Anda di halaman 1dari 1

__________________________________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : JPA1006.SUKAN/700-5/6/7( )


Tarikh : 12 Jun 2014

_____________________________
_____________________________
_____________________________
_____________________________
_____________________________
_____________________________

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PASUKAN BOLA JARING (BAWAH 12 TAHUN) DAERAH PASIR GUDANG KE
KEJOHANAN BOLA JARING MSSJ 2014
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Bola Jaring Daerah Pasir Gudang akan menyertai
Kejohanan Bola Jaring MSSJ mengikut ketetapan berikut:

2.1 Tarikh : 19 Jun hingga 22 Jun 2014

2.2 Masa : 8.00 pagi hingga 6.30 petang

2.3 Tempat: Stadium Kluang, Kluang, Johor Darul Takzim

3. Untuk makluman, daerah Pasir Gudang akan menghantar satu pasukan 12 tahun untuk
menyertai kejohanan ini. Kejohanan bola jaring ini amat penting untuk memilih pemain-pemain yang
bakal mewakili Johor ke kejohanan bola jaring peringkat kebangsaan (MSSM). Sehubungan dengan itu,
pihak Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang dengan rasa rendah diri, memohon sumbangan yang
di fikirkan sesuai untuk pasukan daerah Pasir Gudang.

4. Segala maklumat yang berkaitan dapatlah kiranya pihak tuan menghubungi Penyelia Kanan
Sukan PPD Pasir Gudang, En. Tuah Bin Kamisan (0197454716) atau Pengerusi Teknik Bola Jaring MSSD
Pasir Gudang Puan Wan Hasyimah binti Wan Osman (014-8445393).

5. Semoga pemohonan ini mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari pihak tuan.
Di atas perhatian dan kelulusan yang di berikan terlebih dahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya Yang menurut perintah,


..
(EN. HASHIM BIN ZAINAL)
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
b.p. Pegawai Pendidikan Daerah
Pasir Gudang




PEJABAT PELAJARAN DAERAH PASIR GUDANG
D/a SK. KOTA PUTERI 4,
JALAN PENAGA,
BANDAR KOTA PUTERI,
80750 MASAI, JOHOR BAHRU.
Telefon:
Pejabat PPD : 07-3883433
Pejabat Am : 07-3881210
No.Fax PPD : 07-3881433
No Fax P.Am : 07-3881203

Anda mungkin juga menyukai