Anda di halaman 1dari 14

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian


Aras 1, 6 & 7, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA Tel. :03 88841002
MALAYSIA Faks :03 88841034
Laman Web :www.moe.gov.my

KPM.600 - 12/1/1 Jld. ( )


Mei 2020
Ramadan 1441H

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri
(seperti dalam senarai edaran)

YBrs Dr./Tuan/Puan,

PELAKSANAAN SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING AND MATHEMATICS


(STEM) ONLINE CHALLENGE PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian


(BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang akan menganjurkan STEM Online Challenge
Peringkat Kebangsaan bermula pada bulan Ogos hingga September 2020. BSKK,
KPM bersama-sama pihak JPN telah menyediakan platform secara aras talian bagi
memastikan murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum
STEM.

3. Untuk pengetahuan YBrs. Dr./Tuan/Puan, pelaksanaan program ini merupakan


satu usaha untuk Pengukuhan Pendidikan STEM dalam kalangan murid Kementerian
Pendidikan Malaysia. Pertandingan berkenaan bertujuan melahirkan murid yang
berkebolehan mereka cipta, berfikiran secara logik, menggunakan teknologi,
menyelesaikan masalah dan mencipta idea atau sesuatu yang baharu melalui
pembelajaran bersepadu merangkumi STEM yang mengaplikasikan konteks dunia
sebenar. Berikutan penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP), beberapa perubahan telah dibuat ke atas aktiviti-aktiviti yang
dipertandingkan dalam Karnival STEM sebelum ini setelah mengambil kira saranan dan
garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. Sehubungan dengan itu, terdapat lima (5) aktiviti sekolah rendah dan lima (5)
aktiviti sekolah menengah STEM Online Challenge (seperti di Lampiran 1) yang akan
dipertandingkan di peringkat negeri terlebih dahulu sebelum para pemenang mara ke
peringkat kebangsaan. Pertandingan-pertandingan ini berfokuskan pengetahuan dan
kemahiran individu murid di mana mereka diberi peluang untuk menyerlahkan bakat dan
keupayaan mereka dalam menghasilkan projek-projek STEM di rumah atau sekolah
masing-masing. Projek-projek tersebut akan dihantar secara atas talian kepada
Pegawai Koakademik STEM di Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan
Negeri masing -masing untuk dinilai di peringkat negeri sebelum dipertandingkan di
peringkat kebangsaan.
5. Bersama-sama ini disertakan senarai aktiviti STEM Online Challenge (seperti di
Lampiran 1) dan Kertas Konsep STEM Online Challenge (seperti di Lampiran 2) untuk
perhatian dan tindakan pihak YBrs. Dr./Tuan/Puan. Untuk sebarang pertanyaan,
pegawai BSKK, KPM Puan Nadhirah binti Azman (03-88841090/
nadhirah@moe.gov.my) sedia membantu untuk memberikan penjelasan lanjut.

Kerjasama dan sokongan YBrs. Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ZAINAL BIN ABAS)


Pengarah
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia.

NA/na

s.k. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Sektor Operasi Sekolah
Lampiran 1

Senarai aktiviti STEM Online Challenge 2020

Bil. Aktiviti Kategori Peringkat


pelaksanaan
1. Pertandingan Peta Pemikiran I-
Think Science Concept
2. Junior Olimpiad Matematik Sekolah
3. Pertandingan Digital Poster rendah
4. Pertandingan Reka Cipta Face
Mask Shield Negeri
5. Pertandingan Bercerita STEM dan
6. Pertandingan Science kebangsaan
Infographic
7. Junior Olimpiad Fizik Sekolah
8. Pertandingan STEM menengah
Show
9. Pertandingan Science Craft
10. Projek Video Digital Stay-at-
Home Covid19
Lampiran 2

KERTAS KONSEP STEM ONLINE CHALLENGE 2020

BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 LATAR BELAKANG

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan


Malaysia (KPM) telah merancang pelaksanaan pertandingan-pertandingan
Kokurikulum Akademik STEM sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) Covid19. Pelaksanaan pertandingan-pertandingan
Kokurikulum Akademik STEM ini merupakan usaha BSKK, KPM bagi memastikan
Inisiatif Pengukuhan STEM, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat terus
dilaksanakan walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Covid19.

Dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pertandingan Kokurikulum Akademik STEM


sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pihak BSKK, KPM telah
membuat perubahan ke atas pelaksanaan pertandingan-pertandingan yang
sebelum ini dilaksanakan dalam Karnival STEM. Usaha melaksanakan aktiviti-
aktiviti pertandingan Kokurikulum Akademik STEM bertujuan merealisasikan salah
satu elemen utama (Keberhasilan Murid) dalam Inisiatif Pengukuhan STEM, iaitu
melahirkan murid yang berkebolehan mereka cipta, berfikiran secara logik,
menggunakan teknologi, menyelesaikan masalah dan mencipta idea atau
sesuatu yang baharu melalui pembelajaran bersepadu merangkumi STEM
yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar.

Pertandingan-pertandingan yang akan diadakan sepanjang tempoh PKP Covid19


ini berfokuskan pengetahuan dan kemahiran individu murid. Dalam pertandingan-
pertandingan ini, murid-murid diberi peluang untuk menyerlahkan bakat dan
keupayaan mereka dalam menghasilkan projek-projek STEM di rumah masing-
masing dan projek-projek tersebut akan dihantar secara atas talian kepada
Pegawai STEM, Sektor Pembangunan Murid, setiap Jabatan Pendidikan Negeri
untuk dinilai di peringkat negeri sebelum di pertandingkan di peringkat
kebangsaan. Kebanyakan daripada pertandingan ini juga berkonsepkan online di
mana, murid-murid boleh mengaplikasi penggunaan teknologi ICT dalam
menghasilkan projek atau menjawab soalan-soalan olimpiad dalam pertandingan-
pertandingan yang disediakan.
Berikut adalah merupakan pertandingan-pertandingan yang ditawarkan kepada
murid-murid sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) Covid19:

1.1 Pertandingan Sekolah Rendah

i) Peta Pemikiran I-Think Science Concept


ii) Digital Poster
iii) Junior Olimpiad Matematik
iv) Reka cipta Face Mask Shield Design
v) Bercerita STEM

1.2 Pertandingan Sekolah Menengah

i) Science Infographic
ii) Junior Olimpiad Fizik
iii) Science Craft
iv) STEM Show
v) Digital Video
2.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SEKOLAH RENDAH

2.1 Pertandingan Peta Pemikiran I-Think Science Concept

2.1.1 Terbuka kepada murid-murid sekolah rendah tahun 4 hingga 6


sahaja.

2.1.2 Fokus pertandingan adalah memastikan kefahaman murid tentang


sesuatu konsep sains dan melalui penghasilan Peta Pemikiran I-
Think secara digital.

2.1.3 Membina Peta Pemikiran I-Think konsep sains berdasarkan topik-


topik sains yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP).

2.1.4 Penghasilan Peta Pemikiran I-Think boleh dibuat dalam bahasa


Melayu atau bahasa Inggeris.

2.1.5 Penghasilan Peta Pemikiran I-Think boleh dibina secara bebas


dalam satu mukasurat bersaiz A4 menggunakan mana-mana
perisian yang sesuai dan disimpan dalam pilihan format JPEG / PNG
/ PDF.

2.1.6 Peta Pemikiran I-Think mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan
tidak diplagiat daripada internet atau sumber-sumber lain.

2.1.7 Peta Pemikiran I-Think hendaklah dihantar melalui alamat pautan


yang akan dimaklumkan dalam hebahan pertandingan.

2.1.8 Penilaian adalah berdasarkan;


(i) kandungan isi dan fakta - 40 markah
(ii) keaslian - 20 markah
(iii) penggunaan peta minda dan grafik - 20 markah
(iv) susun atur dan ejaan - 10 markah
(v) kreativiti - 10 markah

2.2 Pertandingan Digital Poster

2.2.1 Terbuka kepada murid-murid sekolah rendah tahun 4 hingga 6


sahaja.

2.2.2 Fokus Pertandingan ialah mencungkil kreativiti murid-murid dalam


menghasilkan poster yang mampu menyampaikan maklumat
kepada orang ramai.

2.2.3 Poster dibuat menggunakan perisian yang sesuai, bersaiz A4,


berorientasi landscape atau potret dan perlu disimpan dalam pilihan
format JPEG / PNG / PDF.

2.2.4 Poster mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diplagiat
daripada internet atau sumber-sumber lain.
2.2.5 Penghasilan poster boleh dibuat dalam bahasa Melayu atau bahasa
Inggeris dan mestilah berdasarkan tema;

i. Stop The Virus / Hentikan Virus


ii. Environmental Protection / Perlindungan Alam Sekitar
iii. Green Technology Awareness / Kesedaran Teknologi Hijau

2.2.6 Penilaian adalah berdasarkan;


(i) persembahan dan reka bentuk - 60 markah
(ii) ketepatan tema - 40 markah

2.2.7 Poster hendaklah dihantar melalui alamat pautan yang akan


dimaklumkan dalam hebahan pertandingan.

2.3 Junior Olimpiad Matematik

2.3.1 Terbuka kepada murid-murid sekolah rendah tahun 4 hingga 6


sahaja.

2.3.2 Fokus pertandingan ialah menguji keupayaan kendiri murid-murid


dalam bidang Matematik.

2.3.3 Soalan-soalan yang diuji adalah dalam bahasa Inggeris.

2.3.4 Pertandingan Olimpiad Matematik ini terbahagi kepada 2 bahagian:


i. Bahagian A
- Soalan KBAT Matematik
- Jawapan Ringkas
ii. Soalan Olimpiad Matematik
- Aneka Pilihan

2.3.5 Pertandingan akan berlangsung dalam tempoh 1 jam 30 minit pada


tarikh, dan masa serentak di seluruh negara.

2.3.6 Pautan soalan di laman sesawang Bahagian Sukan, Kokurikulum


dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. akan diaktifkan 15
minit sebelum pertandingan serentak dijalankan di seluruh negara.

2.3.7 Bagi tujuan menilai keupayaan diri sendiri, murid-murid diminta


menjawab soalan tanpa bantuan pihak lain.

2.4 Pertandingan Reka Cipta Face Mask Shield Design

2.4.1 Terbuka kepada murid-murid sekolah rendah tahun 4 hingga 6


sahaja.

2.4.2 Fokus pertandingan ialah mencungkil kreativiti murid-murid untuk


mereka cipta Face Mask Shield menggunakan bahan-bahan
terpakai.
2.4.3 Sebarang elemen pembakaran dan penggunaan bahan merbahaya
adalah tidak dibenarkan.

2.4.4 Peserta perlu mendapatkan kebenaran ibu, bapa atau penjaga


terlebih dahulu dan segala proses perlu berada di bawah
pemantauan mereka.

2.4.5 Proses mereka cipta perlu dirakam dan divideokan berdurasi antara
3 - 4 minit.

2.4.6 Video boleh disimpan dalam pilihan format MP4 / 3GP / AVI / MOV /
WMV.

2.4.7 Persembahan video bergantung kepada kreativiti masing-masing


dan sebarang penerangan berkaitan projek boleh menggunakan
bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

2.4.8 Projek mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diplagiat
daripada internet atau sumber-sumber lain.

2.4.9 Video hendaklah dihantar melalui alamat pautan yang akan


dimaklumkan dalam hebahan pertandingan.

2.4.10 Penilaian adalah berdasarkan;


(i) penghasilan projek - 35 markah
(ii) kemahiran penyampaian - 30 markah
(iii) projek signifikan - 35 markah

2.5. Pertandingan Bercerita STEM

2.5.1 Terbuka kepada murid-murid sekolah rendah tahun 4 hingga 6


sahaja.

2.5.2 Fokus pertandingan ialah meningkatkan kemahiran berkomunikasi


dalam Bahasa Melayu dan menyampaikan fakta-fakta sains dalam
bentuk penceritaan.

2.5.3 Tema cerita berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan


Pentaksiran (DSKP) Sains Sekolah Rendah.

2.5.4 Persembahan hendaklah dirakam dan divideokan berdurasi antara


3 - 4 minit.

2.5.5 Video boleh disimpan dalam pilihan format MP4 / 3GP / AVI / MOV /
WMV.

2.5.6 Video hendaklah dihantar melalui alamat pautan yang akan


dimaklumkan dalam hebahan pertandingan.
2.5.7 Penilaian adalah berdasarkan;

(i) Isi fakta Sains dan pengolahan - 40 markah


(ii) Persembahan - 20 markah
(iii) Bahasa dan pertuturan - 20 markah
(iv) Kreativiti - 10 markah
(v) Pakaian - 10 markah

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SEKOLAH MENENGAH

3.1 Pertandingan Science Infographic

3.1.1 Terbuka kepada murid-murid sekolah menengah tingkatan 1 hingga


3 sahaja.

3.1.2 Fokus pertandingan ialah menggalakan kreativiti murid-murid dalam


penghasilan visual secara digital dalam memaparkan maklumat
yang
dipersembahkan menggunakan teks, lakaran, carta, grafik dan foto.

3.1.3 Penghasilan infografik boleh dihasilkan menggunakan bahasa


Melayu atau bahasa Inggeris.

3.1.4 Infografik mesti merujuk topik-topik sains yang terdapat dalam


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

3.1.5 Infografik mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diplagiat
daripada internet atau sumber-sumber lain.

3.1.6 Penghasilan Infografik dibuat menggunakan perisian yang sesuai,


satu mukasurat bersaiz A4 dan perlu disimpan dalam pilihan format
JPEG / PNG / PDF.

3.1.7 Infografik hendaklah dihantar melalui alamat pautan yang akan


dimaklumkan dalam hebahan pertandingan.

3.1.8 Penilaian adalah berdasarkan;


(i) keaslian - 25 markah
(ii) data infografik - 25 markah
(iii) kreativiti persembahan - 25 markah
(iv) novelti dan rekabentuk - 25 markah

3.2 Junior Olimpiad Fizik

3.2.1 Terbuka kepada murid-murid sekolah menengah tingkatan 4 dan 5


sahaja.

3.2.2 Fokus pertandingan ialah menguji keupayaan kendiri dalam bidang


Fizik.
3.2.3 Pertandingan akan berlangsung dalam tempoh 1 jam pada tarikh,
dan masa serentak di seluruh negara.

3.2.4 Soalan-soalan dalam pertandingan ini adalah dalam dwibahasa,


iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

3.2.5 Pertandingan akan dijalankan secara dua peringkat, iaitu peringkat


awal dan peringkat akhir.

3.2.6 Pautan soalan di laman sesawang Bahagian Sukan, Kokurikulum


dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia akan diaktifkan 15
minit sebelum pertandingan serentak dijalankan di seluruh negara.

3.2.7 Untuk tujuan menilai keupayaan diri sendiri, murid-murid diminta


menjawab soalan tanpa bantuan pihak lain.

3.3 Pertandingan Science Craft

3.3.1 Terbuka kepada murid-murid sekolah menengah tingkatan 1 hingga


3 sahaja.

3.3.2 Fokus pertandingan ialah mencungkil kreativiti murid-murid untuk


mereka cipta kraft sains bagi tujuan pemahaman konsep sains
menggunakan bahan-bahan terpakai.

3.3.3 Sebarang elemen pembakaran dan penggunaan bahan merbahaya


adalah tidak dibenarkan.

3.3.4 Peserta perlu mendapatkan kebenaran ibu, bapa atau penjaga


terlebih dahulu dan segala proses perlu berada di bawah
pemantauan mereka.

3.3.5 Projek mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diplagiat
daripada internet atau sumber-sumber lain.

3.3.6 Proses mereka cipta perlu dirakam dan divideokan dalam tempoh 3
- 4 minit.

3.3.7 Video boleh disimpan dalam pilihan format MP4 / 3GP / AVI / MOV /
WMV.

3.3.8 Persembahan video bergantung kepada kreativiti masing-masing


dan sebarang penerangan berkaitan projek boleh menggunakan
bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

3.3.9 Video hendaklah dihantar melalui alamat pautan yang akan


dimaklumkan dalam hebahan pertandingan.
3.3.10 Penilaian adalah berdasarkan;

(i) Kreativiti - 35 markah


(ii) Kebolehfungsian - 20 markah
(iii) kekemasan projek - 15 markah
(iv) penerangan projek - 30 markah

3.4 Pertandingan STEM Show

3.4.1 Terbuka kepada murid-murid sekolah menengah tingkatan 1 hingga


3 sahaja.

3.4.2 Fokus pertandingan ialah penyampaian mana-mana konsep STEM


dalam bentuk persembahan.

3.4.3 Bentuk persembahan adalah bebas dan penyampaian konsep


STEM bergantung kepada kreativiti murid, dan boleh disampaikan
dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

3.4.4 Sebarang elemen pembakaran dan penggunaan bahan merbahaya


adalah tidak dibenarkan.

3.4.5 Peserta perlu mendapatkan kebenaran ibu, bapa atau penjaga


terlebih dahulu dan segala proses perlu di bawah pemantauan
mereka.

3.4.6 Persembahan boleh dilaksanakan secara individu atau bantuan ahli


keluarga, walau bagaimanapun peranan murid yang mengambil
bahagian akan diberi perhatian.

3.4.7 Persembahan mestilah hasil karya peserta sendiri dan tidak diplagiat
daripada internet atau sumber-sumber lain.

3.4.8 Persembahan perlu dirakam dan divideokan dalam tempoh 3 - 4


minit.

3.4.9 Video boleh disimpan dalam pilihan format MP4 / 3GP / AVI / MOV /
WMV.

3.4.10 Video hendaklah dihantar melalui alamat pautan yang akan


dimaklumkan dalam hebahan pertandingan.

3.4.11 Penilaian adalah berdasarkan;

(i) pemilihan konsep sains - 35 markah


(ii) kreativiti persembahan - 35 markah
(iii) aliran persembahan - 15 markah
(iv) props - 15 markah
3.5 Pertandingan Digital Video

3.5.1 Terbuka kepada murid-murid sekolah menengah tingkatan 4 dan 5


sahaja.

3.5.2 Tema pertandingan ialah Covid-19: Stay at home.

3.5.3 Produksi mestilah karya asal murid dan tidak boleh sama sekali
mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman,
kebudayaan dan keagamaan.

3.5.4 Peserta dibenarkan menghasilkan video dengan menggunakan


bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

3.5.5 Durasi video adalah antara 3 – 4 minit dan melibatkan semua elemen
multimedia seperti animasi, grafik, audio dan ilustrasi.

3.5.6 Peserta dibenarkan menggunakan sebarang perisian pembinaan


video. Resolusi video hendaklah berkualiti sekurang-kurangnya
1080p (High Definition) dalam pilihan format MP4 / AVI sahaja.

3.5.7 Video hendaklah dihantar melalui alamat pautan yang akan


dimaklumkan dalam hebahan pertandingan.

3.5.8 Penilaian adalah berdasarkan;


(i) pengenalan - 10 markah
(ii) kreativiti dan teknik persembahan - 40 markah
(iii) kualiti dan inovasi - 40 markah
(iv) nilai dan pengajaran - 10 markah

4.0 SYARAT-SYARAT TAMBAHAN

4.1 Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan borang


penyertaan. Penyertaan yang tidak lengkap tidak akan diterima oleh
pihak penganjur.

4.2 Peserta perlu menyatakan sumber yang diperoleh dan digunakan


dalam hasil karya murid.

Contoh: i) lagu: Dance Monkey oleh Tones and I


ii) Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

4.3 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk


tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-
mana pihak yang berkaitan.

4.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad. Markah peserta adalah


sulit dan sebarang aduan tidak akan dilayan.
5.0 TARIKH PERTANDINGAN

Tarikh Tutup
Bil Pertandingan
Pertandingan
1 Pertandingan I-Think Science Concept 31 Julai 2020
2 Pertandingan Digital Poster 31 Julai 2020
3 Junior Mathematics Olympiad 31 Julai 2020
4 Pertandingan Face Mask Shield Design 31 Julai 2020
5 Pertandingan STEM Story Telling 31 Julai 2020
6 Pertandingan Science Infographic 31 Julai 2020
7 Junior Physics Olympiad 31 Julai 2020
8 Pertandingan Science Craft 31 Julai 2020
9 Pertandingan STEM Show 31 Julai 2020
10 Pertandingan Digital Video 31 Julai 2020

6.0 CADANGAN HADIAH PERTANDINGAN

Tempat pertama : RM2,500.00 + Sijil pencapaian


Tempat kedua : RM1,500.00 + Sijil pencapaian
Tempat ketiga : RM1,000.00 + Sijil pencapaian
Tempat ke-4 : RM500.00 + Sijil pencapaian
Tempat ke-5 : RM300.00 + Sijil pencapaian
Tempat ke- 6 hingga ke-10 : RM 150.00 + Sijil penyertaan

Cadangan tertakluk kepada kelulusan Pegawai Pengawal Kementerian


Pendidikan Malaysia. Sebarang perubahan akan dimaklumkan secara
rasmi kelak.

7.0 SIJIL DIGITAL PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN

6.1 Setiap penyertaan layak menerima sijil penyertaan secara digital.

6.2 Untuk tujuan keselarasan, sijil digital penyertaan dan pencapaian


dikeluarkan oleh BSKK KPM untuk kegunaan peringkat negeri dan
peringkat kebangsaan.

8.0 GARIS MASA


Berikut adalah timeline pengurusan pertandingan untuk rujukan kumpulan
Think-tank STEM dan Pegawai Koakademik STEM setiap negeri.

Tarikh akhir
Tarikh tutup penghantaran Pengumuman
penyertaan 3-7 keputusan 1 pemenang
31 Julai Oktober
pertandingan Ogos pertandingan pertandingan
2020 peringkat peringkat negeri peringkat
2020 2020
negeri kepada tuan rumah kebangsaan
STEM Challenge
9.0 Pegawai untuk dihubungi;

9.1 Pegawai BSKK, KPM

(i) Pn. Zalina bt. Kamis – zalina.kamis@moe.gov.my


(ii) Pn. Nadhirah bt. Azman – nadhirah@moe.gov.my

9.2 Pegawai Teknikal STEM Online Challenge

Pertandingan Pegawai teknikal E-mel


Junior Olimpiad
Matematik En. Shamsir
Pertandingan Science b.Jemain sham7811@gmail.com
Infographic (JPN Pulau Pinang)
Junior Olimpiad Fizik
Pertandingan Science
Craft En. Arman b. Mohd
Pertandingan STEM Tojid armanphg06@gmail.com
Show (JPN Pahang)
Projek Video Digital Stay-
at- Home Covid19 En. Mohd Haniff b.
Pertandingan Reka Cipta Omri (JPN Melaka) hanifomri@gmail.com
Face Mask Shield
Pertandingan Bercerita
STEM Pn. Nariza bt. Nayan nariza2511@gmail.com
Pertandingan Peta (JPWP Putrajaya)
Pemikiran I-Think
Science Concept
Pertandingan Digital En. Noorulanuar b.
Poster Baharudin noorulanuar.jpnperlis@gmail.com
(JPN Perlis)

10.0 Penutup

Kertas Konsep STEM Online Challenge 2020 sah digunakan mulai Mei 2020
sehingga pemberitahuan lanjut oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai