Anda di halaman 1dari 58

BAB 1 PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Visi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik

Negara Sejahtera”. Visi ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan di Malaysia bertujuan

membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti dengan cara menyediakan generasi

yang berkeupayaan berfikir dan warganegara beriltizam. ‘Pendidikan ialah penyumbang utama

pembangunan modal sosial dan ekonomi negara. Pendidikan juga merupakan pencetus

kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang

diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi pengupaya perkembangan

ekonomi keseluruhannya’ (YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, 2012).

Harapan Perdana Menteri kita ini agar Malaysia sentiasa berjaya melahirkan individu yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial harus direalisasikan oleh guru-

guru di negara ini.

Matematik adalah salah satu cabang ilmu yang penting bagi memastikan visi Kementerian

Pendidikan Malaysia dan hasrat pemimpin negara seperti yang telah dinyatakan tercapai.

Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang berupaya melatih minda supaya berfikir secara

mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat Matematik

secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Dengan

sebab itu Matematik ialah antara bidang yang terpenting dalam sebarang usaha pembinaan

insan. Matematik merupakan wadah terbaik untuk mengembangkan profisiensi intelektual

individu dalam membuat penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak.

Murid mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan menyelesaikan

masalah melalui pembelajaran dan aplikasi Matematik. Pembelajaran Matematik menyediakan

peluang untuk murid melaksanakan tugasan kreatif, mengalami keseronokan dan teruja apabila

mengetahui sesuatu yang baru. Pengalaman sedemikian meningkatkan minat dan menjadi daya

1
penggerak murid mempelajari Matematik di luar bilik darjah dan di peringkat pengajian yang

lebih tinggi.

Proses pengajaran dan pembelajaran Matematik sekolah rendah menggalakkan penggunaan

mempelbagaikan kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran

dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta

teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif,

inovatif, berkomunikasi dan berinteraksi. Matematik di peringkat sekolah rendah adalah satu

mata pelajaran asas yang menegaskan kepada penguasaan bahasa Matematik, kefahaman

konsep, penguasaan kemahiran mengira, menaakul dan kemahiran menyelesaikan masalah

serta penerapan nilai-nilai murni.

1.2 PENYATAAN MASALAH (ISU)

Bahagian ini membincangkan refleksi saya daripada aspek masalah murid dan pengajaran

dan pembelajaran yang dilaksanakan.

Saya telah mengajar Matematik selama 19 tahun dan saya mendapati murid sukar

menjawab soalan yang melibatkan operasi tolak dua nombor dengan mengumpul semula

berbanding operasi tambah. Murid seringkali mencampuradukkan atau keliru dengan operasi

tolak dengan operasi tambah. Kesalahan umum yang sering dilakukan oleh murid adalah

mencari hasil tambah pada soalan operasi tolak ataupun murid hanya tahu menolak nilai digit

yang kecil daripada nilai digit yang besar sahaja.

Saya sedang mengajar matematik Tahun 3 dan mendapati sebilangan daripada mereka tidak

memahami konsep operasi tolak dengan mengumpul semula. Mereka tidak dapat menolak

nombor yang melibatkan pengumpulan semula. Mereka juga keliru dengan nilai tempat setiap

2
digit yang terdapat dalam soalan. Saya telah melakukan Ujian Diagnostik yang hanya

melibatkan soalan operasi tolak dengan mengumpul semula seperti pada Lampiran A untuk

mengesan kelemahan murid dalam kemahiran operasi tolak dengan mengumpul semula. Ujian

ini saya telah laksanakan dengan melibatkan 18 orang murid, namun saya mendapati 6 orang

murid hanya mendapat markah D dan E dalam Ujian Diagnostik ini manakala murid yang lain

telah mendapat keputusan A, B dan C.

Rajah 1.1 menunjukkan murid kelas 3 Al-Farabi sedang melaksanakan Ujian Diagnostik

bagi memilih murid yang lemah dalam kemahiran Matematik yang melibatkan operasi tolak

dengan mengumpul semula.

Rajah 1.1: Murid melaksanakan Ujian Diagnostik.

Berdasarkan Ujian Diagnostik yang telah saya laksanakan, saya mendapati terdapat

beberapa kesilapan yang dilakukan oleh murid. Rajah 1.2 menunjukkan kesilapan murid dalam

Ujian Diagnostik iaitu kecuaian semasa menolak nombor yang telah dipinjam. Murid ini

didapati menganggap sekiranya nombor yang kecil menolak nombor yang besar, akan

mendapat jawapan sifar. Justeru, saya telah mengambil inisiatif menggunakan garis nombor

agar murid dapat mengukuhkan ingatan nilai nombor yang kecil dan yang besar.

3
Rajah 1.2: Contoh kesilapan murid

1.3 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk membincangkan masalah yang murid hadapi dalam kemahiran

menolak dengan mengumpul semula serta kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan

masalah kajian.

1.4 RASIONAL KAJIAN

Melalui pengalaman saya sebagai seorang guru yang terlatih, saya mendapati masih

terdapat sebilangan murid Tahun 3 yang agak sukar menyelesaikan operasi tolak berbanding

dengan operasi tambah. Murid sering keliru dan sukar memahami bahawa operasi tolak adalah

songsangan kepada operasi tambah. Murid juga didapati tidak dapat menguasai nilai tempat

dan nilai digit sesuatu nombor menyebabkan mereka sukar untuk menulis semula soalan yang

diberikan ke dalam bentuk lazim.

Masalah kesukaran menolak dengan mengumpul semula ini timbul kerana wujudnya

ketidakprihatinan seorang guru, kemalasan murid dan juga persekitaran murid. Guru kadang

kala terlampau bergantung kepada sukatan pelajaran dan mengajar hanya berpusatkan kepada

penggunaan buku teks serta bahan-bahan yang dibekalkan oleh KPM sahaja. Guru

menggunakan buku teks dan buku aktiviti yang dibekalkan sebagai panduan dan latihan kepada

4
murid tanpa berusaha memberikan penerangan yang lebih mendalam agar murid dapat

memahami sesuatu konsep dengan baik.

Murid juga tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran Matematik disebabkan oleh kekangan

masa bagi menghabiskan sukatan pelajaran. Agihan masa dan teknik mengajar adalah amat

penting agar guru dapat memupuk kefahaman murid dalam sesuatu kemahiran yang dipelajari

dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ini adalah penting agar murid dapat mengikuti

pembelajaran mereka dengan sempurna dan sentiasa memberi fokus agar setiap kemahiran

dapat dipelajari dan difahami. Penggunaan teknik mengajar yang membosankan telah

menjejaskan minat murid untuk belajar Matematik. Kebiasaannya, guru lebih cenderung

menggunakan kaedah konvensional iaitu pengiraan dalam bentuk lazim dan congak untuk

mengajar sesuatu algoritma asas. Perkara ini menyebabkan murid yang lemah tidak dapat

memahami konsep Matematik yang disampaikan oleh guru.

Masalah miskonsepsi murid terhadap operasi tolak dengan mengumpul semula ini timbul

kerana murid itu sendiri tidak dapat memahami tentang nilai tempat dan nilai digit sesuatu

nombor. Murid sering melakukan kesilapan apabila menyalin semula soalan yang diberikan

dalam bentuk ayat Matematik kepada soalan dalam bentuk lazim. Semasa saya melaksanakan

Ujian Diagnostik untuk menentukan kumpulan sasaran bagi kajian tindakan saya mendapati

murid melakukan kesilapan ini seperti pada Rajah 1.3.

Rajah 1.3: Contoh kesilapan murid

5
Justeru saya memilih menggunakan carta nilai tempat ketika pengajaran saya bagi

memahirkan murid untuk menyalin semula soalan yang diberikan dalam ayat Matematik

kepada bentuk lazim.

Terdapat juga kesilapan yang dilakukan apabila murid melakukan operasi tolak iaitu

memilih digit yang besar menolak digit yang kecil seperti pada Rajah 1.4. Murid ini melakukan

songsangan dan tidak mengetahui mengenai konsep mengumpul semula. Ini merupakan

kecuaian yang sering dilakukan oleh murid Tahun 3 semasa menjawab soalan operasi tolak

dengan mengumpul semula.

Rajah 1.4: Contoh kesilapan murid

Kadang kala murid kurang mahir ketika membuat pengiraan adalah disebabkan sikap murid

itu sendiri. Mereka menganggap Matematik adalah mata pelajaran yang sukar untuk difahami

lantaran Matematik adalah mata pelajaran yang agak berbeza jika dibandingkan dengan mata

pelajaran lain. Dalam Matematik, murid perlu mengenali setiap digit bukan sekadar sebutan

tetapi kuantiti yang terkandung dalam setiap digit. Murid perlu memahami nilai yang

terkandung dalam setiap gabungan digit yang membentuk suatu nombor. Untuk mengatasi

semua masalah ini murid perlu diasuh untuk memahami pra nombor dan akhirnya memahami

tentang nilai setiap nombor yang mereka pelajari. Murid memerlukan bimbingan serta tunjuk

ajar guru agar mereka sentiasa bermotivasi untuk mempelajari mata pelajaran Matematik dan

sentiasa berusaha untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pengajaran dan

6
pembelajaran Matematik yang dilaksanakan di dalam kelas. Faktor persekitaran juga

merupakan satu perkara yang dapat mempengaruhi murid ketika mempelajari Matematik.

Pengalaman saya sebagai seorang guru di sekolah biasa dan guru di pusat tuisyen mendapati

aspek persekitaran juga telah mempengaruhi murid dalam usaha menarik minat mereka

mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang sempurna. Guru perlu menyediakan suasana

kelas yang kondusif agar murid merasa selesa ketika belajar. Kawalan kelas juga penting agar

murid tidak terganggu dengan bunyi bising dari rakan sekelas mahupun dari kelas lain.

Saya telah menyediakan dan melaksanakan Ujian Diagnostik yang mengandungi soalan-

soalan operasi tolak dengan mengumpul semula. Berpandukan keputusan ujian ini saya telah

memilih 6 orang murid yang tidak menguasai kemahiran operasi tolak dengan mengumpul

semula sebagai kumpulan sasaran Kajian Tindakan yang saya laksanakan.

Saya telah melayari beberapa laman sesawang dan mengubahsuai hasil dapatan saya bagi

memenuhi hasrat agar beberapa orang murid saya yang menghadapi masalah dalam operasi

tolak dengan mengumpul semula dengan melakukan pengiraan dengan menggunakan bahan

maujud dan lukisan garis.

Saya telah menggunakan pelbagai bahan yang melibatkan pelbagai deria oleh murid dalam

pengajaran pertama saya. Saya telah menarik perhatian murid terhadap pengajaran saya dengan

menggunakan Carta Nilai Tempat yang bertujuan mengingatkan semula murid terhadap apa

yang telah dipelajari sebelum ini di samping mengukuhkan pemahaman mereka mengenai nilai

tempat sesuatu digit manakala Garis Nombor pula untuk menegaskan bahawa digit yang

mempunyai nilai kecil tidak boleh menolak digit yang mempunyai nilai besar. Bahan maujud

untuk membantu pengiraan dalam pengajaran dan pembelajaran pertama saya ialah batu

berwarna-warni.

7
Dalam pengajaran kedua, saya telah menggunakan Carta Nilai Tempat, Garis Nombor dan

putik kapas. Dalam pengajaran ini, saya telah membimbing murid menulis soalan yang

diberikan dalam ayat matematik dan menulis semula dalam bentuk lazim. Saya telah

membimbing mereka melakukan operasi tolak dengan menggunakan putik kapas sebagai

bahan bantu belajar.

Dalam pengajaran ketiga, saya telah membimbing murid menulis soalan yang diberikan

dalam ayat Matematik dan menulis semula dalam bentuk lazim. Namun, saya hanya

menggunakan kertas petak dan meminta mereka mengingati nilai tempat dan nilai digit semasa

menyalin semula soalan dalam bentuk lazim. Saya telah membimbing mereka menolak dengan

menggunakan lukisan garis.

Dalam pengajaran keempat, saya telah membimbing murid menulis soalan yang diberikan

dalam ayat Matematik dan menulis semula dalam bentuk lazim dalam kertas petak yang telah

disediakan. Saya telah memberi mereka peluang memilih bahan yang sesuai untuk melakukan

pengiraan sama ada dengan menggunakan batu berwarna-warni, putik kapas atau lukisan garis.

Ini adalah kerana saya melihat kecenderungan memilih bahan pengiraan yang sesuai dengan

minat dan kebolehan mereka.

Saya mendapati 4 orang murid telah memilih menggunakan batu berwarna-warni manakala

hanya seorang menggunakan putik kapas dan seorang lagi memilih kaedah lukisan garis. Saya

mendapati sebahagian besar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah saya lakukan

dapat membantu murid-murid dalam kumpulan sasaran untuk menguasai operasi tolak dengan

mengumpul semula serta meningkatkan minat mereka dalam mempelajari kemahiran operasi

tolak dengan mengumpul semula.

8
1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah mengkaji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bagi

membantu murid menguasai operasi tolak dengan mengumpul semula dan meningkatkan minat

murid dalam menjawab soalan operasi tolak dengan menggunakan bahan maujud dan lukisan

garis.

i. Penggunaan bahan maujud dan lukisan garis dapat membantu murid menguasai
operasi tolak dengan mengumpul semula.

ii. Penggunaan bahan maujud dan lukisan garis dapat meningkatkan minat murid

untuk menguasai operasi tolak dengan mengumpul semula.

iii. Penggunaan bahan maujud dan lukisan garis dapat mengukuhkan memori murid

bagi melaksanakan operasi tolak.

1.6 SOALAN KAJIAN

i. Adakah pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan maujud dan lukisan

garis dapat membantu murid menguasai operasi tolak dengan mengumpul semula?

ii. Adakah pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan maujud dan lukisan

garis dapat meningkatkan minat murid untuk menguasai operasi tolak dengan

mengumpul semula?

iii. Adakah penggunaan bahan maujud dan lukisan garis dapat mengukuhkan

memori murid bagi melaksanakan operasi tolak.

9
1.7 KERANGKA KOSEPTUAL KAJIAN

PERSEKITARAN:
fizikal
sosiobudaya TINGKAH LAKU:
tindakan
tabiat HASIL
PERSONAL:
kognitif
kasihsayang

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN

Murid seharusnya memahami dan menguasai kemahiran asas Matematik iaitu operasi asas

tambah, tolak, darab dan bahagi agar memudahkan murid menjawab semua soalan Matematik

pada peringkat yang lebih sukar. Saya mendapati murid amat sukar untuk melakukan operasi

tolak dengan mengumpul semula. Penguasaan kemahiran operasi tolak dengan mengumpul

semula amat penting bagi murid kerana ia akan membantu murid dalam mempelajari konsep-

konsep Matematik lain seperti operasi bahagi, pecahan, wang, peratus dan pelbagai soalan

penyelesaian masalah.

1.9 BATASAN KAJIAN

Kajian ini telah melibatkan 6 orang murid Tahun 3 Al-Farabi yang mempunyai masalah

dalam memahami konsep operasi tolak dengan mengumpul semula di sebuah sekolah rendah

di Daerah Kerian, Perak. Murid berkenaan mempunyai pencapaian D dan E semasa menjawab

10
soalan Diagnostik. Murid-murid ini terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 4 orang murid

perempuan.

Sekolah yang saya pilih untuk melakukan Kajian Tindakan ini mempunyai 2 kelas murid

Tahun 3. Murid yang saya pilih adalah terdiri daripada murid kelas kedua dan merupakan murid

yang melepasi Ujian Saringan LINUS. Murid yang terdapat dalam kelas ini tinggal di

kampung-kampung yang terdapat di sekitar sekolah. Keluarga mereka terdiri daripada

penduduk kampung yang bekerja dengan pendapatan bulanan yang rendah.

1.10 DEFINISI OPERASIONAL

“Kajian keberkesanan penggunaan bahan maujud dan lukisan garis untuk meningkatkan

penguasaan konsep operasi tolak dengan mengumpul semula dalam kalangan murid Tahun 3

SK Gunong Semanggol”.

11
BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan khususnya dalam Matematik, tidak hanya

melibatkan proses pemindahan fakta daripada guru kepada murid semata-mata. Murid mestilah

dilibatkan secara aktif di dalam membina konsep dan pengetahuan berhubung dengan setiap

isi pelajaran yang dipelajari (Nik Azis Nik Pa, 1992). Menurut Nik Aziz Nik Pa lagi,

pengetahuan Matematik milik individu adalah pengetahuan yang dibina sendiri olehnya. Guru

tidak dapat membina pengetahuan Matematik untuk murid. Justeru itu, bagi membina

pengetahuan dan pemahaman konsep Matematik guru perlu menyediakan suasana pengajaran

dan pembelajaran yang dapat membantu murid belajar secara optimum.

2.2 KAJIAN LITERATUR BERKAITAN

Menurut Kember dan Gow (1992) seperti yang dinyatakan di dalam Buku Manual Kajian

Tindakan Edisi Ke Tiga 2008 yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kajian Tindakan melibatkan pengamal

(guru) untuk mencuba membaiki pengajaran mereka melalui kitaran yang melibatkan proses

perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi.

Kajian Tindakan yang saya laksanakan ini adalah berdasarkan Model Kemmis & Mc

Taggart (1988) Model Action Research Cycle yang mempunyai empat elemen penting iaitu

tinjauan awal, merancang tindakan, melaksanakan tindakan dan memerhati dan merefleksi.

Operasi tolak merupakan fakta asas yang penting dalam mata pelajaran Matematik.

Berdasarkan pengalaman saya, saya mendapati terdapat ramai murid yang tidak menguasai

kemahiran menjawab soalan operasi tolak dengan mengumpul semula. Operasi tolak ialah

12
operasi yang melibatkan pengurangan atau pengasingan sesuatu set kepada set-set yang lebih

kecil. Operasi tolak akan menghasilkan kuantiti yang lebih kecil atau berkurang daripada

kuantiti asal. Operasi tolak juga melibatkan proses membandingkan kuantiti antara kumpulan

yang berbeza. Operasi tolak boleh ditulis menggunakan simbol ‘-’ sekiranya ditulis dalam ayat

Matematik. Operasi tolak mula didedahkan kepada murid dari peringkat pra sekolah lagi.

Semasa Tahun 1, operasi tolak telah diajar kepada murid iaitu yang melibatkan nombor dalam

lingkungan 100. Operasi tolak diajar selepas tajuk operasi tambah dan merupakan songsangan

kepada operasi tambah. Murid sukar memahami proses mengumpul semula atau biasanya

dikenali sebagai ‘pinjam’ dari digit nilai tempat yang lebih besar seperti sekiranya digit nilai

tempat sa tidak dapat menolak digit berikutnya dalam nilai tempat sa juga memandangkan digit

yang pertama lebih kecil daripada digit yang kedua maka perlu dipinjam dari digit puluh dan

barulah proses penolakan boleh dilakukan.

Peringkat awal pemerolehan kemahiran asas Matematik sangat penting kerana ia

mempengaruhi sikap dan persepsi kanak-kanak dalam pembelajaran Matematik (Renga &

Dalla, 1992). Murid perlu menguasai konsep tolak memandangkan operasi tolak amat penting

untuk melakukan operasi asas yang lain iaitu operasi bahagi yang merupakan operasi tolak

secara berulang selain daripada penggunaannya dalam tajuk-tajuk lain seperti Wang, Ukuran,

Timbangan dan sebagainya.

Berdasarkan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Tahun 3 yang disediakan

untuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), strategi yang dicadangkan bagi

pengajaran dan pembelajaran operasi tolak ialah menggunakan pelbagai strategi seperti

penggunaan blok asas dan abakus. Namun begitu, dengan menggunakan semua strategi yang

dicadangkan ini, terdapat sebilangan murid yang masih lagi tidak dapat menguasai konsep ini.

Ini adalah kerana mereka lemah untuk memahami sesuatu konsep dan mudah keliru dengan

cara pengajaran yang menggunakan bahan yang mungkin menyukarkan pemahaman konsep

13
tolak di kalangan mereka. Murid seperti ini seharusnya dibimbing untuk memahami konsep

tolak dengan menggunakan kaedah yang lebih mudah, ringkas dan menggunakan pelbagai

deria mereka bagi meningkatkan pemahaman terhadap sesuatu konsep.

Menurut Noraini Idris (2001), walaupun guru menggunakan buku teks sebagai resos di

dalam kelas, guru juga boleh mengambil inisiatif lain seperti menyediakan soalan mereka

sendiri dengan membuat pelbagai jenis soalan mengikut tahap kemampuan murid. Pengajaran

dan pembelajaran Matematik melibatkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran

(NCTM, 1989; Cockroft, 1982; Nik Azis, 1992). Oleh yang demikian, penguasaan murid

terhadap Matematik tidak hanya bergantung kepada kefahaman konsep semata-mata. Latihan

yang mencukupi perlu dilakukan dari masa ke semasa sehingga semua kemahiran dalam

sesuatu tajuk benar-benar telah dikuasai sepenuhnya (D' Augustine, 1973).

Teori Kecerdasan Pelbagai telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1993) dalam

penerbitannya pada tahun 1983, bukunya ‘Frames of Mind’ menjadi titik permulaan yang

mendatangkan kesedaran kepada pendidik. Dalam buku yang berpengaruh ini Gardner

menghuraikan pelbagai sifat-sifat kecerdasan manusia. Masalah yang diketengahkan oleh

Gardner menunjukkan sistem pendidikan kita tidak bersedia untuk memenuhi keperluan semua

kecerdasan manusia dan mengenepikan keperluan perkembangan beberapa perkara yang

berkaitan dengannya. Teori ini menyedarkan saya bahawa setiap murid mempunyai

kecerdasan yang berbeza. Saya merancang dan melaksanakan pelbagai gaya pembelajaran agar

murid lebih berminat untuk belajar dan dapat memahami apa yang termaktub dalam sukatan

pelajaran yang telah disediakan oleh KPM untuk mencapai objektif pengajaran dan

pembelajaran.

Menurut Noraini Idris (2001), dalam buku Pedagogi dalam Pendidikan Matematik,

motivasi memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik

darjah. Murid yang bermotivasi akan memberi perhatian dan mendengar sepenuhnya untuk

14
mencapai kecemerlangan akademik dan menjadi seorang yang bertanggungjawab. Dalam

konteks ini dapat dilihat apabila seseorang murid itu rajin melakukan latih tubi terhadap soalan-

soalan kemahiran Matematik kerana rasa minat beserta tanggungjawab dan bukan kerana

dipaksa oleh ibu bapa dan guru. Bagi menguasai mata pelajaran Matematik, murid perlu rajin

menjawab soalan-soalan pelbagai aras dalam sesuatu kemahiran itu agar murid bersedia

menghadapi peperiksaan sebenar. Murid yang telah bersedia pastinya tidak lagi gugup apabila

diuji dengan soalan-soalan yang mempunyai aras lebih tinggi.

15
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Saya telah mendapatkan kebenaran dengan pihak pentadbir sekolah bagi melaksanakan

Kajian Tindakan saya nanti memandangkan murid yang saya pilih merupakan hanya

sebahagian murid yang terdapat di dalam kelas. Saya telah meminta kerjasama daripada rakan

guru untuk membantu saya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran terhadap murid yang

lain ketika melaksanakan Kajian Tindakan saya. Saya telah membuat Ujian Diagnostik bagi

memilih kumpulan sasaran sebelum melaksanakan Ujian Pra, Ujian Pasca, Analisis Dokumen,

Pemerhatian, Soal Selidik dan Temu Bual bagi mendapatkan data untuk mengenalpasti

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dengan menggunakan bahan

maujud dan lukisan garis.

16
3.2 REKABENTUK KAJIAN

3.2.1 Kajian dijalankan secara kualitatif/ pemerhatian dan catatan temubual.

Rajah 3.1 menunjukkan ringkasan kajian yang telah saya laksanakan kepada murid saya.

.
Membuat Ujian Diagnostik dan mendapat maklumat mengenai
tahap penguasaan Operasi Tolak dan memilih murid sebagai
kumpulan sasaran untuk Kajian Tindakan.

Merangka dan melaksanakan Ujian Pra dan diberikan kepada


kumpulan sasaran yang terlibat dalam Kajian Tindakan.

Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut RPH 1, 2,


3 dan 4. Mengaplikasikan penggunaan bahan maujud dan lukisan
garis bagi memupuk minat dan kefahaman murid agar menguasai
operasi tolak dengan mengumpul semula. Pemerhatian telah
dilakukan bagi melihat perubahan tingkah laku murid.

Melaksanakan Ujian Pasca dan diberikan kepada kumpulan sasaran


yang terlibat dalam Kajian Tindakan.

Temu bual dan soal selidik terhadap kumpulan sasaran yang


dipilih untuk mengetahui pandangan mereka terhadap kemahiran
operasi tolak dengan mengumpul semula.

Membuat refleksi dan mengubahsuai kaedah pengajaran.

Rajah 3.1: Prosedur Kajian

17
3.2.2 MATRIKS KAJIAN

Dalam mengumpul data untuk menjawab soalan kajian 1, saya telah menggunakan

triangulasi data. Saya telah mengumpul maklumat bagi menjawab soalan pertama dalam kajian

tindakan saya melalui semakan dokumen iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca dan lembaran kerja.

Bagi soalan kajian kedua pula, saya telah menggunakan kaedah pemerhatian, soal selidik dan

temu bual. Tiga instrumen telah digunakan iaitu borang semakan pemerhatian, soal selidik

dan temu bual. Jadual 6.1 menunjukkan tindakan yang telah saya laksanakan.

Jadual 3.1: Cara mengumpul dan menganalisis data.

SOALAN KAJIAN CARA CARA MENGANALISIS DATA


MENGUMPUL
DATA

1. Adakah pengajaran  Ujian Pra  Data yang dikumpul daripada


dan pembelajaran Ujian Pra, Ujian Pasca dan
menggunakan  Ujian Pasca Lembaran Kerja dikumpul dan
bahan maujud dan dianalisis.
 Analisis Dokumen
lukisan garis dapat
(Lembaran Kerja)  Tahap penguasaan murid
membantu murid
menguasai operasi dilihat melalui markah yang
tolak dengan diperolehi berdasarkan jadual
mengumpul dan graf yang dibina
semula.? berdasarkan dapatan.
 Data yang dikumpulkan
diinterprestasi untuk
menjawab Soalan 1 Kajian
Tindakan saya ini.

18
Jadual 3.1: Cara mengumpul dan menganalisis data. (sambungan)

SOALAN KAJIAN CARA CARA MENGANALISIS DATA


MENGUMPUL
DATA

2. Adakah pengajaran  Pemerhatian  Data yang dikumpulkan


dan pembelajaran melalui Borang Senarai
menggunakan  Soal Selidik Semak Pemerhatian dan
bahan maujud dan Borang Soal Selidik dianalisis.
 Temu bual
lukisan garis dapat
meningkatkan  Kesimpulan dibuat
minat murid untuk berdasarkan dapatan yang
menguasai operasi diperolehi bagi mengesan
tolak dengan minat murid terhadap
mengumpul penggunaan bahan maujud
semula? dan lukisan garis.
 Temu bual ditrankripsikan
untuk mengesan minat murid
terhadap sesi Pdp yang
dilaksanakan.
 Semua dapatan diinterpretasi
bagi menjawab Soalan 2
Kajian Tindakan saya ini.

3.3 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi: Murid Tahun 3 SK Gunong Semanggol

Sampel: Murid 3 Al Farabi

19
3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Jadual 3.2: Instrumen kajian yang telah digunakan.

Tindakan Tujuan

1. Pemerhatian dan analisis  Mengenalpasti masalah murid dalam tajuk


jawapan murid melalui Ujian operasi tolak dengan mengumpul semula
Diagnostik yang telah dalam lingkungan sehingga 10 000.
dijalankan.
2. Ujian Pra.  Mengenalpasti dan mendapatkan data
tentang tahap pencapaian murid sebelum
kajian dilaksanakan.
3. Pengajaran dan pembelajaran 1.  Melaksanakan operasi tolak dengan
penggunaan bahan maujud.
 PdP ini dilaksanakan dengan menggunakan:
 Garis nombor.
(Garis nombor digunakan bagi menerangkan
nilai digit lebih besar atau lebih kecil).
 Carta nilai tempat.
(Carta nilai tempat digunakan bagi murid
menyalin semula soalan dalam bentuk lazim
tanpa melakukan kesilapan dengan kedudukan
nilai tempat).
 Batu berwarna-warni
(Batu berwarna-warni digunakan sebagai alat
pengiraan)
 Lembaran Kerja
(Lembaran kerja digunakan bagi mengenalpasti
tahap pencapaian murid).
4. Pengajaran dan pembelajaran 2.  Melaksanakan operasi tolak dengan
penggunaan bahan maujud.
 Pdp ini dilaksanakan dengan menggunakan:
 Garis nombor.

20
Jadual 3.1. Instrumen kajian yang telah digunakan (sambungan)

Tindakan Tujuan

 Carta nilai tempat.


 Putik kapas
(Putik kapas digunakan sebagai alat
pengiraan)
 Lembaran Kerja

5. Pengajaran dan pembelajaran 3.  Penggunaan lukisan garis dalam


melakukan operasi tolak dengan
mengumpul semula.

 PdP ini dilaksanakan dengan


menggunakan:
 Garis nombor.
 Kertas petak.
(Kertas petak digunakan bagi murid menyalin
semula soalan dalam bentuk lazim tanpa
melakukan kesilapan dengan kedudukan nilai
tempat).
 Lukisan Garis
(Lukisan Garis digunakan sebagai cara
membantu pengiraan)
 Lembaran Kerja

6. Rancangan Pengajaran dan  Penggunaan bahan maujud dan lukisan


pembelajaran 4. garis bagi menjawab soalan operasi tolak
dengan mengumpul semula.

 PdP ini dilaksanakan dengan menggunakan:


 Garis nombor.

21
Jadual 3.1 Instrumen kajian yang telah digunakan (sambungan)

Tindakan Tujuan

 Kertas Petak
 Batu berwarna-warni, putik kapas atau
Lukisan Garis.
Murid memilih teknik yang sesuai dengan
mereka.
 Lembaran Kerja

7. Ujian Pasca  Memberi soalan yang sama dengan Ujian


Pra dengan memberi masa selama 20 minit.
Ini adalah untuk melihat keberkesanan
kajian kaedah yang telah diperkenalkan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
8. Pemerhatian  Senarai semak telah dicatatkan oleh guru
lain yang bersama-sama semasa pdp telah
dianalisis untuk mengenalpasti
perkembangan tingkah laku murid dan
peningkatan tahap pencapaian serta minat
mereka.
9. Soal selidik  Mengesan minat murid menjawab soalan
operasi tolak dengan mengumpul semula
selepas penggunaan bahan maujud dan
lukisan garis.
10. Temu bual  Mendapatkan maklum balas tentang
penggunaan bahan maujud dan lukisan garis
dalam meningkatkat minat murid untuk
menguasai operasi tolak dengan
mengumpul semula.

22
3.5.1 Pengajaran Operasi Tolak Dengan Mengumpul Semula.

3.5.1.1 : Pengajaran 1 Penggunaan carta nilai tempat, garis nombor dan batu
berwarna-warni untuk menjawab soalan operasi tolak
dengan mengumpul semula.

Fasa Persediaan:

Memahami konsep tolak ialah pengurangan nilai digit dengan menyanyi lagu 10 Budak Hitam.

Fasa Imaginasi:

1. Memahami nilai digit yang besar dan nilai digit yang kecil dengan menggunakan garis

nombor.

Rajah 3.2: Garis nombor yang digunakan dalam PdP 1.

23
2. Memahami nilai tempat dan nilai digit bagi setiap digit dalam suatu nombor.

Rajah 3.3: Carta Nilai Tempat yang digunakan dalam PdP 1.

3. Membuat pengiraan dengan menggunakan batu berwarna-warni.

Rajah 3.4: Pengiraan dengan menggunakan batu berwarna-warni.

Fasa Perkembangan:

1. Memahami operasi tolak dengan mengumpul semula.

24
2. Menjawab soalan dalam lembaran kerja.

Rajah 5.5: Murid menjawab soalan lembaran kerja.

Penutup.

Menguji pemahaman murid dengan menjawab soalan pada carta nilai tempat di papan tulis.

Rajah 3.6: Murid menjawab soalan pada papan tulis.

25
3.5.1.2 : Pengajaran 2 Penggunaan carta nilai tempat, garis nombor dan putik
kapas untuk menjawab soalan operasi tolak
dengan mengumpul semula.

Fasa Persediaan:

Memahami konsep tolak ialah pengurangan nilai digit dengan menggunakan buah-buahan.

Fasa Imaginasi:

1. Memahami nilai digit yang besar dan nilai digit yang kecil dengan menggunakan garis

nombor.

Rajah 3.7: Garis nombor yang digunakan dalam PdP 2.

2. Memahami nilai tempat dan nilai digit bagi setiap digit dalam suatu nombor.

Rajah 3.8: Carta Nilai Tempat yang digunakan dalam PdP 2.

26
3. Murid membuat pengiraan dengan menggunakan putik kapas.

Fasa Perkembangan:

1. Memahami operasi tolak dengan mengumpul semula.

2. Menjawab soalan di dalam lembaran kerja.

Rajah 3.9: Murid membuat pengiraan dengan menggunakan putik kapas.

Penutup:

Guru memberi ganjaran kepada murid yang dapat menjawab paling banyak soalan dengan

betul.

27
3.5.1.3 : Pengajaran 3 Penggunaan carta nilai tempat, garis nombor dan lukisan
garis untuk menjawab soalan operasi tolak
dengan mengumpul semula.

Fasa Persediaan:

Memahami konsep tolak ialah pengurangan nilai digit dengan menggunakan pensel warna.

Fasa Imaginasi:

1. Memahami nilai digit yang besar dan nilai digit yang kecil dengan menggunakan garis

nombor.

2. Memahami nilai tempat dan nilai digit bagi setiap digit dalam suatu nombor dengan

menulis pada kertas petak yang disediakan.

Rajah 3:10: Murid menulis nilai tempat pada kertas petak.

28
3. Murid membuat pengiraan dengan menggunakan lukisan garis.

Rajah 3.11: Hasil kerja murid dengan menggunakan lukisan garis

Fasa Perkembangan:

1. Memahami operasi tolak dengan mengumpul semula.

2. Menjawab soalan dalam lembaran kerja.

Rajah 3.12: Murid menjawab soalan lembaran kerja.

Penutup:

Menguji kefahaman murid dengan menjawab soalan pada kertas petak di papan tulis.

29
3.5.1.4 : Pengajaran Penggunaan carta nilai tempat, garis nombor, bahan
maujud dan lukisan garis untuk menjawab soalan operasi
tolak dengan mengumpul semula.

Fasa Persediaan:

Memahami konsep tolak ialah pengurangan nilai digit dengan bersoal jawab.

Fasa Imaginasi:

1. Memahami nilai digit yang besar dan nilai digit yang kecil dengan menggunakan garis

nombor.

2. Memahami nilai tempat dan nilai digit bagi setiap digit dalam suatu nombor.

3. Membuat pengiraan dengan menggunakan batu berwarna warni, putik kapas atau lukisan

garis.

Rajah 3.13: Murid mengira dengan menggunakan batu berwarna-warni.

30
Fasa Perkembangan:

1. Memahami operasi tolak dengan mengumpul semula.

2. Menjawab soalan di dalam kertas lembaran kerja.

Penutup:

Murid menjawab soalan pada papan tulis bagi menguji pemahaman.

31
3.6 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA

3.6.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian Pra dan Ujian Pasca melibatkan 10 soalan masing-masing yang terdiri daripada

pelbagai soalan operasi tolak dengan mengumpul semula. Ujian Pra telah dijawab oleh murid

sebelum pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan bahan maujud dan lukisan garis.

Ujian Pra dilaksanakan untuk mengesan tahap pencapaian murid dalam menjawab soalan tolak

dengan mengumpul semula. Rajah 3.14 menunjukkan murid sedang menjawab Ujian Pra.

Rajah 3.14: Murid menjawab Ujian Pra.

Ujian Pasca pula telah diberikan setelah murid selepas tamat empat sesi pengajaran dan

pembelajaran. Ujian Pasca juga telah dilaksanakan untuk mengesan peningkatan kefahaman

murid ketika menjawab soalan operasi tolak dengan mengumpul semula.

Soalan ujian yang diberikan kepada kumpulan sasaran adalah terhad kepada tajuk bagi

mengatasi masalah murid yang tidak memahami operasi tolak dengan mengumpul semula.

Hanya 10 soalan diberikan kepada murid bagi mengelakkan mereka merasa bosan untuk

menjawab soalan. Markah yang diperuntukkan untuk setiap soalan ialah 10%. Bagi soalan yang

tiada jawapan, markah ‘0’ akan diberikan. Soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca seperti pada

32
Lampiran B dan Lampiran C. Soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca adalah bagi menjawab Soalan

1 dalam Kajian Tindakan saya ini.

3.6.2 Analisis Dokumen (Lembaran Kerja).

Lembaran kerja telah diberikan kepada murid bagi menilai peningkatan prestasi murid

ketika menjawab soalan operasi tolak dengan mengumpul semula pada setiap sesi pengajaran

dan pembelajaran. Analisis dilakukan dengan membandingkan peningkatan prestasi hasil

setiap lembaran kerja. Semakan lembaran kerja dijalankan selepas sesi pengajaran dan

pembelajaran agar dapat menilai tahap penguasaan murid ketika menjawab soalan operasi tolak

dengan mengumpul semula. Lembaran kerja adalah seperti pada lampiran E. Rajah 6.2

menunjukkan murid menjawab soalan lembaran kerja bagi tujuan menjawab Soalan 1 dalam

Kajian Tindakan saya ini.

Rajah 3.15: Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja.

33
3.6.3 Pemerhatian

Pemerhatian telah dilakukan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran oleh Guru

Penolong Kanan Pentadbiran. Beliau mencatatkan hasil dapatan dengan menggunakan Borang

Senarai Semak Pemerhatian seperti di Lampiran F. Pemerhatian dilakukan bagi menjawab

Soalan 2 Kajian Tindakan. Rajah 6.3 menunjukkan kesungguhan murid ketika mengikuti PdP.

Rajah 3.16: Murid mengambil bahagian sepenuhnya semasa sesi soal jawab.

6.4 Soal selidik

Soal selidik yang dilaksanakan bertujuan untuk untuk mengesan tahap peningkatan minat

murid terhadap operasi tolak nombor dengan mengumpul semula selepas penggunaan bahan

maujud dan lukisan garis. Murid mempunyai pilihan kepada soal selidik yang dinyatakan.

Borang Soal selidik yang diedarkan kepada kumpulan sasaran telah saya analisis dengan

menggunakan statistik mudah iaitu peratus. Borang Soal Selidik yang telah saya gunakan

adalah seperti dalam lampiran G. Soal selidik dilaksanakan bagi tujuan menjawab Soalan 2

Kajian Tindakan saya. Rajah 6.4 menunjukkan murid sedang menjawab soalan di dalam borang

soal selidik.

34
Rajah 3.17: Murid menjawab soalan dalam Borang Soal Selidik.

3.6.5 Temu bual

Saya telah melakukan temu bual dengan semua murid dalam kumpulan sasaran bagi

menjawab Soalan Kajian 2. Temu bual telah dirakamkan menggunakan perakam suara dan

transkripsi adalah seperti pada Lampiran H.

35
BAB 4 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menerangkan hasil dapatan daripada Kajian Tindakan yang telah saya

laksanakan iaitu Penggunaan Bahan Maujud Dan Lukisan Garis Dalam Membantu Murid

Menjawab Soalan Operasi Tolak Dengan Mengumpul Semula.

Setelah data-data yang berkaitan dengan kajian tindakan dikumpul, data-data tersebut

kemudiannya disusun untuk dianalisis dan seterusnya membuat interpretasi terhadap data-data

tersebut bagi mendapatkan rumusan keseluruhan terhadap kaedah yang telah digunakan bagi

mengatasi masalah murid dalam melakukan operasi tolak dengan mengumpul semula.

Analisis data dan interpretasi data dilakukan supaya dapatan hasil kajian ini dapat

membuktikan bahawa Penggunaan Bahan Maujud Dan Lukisan Garis Dalam Membantu Murid

Menjawab Soalan Operasi Tolak Dengan Mengumpul Semula seperti yang dilaksanakan dapat

memenuhi objektif kajian dan menjawab soalan kajian yang dikemukakan.

4.1 Soalan Kajian 1

Adakah pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan maujud dan lukisan

garis dapat membantu murid menguasai operasi tolak dengan mengumpul semula?

4.1.1 Analisis Data Ujian Pra dan Ujian Pasca

Bagi menjawab Soalan Kajian 1, Ujian Pra dan Ujian Pasca telah dilaksanakan.Saya telah

melaksanakan Ujian Pra dan mendapati sebilangan besar murid tidak dapat menjawab dengan

betul soalan operasi tolak dengan mengumpul semula. Walaubagaimanapun, selepas saya

melaksanakan PdP menggunakan bahan maujud dan lukisan garis, saya mendapati semua

murid yang terlibat dalam kajian saya ini dapat menjawab dengan baik soalan Ujian Pasca iaitu

semua murid lulus dengan 2 orang mendapat A, 3 orang mendapat B dan seorang mendapat C.

36
Jadual 4.1: Perbandingan markah Ujian Pra dan Ujian Pasca.

SKOR (%) PERBEZAAN


BIL NAMA UJIAN PRA UJIAN PASCA (%)

1. M1 20 100 80
2. M2 0 60 60
3. M3 0 60 60
4. M4 0 50 50
5. M5 30 60 30
6. M6 0 90 90

Berdasarkan Jadual 4.1, saya mendapati semua murid lulus dalam Ujian Pasca berbanding

tiada seorang pun yang lulus dalam Ujian Pra.

Saya telah mengubah data kepada bentuk graf bar bagi memudahkan membuat

perbandingan bagi membezakan kedua-dua keputusan yang murid perolehi dalam Ujian Pra

dan Ujian Pasca.

37
Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca

100
90
80
70
Peratus 60
50 Ujian Pra
40 Ujian Pasca
30
20
10
0
M1 M2 M3 M4 M5 M6

Murid

Rajah 4.1:Keputusan murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Berdasarkan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca, saya mendapati kesemua murid

dalam kumpulan sasaran saya menunjukkan peningkatan pencapaian mereka ketika menjawab

soalan operasi tolak dengan mengumpul semula.

M1 yang mempunyai keputusan 20% ketika Ujian Pra telah meningkat menjadi 100% di

mana ianya menunjukkan perbezaan sebanyak 80%. M2 mempunyai keputusan 0 % semasa

Ujian Pra telah mendapat 60 % ketika Ujian Pasca iaitu mempunyai perbezaan sebanyak 60%.

M3 mendapat keputusan sama seperti M3. Namun kesilapan yang mereka berdua buat tidak

sama. M4 pula menunjukkan peningkatan sebanyak 50% iaitu daripada 0% kepada 50%. M5

pula mempunyai markah yang agak tinggi semasa Ujian Pra iaitu 30% namun hanya membuat

peningkatan sebanyak 30% menjadi 60%. M5 dipilih menjadi kumpulan sasaran bersarkan

markah Ujian Diagnostik bersama dengan pemerhatian guru semasa sesi pdp iaitu kurang

38
mengambil bahagian ketika sesi soal jawab. M6 merupakan murid yang dapat mencapai

peningkatan yang paling tinggi iatu daripada 0% kepada 90%.

Berdasarkan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca ini, dapat saya membuat rumusan awal

iaitu murid boleh menguasai sesuatu kemahiran sekiranya menerima bimbingan guru dengan

menggunakan kaedah yang mudah tetapi menarik. Justeru, saya yakin dengan menggunakan

bahan maujud dan lukisan boleh digunakan untuk menjawab soalan kajian.

Kesimpulannya, berdasarkan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca, saya mendapati

penggunaan bahan maujud dan lukisan garis dapat membantu murid menguasai operasi tolak

dengan mengumpul semula dan seterusnya dapat menjawab Soalan 1 Kajian Tindakan saya

ini.

4.1.2 Analisis Dokumen (Lembaran kerja).

Saya turut melaksanakan analisis dokumen bagi memastikan sama ada kaedah yang saya

gunakan dalam kajian tindakan ini dapat menjawab Soalan Kajian 1. Analisis dokumen melalui

lembaran kerja ini telah memberi maklumat yang relevan kepada kajian saya. Jadual 7.2

menunjukkan markah yang diperolehi dalam lembaran kerja yang telah diberikan pada setiap

sesi pengajaran dan pembelajaran.

39
Jadual 4.2: Markah Lembaran Kerja.

Markah (%)
Bil Nama Murid LEMBARAN KERJA (LK)
1 2 3 4

1. M1 50 30 50 100
2. M2 30 30 50 60
3. M3 50 0 40 80
4. M4 20 20 20 60
5. M5 30 60 70 100
6. M6 0 10 40 70

Dalam Jadual 4.2, saya mendapati M1 mendapat markah 50% ketika menggunakan batu

berwarna-warni sebagai bahan pengiraan untuk menjawab soalan dalam LK1. M1 merasakan

PdP menjadi kurang menarik apabila guru memilih penggunaan putik kapas sebagai bahan

untuk membantu ketika membuat pengiraan menyebabkan M1 memperolehi markah 30%

sahaja dalam LK2. Dalam LK3 pula, M1 hanya mendapat 50% kerana pada hari tersebut, M1

mengalami masalah kesihatan iaitu demam. M1 tidak dapat menyiapkan lembaran kerja yang

diberikan. Walaubagaimanapun, M1 telah mendapat markah penuh dalam LK4 iaitu 100% dan

M1 telah memilih penggunaan batu berwarna warna sebagai bahan yang membantu pengiraan

dalam LK4.

Saya juga mendapati M2 mendapat markah 30% ketika menggunakan batu berwarna-warni

sebagai bahan pengiraan untuk menjawab soalan dalam LK1. M2 masih belum mendapat

motivasi untuk menguasai kemahiran operasi tolak dengan mengumpul semula apabila guru

memilih penggunaan putik kapas sebagai bahan untuk membantu ketika membuat pengiraan

40
menyebabkan M2 memperolehi markah 30% juga dalam LK2 iaitu sama dengan markah yang

diperolehi LK1. Dalam LK3 pula, M2 hanya mendapat 50% memandangkan kesukaran untuk

M2 membuat pengiraan dengan menggunakan kaedah lukisan garis. M2 telah mendapat 60%

dalam LK4. M2 telah memilih kaedah KTCP yang melibatkan penggunaan batu berwarna-

warna sebagai bahan bagi membantu pengiraan bagi menjawab soalan dalam LK4.

Saya mendapati M3 mendapat markah 50% ketika menggunakan batu berwarna-warni

sebagai bahan pengiraan untuk menjawab soalan dalam LK1. M1 merasakan PdP menjadi

kurang menarik apabila guru memilih penggunaan putik kapas sebagai bahan untuk membantu

ketika membuat pengiraan menyebabkan M3 memperolehi markah 0% sahaja dalam LK2.

Dalam LK3 pula, M3 hanya mendapat 40% kerana pada hari tersebut M3 kurang memahami

teknik lukisan garis. Walaubagaimanapun, M1 telah mendapat markah 80% dalam LK4 dan

M3 telah memilih penggunaan batu berwarna-warni sebagai bahan yang membantu pengiraan

ketika menjawab soalan LK4.

Saya mendapati M4 telah mendapat markah 20% ketika menggunakan batu berwarna-

warni sebagai bahan pengiraan untuk menjawab soalan dalam LK1. M4 merupakan murid yang

paling lemah matematik dalam Kajian Tindakan ini. M4 cuma memperolehi 20 % ketika

menjawab LK 2 dan juga LK3 pula, M4 telah mendapat 60% dalam LK4. M4 telah memilih

penggunaan batu berwarna-warna sebagai bahan bagi membantu pengiraan ketika menjawab

soalan LK4.

M5 merupakan seorang murid yang paling pandai dalam kumpulan sasaran M5

memperolehi 30% dalam LK1, 60% dalam LK2, 70% dalam LK3 dan 100 % dalam LK4.

M6 pula meupakan murid yang pandai tetapi agak malas di kalangan murid yang terpilih

menjadi kumpulan sasaran ini. Dalam LK1, M6 hanya memperolehi 0%, LK2 M6 memperolehi

10%, LK3 pula M6 menunjukkan peningkatan apabila menggunakan lukisan garis sebagai

41
panduan membantu pengiraan. Malah ketika menjawab LK4, M6 mendapat 70% dengan

memilih teknik lukisan garis untuk membantu pengiraan.

Rajah 4.2 dibawah menunjukkan peningkatan pencapaian murid ketika menjawab soalan-

soalan dalam lembaran kerja pada setiap kali sesi PdP.

Perbandingan Markah Lembaran Kerja Murid

100
90
80
70
60 LK1
Peratus
50 LK2
40 LK3
30 LK4

20
10
0
M1 M2 M3 M4 M5 M6
Murid

Rajah 4.2: Markah Lembaran Kerja Murid

Hasil dapatan saya, penggunaan bahan maujud dan garisan garis dapat membantu murid

menjawab soalan operasi tolak dengan mengumpul semula iaitu dapat menjawab Soalan 1

Kajian Tindakan saya. Murid dapat menjawab banyak soalan dengan betul sekiranya teknik

PdP yang digunakan sesuai dengan tahap kecerdasan mereka.

42
4.2 Soalan Kajian 2

Adakah pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan maujud dan lukisan garis dapat

meningkatkan minat murid untuk menguasai operasi tolak dengan mengumpul semula?

Dalam mengumpul data untuk menjawab soalan kajian ini, saya telah menggunakan

triangulasi data. Tiga instrumen telah digunakan iaitu Borang Senarai Semak Pemerhatian, Soal

Selidik dan Temu Bual.

4.2.1 Analisis Borang Senarai Semak Pemerhatian

Dalam kajian ini, pemerhatian dilakukan dengan menggunakan Borang Senarai Semak

Pemerhatian. Pemerhatian dilakukan bertujuan untuk memerhatikan tingkah laku murid

semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penolong Kanan Pentadbiran telah membantu

dalam memerhati dan mengisi borang pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

dilaksanakan. Hasil dari pemerhatian yang telah dilakukan menunjukkan penggunaan bahan

maujud dan lukisan garis dapat dapat meningkatkan minat murid untuk menguasai operasi

tolak dengan mengumpul semula.

Jadual 7.3: Analisis Borang Senarai Semak Pemerhatian

BIL PEMERHATIAN PdP 1 PdP 1 PdP 3 PdP 4


YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK

1. Murid terlibat secara aktif M1 M1 M1 M1


semasa sesi pengajaran dan M2 M2 M2 M2
pembelajaran menggunakan M3 M3 M3 M3
menggunakan carta nilai M4 M4 M4 M4
tempat, garis nombor dan batu M5 M5 M5 M5
berwarna-warni, putik kapas, M6 M6 M6 M6
lukisan garis dan lembaran
kerja.

2. Murid terlibat aktif semasa sesi M1 M1 M1 M1


soal jawab. M2 M2 M2 M2

43
M3 M3 M3 M3
M4 M4 M4 M4
M5 M5 M5 M5
M6 M6 M6 M6

3. Murid dapat menjawab semua M1 M1 M1 M2 M1


soalan yang diberikan. M2 M2 M3 M2
M3 M3 M4 M3
M4 M4 M5 M4
M5 M5 M6 M5
M6 M6 M6
4. Murid berminat semasa M1 M1 M1 M1
melaksanakan aktiviti M2 M2 M2 M2
M3 M3 M3 M3
M4 M4 M4 M4
M5 M5 M5 M5
M6 M6 M6 M6
5. Murid semakin cekap menolak M1 M1 M1 M1
dengan mengumpul semula M2 M2 M2 M2
dengan menggunakan bahan M3 M3 M3 M3
maujud dan lukisan garis. M4 M4 M4 M4
M5 M5 M5 M5
M6 M6 M6 M6

Saya telah membuat analisis pemerhatian melalui borang yang telah saya sediakan bagi

mengesan perubahan tingkah laku mereka. Berdasarkan Jadual 7.3, saya dapati murid sangat

berminat ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan bahan

maujud dan lukisan garis. Murid terlibat secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

dengan menggunakan carta nilai tempat, garis nombor dan batu berwarna-warni, putik kapas,

lukisan garis dan lembaran kerja. Semua murid juga didapati terlibat aktif semasa sesi soal

jawab.

Semasa melakukan aktiviti menjawab soalan dengan menggunakan lukisan garis, hanya

M1 dapat menjawab semua soalan degan betul. 5 orang murid lain tidak dapat menjawab semua

soalan dengan betul, namun hasil daripada penerangan guru, murid dapat menjawab soalan

dengan baik dalam LK3.

44
Terdapat reaksi dan tingkah laku yang baik dalam setiap pengajaran dan pembelajaran

yang telah dilaksanakan, ini menunjukkan mereka berminat dalam setiap aktiviti yang

dilaksanakan. Murid juga didapati semakin cekap menjawab soalan yang diberikan iaitu

tempoh mereka menjawab setiap soalan semakin singkat.

Murid lebih ramai mendapat markah yang tinggi ketika menjawab soalan yang

dikemukakan dengan menggunakan pelbagai teknik mengikut pilihan masing-masing semasa

pdp 4. Mereka dibenarkan memilih sama ada menggunakan batu berwarna warni, putik kapas

atau lukisan garis semasa PdP 4.

4.2.2 Analisis Borang Soal Selidik.

Untuk mengukuhkan lagi dapatan daripada kajian, saya telah menggunakan kaedah soal

selidik untuk mengumpul data. Pemilihan kaedah ini difikirkan amat bersesuaian dengan ciri-

ciri seperti umur dan tahap pemikiran murid yang terlibat sebagai sasaran kajian. Soal selidik

merupakan alat ukur yang digunakan di dalam penyelidikan pendidikan untuk mendapatkan

maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya.

Jadual 4.4 menunjukkan analisis data berdasarkan respon yang diterima daripada borang

soal selidik. Item 1 hingga 7 merupakan item positif, manakala item 8 hingga 10 merupakan

item negatif.

45
Jadual 4.4: Peratusan murid yang bersetuju dan tidak bersetuju bagi soal selidik.

YA TIDAK
BIL SOALAN / ITEM KEKERAPAN % KEKERAPAN %
1. Saya berminat untuk menjawab 6 100 0 0
soalan operasi tolak.
2. Saya gembira kerana dapat 6 100 0 0
mempelajari teknik yang menarik
dalam operasi tolak dengan
mengumpul semula.
3. Saya seronok dapat memahami 6 100 0 0
konsep tolak setelah menggunakan
bahan maujud dan lukisan garis.
4. Saya melibatkan diri dengan aktif 6 100 0 0
semasa belajar operasi tolak
menggunakan bahan maujud dan
lukisan garis.
5. Saya bermotivasi untuk belajar 6 100 0 0
operasi tolak menggunakan bahan
maujud dan lukisan garis.
6. Saya lebih yakin menjawab soalan 5 83.3 1 16.7
operasi tolak dengan mengumpul
semula selepas menggunakan
bahan maujud dan lukisan garis.

46
Jadual 4.4: Peratusan murid yang bersetuju dan tidak bersetuju bagi soal selidik.

(sambungan)

YA TIDAK
BIL SOALAN / ITEM KEKERAPAN % KEKERAPAN %
7. Saya fikir operasi tolak dengan 5 83.3 1 16.7
mengumpul semula lebih mudah
selepas menggunakan bahan
maujud dan lukisan garis.
8. Saya rasa operasi tolak lebih susah 0 0 6 100
selepas mempelajari dengan
menggunakan bahan maujud dan
lukisan garis.
9. Saya rasa bosan dengan tajuk 0 0 6 100
operasi tolak.
10. Saya rasa operasi tolak sangat 0 0 6 100
susah.

Berdasarkan Jadual 4.4, dapat saya rumuskan bahawa semua murid yang terlibat dalam

kajian saya menjadi semakin berminat untuk menjawab soalan operasi tolak dengan

mengumpul semula dengan menggunakan bahan maujud dan lukisan garis. Murid yang terlibat

juga turut merasa gembira dan seronok untuk menjawab soalan operasi tolak dengan

mengumpul semula. Murid juga turut menyedari bahawa mereka semakin bermotivasi dan

terlibat dengan lebih aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran operasi tolak

dengan mengumpul semula dengan menggunakan bahan maujud dan lukisan garis. 5 orang

murid merasa lebih yakin dan merasa soalan operasi tolak dengan mengumpul semula lebih

mudah dijawab dengan menggunakan bahan maujud dan lukisan garis untuk menjawab soalan

operasi tolak dengan mengumpul semula manakala hanya seorang murid merasa tidak yakin

menjawab operasi tolak dengan mengumpul semula.

Keputusan ini juga menunjukkan bahawa murid lebih berminat dengan pelajaran

menggunakan bahan maujud dan lukisan garis. Ini kerana, secara rasionalnya murid akan

47
melibatkan diri secara rela dengan sesuatu aktiviti sekiranya mereka berminat dengan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang dirancang.

Kesimpulannya, hasil daripada analisis Borang Soal Selidik ini jelas menunjukkan murid

berminat dengan penggunaan bahan maujud dan lukisan garis ketika mempelajari topik operasi

tolak dengan mengumpul semula. Ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan,

didapati murid lebih aktif dan berani menanya dan menjawab soalan. Murid juga lebih gembira

dan mengambil bahagian secara aktif. Ini menunjukkan bahawa minat murid terhadap topik

operasi tolak dengan mengumpul semula telah meningkat.

4.2.3 Analisis Temu bual.

Analisis temu bual telah dilaksanakan dengan menggunakan soalan temu bual yang

dirancang. Saya telah melakukan temubual terhadap semua murid dalam kumpulan sasaran

saya bagi menjawab soalan kajian 2 iaitu ‘Adakah pengajaran dan pembelajaran menggunakan

bahan maujud dan lukisan garis dapat meningkatkan minat murid untuk menguasai operasi

tolak dengan mengumpul semula?’

Murid telah menunjukkan minat serta menyatakan minat terhadap pengajaran dan

pembelajaran yang telah saya laksanakan dengan menggunakan bahan maujud dan lukisan

garis untuk menjawab soalan operasi tolak dengan mengumpul semula. Hasil temu bual

menunjukkan semua murid memberi respon yang positif terhadap kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang dilaksanakan. Kesemua murid yang ditemu bual memberi respon

menyatakan bahawa penggunaan bahan maujud dan lukisan mampu menarik minat mereka

untuk mempelajari topik operasi tolak dengan mengumpul semula. Keputusan ini selaras

dengan keputusan daripada analisis soal selidik dan analisis Pemerhatian.

48
Minat M1 dapat dikenalpasti melalui transkrip berkut:

Guru : Adakah awak berminat belajar topik operasi tolak.


M1 : Ye cikgu.
Guru : Dulu awak minat tak belajar topik operasi tolak.
M1 : Dulu saya tak minat. Topik Operasi Tolak susah.
Guru : Sekarang?
M1 : Sekarang saya minat, cikgu.

Minat M2 dikenalpasti melalui transkrip berikut:

Guru : Adakah awak berminat belajar topik operasi tolak.


M2 : Ye cikgu.Saya minat sangat.

Minat M3 dikenalpasti melalui transkrip berikut:

Guru : Adakah awak berminat belajar topik operasi tolak.


M3 : Ye cikgu, saya minat. Saya seronok belajar topik operasi tolak.

Minat M4 dikenalpasti melalui transkrip berikut:

Guru : Adakah awak berminat belajar topik operasi tolak.


M4 : Ye cikgu.
Guru : Dulu awak minat tak belajar topik operasi tolak.
M4 : Dulu saya tak minat. Topik operasi tolak susah.
Guru : Sekarang?
M4 : Sekarang saya minat cikgu.

49
Minat M5 dikenalpasti melalui transkrip berikut:

Guru : Adakah awak berminat belajar topik operasi tolak.


M5 : Ye cikgu.
Guru : Dulu awak minat tak belajar topik operasi tolak.
M5 : Dulu pun minat jugak.
Guru : Sekarang?
M5 : Sekarang saya lagi minat cikgu.

Minat M6 dikenalpasti melalui transkrip berikut:

Guru : Adakah awak berminat belajar topik operasi tolak.


M6 : Ye cikgu.
Guru : Dulu awak minat tak belajar topik operasi tolak
M6 : Dulu saya tak minat. topik operasi tolak susah.
Guru : Sekarang?
M6 : Sekarang saya minat cikgu.

Berdasarkan hasil dapatan transkripsi temu bual, saya mendapati semua murid

menunjukkan minat belajar operasi tolak dengan mengumpul semula dengan menggunakan

bahan maujud dan lukisan garis. Saya telah melaksanakan tiga teknik yang berbeza

memandangkan murid mempunyai kecerdasan yang berbeza selaras dengan teori kecerdasan

pelbagai yang dikemukakan oleh Howard Gardner (1993).

Selain minat, murid dalam kumpulan sasaran ini juga menunjukkan mereka suka atau

seronok belajar matematik.

M1 menyatakan perasaan seronok belajar Matematik seperti dalam transkrip berikut:

Guru : Seronok tak belajar topik operasi tolak ?


M1 : Ye cikgu, saya rasa seronok sangat belajar topik operasi tolak. .

50
M2 menyatakan perasaan suka dan seronok belajar Matematik seperti dalam transkrip

berikut:

Guru : Apa perasaan awak belajar topik operasi tolak?


M2 : Saya rasa suka dan seronok cikgu.
Guru : Kenapa awak rasa seronok.
M2 : Sebab saya boleh jawab soalan tolak.

M3 menyatakan perasaan suka dan seronok belajar Matematik seperti dalam transkrip

berikut:

Guru : Adakah awak berminat belajar topik operasi tolak?


M3 : Ye cikgu, saya minat. Saya seronok belajar topik operasi tolak
Guru : Banyak-banyak tajuk Matematik, yang mana awak paling suka.
M3 : Tajuk operasi tolak cikgu.
Guru : Hari tu awak kata operasi tolak susah. Awak nak buat tambah je.
M3 : Tak lah cikgu, senang je operasi tolak.Saya seronok buat soalan tolak.

M4 menyatakan perasaan suka dan seronok belajar Matematik seperti dalam transkrip

berikut:

Guru : Baguslah awak ni. Apa awak rasa bila boleh jawab soalan ni?
M4 : Saya rasa seronok sangat cikgu. Dulu saya tak pandai tolak tapi sekarang dah
pandai.
Guru : Awak akan lebih pandai jika awak rajin berusaha. Baiklah, terima kasih.
M4 : Sama-sama cikgu.

M5 menyatakan perasaan suka dan seronok belajar Matematik seperti dalam transkrip

berikut:

Guru : Pandai. Apa perasaan awak apabila boleh menjawab soalan operasi tolak?
M5 : Saya gembira dan seronok sangat cikgu.

51
M6 menyatakan perasaan suka dan seronok belajar Matematik seperti dalam transkrip

berikut:

Guru : Baguslah awak ni. Seronok tak belajar operasi tolak?


M6 : Seronok cikgu. Saya rasa suka sangat belajar operasi tolak.

Berdasarkan analisis transkripsi yang diperolehi, saya mendapati penggunaan bahan

maujud dan lukisan garis dapat meningkatkan minat murid untuk menjawab soalan operasi

tolak dengan mengumpul semula. gaya pembelajaran setiap murid adalah berbeza. Saya

berpendapat, murid yang menjadi sasaran kajian saya memiliki gaya pembelajaran kinestetik.

Ini kerana murid menunjukkan sikap pasif seperti mendiamkan diri dan kurang berkomunikasi

apabila kaedah konvensional seperti chalk and talk dan buku teks kerap digunakan. Gaya

pembelajaran kinestetik adalah belajar melalui gerakan dan sentuhan. Melalui kaedah bahan

maujud, murid berpeluang menyentuh dan membina pengetahuan konkrit berkaitan bahan

maujud yang digunakan.

52
BAB 5 RUMUSAN

Berdasarkan kajian tindakan yang telah dijalankan, saya menyedari bahawa seseorang guru

perlu kreatif dan berminda terbuka dalam membina rancangan pengajaran yang berkesan dan

bermakna. Ketika penggunaan kaedah bahan maujud dalam sesi pengajaran dan pembelajaran,

saya dapati murid memberikan tindak balas yang positif dan lebih aktif semasa belajar. Situasi

ini sangat berbeza dengan kelas sebelumnya yang menggunakan kaedah konvensional. Ini

adalah kerana penggunaan kaedah bahan maujud mampu menarik minat murid terhadap

pelajaran. Perkara ini memberikan saya keyakinan bahawa kaedah ini mampu memberikan

kesan yang positif.

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti adakah penggunaan bahan maujud dan

lukisan garis dapat membantu murid dalam menyelesaikan operasi tolak yang melibatkan

pengumpulan semula dan mengenalpasti keberkesanan penggunaan bahan maujud dan lukisan

garis dalam meningkatkan minat murid dalam mempelajari dan seterusnya menyelesaikan

soalan berkaitan operasi tolak dengan mengumpul semula.

Hasil analisis Ujian Pra, lembaran kerja dan Ujian Pasca serta Pemerhatian semasa

pengajaran dan pembelajaran jelas menunjukkan peningkatan pencapaian murid dalam operasi

tolak menggunakan bahan maujud dan lukisan garis. Justeru, kaedah ini dapat meningkatkan

pencapaian murid sekali gus sebagai alternatif tambahan atau kaedah utama bagi murid untuk

menjawab soalan yang melibatkan operasi tolak dengan mengumpul semula.

Dari segi minat murid, analisis yang dijalankan daripada soalan temu bual, pemerhatian

semasa pengajaran dan pembelajaran dan soal selidik jelas menunjukkan penggunaan bahan

maujud dan lukisan garis telah dapat meningkatkan minat murid untuk mempelajari dengan

lebih fokus dan seterusnya memilih kaedah ini dalam menjawab soalan operasi tolak yang

53
diberikan. Malah saya juga telah mendapat sokongan dan pujian daripada Penolong Kanan

Pentadbiran tentang pelaksanaan PdP saya yang berkesan ini.

Berdasarkan dapatan daripada kajian ini, jelaslah murid dapat lebih memahami sesuatu

konsep itu sekiranya guru dapat menggunakan bahan maujud sebagai bahan bantu mengajar.

Penggunaan bahan maujud dapat memudahkan pemahaman murid memandangkan bahan

bantu belajar sebegini dapat melibatkan deria murid seoptimum mungkin. Justeru, saya

berpendapat semua guru harus menitikberatkan penggunaan bahan bantu mengajar yang

mudah tetapi menarik agar objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.

Sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahan maujud dan lukisan garis

ini akan menjadi lebih menarik dengan mempelbagaikan lagi bahan maujud yang digunakan

sebagai bahan bantu belajar bagi membantu memudahkan pengiraan apabila membuat operasi

tolak dengan mengumpul semula. Saya akan menggalakkan murid menggunakan pensel warna

pada peringkat awal pembelajaran untuk teknik lukisan garis bagi menarik minat murid dan

juga memudahkan pemahaman murid terhadap kemahiran operasi tolak dengan mengumpul

semula.

Saya juga mengharapkan agar diri saya sendiri akan sentiasa mencari jalan agar semua

murid akan terpupuk minat untuk mempelajari mata pelajaran Matematik dan menganggap

Matematik adalah mata pelajaran yang ditunggu-tunggu sepanjang waktu persekolahan. Saya

sebagai Ketua Panitia Matematik akan cuba secara berterusan membuat kajian tindakan

terutama bagi kemahiran-kemahiran Matematik yang sukar difahami.

Kesimpulannya, banyak perkara yang telah saya pelajari ketika melaksanakan kajian ini.

Saya berpendapat, skop penggunaan kaedah bahan maujud adalah luas. Daya kreativiti

diperlukan dalam mempelbagaikan penggunaan bahan maujud dalam mata pelajaran

Matematik. Saya tidak boleh menarik nafas lega setelah menjalankan kajian terhadap isu ini

54
sebaliknya perlu melakukan lebih banyak penyelidikan dan pembacaan dalam

mempertingkatkan mutu pengajaran saya secara berterusan agar kualiti pembelajaran murid

juga turut meningkat. Guru harus terus belajar dan berusaha memperbaiki mutu pengajaran

agar mampu melahirkan murid yang berlimu dan berwawasan.

BAB 6 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Penggunaan bahan maujud dan lukisan garis terbukti merupakan satu kaedah yang

mampu meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran operasi tolak dengan

mengumpul semula dan secara langsung dapat meningkatkan minat murid terhadap mata

pelajaran matematik.

Penggunaan bahan maujud dan lukisan garis akan saya laksanakan terhadap murid

LINUS Tahun 2 dan 3 agar dapat membantu murid menguasai operasi tolak dengan

mengumpul semula. Selain itu saya juga akan turut menggunakan penggunaan bahan

maujud dan lukisan garis ini terhadap murid Tahun 4 yang terlibat dengan PROTIM.

Dalam Kajian Tindakan saya, saya juga telah menggunakan Carta Nilai Tempat, Kertas

Petak, Garis Nombor serta Kad-kad Soalan. Cadangan saya untuk tindakan selanjutnya,

saya akan mempelbagaikan bahan ini untuk topik-topik lain dalam mata pelajaran

Matematik. Saya juga akan menampalkan garis nombor di setiap sudut matematik agar

murid dapat mengingati turutan nombor mengikut nilai.

Bagi menarik perhatian murid, saya akan menyediakan kad-kad nombor dan meminta

murid sendiri memilih nombor di dalam kotak dan memikirkan nombor mana yang besar

55
dan nombor mana yang kecil. Selepas itu barulah pengiraan dilakukan dengan

menggunakan bahan maujud dan lukisan garis.

Saya berharap agar guru matematik dapat menggunakan kaedah yang telah saya

gunakan ini sebagai salah satu cara bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas.

56
RUJUKAN

Cockroft, W. H. (1982). Mathematics counts. London: HMSO.

D' Augustine, C. H. (1973). Multiple methods of teaching mathematics in the


elementary school. New York: Harper & Row Publisher.

Effendi Zakaria, (2007). Trend pengajaran dan pembelajaran matematik. Kuala


Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.

Nik Azis Nik Pa (1992). Isu-isu kritikal dalam pendidikan matematik. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

NCTM (1989). Curriculum and evaluation standards for school mathematics. New
York

Noraini Idris (2001). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distribution Sdn. Bhd.

Renga, S. & Dalla, L. (1992). Affect: a critical component of mathematical learning


in early childhood. in jensen (ed.) research ideas for the classroom. early
childhood mathematics. New York NY: Macmillan.

Kember dan Gow (1992), Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga (2008). Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Putrajaya: Kementerian
Pelajaran Malaysia.

57
Modul Matematik Tahun 3. Dimuat turun dari
http://apps2.moe.gov.my/.../modul.../matematik/modul.../modul_pp_nombor_
pada 25 Januari 2014.

Howard Gardner (1993). Kecerdasan Pelbagai . Dimuat turun dari


http://web.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/modul_psv/04kecerdasan_pelbagai.pdf
pada 25 Julai 2014.

Kemmis & McTaggard (1988). Dimuat turun dari


http://pomizi-research.blogspot.com/p/models.html pada 25 Julai 2014.

YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, (2012). Laporan Awal Pelan
Pembangunan Pendidikan. Di muat turun dari
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf pada
24 Ogos 2014.

58

Anda mungkin juga menyukai