Anda di halaman 1dari 5

SEK.JEN.

KEB (TAMIL) LADANG KERLING


HULU SELANGOR

KERTAS KERJA PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA


SEPAK

1.0 Pengenalan
Program latihan ini dirancang bagi membentuk satu pasukan bola sepak bawah 12 tahun untuk
menyertai Kejohanan Bola Sepak Sekolah-sekolah Tamil Negeri Selangor dan Wilayah serta
Kejohanan Bola Sepak MSSD. Pihak sekolah menetapkan matlamat agar pasukan bola sepak
sekolah yang dibentuk ini dapat memasuki peringkat lebih tinggi di kejohanan-kejohanan tersebut.
Bagi memastikan pasukan bola sepak bawah 12 tahun mencapai matlmat yang di tetapkan, satu
jawatankuasa telah dibentuk bagi menyediakan perancangan program latihan pusat bola sepak.

Program latihan yang dirancang mengambilkira beberapa faktor kebolehan dan kualiti atlet yang
terbabit. Kebolehan jurulatih untuk merancang program yang sesuai dan berkesan dapat memberi
latihan yang secukupnya untuk memastikan atlet mencapai tahap prestasi yang maksimum. Oleh
yang demikian, kami memilih beberapa jurulatih dari Sairam Akademik.

2.0 Rasional
Pemain-pemain perlu persediaan yang cukup sebelum menyertai sebarang pertandingan. Persediaan
merangkumi aspek fizikal, mental dan emosi. Oleh itu, satu program perlu dirancang untuk tujuan
tersebut.
3.0 Matlamat
Program latihan pusat ini adalah untuk memberi persediaan yang cukup kepada pemain-pemain dari
segi mental,fizikal dan emosi sebelum menyertai pertandingan sebenar.

4.0 Objektif Program


Program ini di adakan untuk mempertingkatkan kecergasan dari pelbagai aspek seperti daya tahan
kardiovaskular, daya tahan otot, kepantasan, kekuatan seterusnya menyediakan pemain dari segi
persediaan fizikal, persediaan teknikal, persediaan taktikal dan persediaan psikologi untuk
menghadapi pertandingan mahupun kejohanan sebenar. Antara objektif program ialah seperti
berikut :

4.1 Menyediakan pasukan bolsepak bawh 12 tahun ke Kejohanan Bola sepak Sekolah-
sekolah Tamil Negeri Selangor dan Wilayah serta Kejohanan Bola Sepak MSSD.
4.2 Semua pemain dapat mengusai kemahiran dan meningkatkan kemhiran bola sepak
melalui program yang lebih pesifik dan sistematik.
4.3 Mempertingkatkan potensi dan memperkembangkan keupayaan pemain ke tahap yang
optima.
4.4 Pemain dapat mengimplikasikan perancngan dan strategi semasa kejohanan.
4.5 Persediaan pemain dari segi psikologi, penetapan matlamat dan motivasi.

5.0 Anjuran
Unit Kokurikulum SJKT Ladang Kerling
6.0 Jawatankuasa Pelaksanaan Program

Pengerusi
Encik Kumar Sathambrum (Guru Besar)

Naib Pengerusi
Encik Prabhakaran Ramachandram (GPK KoKurikulum)

Setiausaha
Encik Khairul Fahmi (Setiausaha Sukan)

Bendahari
Cik Puspha

Jurulatih
Sairam Akademik

7.0 Sasaran
Murid-murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 SJKT Ladang Kerling

8.0 Tentetif
8.1 Hari : Ahad
8.2 Masa : 8.00 – 10.00
8.3 Tempat: Padang Sekolah

9.0 Sumber Kewangan


9.1. PIBG
9.2 . Lembaga Pengelola Sekolah
10.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil Peralatan Kuantiti Seunit Jumlah


1. Bola Saiz 4 5 RM50.00 RM250.00
2. Bib 12 RM9.90 RM118.80
3. Field Maker 50 RM42.00
4. Agility Football Ladder 2 RM13.00 RM26.00
5. Cactus Mineral Water 1500ml RM48.00 Seminggu RM192.00 RM768.00
(3 kotak) (Sebulan) (4 bulan)
6. Sarapan pagi RM105.00 Seminggu RM420.00 RM1680.00
(30 orang) (Sebulan) (4 bulan)
7. Token Jurulatih RM100.00 Seminggu RM400.00 RM1600.00
(4 orang) (Sebulan) (4 bulan)
Jumlah Besar RM4484.00

11.0 Kesimpulan

Jurulatih atau pengamal sukan seharusnya dan berkewajipan untuk meningkatkan ilmu dari aspek
merancang dan menyediakan program latihan. Pengetahuan yang mendalam dalam aspek
pengurusan program latihan ini akan dapat menentukan hala tuju pemain bola sepak dan seterusnya
dapat mencapai matlamat dan objektif seperti yang di kehendaki. Perancangan yang teliti adalah
menjadi satu keperluan.

Dengan merancang program latihan secara sistematik, jurulatih dan pemain akan dapat menilai
sejauh mana pontensi, mutu pencapaian dan kemajuan pemain tersebut. Di samping itu jurulatih
mahupun guru-guru akan mendapat panduan tentang kemahiran bola sepak yang masih belum
dikuasai oleh pemain. Dengan adanya program latihan ini, jurulatih, pengamal sukan dan guru-
guru akan dapat menilai keberkesanan sesuatu gerakerja mahupun aktiviti yang dilaksanakan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………. ……………………………..

Anda mungkin juga menyukai