Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PROGRAM

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA


PERINGKAT SEKOLAH SK. JALAN YUSUF MUAR
DENGAN KERJASAMA
PENGERUSI JKK PARIT BUGIS MUAR
TAHUN 2016

1. Nama Program : Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah

2. Tarikh : 8 Oktober 2016

3. Hari / Masa : Hari Sabtu (7.30 pagi sehingga 11.30 pagi)

4. Tempat : SK. Jalan yusuf Muar

5. Objektif :

5.1 Menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah.


5.2 Menitikberatkan penglibatan bersama atau mass participation dalam
aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan guru dan murid.
5.3. Menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah
obesiti dalam kalangan warga sekolah.

6. Sasaran :

6.1 Semua murid 150 orang


6.2 Guru 18 orang
6.3 Pekerja 3 orang
6.4 Pekerja swasta 3 orang
6.5 Ibu Bapa 130 orang

7. Butiran aktiviti :

Masa : Aktiviti :
7.30 8.00 pagi Pendaftaran murid, guru, JKK Kg. Pt. Bugis, dan ibu bapa
8.00 8.30 pagi Senam aerobik dan zumba
8.30 9.30 pagi Berjalan 10 000 langkah
9.30 10.00 pagi Rehat
10.00 11.00 pagi Sukaneka murid dan terbuka :
Boling kelapa
Dadu gergasi
Isi air dalam botol
11.00 11.30 pagi Majlis perasmian penutup.
Penyampaian hadiah.
11.30 pagi Bersurai

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
8. Penilaian Program :

8.1 Kekuatan Program :

Aktiviti ini selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan


yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang
sukan.
Murid itu dapat menyertai aktiviti bersukan untuk menyeimbangi tahap
sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih
mencabar.
Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini bakal diaplikasikan
oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian.
Penglibatan semua pihak (murid, guru, JKK Kg. Pt. Bugis, dan ibu
bapa) dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain.
Komunikasi dua hala antara murid dengan guru, serta murid dengan
masyarakat setempat semakin baik dan aktif.

8.2 Kelemahan Program :

Masa yang singkat dan terhad menyebabkan aktiviti menjadi lebih


padat.
Beberapa murid tidak dapat turut serta kerana pertembungan
sambutan Hari Sukan Negara dengan program sekolah agama
mereka.
.

8.3 Cadangan Penambahbaikan :

Tempoh masa untuk program ini dipanjangkan agar lebih banyak


aktiviti boleh dijalankan.
Penyertaan lebih ramai dalam kalangan masyarakat pelbagai bangsa
perlu ditingkatkan.

9. Dokumentasi Bergambar :
Pendaftaran :

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
Senam Aerobik :

Berjalan 10 000 langkah :

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
Sukaneka Dadu Gergasi :

Sukaneka Boling Kelapa :

Sukaneka Isi Air Dalam Botol :

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah :

Disediakan : Disemak : Disahkan :

. ... .....
(NORMAISYARAH BINTI ZAINUDIN)
Setiausaha,
Program Hari Sukan Negara,
SK Jalan Yusof Muar. .

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai