Anda di halaman 1dari 9

Osman bin Zaini 880315525871 LD_B907 - Pengurusan Pendidikan (Kurikulum / Kokurikulum / Sukan)

Stres Di Kalangan Guru-Guru Di Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Simunjan : Kajian


Terhadap Tahap dan Punca Masalah

Osman bin Zaini

1.1 Pengenalan
Profesion sebagai sorang pendidik adalah sangat mulia dalam masyarakat Malaysia
khususnya dan global amnya. Seorang guru dipandang tinggi dan sentiasa menjadi
rujukan masyarakat sekeliling. Namun demikian, sesetengah masyarakat memberi
anggapan bahawa mengajar ini mudah dan tidak membebankan. Ekoran pelbagai cabaran
masa kini, tenaga pengajar dan pengurusan sekolah haruslah peka dan sentiasa
mengambil berat cabaran pendidikan. Maka dengan perkembangan yang pesat dalam
dunia pendidikan ini, tidak mustahil para pendidik akan menghadapi tekanan kerja (Raja
Maria Diana Bt Raja Ali, 2011).
Maka, munculnya tekanan kerja akan menyebabkan stress berlaku dikalangan tenaga
pengajar. Dalam erti kata lain stress merupakan bagaimana tubuh badan kita memberi
tindak balas terhadap sesuatu seperti kegelisahan, ketegangan, konfilik dan beban kerja
yang dihadapi pada setiap hari. Perkara ini jika kerap dan selalu dihadapi akan memberi
kesan yang sangat tidak sihat seperti jatuh sakit, menjadi marah dan hilang pertimbangan.
Dalam masa yang sama, stress boleh menganggu psikologi dan perhubungan dalam diri
tenaga pengajar sendiri. Apabila datangnya stress, secara tidak langsung tubuh akan
menerima rangsangan yang berlebihan dan cuba untuk mencegah berlakunya keletihan.
Perkara ini turut disokong dengan definisi yang diberikan oleh Kamus Oxford.
Menurut Kamus Oxford, stress merupakan tekanan, desakan, usaha,tuntutan ke atas
keupayaan fizikal atau mental. Boleh disimpulkan bahawa stress ini adalah suatu keadaan
1

Osman bin Zaini 880315525871 LD_B907 - Pengurusan Pendidikan (Kurikulum / Kokurikulum / Sukan)

dimana tubuh badan kita diuji dengan pelbagai elemen yang mengarahkan kita berfikir
dan bertindak mengikut batas masa tertentu. Ini turut disokong dalam Kamus Pelajar
Edisi Kedua menyatakan bahawa stres adalah dimana individu berada dalam keadaan
resah,cemas dan tegang akibat tekanan mental dan fizikal.
Bidang pendidikan juga tidak lari dari stres ini. Stres ini melibatkan ruang
lingkup yang besar dalam dunia pendidikan. Ia melibatkan pengurus sekolah, tenaga
pengajar, staf sokongan dan pelajar sendiri. Masalah ini jika berlarutan boleh membawa
kesan negatif kepada diri sendiri dan sekolah. Tekanan dalam bidang pendidikan
bukanlah perkara yang baharu. Tekanan dalam bidang pendidikan ini berlaku mulanya
dari atas ke bawah. Secara umumnya, kita mengetahui bahawa bidang pendidikan Negara
kita bersifat dinamik. Sering berlaku perubahan dalam sistem pendidikan dan harus kita
fahami bahawa setiap perubahan adalah berobjektifkan ke arah kebaikan dan
kecemerlangan. Perubahan ini telah melibatkan tiga sistem yang berbeza. Wujudnya
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang mula dilaksanakan selepas kemerdekaan.
Sistem

pendidikan

pada

tahap

ini

dirancang

supaya

memberi

sumbangan penting bagi mencapai objektif utama iaitu menggalakkan


perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa. Setelah dinilai semula,
KLSR ini mempunyai kelemahan dan perlu ditambahbaik. Maka
muncullah era Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Matlamat KBSR
adalah

untuk

memastikan

perkembangan

potensi

murid

secara

menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi


aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan
yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Setelah dilaksanakan
KBSR juga dilihat masih mempunyai kelemahan (Nik Azis Nik Pa &
Noraini Idris, 2008).

Osman bin Zaini 880315525871 LD_B907 - Pengurusan Pendidikan (Kurikulum / Kokurikulum / Sukan)

Oleh sebab itu, kementerian telah membuat semakan semula


dan pada hari ini wujudlah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Sistem pendidikan yang berubah-ubah ini telah menyaksikan pelbagai
cabaran disebabkan cara penyampaian dan pentaksiran berubah sama
sekali. Guru-guru perlu mengadaptasi perubahan ini. Jika dilihat dari
sudut positif, tekanan seperti ini telah menghasilkan satu perubahan
yang

positif.

kelemahan.Stres

Penambahbaikan
positif

akan

dilakukan

mewujudkan

untuk

mengatasi

peningkatan

dalam

pekerjaan. Stres juga akan menggalakkan sesuatu isu diselesaikan


seperti isu sistem pendidikan diselesaikan melalui penyelesaian yang
positif

dan

dengan

perubahan

sistem

yang

relevan

mengikut

perubahan semasa. (FitzMaurice, K. E, 2013).

1.2 Penyataan Masalah


Dalam pengurusan pendidikan terdapat hubungan antara isu dan masalah stres ini.
Isu yang timbul kebanyakkan melibatkan barisan pengurus sekolah dengan tenaga
pengajar. Keadaan boleh menjadi faktor kepada berlaku masalah stres dikalangan guru.
Ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Syed Kamaruzaman b. Syed Ali (2005)
yang menyatakan bahawa tekanan dan kepuasan kerja merupakan dua faktor yang dapat
menentukan pretasi guru-guru di sekolah. Sekiranya seorang guru mengalami tekanan
yang tinggi maka sudah pasti mereka tidak akan mendapat kepuasan ketika bekerja.
Manakala dapatan kajian yang dibuat oleh Prof. Madya Dr Azizi bin Hj. Yahaya dan
Mazeni binti Ismail (2007)disokong lagi dengan dapatan kajian yang dibuat oleh
Tajulashikin Jumahat, Fazura Mohd Noor & Mohd Burhan Ibrahim, (2013) yang
mendapati bahawa tahap tekanan yang dialami oleh guru adalah pada tahap sederhana.

Osman bin Zaini 880315525871 LD_B907 - Pengurusan Pendidikan (Kurikulum / Kokurikulum / Sukan)

Selain itu, isu stres ini juga sering tersebar dalam media massa. Menurut tulisan
oleh Noor Hamizah Abu Bakar yang bertajuk Guru Lebih Stres, beliau menyatakan
bahawa guru berada pada tempat keempat tertinggi pekerjaan yang mendatangkan stres.
Kedudukan warga pendidik yang menduduki tempat keempat dalam mengalami stres
amat mengejutkan. Ini menunjukkan seorang guru berdiri lama ketika mengajar di dalam
kelas atau melakukan aktiviti sukan dan sebagainya (Noor Hamizah Abu Bakar, 2012).
Ini disokong lagi dalam artikel pada akhbar Berita Harian yang bertajuk Seksa Menjadi
Cikgu mengulas perkara yang sama. Keadaan guru yang stres telah menyebabkan guru
terseksa. Ini jelas menunjukkan bahawa jika masalah ini terus berterusan ia akan
membawa kesan yang negatif kepada perkembangan pendidikan di negara kita.
Berdasarkan beberapa kajian lepas, terdapat banyak faktor yang menyebabkan
timbulnya isu yang menyebabkan stres. Di dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji
faktor stres iaitu tekanan ibu bapa atau penjaga, beban tugas, ketidakadilan penilaian
prestasi, opsyen, infrastruktur atau kemudahan , lokasi sekolah, perubahan sistem
pendidikan dan kepimpinan yang menjadi faktor stres guru.

1.3 Latar Belakang


Masalah stres dikalangan guru bukanlah perkara baharu. Masalah ini telah dikaji oleh
para pengkaji untuk melihat apakah punca masalah dan cara penyelesaiannya. Dalam
kajian-kajian yang lepas, banyak menyentuh berkaitan masalah stres ini. Jadi, pengkaji
ingin membuat kajian penambahbaikan dalam masalah ini.
Pada masa kini, terdapat pelbagai isu yang timbul dalam organisasi pendidikan
berkaitan tentang stres guru misalnya dalam kajian yang dilaksanakan oleh Prof. Madya
Dr Azizi bin Hj. Yahaya dan Mazeni binti Ismail (2007) yang mengetengahkan mengenai
faktor-faktor yang mempengaruhi stres di kalangan guru sekolah menengah di Malaysia.

Osman bin Zaini 880315525871 LD_B907 - Pengurusan Pendidikan (Kurikulum / Kokurikulum / Sukan)

Para guru menyatakan bahawa tahap stress guru secara keseluruhannya berada pada tahap
yang sederhana. Faktor kejayaan diri merupakan faktor yang paling mempengaruhi stres
guru. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
faktor-faktor stres dengan umur, bilangan anak dan pengalaman seseorang guru, tetapi
didapati faktor kejayaan diri terdapat hubungan dengan pengalaman. Dari kajian ini kita
boleh bahawa tahap stress dikalangan guru masih boleh dikurangkan. Justeru, kajian yang
bakal dilaksanakan ini akan melihat sejauh mana tahap stress dikalangan guru.

1.4 Objektif
1.4.1

Meninjau tahap stres dalam kalangan guru sekolah rendah di Daerah

Simunjan.
1.4.2

Meninjau punca stres dalam kalangan guru sekolah rendah di Daerah

Simunjan
1.4.3

Mengenalpasti perbezaan tahap dan punca stres dalam kalangan guru


berdasarkan jantina,umur, dan pengalaman mengajar.

1.5 Persoalan Kajian


1.5.1

Apakah tahap stres dalam kalangan guru sekolah rendah di Daerah Simunjan?

1.5.2

Apakah punca stres dalam kalangan guru sekolah rendah di Daerah Simunjan?

1.5.3

Adakah terdapat perbezaan tahap dan punca stres dalam kalangan guru di
daerah Simunjan berdasarkan jantina, umur dan pengalaman mengajar?

1.6 Metodologi
Rekabentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif dan merupakan kajian tinjauan. Kajian
tinjauan digunakan kerana pengkaji ingin meninjau tahap dan punca stres dalam kalangan

Osman bin Zaini 880315525871 LD_B907 - Pengurusan Pendidikan (Kurikulum / Kokurikulum / Sukan)

guru sekolah rendah di Daerah Simunjan. Oleh itu, pengkaji akan terlebih dahulu
mengenalpasti tahap stres dan seterusnya punca stres dalam kalangan guru. Pengkaji juga
akan mengenalpasti tahap dan punca stres dalam kalangan guru berdasarkan jantina, umur
dan pengalaman mengajar di sekolah rendah daerah Simunjan.

1.7 Kepentingan Kajian


Kajian ini pada hemat pengkaji merupakan kajian keseimbungan daripada kajian-kajian
yang lepas. Seperti kita sedia maklum, terdapat banyak kajian berkaitan stres ini telah
dijalankan. Umumnya,kajian sangat penting dan akan memberi faedah kepada para
pengurus sekolah iaitu Guru Besar atau Pengetua, barisan tenaga pengajar, pihak
pentadbiran di Pejabat Pendidikan Daerah sekaligus pihak Jabatan Pendidikan Begeri
Sarawak.
Pihak pengurus sekolah iaitu Guru Besar atau Pengetua akan memerlukan dapat
kajian ini untuk rujukan mereka. Melalui dapatan kajian ini, mereka dapat membuat
perancangan dalam pengurusan sekolah. Mereka dapat menggunakan semasa pengagihan
tugasan guru, membuat keputusan dan sebagainya. Manakala untuk barisan pengajar,
melalui kajian ini mereka dapat merancang masa membuat sesuatu tugasan,
membahagikan tugasan dengan terurus dan bijak membuat keputusan. Hal ini penting
kerana ia dapat menjadi pemangkin untuk mengurangkan stres dalam diri mereka.
Di samping itu, pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pelajaran
Negeri Sarawak (JPNS) juga boleh menggunakan maklumat daripada kajian ini untuk
membantu guru-guru yang mengalami stres seperti merangka program menangani stres
yang memberi kesan positif dalam jangka masa panjang, program kaunseling dan

Osman bin Zaini 880315525871 LD_B907 - Pengurusan Pendidikan (Kurikulum / Kokurikulum / Sukan)

sebagainya. Melalui kajian ini juga boleh dijadikan sumber rujukan semasa seseorang
guru memohon perpindahan dan penempatan baru oleh pihak PPD/JPNS.

1.8 Bibliografi

Azizi Hj. Yahaya&Nik Diana Hartika Binti Nik Husain, (2007). Tahap Stres Dan FaktorFaktor yang Mempengaruhi Di Guru Sekolah Di Negeri Johor, Melaka, Selangor, dan
N.sembilan. Jabatan Asas Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia.
FitzMaurice, K. E.(2013). Stress For Success, Second Edition. America.
FitzMaurice Publishers.
Noor Hamizah Abu Bakar.(24/04/2012). Guru Lebih Stres. Retrieved 24 September 2014,
http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120424/pe_01/Guru-lebih
Raja Maria Diana Bt Raja Ali(2011). Faktor-Faktor Yang Mendorong Tekanan Kerja (Stres)
Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Di Daerah Pasir Puteh. Master Of
Education. Open University Malaysia.
Sonia Blandford(2010). Siri Kepimpinan&Pengurusan Sekolah Panduan Pengurus Peringkat
Pertengahan Di Sekolah. Institute Terjemahan Negara Malaysia.
Syed Kamaruzaman b.Syed Ali (2005). Tekanan dan kepuasan kerja di kalangan guru.
Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan. 124-141

Osman bin Zaini 880315525871 LD_B907 - Pengurusan Pendidikan (Kurikulum / Kokurikulum / Sukan)

1.9 JADUAL RINGKAS PERANCANGAN PENGAJIAN


Peringkat Pertama
Penyediaan asas kajian
Pembinaan teori dan konsep
Peringkat kedua
Penyediaan instrument kajian (boring soal selidik)
Kajian perpustakaan
Pengumpulan data dan kajian perbandingan
Peringkat ketiga
Analisis data
Penulisan laporan
Penyediaan kertas kajian.

Osman bin Zaini 880315525871 LD_B907 - Pengurusan Pendidikan (Kurikulum / Kokurikulum / Sukan)

1.10 JADUAL INSTITUT PENGAJIAN YANG DIPILH

BIL
.

INSTITUT PENGAJIAN NAMA


YANG DIPILIH
KURSUS/PROGRAM

UNIVERSITI
SARJANA
PENDIDIKAN SULTAN PENDIDIKAN
IDRIS

UNIVERSITI
KEBANGSAAN
MALAYSIA

UNIVERSITI
MALAYSIA

SARJANA
PENDIDIKAN

SAINS SARJANA
PENDIDIKAN

JUMLAH KESELURUHAN
JAM
KREDIT
YANG
DITAWARKAN.
40 (34 UNIT KERJA
KURSUS & 6 UNIT
DALAM
PROJEK
PENYELIDIKAN
40 (34 UNIT KERJA
KURSUS & 6 UNIT
DALAM PROJEK
PENYELIDIKAN
40 (24 UNIT KERJA
KURSUS & 16 UNIT
DALAM
KOMPENAN
PENYELIDIKAN)

Anda mungkin juga menyukai