Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN PEMBINAAN GELANGGANG PETANQUE

Pengenalan
 
Petanque adalah sejenis permainan yang mudah dipelajari dan dimainkan. Selain
daripada kos yang murah untuk mula memainkan permainan ini, ia juga boleh
dimainkan pada semua jenis permukaan kecuali simen dan tar serta tidak terikat
dengan gangguan angin. Permainan petanque ini mempunyai banyak persamaan
dengan permainan bowling padang, namun permainan bowling padang hanya dapat
dimainkan di atas permukaan gelanggang khas sahaja. Manakala petanque boleh
dimainkan di permukaan gelanggang tanah, pasir, rumput dan sebagainya.
Peralatan permainan petanque juga sangat mudah iaitu hanya memerlukan
beberapa biji bola besi (Boules) dan sebiji bola kayu (Jack). Walaupun harga bola
petanque agak mahal (bergantung kepada jenis dan jenama), namun ia adalah
berbaloi untuk dibeli kerana bola petanque boleh tahan bertahun-tahun lamanya.
Dari segi bilangan pemain pula sukan petanque boleh dimainkan secara
perseorangan, bergu dan bertiga. Tujuan saya berkongsi ilmu untuk membina
gelanggang petanque ini tentunya dengan harapan supaya permainan petanque
menjadi sukan yang paling digemari dalam kalangan masyarakat seluruhnya. 
 

Rajah 1: Lapisan Permukaan Gelanggang 3 lapisan


 
Menentukan arah dan lokasi
 
Pembinaan gelanggang petanque hendaklah di atas permukaan yang mendatar dan
lebih tinggi dari aras laut. Selain daripada dapat menjimatkan kos pembinaan,
kawasan yang tinggi dan keras memudahkan kita membina gelanggang. Untuk
menentukan arah jalur gelanggang hendaklah dalam anggaran 90 darjah dari arah
matahari naik dan turun.
 
Rajah 2: Permukaan Gelanggang 2 lapisan
 
Spasifikasi lapisan permukaan
 
Untuk mendapat sebuah gelanggang yang berkualiti tinggi lapisan gelanggang
adalah seperti rajah 1. Ketebalan quary dust tidak melebihi 2”. Ketebalan batu ¾”
bergantung kepada permukaan, untuk mendapatkan level permukaan (ketebalan
cadangan 2 – 3 inci). Ketebalan kasaran bergantung kepada permukaan untuk
mendapatkan level permukaan. Untuk menjadikan gelanggang yang kita bina lebih
mencabar pemain, dicadangkan agar kita menaburkan batu kasar di permukaan
gelanggang (chipping). walau bagaimanapun chipping ini jangan diletakkan terlalu
banyak kerana ini akan merosakkan bola petanque. 

Rajah 3: Gelanggang Tunggal


 
Keluasan kawasan permainan gelanggang tunggal (1 gelanggang)

Keluasan minima satu gelanggang adalah 4m x 15m, walau bagaimana pun tembok
sekitar gelanggang biasanya diperlukan untuk mengelak bola tersasar jauh, rajah 2
menunjukkan 1 gelanggang permainan berserta tembok.
Anggaran Kos Pembinaan Gelanggang Tunggal

Anggaran Kos pembinaan bagi satu gelanggang (Negeri Sarawak)


1.  Quary dust (5 tan x RM65)                   RM 325.00
2.  Batu¾ (7 tan x RM50)                          RM 350.00
3.  Kasaran (10 tan x RM50)                     RM 500.00
4.  Tembok (Bata @ Kayu)                        RM 600.00
                                 JUMLAH                   RM1,775.00

** Harga di atas adalah harga pembelian secara terus dari Quary dengan kadar
sekurang-kurangnya 5 tan.

Penyesuaian Pembinaan Berdasarkan Permukaan asas

1.   Rumput
Sekiranya permukaan asas berumput, pembinaan hendaklah mengikut spesifikasi
lapisan permukaan di atas, (belanja agak besar). Untuk penjimatan, buang rumput
sehingga tinggal lapisan tanah, kemudian letak batu ¾ dan diikuti quary dust, atau
boleh terus letak quary dust. 
2.  Tanah
Sekiranya permukaan tanah keras, letak batu ¾ dan diikuti quary dust atau boleh
terus letak quary dust mana yang lebih sesuai 
3.   Batu
Sekiranya permukaan asas berbatu, boleh terus letak quary dust. 

Semua lapisan yang dimaksudkan hendaklah mengikut ketebalan yang telah


ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai