Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG LANGSAT

PETI SURAT 16
81757, MASAI,
JOHOR.
KOD SEKOLAH : JBA 1020 TEL : 07-2162477

Ruj Tuan :
Ruj Kami : JBA1020/700-6/2/6 ( 11 )
Tarikh : 23 Mac 2011

Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang


D/a : SK Seri Kota Puteri 4,
Jalan Penaga,
Bandar Baru Kota Puteri,
81750, Masai,
Johor.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA LAWATAN SAMBIL BELAJAR SK TANJUNG LANGSAT

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa kami akan menganjurkan Program Lawatan Sambil Belajar bertujuan untuk memberi
pendedahan dan pengenalan merasai arus pembangunan serta mercu tanda terkenal yang terdapat di sekitar Kuala
Lumpur agar murid-murid dapat merasai sendiri sebagai pengalaman yang boleh membantu dalam aspek
pembelajaran amnya dan membantu mereka dalam mengarang sesebuah karangan khususnya.

3. Program tersebut akan diadakan pada hari Jumaat hingga Ahad bertarikh 4 6 November 2016 bertempat di
Menara Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan rasa rendah diri ingin memohon sumbangan atau penajaan daripada
pihak tuan/puan bagi menjayakan dan meringankan perbelanjaan untuk program tersebut. Sebarang sumbangan
hendaklah daa bentuk cek atas nama PIBG SK Tanjung Langsat.

5. Pihak kami amat menghargai sumbangan tuan/puan dan didahului dengan ribuan ucapan terima kasih. Bersama-
sama surat ini disertakan kertas kerja bagi program tersebut sebagai rujukan pihak tuan/puan.

Sekian untuk perhatian dan tindakan pihak tuan selanjutnya.

Terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

.........................................................
( HAMDAN BIN ATAN )
Guru Besar
SK Tanjung Langsat,
Masai, Johor.

Anda mungkin juga menyukai