Anda di halaman 1dari 1

CONTOH RPH

RPH KELAS ALIRAN PERDANA


Mata pelajaran: Matematik Tahun 1

Kelas/masa/bilangan: Tahun 1 / 8.00 - 9.00 pagi / 40 orang.

Tajuk: Nombor hingga 100 / Wang hingga RM10 / Ukuran


dan sukatan

Standard pembelajaran: 1.2.2, 4.1.1, 6.1.2,

Objektif pembelajaran: Di akhir pembelajaran murid dapat menentukan nilai


nombor hingga 100, wang hingga RM10, mengukur,
menimbang dan menyukat menggunakan unit bukan
piawai.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:


1. Murid di tunjukkan dengan 3 batang pensel. Bincangkan nilainya.
2. Murid diberi latihan pengukuhan dengan nombor 5 dan ditunjukkan dengan RM5,
Murid diminta:
2.1 menggunakan jengkal untuk mengukur jarak 5 jengkal dengan menanda tanda
mula dan tanda akhir.
2.2 melihat penimbang berat sebuah buku teks bersama 5 buah buku tulis.
2.3 Menyukat bahawa 5 cawan air bersamaan dengan satu botol.
3. Ulang aktiviti dengan nilai lain seperti 10 dan 25.
4. Murid diedarkan lembaran kerja yang melibatkan nilai nombor dalam lingkungan 100.

EMK: Kreativiti dan inovasi.

BBB: Pemadam, klip kertas, air, botol, cawan, blok asas sa dan puluh, pensil.

Penilaian pdp/pentaksiran:
Ditafsir murid melalui aktiviti secara kumpulan dan individu bagi mengelas mengikut
tahap penguasaan yang ditetapkan dalam DSKP.

Refleksi:
35 daripada 40 orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan
pada hari ini. 5 orang murid lagi akan menjalani pemulihan.

Nota: RPH ini merupakan cadangan. Boleh lakukan pengubahsuaian mengikut situasi
jika perlu.

Anda mungkin juga menyukai