Anda di halaman 1dari 2

LATAR BELAKANG BUKU

Buku ini dihasilkan berpandukan Dokumen Standard Kurikulum KSSR yang diselia dan disediakan
oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM. Kandungannya disusun secara teratur dan begitu teliti supaya
murid dapat input yang maksima dan berterusan. Perkembangan isi kandungan mengikut standard
pencapaian memudahkan guru mengenali aras pencapaian murid dengan senang. Penyusunan kandungan
dari aras rendah kepada aras tinggi memberi ruang kepada murid mencapai objektif kandungan dengan lebih
teratur dan mudah. Skop kandungan baru memberikan ruang kepada murid mengembangkan kaedah Inkuiri
Penemuan Sains di peringkat yang lebih awal berbanding sukatan lama. Pendedahan awal memberi ruang
kepada murid mengembangkan minat dan kebolehan murid dalam bidang Sains. Pendedahan awal
membantu melahirkan lebih ramai celik sains di peringkat mudah. Anjakan pendidikan bertaraf dunia cuba
dicapai melalui perubahan yang dilaksanakan melalui Standard Kandungan Baru. Penglibatan guru dan
murid secara menyeluruh akan melahirkan Modal Insan yang berketerampilan dan bertaraf dunia.

LATAR BELAKANG PENULIS

NAMA : RAMACHANDRAN A/L MANIAM


JAWATAN : GURU PENOLONG DG44
JABATAN : SJK (T) MAHAJOTHI, TAMAN SUTERA JAYA, SUNGAI PETANI, KEDAH.
KELULUSAN IKHTISAS : SIJIL PERGURUAN ASAS PSR (PT) 1990.
KELULUSAN AKEDEMIK : BSc (HONS) 2007
PENGALAMAN MENGAJAR : 26 TAHUN
PENGALAMAN MENGAJAR SAINS : SEJAK 1995

Saya bermula mengajar Mata Pelajaran Sains sejak diperkenalkan pada tahun 1995 di sekolah
rendah. Mempunyai pengalaman mengajar Sains dalam Bahasa Tamil. Setelah beberapa tahun kemudian
Mata Pelajaran Sains diperkenalkan dalam Bahasa Inggeris. Saya juga turut terlibat dalam pengajaran dan
pembelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris dan sebagai Jurulatih Utama Negeri dalam pengendalian kursus-
kursus yang dilaksanakan oleh PPK. Terlibat dengan program pengubalan Modul Sains peringkat Daerah
dan Negeri. Pernah berkhidmat untuk PPK Bahagian Buku Teks dalam penyediaan Modul Baucer Tuisyen
Sains. Saya juga menyumbang dalam Panel Penggubalan Soalan Sains peringat Negeri selama hampir
sepuluh tahun dan sebagai Panel Penggubal Modul UPSR peringkat negeri selama lima tahun. Juga terlibat
dalam penggubalan Modul Latihan UPSR Sains Peringkat Kebangsaan anjuran MIED mulai tahun 2002 -
2015. Pengalaman ini membantu saya dalam penulisan buku teks Sains Tahun 4, 5 dan 6 (2013, 2014, 2015)
turut Buku Teks Sains KSSR Semakan tahun 1 (2016).
NAMA : ANDHRA GHANDI A/L KANNIAH@ANNAIAH
JAWATAN : GURU BESAR DG34
JABATAN : SJK(T) SELAMA, JALAN SIR CHULAN, 34100 SELAMA,PERAK.
KELULUSAN IKHTISAS : SIJIL PERGURUAN ASAS (PT) 1996.
KELULUSAN AKEDEMIK : IJAZAH SARJANA MUDA (PENG.TAMIL) 2015, OPSYEN SAINS - KURSUS
CONVERTION 2002
PENGALAMAN MENGAJAR : 20 TAHUN
PENGALAMAN MENGAJAR SAINS : SEJAK 1997

Mengajar mata pelajaran Sains Sejak tahun 1997. Dalam perkhidmatan mempunyai pengalaman
mengajar Sains. Telah mengikuti kursus Convertion opsyen tambahan iaitu mata pelajaran Sains pada tahun
2002. Apabila dasar PPSMI diperkenalkan telah mengajar mata pelajaran Sains dalam dwibahasa iaitu dalam
Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris. Mempunyai pengalaman penyediaan modul Learning To Score mata
pelajaran Sains anjuran JPN Perak. Terlibat dengan program penggubalan Modul Sains peringkat Daerah
dan Negeri. Pernah bertugas sebagai panel pruf Buku teks Sains PPSMI di Bahagian Buku Teks KPM.
Pengalaman Mengajar mata pelajaran UPSR dalam tempoh perkhidmatan telah membantu saya dalam
penulisan Buku Teks Sains tahun 4,5,6 dan tahun 1 (2013,2014,2015,2016)

DIMENSI BUKU

Buku ini dapat menarik minat murid terhadap Mata Pelajaran Sains. Penyusunan maklumat mengikut
Standard Kandungan yang dipilih untuk meningkatkan mutu pembelajaran murid membolehkan murid
menerima maklumat secara sistematik dan inovatif. Kandungannya lebih kepada penghasilan modal insan
yang berkebolehan tinggi. Unsur KBAT yang diserapkan membantu melahirkan murid-murid yang bersikap
berdikari dalam pencarian maklumat yang dikehendaki. Semoga penggunaan buku ini akan membantu
murid-murid mencapai tahap yang optimum dengan bimbingan dan tunjuk ajar para pendidik yang
berketerampilan. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai