Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SEMBIRAI,

PETI SURAT 246,


89158 KOTA BELUD,
SABAH, MALAYSIA.
Tel: 088 - 976046 Fax: 088 – 976033
E-mail : sksembiraikb@yahoo.com.my

__________________________________________________________________________________________
Rujukan : XBA 5336/700/PPKI/100 (6)
Tarikh : 4 Januari 2019

PERZIM
Kompleks Warisan Melaka
Jalan Kota, 75000
Melaka.

Tuan,

MEMOHON PENGURANGAN HARGA TIKET BAGI TUJUAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Sembirai ingin
mengadakan Lawatan Sambil Belajar pada ketetapan berikut:

Tarikh : 9 April 2019


Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi
Jumlah Peserta : 11 orang guru, 12 orang murid, 18 orang Ibu bapa

3. Pihak kami ingin memohon agar pihak tuan dapat mengurangkan harga tiket bagi lawatan
tersebut.

4. Untuk makluman pihak tuan, murid yang menyertai lawatan ini adalah terdiri dari golongan miskin
dan terdapat 12 orang murid yang mempunyai Kad Kelainan Upaya (OKU). Sebarang kemusykilan di
pihak tuan bolehlah menghubungi Cik Nur Syafikah Binti Mohamat (0128246572). Pihak Sekolah
sangat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Segala kerjasama tuan
dalam menjayakan program lawatan sambil belajar ini kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“KECEMERLANGAN ANAK ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA”

Saya yang menurut perintah,

........................................................
MUDIN BIN MOHAMAD
Guru Besar
Sek. Keb. Sembirai, Kota Belud

Anda mungkin juga menyukai