikatakan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi manakala item-item yang mempunyai nilai korelasi
yang rendah dinyatakan mempunyai kebolehpercayaan yang rendah dan perlu
digugurkan. Nilai Alpha cronbach yang diterima adalah antara 0.00 hingga 1.00
(Cronbach 1970; Nurosis 1977) .

Nilai pekali kebolehpercayaan yang didapati daripada kajian rintis,


dibandingkan dengan nilai kebolehpercayaan alpha yang disarankan oleh Hair et al
59

(1998). Di mana nilai ukuran kebolehpercayaan adalah antara 0 hingga 1, nilai .71
hingga .80 adalah nilai tinggi dan boleh diterima. Penyelidik juga menggunakan
nilai pekali hubungan yang disarankan Alias (1997) iaitu nilai kurang .20 adalah
boleh diabaikan, nilai .20 hingga .40 adalah rendah, nilai .40 hingga .60 adalah
sederhana, nilai .60 hingga .80 adalah tinggi dan nilai .80 hingga 1.00 adalah sangat
tinggi. Mohd. Majid (1994) menyatakan nilai Alpha Cronbach yang melebihi 0.60
sering digunapakai sebagai indeks kebolehpercayaan sesuatu instrumen.

3.6.3 Kesahan dan Kebolehpercayaan Konstruk

a. Konstruk Persepsi Kepentingan Menganalisa Data UPF

Instrumen komponen persepsi kepentingan analisa data ujian penilaian formatif


mempunyai 12 item pengukuran. Item-item yang dibina adalah untuk mendapatkan
maklum balas responden berhubung tanggapan mereka berkaitan kepentingan untuk
menganalisa data atau markah ujian penilaian formatif yang diperolehi melalui ujian
bulanan.

Berdasarkan Jadual 3.8, analisis korelasi pearson menunjukkan nilai korelasi


antara skor item dengan jumlah skor aspek persepsi kepentingan analisa data ujian
penilaian formatif ialah antara .400* hingga .794* pada aras signifikan 0.05 (2-
hujung). Didapati nilai korelasi antara skor item dengan jumlah skor bagi item B1
ialah .606*, item B2 ialah .525*, item B3 ialah .400*, item B4 ialah .742*, item B5
ialah .553*, item B6 ialah .609*, item B7 ialah .774*, item B8 ialah .721*, item B9
ialah .792*, item B10 ialah .747*, item B11 ialah .765* dan item B12 ialah .721*.
Berdasarkan saranan nilai korelasi yang disarankan oleh Alias (1997), didapati item-
item yang terdapat di dalam komponen instrumen persepsi kepentingan menganalisa
data ujian adalah pada hubungan sederhana dan tinggi.
60

Jadual 3.8 Analisis korelasi antara skor setiap item dengan jumlah skor dan indeks
kebolehpercayaan Alpha Cronbach Bagi Setiap Item Dalam Komponen
Kepentingan Analisa Data Ujian Formatif Di kalangan Guru.
Aspek Item Korelasi Korelasi Item Nilai Alpha Nilai Alpha
Item Yang Jika Item Keseluruhan
Dengan Diperbetulkan Digugurkan
Jumlah Dengan
Skor Jumlah Skor

Kepentingan B1 .606* .5333 .8764


analisa data B2 .525* .4285 .8819
UPF B3 .400* .2910 .8891
B4 .742* .6870 .8687
B5 .553* .4744 .8791 .8829
B6 .609* .5324 .8763
B7 .774* .7186 .8661
B8 .721* .6435 .8698
B9 .792* .7419 .8650
B10 .747* .6757 .8678
B11 .765* .6957 .8664
B12 .721* .6198 .8735

* Nilai korelasi pada aras signifikan 0.05 (2-hujung)

Nilai korelasi antara skor item yang diperbetulkan dengan jumlah skor
(Correted Item-Total Correlation) bagi aspek persepsi kepentingan analisa data ialah
antara .2910 hingga .7419. Didapati item B3 iaitu markah perlu di analisa mengikut
keperluan guru mempunyai nilai korelasi antara skor item yang diperbetulkan dengan
jumlah skor ialah .2910 dan perlu digugurkan. Di mana, koefesien korelasi Pearson
antara skor setiap item berkenaan dengan jumlah skor tanpa item berkaitan yang
kurang daripada .30 akan digugurkan (Nurosis 1977). Penguguran item B3 telah
memberi kesan kepada nilai kebolehpercayaan konstruk iaitu dari nilai Alpha
keseluruhan .8829 meningkat kepada nilai Alpha .8891. Menurut Alias (1997), nilai
Alpha di antara .80 hingga 1.00 adalah nilai kebolehpercayaan yang sangat tinggi dan
diterima.
61

b. Konstruk Pelaksanaan Analisis Data Ujian Penilaian Formatif

Item-item instrumen yang dibina dalam konstruk pelaksanaan analisis data ujian
penilaian formatif adalah untuk mengukur tahap aplikasi atau pelaksanaan guru
menggunakan analisis statistik deskriptif setiap kali setelah markah pelajar diperolehi.
Terdapat 14 item dibina juga untuk menentukan jenis-jenis statistik yang lazimnya
digunakan oleh guru-guru.

Jadual 3.9 Nilai korelasi antara skor setiap item dengan jumlah skor dan indeks
kebolehpercayaan Alpha Cronbach Bagi Setiap Item Dalam
Komponen Pelaksanaan analisa Data UPF Dalam kalangan Guru.

Aspek Item Korelasi Korelasi Item Nilai Alpha Nilai Alpha


Item Yang Jika Item Keseluruhan
Dengan Diperbetulkan Digugurkan
Jumlah Dengan
Skor Jumlah Skor

Pelaksanaan C1 .570* .5178 .9301


analisis data C2 .536* .4764 .9320
ujian C3 .621* .5566 .9303
penilaian C4 .823* .7832 .9232
formatif. C5 .822* .7777 .9234
C6 .832* .7897 .9229
.9316
C7 .558* .4983 .9315
C8 .674* .6187 .9284
C9 .819* .7863 .9238
C10 .680* .6087 .9296
C11 .822* .7857 .9232
C12 .811* .7709 .9236
C13 .767* .7221 .9253
C14 .807* .7691 .9239
Nilai korelasi pada aras signifikan 0.05 (2-hujung)

Kesahan konstruk pelaksanaan analisa data ujian penilaian formatif boleh


ditentukan dengan melihat nilai korelasi antara skor item dengan jumlah skor. Jadual
3.9 berikut menunjukkan analisis korelasi antara skor item dengan jumlah skor aspek
pelaksanaan analisis data ujian penilaian formatif dalam kalangan guru adalah di
antara .570* hingga .832* (* nilai korelasi pada aras signifikan 0.05 ; 2-hujung).
Dapatan kajian menunjukkan nilai korelasi antara skor item dengan jumlah skor bagi
62

item C1 ialah .570*, item C2 ialah .536*, item C3 ialah .621*, item C4 ialah .823*,
item C5 ialah .822*, item C6 ialah .832*, item C7 ialah .558*, item C9 ialah .818*,
item C10 ialah .680*, item C11 ialah .822*, item C12 ialah .811*, item C13 ialah
.767* dan item C14 ialah .807*. Oleh itu, item-item yang dibina didapati mempunyai
nilai kesahan konstruk dengan hubungan antara sederhana dan sangat tinggi dengan
aspek pelaksanaan analisa data ujian penilaian formatif. Perbandingan ini adalah
dirujuk pada nilai kolerasi yang disarankan oleh Alias (1997).

Nilai korelasi antara skor item yang diperbetulkan dengan jumlah skor
(Correted Item-Total Correlation) bagi aspek pelaksanaan analisa data ujian penilaian
formatif adalah antara .4764 hingga .7897.. Nilai-nilai ini telah menghasilkan nilai
indeks kebolehpercayaan instrumen bagi konstruk pelaksanaan analisa data ujian
penilaian formatif ialah Alpha .9316. Ia menunjukkan item-item dalam konstruk ini
mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi, bila dirujuk dengan saranan Alias
(1997).

c. Konstruk Penggunaan Analisis Data Ujian Penilaian Formatif

Item-item dalam bahagian D dibina untuk mendapatkan maklum balas penggunaan


analisa data ujian penilaian formatif ke arah penambahbaikan pengajaran dan
pembelajaran. Terdapat 12 item digunakan untuk mengukur penggunaan analisa data
dalam merancang proses P&P iaitu item D1 hingga D12. Jadual 3.10 menunjukkan
nilai korelasi antara skor setiap item dengan jumlah skor dan indeks
kebolehpercayaan Alpha Cronbach Bagi Setiap Item Dalam Komponen Penggunaan
Analisa Data Ujian Penilaian Formatif Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Kesahan konstruk instrumen ditentukan dengan analisa korelasi antara skor


item dengan jumlah skor bagi aspek penggunaan analisis data ujian penilaian formatif
dalam merancang proses P&P pelajar adalah di antara .365* (item D4) hingga .750*
(item D12) pada aras signifikan 0.05 (2-hujung). Dapatan kajian menunjukkan nilai
korelasi antara skor item yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Correted Item-
63

Total Correlation) bagi item D1 ialah .681*, item D2 ialah .629*, item D3 ialah
.673*, item D4 ialah .365*, item D5 ialah .737*, item D6 ialah .713*, item D8 ialah
.590*, item D9 ialah .726*, item D10 ialah .681*, item D11 ialah .702* dan item D12
ialah .750*.

Jadual 3.10 Analisis korelasi antara skor setiap item dengan jumlah skor dan indeks
kebolehpercayaan Alpha Cronbach Bagi Setiap Item Dalam
Komponen Penggunaan Analisa Data Ujian Formatif.

Aspek Item Korelasi Korelasi Item Nilai Alpha Nilai Alpha


Item Yang Jika Item Keseluruhan
Dengan Diperbetulkan Digugurkan
Jumlah Dengan
Skor Jumlah Skor

Penggunaan D1 .681* .6154 .8606


analisa data D2 .629* .5628 .8640
D3 .673* .6093 .8613
D4 .365* .2064 .8918
D5 .737* .6688 .8563
D6 .713* .6312 .8584 .8730
D7 .702* .6382 .8593
D8 .590* .4982 .8668
D9 .726* .6638 .8575
D10 .681* .5885 .8615
D11 .702* .6084 .8604
D12 .750* .6916 .8559
* Nilai korelasi pada aras signifikan 0.05 (2-hujung)

Menurut Alias (1997), nilai korelasi antara .20 hingga .40 adalah rendah, nilai
.40 hingga .60 adalah sederhana, nilai .60 hingga .80 adalah tinggi dan nilai .80
hingga 1.00 adalah sangat tinggi. Oleh kerana item D4 telah digugurkan, maka item-
item yang dibina didapati mempunyai nilai hubungan antara .590* (item D8) hingga
.750* (item D12) iaitu hubungan yang sederhana dan tinggi serta boleh diterima.

Pekali kebolehpercayaan ditentukan dengan merujuk nilai korelasi antara skor


item yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Correted Item-Total Correlation) bagi
aspek penggunaan analisa data ujian penilaian formatif dalam merancang proses
64

pengajaran dan pembelajaran. Didapati nilai korelasinya adalah antara .2064 (item
D4) hingga .6916 (item D12). Berdasarkan saranan Abu Bakar (1995), mana-mana
item yang mempunyai nilai korelasi yang kurang 0.30 hendaklah digugurkan. Oleh
itu, item D4 iaitu kesalahan dan kelemahan pelajar dibincangkan secara umum
sahaja digugurkan kerana mempunyai nilai korelasi antara skor item yang
diperbetulkan dengan jumlah skor dibawah nilai korelasi yang disarankan iaitu .2074.
Penguguran item D4 ini telah memberi kesan kepada nilai pekali kebolehpercayaan
iaitu daripada nilai Alpha .8730 meningkat kepada Alpha .8918.

d. Konstruk Pengetahuan Analisis Statistik UPF Dengan Analisis Indeks


Kesukaran, Indeks Diskriminasi, Kuder Richardson 20 (KR20) dan Alpha
Cronbach

Penyelidik telah membina beberapa kategori item pengukuran bagi menentukan tahap
pengetahuan analisis statistik dalam kalangan guru SMT. Diantaranya ialah item-item
berbentuk item objektif aneka pilihan, padanan, susun atur proses dan struktur. Item-
item ini dibina berdasarkan rujukan daripada sukatan subjek Pengukuran Dan
Penilaian Dalam Pendidikan [Kod GA3113] dibawah tajuk Analisis Statistik (UKM,
2006), subjek EBHV3303 : Measurement and Evaluation in Technical and Vocational
Education (OUM 2004) dan subjek JJ 2352 ; Pengukuran dan Penilaian dalam PTV
untuk program Diploma Perguruan Khas (MPT, 2000). Item-item yang dinyatakan
adalah dibina sendiri oleh penyelidik dengan mengubahsuai item-item dari Modul
Pengukuran dan Penilaian Dalam PTV, OUM (2004) dan Alias (1997).

Kesahan item-item dalam konstruk ini boleh ditentukan dengan menggunakan


analisis indeks kesukaran, peratus kesukaran dan indeks diskriminasi. Manakala
untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen, analisis Kuder Richardson (KR20)
telah digunakan bagi item-item obejktif dan analisis Alpha Cronbach digunakan
untuk item subjektif (Alias, 1999). Menurut Siti Rahayah (2003), kedua-dua indeks
diskriminasi (ID) dan indeks kesukaran (IK) boleh dianalisis serentak. Berdasarkan
kedua-dua indeks serta nilai kebolehpercayaan dan analisa butiran berasaskan
maklum balas, tindakan perlu dilakukan sama ada untuk mengekal, mengubahsuai
atau mengugurkan mana-mana butiran dan pilihan jawapan yang sesuai.
65

Untuk melaksanakan analisis item objektif, padanan, susunatur proses dan


struktur, penyelidik telah menggunakan kaedah yang disarankan oleh Abd. Rashid
dan Siti Rahayah (2001) iaitu pembahagian aras kumpulan pencapaian rendah dan
kumpulan pencapaian tinggi ditentukan dengan mengambil 20 hingga 30 peratus
responden daripada jumlah responden yang telah disusun skor pencapaiannya (Dari
skor rendah kepada skor tertinggi). Penyelidik telah menggunakan penentuan 30
peratus dari jumlah responden kajian rintis untuk menentukan jumlah responden bagi
setiap kumpulan. Justeru, setiap kumpulan pencapaian rendah dan kumpulan
pencapaian tinggi telah diwakili seramai 18 responden bagi setiap kumpulan dari 60
orang responden yang terlibat dalam kjian .

Setelah dianalisis, nilai indeks kesukaran dan indeks diskriminasi setiap item
yang diperoleh dibandingkan dengan nilai indeks kesukaran dan indeks diskriminasi
yang disarankan oleh Abd. Rashid & Siti Rahayah seperti Jadual 3.11 berikut.
Analisa item objektif dan item struktur dijalankan secara berasingan, keputusan
analisa kedua-dua item ditunjukkan pada Jadual 3.12 dan Jadual 3.13.

Jadual 3.11 Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi

Nilai IK < 30 % 30 80 % > 80 %


Nilai ID <0.30 0.30 - 0.80 > 0.80
0.40 Sukar Terima Senang
0.30 - 0.39 Sukar Diperbaiki Senang
0.20 - 0. 29 Sukar Marginal Senang
< 0.20 Buang Buang Buang

Marginal : Item diterima tetapi perlu diperbaiki.

Sumber : Abd. Rashid & Siti Rahayah (2001)


66

i. Analisis kesahan dan kebolehpercayaan item objektif

Untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan item instrumen objektif aneka


pilihan, analisis indeks kesukaran (IK) dan indeks diskriminasi (ID) telah digunakan.
Formula penentuan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi yang digunakan adalah
seperti berikut ;

Indeks Kesukaran (IK) = T+R


(NH + NL)

Indeks Diskriminasi (ID) = TR


NH atau NL
Dimana ;
T = Jumlah markah ahli kumpulan yang jawab betul.
R = Jumlah markah ahli kumpulan yang jawab salah.
NH = Bilangan kumpulan pencapaian tinggi.
NL = Bilangan kumpulan pencapaian rendah.

Berdasarkan Jadual 3.12 berikut, keputusan analisa item objektif aneka pilihan
menunjukkan item 1 dan item 2 perlu digugurkan kerana mempunyai nilai IK dan ID
yang rendah iaitu item No.1 [ ID= 0.11,IK=0.28] dan item No.2 [ ID= -0.22, IK=
0.17]. Manakala item No.3 diterima tetapi diubahsuai agar dapat membezakan
pencapaian kumpulan rendah dan kumpulan tinggi. Item No.7 didapati pada aras
senang maka penyelidik telah mengubahsuai dengan menambah aras kesukarannya.
Manakala item 15 diterima dan aras kesukarannya dipermudahkan.

Nilai kebolehpercayaan item instrumen objektif aneka pilihan telah ditentukan


dengan keadah analisa ketekalan dalaman. Kaedah ini dipilih kerana instrumen soal
selidik telah ditadbirkan sekali sahaja kepada 60 responden guru-guru SMT Kajang.
Penyelidik telah menggunakan analisis Kuder Richardson (KR20) untuk menentukan
nilai kebolehpercayaan item-item objektif aneka pilihan kerana mempunyai skala
dikotomi.
67

Jadual 3.12 Keputusan Analisa Item Objektif Aneka Pilihan

ITEM ID TAFSIRAN IK TAFSIRAN STATUS KEPUTUSAN


ID & IK
1 0.11 Tulis Semula 0.28 Ubahsuai Buang Buang
2 -0.22 Buang 0.17 Ubahsuai Buang Buang
3 0.39 Ubahsuai 0.64 Terima Diperbaiki Diubahsuai
4 0.61 Terima 0.42 Terima Terima Terima
5 0.56 Terima 0.67 Terima Terima Terima
6 0.61 Terima 0.69 Terima Terima Terima
7 0.22 Ubahsuai 0.89 Ubahsuai Senang Disukarkan
8 0.56 Terima 0.72 Terima Terima Terima
9 0.61 Terima 0.53 Terima Terima Terima
10 0.50 Terima 0.69 Terima Terima Terima
11 0.83 Terima 0.42 Terima Terima Terima
12 0.89 Terima 0.56 Terima Terima Terima
13 0.83 Terima 0.58 Terima Terima Terima
14 0.39 Ubahsuai 0.42 Terima Diperbaiki Terima
15 0.44 Terima 0.22 Ubahsuai Sukar Dipermudahkan

Menurut Alias (1997), pengiraan pekali kebolehpercayaan item berbentuk


soalan dikotomi, iaitu jawapan betul salah seperti soalan objektif boleh ditentukan
dengan formula KR20 berikut ;

KR20 = K 1 - pq
(K-1) Varian ujian

Dimana ;
K = Jumlah soalan dalam ujian.
P = Kadar pelajar betul untuk soalan itu.
[Jumlah jawapan betul / bilangan sampel ]
q = Kadar pelajar salah untuk soalan itu [ q= 1- p ]
68

Jadual 3.13 berikut menunjukkan analisis item objektif aneka pilihan yang
menggunakan skala dikotomi. Analisis item tersebut menggunakan kaedah atau
formula KR20 mendapati nilai indeks kebolehpercayaan yang diperolehi bagi item
objektif aneka pilihan ialah .88. Menurut Hair et al (1998), ukuran kebolehpercayaan
adalah antara 0 hingga 1; nilai .70 hingga .80 adalah nilai tinggi dan boleh diterima.
Manakala Alias (1997) berpendapat nilai .80 hingga 1.00 adalah nilai
kebolehpercayaan yang sangat tinggi bagi sesuatu instrumen. Oleh itu, item objektif
instrumen ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan diterima.

ii. Analisa kesahan dan kebolehpercayaan item padanan, susun atur proses
dan struktur

Penyelidik telah menggunakan responden yang sama bagi kumpulan pencapaian


rendah dan kumpulan pencapaian tinggi bagi maklum balas item padanan, susunatur
dan struktur. Penilaian dan penentuan indeks kesukaran (IK) dan indeks diskriminasi
(ID) telah digunakan untuk item yang diterima atau dibuang. Formula berikut telah
digunakan untuk menentukan IK dan ID setiap item yang dibina.

Indeks Kesukaran (IK) = T+R


(NH + NL) X Markah diperuntukkan.

Indeks Diskriminasi (ID) = TR


(NH atau NL) X Markah diperuntukkan

Dimana ;
T = Jumlah markah ahli kumpulan yang jawab betul.
R = Jumlah markah ahli kumpulan yang jawab salah.
NH = Bilangan kumpulan pencapaian tinggi.
NL = Bilangan kumpulan pencapaian rendah.
Jadual 3.13 Analisis Item Objektif Aneka Pilihan Skala Dikotomi

ITEM OBJEKTIF ANEKA PILIHAN


ASPEK
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

YG BETUL 10 6 23 15 24 25 32 26 19 25 15 20 21 15 8

Nilai p 0.28 0.17 0.64 0.42 0.67 0.69 0.89 0.72 0.53 0.69 0.42 0.56 0.58 0.42 0.22

Nilai q 0.72 0.83 0.36 0.58 0.33 0.31 0.11 0.28 0.47 0.31 0.58 0.44 0.42 0.58 0.78

p*q 0.20 0.14 0.23 0.24 0.22 0.21 0.10 0.20 0.25 0.21 0.24 0.25 0.24 0.24 0.17

pq 3.16 min ujian 7.89 Varian ujian 18.04

76
77

Jadual 3.14 menunjukkan keputusan analisa item padanan, susunatur proses


dan struktur. Hasil analisa menunjukkan item 16 (padanan) mempunyai nilai ID=.49
dan IK=.79, item 17 (susunatur proses) mempunyai nilai ID=.53 dan IK=.42, item 18
(struktur) mempunyai nilai ID=.92 dan IK=.52, item 19 (struktur) mempunyai nilai
ID=.38 dan IK=.37 dan item 20 (struktur) mempunyai nilai ID=.34 dan IK=0.17.
Penyelidik mengambil keputusan item 15, item 16, item 17 dan item 19 diterima
manakala item 20 digugurkan setelah dibandingkan dengan nilai ID dan IK yang
disarankan oleh Abd.Rashid & Siti Rahayah (2001).

Jadual 3.14 Keputusan Analisa Item Padanan, Susunatur Proses Dan Struktur.
ITEM ITEM ITEM ITEM ITEM
ASPEK
16 17 18 19 20
TINGGI-RENDAH 44 48 561 54 110
TINGGI+RENDAH 136 76 641 106 110
INDEKS DISKRIMINASI 0.49 0.53 0.92 0.38 0.34
INDEKS KESUKARAN 0.76 0.42 0.52 0.37 0.17

KEPUTUSAN TERIMA TERIMA TERIMA TERIMA BUANG

Sementara untuk menentukan nilai kebolehpercayaan item, kaedah Cronbach


alpha telah digunakan. Menurut Alias (1999), pengiraan pekali kebolehpercayaan
bagi data jenis selanjar adalah menggunakan formula Cronbach Alpha dan
formulanya adalah seperti berikut;

Cronbach Alpha (R) = K 1- varian soalan


(K-1) Varian markah

Dimana ;
K = Jumlah soalan dalam ujian.
Varian soalan = nilai varian bagi setiap item.
Varian Markah = nilai varian bagi jumlah markah / skor responden.
78

Jadual 3.15 Analisis Pekali Kebolehpercayaan Item Struktur


Varian markah
Item Soalan Varian Soalan Jumlah Varian soalan
keseluruhan
16 4.41 298.95 565.25
17 3.36
18 266.5
19 8.80
20 15.88

Hasil analisa menggunakan formula Cronbach Alpha bagi kelima-lima item


padanan, susunatur dan struktur mendapati nilai kebolehpercayaan yang diperolehi
ialah R=.60. Menurut Alias (1997) iaitu jika nilai yang diperolehi antara nilai .41
hingga .60, adalah nilai kebolehpercayaan yang sederhana. Manakala menurut Mohd.
Majid (1994), nilai Alpha Cronbach yang melebihi 0.60 sering digunapakai sebagai
indeks kebolehpercayaan sesuatu instrumen yang diterima. Rumusan nilai
kebolehpercayaan setiap konstruk yang dibina adalah seperti Jadual 3.16 berikut.

Jadual 3.16 Nilai pekali kebolehpercayaan setiap konstruk .


Konstruk Pekali kebolehpercayaan

Persepsi kepentingan analisa data (KAD) .8891


Pelaksanaan analisa data (PAD) .9316
Penggunaan analisa data (GAD) .8918
Pengetahuan analisis statistik (PAS)
Item objektif .8800
Item padanan, susunatur dan struktur .6000
79

Jadual 3.20 Rumusan proses pengujian hipotesis kajian

Ho PU PU Perkaitan Skala Skala Ujian


Bersandar Bebas (IV) DV IV Statistik
(DV)
P6 Amalan Jantina Perbezaan Selanjar Kat Ujian t
analisa data.
P7 Amalan Mata pelajaran Perbezaan Selanjar Kat ANOVA
analisa data yang diajar (3)
P8 Amalan Pengalaman Perbezaan Selanjar Kat ANOVA
analisa data mengajar (3)
P9. Skor Amalan Pengalaman Hubungan Selanjar Selanjar Pearson
analisa data mengajar (tahun
sebenar)
P10 Skor Persepsi Pengalaman Hubungan Selanjar Selanjar Pearson
kepentingan mengajar (tahun
analisa data sebenar)
(KAD)
P11 Skor Pengalaman Hubungan Selanjar Selanjar Pearson
Pelaksanaan mengajar (tahun
analisa data sebenar)
(PAD)
P12 Skor Pengalaman Hubungan Selanjar Selanjar Pearson
Penggunaan mengajar (tahun
analisa data sebenar)
(GAD)
P13 Skor Pengalaman Hubungan Selanjar Selanjar Pearson
Pengetahuan mengajar (tahun
analisis sebenar)
statistik (PAS)
Tahap Jantina Perbezaan Selanjar Kat Ujian t
Persepsi
Mata pelajaran Perbezaan Selanjar Kat ANOVA
P14 kepentingan
yang diajar (3)
analisa data
(KAD) Pengalaman Perbezaan Selanjar Kat ANOVA
mengajar (3)
Jantina Perbezaan Selanjar Kat Ujian t
Tahap Mata pelajaran Perbezaan Selanjar Kat ANOVA
Pelaksanaan yang diajar (3)
P15
Analisa Data
(PAD) Pengalaman Perbezaan Selanjar Kat ANOVA
mengajar (3)
Jantina Perbezaan Selanjar Kat Ujian t
Tahap Mata pelajaran Perbezaan Selanjar Kat ANOVA
Penggunaan yang diajar (3)
P16
analisa data
(GAD) Pengalaman Perbezaan Selanjar Kat ANOVA
mengajar (3)
Jantina Perbezaan Selanjar Kat Ujian t
Tahap
Pengetahuan Mata pelajaran Perbezaan Selanjar Kat ANOVA
P17 analisis yang diajar (3)
statistik Pengalaman Perbezaan Selanjar Kat ANOVA
(PAS) mengajar (3)
Sumber:Pallant (2001). SPSS Survival Manual. Buckingham : Open University Press.

Anda mungkin juga menyukai