Anda di halaman 1dari 33

JABATAN KELUARGA & SAINS KONSUMER

KAEDAH PENYELIDIKAN VCR3983


PROPOSAL : KEBERKESANAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI
MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SAINS RUMAH
TANGGA

STUDENT
NUR ATIKAH IZYAN BINTI AZMAN
D20182085657

LECTURER
Dr. Anis`ah Binti Abdul Wafi
TARIKH
18 May 2021
PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah

kurnia dan izinNya saya menyiapkan tugasan kajian penyelidikkan ini dari minggu 1 hingga 10.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Dr.

Anis’ah Binti Abdul Wafi dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk

saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan serta dorongan

dalam menyiapkan proposal ini. Tanpa sokongan dan dorongan mereka mungkin saya tidak dapat

menyiapkan proposal ini dengan sempurna. Malah jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang

banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang telah saya alpa dan banyak membantu saya

dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir sekali, harapan saya agar proposal ini dapat menjadi satu kajian yang berguna kepada

guru, ibu bapa, masyarakat dan negara. Selain itu juga, harapan saya juga agar kajian ini dapat

memberikan manfaat kepada diri sendiri dan pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang

berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat.


ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan teknologi

multimedia dalam pembelajaran pendidikan sains rumah tangga di peringkat menengah. Kajian ini

dijalankan adalah untuk melihat sejauah manakah keberkesanan panggunaan teknologi multimedia

dalam pembelajaran pendidikan sains rumah tangga ini.kajian ini dilakukan terhadap pelajar

sekolah SMK Pangkalan TLDM, Lumut untuk mengetahui adakah mereka merasa penggunaan

teknologi multimedia dalam pembelajaran pendidikan SRT ini dapat membantu pelajar lebih

memahami sesuatu topic, mempunyai banyak idea, menjadikan mereka lebih kreatif dan kritis dan

mempunyai pemikiran aras tinggi.


KANDUNGAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK 2

KANDUNGAN 3

BAB 1 PENGENALAN 4-5

1.2 PENYATAAN MASALAH 6-7

1.3 OBJEKTIF KAJIAN 8

1.4 PERSOALAN KAJIAN 9

1.5 HIPOTESIS KAJIAN (JIKA ADA) 10

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN 11-12

1.7 BATASAN KAJIAN 13

1.8 DEFINISI ISTILAH 13-14


1.9 ORGANISASI PROPOSAL 15

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN 16

2.2 PENGENALAN SUB TOPIK SATU 16

2.3 TEORI 19

1) Faktor menyokong Pembelajaran Kendiri. 20

2) Faktor menyokong Pembelajaran Kendiri. 21

3) Faktor keseronokan Belajar Dan aktiviti perbincangan 20

2.8 KERANGKA KONSEP/KERANGKA TEORI 21-22

2.9 KESIMPULAN 23

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Reka Bentuk Kajian 25-26

3.2.1 Kuantitatif 27

3.3 populasi dan sample 28-29


3.5 prosedur 30

3.6 kesimpulan 31

RUJUKAN 32
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Kajian ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran yang untuk

membantu kita membuat keputusan dalam pelbagai aspeks. Oleh itu, di dalam bab ini saya

sebagai pengkaji perlu menghuraikan serba sedikit tentang latar belakang kajian yang ingin

dilakukan, peryataan masalah, objektif kajian,persoalan kajian, hipotesis

kajian,lepentingan kajian dan batasan kajian.

Secara umumnya, pelajar merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya.

Maka kurikulum yang digubal untuk pelajar pada peringkat menengah perlulah seimbang

dan menyeluruh. Pelajar lebih suka pembelajarn yang menggembirakan, bebas bergerak,

perbincangan dan mendengar muzik apabila mereka berada pada peringkat ini iaitu

peringkat dewasa di mana pelajar ini sukakan sesuatu yang baru dan mencabar pemikiran

mereka pada aras yang lebih tinggi. Hal ini pernah dinyatakan oleh Rusnaini (2009) yang

menyatakan persekitaran bilik darjah yang tidak kondusif akan menganggu proses

pembelajaran kerana guru akan merasa tergangu dan sukar menyampaikan pembelajaran

dengan lebih berkesan. Oleh itu, bagi membantu pelajar supaya dapat mengembangkan

daya intelektua dan pemikiran mereka adalah dengan cara pihak kementerian dan sekolah

menyediakan kemudahan seperti pegunaan komputer di terapkan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di sekolah. Tidak kiralah sama ada di dalam topic masakan, pakian,

perniagaan dan lain-lain lagi penggunaan multimedia ini sangat membantu dalam
memberirangsangan kepada pelajar dalam proses pembelajaran. Dan juga kita juga boleh

berkongsi hasil kerja daripada pelajar sains rumah tangga kepada masyarakat di luar sana

sepaya mereka mengetahui kelebihan yang ada pada pelajar-pelajar sains rumah tangga.

Serta memberi semangat kepada pelajar untuk memberikan hasil yang lebih baik dan

platform multimedia tempat kepada pelajar sains rumah tangga untuk menonjolkan bakat

yang mereka miliki.

Sebenarnya tanpa kita sedari, dengan adanya penggunaan multimedia interaktif di

dalam pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam bidang Pendidikan Sains Rumah

Tangga merupakan satu inovasi di dalam cara memperolehi sesuatu ilmu pengetahuan atau

penyampaian berdasarkan konsep konstruktivisme di mana seseorang plajar itu akan dapat

membina keyakinan sendiri kemahiran-kemahiran yang perlu ada dikuasai. Secara

keseluruhannya, kajian ini adalah salah satu platform untuk memperlihatkan bagaimana

penggunaan multimedia interaktif ini membantu dalam pengajaran dan pembelajaran di

sekolah dalam Pendidikan Sains Rumah Tangga.

Kajian Nurzarina dan Roslinda (2017) mendapati kemahiran abad ke-21 dalam

konteks pendidikan, guru haruslah menguasai mata pelajaran, menguasai isi kandungan

kurikulum, berketerampilan dan mahir aspek pedagogi pedidikan, menerapkan nilai kasih

sayang dan memahami pelajarnya, penguasaan baik terhadap aspek psikologi

pembelajaran, mahir memberi bimbingan dan kaunseling serta peka terhadap penggunaan

teknologi terkini. Oleh itu, di dalam keghairahan merealisasikan pendidikan kelas pertama

di mata dunia, bidang pendidikan di negara kita terus berhadapan dengan pelbagai cabaran,

masalah dan transformasi dari semasa ke semasa. Pedagogi pengajaran yang berkesan

boleh tercapai jika sistem pendidikan menfokuskan percambahan minda kritis dan lateral
para pelajar dengan tidak menjadikan mereka sebagai tikus uji kaji. Antara skop

Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) yang seringkali digunapakai oleh guru seperti teknik

perbincangan, tunjuk cara, simulasi, perbentangan, didik hibur dan sebagainya. Oleh itu,

kesediaan guru dalam menggabungjalinkan sumber Bahan Bantu Mengajar (BBM) serta

Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam pengajaran ialah bergantung kepada

transformasi multimedia dalam dunia hari ini yang boleh dimilikinya. Menurut Noraini

(2015) dalam Nurhijrah Zakaria et al., (2017) pula menyatakan bahawa daya faham golongan

pendidik terhadap sesuatu aspek di dalam pengajaran dan pembelajaran akan memberikan kejelasan

dalam sebarang perlakuan, pertimbangan serta pembudayaan pembelajaran di dalam kelas. Oleh

itu, seseorang guru perlulah sentiasa peka terhadap perubahan teknologi maklumat dan

cuba menarik minat pelajar dengan kaedah pengajaran yang mula popular, menarik dan

kreatif merangkumi eksplorasi teknologi multimedia yang relevan seperti dimasa ini kita .

sedang mengahadapi krisis wabak penyakit kovid-19 ini baru mula kita menyedari

bertapa pentingnya multimedia dalam pendidikan terutama sekali apabila bermulanya

PDPR. Justeru itu, di dalam bidang kemahiran seperti Pendidikan sains rumah tangga

merupakan satu subjek yang memerlukan pelajar membuat kerja-kerja kursus amali dan

bagaimana guru dapat memastikan pelajar ini dapat menguasai apa yang diajar oleh guru

melalui platform multimedia ini.


1.2 PENYATAAN MASALAH

Menurut siti, Mohamed dan mai (2017) penggunaan modul multimedia interaktif adalah

salah satu cara yang berkesan dalam memperlihatkan sesuatu maklumat kerana mudah dipelajari

dan difahami. Kerana pelajar sukakan cabaran dan sesuatu yang baharu adalah naluri semulajadi

remaja, sama seperti makan minum dan tidur. Ini kerana dalam melakukan sesuatu aktiviti

berkumpulan, pelajar ini secara langsung atau secara tidak langsung bagi mengembangkan potensi

diri secara menyeluruh seimbang daripada aspek, rohani, intelek, emosi, jasmani, kreativiti dan

inovatif. Oleh itu, bagaimna caranya untuk memupuk kemahiran sedia ada pelajar ini tahap

pemikiran yang lebih tinggi dan luas dalam penggunaan multimedia supaya mereka dapat

meneroka, menyiasat benda-benda baharu di persekitaranya sambil mencipta, menjelajah,

membina dan sebagainya. Denggan menggunakan platform multimedia yang ada dengan betul dan

bagaimanakan cara yang sesuai untuk menggalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di

lakukan secara berkesan melalui penggunaan teknologi multimedia dalam Pendidikan Sains

Rumah Tangga.

Namun begitu, sejauh manakah keberkensanan penggunaan teknologi multimedia ini dapat

membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar aliran kemahiran

seperti Pendidikan Sais Rumah Tangga? Adakah pelajar dapat mempelajari sesuatu yang baru?

Adakah dengan menggunakan platform seperti multimedia dapat membantu pelajar dalam

melaksanakan aktiviti secara perbincangan secara atas talian? menurut Aina, 2013) Dari sudut

motivasi, para pelajar akan terus bersemangat untuk melakukan aktiviti perbincangan dalam talian

kerana jadual pembelajarannya yang fleksibel dan aspek literasi ilmu yang boleh dimanfaatkan.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah berdasarkan tujuan kajian iaitu:

1. Mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan multimedia dalam proses

pembelajaran pelajar.

2. Mengenalpasti Adakah pelajar dapat mempelajari sesuatu yang baru daripada

teknologi multimedia

3. Mengenalpasti adakah dengan menggunakan platform seperti multimedia dapat

membantu pelajar dalam melaksanakan aktiviti secara perbincangan secara atas

talian.
1.4 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan untuk soalan-soalan berikut:

1. Apakah multimedia dapat membantu dalam proses perkembangan pelajar Sains Rumah

Tangga.

2. Bagaimanakah teknologi multimedia ini mambantu pelajar mendapatkan maklumat

dengat tepat dan jelas.

3. Sejauh manakah platform multimedia digunakan dengan betul oleh pelajar dalam

membuat tugasan berkumpulan.

1.5 Hipotesis Kajian (Jika ada)


1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian penyelidikan ini ingin meninjau sejauh manakah keberkesanan penggunaan

multimedia dalam proses pembelajaran dapat menghasilkan pelbagaibahan rujukan pelajar kerana

ia boleh diaplikasikan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran seperti meneliti video pengajaran,

buku teks, gambar, visual pembelajaran dan sebagainya. Selain itu, kebaikan daripada

pembelajaran berbantu multimedia ini pelajar tidak perlu terikat dengan sesuatu gaya pembelajaran

kerana pembelanjaran berbantu multimedia akan dapat menangani pelbagai masalah yang dihadapi

mengikut masalah berbeza pelajar dengan mengindividukan pengajaran mengikut kebolehan

mereka. Secara tingkasnya ianya akan dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar dan

pencapaian pelajar.

Selain itu kepentingan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti adakah

perkembangan penggunaan multimedia sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran

Pendidikan Sains Rumah Tangga dilihat sebagai suatu perkembangan yang baik. Dalam era

multimedia ini adalah lebih penting bagi kita untuk melihat kepada cara-cara penggunaan

multimedia dan cara untuk mendapatkan lebih banyak maklumat samaada di dalam atau di luar

Negara . Ini bukan sahaja memberi pengetahuan yang lebih tetapi juga menggerakkan minda para

pelajar untuk lebih berilmu pengetahuan. Manakala keadaan ini juga akan mencetuskan idea-idea

baharu yang akan memberi pengetahuan baharu kepada pelajar.

Melaui kajian terhadap penggunaan multimedia ini juga, dapat membantu mengalakkan

penggunaan teknologi multimedia untuk pelajar membuat kerja kursus lebik berkesan dan efektif

lagi. Melalui beberapa aplikasi yang boleh digunakan dalam membuat tugasan dengan pelbagai

apps tebaharu seperti canva,powertoon yang sangat popular pada masa ini. Hal ini kerana pada

abad ke-21 ini lebih mendedahkan pelajar lebih kepada pelbagai teknologi baharu dan aplikasi-
aplikasi yang boleh digunakan untuk memudahkan pelajar membuat tugasan dan menghantar

tugasan untuk dinilai oleh guru. Bermula dengan teknologi multimedia seperti aplikasi terkenal

seperti Facebook sebagai media sosial untuk saling mengenal dan berkongsi maklumat di

rangkaian sosial, kini ia telah menjadi popular di seluruh dunia untuk tujuan pendidikan. Facebook

merupakan media sosial paling popular dalam kalangan pelajar dan masyarakat (Boyd & Ellison,

2008). Ia juga merupakan satu platform kepada pelajar dan guru untuk dengan lebih banyak

berkomunikasi dua hala, perbincangan dan mesra dalam menigkatkan proses pengarajaran dan

pembelajaran. Kajian Robin, B. (2008) telah membuktikan para remaja pada masa kini lebih selesa

untuk berinteraksi dalam laman sosial facebook daripada bersemuka terutamanya bagi pelajar yang

pendiam.

Oleh itu, kajian ini berharap akan dapat menjadi rujukan untuk pihak kementerian

pendidikan Malaysia khususnya sekolah-sekolah yang mempunyai subjek sains rumah tangga di

seluruh Malaysia dalam menyediakan keperluan –keperluan yang mencukupi bagi melaksanakan

kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantu multimedia bagi mata pelajaran sains rumah tangga.
1.7 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan menggunakan soal selidik atas talian iaitu menggunakan google form akibat

daripada pendemik covid-19 yang sedang berlaku sekarang ini.

Penyelidik tidak mempunyai cukup pengetahuan dan kemahiran dalam ruang lingkup pendidikan

sekolah menengah kerana belum terlibat secara langsung dalam pendidikan sains rumah tangga

di sekolah. Besar kemungkinan juga mungkain akan berlakunya dapatan yang diperolehi sedikit

dan tidak dapat mencukupi dan menyeluruh aspek yang dikaji.

1.8 Definisi Istilah

Dalam kajian ii beberapa istilah dan frasa digunakan oleh pengkaji.

Penggunaan

Menurut kamus dewan(2005), penggunaan bermaksud sebagai perihal (perbuatan, kegiatan dan

sebagainya) menggunakan sesuatu. Penggunaan dalam kajian ini merujuk kepada penggunaan

teknologi multimedia dalam pembelajaran pendidikan SRT.

Sains rumah tangga

Maksud Sains Rumah Tangga (SRT) ialah satu dokumen bagi Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas

(MPEI) ysng terbahagi kepada beberapa kelompok Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik

(STEM) untuk Tingkatan 4 dan 5. Ianya memberi focus kepada keperluan perubahan terhadap

kurikulum dan pentaksiran berasaskan kompetensi yang merujuk standard industri, badan

profesional dan badan pensijilan kebangsaan dan antarabangsa. SRT mengekalkan pengajian yang
terbahagi kepada beberapa komponen utamanya iaitu Pengurusan Sumber Keluarga dan Tempat

Kediaman, Pakaian dan Jahitan, Makanan dan Pemakanan serta Penyediaan dan Penyajian

Makanan.

Teknologi

merupakan konsep yang luas yang membawa bnyak maksud dan mempunyai lebih daripada satu

takrifan. Yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk

menyelesaikan masalah manusia. Perkataan technology berasal dari perkataan Greek ang

bermaksud "pembelajaran, kajian". perkataan ini boleh digunapakai samada secara umum atau

dalam bidang tertentu sebagai contohnya technologi pembinaan, teknologi perubatan, dan

teknologi maklumat.

Pembelajaran

Menurut Baharuddin (2001),pembelajaran adalah perubahan tingkah lakuyang berlaku kepada

pelajar akibat daripada berinteraksi dengan persekitaran.secara umumnya pembelajaran diertikan

sebagai proses kaedah –kaedah tertentu sehingga orang memperolehi pengetahuan, pemahaman,

dan cara tingkah laku yang sesuai dengan keperluan.

Multimedia

Menurut definisi tay Vaughn (2001, ms 4) multimedia adalah sebarang gabungan teks, grafik,

bunyi,animasi, video, yang berasaskan penggunaan computer atau media elektronik lain.
1.9 PENUTUP

Secara keseluruhannya bab 1 telah menjelaskan tentang apakah yang dimaksudkan dengan

multimedia dan bagaimana inya dapat dikaitkan dengan membantu pembelajaran dalam aliran

sains rumah tangga seterusnya turut menyatakan tentang permasalaha kajian, batasan kajian dan

Antara lainya yang dapat dirumuskan adalah kaedah pengajaran yang berkesan melalui

penggunaan teknologi multimedia berkesan mempengaruhi dalam bidang pendidikan pelajar.

Kajian yang telah dilaksanakan ini telah dapat meningkatkan prestasi pelajar dan minat pelajar

melalui keberkesanan penggunaan teknologi multimedia dalam proses pembelajaran.


BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Bab ini pengkaji membincangkan tentang teori-teori dan ciri-ciri pembelajaran

dengan menggunakan teknologi multimedia. oleh itu, di dalam tinjaunan literature pengkaji telah

mengupas tenteng teori dan konsep yang berkaitan dengan tajuk kajian yang berkaitan denggan

penggunaan teknologi multimedia di dalam pembelajaran pendidikan sains rumah tangga.

