Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan

Dunia kanak-kanak kini semakin berubah. Permainan yang kita sudah biasa telah
menjadi bahan ketinggalan zaman. Permainan kanak-kanak zaman kini telah berubah kepada
teknologi tablet dan permainan komputer.

Fenomena ini juga boleh dikaitkan dengan cara murid mempelajari sesuatu subjek di
sekolah. Murid mempunyai pengalaman yang berbeza semasa membesar pada zaman ini.
Oleh itu, perkembangan pengetahuan sedia ada murid yang berbeza memerlukan
pertukaran kaedah mengajar oleh guru juga. Namun adakah sekadar pertukaran kaedah
mengajar guru mencukupi?

Projek ini telah dijalankan untuk menyelidik dan memahami aplikasi lima tonggak utama
bagi meningkatkan pemahaman murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik
di dalam kelas. Kelima-lima tonggak yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

1) Penyelesaian masalah

2) Membuat perkaitan

3) Berkomunikasi

4) Penaakulan

5) Aplikasi teknologi maklumat


Tonggak 1 (Penyelesaian masalah)

Fokus utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik adalah penyelesaian
masalah. Masalah merupakan satu situasi dalam kehidupan seharian yang memerlukan jalan
penyelesaian tertentu. Manakala penyelesaian masalah adalah proses yang diaplikasikan untuk
mencari jawapan kepada sesuatu soalan dengan menggunakan strategi yang tertentu.
Kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penekanan sepenuhnya dan menjadi fokus
utama bagi kurikulum matematik supaya murid dapat belajar cara menyelesaikan pelbagai
masalah berasaskan kepada persekitaran dan pengalaman sebenar secara berkesan.

Selain itu, murid akan dapat menaakul dan mengadaptasi pelbagai jenis strategi yang sesuai
untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang baru. Dengan itu, murid akan dapat
memperkukuhkan pengetahuan diri apabila berdepan dengan pelbagai situasi harian yang
mencabar. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan kemahiran
penyelesaian masalah secara berperingkat dan merentasi keseluruhan kurikulum. Kemahiran
ini melibatkan langkah-langkah memahami dan mentafsirkan masalah, merancang strategi
penyelesaian, melaksanakan strategi dan menyemak semula penyelesaian.

Terdapat beberapa strategi yang boleh diadaptasi oleh murid untuk menyelesaikan masalah.
Antara strategi penyelesaian adalah seperti berikut:

1. Mencuba contoh soalan yang lebih mudah

2. Cuba sehingga berjaya

3. Melukis gambar rajah

4. Mengenal pasti pola atau corak

5. Membuat jadual bersistem

6. Membuat lakonan

7. Membuat analogi

8. Bekerja ke belakang
Tonggak 2 (Membuat Perkaitan)

Dalam kurikulum matematik, peluang untuk membuat hubung kait perlu diwujudkan
antara topik topik yang berbeza. Pembelajaran haruslah dirancang secara berperingkat dan
berupaya mengaitkan topik-topik dalam matematik dengan bidang lain secara amnya dalam
kehidupan seharian murid. Contohnya topik asas mengira boleh dikaitkan dengan topik wang,
jisim, masa dan panjang.

Kurikulum Matematik umumnya terdiri daripada beberapa bidang asing seperti


penghitungan, geometri, algebra, pengukuran dan penyelesaian masalah. Tanpa membuat
perkaitan antara bidang-bidang ini, murid akan belajar dan mengingati terlalu banyak konsep
dan kemahiran secara berasingan. Oleh demikian, jika murid-murid mampu mengaitkan konsep
Matematik dengan rutin kehidupan, maka mereka telah berjaya memahami kepentingan
Matematik di dalam kehidupan seharian.

Tonggak 3 (Komunikasi)

Komunikasi boleh diwujudkan dalam pelbagai persekitaran di mana murid boleh


menghubungkait media yang berbeza iaitu antara bahan-bahan fizikal, gambar-gambar dan
rajah, bagi menjelaskan idea matematik. Komunikasi merupakan salah satu cara untuk
menjelaskan konsep Matematik. Apabila komunikasi yang berkesan dicapai, murid-murid dapat
memperkukuhkan kefahaman dan pengetahuan matematik mereka dengan lebih mendalam.
Murid-murid juga akan menjadi lebih mahir dalam aktiviti penyelesaian masalah. Seterusnya,
murid boleh menerangkan konsep dan kemahiran serta kaedah penyelesaiannya kepada rakan
atau guru mereka.

Dalam kelas Matematik, komunikasi dapat dipupuk melalui proses mendengar. Murid-
murid mampu bertindak balas terhadap apa yang didengar menerusi penerangan guru.
Seterusnya murid akan berfikir menggunakan pengetahuan Matematik mereka untuk membuat
keputusan. Selain itu, komunikasi dalam Matematik juga dapat dipupuk melalui proses
membaca. Hal ini berlaku apabila murid-murid berjaya mengumpul maklumat, menyusun dan
membuat hubungkait antara idea dan konsep melalui bahan bacaan mereka. Komunikasi dalam
Matematik juga boleh dipupuk melalui aktiviti komunikasi verbal. Ini adalah melalui aktiviti
perbincangan dalam kumpulan dan soal jawab semasa sesi penerangan guru. Selain itu,
komunikasi dalam Matematik juga mampu dipupuk melalui aktiviti penulisan. Komunikasi ini
berlaku apabila murid-murid membuat latihan pada lembaran kerja, buku aktiviti mahupun di
papan tulis.

Tonggak 4 (Penaakulan)

Tonggak yang seterusnya ialah “penaakulan Matematik”. Penaakulan merupakan suatu


proses membuat penekaan dalam menentukan sesuatu penyelesaian bagi sesuatu masalah. Ini
merupakan asas dalam proses pemahaman Matematik. Penaakulan penting kepada murid-
murid untuk supaya mereka dapat mengembangkan bukan sahaja kapasiti pemikiran logikal
malah turut meningkatkan kapasiti pemikiran kritis yang merupakan asas kepada pemahaman
matematik secara mendalam dan bermakna.

Tonggak 5 (Aplikasi Teknologi Maklumat)

Tonggak yang terakhir ialah “aplikasi Matematik”. Dunia kita sekarang menuju kearah
kemodenan. Guru-guru harus mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran
mereka. Ini dapat mebantu murid-murid untuk memahami konsep-konsep matematik secara
mendalam, bermakna dan tepat serta membolehkan murid meneroka idea-idea matematik.
Sebagai contoh, penggunaan kalkulator, computer, perisian pendidikan, serta laman-laman web
dalam internet boleh meningkatkan dan mempelbagaikan pedagogi dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik. Dengan bantuan alat teknologi yang bersesuaian, murid-murid
mampu membuat penerokaan atas usaha mereka sendiri. Oleh itu guru seharusnya
memanfaatkan sumber yang telah tersedia dalam bidang ini untuk membantu murid menguasai
konsep dan menigkatkan kemahiran matematik mereka secara berterusan dan lebih berkesan.

Berdasarkan maklumat yang telah diperolehi jelas menunjukkan dalam melaksanakan


pengajaran dan pembelajaran haruslah dirancang dengan teliti terutamanya rancangan
pengajaran harian. Berpandukan tajuk yang diberikan oleh pensyarah saya telah diberi tajuk
TIMBANGAN BERAT untuk membuat contoh yang sesuai berpandukan lima tonggak dalam
pendidikan.
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Matematik Tahun Dua Bestari


Tajuk : Wang
Masa : 60 minit
Standard Pembelajaran : 8.1 (i), dan (iii)

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
(i). Menambah, menolak nilai beberapa keping wang.
(iii). Menyatakan gabungan beberapa keping wang yang
memberikan jumlah nilai yang tertentu hingga RM100.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
(i). Menambah dan menolak nilai beberapa keping wang.
(ii). Menggabungkan beberapa keping mata wang kertas RM1,RM 5 dan RM10 untuk mendapat
jumlah tertentu.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:

Langkah 1 (membuat perkaitan, aplikasi teknologi maklumat)


1. Guru menunjukkan beberapa keping contoh wang kertas RM1, RM5, RM10, RM50, RM100
di dalam slaid powerpoint dan murid ikut bacaan guru.
2. Guru menunjukkan mata wang sebenar tanpa menulis nilai melalui tayangan slaid dan murid
menyebut mata wang tersebut secara individu.

Sebelum ini, murid telah mempelajari asas abjad dan akan membuat perkaitan dengan
nilai pada mata wang yang dipamerkan. Andaian murid adalah abjad yang dipelajari akan
digunakkan untuk mengenalpasti nilai mata wang tersebut. Pengunaan aplikasi teknologi
maklumat yang betul di sini memastikan murid akan dapat mengenalpasti nilai mata wang
dengan jelas di dalam kelas.
Langkah 2 (penyelesaian masalah, berkomunikasi & membuat perkaitan)
1. Guru menerangkan cara menambah dua keping wang melalui proses penambahan.
2. Guru menerangkan pula cara menolak dua keping wang melalui proses penolakan.
3. Murid dipilih untuk melakukan operasi tersebut di hadapan kelas.
4. Murid duduk dalam kumpulan dan cuba menjawab soalan guru yang dipapar menggunakan
slaid.

Di langkah ini, murid telah diberi cabaran untuk membuat penyelesaian masalah secara
berkumpulan. Murid akan cuba menggabungkan ilmu yang dipelajari sebelum ini iaitu asas
pengiraan untuk menambah atau menolak dua keping mata wang. Apabila menjawab soalan
secara berkumpulan, murid juga akan mengaplikasikan tonggak berkomunikasi untuk
mencari jawapan. Selain itu, untuk membuat soalan lebih mencabar, guru boleh
menyediakan soalan ringkas untuk mewujudkan konsep penyelesaian masalah dalam murid.
Contohnya

1. Ali mempunyai RM5. Kakaknya telah memberi Ali RM7. Berapa jumlah wang yang terdapat
pada Ali?
2. Siti membawa RM10 ke sekolah. Dia membeli nasi ayam pada waktu rehat yang berharga
RM3. Berapakah jumlah wang yang terdapat pada Siti?

Langkah 3 (penaakulan, berkomunikasi & penyelesaian masalah)


1. Guru menunjukkan gabungan beberapa keping wang dalam bentuk power point dan murid
akan menyatakan jumlah matawang.
2. Guru memberi satu jumlah mata wang dan murid akan cuba meneka jumlah gabungan mata
wang yang diperlukan untuk mencapai jumlah tersebut.
3. Guru mempamerkan soalan di hadapan dan murid cuba menyelesaikan masalah bersama di
dalam kumpulan mereka.
4. Guru membimbing murid yang lemah.

Guru mewujudkan suasana penaakulan dan penyelesaian masalah pada fasa ini. Murid
akan membuat penaakulan bahawa mungkin akan terdapat lebih daripada satu jawapan
kepada soalan yang dikemukakan. Hasil pembelajaran langkah kedua akan melancarkan
langkah ke 3 kerana melibatkan kemahiran menambah juga. Daripada proses ini, murid akan
lebih memahami sifat wang dan cara mengira wang dengan betul secara berkumpulan. Hal
ini kerana murid perlu berbincang dengan ahli kumpulan tentang cara mendapatkan jumlah
yang betul melalui pergabungan beberapa mata wang untuk mendapatkan nilai wang
tertentu.

Langkah 4 (Penilaian)
1. Guru bersoal jawab dengan murid.
2. Guru mengedarkan lembaran kerja.

Murid diberi latihan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dlam proses
pengajaran dan pembelajaran. Murid yang lemah perlu dibimbing manakala murid yang
berjaya memahami topik ini haruslah diberi latihan pengukuhan. Latihan pengukuhan boleh
ditayangkan pada slaid powerpoint sementara guru membimbing murid yang lemah.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):


· EK 1- mengamalkan sikap keusahawanan
· EK 2 - mengamalkan cara berfikir kearah keusahawanan
TMK - 2.9 –menggunakan slaid power point

Bahan Bantu Belajar:


Wang, gambar wang, lembaran kerja, Soalan menambah dan menolak.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:


Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.

Refleksi:
Rumusan

Mengikut piawaian lima tonggak pembelajaran Matematik tersebut, peranan guru dalam
menjayakan proses pengajaran ini amatlah berat. Namun apabila berjaya diaplikasikan di dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran masing masing, murid akan memanfaat daripada sesi
pembelajaran yang lengkap di dalam subjek Matematik.

Satu sesi pengajaran yang mengaplikasikan kelima-lima tonggak dalam pembelajaran


Matematik akan membenarkan murid memahami objektif pengajaran dengan jelas. Ia juga akan
mewujudkan perasaan ingin tahu murid and mengaktifkan kemahiran yang berbeza seperti
penyelesaian masalah, penaakulan, membuat hubung kait dan berkomunikasi. Kemahiran
kemahiran yang diaktifkan ini adalah sangat berguna untuk membantu murid menyelesaikan
masalah yang lebih rumit pada masa akan datang.

Oleh demikian, adalah disarankan supaya warga guru memberi fokus kepada kelima-
lima tonggak utama ini semasa merancang rancangan pengajaran Matematik. Adalah wajar
juga kalau kelima-lima tonggak ini dapat diaplikasikan untuk aktiviti yang berbeza dalam proses
pembelajaran Matematik.

Anda mungkin juga menyukai