Anda di halaman 1dari 6

KFP60404 KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

Tugasan 3:
Tugasan Individu
ULASAN ARTIKEL JURNAL KUALITATIF

DISEDIAKAN UNTUK:
Dr. Kama Bin Shaffeei

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO.MATRIK NO.TELEFON EMAIL


SHANMUGAVADIVU A/P
M20192001272 012-5096985 m20192001272@siswa.upsi.my
VARATHARAJU

Artikel 1 : Problem-solving ability of primary school teachers based on polya's method in mataram city
KFP60404 KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF

Penulis : Mohammad Archi Maulyda , Vivi Rachmatul Hidayati , Awal Nur Khalifatur Rosyidah
(Department of Primary School Education, Universitas Mataram, Indonesia)

https://www.researchgate.net/publication/338921652_Problemsolving_ability_of_primary_school_teache
rs _based_on_Polya%27s_method_in_Mataram_City
Pengkaji dalam artikel ini menerangkan tentang kemampuan penyelesaian masalah dapat
memudahkan guru dalam memahami, menghubungkan, dan menggunakan konsep-konsep
matematik. Kesalahan dalam penyelesaian masalah matematik masih dilakukan oleh guru. Salah
satu sebabnya adalah kurangnya menerapkan kaedah penyelesaian masalah pada pembelajaran
matematik di sekolah rendah.

Pengkaji menetapkan objektif tentang persepsi & kemampuan penyelesaian masalah di kalangan guru
dengan kaedah Polya di Mataram City di Indonesia untuk meninjau persepsi guru sekolah rendah dalam
penyelesaian masalah sebelum dan selepas penggunaan kaedah Polya.. Guru yang memiliki
kemampuan penyelesaian masalah yang baik, akan lebih mudah mengajarkan dan membiasakan
penyelesaian masalah pada pembelajaran matematik di sekolah. Tujuan kajian dari penelitian ini
adalah untuk mendeskripsikan kemampuan penyelesaian masalah pada guru sekolah rendah di Kota
Mataram.

Terdapat 3 persoalan kajian iaitu , Apakah persepsi guru terhadap kemahiran penyelesaian masalah
sekolah rendah ? Apakah persepsi gur terhadap kemahiran penyelesaian masalah dengan kaedah
Polya di sekoah rendah? Dan Adakah terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru terhadap
kemahiran penyelasaian masalah sebelum dan selepas penggunaan kaedah Polya? Artikel ini
penyelesaian masalah terdiri daripada empat langkah. Kefahaman tersebut adalah berdasarkan teori
Polya (1957) iaitu dua item digunakan untuk menguji kefahaman instrumental, dua item untuk
menguji kefahaman berkait dan dua item menguji kefahaman logik.

Metodologi yang digunakan oleh pengkaji-pengkaji adalah kajian kualitatif yang dijalankan di beberapa
buah sekolah rendah di daerah Mataram City, sekolah bandar & luar bandar. Bentuk kajian ini dipilih
kerana memudahkan pengkaji untuk mengumpul maklumat serta dapat menfokuskan terhadap kajian
yang dilakukan. Seramai 6 orang guru matematik dipilih secara teknik persampelan

Pengkaji menjalankan menggunakan kaedah temubual. pemerhatian. dan analisis bahan dokumen
yang berkaitan bagi memperoleh sebanyak mungkin data deskriptif untuk gambaran sebenar mengenai
proses pengajaran guru dalam penyelesaian masalah dengan penggunaan kaedah polya. Kajian ini
dijalankan ke atas sekumpulan responden yang setara dengan responden kajian sebenar. Pengkaji
telah membuat penerangan yang jelas terhadap dapatan kajian yang diperolehi dan hubungkaitnya
KFP60404 KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF

dengan objektif kajian yang telah ditentukan. Hasil kajian dibincangkan selepas menganalisis data ujian
pra dan ujian pos.

Hasil dapatan menunjukkan bahawa guru perlu ada keyakinan diri yang tinggi dalam menyelesaikan
masalah. Penyelidik juga mendapati bahawa guru akan menjadi seorang yang aktif kerana kaedah
menggalakkan pelajar lebih berfikir, lebih yakin, lebih berkemahiran sosial. Hasil yang didapatkan
adalah guru dari sekolah bandar dan luar bandar melakukan tiga indikator, yakin dalam
menentukan informasi pada masalah, melakukan prosedur penyelesaian sesuai dan melakukan
penyelesaian.

Cadangan pengkaji ialah guru-guru perlu mengambil inisiatif untuk menerap malah melatih murid-murid
menyelesaikan masalah dengan menggunakan empat langkah dalam model Polya (1957) iaitu
memahami masalah, merancang strategi, melaksanakan strategi dan menyemak semula. Dengan
mengambil kira keupayaan murid menggunakan model Polya (1957) secara berkesan seperti yang
dinyatakan dalam artikel ini, guru-guru matematik dicadangkan menjadikan kedua-duanya sebagai
elemen utama dalam setiap pengajaran dan pembelajaran penyelesaian masalah matematik yang
dilaksanakan.

Artikel 2 : Analysis of students verbal and written mathematical communication error in solving
word problem

Penulis : Maulyda, Annizar, Hidayati, dan Mukhlis (Mataram University , State Islamic Institute of
Jember)

https://www.researchgate.net/publication/342331553_Analysis_of_students'_verbal_and_written_mathe
matical_communication_error_in_solving_word_problem
Secara ringkasnya, artikel ini adalah tentang penyelesaian masalah dan komunikasi dalam Matematik di
kalangan pelajar. Pengkaji menerangkan komunikasi dalam matematik penting untuk membina,
meningkatkan kefahaman dan proses penyelesaian masalah. Pengkaji berpendapat u, keperluan dan
ciri komunikasi yang menyumbang kepada kejayaan penyelesaian masalah

Kajian ini direka bentuk untuk meneroka dan mendapatkan kefahaman yang mendalam tentang
kemahiran komunikasi lisan dan komunikasi bertulis dalam penyelesaian masalah matematik. Proses
komunikasi lisan dan komunikasi bertulis merupakan salah satu aspek yang penting dalam proses
pembelajaran matematik. pengkaji juga Mengetahui cara murid menggunakan gabungan mod
KFP60404 KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF

komunikasi dalam peringkat pengemukaan, pembinaan dan perkembangan idea matematik dalam
penyelesaian masalah secara berkumpulan.

Untuk mencapai tujuan kajian, kajian ini cuba menjawab 2 pertanyaan, Bagaimana murid menggunakan
gabungan mod komunikasi lisan dan bertulis untuk mengemuka, membina dan mengembangkan idea
matematik dalam penyelesaian masalah dan apakah mod komunikasi yang digunakan untuk
mengemuka, membina dan mengembangkan idea matematik dalam penyelesaian masalah.

Pengkaji menggunakan indikator komunikasi lisan dan komunikasi bertulis di kalangan pelajar dengan
menggunakan pendekatan kualitatif. iaitu melalui teknik pemerhatian menggunakanrakaman video serta
mengkaji komen ibu-ibu melalui soal selidik untuk mengukuhkan kesahan dan kebolehpercayaan hasil
dapatan. Tanggapan responden dalam artikel ini diukur dengan menggunakan skala Likert. Kajian ini
akan dijalankan menggunakan kaedah pemerhatian dan untukmengukuhkan lagi data, rakaman video
dan audio juga diambil sebagai ‘back up’.Dalam kajian yang berkaitan dengan kanak-kanak ini,

kajian berbentuk pemerhatian naturalistik (Naturalistic Observation) dipilih kerana ia satu kaedah yang
paling sesuai untuk mengumpul data dalam situasi yang berlangsung secara semulajadi. Pengkaji
membuat tumpuan utama dalam kajian ini adalah aspek komunikasi lisan, aspek komunikasi bukan lisan
yang berdasarkan model Berko, Pengkaji dalam artikel ini berpendapat dan membuat rumusan
bahawa komunikasi adalah penting dalam menyampaikan sesuatu maklumat supaya tidak tersilap
faham. Namun begitu, komunikasi bertulis akan memberi kesan negatif kepada murid sekiranya murid
tidak peka dengan penggunaan bahasa dan aras kefahaman.

Rumusan dalam artikel ini, pengkaji menguraikan bahawa komunikasi lisan lebif efektif daripada
kemahiran komunikasi bertulis di kalangan murid dalam penyelesaian masalah. Melalui artikel yang
dikaji, dapat disimpulkan disini bahawa pengetahuan serta kefahaman murid dalam komunikasi perlu
ditingkatkan. Seperti mana yang diketahui, pengkaji membuat rumusan , komunikasi merupakan
perkara yang penting dalam mencerminkan sifat seseorang oleh itu, murid harus mengembangkan
kefahaman serta mendalami nilai seperti yang digariskan dalam sukatan Matematik meningkatkan
tahap komunikasi matematik.
KFP60404 KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF

Artikel 3 : Analysis Of Students’ Critical Thinking Skill Of Fractions On Primary School

Penulis : Muharram, S Prabawanto and A Jupri


Sekolah Pascasarjana, Universitas Pendidikan Indonesia, Jl. Dr. Setiabudi

https://iopscience.iop.org/article/10.1088/1742-6596/1157/3/032119/pdf

Artikel ini mengupas tentang analisis kemahiran berfikir kritis pelajar dalam pecahan sekolah rendah.
Pengkaji dalam artikel, menyatakan Matematik adalah salah satu mata pelajaran yang paling penting
untuk dipelajari oleh pelajar dan penting sebagai panduan pemikiran serta membentuk sikap. Pelajar
berjaya mengembangkan kemahiran berfikir kritis dalam kehidupan seharian melalui pembelajaran
matematik. Jurnal ini meneroka tentang pemikiran kritis di dalam kelas sambil memberi tumpuan
kepada bagaimana kanak-kanak menggunakan pemikiran kritis dalam pecahan.

Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menganalisis kemahiran berfikir kritis pelajar dalam pecahan di
sekolah rendah. Pengkaji cuba mencari jawapan kepada beberapa persoalan, diantaranya ialah elemen
yang menyumbang kepada pemikiran kritis di kalangan pelajar, bagaimana pelajar mengembangkan
pemikiran kritis dalam pecahan.

Dalam artikel ini, pengkaji ingin menemui beberapa halangan kepada pelajar dalam berfikir kritis
terhadap pecahan. Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif untuk mendapatkan data. Dalam artikel
ini, pengkaji ingin mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran pemikiran kritis dalam pecahan
sekolah rendah. Responden kajian ini merupakan pelajar-pelajar tahun 4 sekolah rendah , di
Tasikmalaya, West Java.

Dalam artikel ini, pengkaji mengikuti beberapa langkah dengan menggunakan teori kennis melalui
indikator pemikiran kritis.pengkaji mengumpulkan data dari ujian bertulis dan temu ramah yang
diedarkan kepada pelajar. Seterusnya, menganalisis data dan membandingkannya dengan petunjuk.
Akhirnya, pengkaji membuat kesimpulan. Pengkaji juga menjelaskan pelajar berusaha menjelaskan
proses penyelesaian. Walau bagaimanapun, pelajar tidak dapat menggunakan ayat atau proses mudah
dalam menyelesaikan masalah yang diberikan tanpa berdasarkan hasil kerja matematik.
KFP60404 KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF

Kesimpulanya, Halangan yang ditemui oleh penyelidik adalah berkaitan dengan pecahan melalui
kemahiran berfikir kritis pelajar adalah, pertama Pelajar belum dapat memberikan penjelasan yang
sederhana, kedua, pelajar belum dapat memberikan penerangan lebih lanjut, ketiga, Pelajar -pelajar
belum dapat menggunakan strategi dan teknik dengan tepat, dan keempat pula pelajar tidak dapat
membuat kesimpulan dengan betul. Daripada dapatan tersebut, kajian ini menunjukkan bahawa
kemahiran berfikir kritis pelajar masih rendah. Soalan bukan rutin yang diberikan tidak dapat
diselesaikan oleh sebilangan besar pelajar. Hasil penyelidikan ini dapat digunakan untuk
mengembangkan pemikiran kritis pelajar pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai