Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN KAMPUNG

GELAM
TANJONG KLING, 76400 MELAKA
No. Telefon: 06-3510477
No. Faks: 06-3512476
Kod Sekolah
Laman Web
E-mail

:MEA 2101
:http://smkgelam.blogspot.com
: smkgelam@gmail.com

Ruj. Kami:
DATUK HAJI MUHAMMAD ALI BIN MOHAMMAD
YDP Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG),
SMK Kampung Gelam,
KM 13 Kampung Gelam,
76400 Melaka.
Tuan,
Memohon Sumbangan Kewangan Bagi Menampung Perbelanjaan Penambahbaikan
Prasarana Dan Keceriaan Bilik Media Pusat Sumber.
Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2.
Untuk pengetahuan tuan, Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah, ingin membuat
beberapa pertambahan prasarana dan keceriaan Bilik Media Pusat Sumber agar pembelajaran
murid-murid di sekolah ini lebih bermakna dengan adanya persekitaran yang ceria dan selesa.
3.
Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan dari PIBG bagi menjayakan
lagi program tersebut. Sumbangan yang dipohon adalah sebanyak RM1210(Ringgit Malaysia
Satu Ribu Dua Ratus Sepuluh Sahaja). Bersama-sama ini kami sertakan kertas kerja program
sebagaimana lampiran berkembar.
4.
Segala jasa baik pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.
Sekian, terima kasih.
.
(SYAZWANI BINTI ISNIN)
Penyelaras Perpustakaan
SMK KAMPUNG GELAM

Anda mungkin juga menyukai