Anda di halaman 1dari 3

TOOLKIT 1.3.

Tuliskan respon anda dalam jurnal ini dan kumpulkan semua pernyataan di
bawah. Sila bawa hasil aktiviti ini semasa sesi e-tutorial yang akan
dijadualkan oleh JPN.

Beberapa kepercayaan asas yang saya pegang terhadap murid-murid:

Saya percaya murid-murid dapat memperolehi keputusan yang cemerlang dalam


bidang kurikulum dan kokurikulum melalui program TS25 yang dilaksanakan .
Kesahsiahan murid juga dapat dititik beratkan kepada semua pelajar.

Beberapa kepercayaan asas yang saya pegang terhadap pembelajaran:

Kepercayaan yang saya pegang terhadap pembelajaran termasuk pandangan guru


tentang proses pembelajaran ,tingkah laku dan aktiviti mental pelajar, aktiviti
pembelajaran murid,jangkaan, konsepsi dan imej aktiviti pembelajaran dan proses
pembelajaran secara umum.

Kepercayaan asas yang saya pegang terhadap peranan saya sebagai pendidik
termasuk akauntabiliti merujuk kepada sifat tanggungjawab kepada seseorang atau
terhadap sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberi penjelasan dan
justifikasi yang diperlukan dengan kata lain akauntabiliti ialah tanggungjawab guru
tehadap profesionalnya.

Tiga perkara yang ingin saya lihat setiap pelajar capai ialah:
1.kualiti yang baik dalam pendidikan
2.kejayaan dalam peperiksaan
3.kemenjadian murid

Saya anggap diri saya berjaya dalam mendidik pelajar apabila dapat mencorak dan
membina sudut fikiran pelajar hingga menjadi manuasia yang bersifat rabbani.

Saya berharap untuk berjaya dalam mendidik pelajar melalui pemberian manfaat
kepada pelajar untuk mendorong pelajar itu menjadi orang yang bermanfaat kepada
kehidupan, ia umpama ganjaran saham akan diterima.

Komuniti 
Sejarah dan tradisi sekolah kami termasuk hubungan baik dengan ibu bapa serta
penjaga murid.

Ciri-ciri unik komuniti yang menjadi pelanggan kami termasuk saling bergantungan
antara satu sama lain. Dengan itu tertubuhnya PIBG sekolah untuk membantu pihak
sekolah menjalinkan ikatan yang kuat.

Perubahan Utama dalam Pengajaran 

Metodologi pengajaran berubah dalam beberapa cara dan antaranya cara mengajar
dan kaedah belajar.

Masyarakat telah berubah dalam beberapa aspek termasuk penggunaan peranti


semasa belajar dan persekitaran pembelajaran yang berubah.

Harapan terhadap diri saya sebagai pendidik telah berubah dan antaranya:

Harapan & hasrat kerajaan

KPM berhasrat mewujudkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia yang menyediakan
kemahiran kritikal masa hadapan dan seharusnya mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat di samping meningkatkan kemahiran secara beterusan.

Harapan & hasrat ibu bapa  

Guru mendekati dan mengendalikan ibu bapa terlebih dahulu agar mereka memahami
pembelajaran dan berharap jalingan hubungan terus dapat dikekalkan bagi menjamin
kejayaan anak-anak.

Harapan & hasrat pelajar

Guru sebagai role model iaitu sebagai fasilitator kepada pelajar. Guru bukan saja
memimpin dan membimbing ilmu bahkan pemimbing tingkah laku dan sahsiah pelajar.

Harapan & hasrat rakan sejawat

Menfgelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang bolrh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau
berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Berusaha denga
sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajim dan bersungguh-
sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial
Saya percaya bahawa peranan saya sebagai pendidik akan berubah pada masa
hadapan dalam aspek berikut

Tahap kesediaan dan kepekaan saya sebagai pendidik terhadap perubahan


persekitaran dunia yang sentiasa berubah-ubah perlu sentiasa tinggi dan dinamik
dalam mengalas tanggungjawab melaksanakan tugasan harian.

Anda mungkin juga menyukai