Anda di halaman 1dari 11

LAPORAN KOLOKIUM AMALAN TERBAIK PENGETUA DAN GURU BESAR

(KATPGB) DAERAH HULU LANGAT 2021

TAJUK: MENGAPLIKASIKAN PENGGUNAAN SISTEM e-STaR

BAGI MENGENAL PASTI KEHADIRAN MURID SK TAMAN RAKAN

Romna bt Rosli
Amierah Izzati Aisyah binti Mohd Nazri
Praveena A/P Kalimuthu
Anis Alisa binti Baharuddin
Yogha Priyisha A/P Vadivelu
Ahmad Adib bin Ahmad

SK Taman Rakan, Kajang

ABSTRAK

Pengadaptasian norma baharu akibat pandemik Covid-19 telah memacu warga pendidikan
ke arah mod Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Kekangan dan cabaran awal
mod PdPR ini juga telah mengarahkan fokus kepada isu kehadiran murid yang hanya berada
pada tahap memuaskan. Permasalahan perekodan data secara manual terhadap guru dalam
mengenal pasti kehadiran murid semasa kaedah PdPR menjadi faktor utama idea bagi
amalan terbaik ini dijana dan dijalankan. Selain itu, sistem data awal yang tidak sistematik
menyebabkan analisa kehadiran mengambil masa yang lama sebelum para guru dapat
mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi sebarang masalah kehadiran murid.
Oleh itu, SK Taman Rakan telah mengadaptasi dan membangunkan sistem kehadiran e-
STaR melalui aplikasi laman web Google Data Studio bagi membantu mengenal pasti dan
meningkatkan kehadiran murid sepanjang PdPR berlangsung. Hasil dapatan kajian
mendapati sistem e-STaR telah berupaya membantu warga sekolah terutamanya guru kelas
dalam mengenal pasti kehadiran murid SK Taman Rakan sepanjang PdPR dengan lebih
efisien di samping meningkatkan peratus kehadiran berbanding sebelumnya.

Kata kunci: kehadiran, PdPR, perekodan data, sistem e-STaR


PENGENALAN
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dilaksanakan di
Malaysia akibat pandemik Covid-19 telah membawa pelbagai perubahan serta cabaran
baharu yang perlu dihadapi warga dunia pendidikan. Antara perubahan yang paling besar
adalah kebergantungan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pada penggunaan
teknologi, internet dan media sosial. Dengan berpindahnya kaedah pengajaran dan
pembelajaran ke alam digital sejak tahun 2020, timbul kekangan atas pengenalpastian
kehadiran murid ke kelas PdPR di mana jika dibiarkan akan mendatangkan masalah lain
(Acschmid, 2011). Kehadiran murid dianggap sebagai salah satu aspek dalam memastikan
perkembangan prestasi akademik dan sahsiah mereka (M. Man, M.Y.M. Saman, M.N. Hassan,
F.A.M. Zaki, 2008).

Data statistik murid yang hadir ke kelas PdPR di SK Taman Rakan didapati hanya
berada pada tahap memuaskan. Kerjasama guru kelas dan guru subjek diperlukan bagi
mengambil kehadiran murid pada setiap hari dan bagi setiap subjek yang disertai pada satu-
satu hari PdPR dijalankan (S.H. Apandi & R. Mohamed, 2012). Namun, pengumpulan
maklumat kehadiran murid pada awal pelaksanaan PdPR adalah tidak sistematik dek
kepelbagaian kaedah pengutipan data serta ketiadaan had masa. Hal ini menyebabkan data
kehadiran yang diterima dan analisis tidak dapat dilakukan pada kadar yang cepat dan
tersusun bagi kemudahan rujukan guru-guru yang memerlukan maklumat tersebut.

Oleh yang demikian, idea bagi mengumpulkan data dengan lebih sistematik dan
menjimatkan masa guru serta memudahkan akses kepada ibu bapa tercetus bagi mengatasi
permasalahan yang timbul. Pengadaptasian sistem e-STaR ini dibangunkan melalui aplikasi
web Google Data Studios dan akan dibincangkan dengan lebih mendalam menerusi artikel
ini. Melalui sistem ini, pengisian kehadiran bagi setiap subjek adalah lebih mudah bagi ibu
bapa dan pengumpulan data dapat diseragamkan bagi semua guru di SK Taman Rakan.
Sistem e-STaR ini juga mempunyai had masa bagi mengisi kehadiran dan membantu ke arah
mendapatkan analisis data kehadiran yang lengkap samada sepanjang minggu mahupun
bulan. Sebagai satu platform atas talian, sistem e-STaR ini mudah dicapai oleh semua warga
sekolah terutamanya guru yang berkenaan bagi mengakses maklumat kehadiran murid pada
bila-bila masa dengan kemudahan maklumat secara real-time.

OBJEKTIF
Amalan terbaik ini dilaksanakan bagi mencapai objektif utama iaitu mengenal pasti kehadiran
murid di SK Taman Rakan sepanjang PdPR.

Berikut merupakan objektif khusus pelaksanaan amalan terbaik di SK Taman Rakan:


• Mendapatkan data kehadiran murid semasa PdPR dengan lebih tepat dan mudah diakses
• Membangunkan sistem kehadiran yang standard dan sistematik (sistem e-STaR)
• Meningkatkan peratus kehadiran murid semasa PdPR dijalankan
• Mengenal pasti murid yang tidak hadir dan isu yang dihadapi oleh murid
• Mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu murid menyertai sesi PdPR

KEDUDUKAN SEBELUM AMALAN TERBAIK DILAKSANAKAN

1. Sistem Kehadiran yang dilaksanakan

Pada peringkat awal mod Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) dijalankan,
data kehadiran murid dikumpulkan dengan pelbagai kaedah dan cara oleh guru-guru di SK
Taman Rakan. Antaranya ialah melalui aplikasi Whatsapp, Telegram, Google Classroom
serta Google Forms yang dilaksanakan oleh setiap guru subjek. Perekodan kehadiran
sebegini adalah tidak sistematik dan mengelirukan akibat pertindihan data dan informasi
penting berkenaan sekolah serta maklumat kehadiran murid di aplikasi yang disebut di atas.

2. Kehadiran Murid sepanjang PdPR

Melalui data yang dikutip semasa peringkat awal pelaksanaan Pembelajaran dan
Pengajaran di Rumah, peratus kehadiran murid yang menyertai kelas secara online berada
hanya pada tahap yang memuaskan. Penglibatan murid secara atas talian juga dilihat agak
memuaskan pada peringkat ini. Hal ini berkemungkinan disebabkan kekeliruan atau catatan
maklumat yang tidak selaras serta kekangan masa bagi mengisi kehadiran murid yang terlalu
banyak.

MASALAH YANG DIHADAPI


Pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran dari Rumah yang dilaksanakan mulai tahun 2020
mendatangkan beberapa kekangan yang tidak dapat disangkal, salah satu daripadanya ialah
pengenalpastian kehadiran murid yang agak susah dilaksanakan . Antara punca yang
menyebabkan permasalahan ini adalah:

a) Terlalu banyak kaedah pengumpulan maklumat kehadiran murid yang tidak standard
b) Analisis maklumat kehadiran murid mengambil masa dan menyusahkan sebarang
tindakan yang dapat diambil untuk membantu murid menyertai PdPR.
c) Guru tiada kaedah yang sistematik dan sesuai bagi mencatat kehadiran murid secara
keseluruhan
AMALAN TERBAIK YANG DILAKSANAKAN

i. PENERANGAN AMALAN TERBAIK


Amalan terbaik yang dilaksanakan oleh SK Taman Rakan ialah sistem e-STaR yang dibina
bagi mengenalpasti kehadiran murid semasa PdPR berlangsung. Sistem ini dibangunkan
daripada aplikasi laman web Google Data Studios yang merupakan satu medium atas talian
bagi menukar data menjadi satu laporan bermaklumat. Laporan ini mudah dibaca dan dikongsi
kepada pihak yang berkenaan dengan antara muka yang dapat disesuaikan dengan fungsi
yang ingin dibangunkan. Medium ini dipilih sebagai asas penyediaan dan pembangunan
sistem e-STaR yang digunapakai di SK Taman Rakan ini adalah atas sebab-sebab yang
diberikan di dalam Rajah 1 dibawah.

paparan data
yang sistematik

laporan data secara


mudah diakses
automatik dengan
pelbagai pihak
'Real-Time Data'

penghasilan carian yang lebih


dashboard yang mudah dengan
menarik secara 'filter' untuk
visual dipaparkan

Rajah 1. Faktor pemilihan medium Data Studio bagi pembangunan sistem e-STaR

Faktor-faktor yang telah disenaraikan telah menyumbang sedikit sebanyak ke arah


pencetusan idea bagi satu sistem kehadiran yang sistematik dalam mengenalpasti kehadiran
murid di sekolah ini seterusnya menjadi pemangkin pembangunan sistem e-STaR dalam
membantu mencapai objektif yang diingini. Gambar 1 di bawah menunjukkan rekabentuk
antaramuka dashboard atau muka depan sistem e-STaR yang telah dibangunkan.
e-STaR

Gambar 1. Reka bentuk muka depan sistem e-STaR

Rajah 2. Rajah analisa kehadiran murid berdasarkan carian subjek


Rajah 2 merupakan rajah analisa kehadiran murid SK Taman Rakan berdasarkan carian
mengikut kelas. Sebagaimana yang telah disenaraikan dalam Rajah 1, dengan adanya ciri
khusus ‘filter’ di dalam sistem ini, carian maklumat kehadiran murid menjadi lebih mudah
dengan membahagikan maklumat kepada carian kelas mahupun subjek. Hal ini memudahkan
akses pihak yang yang memerlukan pada maklumat kehadiran murid dengan lebih pantas
dan sistematik tanpa perlu melihat satu persatu.

Gambar 2. Analisa kehadiran harian murid

Selain itu, kedua-dua rajah dan gambar 2 yang ditunjukkan di atas adalah laporan hasil
analisis data kehadiran murid yang hadir dan telah dikira secara automatik. Seperti yang
dimaklumkan, aplikasi ini membantu menukarkan data menjadi satu laporan yang
bermaklumat. Hal ini memudahkan para guru atau pihak yang berkenaan untuk
mengenalpasti kehadiran murid semasa PdPR dengan laporan yang sudah dianalisis yang
hanya berada di hujung jari seterusnya memudahkan tindakan lanjut diambil.

SK Taman Rakan telah memulakan langkah bagi mengaplikasikan sistem kehadiran yang
lebih baik bagi mencapai objektif yang telah disebutkan seperti di atas. Rajah 4 menunjukkan
carta alir pelaksanaan sistem (Sistem e-STaR) yang diadaptasi dan dibangunkan daripada
laman web aplikasi Google Data Studios bagi mengenalpasti kehadiran murid semasa PdPR
dijalankan. Pelaksanaan sistem e-STaR ini bermula secara berperingkat bermula dengan
perancangan sehingga pelancaran dan tindakan. Pelaksanaan amalan terbaik ini mengambil
kira usaha dan kerjasama semua pihak dan warga SK Taman Rakan sepanjang PdPR
dilaksanakan.

PELAKSANAAN

Perancangan Pembahagian Tugas Pelancaran Analisis

Aplikasi Whatsapp / Guru kelas –


Tarikh Rekabentuk antara muka
Telegram kelas
kehadiran murid
Kolaborasi semua guru Pengumpulan data
Google Classroom Guru kaunseling –
di SK Taman Rakan murid SK Taman Rakan
mengenalpasti isu
Pembinaan dan Semua guru SK Taman masalah dihadapi
pembangunan tapak Rakan murid

Pembinaan tapak Google


Forms

Rajah 4. Carta Alir Pelaksanaan Sistem e-STaR SK Taman Rakan

ii. KUMPULAN SASARAN


• Semua murid Tahap 1 SK Taman Rakan (Tahun 1, 2 dan 3)
• Semua murid Tahap 2 SK Taman Rakan (Tahun 4, 5 dan 6)

iii. IMPAK AMALAN TERBAIK KEPADA KUMPULAN SASARAN


Pelaksanaan amalan terbaik ini telah mendatangkan impak yang baik kepada kumpulan
sasaran yang disebut yakni semua murid tahap 1 dan tahap 2 di SK Taman Rakan. Daripada
analisis laporan dan maklum balas daripada para guru, peningkatan kehadiran murid boleh
dikatakan adalah hasil daripada pengenalpastian murid tidak hadir melalui sistem e-STaR
yang berlaku pada kadar yang lebih pantas dan efisien berbanding dengan sistem kehadiran
manual sebelum ini seterusnya memudahkan tindakan susulan diambil oleh pihak sekolah
bagi membantu murid menghadiri PdPR dengan lebih konsisten.
KOS
Sistem e-STaR ini merupakan sistem kehadiran yang dibangunkan secara atas talian yang
tidak memerlukan sebarang perbelanjaan atau kos.

KEBERKESANAN DARIPADA AMALAN TERBAIK YANG DILAKSANAKAN

Berdasarkan data kehadiran yang diterima dan dianalisis, peratus kehadiran bagi setiap murid
bagi tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) dan tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) di SK Taman Rakan meningkat
peratus kehadiran baik dari segi kehadiran individual mahupun keseluruhan. Gambar 3 di
bawah menunjukkan peningkatan peratus kehadiran murid bagi satu kelas tahun 3 dan tahun
5 pada bulan Ogos dan September yang boleh didapati daripada sistem e-STaR. Kelas
tersebut dipilih secara rawak, namun kesemua kelas di SK Taman Rakan menunjukkan
peningkatan peratus kehadiran yang hampir sama. Perkara ini telah melonjakkan status
kehadiran murid daripada memuaskan kepada baik sejak pelaksanaan sistem e-STaR dalam
tempoh PdPR ini.

Gambar 3. Peratus kehadiran murid mengikut bulan kelas tahun 3 dan 5.


Peratus Kehadiran Murid PdPR
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0
Ogos-20 Sep-20 Ogos-21 Sep-21

Tahap 1 Tahap 2

Rajah 6. Perbandingan peratus kehadiran murid sebelum dan selepas menggunakan sistem e-STaR

Rajah 6 menujukkan perbandingan peratus kehadiran murid pada bulan Ogos dan September
2020 dan 2021 selepas pelancaran dan penggunaan sistem e-STaR dilaksanakan dengan
aktif. Daripada graf diatas serta laporan bergambar yang diekstrak daripada sistem ini, peratus
kehadiran murid dapat dilihat meningkat dengan baik semasa PdPR dijalankan. Hal ini
menunjukkan kebolehan pengimplementasian sistem e-STaR membantu meningkatkna
kehadiran murid secara langsung dan tidak langsung.

Di samping itu, penggunaan sistem e-STaR menjadi salah satu sumber maklumat utama yang
cukup efisien dan berguna bagi guru-guru mengenal pasti kehadiran murid secara
keseluruhan mahupun mengikut matapelajaran yang ada. Hal ini seterusnya membantu guru
yang berkenaan seperti guru kelas dan guru kaunseling bagi mengenal pasti dan
mendapatkan maklumat murid yang mempunyai masalah hadir sesi PdPR secara konsisten.
Oleh itu, pihak sekolah dapat bekerjasama bagi mencari jalan terbaik untuk membantu
menyelesaikan atau mengurangkan masalah yang dihadapi seperti kekurangan gajet yang
digunakan mahupun kekangan masa.

Pencarian jalan penyelesaian yang paling sesuai yang boleh dan telah dilakukan bagi
meningkatkan kehadiran murid adalah seperti mengolah cara PdPR dengan menyertakan
arahan dan soalan mudah secara luar talian agar tiada murid yang akan ketinggalan dalam
pembelajaran mereka. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa hanya dengan pembangunan
sistem kehadiran yang sistematik dan bagus dapat membantu pihak sekolah mengatasi isu
kehadiran malah meningkatkan lagi kehadiran murid dengan lebih konsisten semasa PdPR.
Hal ini dipersetujui oleh beberapa kajian yang dilakukan ke atas penggunaan dan
pembangunan sistem kehadiran yang baik dan menggunapakai teknologi yang ada bagi
membantu mengenalpasti dan meningkatkan kehadiran murid seperti kajian oleh M. Kassim,
H. Mazlan, N. Zaini dan M. K. Salleh (2012) dan H.D. Rjeib, N.S. Ali, A. Al Farawn, B. Al-
Sadawi & H.Alsharqi (2018).

Konklusinya, daripada pelaksanaan amalan terbaik ini, kami dapat memastikan penggunaan
sistem kehadiran yang standard dan sistematik telah membantu mengenalpasti kehadiran
murid serta meningkatkan peratus kehadiran mereka di SK Taman Rakan.

PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA

Sistem e-STaR ini telah digunapakai oleh SK Taman Rakan bermula daripada pelaksanaan
PdPR 3.0 sehingga kini.
Bibiliografi
Ascshmid. (2011). Why is school attendance so important?
http://youthservicesslc.wordpress.com/2011/01/03/why-is-school-attendance-so
important/
M. Kassim, H. Mazlan, N. Zaini & M. K. Salleh. (2012). Web-based student attendance system
using RFID technology. IEEE Control and System Graduate Research Colloqium,
2012, pp. 213-218. Doi: 10.1109/ICSGRC.2012.6287164.
M. Man, W. A. W. A. Bakar & M. L. Puniran. (2008). e-Kehadiran: A Malaysian model for
controlling and monitoring student’s absence misconduct via online. International
Journal of Computing and Corporate Research IJCCR India, pp 1-15.
H. D. Rjeib, N. S. Ali, A. Al Farawn, B. Al-Sadawi & H.Alsharqi. (2018). Attendance and
Information System using RFID and web-based application for academic sector.
International Journal of Advanced Computer Science and Applications (9)1. Pp 266
274
S. H. Apandi & R. Mohamed. (2012). Development of Attendance Management System: An
Experience. Universiti Malaysia, Pahang.

Anda mungkin juga menyukai