Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) Dengan kerjasama PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

KRM 3073 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

MOHAMAD TAUFEK BIN MOHD SALLEH *781101-02-5181* *PPG/20242/11* PENGAJIAN MATEMATIK U/P : PROF DR. FATIMAH BINTI SALEH

TUGASAN INDIVIDU Tarikh Tahun Masa Tajuk : 20 Mac 2013. : 2 Pintar. : 9.30 10.00 pagi. (30 minit) : Darab.

Standard Pembelajaran : 4.1 (v) Menulis operasi darab yang sama jawapannya dengan operasi darab yang diberi dengan mengubah susunan nombor yang didarabkan. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat menulis dua ayat matematik darab yang hasil darabnya sama. Pengetahuan sedia ada : a) Murid memahami konsep darab. b) Murid tahu membina ayat matematik darab. Bahan bantu mengajar : Kad gambar, marker pen, kayu batang ais krim dan pelekat serta lampiran soalan. EMK : Keusahawanan. Penilaian P & P : Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan.

Fasa 1. Persediaan ( 5 minit ) Mencungkil idea murid dan membanding beza idea mereka.

Aktiviti a. Minta murid mentafsir dan menyampaikan idea tentang gambar yang dipaparkan seperti contoh di bawah:

Cadangan Komunikasi Soalan: i. Apakah yang kamu dapat perhatikan dari gambar di hadapan? ii. Cuba bentukkan ayat matematik bagi gambar 1. 4x2=8 Gambar 1 iii. Bentukkan pula ayat matematik bagi gambar 2. 2x4=8 iv. Apakah persamaan diantara kedua-dua ayat matematik berikut? 4 x 2 = 8 dan 2 x 4 = 8

Gambar 2

2. Imaginasi (10 minit) Menyediakan situasi yang lebih berfokus supaya murid dapat menjana idea. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan lima-lima. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 20 batang ais krim.

Setiap kumpulan dikehendaki mencari pasangan ayat matematik yang diberikan oleh guru. 3 x 2 = 6 dan 10 x 2 = 20 dan 1 x 5 = 5 dan 3 x 4 =12 dan 5 x 3 = 15 dan __ x __ __ x __ __ x __ __ x __ __ x __ =6 = 20 =5 = 12 = 15

3. Perkembangan ( 5 minit ) Mewujudkan situasi atau konteks baru untuk menguji kefahaman. i. Konstruk semula dan memberi penjelasan lanjut atau kefahaman dalam pelbagai mod. ii. Hubungkait pelbagai konsep yang berkaitan. Contoh: 2 x 10 = ? 10 x 2 = ? 4. Tindakan ( 10 minit ) Menggunakan pelbagai bentuk pentaksiran terhadap perubahan kefahaman, kemahiran dan sikap. Pentaksiran : Lampiran soalan . Membuat penilaian dan refleksi tentang pembelajaran dan kefahaman serta kemahiran baru. i. Apakah kemahiran baru yang anda perolehi? iv. Apakah kesimpulan yang boleh kita buat? A X B = B X A. i. Berapakah 2 x 10 ? ii. Berapakah pula jawapan bagi 10 x 2 ? iii. Bagaimana anda membuktikan jawapan anda betul?

Nilai dan sikap : Ketelitian dan berusaha. Refleksi :

Catatan justifikasi. 1. Pendekatan yang digunakan ialah berpusatkan murid. 2. Strategi yang digunakan ialah mengenal pasti pola/corak (patterns). 3. Kaedah yang digunakan ialah kaedah induktif.

Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran ini terdapat langkah yang dijalankan dalam kumpulan. Secara tidak langsung ketua kumpulan dapat diterapkan nilai kepimpinan dan ahli kumpulan dapat menjawab seorang satu soalan ini memerlukan sikap bertanggungjawab dan bekerjasama bergilir-gilir menjawab soalan dalam aktiviti kumpulan.

Alat Bantu Mengajar yang digunakan ialah kayu ais krim sebagai bahan maujud, kad gambar sebagai imej dan ayat matematik darab sebagai simbol. Berdasarkan pada teori pengajaran Bruner terdapat empat ciri utama tentang dalam menyediakan perancangan pengajaran matematik iaitu: a) Pengetahuan sedia ada, b) Alat Bantu Mengajar disusunkan secara sistematik, c) menentukan cara yang paling berkesan supaya memudahkan pembelajaran dan d) menentukan ganjaran atau denda selepas penilaian aktiviti pembelajaran supaya pelajar mendapat kepuasan.

Anda mungkin juga menyukai