Anda di halaman 1dari 13

SULIT / CONFIDENTIAL

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PENTAKSIRAN AKHIR
FINAL ASSESSMENT
SEMESTER 2 SESI 2019/2020
SEMESTER 2 SESSION 2019/2020

KOD / CODE : KMP61604 KURSUS : PENYELESAIAN MASALAH


MATEMATIK DI SEKOLAH
RENDAH
COURSE : PROBLEM SOLVING IN
PRIMARY MATHEMATICS

ARAHAN / INSTRUCTIONS
1. Sila baca arahan pentaksiran dengan teliti.
Please read the assessment instructions carefully.

2. Pelajar dikehendaki menyediakan skrip jawapan/tugasan/projek mengikut kepada


pentaksiran akhir yang telah ditetapkan.
Students are required to prepare the answer scripts/assignments/projects based on the
predetermined final assessment.

3. Pelajar dikehendaki menyerahkan skrip jawapan/tugasan/projek kepada pensyarah dalam


tempoh masa yang telah ditetapkan.
Students are required to submit the answer scripts/assignments/projects to lecturers
within the specified time.

PROGRAM / PROGRAMME: Sarjana Pendidikan (Matematik Sekolah Rendah)

TAHUN / YEAR: 2020 KUMPULAN KULIAH / CLASS GROUP: A


2 0 0 1 2 7 2
NO. PENDAFTARAN / REGISTRATION NO: M2019
8 3 0 8 2 1 0 6 5 2 8 6
NO. KAD PENGENALAN / I.C. NO:

PENSYARAH / LECTURER: Dr. Siti Rahaimah binti Ali

SULIT / CONFIDENTAL
Kod Kursus : KMP61604

Nama Kursus : PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH

Kumpulan : A

Nama Pensyarah :  Dr. Siti Rahaimah binti Ali

Nama Pelajar : SHANMUGAVADIVU A/P VARATHARAJU

No. Matrik : M20192001272

Semester Semasa :2

Fakulti : Fakulti Pembangunan Manusia


Soalan 1. Apakah yang anda faham tentang penyelesaian masalah?

Penyelesaian masalah adalah sebuah proses bagaimana individu menggunakan pengetahuan


sedia ada, kemahiran dan segala pemahaman untuk mengenal pasti suatu keadaan yang
berbeza dan luar biasa dari keadaan lazimnya berlaku. Salah satu matlamat pendidikan
matematik adalah mengajar kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah.

Di samping itu, seseorang itu memerlukan pengetahuan tentang kemahiran berfikir, strategi
yang relevan dan memahami matlamat dalam situasi yang sebenar. Ia melibatkan situasi di
mana murid perlu membuat jalan kerja untuk mencari jawapan dan penyelesaian.
Penyelesaian masalah matematik datang dari pelbagai aspek seperti aspek kehidupan sebenar,
aspek matematik, aspek imaginasi dan aspek fizikal. Cara penyelesaian masalah perlulah
diajar sejak dari awal lagi. Ini untuk memastikan murid dapat memahami tentang prosedur
dan langkah penyelesaian masalah.

Kemahiran penyelesaian masalah adalah penting dalam matematik. Murid digalakkan


menggunakan pengetahuan sedia ada dan kemahiran untuk mencari jawapan kepada masalah
matematik, contohnya hubungan nombor dengan pola nombor.

Menurut penyelidik, penyelesaian masalah adalah salah satu ciri penting dalam aktiviti
matematik dan juga satu pendekatan untuk mengembangkan pengetahuan matematik.
Penyelesaian masalah merupakan komponen penting dalam kurikulum matematik KSSR.
Bagaimanapun, kebanyakan murid belum berupaya menguasai kemahiran ini sedangkan
mereka berupaya melaksanakan operasi asas matematik. Satu strategi atau teknik yang sesuai
perlu dikenalpasti bagi membantu murid menangani kesukaran dalam menyelesaikan masalah
matematik. Penyelesaian masalah matematik bukan setakat mencari jawapan akhir tetapi
membabitkan kefahaman dan penguasaan strategi yang lebih kompleks.

Penyelesaian masalah adalah sebuah proses bagaimana individu menggunakan pengetahuan


sedia ada, kemahiran dan segala pemahaman untuk mengenal pasti suatu keadaan yang
berbeza dan luar biasa dari keadaan lazimnya berlaku. Salah satu matlamat pendidikan
Matematik adalah mengajar kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Oleh itu, guru harus
memastikan murid berjaya menyelesaikan masalah dengan menggunakan strategi-strategi
tertentu. Program pendidikan Matematik yang seimbang bukan sahaja harus terdiri daripada
pembelajaran konsep Matematik dan penguasaan kemahiran-kemahiran asas matematik. Ia
juga harus melibatkan murid memperkembangkan kebolehan untuk berfikiran secara
Matematikal.

Kemahiran penyelesaian masalah sering diperkatakan sebagai antara aset yang perlu dimiliki
oleh murid dalam menjadikan mereka sebagai modal insan yang progresif. Kemahiran ini
telah mendapat tumpuan kerana pelbagai aspek positif dapat dibangunkan dalam diri setiap
murid. Murid dapat mengukuhkan pengetahuan dan membina pemahaman baharu,
mengaplikasikan dan menyesuaikan pengetahuan dan strategi, memantau dan membuat
refleksi ke atas proses berfikir, menanamkan sifat ingin tahu, yakin, tekun dan kreatif.

Guru boleh membantu dengan mengemukakan masalah yang bermakna dan bernas kepada
murid mengikut tahap penguasaan mereka. Masalah yang diberi seharusnya memerlukan
pelbagai kemahiran dan prosedur yang dapat diperkukuhkan lagi semasa proses penyelesaian
masalah. Masalah yang diberi juga perlu berkeupayaan untuk dikembang samada kepada
masalah yang berkaitan atau untuk dibuat generalisasi.

Soalan 2: Huraikan bagaimana pendekatan pembelajaran teradun dapat


meningkatkan pencapaian matematik murid dalam penyelesaian masalah

Pembelajaran teradun meningkatkan kualiti pembelajaran dengan menggunakan kaedah


pembelajaran teradun sepenuhnya, melatih murid menggunakan google classroom serta
menggalakkan pembelajaran kendiri. Murid berpeluang kepada menukar cara dan gaya
pembelajaran mengikut kesesuaian supaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
pentaksiran disamping meningkatkan keupayaan belajar secara kendiri dengan intervensi
terhad daripada guru untuk mempelajari penyelesaian masalah. Pencambahan atau penjanaan
pemikiran kritikal pelajar melalui penglibatan mereka dalam pembelajaran teradun ini adalah
bergantung kepada setiap individu.

Sebagai seorang guru pada masa kini, suasana pengajaran dan pembelajaran jelas berbeza
dalam masa kini berbanding sebelumnya memandangkan hampir semua kaedah pengajaran
dan pemudahcaraan (PdPc) dijalankan secara dalam talian seperti Google Classroom, Google
Meet, Youtube, Zoom Cloud Meeting, dan pelbagai kuiz. Pelajar lebih besikap positif dan
menujukan sikap ingin tahu melalui google meet, jamboard, google form, quzziz dalam topik
penyelesaian masalah. Contoh pelantaran pembelajaran teradun yang saya amalkan ialah
jamboard dengan menggunakan langkah-langkah dibawah.

Langkah 1 : join google meet

Dalam langkah 1, guru meminta murid join google meet dan memperkenalkan tajuk kepada
pelajar. Dalam set induksi secara lisan menanyakan soalan kepada murid. Secara semuka guru
boleh mendapatkan maklumat daripada pelajar.

Langkah 2 : open jamboard

Flipbook

Dalam langkah 2, guru memperkenalkan tajuk penyelesaian masalah kepada murid dengan
flipbook. Pelajar diberikan 10 minit untuk membaca nota dengan bantuan guru.
Flipbook

Langkah 3 : penerangan penyelesaian masalah kepada murid melalui goole meet (jamboard)

Tool

Dalam langkah 3, guru menerangkan langkah kerja penyelesiaan masalah dengan terperinci
dengan menggunakan pelbagai tool. Melalui penggunaan tool pelajar dapat memahami
dengan berkesan daripada penjelesan guru. Jamboard adalah satu pendekatan yang terbaik
untuk pelajar memahami pengajaran guru dengan lebih berkesan. Komunikasi dua hala
berlaku melalui google meet diantara pelajar dan guru dimana berbincang langkah demi
langkah. Kekeliruan yang wujud di kalangan pelajar dalam topik yang diajarkan boleh
diselesaikan pada sesi perbincangan dengan pantas.

