Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SELAYANG

Kertas Kerja Memohon Sumbangan Untuk Menyertai Pertandingan e- Model Bandar Teknologi Hijau

1.0 Pendahuluan

e- Jubli Mutiara KTS merupakan satu program yang bakal dilaksanakan di SMK Kijal sebagai sambutan
ulang tahun ke -30 SMK Kijal. Sehubungan dengan itu, salah satu program yang dirancang ialah pertandingan
e- Model Bandar Teknologi Hijau. Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah menengah di Malaysia dan
dilaksanakan secara dalam talian dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Pencegahan Covid19.
Murid-murid perlu menghasilkan sebuah model bandar terancang yang mengaplikasikan konsep
Teknologi Hijau. Reka bentuk bandar melibatkan sektor-sektor seperti;
i. Tenaga (Energy)
ii. Pengurusan Sisa dan Air Sisa (Waste and Wastewater)
iii. Bangunan (Building)
iv. Pengangkutan (Transportation)
v. Industri (Industry)
vi. Pertanian dan Perhutanan (Agriculture and Forestry)
vii. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology (ICT))
Bidang Sains dan Matematik SMK Seri Selayang berminat menghantar beberapa wakil murid SMK Seri
Selayang untuk menyertai aktiviti ini. Diharapkan agar penglibatan murid dalam aktiviti sebegini dapat
meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang STEM di samping dapat mengharumkan nama sekolah kita
di peringkat yang lebih tinggi.

2.0 Rasional

Ini merupakan antara program peringkat kebangsaan yang mengalu-alukan penyertaan murid dari seluruh
sekolah dalam Malaysia. Panitia Sains mengharapkan agar program-program seumpamanya dapat
menambahkan ilmu pengetahuan sedia ada murid dalam bidang STEM dan juga membuka peluang
penglibatan murid dalam peringkat yang lebih tinggi selain sekolah. Di samping itu, penglibatan murid secara
aktif pada aktiviti di peringkat yang lebih tinggi juga diharapkan dapat mengharumkan nama sekolah.

3.0 Objektif
i. Menanam minat pelajar terhadap penciptaan dan inovasi terutama berkaitan dengan Sains dan
Teknologi Hijau.
ii. Meningkatkan literasi digital di kalangan peserta yang bertanding.
iii. Mampu menjana idea dalam merekabentuk sebuah e-model bandar terancang dengan mengambil
kira sektor- sektor Teknologi Hijau yang terdapat dalam sebuah bandar.
4.0 Tarikh dan Tempat
Tarikh Pengesahan Penyertaan : 5 April 2021
Tarikh Tutup Penyertaan : 19 April 2021
Tarikh Tutup Penghantaran Video : 3 Mei 2021
Tarikh Penilaian Video : 4 – 8 Mei 2021
Tempat Rakaman Video : Sekolah/ Tempat peserta masing- masing

5.0 Matlamat

Meningkatkan lebih banyak penyertaan murid yang mewakili sekolah ke peringkat daerah dan lebih tinggi
dalam pertandingan ko akademik.

6.0 Sasaran

2 pasukan murid SMK Seri Selayang. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang murid.

7.0 Anggaran Kos

Sumber Kewangan: Kokurikulum, Panitia RBT dan Matematik SMK Seri Selayang

BIL PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH

1. Yuran Penyertaan RM 60.00 2 x RM 60.00 RM 120.00

2. Water Colour RM 20.00 1 x RM 20.00 RM 20.00

3. Hot Glue Gun RM 16.00 1 x RM 16.00 RM 16.00

4.

5.

6.

JUMLAH

8.0 Penutup
Bidang Sains dan Matematik amat berharap agar semua pihak dapat bekerjasama menyumbang dana
bagi memastikan murid-murid dapat bersedia dari segi mental, fizikal dan material bagi menghadapi cabaran
dalam pertandingan ini. Semoga bantuan yang diberikan ini dapat membolehkan anak-anak SMK Seri
Selayang berusaha dengan lebih giat lagi untuk mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai bidang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Diluluskan oleh,

…..……………….. .................................... .......................................

(Pn Aaina Binti Abd Hamid) (Pn Nik Asni Ezlina Binti Izani) (Pn Madznah Binti Bachok)
Guru Sains GKMP Sains dan Matematik Pengetua
SMK Seri Selayang SMK Seri Selayang SMK Seri Selayang
SMK SERI SELAYANG
JALAN SUNGAI TUA
68100 BATU CAVES SELANGOR

KERTAS KERJA PERMOHONAN SUMBANGAN

PENYERTAAN PERTANDINGAN E-MODEL BANDAR TEKNOLOGI HIJAU 2021

Anda mungkin juga menyukai