Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

KARNIVAL STEM 2021


SEKOLAH RENDAH

PERTANDINGAN FOTOGRAFI
ALAM SEMULAJADI
PERTANDINGAN FOTOGRAFI ALAM SEMULAJADI SEKOLAH RENDAH

1.0 PENGENALAN:

1.1 Pertandingan Fotografi Alam Semula Jadi adalah pertandingan yang


dilaksanakan dalam Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
(STEM) anjuran Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Sektor
Pembangunan Murid (SPbM), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS)
dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
.
1.2 Pertandingan Fotografi Alam Semulajadi dilaksanakan untuk meningkatkan
minat murid dalam bidang STEM melalui pemerhatian terhadap alam
semulajadi. Pertandingan ini juga mampu mencungkil kreativti dan penerokaan
melalui penceritaan bergambar. Disamping itu, pertandingan ini juga diharap
dapat mengukuhkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dengan
menterjemahkan keunikan alam semulajadi dalam bentuk fotografi.

2.0 OBJEKTIF:

2.1 Mengembangkan bakat dan minat murid dalam bidang fotografi dengan
menggunakan teknik serta medium yang betul bagi menghasilkan foto alam
semula jadi yang bermakna.

2.2 Merangsang minat, rasa ingin tahu, dan keinginan murid untuk meneroka
konsep dalam bidang STEM melalui pemerhatian terhadap alam semula jadi.

2.3. Menggunakan rakaman gambar sebagai satu kaedah pemerhatian dalam


memahami keunikan alam semula jadi.

2.4. Mengukuhkan pengetahuan peserta dalam bilik darjah melalui pemerhatian


terhadap alam semula jadi.

2.5. Mengembangkan potensi kreatif murid terhadap kepentingan menghargai


alam semula jadi.

2 | Kertas Konsep Pertandingan Fotografi Alam Semulajadi _ eMAS 2.0


3.0 TEMA: KEHIDUPAN DAN ALAM SEMULAJADI

3.1 Alam semula jadi meliputi matahari, air, udara, bumi dan kitaran fizikal yang
menyokong kehidupan (seperti kitar oksigen, nitrogen, karbon dan air) serta
sistem biologi dan ekologi (Benda hidup yang saling berinteraksi).

4.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah kerajaan dan
sekolah rendah bantuan kerajaan

4.2 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah tahun 4, 5


dan 6 sahaja.

4.3 Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.

4.4 Peserta perlu mengetengahkan unsur kehidupan dan hubungannya dengan


alam semula jadi dalam gambar yang diambil.

4.5 Gambar yang dihantar perlulah asli, terkini, hasil karya peserta dan tidak
pernah menyertai mana-mana pertandingan.

4.6 Suntingan atau ubahsuai minima terhadap foto menggunakan sebarang


perisian komputer adalah dibenarkan. Namun demikian, teknik cantuman
gambar (‘collage technique’), ‘super impose’, ‘trick photographs’, dan gambar
yang dimanipulasikan adalah TIDAK dibenarkan.

4.7 Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan sekiranya didapati hasil
karya adalah tidak asli atau diambil dari mana-mana sumber.

4.8 Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital (DSLR) atau
kamera telefon bimbit.

4.10 Penganjur tidak bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan berkaitan


dengan subjek di dalam gambar.

4.11 Karya fotografi mestilah disertakan dengan penerangan ringkas


berhubung dengan tujuan, teknik dan mesej sains dalam gambar
berkenaan dan dihantar melalui ‘google form’ yang disediakan oleh pihak
penganjur.

4.12 Penerangan ringkas (berbentuk PDF) mestilah menggunakan font


Arial, saiz tulisan 12 dan double spacing

3 | Kertas Konsep Pertandingan Fotografi Alam Semulajadi _ eMAS 2.0


5.0 KRITERIA PENILAIAN
Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria berikut:

5.1 Komposisi (30%)


Penghasilan foto mestilah mempunyai daya tarikan yang tersendiri dengan
mengambil kira segala aspek yang sepatutnya ada termasuk subjek, latar
dan perspektif yang bertepatan.

5.2 Kualiti (20%)


Penilaian kualiti berdasarkan fokus, ‘exposure’, kontras dan
pencahayaan yang bersesuaian .

5.3 Penyampaian (20%)


Hasil karya yang menyampaikan mesej yang jelas dan mudah difahami.

5.4 Penceritaan (20%)


Karya mestilah berdasarkan kepada keaslian yang memberi impak dan
kefahaman kepada sesiapa sahaja.

5.5 Mount of Frame (10%)


Kaedah penghasilan foto berdasarkan kepada keseimbangan keseluruhan
karya.

6.0 PROSEDUR PENDAFTARAN DAN PENYERTAAN

6.1 Semua urusan pendaftaran dan penyertaan mesti dibuat melalui borang
pendaftaran secara dalam talian.

6.2 Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti diisi dengan
lengkap dan betul.

6.3 Fail (KARYA FOTOGRAFI DAN PENERANGAN RINGKAS) mesti dimuat


naik ke Google Forms yang disediakan oleh Pengelola. Fail (KARYA
FOTOGRAFI DAN PENERANGAN RINGKAS) perlu disertakan dengan
caption: PPD_NamaSekolah_NamaPertandingan

Contoh: PPDKuching_SKBatuLintang_FotografiSR

6.4 Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan disahkan oleh pihak
sekolah. (Lampiran 1)

6.5 Pengelola berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak lengkap
atau lewat.

4 | Kertas Konsep Pertandingan Fotografi Alam Semulajadi _ eMAS 2.0


7.0 PENGESAHAN PENYERTAAN
7.1 Senarai peserta peringkat negeri hendaklah mendapat pengesahan daripada
PPD masing-masing melalui surat iringan yang dimuat naik ke Google Forms
pendaftaran.

8.0 PENGHAKIMAN
8.1 Lantikan panel hakim Peringkat Negeri adalah di bawah penyelarasan Unit
Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Sektor Pembangunan Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

8.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan dan rayuan berkaitan
dengan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.

9.0 PROSES PENJURIAN

9.1 Semua urusan penjurian karya fotografi akan dilaksanakan secara dalam
talian.

9.2 Semua penghasilan karya fotografi akan disahkan dan diperiksa untuk
memastikan bahawa pendaftaran memenuhi syarat penyertaan dan prosedur
pendaftaran.

9.3 Peringkat Pertama: Tapisan Mengikut Syarat Penyertaan Dan Prosedur


Pendaftaran.

Penghantaran karya fotografi akan disahkan dan diperiksa oleh pihak


penganjur untuk memastikan bahawa pendaftaran memenuhi syarat
penyertaan dan prosedur pendaftaran.

9.4 Peringkat Kedua: Menilai Penghasilan Karya Fotografi.

Penghantaran karya fotografi yang diterima akan dinilai oleh panel hakim.
Panel hakim akan menilai dan memilih karya fotografi yang memenuhi
elemen penilaian.

5 | Kertas Konsep Pertandingan Fotografi Alam Semulajadi _ eMAS 2.0


10.0 TUNTUTAN HAK CIPTA

10.1 Sektor Pembangunan Bakat Murid (SPbM), Jabatan Pendidikan Negeri


Sarawak (JPNS) memiliki hak cipta sepenuhnya terhadap karya yang
dihasilkan.

11.0 PEMARKAHAN
11.1 *****RUJUK BORANG PEJURIAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI ALAM
SEMULA JADI****

12.0 CADANGAN HADIAH PERTANDINGAN

BIL PERKARA CATATAN


1. Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
2. Naib Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
3. Tempat ke-3 Hadiah dan Sijil Pencapaian
4. Tempat ke-4 Hadiah dan Sijil Pencapaian
5. Tempat ke-5 Hadiah dan Sijil Pencapaian
6. Tempat ke-6 hingga ke-10 Hadiah dan Sijil Penyertaan
7. Tempat ke-11 hingga seterusnya Sijil Penyertaan

13.0 KARNIVAL STEM 2021 PERINGKAT KEBANGSAAN


13.1 Pasukan yang mendapat tempat PERTAMA dalam setiap pertandingan
Karnival STEM 2021 Peringkat Negeri akan mewakili Negeri Sarawak untuk ke
peringkat Kebangsaan.

6 | Kertas Konsep Pertandingan Fotografi Alam Semulajadi _ eMAS 2.0


Lampiran 1
BORANG PENYERTAAN

Pertandingan _________________________________________
KARNIVAL STEM 2021
Sekolah Menengah/ Sekolah Rendah
Peringkat Negeri Sarawak
Karnival eMAS II
PPD

Nama Sekolah

Alamat
Sekolah

No. Tel E-mel


Sekolah Sekolah

Maklumat Bil Nama No. Kad Pengenalan


Murid 1.

Nama Guru

No. Telefon
Guru
Pengesahan Sekolah:
Dengan ini, saya/kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal
murid dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan. Saya/kami bersetuju
dengan semua syarat-syarat pertandingan ini.

………………………………… Tarikh: ……………………


(Tandatangan Guru)

Pengesahan Pengetua: ……………………………. Cap Rasmi Sekolah

7 | Kertas Konsep Pertandingan Fotografi Alam Semulajadi _ eMAS 2.0


BORANG PENJURIAN
PERTANDINGAN FOTOGRAFI ALAM SEMULAJADI

Kriteria Markah Kod:


Bil
Pemarkahan maksima
Markah
1 Komposisi (30 Markah) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Daya tarikan 10
Kedudukan
10
Subjek
Latar 5

Perspektif 5
2 Kualiti (20 Markah) 1 2 3 4 5
Fokus 5

Exposure 5

Kontras 5

Pencahayaan 5
3 Penyampaian (20 Markah) 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20
Mesej 20
4 Penceritaan (20 Markah) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Impak 10

Keaslian 10
5 Persembahan (10 Markah) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Mount of Frame 10
JUMLAH 100
JUMLAH KESELURUHAN

Rumusan Hakim:
__________________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________________

Tandatangan Hakim:

8 | Kertas Konsep Pertandingan Fotografi Alam Semulajadi _ eMAS 2.0


BORANG PENERANGAN
PERTANDINGAN FOTOGRAFI ALAM SEMULAJADI

NAMA PESERTA :

TAJUK FOTOGRAFI :

TUJUAN FOTOGRAFI

TEKNIK FOTOGRAFI

MESEJ SAINS DALAM


FOTOGRAFI

9 | Kertas Konsep Pertandingan Fotografi Alam Semulajadi _ eMAS 2.0


AM
1. Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
2. Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui laman Facebook Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak dan laman Facebook Unit Koku JPN Sarawak.
3. Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi:

PUAN MARJOLYN MICHAEL


Penolong Pengarah (STEM)
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
082-473670

ENCIK CHAI CHANG CHING


Pegawai Teknikal Pertandingan Fotografi Alam Semulajadi
SJK (C) Chung Hua Bau
012-8900401

PENUTUP
Kertas Konsep Karnival STEM 2021 (Pertandingan Fotografi Alam Semulajadi) Peringkat
Negeri Sarawak 2021 sah digunakan mulai Julai 2021 sehingga pemberitahuan lanjut oleh
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan
Negeri Sarawak.

10 | Kertas Konsep Pertandingan Fotografi Alam Semulajadi _ eMAS 2.0

Anda mungkin juga menyukai