Langlah 4 : tugasan ( google form) dan perbincangan soalan penyelesaian masalah


Dalam langkah 4, cikgu memberikan tugasan pada google form dan meminta murid
menyelesaikan masalah dengan menggunakan langkah yang bersesuaian. Selepas memberi
masa selama 15 minit, guru dan murid berbincang jalan penyelesaian melalui google meet
dengan murid memberikan penjelasan yang relevan.

Langkah 5 : kuiz (penyelesaian masalah matematik) Quizizz

Dalam langkah 5, cikgu akan memberikan link quzizz kepada murid setelah selesai
penerangan dan tugasan. Murid akan memulakan live quiz. Ia akan melahirkan sifat ingin
mencuba bersama kawan-kawan. Guru akan memantau hasil kerja murid dan mendapat tahu
kelemahan murid di situ. Guru perpeluang untuk menambahbaik tahap quzziz untuk semua
tahap murid.

Secara kesimpulanya, pendekatan pembelajaran teradun ini mempunyai potensi untuk


dilaksanakan secara optimum serta diterima baik dalam kalangan para pelajar musim
pandemik covid. Pendekatan ini turut mampu menyuntik kemahiran kritikal pelajar yang
mana ianya satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap murid seiring dengan
perkembangan ilmu. Usaha-usaha yang mantap perlu diteruskan khususnya dalam mereka
bentuk pengajaran secara teradun dengan cara meningkatkan kemahiran para guru sebagai
pereka bentuk pengajaran disamping penilaian perlu dijalankan dari masa ke semasa untuk
proses penambahbaikan dalam matapelajaran matematik.
Soalan 3 : Apakah model-model penyelesaian masalah yang anda gunakan semasa
mengajar dalam kelas

Pengetahuan dalam matematik boleh dikategorikan dalam lima jenis iaitu fakta, algoritma,
konsep, hubungan antara konsep dan penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah matematik
merupakan satu kemahiran yang sangat penting dan ianya adalah objektif utama dalam
pembelajaran matematik di sekolah rendah. Guru di sekolah sentiasa meneroka pelbagai
strategi untuk menyelesaikan masalah serta dapat memilih strategi yang sesuai dengan
mengambil kira perbezaan seperti kebolehan, minat, gaya pembelajaran serta pelbagai
kecerdasan pelajar. Maka guru akan memberi peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan
masalah matematik dengan membanding bezakan kekuatan dan kelemahan strategi yang telah
dan akan digunakan oleh pelajar. Pelajar diharapkan agar dapat membina pengetahuan dan
kemahiran baru melalui proses penyelesaian masalah, menyelesaikan masalah yang dihadapi
dalam kurikulum matematik serta dapat mengaplikasikan pelbagai strategi penyelesaian
masalah matematik dalam konteks yang berbeza.

Penyelesaian masalah adalah merupakan satu proses yang kompleks dan sukar dipelajari.
Ianya mengandungi satu siri tugasan dan proses pemikiran yang berkait rapat untuk
membentuk satu set corak pemikiran heuristik. Ianya merupakan satu keadaan dimana pelajar
mesti melaluinya untuk menyelesaikan masalah dalam matematik. Heuristik ialah satu kaedah
umum yang mana dapat diapliksikan kepada semua jenis masalah. Terdapat beberapa model
penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam pendidikan matematik seperti Model
Lester (1975), Model Mayer (1983), Model Polya (1973) dan Model Schoenfeld (1985),
Model Peringkat Kefahaman Numerasi, Model Penyelesaian Masalah Newman.

Saya menggunakan Model Peringkat Kefahaman Numerasi dalam mengajar penyelesaian


masalah di dalam kelas. Model ini lebih menekankan dan membangunkan kefahaman
numerasi di kalangan pelajar untuk memahami konsep kepada pemikiran yang lebih
kompleks. Melalui model ini juga pelajar dapat mencungkil idea-idea dan mengaitkan
hubungan antara satu sama lain untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Selain itu,
model ini dijadikan sebagai senarai semak untuk guru dan pelajar untuk melihat peringkat
kefahaman yang telah dilaksanakan oleh individu, meneroka jenis pemikiran dan pelajar
boleh menganalisis soalan yang diberikan. Melalui model ini, pelajar boleh memikirkan
pelbagai strategi yang digunakan mengikut peringkat yang ditetapkan.
Model penyelesaian peringkat kefahaman numerasi yang mengandungi empat peringkat
iaitu:-

Peringkat 4
Analisis

Peringkat 3
Aplikasi

Peringkat 2
Pemerolehan
pengetahuan

Peringkat
1
Pentafsiran
kod

Rajah 1: Peringkat-Peringkat Model Kefahaman Numerasi

Peringkat pentafsiran kod ialah peringkat pertama yang perlu dikuasai oleh murid. murid
akan mengumpulkan semua maklumat dan memastikan proses serta prosedur yang
digunakan untuk menyelesaikan suatu soalan yang diberikan. Pada peringkat ini juga, murid
dapat mengeluarkan idea-idea baharu serta mempunyai kesinambungan kepada pengetahuan
sedia ada. Ia juga menggalakan mereka untuk mengingat kembali maklumat yang telah
dipelajari supaya dapat menghasilkan idea baru dan menerangkan bagaimana mendapatkan
sesuatu fakta asas sebelum menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul.

Pada peringkat 2 adalah pemerolehan pengetahuan. Pada peringkat ini pelajar dapat
menyeneraikan proses serta prosedur yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu soalan
yang diberikan. Di samping itu, pelajr dapat padankan konsep matematik selepas membaca
soalan yang diberikan. Pelajar juga dapat menjelaskan pemikiran mereka dengan cara merka
tersendiri dengan mind mapping, peta pemikiran untuk melahirkan idea-idea untuk
perkongsian. Di peringkat ini juga pelajar dapat merumuskan operasi yang akan digunakan
untuk mendapatkan jawapan.

Pada peringkat 3, Pelajar memperoleh fakta atau konsep numerasi yang penting atau berguna
dalam soalan yang dikemukakan untuk mengaplikasikan. Dalam peringkat ini, pelajar boleh
menghubingkaitkan konsep numerasi dengan kehidupan seharian dengan menentukan
prosedur atau konsep yang sesuai dalam menyelesaikan masalah. Dalam peringkat aplikasi
ini, pelajar dapat memberikan justifikasi atau alasan tentang tindakan yang diambil untuk
menyelesaikan masalah baru dengan prinsip yang dipelajari.

Pada peringkat terakhir, pelajar dengan proses analisis berasa yakin dengan jawapan yang
diberikan menggunakan konsep matematik yang sesuai. Peringkat ini juga, menggalakan
murid bertanggujawab dan meningkatkan motivasi mereka dalam menyiasat apabila belajar
sesuatu topik yang baharu. Peringkat analisis, menyumabng untuk merangsang rasa ingin
tahu pelajar. Malah pelajar juga membuktikan konsep yang digunakan untuk menyelesaikan
masalah dengan menentukan perkaitan antara bukti-bukti yang logik, dapat menghuraikan
dan berhujah tentang sesuatu fakta yang digunakan.

Contoh soalan menggunakan model peringkat kefahaman numerasi.

Sempena kempen kitar semula, kesemua tiga kelas tahun 4 dapat


mengumpul 9 ikat surat khabar lama. 4 Alfa mengumpul 3 ikat berjisim
8.5kg, 4 Beta dengan 4 ikat berjisim 5.3kg dan selebihnya dikumpul oleh
4 Sigma. Jisim kesemua surat khabar ialah 80.4kg. Cari jumlah jisim surat
khabar yang dikumpul oleh 4 Sigma.

Peringkat 1 : Pentafsiran Kod


Ciri-ciri:
Boleh memberi idea dan menyenaraikan maklumat.
Soalan:
Senaraikan idea penting yang anda dapat berdasarkan petikan di atas.

Jawapan
1. kesemua tiga kelas tahun 4 dapat mengumpul 9 ikat surat khabar
2. 4 Alfa mengumpul 3 ikat berjisim 8.5kg, 4 Beta dengan 4 ikat berjisim 5.3kg
3. Jisim kesemua surat khabar ialah 80.4kg
4 Jumlah jisim surat khabar yang dikumpul oleh 4 Sigma.

Peringkat 2 : Pemerolehan Pengetahuan

Ciri-ciri peringkat Pemerolehan Pengetahuan:


a) Boleh mengenal pasti operasi yang betul bagi selesaikan masalah.

Soalan:
Cari jumlah jisim surat khabar yang dikumpul oleh 4 Alfa & 4 Beta

Jawapan

1. * operasi darab 4 Alfa & 4 Beta


* (4 x 8.5 kg ) + (4 x 5.3kg) = 46.7kg

Peringkat 3 : Aplikasi

Ciri-ciri peringkat Aplikasi:


a) Boleh menyelesaikan masalah melibatkan operasi tolak.

Soalan :
Berapakan jumlah jisim Kelas 4 Sigma?

Jawapan

1. jumlah jisim - jumlah jisim kelas 4 A & 4 B


2. 80.4 kg - 46.7kg = 33.7kg
jumlah jisim kelas 4 Sigma = 33.7
Peringkat Analisis:
Ciri-ciri:
a) Boleh selesaikan soalan berdasarkan maklumat yang dicari.
b) Membuat perbandingan dan menghuraikan jawapan yang diperoleh.

Soalan:
Terangkan jawapan anda.

Jawapan
1. Jumlah jisim yang dikumpulkan oleh 4 Sigma lebih banyak berbanding dengan kelas

lain.
2. dapat menyelesaikan dengan mendapatkan data untuk menghiting jumlah jisim kelas
Seseorang pendidik memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan sesuatu
maklumat secara berkesan kepada pelajar agar pelajar dapat memahami dan seterusnya
4A & 4B.
menyimpan maklumat tersebut untuk jangka masa yang panjang. Ini bagi memastikan ianya
boleh digunakan sekiranya pelajar menghadapi masalah yang memerlukan penyelesaian.
Justeru itu, pembelajaran berbentuk pemahaman konsep yang berkesan dapat meningkatkan
daya ingatan seseorang pelajar.

Pelbagai bentuk persoalan timbul berhubung matematik pada masa kini. Antaranya,
mengapakah pelajar kurang berminat dan mengapa pelajar kurang memberi perhatian
terhadap pembelajaran matematik. Dengan sistem pembelajaran matematik yang menekankan
penghafalan dan dengan bebanan latihan yang tidak difahami oleh pelajar membuatkan
mereka tercicir dalam pembelajaran.
Rujukan

Buku Teks Matematik Tahun 5, (2017). Buku Teks Matematik Tahun 5 SK, Dewan Bahasa
Pustaka, Kuala Lumpur.

KBM, M. J. (2021, January 20). Apa Bezanya Masalah Rutin Dengan Masalah Bukan Rutin ?
Didapatkan dari www.jabatanmatematikipgkbm.blogspot.com:
http://jabatanmatematikipgkbm.blogspot.com/2021/01/apa-bezanya-masalah-rutin-
dan-masalah.htm

Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Huraian sukatan pelajaran matematik tahun 4.


Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Nik Nur Fadhilillah Abd Razak, Azurah Mohd Johar, Desi Andriani dan Yong Choy Yee.
n.d.. Keupayaan Pelajar dalam Penyelesaian Masalah Matematik. Himpunan
Penyelidikan Pendidikan Matematik.

Siti Rahaimah Ali & Noraini Idris. (2013) A model to identify the level of numeracy
understanding of Year Four primary school pupils: a case study. Jurnal Pendidikan
Sains & Matematik Malaysia,3(2), 24-42.

Siti Rahaimah Ali. (2019) Penyelesaian Masalah dalam Numerasi. Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris . Model penyelesaian peringkat kefahaman numerasi 18-30

Anda mungkin juga menyukai