Anda di halaman 1dari 2

Ruj Kami: Bil ( ) dlm SKPKT

Tarikh : 2 NOVEMBER 2016

Pengurus,
Winners Bowl Taiping,
Jalan Panggung Wayang,
34000 taiping,
Perak
Tuan/Puan:
PERMOHONAN BAGI MEMINJAM BOLA BOLING BAGI PERTANDINGAN
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Pihak kami ingin meminta daripada pihak tuan bagi meminjam bola boling bagi tujuan berikut
Program

: Pertandingan Boling Muhibbah Zon Utara Sekolah Pendidikan Khas

Tarikh Program

: 9-10 November 2016

Bilangan Murid

: 3 orang murid SK Pendidikan Khas Taiping

3. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat meluluskan permohonan di atas.


Sekian terima kasih.
Yang benar,
.
(Khaidir Bin Mansor)
PK Kokurikulum
SK Pendidikan Khas Taiping

Ruj Kami: Bil ( ) dlm SKPKT/(PENT)


Tarikh : 2 NOVEMBER 2016

Pengurus,
Winners Bowl Taiping,
Jalan Panggung Wayang,
34000 taiping,
Perak
Tuan/Puan:
PERMOHONAN BAGI MENGADAKAN LATIHAN BOLING
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Pihak kami ingin meminta daripada pihak tuan membenarkan pihak kami mengadakan latihan di
tempat tuan untuk menghadapi Pertandingan Boling Muhibbah Zon Utara Sekolah Pendidikan Khas.
Tarikh Latihan

: 2-3 November 2016 / 7-8 November 2016

Bilangan Murid

: 3 orang murid SK Pendidikan Khas Taiping

3. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat mengurangkan bayaran bagi latihan boling sebanyak 5 pusingan
bagi setiap murid.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
.
(Khaidir Bin Mansor)
PK Kokurikulum
SK Pendidikan Khas Taiping

Anda mungkin juga menyukai