Anda di halaman 1dari 2

3.

4 Lokasi Kajian
Dalam proposal ini tiada menyatakan lokasi secara spesifik tetapi yang saya faham
secara keseluruhan lokasi kajian ini adalah di padang sekolah. Pengkaji menyatakan lokasi di
populasi dan sampel kajian apabila menyatakan pemilihan populasi adalah dari SMK Bandar
Seri Putra. Maka dengan ini saya memahami hanya sebuah sekolah dipilih sebagai lokasi
untuk membuat kajian. Disebabkan pengkaji memilih sebuah sekolah sahaja makai a
dikatakan kajian kes. Pengkaji memilih sampel secara rawak dengan senarai nama yang
diberi oleh guru. Disini pengkaji tidak menyatakan pemilihan sampel secara rawak itu
bersistematik, snowball, dan sebagainya. Jika pemilihan lokasi (sekolah) yang berlainan maka
dapatan akan dapat banyak.
Disebabkan dalam proposal ini tiada menyatakan lokasi maka saya mencadangkan
lokasi yang sesuai adalah padang sekolah. Sebab kajian ini adalah berdasarkan murid
terhadap fizikal. Selain itu, pengkaji dapat menjimat masa dan kos dengan memilih lokasi
padang sekolah. Banyak maklumat yang dapat dikumpul untuk dianalisis apabila memilih
lokasi tersebut untuk menjalankan kajian. Selain itu, pemilihan lokasi amat penting kerana
tidak berlaku apa-apa kemalangan atau kecederaan terhadap murid.

3.5 Instrumen Kajian


Tidak menyatakan dengan tajuk spesifik tetapi menyatakan di tajuk pengumpulan
data. Sepatutnya perlu ada tajuk yang spesifik untuk menerangkan tentang instrument yang
ingin digunakan. Tiada penjelasan tentang item yang digunakan dalam instrument tetapi
telah dilampirkan. Walaupun telah dilampirkan pengkaji harus menyatakan dengan terperinci
tentang instrument yang digunakan dalam kajian akan datang.
Dalam kajian ini pengkaji menggunakan soal selidik sebagai alat mendapatkan data.
Dengan itu pengkaji menjalankan pilot study  (kajian rintis) terlebih dahulu untuk melihat
sama ada soal selidik tersebut benar-benar valid (sah) dan reliable untuk diedarkan. Disini
pengkaji perlu mengukur dengan realiblity dengan menggunakan Alpha Cronbach. Selepas
itu membuat validity test untuk menguji sejauhmana instrument tersebut benar-benar
mengandungi item-item konstruk yang tepat. Yang ini boleh dilakukan dengan menguji
kesahan konstruk melalui analisis faktor.
Dalam kajian ini, pengkaji menjalankan kajian rintis. Pengkaji telah menggunakan
satu bentuk kajian kuantitatif yang diubah untuk kajian rintis. Kajian rintis ini membuat untuk
kesahan dan kebolehpercayaan untuk soal selidik. Penyelidik menjalankan proses kesahan
kandungan dengan menggunakan khidmat dua orang panel pakar dalam bidang motivasi.
Pengkaji telah menjalankan kajian rintis dengan mengumpul data dengan alat Triaksial
Accelorometer untuk mengukur berat badan, ketinggian. Selepas itu pengkaji memasukkan
data murid dan data subjek ke dalam alat tersebut. Selepas itu, pengkaji akan mengagihkan
alat accelerometer berdasarkan nombor siri accelerometer. Selepas mengguna alat itu,
pengkaji mengumpul, memproses dan menganalisis data melalui komputer dengan perisian
Actilife 6.0. Dalam kajian tidak menyatakan pembaikan item-item instrument. Pengkaji
mngubah content, menambah content. Pengkaji mengubah suai INTERNATIONAL PHYSICAL
ACTIVITY QUESTIONNAIRE (October 2002). Pengkaji menterjemahkan dalam bahasa
inggeris ke bahasa melayu tetapi tidak merujuk mana-mana pakar. Tidak menyatakan yang
merujuk pakar untuk menterjemahkan soal selidik. Kesahan dan kebolehpercayaan ada
dibincangkan tetapi pengkaji hanya menggunakan prosedur semakan perserta sahaja.

3.6 Tatacara /Prosedur Pemerolehan data


Kajian yang dilakukan adalah mengutip data. Dalam kajian ini pengkaji telah
memohon kebenaran di pihak sekolah. Pengkaji telah memberi taklimat kepada murid supaya
menjalankan kajian dengan lebih lancar berdasarkan objektif. Tempat adalah di Padang
sekolah.

3.7 Tatacara Penganalisian Data


Pengkaji tidak menyatakan skala bagi setiap pembolehubah yang hendak diukur
sama ada skala nominal,skala ordinal, skala sela dan skala nisbah. Pengkaji menyatakan alat
statistic iaitu SPSS . pengkaji tidak begitu spesifik apabila menyatakan alat statistic untuk
menganalisis data berdasarkan objektif atau pun soalan kajian. Analisis latar belakang boleh
dianalisis secara peratusan dan kekerapan. Pengkaji boleh menyatakan alat statistic seperti
statistic dsekriptif (min,mod, median, julat, sisihan piawai) bagi menjawab soalan kajian 1
dan 2. Bagi soalan kajian 3 dan 4 pengkaji menggunakan statistic infrensi iaitu ujian taburan
untuk melihat perbezaan. Analisa data dari borang soal selidik dilakukan dengan taburan
frekuensi. Kesemua alat statistic yang saya menyatakan adalah sesuai ini kerana, senang
dinampak oleh pengkaji lain, senang untuk membuat perbandingan dan memberi justifikasi.
Kiraan akan lebih jelas dan bersistematik. Ada tetapi tidak menyatakan secara spesifik skala
yang ingin digunakan. Skala yang digunakan dalam soal selidik adalah skala likert 5.

3.8 Rujukan dan Lampiran

Rujukan ada dinyatakan. Rujukan tidak perlu dikurungkan. Isu dan halaman tidak
perlu dicondongkan. Perlu ada Tarikh capaian apabila ambil rujukan elektronik. Citation dalam
teks tidak perlu digariskan. Jika rujukan seperti PPPM 2013-2025 boleh menyatakan dalam
rujukan sebagai ambil dari rujukan elektronik. Ada rujukan menulis nama sebagai Oleh
Wan….ia adalah salah..hanya bermula tulis dengan nama. Tajuk tidak perlu huruf besar.
Hanya huruf besar bagi setiap huruf depan sahaja. (jurnal). Ada rujukan yang tiada dalam
teks. Cth: Murphy (1995). Lampiran disertakan tetapi tidak menyatakan muka surat.

Anda mungkin juga menyukai