Anda di halaman 1dari 10

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SAINS SEKITARAN DAN SUMBER ALAM

KAEDAH PENYELIDIKAN STPD6014


RESEARCH METHODOLOGY STPD6014

PROPOSAL FORM
[CADANGAN PENYELIDIKAN]
(vers 1/2017)

TITLE OF PROPOSED RESEARCH:


Tajuk penyelidikan yang dicadangkan:

Kajian Potensi Rayapan Ke Atas Cerun Tanah Baki Metamorf di Bangi, Selangor Menggunakan Kaedah
Keberintangan Geoelektrik Dan Analisis Mekanik Tanah

DETAILS OF STUDENT / MAKLUMAT PELAJAR

Name : Nur Asirah binti Rahmat Matrix No: P93912


Nama : No Matrik :

(Please tick ( √ )):


Jawatan (Sila tanda ( √ )):

√ MSc (Coursework) MSc (Thesis) PhD


MSc (Kerja kursus) MSc (Tesis) PhD

School/Centre/Intitute (Please provide full address):


Jabatan /Pusat/Institut (Sila nyatakan alamat penuh):
Program Geologi,
Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam,
Fakulti Sains dan Teknologi,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan

E-mail Address:
Alamat e-mel:
asirahrahmat@gmail.com
Study Mode (Please tick ( √ )):
Mod Pengajian (Sila tanda ( √ )):

Full time Part time


√ Sepenuh masa Separuh Masa

RESEARCH INFORMATION / MAKLUMAT PENYELIDIKAN

Location of Research:
Tempat penyelidikan dijalankan:
1) Cerun di sebelah Pusat Kesihatan UKM
2) Cerun di persimpangan jalan menghala ke Teras Jernang

Duration of this research (Maximum 36 months):


Tempoh masa penyelidikan ini (Maksimum 36 bulan):

Duration: Satu Tahun


Tempoh :

From : 7 Februari 2018


Dari :

To : 7 Februari 2019
Hingga :

Supervisor (s) names :


Nama Penyelia yang terlibat :

Bil Name
Nama Faculty/ School/ Centre/ Institute Academic Qualification/
Fakulti/ P.Pengajian/ Designation
Pusat/Institut Kelayakan Akademik/Jawatan

1 Dr. Nor Shahidah binti Fakulti Sains dan Teknologi Lecturer


Mohd Nazer

4
Executive Summary of Research Proposal (maximum 300 words)
(Please include the background of research, literature reviews, objectives, research methodology and expected
outcomes from the research project)

Ringkasan Cadangan Eksekutif Penyelidikan (maksimum 300 patah perkataan)


(Meliputi latar belakang penyelidikan, kajian literatur, kaedah penyelidikan, objektif dan jangkaan hasil penyelidikan)

Tanah runtuh merupakan suatu proses pergerakan jasad bahan bumi menuruni cerun. Terdapat banyak jenis tanah
runtuh, salah satu daripadanya adalah tanah runtuh jenis rayapan. Tanah runtuh jenis rayapan dicirikan dengan
pergerakan tanah yang berterusan di bawah pengaruh graviti dan pergerakan ini sangat kecil namun konsisten dan kadar
pergerakannya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Resapan air hujan ke dalam cerun akan mempercepatkan kadar
rayapan tanah akibat pertambahan tekanan air liang sekaligus mengurangkan daya ricihan tanah yang menyebabkan
kekuatan tanah menurun. Kajian mengenai tanah runtuh secara rayapan ini akan dijalankan di cerun di sebelah Pusat
Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan cerun di persimpangan jalan ke Teras Jernang. Kedua-dua
kawasan tersebut terletak kira-kira 32 km dari bandar raya Kuala Lumpur.

Nurshafareena et al. 2013 menyatakan bahawa geologi kawasan Bangi terdiri daripada batuan filit dan batu pasir
sehingga kuarzit. Batuan di permukaan dan cerun yang terdedah kebanyakannya mengalami luluhawa tinggi menjadi
lempung berpasir, lodak berpasir atau pasir berlodak. Menurut Ali Yalcin (2007), tanah lempung yang terdapat kandungan
air yang tinggi disebabkan oleh air hujan lebih cenderung untuk berlakunya tanah runtuh. Tanah runtuh didefinisikan
sebagai pergerakan batuan, bumi atau debris yang menuruni cerun tanah (Cruden 1991). Menurut Nor Shahidah dan
Tarantino (2012), tanah runtuh lazimnya dipengaruhi oleh sifat kelikatan bahan bumi yang berlempung.

Survei keberintangan geoelektrik melibatkan kaedah multi elektrod dengan menggunakan susunan elektrod jenis Wenner
32SX dengan bantuan alat ABEM Terrameter SAS 1000 bagi mendapatkan imej keberintangan dua dimensi, seterusnya
akan diproses dan ditafsir menggunakan perisian RES2DINV. Alat Trimble R5 digunakan bagi mengenalpasti pergerakan
tanah secara rayapan dan direkodkan pergerakannya. Pencirian sifat fizikal tanah melibatkan ujian had Attenberg, ujian
pemadatan tanah, direction test dan analisis saiz butiran (ayakan dan hidrometer). Sifat kimia tanah dicirikan melalui
teknik pembelauan sinar-X (XRD) dan teknik pendafluor sinar-X (XRF).

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perkaitan unsur mineral di dalam tanah baki metamorf yang menyumbang
kepada sifat rayapan tanah, melihat profil dan struktur subpermukaan tanah yang berasosiasi dengan kadar rayapan,
mengkaji sifat mekanik tanah baki metamorf pada cerun dan melihat kaitannya terhadap pergerakan tanah secara
rayapan.

Detailed proposal of research project:


Cadangan maklumat penyelidikan secara terperinci:

(a) Research background including Problem Statement, Hypothesis, Research Questions and Literature
Reviews.
Keterangan latar belakang penyelidikan termasuk kenyataan hipotesis / persoalan penyelidikan dan kajian
literatur.

i. Problem Statement /Kenyataan Masalah:


Kebanyakan kawasan di sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi mengalami kegagalan cerun
dari dahulu sehingga sekarang, memandangkan cerun tersebut merupakan cerun tanah baki metamorf. Jadi
cerun-cerun ini berpotensi untuk cenderung bergerak secara rayapan akibat pengaruh kehadiran mineral
lempung di dalam tanah. Oleh itu, penting untuk membuat kajian bagi mengetahui kesan rayapan ke atas
cerun untuk memahami rayapan secara menyeluruh bagi cerun jenis tanah baki metamorf.
ii. Hyphotesis / Hipotesis Kajian:
Tanah baki metamorf diketahui mengandungi pelbagai mineral sekunder berbentuk lempung hasil daripada
luluhawa kimia yang aktif dan kewujudan lempung dalam tanah baki metamorf akan mengawal kadar
rayapan serta air hujan akan meningkatkan pergerakan tanah di cerun tersebut.

iii. Research Questions / Persoalan penyelidikan:


1) Apakah jenis struktur dan profil tanah di subpermukaan tanah?
2) Bagaimanakah sifat rayapan mineral lempung mempengaruhi kestabilan cerun?
3) Apakah faktor geologi lain yang mengawal rayapan?

iv. Literature review / Kajian literatur:

Nurshafareena et al. 2013 menyatakan bahawa geologi kawasan Bangi terdiri daripada batuan filit dan batu
pasir sehingga kuarzit. Batuan di permukaan dan cerun yang terdedah kebanyakannya mengalami luluhawa tinggi
menjadi lempung berpasir, lodak berpasir atau pasir berlodak. Abdul Rahim Samsudin dan Tjia (1984) berpendapat
bahawa geologi di kawasan Bangi terdiri daripada batuan sedimen yang termetamorf.

Menurut Ali Yalcin (2007), tanah lempung yang terdapat kandungan air yang tinggi disebabkan oleh air hujan lebih
cenderung untuk berlakunya tanah runtuh. Tanah runtuh didefinisikan sebagai pergerakan batuan, bumi atau debris yang
menuruni cerun tanah (Cruden 1991). Menurut Nor Shahidah dan Tarantino (2012), tanah runtuh lazimnya dipengaruhi
oleh sifat kelikatan bahan bumi yang berlempung.

Fenomena tanah runtuh adalah suatu kejadian tabii yang sangat kompleks (Hamzah Husin et al 2015). Tanah runtuh
didefinisikan sebagai pergerakan batuan, bumi atau debris yang menuruni cerun tanah (Cruden 1991). Salah satu
fenomena yang dikaitkan dengan tanah runtuh adalah rayapan. Menurut M. Fajar (2013) rayapan tanah adalah sejenis
gelongsoran tanah yang bergerak secara perlahan dan hampir tidak dapat dipastikan pergerakannya.

References/ rujukan:

Abdul Rahim Samsudin & Tjia. 1984. Struktur geologi di permukaan dan di bawah tanah, kampus Universiti Kebangsaan
Malaysia. Sains Malaysiana 12(2): 71-83

Ali Yalcin. 2007. The effect of clay on landslides: A case study. Applied Clay Science 38(1):77-85

Anugrah, M.F. 2013. Tanah longsor di Indonesia. Prodi Pendidikan Geografi. Fakultas Ilmu Sosial. Universitas Negeri
Jakarta

Choun, Sian Lim, Mohamad Imam Hasan Reza, Nurshafareena Muhamad & Pereira, J.J. 2013. Input geologi untuk
sistem sokongan membuat keputusan dalam pengurusan risiko bencana: Kajian kes Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bulletin of the Geological Society of Malaysia 59: 73-84.

Cruden. D.M .1991. A very simple definition for a landslide. IAEG Bulletin: 27-29

Hamzah Husin, Mohammad Khairul Azhar Abdul Razab, Sarah Aziz Abd Ghani, Tajul Anuar Jamaludin. 2015. Tanah
runtuh di Malaysia: Geobencana atau geobahaya. Jurnal Teknologi 77(1): 229-235

Nor Shahidah Mohd Nazer & Tarantino, A. 2012. Creep response in shear of clayey geo-materials under saturated and
unsaturated conditions. E3S Web of Conferences 9

(b) Objective (s) of the Research/ Objektif Penyelidikan

Example /Contoh:
This study embarks on the following objectives:

Objektif kajian adalah seperti berikut:


1) Melihat profil dan struktur subpermukaan tanah yang berasosiasi dengan kadar rayapan.
2) Mengenalpasti perkaitan unsur mineral di dalam tanah baki metamorf yang menyumbang kepada sifat
rayapan tanah.
3) Mengkaji sifat mekanik tanah baki metamorf pada cerun.
4) Menghubungkait sifat mekanik tanah terhadap pergerakan rayapan cerun tanah baki metamorf.

(b) Methodology
Kaedah penyelidikan

Please state in the form / Sila nyatakan di borang ini

1. Flow Chart of Research Activities (Please enclose as Appendix I)


Carta alir Aktiviti Penyelidikan

2. Gantt Chart of Research Activities (Please enclose as Appendix II)


Carta Gantt Aktiviti Penyelidikan

3. Milestones and Dates (Please enclose as Appendix III)


Jejak kekunci dan tarikh pencapaian

(d) Expected Results/Benefit


Jangkaan Hasil Penyelidikan

1) Novel theories
Teori

Nilai keberintangan geoelektrik menentukan sempadan lapisan tanah di bawah permukaan. Nilai keberintangan
geoelektrik bergantung kepada beberapa faktor antaranya ialah sifat fizik tanah seperti kandungan saiz butiran,
sama ada saiz kelikir, pasir, lodak dan lempung. Secara umumnya, jika nilai keberintangan geoelektrik adalah
rendah, lapisan tanah tersebut mempunyai kandungan air yang banyak. Namun, jika nilai keberintangan
geoelektrik adalah tinggi, maka lapisan tanah tersebut adalah kering atau terdiri daripada batuan pepejal
(batuan masif). Lapisan batuan yang terluluhawa tinggi menunjukkan nilai keberintangan geoelektrik yang
relatifnya rendah, iaitu pada luluhawa gred V dan VI. Batuan yang terluluhawa pada gred I sehingga IV pula
secara relatifnya memberikan nilai keberintangan geoelektrik yang tinggi.

2. Specific or Potential Applications


Kegunaan spesifik atau potensi penyelidikan

Kajian ini lebih spesifik kepada penggunaan alatan geofizik dengan menggunakan kaedah keberintangan
geoelektrik dan melibatkan analisis mekanik tanah dalam menentukan potensi pergerakan tanah baki metamorf secara
rayapan. Di samping itu, kaedah ini juga boleh mengenalpasti faktor geologi yang lain yang mengawal kadar rayapan.

3. Impact on Society, Economy and Nation


Impak kepada masyarakat, ekonomi dan negara

Kajian tentang faktor rayapan ke atas cerun akan membantu dalam mengkaji perbezaan kadar rayapan berdasarkan jenis
tanah yang terhasil sama ada dari batuan igneus, batuan sedimen dan juga batuan metamorf. Hal ini kerana faktor
komposisi mineral yang berbeza mungkin memberikan impak rayapan yang berbeza
ACCESS TO EQUIPMENT AND MATERIAL / KEMUDAHAN SEDIA ADA UNTUK KEGUNAAN BAGI
PENYELIDIKAN INI

Equipment Location
Peralatan Tempat

1. ABEM Terrameter SAS 1000 1. Makmal geofizik


2. Elektrod 2. Makmal geofizik
3. Bateri 3. Makmal geofizik
4. Pita pengukur 4. Makmal geofizik
5. Kabel multi teras 5. Makmal geofizik
6. Kompas 6. Makmal geofizik
7. Klip wayar 7. Makmal geofizik
8. Trimble R5 8. Makmal geofizik
9. GPS 9. Makmal geofizik
10. Grooving tool 10. Makmal sedimen
11. Casagrande 11. Makmal sedimen
12. Ayak nilon 12. Makmal sedimen
13. Hidrometer 13. Makmal sedimen
14. Mesin XRD Model Powder 45 Position 14. Pusat Pengurusan Penyelidikan dan
15. Mesin XRF model Xrfuse 2 Instrumentasi UKM
15. Pusat Pengurusan Penyelidikan dan
Instrumentasi UKM
Recommended by Supervisor / Examiner
Perakuan oleh Supervisor / Penilai Proposal

Please tick ( √ )
Sila tandakan ( √ )

Recommended:
Diperakukan:

A. Highly Recommended
Sangat Disokong

B. Recommended
Disokong

C. Not Recommended (Please specify reason)


Tidak Disokong (Sila Nyatakan Sebab)

Comments:
Ulasan:

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ --------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ --------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------

Name: Signature:
Nama: Tandatangan:

Date:
Tarikh:
(Lampiran 1 Carta Alir Aktiviti Penyelidikan)

Tahap 1: Kajian Literatur


Pada peringkat awal, kajian literatur dijalankan untuk mendapatkan segala data dan
maklumat dari kajian terdahulu untuk dijadikan rujukan yang merangkumi buku,
jurnal, tesis dan laporan. Kajian literatur ini sangat penting bagi memberikan
gambaran awal dan idea tentang ciri-ciri kawasan kajian sebelum turun ke lapangan.
Pemilihan kaedah kajian yang akan digunakan juga menjadi lebih mudah dengan
merujuk kepada pengkaji terdahulu.

Tahap 2: Kerja Lapangan


Penyiasatan kaedah keberintangan geoelektrik dan pengambilan sampel tanah
dilakukan di lapangan.

Tahap 3: Kajian Makmal dan Analisis Data


Data yang diperolehi di lapangan diimport dari alatan yang digunakan. Kemudian data
akan diproses dan ditafsirkan menggunakan perisian yang bersesuaian. Sampel tanah
yang diambil dari lapangan pula akan dibuat ujian makmal bagi menganalisis sifat
mekanik tanah.

Tahap 4 : Laporan dan Penulisan


Hasil daripada analisis data dan ujikaji sampel yang diperoleh, data-data akan
direkodkan ke dalam tesis. Kesimpulan sepanjang kajian ini akan dirumuskan. Setiap
objektif yang telah disenaraikan akan dikaitkan dengan hasil kajian bagi memastikan
objektif tercapai atau sebaliknya.
Appendix II Carta Gantt Aktiviti Penyelidikan
Kegiatan 2018 2019
Penyelidikan Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos Sep. Okt. Nov. Dis. Jan. Feb. Mac April Mei Jun Julai Ogos Sep. Okt. Nov Dec
Kajian Awal
Survei Tinjauan
Jejak Kunci 1
Kerja Lapangan
Jejak Kunci 2
Kerja Ujian
Makmal
Analisis Data
Jejak Kunci 3
Pengumpulan dan
Penafsiran Data
Penulisan dan
Penyerahan Tesis
Jejak Kunci 4

Tempoh perlaksanaan
Cuti semester
Jejak kunci

Jejak kunci: Rujuk Lampiran III


Appendiks III : Jejak Kunci dan Tarikh

Jejak Kunci/ Butiran/ Tarikh/


Milestone Details Dates

Muktamadnya konsep dan metodologi


1 1/04/2018
penyelidikan, kajian boleh dilaksanakan

Selesainya kerja lapangan, data dan


2 sampel sedia untuk dianalisis. 10/6/2018
Penyerahan Laporan Kemajuan.

Selesainya kerja makmal dan analisis


3 21/11/2018
utama, data sedia untuk ditafsir

4 Penyerahan Tesis 12/012/2018

Anda mungkin juga menyukai