Menurut siti, Mohamed dan mai (2017) pelajar akan lebih minat terhadap pengajaran yang

berkonsepkan interaktif dimana ianya menggabungkan pelbagai unsur dan kemahiran seperti

seperti teks, grafik, audio-video dan animasi. Seperti yang kita ketahui pendidikan sains rumah

tangga merupakan subjek kemahiran dan inya melibatkan kepada reka cipta fashion, memasak,

perniagaan dan keluarga. Ibagi pelajar aliran sains rumah tangga ini mereka memerlukan banyak

pengetahuan baharu, idea-idea baharu, melibatkan ciptaan dan pengolahan. Oleh itu, didalam

pengajaran perlu adanya penggunaan multimedia untuk membantu pelajar menguasai sesuatu topic

pembelajaran dengan lebih cepat dan mampu membuat sesuatu ciptaan atau pengolahan daripada

topic tertentu.

2.2 Subtopik Satu

Pada peringkat permulaan, penggunaan teknologi multimedia bagi membantu proses

pembelajaran dalah berdasarkan teori-teori pembelajaran yang dikeluarkan oleh ahli-ahli psikologi

tingkahlaku seperti B.F Skinner dan Pavlo. Hal ini kerana, pada ketika itu komputer wujud dan

penggunaan teknologi multimedia ianya hanyalah digunakan untuk membekalakan proses


pembelajaran berbentuk latihtubi keatas isi kandungan pembelajaran sahaja seperti apa yang telah

dipelajarai seblum itu dan ianya belum berkembang sepenuhnya.

2.3 Kajian lepas

Sejak Abad Ke-21 dunia pendidikan telah banyak berubah di mana skop Pembelajaran

Abad Ke-21 (PAK21) di mana telah digunapakai oleh guru seperti tunjuk cara, simulasi,

perbincangan Antara pelajar-pelajar, didik hibur dan sebagainya. Di dalam ini telah dinyatakan

dimana kesediaan guru dalam mengabungkan sember bahan bantu mengajar serta pembelajaran

dan pemudahcara dalam pengajaran iala bergantung kepada tarasformasi multimedia dalam

perkembangan dunia pendidikan hari ini yang boleh dimilikinya. Seseorang guru perlulah peka

terhadap transformasi dan penggunaan teknologi multimedia yang akan dapat menarik minat

pelajar dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik, popular, kreatif dan

inovatif yang merangkumi pelbagai penggunaan teknologi multimedia yang lebih sesuai dengan

kemajuan teknologi dan dengan dasar keterbukaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selain itu, Hj Mak Din (2014) menyatakan bahawa penggunaan multimedia mempunyai

konsep yang sangat luas kerana multimedia diibaratkan sebagai peranan penting untuk berkongsi

maklumat daripada individu kepada individu yang lain untuk mendapat sesuatu maklumat tertentu.

Pada zaman kini penggunaan multimedia bukan sekadar hanya untuk bersuka atau berhibur

sahaja tetapi juga telah banyak diperkembangkan dengan menjadikat platform multimedia sebagai

tempat berlakunya sesi pengajaran dan pembelajaran selain daripada menjadi tempat dalam

perniagaan dan pentdabiran (Abdul Talib, Et Al.2019)

Faedah perisian multimedia dalam pendidikan menurut jamaludin dan zaidatun (2013),

menjelaskan bahawa penggunaan teknologi multimedia mendatangkan banyak kebaikan kepada


pelajar di dalam pendidikan. Sebagai contoh penggunaan multimedia dapat membantu pelajar

yang lemah atau sedikit mundur dalam pengetahuan aplikasi teknologi multimedia ini dapat diatasi

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Inya juga menjadi alat menbantu sebagai penyampai

maklumat dengan lebih cepat dan efiksion. Antara beberapa faedah yang dapat membantu dalam

keberkesanan penggunaan teknologi mitimedia di dalam pengajaran adalah :

1) Faktor menyokong Pembelajaran Kendiri.

Penggunaan teknologi multimedia seperti yang kita ketahui ianya membantu

mempraktikkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan di mana ianya

merupakan proses seseorang pelajar memperoleh pengetahuan baru sendiri. Menurut Wan

& Yunus (2017), proses memperolehi pengetahuan penting untuk meningkatkan pelbagai

kemahiran seseorang kerana ianya melibatkan aktiviti mental seperti mengingat,

mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta dan berimaginasi.

Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran mereka dengan kadar

yang cepat kerana teknologi multimedia memberi peluang serta kebeasan kepada pelajar

untuk memilih maklumat yang digemari seperti yang kita ketahui di dalam subjek

pendidikan sains rumah tangga terdapat bidan pembuatan pakaian, memasak, keluarga dan

perniagaan dengan adanya penggunaan teknologi ini akan membantu pelajar dalam

memperkembangan kan kemahiran mereka dalam memperolehi pelbagai maklumat

pberkaitan masakan, pembuatan pakaia dan perniagaan. Secara tidak langsung pelajar juga

dapat memperolehi perlbagai maklumat baharu, idea-idea baru yang boleh diprolehi

daripada multimedia dan menjadikan maklumat yang diperolehi sebagai salah satu cara

membantu mereka menyusun startegi dalam perjalanan kerjaya dan kehidupan mereka

kelak.
2) Faktor Sejauhmanakah Platform Multimedia Membantu Dalam Pengajaran.

Perlu kita ketahui bahwa ciri-ciri perisian multimedia lebih mesra, mudah dan cepat dan

sangat sesuai bagi pelajar terutama sekali pelajar sains rumah tangga kerana ianya penting

dalam memperolehi maklumat yang lebih banyak, idea-idea baru yang lebih segar dalam

rekacipta fashion, memberi idea untuk kerja kursus dan pengetahuan tentang perniagaan

yang semakin popular. Menurut Said (2015) kemudahan multimedia akan mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar.Secara tidak langsung ianya memberikan kesan yang sangat

positif dalam pengajaran. Hal ini disebabkan adanya penggunaan Alat Bahan Bantu

Mengajar (ABM) yang dihasilkan daripada perisian multimedia seperti serta pembelajaran

permainan (Khairuddin & Mailok, 2020).

3) Faktor keseronokan Belajar Dan aktiviti perbincangan .

Menerusi penggunaan multimedia ianya berbeza dengan pengajaran dan pembelajaran

biasa yang memperlihatkan guru membaca teks di hadapan sambil pelajar mendengar.

Berbeza dengan penggunaan perisian multimedia menjadikan pelajar lebih seronok belajar

apabila setiap topik tajuk yang dibincangkan menyelitkan animasi, pelbagai contoh yang

lebih jelas terutama sekali dalam subjek sains rumah tangga kebanyakan pembelajaran

adalah daripada melihat keadaan sekililing dan gambaran yang lebih jelas untuk dijadikan

contoh. Menurut Alimom & Mohd Azlan (2019) dengan adanya teknologi multimedia

pelbagai kemudahan disediakan di dalamnya sama ada berbentuk pembelajaran pantas

ataupun pembelajaran sambil menikmati keseronokan bermain.

Selain itu, penggunaan multimedia ini mampu melahirkan pelajar yang mempunyai

semangat kerja sepasukan yang perlu diterapkan dalam diri pelajar sains rumah tangga ini

kerana dalam pembelajaran dan kerja kursus banyak melibatkan kerja secara sepasukan
oleh tiu pentingnya kemahiran berfikir, kreatif dan kritis.dengan adanya platform

multimedia pelajar-pelajar dapat melakukan perbincangan secara atas talian. Ciri-ciri ini

merupakan hasrat yang diharapkan oleh pihak kementerian pendidikan dalam

menyediakan pelajar yang cemerlang. Namun menurut MdSharif (2017) mengatakan

aktiviti pengayaan pembelajaran berasaskan elemen-elemen multimedia yang melampau

dan tidak mengikut dkop yang betul akan memberikan kesan yang buruk terhadap proses

PdP.
2.4 KERANGKA KONSEPTUAL

Kerangka konsep kajian dibina adalah untuk membantu pengkaji menjalani kajian dan

mendapatkan maklumat yang diperlukan semasa melakukan kajian. Kerangka konsep yang telah

dibina oleh pengkaji mempunyai tiga komponen utama iaitu masukkan, proses dan keluaran yang

bertujuan untuk menunjukkan secara grafik mengenai jalan cerita kajian yang dilakukan. Berikut

merupakan kerangka konsep yang telah dibuat oleh pengkaji.

INPUT PROSES OUT PUT


• Faktor
• Pelajar Aliran Keberkesanan • Penggunaan
Sains Rumah Penggunaan Teknologi
Tangga Teknologi Multimedia
Multimedia
• 1. menyokong
pembelajaran
kendiri
• 2 membantu
dalam
pengajaran
• 3. keseronokan
pelajar
Komponen kerangka konsep ini adalah pelajar Aliran Sains Rumah Tangga. Komponen kedua

adalah faktor keberkesanan penggunaan teknologi multimedia yang ditinjau kepada tiga aspek

iaitu pertaman faktor menyokong pembelajaran kendiri dimana pelajar mampu belajar tajuk yang

susah berulang kali dengan adanya teknologi multimedia ini pelajar mampu belajar memasak

melalui youtube, cara menjahit dan cara memulakan perniagaa.

Seterusnya, di dalam kajian ini juga kita dapat melihat bagaimana multimedia membantu

dalam pengajaran berdasarkan kajian yang dibuat oleh Putra (2018) mendapati bahan pengajaran

dan pembelajaran yang disampaikan melaui media mempunyai element-element seperti

multimedia seperti video youtube, cartone,grafik,animasi,audia dan mcm-macam lagi.ini kerana

telah terdapat banyak bahan bantu menganjar di dalam youtube untuk subjek sains rumah tangga

Bagi sudut motivasi menurut Aina (2013) para pelajar akan terus bersemangat untuk

melakukan aktiviti perbincangan dalam taliankerana jadual yang tidak terikat oleh masa

memudahkan pelajar untuk merasa lebih selesa dalam melaksanakan aktiviti perbincangan secara

kumpulan. Hal ini kerana di sekolah pelajar telah banyak menghabiskan masa di bengkel masakan

atau bengkel jahitan dan mereka sudah penat terikat dengan jadual waktu yang padat di sekolah.

Dengan adanya platform multimedia ini dapat membantu para pelajar lebih selesa dan tidak terikat

dengan masa yang ditetapkan pada bila-bila masa dan dimana mereka berada boleh melakukan

aktiviti perbincangan ini.


2.5 KESIMPULAN

Kajian lepas telah banyak menyatakan bahwa penggunaan perisisan multimedia mampu

membuktikan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran itu dapat dimaksimumkan bagi

mendapatkan kesannyang lebih baik terhadap pembangunan pelajar sains rumah tangga di

Malaysia. Oleh itu, suasana pembelajaran melalui penggunaan teknologi multimedia akan

membantu pelajar dan guru menguasai kemahiran kognitif yang diperlukan untuk mensintesiskan

pengetahuan. Justeru itu, kesemu element yang terdapat di dalam multimedia adalah penting bagi

merangsang pemikiran pelajar.

Oleh itu, dalam kajian ini penyelidikan telah mengkaji keberkesanan penggunaan teknologi

multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan prestasi pelajar dan minat

pelajar aliran sains rumah tangga.


BAB 3

Metodologi

3.1 PENGENALAN

bab ini akan menerangkan secara terperinci mengenai kaedah perlaksanaan ujian bagi mengkaji

Keberkesanan Penggunaan Teknologi Multimedia di dalam pembelajaran Pendidikan Sains

Rumah Tangga. Populasi dan sampel, instrument penyelidikan, analisis data dan etika

penyelidikkan yang digunakan. Metodologi kajian merupakan kaedah dan pendekatan yang

digunapakai bagi mencapai objektif dan matlamat kajian. Perkara-perkara yang disentuh di dalam

bab ini antaranya adalah reka bentuk kajian, pengumpulan data dan penganalisaan data

3.2 REKA BENTUK PENYELIDIKAN

Reka bentuk kajian adalah sesuatu kajian sebagai panduan untuk memastikan objektif

kajian tercapai dan seterusnya menjawab persoalan kajian. Kajian dijalankan untuk mengkaji

faktor keberkesanan penggunaan teknologi multimedia dalam pembelajaran pendidikan SRT.

3.2.1 Kuantitatif

Kajian ini adalah berbentuk Kajian Deskiptif. Ia bertujuan untuk memberikan satu

penerangan yang sistematik tentang fakta-fakta dan ciri-ciri yang mempengaruhi

penyataan masalah. Hasil dapatan kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Kaedah
reka bentuk kajian dilakukan dalam kajian ini adalah dengan menggunakan teknik

soal selidik yang menggunakan borang soal selidik dan akan diedarkan kepada

pelajar sekolah, SMK Pangkalan TLDM. Sebelum borang soal selidik diedarkan

secara atas talian, ianya akan dibuat pengesahan oleh seorang pensyarah dan akan

dijalankan secara online. Tujuan adalah untuk mengetahui samada Borang Soal

Selidik ini sah dan sesuai untuk diedarkan dan untuk menguji kebolehpercayaan

instrumen yang digunakan.

3.3 POPULASI DAN SAMPEL

Menurut Mohd Sidek Mohd Noah (2002), populasi ialah semuas kes atau subjek yang kita minat

untuk mengkajinya. Populasi juga bermaksud sekumpulan objek, benda, kejadian atau individu

yang ingin dikaji oleh pengkaji. Populasi merupakan cerapan atas satu kumpulan individu atau

objek. Individu yang dipilih mestilah mempunyai sekurang-kurangnyasatu sifat atau ciri yang

sama antara satu sama lain. Responden yang diambil oleh pengkaji untuk tinjauan ini adalah terdiri

daripada pelajar sekolah, SMK Pangakalan TLDM. Seterusnya, jenis data yang dikumpul dan

dikaji adalah berbentuk kuantitatif yang diambil daripada borang soal selidik yang diedarkan

secara atas talian kepada responden. Kajian ini mengenai persampelah Kaedah Rawak

Berkelompok (Simple Cluster Method) yang akan dilakukan kepada pelajar sekolah, SMK

Pangkalan TLDM, Lumut.


