Anda di halaman 1dari 13

Tajuk : Eksplorasi Prinsip & Pembinaan Model Asas Binaan Konkrit Tetulang

(Rumah Semi-D)

Penghargaan
Bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan keizinanNya, berkat kesabaran dan kegigihan setiap ahli dalam
menjalankan tugas, hasil kerja KKSB 3163 Teknologi Binaan dan Bahan III ini berjaya disiapkan.

Secara amnya, modul Teknologi Binaan dan Bahan III ini diakui sedikit sebanyak telah
memberikan manfaat dan pemahaman tentang prinsip pembinaan dalam seni bina. Tidak dinafikan
juga banyak pengalaman yang telah diperoleh dan dapat dipraktikkan oleh para pelajar pada masa
akan datang.

Oleh yang demikian, kami ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan jutaan terima
kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah iaitu Prof. Madya Dr. Maslina Jamil yang telah
banyak memberi pemahaman terhadap konsep asas pembinaan dan bimbingan yang diberikan
sepanjang proses pelaksanaan projek berkumpulan ini. Tidak lupa juga, penghargaan turut
ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya
menyiapkan kertas kerja saya dengan jayanya. Sekian terima kasih.

Abstrak

Rumah semi-detached atau lebih dikenali sebagai rumah semi D merupakan antara contoh rumah
atas tanah (landed) dan mempunyai permintaan yang tinggi di Malaysia. Tanah bagi rumah jenis
ini dimiliki secara persendirian oleh pemilik rumah tersebut (individual title/geran individu).
Rumah ini juga dikenali sebagai rumah berkembar kerana dua buah rumah disambungkan sebelah
menyebelah dan berkongsi dinding di tengah. Rumah jenis ini hanya menpuyai tanah kosong di
bahagian hadapan, belakang dan salah satu daripada sisinya. Melalui tugasan ini, pelajar
dikehendaki untuk menghasilkan model tiga dimensi bagi bangunan yang berbeza dengan reka
bentuk yang pelbagai secara berkumpulan. Objektif utama tugasan ini dilakukan adalah bagi
memantapkan lagi pemahaman para pelajar dengan prinsip asas pembinaan bangunan dalam seni
bina. Pelajar dibenarkan menggunakan bahan yang pelbagai untuk membuat model bangunan
seperti kayu balsa, kertas kadbod, foam dan sebagainya yang dapat mewakili bahan pembinaan
sebenar. Secara tidak langsung pelajar dapat melakukan eksplorasi terhadap terhadap teknologi
bahan binaan serta pemilihan bahan dalam bangunan konkrit bertetulang dan bangunan keluli.
Pelajar juga dapat memahami dan menghayati easpek-aspek berkaitan teknologi binaan, elemen
struktur pada binaan, kaedah penyambungan, kaedah ikatan dan perincian binaan dalam bentuk
keratan 3 dimensi.

Isi Kandungan Muka Surat

Penghargaan i

Abstrak ii

1.0 Pengenalan 3

2.0 Objektif 3

3.0 Kajian Perpustakaan 4

4.0 Elemen asas bangunan dan konsep penyambungan 4-5

5.0 Metodologi dan proses pembangunan prototaip model 3D 5-8

6.0 Perbincangan reka bentuk model dan isu berkaitan 9

7.0 Kesimpulan 10

8.0 Rujukan 10

9.0 Lampiran 11-13


1.0 Pengenalan

Tugasan ini menekankan kepada konsep asas dalam pembinaan bangunan konkrit bertetulang atau
bangunan keluli. Dalam mengimplementasi teknologi binaan dan bahan dalam rekabentuk struktur
binaan, pelbagai aspek berkaitan prinsip asas dan gambarajah tipikal bagi struktur bangunan
perlulah difahami dengan mendalam.

Eksplorasi dalam penghasilan model 3 dimensi bagi model bangunan ini akan dapat
mengetengahkan pelajar dengan prinsip asas dan memanfaatkan kreativiti masing-masing dalam
mewujudkan model 3 dimensi yang memenuhi kriteria rekabentuk bangunan konkrit bertetulang
ataupun bangunan keluli.

Kebebasan pelajar untuk menggunakan kepelbagaian sumber sedia ada juga diharap dapat
merangsang kreativiti mereka dalam memenuhi konsep binaan di samping menghasilkan sebuah
rekabentuk model yang terbaik dan bermanfaat. Kesemua aspek utama dalam binaan bangunan
perlulah digarap dengan baik di samping menggabungkan kreativiti untuk menghasilkan model
prototaip 3D dan video tayangan bagi merumuskan hasil dapatan eksplorasi berkaitan topik
tersebut.

2.0 Objektif

i) Memahami konsep asas teknologi pembinaan bangunan konkrit tetulang atau keluli.

ii) Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman yang diperolah daripada kuliah berkenaan

teknologi binaan dan bahan ke dalam bentuk model 3 dimensi.

iii) Melakukan eksplorasi terhadap kepelbagaian teknik serta penggunaan bahan dalam proses

penghasilan model 3 dimensi bangunan konkrit bertelulang atau keluli.

iv) Menyediakan laporan dan menyimpan gambar-gambar ketika proses pembinaan untuk tujuan

pendokumentasian.
3.0 Kajian Perpustakaan

Kajian perpustakaan dalam kajian ini adalah dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu
di Perpustakaan Lingkungan Kedua dan Perpustakaan Tun Sri Lanang di UKM.

i) Building Construction Illustrated – Francis D.K Ching

Buku ini menunjukkan ilustrasi serta menerangkan bagaimana sistem pelbagai jenis teknologi
binaan berfungsi. Merupakan buku yang harus dimiliki oleh pelajar yang mengambil kursus
berkaitan dengan pembinaan dan seni bina. Setiap elemen bangunan, komponen dan sistem
diterangkan bersama-sama dengan istilah yang digunakan dalam pembinaan.

ii) Modern Concrete Construction Manual – Martin Peck, Christoph Dauberschmidt, Stephan
Engelsmann, Stefan Peters

Membincangkan segala perincian sistem teknologi binaan berasaskan konkrit terutamanya


pembinaan konkrit moden. Turut disentuh dalam buku ini ialah aspek kemapanan (sustainability)
binaan berasaskan konkrit serta ketahanannya dan rintangannya terhadap haba, stres serta serangan
sulfur yang mengakibatkan pengaratan yang seterusnya mengakibatkan hakisan.

4.0 Elemen Asas dan Konsep Pembangunan

Asas pada sesebuah struktur adalah dimaksudkan sebagai sebahagian struktur yang bersentuhan
dengan tanah. Asas berfungsi untuk memindahkan beban struktur kepada bumi dengan selamat.
Saiz dan jenis asas yang digunakan hendaklah menepati keselamatan dari segi keupayaan dan
enapan tanah supaya beban yang dipindahkan tidak melebihi kekuatan ricih tanah.

Terdapat dua jenis kategori asas bangunan; asas cetek dan asas dalam. Dalam projek ini,
kami menggunakan asas cetek. Asas cetek berfungsi menghantar beban struktur hanya kepada
tanah berdekatan. Asas cetek mempunyai tiga jenis rekabentuk mengikut kesesuaian tanah; asas
pad, asas jalur, asas rakit. Kami menggunakan asas pad.
Asas pad berfungsi untuk menopang keseluruhan beban untuk sesuatu tiang secara tersendiri.
Kebiasaanya asas ini dibina untuk menyokong tiang struktur. Rekabentuk asas pad boleh
didapati dalam pelbagai bentuk seperti bulat, segi empat dan sebagainya.

Konsep penyambungan yang digunakan ialah kaedah sambungan tiang dan alang (post and
beam). Pada struktur post and beam, struktur akan memikul berat beban vertikal dan seterusnya
mengalihkan ke tanah.

5.0 Metodologi dan proses pembangunan prototaip model 3D

Kajian lapangan yang dilakukan dalam tugasan ini adalah berbentuk kuantitatif di mana para
pelajar dikehendaki untuk membina model 3d secara manual dalam kumpulan.

Proses pembinaan yang terlibat ialah:

5.1 Pembinaan ground beam dan pertapakan

• Dibina menggunakan kayu bersaiz 1” x 2” dan papan lapis 12mm.

• Kotak bentuk perlu dibina mengikut saiz dan ketinggian yang telah ditetapkan didalam
pelan.
5.2 Pembinaan Lantai

 Besi jenis BRC berketebalan 6mm dibentang dan konkrit dituang dengan berketebalan
150mm.
 Simen bancuh dilepa selepas konkrit kering bagi render lantai.

5.3 Tetulang Tiang


 Tetulang tiang dibuat daripada ‘reinforced bar’ berketebalan 10mm dan diletakkan
sebagai tetulang tengah bagi rasuk dan tiang.

5.4 Acuan kayu tiang

 Kayu plywood dikepung mengikut saiz tiang 150mmx150mm


 Konkrit dituang mengikut bentuk acuan kayu tiang

5.5 Ikat bata dinding


 Bata diikat menggunakan bancuhan mortar iaitu campuran simen, pasir dan air
mengikut ratio 1:4.
 Setiap 4 lekap bata diletakkan tetulang jenis Exmet bagi mengelakkan bata
disusun terus menerus ke atas.

5.6 Kerangka tulang rasuk

Dibuat sebelum diletakkan di atas dinding menggunakan ‘reinforced bar’ bersaiz 10mm.

5.7 Acuan kayu rasuk


 Acuan diletakkan di atas dinding bata
 Konkrit dituang dalam acuan kayu

6.0 Perbincangan reka bentuk model dan isu berkaitan

Model yang dipilih adalah berdasarkan binaan sebuah rumah berkembar atau semi D yang
diperbuat daripada konkrit bertetulang. Konkrit merupakan bahan komposit yang sering
digunakan dalam pembinaan. Ia merupakan gabungan simen dan aggregat seperti pasir, batu-
batu halus dan kasar. Bahan-bahan ini ditambah mengikut kadar pencampuran tertentu seperti
yang telah ditetapkan. Oleh sebab itu, teknik yang digunakan bagi menghasilkan konkrit yang
baik perlulah difahami dan diberi perhatian dengan teliti. Kualiti konkrit yang dihasilkan
bergantung kepada kualiti bahan-bahan mentah yang digunakan seperti simen, batu baur dan air,
kadar pencampurannya, cara pembancuhannya, cara pengangkutannya dan cara-cara
pemadatannya. Jika bahan mentah yang digunakan tidak berkualiti, maka konkrit yang
dihasilkan akan mempunyai mutu yang rendah dan akan mengakibatkan konkrit tersebut tidak
kuat dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Oleh itu, teknologi konkrit telah
menentukan bahawa semua bahan yang akan digunakan perlulah diuji terlebih dahulu dan
kemudian mendapat kelulusan piawaian yang telah ditetapkan sebelum ia dapat digunakan untuk
kerja-kerja pembinaan.

Konkrit yang belum keras akan dijalankan ujian slump test dan diambil daripada lori
sebelum penuangan konkrit dijalankan bagi memastikan result konkrit tersebut mencapai
campuran sebati bersama semua bahan seperti air, bahan kimia, dan aggregate. Ujian ini juga
dipanggil ujian runtuhan dan tahap kelulusan yg dicapai adalah bermula dari 50mm ke 100mm
daripada tinggi konkrit yang asal. Konkrit diisi sebanyak 3 lapisan sehingga penuh slump tank
dan ditumbuk dengan pemberat. Selepas itu, slump diangkat dan beza ketinggian slump dengan
baki runtuhan mestilah tidak melebihi 100mm.

Konkrit yang keras pula diuji melalui cube test result. Iaitu memberikan bebanan sekata
yg tumpat bagi menekan konkrit itu sehingga pecah untuk mendapatkan ralat bacaan yg
diperlukan. Konkrit dimasukkan kedalam mould cube sebanyak 3 lapisan dan setiap lapisan akan
ditumbuk-adun sebanyak 30 kali dengan menggunakan pemberat. Selepas 1 hari apabila
mengeras, kiub ini akan direndam kedalam air sehingga menutupi keseluruhan kiub. Hari Ujian
ini berbeza bergantung pada struktur dan masa rendaman kiub dalam air. ujian ini dibuat pada ke
7 hari, 14 hari, dan 28 hari.

Masalah utama konkrit adalah Honeycomb (sarang lebah) atau konkrit yang berongga
serta tidak padat merupakan masalah yang sering berlaku pada stuktur bangunan di tapak binaan
masalah ini jika tidak diatasi dengan segera, ianya boleh melemahkan struktur binaan sebuah
bangunan kerana tetulang besi yang terdapat didalam struktur konkrit column atau beam akan
terdedah dengan cahaya dan air yang akan mengakibatkan karat pada besi tersebut serta
melemahkannya.

7.0 Kesimpulan

Berdasarkan tugasan ini, dapatlah disimpulkan bahawa tugasan ini telah sedaikit sebanyak
menyumbang serta memberi pendedahan kepada para pelajar tentang proses serta langkah-
langkah pembinaan bangunan berasaskan konkrit. Secara tidak langsung juga pelajar dapat
belajar memahami jenis-jenis sambungan serta kelebihan dan kekurangan jenis teknologi binaan
yang digunakan. Pelbagai isu dan aspek kelestarian dalam industri pembinaan turut
dibincangkan yang secara tidak langsung sepanjang proses pembinaan model dijalankan.
Penyediaan laporan ini pula adalah bertujuan untuk penyimpanan rekod serta menunjukkan
gambar langkah-langkah pembinaan serta pemasangan model.

8.0 Rujukan

Francis D.K Ching. 2008. Building Construction Illustrated. Canada: John Wiley & Sons, Inc.

Francis D.K Ching. 2009. Building Structures Illustrated. Canada: John Wiley & Sons, Inc.

Martin Peck, Christoph Dauberschmidt, Stephen Engelsmann, Stephen Peters, Valerie Spalding.
2014. Modern Concrete Construction Manual. Berlin: Institut for Internationale Architektur-
Dokumentation GmbH & Co. KG, Munich
9.0 Lampiran

Anda mungkin juga menyukai