Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 4

Mata Pelajaran : Matematik



Kelas : 4 Sejati

Masa : 8.15-9.15 pagi (60 minit)
Bilangan Murid : 34 Orang (20L, 14P)
Tarikh : 6 Mac 2014 (Khamis)
Bidang : Nombor dan Operasi

Tajuk / Tema : Pecahan

Standard Kandungan : (i) Menambah hingga tiga pecahan wajar:
(b) penyebut tak sama, hingga 10 dengan
menggunakan pelbagai strategi.


Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk:
(i) menambah hingga tiga pecahan wajar yang
mempunyai penyebut tidak sama sehingga 10
menggunakan pelbagai strategi.

Pengetahuan Sedia ada : Murid-murid telah berupaya menambah hingga tiga
pecahan wajar yang mempunyai penyebut sama.

Kemahiran : Kemahiran menambah pecahan

EMK : Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan.

Nilai Murni : bekerjasama, tekun, adil

Resos PdP : Kertas A4, lembaran kerja, Roda Impian
Slaid Powerpoint

FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN
KOMUNIKASI


1. Persediaan

Pemerhatian dan
Analisis

(5 Minit)
a. Murid menyanyikan lagu Pecahan yang
ditayangkan oleh guru.
b. Secara berpasangan, murid diminta
melipat kertas bentuk geometri yang
berbagai-bagai jenis kepada 2
bahagian yang sama.

Adakah cara lipatan
kamu sama?

Ada berapa cara
lipatan untuk setiap
c. Murid diminta melukis garis
pembahagian pada lipatan kertas dan
membandingkan saiz kedua-dua
bahagian pada kertas tersebut.
d. Ulangkaji operasi tambah pecahan-
pecahan di mana penyebutnya
mempunyai nilai yang sama.

bentuk?





2. Imaginasi

Penjanaan Idea

Sintesis Idea

(20 minit)
a. Guru menunjukkan satu contoh
pecahan yang dilorek

bahagiannya.


a. Kemudian, lorek

bahagian lagi dan


murid diminta menyebut jumlah
bahagian yang telah dilorekkan.
Murid menyebut :



b. Guru membimbing murid mencari
jumlah dengan menukarkan
penyebutnya kepada nilai yang sama.



c. Ulang aktiviti di atas dengan nombor
pecahan yang lain.
d. Seterusnya, guru meminta beberapa
orang murid untuk menjawab soalan
yang ditayangkan pada slaid
powerpoint.




Sebutkan hasil
tambah pecahan
yang diperolehi.

Tukarkan penyebut
kepada nilai yang
sama.










Lorekkan kawasan
mengikut pecahan.

Berapakah hasil
tambah pecahan
yang kamu
perolehi?



3. Perkembangan

Penambahbaikan

Menilai

(20 Minit)

a. Murid-murid dibahagikan kepada 4
kumpulan.
b. Murid-murid dikehendaki menjawab
soalan yang diperolehi selepas
membuat putaran pada Roda Impian
mengikut giliran kumpulan masing-
masing.
c. Setiap jawapan yang betul akan
diberikan 10 markah.
d. Guru memberikan ganjaran kepada
kumpulan yang menang.


Bentukkan
kumpulan mengikut
pecahan yang
mempunyai
penyebut tidak
sama.

Jawab soalan
tersebut pada
papan putih.

4. Tindakan

Pelaksanaan

Amalan
Berterusan

(10 Minit)


a. Murid diberi Lembaran Kerja 1.
b. Bincangkan hasil kerja murid.

Selesaikan semua
soalan di dalam
lembaran kerja
tersebut.

Apakah jawapan
kawan kamu bagi
soalan berikut?
Pentaksiran


Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di
Lembaran Kerja 1.

Nilai dan Sikap

bekerjasama, tekun, tolong-menolong, adil

Refleksi : ___________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai