Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) CHENOR


28100 CHENOR MARAN
PAHANG DARUL MAKMUR Tel /fax : 09-2995330 / 09-2996360
E-mail : cha9001@moe.edu.my
Laman web: www.kvchenor.moe.edu.my

Ruj. Kami: KVPCh.700-10/5/4/ (1)


Tarikh : 18 Mei 2022

Pengarah
Kolej Vokasional Kuantan
Jalan Tengku Muhammad
25050 Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR

Tuan,

LAWATAN PENANDA ARAS AMALAN TERBAIK PENGURUSAN ASRAMA KE ARAH SASARAN PENARAFAN 3
BINTANG KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berhubung perkara di atas, sukacita kami memohon untuk mengadakan Lawatan Penanda Aras Amalan Terbaik
Pengurusan Asrama Ke Arah Sasaran Penarafan 3 Bintang Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik ke kolej
tuan.

3. Cadangan butiran lawatan tersebut adalah seperti berikut:


Tarikh : 19 Mei 2022
Hari : Khamis
Masa : 9.30 pagi
Peserta : 32 orang (10 pensyarah dan 22 pelajar)

4. Sehubungan itu, mohon jasa baik pihak tuan memberi kebenaran kepada pihak kami untuk mengadakan lawatan
penanda aras ini mengikut cadangan seperti butiran yang telah dinyatakan.

4. Kerjasama daripada tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………….
(ROSLI BIN SHA’BAN)
Pengarah
Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor

Anda mungkin juga menyukai