3.4 INSTRUMEN PENYELIDIKAN

Pengkaji menggunakan istrumen kajian jenis “researcher-developed”, dimana pengkaji membuat

sendiri instrument kajian. Instrumen kajian adalah terdiri daripada biodata responden dan juga

item-item yang berkaitan dengan soalan kajian. Pengkaji menggunakan instrumen kajian yang

berbentuk set soal selidik secara atas talian yang akan diedarkan kepada sampel kajian.

3.5 PENGUMPULAN DATA

Teknik pengumpulan data dapat dibuat melalui soal selidik. Didalam kajian ini, pengumpulan data

dibuat berdasarkan soal selidik secara atas talian kepada pelajar sekolah, SMK Pangkalan TLDM,

Lumut.

3.6 PROSEDUR KAJIAN

Untuk menjalankan kajian ini penyelidik perlulah mematuhi beberapa faktor. Antaranya adalah:

Tarikh / minggu tindakan

Minggu 1 dan 2 Cadangan tajuk kajian

Tpi jangan cari tajuk dlu cari isi dahulu

Minggu 3-10 Penulisan kertas cadangan.

Minggu 11 Penghantaran proposal penyelidikan

Minggu 12 Pembentangan video cadangan kajian


3.6 Kesimpulan

Di dalam bab ini telah diceritakan tentang metodologi kajian iaitu pemboleh ubah yang digunakan

dalam kajian ini. Disamping itu, bagaimana kajian ini dijalankan untuk pengumpulan data serta

kaedah-kaedah pengumpulan data yang digunakan untuk mengumpul segala data yang diperlukan.

Selain itu, pegkaji telah menyatakan etika penyelidikkan untuk kajian ini.
RUJUKAN

Aina, M. (2013). Efektifitas Pemanfaatan Multimedia Interaktif Pembelajaran

Ipa-Biologi Dalam Meningkatkan Motivasi Belajar Siswa Pria Dan Wanita Smp 19 Kota Jambi.

Dalam prosiding Semirata FMIPA Universitas Lampung, 125-130

Assin, M. K. (2013). Amalan penggunaan modul pengajaran berasaskan Modul

Multimedia Interaktif (MMI) dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional

(PTV) (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).

Norliza Hussin. (2017). Penggunaan Laman Web Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran Pendidikan Islam. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, [S.l.], v.

1, n. 2, aug. 2017. ISSN 2289-3016.

Robin, B. (2008). The effective uses of digital storytelling as a teaching and learning tool.

Handbook of Research on Teaching Literacy through the Communicative and Visual Arts, (Vol.

2), pp. 429-440.

Mohammad Azri (2019). Pengaruh Persekitaran Psikososial Sekolah Dan Efikasi Kendiri Guru Terhadap

Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21. International Journal of Education,

Psychology and Counseling,( Volume 4 Issues: 32) pp.284-314.

Nurzarina & Roslinda. (2017). Kefahaman Guru Tentang Kemahiran Abad Ke-21. Persidangan

Antarabangsa Sains Sosial Dan Komunikasi.

Noraini Omar. (2015). Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Berfokuskan Kepelbagaian Budaya

Murid: Kajian Kes Di Negeri Sarawak. Tesis Phd. Fakulti Pendidikanl: UKM
Siti Zulaidah Salsidu, Mohamed Nor Azhari Azman & Mai Shihah Abdullah. (2017). Tren Pembelajaran

Menggunakan Multimedia Interaktif dalam Bidang Pendidikan Teknikal 1-5 135–141.

Wan A.R. & Yunus, F. (2017). Cabaran Dalam Meningkatkan Kemahiran Kognitif Kanak-Kanak

Prasekolah:Penaksiran Autentik Sebagai Alternatif. Dalam prosiding Persidangan Antarabangsa

Sains Sosial & Kemanusiaan, 1-8.

Said., C.S., Umar., I.N., Muniandy., B. & Desa, S. (2015). Aplikasi Teknologi Multimedia dalam

Pembelajaran Sains Biologi: Kesan Terhadap Pelajar Berbeza Tahap Keupayaan Spatial. Journal

of

ICT in Education (JICTIE), 2, 15-25

Khairuddin, N.S. & Mailok, R. (2020). Pembelajaran Berasaskan Permainan Dalam Mata Pelajaran

Sejarah Menggunakan Teknik Mnemonik. Journal of ICT in Education (JICTIE), 7(1), 9-15

MdSharif, N. (2012) Kesan penggunaan multimedia dalam kalangan pelajar politeknik yang berbeza gaya

kognitif. Tesis Sarjana, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai