Anda di halaman 1dari 1

SMK YONG PENG

Jalan Ann Loh Yuen,


83700, Yong Peng Tel : 07 4671885
Johor Fax : 07 4672434

Ruj. Kami : JEE0040/600-4/2(21/2018 )


Tarikh : 12 Februari 2018

Kepada,
Pengerusi
Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
Tower 1, PETRONAS Twin Tower
Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur

Melalui,
Pengetua,
SMK Yong Peng

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK LAWATAN MURID PENDIDIKAN KHAS, SMK YONG PENG.

Perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) SMK Yong Peng akan
mengadakan lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands sebagai satu aktiviti pembelajaran di luar
bilik darjah. Berikut adalah maklumat lawatan yang akan di adakan:

Tarikh dan Hari : 3 hingga 5 April 2018 ( Selasa,Rabu & Khamis )


Masa : 3 Hari 2 Malam
Peserta : 44 orang
Kos Perbelanjaan : RM 10480.00

3. Sehubungan dengan itu, kami mengharapkan sumbangan peruntukan wang dari pihak tuan dalam
usaha murni untuk menjayakan program ini. Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan
berhubung perkara di atas, bolehlah berhubung dengan Pn. Siti Muslihat Binti Jailani (Pen. Kanan
Pend. Khas) di talian 013-6905991 . Sumbangan dari pihak tuan boleh di salurkan dengan cara berikut:

1) Wang Tunai : Terus kepada bendahari Badan Pemuafakatan PPKI – Pn Irni (016-7063638)
2) Cek : Atas nama SMK YONG PENG-BADAN PEMUAFAKATAN PPKI dan diserahkan
kepada penama diatas.
3) Akaun Persatuan : 110921001225 (BANK KERJASAMA RAKYAT BERHAD)

4. Segala kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan amatlah kami hargai. Kami mengucapkan ribuan
terima kasih di atas segala sumbangan dan jasa baik yang telah pihak tuan berikan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar;

( EN. SHAHLAL BIN SAKIO )


Pengetua
SMK Yong Peng

MENGANGKAT MARTABAT INSAN ISTIMEWA

Anda mungkin juga menyukai