Anda di halaman 1dari 14

Nama Penuh: PRIYANGGA A/P NAGAMUTHU

No. Kad Pengenalan: 940326085818


Program: HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)
Bidang Pengkhususan Penyelidikan: LDM1815 - PENDIDIKAN KHAS

PRIYANGGA A/P NAGAMUTHU

940326085818

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)

LDM1815 - PENDIDIKAN KHAS

Keberkesanan Penggunaan Bahan Visual (Ma-Bo-Pin) dalam Pengajaran


Kemahiran Mengeja dan Menulis Murid Pemulihan Khas

CADANGAN UNIVERSITI YANG DIPOHON:

BIL. NAMA UNIVERSITI NAMA JUMLAH


YANG DIPILIH KURSUS/PROGRAM KESELURUHAN JAM
KREDIT YANG
DITAWARKAN

1. UKM SARJANA PENDIDIKAN 40 JAM


KHAS LDM1815
2. UKM SARJANA PENDIDIKAN 40 JAM
KHAS LDM1815
3. UPSI SARJANA PENDIDIKAN 40 JAM
KHAS LDM1815
Nama Penuh: PRIYANGGA A/P NAGAMUTHU
No. Kad Pengenalan: 940326085818
Program: HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)
Bidang Pengkhususan Penyelidikan: LDM1815 - PENDIDIKAN KHAS

1.0 PENGENALAN KAJIAN


Bab ini membincangkan tentang skop kajian, pernyataan masalah, Objektif Kajian, Persoalan
Kajian, Kerangka konseptual kajian danImpak, Pada bahagian pernyataan masalah , pelbagai
isu diperbincangkan tentang isu dan cabaran mengeja dan menulis kemahiran pemulihan khas
di Malaysia yang masih tidak dapat diselesaikan.

1.1 Skop

Kajian ini terbatas kepada membangun dan menilai kebolehgunaan model bahan visual (Ma-
Bo-Pin) dalam pengajaran kemahiran mengeja dan menulis murid pemulihan khas. Kajian ini
tertumpu kepada penggunaan bahan visual dalam pengajaran kemahiran mengeja dan menulis
dalam kalangan murid pemulihan khas sekolah rendah. Kajian ini berpaksikan pada realiti
kurangnya penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sesuai bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu untuk murid-murid pemulihan khas. BBM seperti kad imbasan dan juga buku
yang ada dijual adalah tidak lengkap untuk tingkatkan kemampuan membaca murid-murid,
namun begitu ia kerap diaplikasikan dalam kelas pemulihan khas (Fatimah & Khadijah,
2013). Perkara ini menyebabkan murid-murid pemulihan khas tidak berminat untuk belajar
sebab ia tidak menarik perhatian mereka di dalam kelas. Model yang dibangunkan ini adalah
untuk digunakan oleh Guru Pemulihan Khas dalam pengajaran mengajar kemahiran mengeja
dan menulis suku kata.

1.2 Pernyataan masalah / Isu

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui pekelilingnya


KP/JPK/BPKP/03/03/1 (43) (1998), telah mencadangkan agar semua sekolah rendah dan
menengah di seluruh negara melaksanakan program intervensi 3M (Membaca, Menulis dan
Mengira) mulai Januari 1999. Keadaan ini memperlihatkan betapa seriusnya masalah
kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dalam kalangan murid-murid sekolah rendah
di seluruh negara, dan golongan yang dimaksudkan ialah murid-murid pemulihan. Sebanyak
65,822 murid Tahap 1 belum menguasai suku kata mudah dan berada di pemulihan khas
(BPKhas KPM 2015). Seringkali isu kepelbagaian murid dalam bilik darjah menjadi cabaran
Nama Penuh: PRIYANGGA A/P NAGAMUTHU
No. Kad Pengenalan: 940326085818
Program: HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)
Bidang Pengkhususan Penyelidikan: LDM1815 - PENDIDIKAN KHAS

kepada guru merancang pengajaran (Zabedah 2020). Kegagalan merancang strategi


pengajaran suku kata bersama penerapan nilai akan membentuk sebuah negara ketandusan

sumber tenaga bermoral (Zaliza 2019). Data raya KKM (2018) melaporkan daripada
diagnostik perkembangan bayi yang lahir pada tahun 2012, terdapatnya pelbagai gangguan
pembelajaran murid yang akan masuk Tahun 1 pada 2019 antaranya gangguan pendengaran
(20%), pertuturan (30%), pengamatan (10%) dan penglihatan (20%) termasuk disleksia,
autisme dan lembam. Situasi ini mencabar strategi pengajaran guru (Halim 2021). Kajian
Halimah (2021) mendapati murid gagal membunyikan suku kata KVKV kerana mudah
hilang daya tumpuan dan sukar mengingati bunyi huruf. Guru juga kekurangan sumber
rujukan bagi melaksanakan strategi pengajaran suku kata dalam bilik darjah murid yang
mempunyai pelbagai ciri. (Tan Tin Tun 2017).

Pendidikan pemulihan berfokuskan objektif memulihkan sesuatu kekurangan atau sesuatu


kecacatan dalam membentuk kemahiran pembelajaran murid. Permasalahan murid-murid
lembam amat merisaukan bukan sahaja ibu bapa tetapi juga masyarakat dan kerajaan.
Masalah pencapaian yang rendah atau masalah pembelajaran murid kebiasaannya
dipengaruhi oleh faktor psikologi, biologi dan persekitaran (Roselan 2003).

Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran mengeja dan
menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan mengeja yang ada dalam
diri murid adalah seperti keliru menmbunyikan suku kata dua bunyi semasa membaca, tidak
membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja
serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya.
Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak-rangkak dan pastinya menjadikan murid-
murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut. Apabila seseorang
murid tidak menguasai kemahiran mengeja menyebabkan mereka tidak menguasai kemahiran
asas, iaitu kemahiran lisan. Antara kelemahan murid dalam kemahiran lisan adalah seperti
salah membunyi huruf yang seakanakan sama bentuknya, keliru membunyikan nama huruf
yang seakan-akan sama. Hal ini pasti menjadikan murid salah faham menyebut susunan
rangkai kata, ayat, intonasi dengan gaya yang betul.

Ketidakupayaan murid menguasai kedua-dua kemahiran ini pasti memberikan masalah


kepada mereka untuk melahirkan ekspresi melalui tulisan. Antaranya, masalah
Nama Penuh: PRIYANGGA A/P NAGAMUTHU
No. Kad Pengenalan: 940326085818
Program: HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)
Bidang Pengkhususan Penyelidikan: LDM1815 - PENDIDIKAN KHAS

ketidakcekapan koordinasi mata dan tangan semasa menulis. Ketidakupayaan ini dikesan
semasa murid memegang pensel dengan cara yang tidak betul. Akibatnya murid tidak dapat
menulis garis perkataan dengan tepat serta mencampur aduk huruf besar dengan huruf kecil
dalam satu perkataan.

Walau bagaimanapun, masalah ini bukanlah penghalang kepada guru dan sekolah serta
dijadikan alasan untuk tidak membantu murid yang bermasalah dalam pembelajaran.
Pelbagai usaha serta bantuan daripada kerajaan dan KPM seharusnya menjadi pemangkin
serta dorongan bagi guru dan sekolah agar terus berusaha membantu murid bermasalah dalam
pembelajaran.

1.3 Objektif

Objektif kajian saya adalah seperti berikut :


1.3.1 Mengenal pasti keberkesanan penggunaan bahan visual Ma-Bo-Pin terhadap
pencapaian kemahiran mengeja murid-murid Pemulihan Khas.

1.3.2 Mengenal pasti keberkesanan penggunaan bahan visual Ma-Bo-Pin terhadap


pencapaian kemahiran menulis murid-murid Pemulihan Khas.

1.3.3 Menilai minat murid Pemulihan Khas selepas belajar membaca menggunakan bahan
visual Ma-Bo-Pin.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian saya adalah seperti berikut :

1.4.1 Apakah keperluan keberkesanan bahan visual Ma-Bo-Pin dalam pengajaran kemahiran
mengeja murid pemulihan khas.
1.4.2 Apakah keberkesanan bahan visual Ma-Bo-Pin terhadap pencapaian kemahiran menulis
murid pemulihan khas?
1.4.3 Bagaimanakah menilai minat bahan visual Ma-Bo-Pin kepada murid pemulihan khas?
Nama Penuh: PRIYANGGA A/P NAGAMUTHU
No. Kad Pengenalan: 940326085818
Program: HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)
Bidang Pengkhususan Penyelidikan: LDM1815 - PENDIDIKAN KHAS

1.5 Kerangka konseptual

Rajah 1.1 merupakan kerangka konseptual dalam kajian ini. Menurut Othman Talib (2013),
kerangka konseptual kajian merujuk kepada struktur set idea dan teori yang digabung
jalinkan dalam suatu kajian bagi memudahkan penjelasan objektif kajian dan persoalan
kajian. Pemilihan skop kajian ini dibuat kerana pengkaji ingin mengenal pasti keberkesanan
penggunaan bahan visual Ma-Bo-Pin dalam pengajaran kemahiran menegja dan menulis
murid Pemulihan Khas dengan lebih cepat. Bagi memahami dengan lebih jelas proses
penggunaan bahan visual Ma-Bo-pin , pengkaji telah memilih Teori Pengekodan Dwi Paivio.
Teori ini telah menyatakan bahawa informasi yang diterima seseorang diproses melalui dua
subsistem yang berbeza iaitu sub-sistem verbal dan sub-sistem visual. Walaupun kedua-dua
sistem ini berbeza tetapi mereka masih lagi dapat berinteraksi antara satu sama lain.Teori ini
dipilih kerana konsep pengajaran dan pembelajaran Bahasa yang terkandung di dalamnya
bersesuaian dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji.

Visualisasi mental merupakan satu kebolehan visual yang ada pada setiap manusia.
Kebolehan ini merupakan satu teknik alternatif yang boleh digunapakai dalam menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Kebolehan visual juga merupakan suatu proses mental yang dapat
meningkatkan dan mencabar kognitif pemikiran seseorang individu. Walau bagaimanapun,
dalam menghasilkan suatu pemikiran visual yang kreatif, adalah penting untuk kita meneroka
dan mengkaji pemikiran sebegini terlebih dahulu. Justeru itu, dalam kajian ini, penyelidik
meneroka respon visual (imagens) yang dibina oleh sistem dalam otak untuk menjana
visualisasi mental pelajar terhadap rangsangan yang diterima.

Menurut Gardner (1983), interaksi atau perkaitan di antara kebolehan visual dan kebolehan
linguistik merupakan suatu perkara yang asas dalam aktiviti menyelesaikan masalah.
Kebolehan linguistik adalah keupayaan seseorang individu untuk berfikir, menaakul,
menyimpan maklumat dan memanipulasi maklumat tersebut sama ada di dalam bentuk verbal
mahupun visual imaginasi. Sekiranya individu tersebut menggunakan kedua-dua kebolehan
ini, ini bermakna, beliau mampu untuk menyelesaikan isu ataupun masalah yang lebih
kompleks. Namun demikian, Gardner (1983) turut menambah bahawa kedua-dua kebolehan
ini perlu diperkembangkan seiring dengan penambahan pengalaman individu tersebut. Ini
adalah kerana penstoran visual mahupun linguistik perlulah dibina menerusi pengamatantan,
pembacaan dan pengalaman.
Nama Penuh: PRIYANGGA A/P NAGAMUTHU
No. Kad Pengenalan: 940326085818
Program: HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)
Bidang Pengkhususan Penyelidikan: LDM1815 - PENDIDIKAN KHAS

TAJUK:
Keberkesanan Penggunaan Bahan Visual (Ma-Bo-Pin) dalam Pengajaran Kemahiran Mengeja dan Menulis Murid
Pemulihan Khas

Model Model

Teori Model Model


Teori Pengekodan kemahiran Menulis
Dwi (1971) berfikir Flower &
(KPM, 2003) Hayes
( 1981)

Pendekatan Reka Bentuk dan


Pembangunan
Model ADDIE

FASA 1: Analisis

FASA 2: Reka Bentuk

BAHAN
VISUAL
MA-BO-PIN
FASA 3 :
Pembangunan

FASA 4: Pelaksanaan

FASA 5: Penilaian
Nama Penuh: PRIYANGGA A/P NAGAMUTHU
No. Kad Pengenalan: 940326085818
Program: HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)
Bidang Pengkhususan Penyelidikan: LDM1815 - PENDIDIKAN KHAS

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian Keberkesanan Penggunaan Bahan Visual


(Ma-Bo-Pin) dalam Pengajaran Kemahiran Mengeja dan Menulis Murid Pemulihan Khas

1.6 Impak
Kajian ini memberikan impak kepada murid-murid sekolah rendah. Bahan Visual Pengajaran
Ma-Bo-pin ini, mampu membantu murid-murid Pemulihan khas mengeja dan menulis suku
kata mudah dengan cepat tanpa perlu menghafal 26 huruf rumi dalam sistem ejaan bahasa
Melayu yang mewakili 27 fonem. Murid lebih berminat dan bermotivasi untuk belajar kerana
dalam tempoh masa yang singkat murid sudah boleh membaca dan menulis (Muhammad
Saiful Haq Hussin, Nik Hafizah Ab. Rahman & Agus Syahrani, 2012). Kajian ini dapat
meningkatkan lagi pencapaian murid dalam penguasaan 32 kemahiran pemulihan khas pada
tahap maksima. Program Intervensi menggunakan Ma-Bo-Pin yang dijalankan mampu
mempercepatkan proses penguasaan mengeja dan menulis murid Pemulihan Khas.

Selain itu, kajian ini memberi kesedaran kepada para guru terutama sekali guru yang terlibat
dengan pengajaran murid pemulihan khas bahawa penggunaan BBM yang sesuai dapat
memudahkan pengajaran guru. Ini seterusnya dapat memberi rangsangan, motivasi dan
meningkatkan minat untuk murid-murid pemulihan khas menguasai kemahiran asas
membaca. Ini secara langsung akan meningkatkan pencapaian akademik dalam kalangan
murid-murid pemulihan.

Dapatan kajian turut memberi impak kepada pihak sekolah dalam merealisasikan matlamat
memastikan semua murid melepasi tahap penguasaan membaca seawal mungkin TP 3
sebelum menjejakkan kaki ke tahun empat (KPM, 2012). Sebagai langkah awal, pihak
sekolah boleh menggunakan instrumen kajian ini untuk mengenalpasti kebolehbacaan murid
disamping menilai tahap kebolehan membaca murid Tahap Satu. Seterusnya dalam
memastikan semua murid celik huruf, pihak pentadbir sekolah hendaklah memastikan semua
guru menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai disamping menyediakan kemudahan
peralatan dan bahan bantu mengajar (BBM). Oleh kerana penggunaan bahan visual Ma-Bo-
pin boleh membantu murid menguasai kemahiran mengeja dan menulis dengan lebih cepat,
Jawatan kuasa Panitia Bahasa Melayu boleh merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan di
peringkat sekolah dengan menyebarluaskan penggunaan kaedah Ma-Bo-Pin dalam kalangan
guru-guru Bahasa Melayu Tahap Satu. Kerjasama antara guru dan pihak sekolah penting
untuk memastikan semua murid menguasai kemahiran asas 3M dan menjadikan sekolah
cemerlang dalam kurikulum (Roslan Chin & Nurahimah Yusoff , 2017).
Nama Penuh: PRIYANGGA A/P NAGAMUTHU
No. Kad Pengenalan: 940326085818
Program: HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)
Bidang Pengkhususan Penyelidikan: LDM1815 - PENDIDIKAN KHAS

2.0 TINJAUAN LITERATOR

2.1 Teori
Teori Pengekodan Dwi telah dikemukakan oleh Paivio pada tahun 1971. Teori ini telah
menyatakan bahawa informasi yang diterima seseorang diproses melalui dua subsistem yang
berbeza iaitu sub-sistem verbal dan sub-sistem visual. Walaupun keduadua sistem ini berbeza
tetapi mereka masih lagi dapat berinteraksi antara satu sama lain. Pemikiran seseorang
bermula apabila sistem deria menerima rangsangan; rangsangan verbal dan visual.
Rangsangan ini akan membina hubungan perwakilan mental yang melalui salah satu daripada
dua sistem iaitu sistem verbal (teks dan suara) dan sistem visual seperti rajah, gambar dan
animasi. Teori ini juga mendakwa bahawa perkataan konkrit berkemungkinan dapat
menghasilkan imej visual yang mewakili perkataan tersebut. Misalnya, perkataan ‘bola’
(perkataan konkrit) menyebabkan terhasilnya dua kod memori; kod verbal (b.o.l.a) dan kod
visual (gambar bola). Tetapi, sekiranya perkataan abstrak seperti ideal atau intelek, gambaran
yang ingin dijana adalah lebih sukar. Ini adalah kerana perkataan abstrak ini hanya
menghasilkan satu kod sahaja iaitu kod verbal. Oleh sebab dua kod terhasil daripada
perkataan konkrit, sekiranya salah satu kod dilupai, satu kod masih ada lagi.

Menurut Paivio (1971), pemprosesan informasi adalah proses penggunaan kod verbal
menguruskan kemasukan maklumat itu kepada bentuk pengetahuan. Pengetahuan yang
tersimpan ini akan diaktifkan dengan pengupayaan operasi proses mental iaitu pengekodan,
penstoran dan pemanggilan kembali. Pengekodan merupakan pemprosesan maklumat terawal
yang menghasilkan perwakilan mental dalam memori jangka pendek. Apabila maklumat itu
tidak diulang secara konsisten, data itu hilang daripada memori jangka pendek dalam masa
beberapa minit sahaja dan diganti dengan data lain.

Model kemahiran berfikir (KPM, 2003) telah membahagikan kemahiran berfikir kepada dua
domain utama iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif.
Kemahiran berfikir secara kreatif ditakrifkan sebagai kecekapan menggunakan minda bagi
menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada
bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. Membina gambaran mental merupakan salah satu
aspek kemahiran berfikir kreatif yang telah diutarakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM, 2003). Pernyataan ini disokong oleh Ramadas (2009) yang menyatakan bahawa
Nama Penuh: PRIYANGGA A/P NAGAMUTHU
No. Kad Pengenalan: 940326085818
Program: HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)
Bidang Pengkhususan Penyelidikan: LDM1815 - PENDIDIKAN KHAS

visualisasi merupakan sebahagian yang penting dalam pembelajaran Mengeja dan menulis
suku kata kvkv.

Model Menulis Flower & Hayes (1981) sesuai untuk diadaptasikan dalam kajian ini kerana
model ini menggunakan proses penulisan dari perspektif kognitif yang melibatkan dua
peringkat, iaitu peringkat perancangan dan peringkat penelitian. Kedua-dua peringkat ini
tidak berlaku secara linear tetapi berulang-ulang. Dalam kajian ini, pengkaji hanya
memfokuskan peringkat menulis suku kata yang melibatkan proses penyemakan. Proses
penyemakan berlaku apabila proses menulis semula dilakukan selepas mengeja suku kata
melalui bantuan bahan visual Ma-Bo-Pin. Menurut Flower dan Hayes (1981) sekiranya
penulis banyak melakukan penyemakan, maka penulis tersebut merupakan penulis yang

baik untuk memastikan tiada kesalahan dalam penulisan.

2.2 Kajian terdahulu


Menurut Solso (1998), kerja-kerja penyelidikan Paivio pada tahun 1969 menunjukkan
keberkesanan visual dan kod verbal dipengaruhi oleh tahap keabstrakan sesuatu bahan.
Beliau menyatakan adalah mudah untuk membina sesuatu perwakilan imej konkrit
berbanding dengan perwakilan imej abstrak. Misalnya, seorang individu yang membaca
perkataan pokok akan segera terbayangkan imej pokok. Ini adalah kerana pokok adalah imej
visual yang sentiasa diingati dan tidak perlu direka. Namun sekiranya diberi perkataan angin
iaitu perkataan yang abstrak, maka bayangan visualnya adalah lebih sukar kerana perlu
direka. Justeru itu, gambar konkrit yang biasa dilihat selalunya mudah diingati berbanding
dengan gambar abstrak yang perlu direka dan dibayangkan. Kajian yang dijalankan oleh
Paivio (2006) mendapati bahawa pencapaian memori konkrit pelajar melebihi pencapaian
abstrak dengan kadar nisbah 2:1. Ini memberikan satu implikasi kepada para pendidik iaitu
walaupun verbal merupakan kaedah utama dalam penyampaian ilmu dan maklumat
komunikasi tetapi memori dan pencapaian kognitif pelajar dapat dipertingkatkan lagi
sekiranya pengekodan dwi di antara verbal dengan visual dapat dilakukan. Ini akan
menambahkan kekuatan maksud ke atas maklumat verbal tersebut. Penggunaan klu verbal
dapat menghasilkan kesan pengekodan dwi tanpa menunjukkan gambar sebenar dengan
membantu pelajar mengaktifkan imejan yang sememangnya telah wujud di dalam sub-sistem
visual pelajar. Justeru itu, strategi visual imejan sebegini dapat mengukuhkan sokongan ke
atas maklumat yang bersifat konsep abstrak.
Nama Penuh: PRIYANGGA A/P NAGAMUTHU
No. Kad Pengenalan: 940326085818
Program: HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)
Bidang Pengkhususan Penyelidikan: LDM1815 - PENDIDIKAN KHAS

Menurut Bloom, Englehart, Furst, Hill & Krathwohl (1992), pembelajaran secara visual
berlaku pada aras ketiga iaitu aras aplikasi. Pada aras tersebut, pelajar mengikuti arahan
untuk memahami stimulasi; menggambarkan idea secara visual dan menyelesaikan masalah
untuk soalan spesifik. Pelajar cuba mengaplikasi pembelajaran dengan mengikuti panduan
dan menyusun semula kemungkinan-kemungkinan berdasarkan pemahaman mereka. Walau
bagaimanapun, aspek kognitif perlulah diambil kira untuk memastikan kesemua bahan-bahan
ini dapat menyokong dalam menghasil dan membina bahan bantuan mengajar guru. Ini
adalah kerana tanpanya, pengetahuan tidak dapat meresap masuk ke dalam pembentukan
kefahaman pelajar. Menurut McLoughlin (1997), visualisasi adalah instrumen yang sangat
berkesan di dalam penggunaan kognitif. Visualisasi pening di dalam pembentukan dan
memanipulasi imej mental. Ia dapat digunakan semasa menyelesaikan masalah dan membuat
analogi. Ini membolehkan pelajar menggunakan verbal yang konkrit untuk menghasilkan
imej yang abstrak.

3.0 METODOLOGI

3.1 Reka bentuk penyelidikan


Reka bentuk kajian ini adalah berasaskan komponen pembangunan produk yang mana
produk yang dimaksudkan adalah sebuah bahan bantu mengajar visual Ma-Bo-pin yang
mampu untuk membantu dalam memperbaiki kemahiran mengeja dan menulis dalam Bahasa
Melayu dalam kalangan murid-murid pemulihan khas. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan
pada kaedah kuantitatif (kuasi eksperimen) yang melibatkan eksperimen kumpulan tunggal
dengan menggunakan soal selidik. Dalam kajian ini, pengkaji hanya mengkaji sebarang
perubahan yang berlaku kepada murid-murid pemulihan khas sebelum dan selepas
penggunaan bahan visual Ma-Bo-Pin dalam sesi pembelajaran dan pengajaran kelas
pemulihan khas.

Bagi membangunkan bahan visual Ma-Bo-Pin dalam kemahiran mengeja dan menulis
Pemulihan Khas, Model ADDIE digunakan sebagai panduan dalam reka bentuk dan
pembangunan aplikasi ini bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk murid pemulihan khas.
Model ADDIE terdiri terdiri daripada fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan
dan penilaian. Rajah 1.2 menunjukkan Model ADDIE.
Nama Penuh: PRIYANGGA A/P NAGAMUTHU
No. Kad Pengenalan: 940326085818
Program: HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)
Bidang Pengkhususan Penyelidikan: LDM1815 - PENDIDIKAN KHAS

Pendekatan Reka Bentuk


dan Pembangunan
Model ADDIE

FASA 1: Analisi

FASA 2: Reka Bentuk


BAHAN
VISUAL
MA-BO-PIN
FASA 3: Pembangunan

FASA 4: Pelaksanaan

FASA 4: Penilaian

Rajah 1.2 Pendekatan Reka Bentuk Keberkesanan Penggunaan Bahan Visual (Ma-Bo-Pin)
dalam Pengajaran Kemahiran Mengeja dan Menulis Murid Pemulihan Khas

Pada fasa pertama iaitu analisis. Analisis Bahan Visual Ma-Bo-Pin kemahiran mengeja dan
menulis Pemulihan khas iaitu (i) ciri-ciri murid dan pengenal pastiannya; (ii) skop kandungan
dan penentuannya; (iii) pelan perancangan dan penghasilannya; (vi) kekangan dan
penetapannya (perkakasan, perisian dan masa); dan (v) penentuan sumber. Pengenal pasti
ciri-ciri murid pemulihan khas adalah objektif bagi menjadi asas kepada pembangunan Bahan
Visual Ma-Bo-Pin dalam mendapatkan gambaran menyeluruh multimedia interaktif yang
Nama Penuh: PRIYANGGA A/P NAGAMUTHU
No. Kad Pengenalan: 940326085818
Program: HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)
Bidang Pengkhususan Penyelidikan: LDM1815 - PENDIDIKAN KHAS

dibangunkan. Ciri-ciri murid pemulihan khas penting dalam kajian ini bagi mencapai objektif
iaitu murid pemulihan khas dapat menguasai kemahiran asas mengeja dan menulis. Fasa ini
juga mengumpulkan data penting dalam membantu mengatasi kesukaran guru dalam
penggunaan bahan visual yang berkesan di kalangan murid. Dalam fasa ini pengkaji akan
menggunakan kaedah soal selidik kepada guru Pemulihan Khas di sekolah rendah. Soal
selidik ini akan mengandungi beberapa asperk utama seperti latar belakang guru, pengalaman
guru, kesukaran yang di hadapi oleh guru dalam pengajaran kemahiran mengeja dan menulis
pemulihan khas dan tahap pengetahuan kemahiran komputasional. Ini juga adalah untuk
memastikan Bahan Visual Ma-Bo-Pin dapat diaplikasikan dengan betul.

Fasa kedua yang merupakan fasa rekabentuk pula melibatkan (i) pembangunan idea awal; (ii)
deskripsi dan penghasilannya; (iii) papan cerita, carta aliran dan penghasilannya dan (iv)
penganalisaan aktiviti dan konsep. Perkara-perkara ini adalah berdasarkan kepada analisis
sendiri yang dilakukan oleh pengkaji. Analisis ini dilakukan pula dengan memfokuskan
kepada keperluan dan kesesuaian yang boleh dimasukkan dalam bahan visual yang
dibangunkan supaya ia dapat digunakan oleh murid-murid pemulihan khas amnya.
Keperluan-keperluan dan kesesuaian yang dilihat termasuklah kepada kandungan dan juga
fokus.

Fasa ketiga pula adalah berkaitan dengan pembangunan. Pada fasa ini, bahan visual Ma-Bo-
Pin tersebut dibangunkan selari dengan perkara perkara yang telah dimuktamadkan dalam
fasa yang kedua: reka bentuk. Selepas bahan visual Ma-Bo-Pin ini dibangunkan, ia telah
dipanjangkan kepada pakar-pakar yang telah dilantik bagi memastikan kebolehgunaan bahan
visual ini. Pakar-pakar ini kemudiannya memberikan pandangan dan cadangan
penambahbaikan. Bahan Visual Ma-Bo-Pin ini ditambahbaik berdasarkan kepada pandangan
dan cadangan penambahbaikan yang telah diutarakan oleh pakarpakar tersebut. Pada fasa ini,
semua objektif-objektif yang dibangunkan bagi fasa rekabentuk, telah dipenuhi.

Fasa keempat pula adalah merupakan fasa pelaksanaan. Perkara-perkara yang terlibat dalam
fasa pelaksanaan ini adalah (i) penyediaan kandungan dan teks, (ii) penyediaan grafik dan
ilustrasi, (iii) pembangunan audio, (iv) menggabungkan semua komponen-komponen
multimedia yang ada, (v) dan kebolehgunaan kandungan bahan visual yang dibangunkan.
Penilaian kebolehgunaan bahan visual dalam fasa ini adalah melalui kajian rintis yang
dilaksanakan dalam kelas yang sebenar. Kelas ini melibatkan peserta-peserta kajian yang juga
merupakan murid-murid pemulihan khas.
Nama Penuh: PRIYANGGA A/P NAGAMUTHU
No. Kad Pengenalan: 940326085818
Program: HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)
Bidang Pengkhususan Penyelidikan: LDM1815 - PENDIDIKAN KHAS

Fasa yang terakhir sekali adalah fasa penilaian. Penilaian yang dilakukan melibatkan
penilaian sumatif dan juga penilaian formatif. Penilaian formatif dilaksanakan terlebih
dahulu, dimana penilaian ini mempunyai 3 tahap utama iaitu i) analisis keperluan, ii)
peringkat reka bentuk dan peringkat pembangunan, iii) peringkat penilaianm kebolehgunaan
bahan visual yang dibangunkan untuk murid-murid pemulihan khas ini dalam situasi yang
sebenar. Penilailan sumatif pula adalah untuk menilai bahan visual Ma-Bo-Pin mengeja dan
menulis kemahiran Pemulihan khas yang dibangunkan secara keseluruhan. Temu bual Separa
Struktur dilaksanakan oleh 10 orang murid pemulihan khas

3.2 Populasi sampel


Pada Fasa Analisis Keperluan, pengkaji melaksanakan soal selidik open questios SPSS, temu
bual sampel yang terlibat adalah dalam kategori seramai 60 murid pemulihan khas dan 20
pakar bidang Pemulihan Khas seperi JU Pemulihan Khas, ketua Panitia Bahasa Melayu yang
berpengalaman melebihi 10 tahun. Menurut Jiha (2020), individu berpengalaman 10 tahun ke
atas merupakan pakar dalam sesuatu bidang. Lima buah sekolah dipilih untuk menjalankan
kajian ini SK Datuk Abdullah, SJKC Kuo Min, Sk Palong Jelai 3, SJKT Tampin dan Sk Kem
Syirajuddin. Sekolah-sekolah ini mempunyai murid pemulihan yang banyak belum
menguasai TP dan TP2.

3.3 Pengumpulan data


Pada fasa pertama pengkaji melaksanakan kawedah soal selidik kepada guru Pemulihan Khas
di sekolah rendah. Manakala di fasa dua analisis kandungan dokumen dilaksanakan pada
kandungan buku “ Nilai dalam Kurikulum” (Noel Jimbai Balang et al. 2021). Seterusnya
instrumen soal selidik skala 7 fuzzy dilaksanakan kepada pakar dalam pelbagai bidang bagi
mereka bentuk dan membangunkan model. Manakala, di fasa akhir pengkaji mengedarkan
instrumen soal selidik bagi melihat kebolehgunaan model.

4.0 BIBLIOGRAFI RINGKAS

Abdul Azis, A. B. & Rosli, R. 2021. Analisis Aras Kognitif Murid Pemulihan Khas
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 6(3): 146–158.
doi:10.47405/mjssh.v6i3.712

Abdul Rahman, M. 2021. Membina soal selidik langkah demi langkah, hlm. Pertama.
Nama Penuh: PRIYANGGA A/P NAGAMUTHU
No. Kad Pengenalan: 940326085818
Program: HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)
Bidang Pengkhususan Penyelidikan: LDM1815 - PENDIDIKAN KHAS

Abdullah, A. H., Abidin, N. L. Z. & Ali, M. 2015. Analysis of students’ errors in solving
Higher Order Thinking Skills (HOTS) problems for the topic of fraction. Asian Social
Science 11(21): 133–142. doi:10.5539/ass.v11n21p133

Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2017. BPK.2017.DSKP Asas Pemulihan Khas


(3M) .Putrajaya:KPM. Kementerian Pendidikan Malaysia. Retrieved from
http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/kurikulum-sekolah-menengah/category/
16-dskp-tingkatan-1

Batas, M. K. & Zulkepli Bin Mohamad. 2010. Keberkesanan modul pengajaran fizik yang
dibangunkan mengikut perspektif konstruktivisme. Jurnal Pendidikan Dan Latihan 2(1):
28–48.

Benakli, N., Kostadinov, B., Satyanarayana, A. & Singh, S. 2017. Introducing computational
thinking through hands-on projects using R with applications to calculus, probability and
data analysis. International Journal of Mathematical Education in Science and
Technology 48(3): 393–427. doi:10.1080/0020739X.2016.1254296

Paivio, A. (1971). Imagery and Verbal Processes. New York. Holt, Rinehart and Winston.
Paivio, A. (2006). Dual Coding Theory and Education. Pathways to Literacy
Achievement for High Poverty Children. University of Michigan School of Education,
September 29-1 October,2006
www.umich.edu/~rdytolrn/pathwaysconference/presentations/paivio.pdf.

Zabedah (2020). Pembinaan modul: Bagaimana membina modul latihan dan modul

akademik. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai